AufaZanKi

My photo
Special Thought For The Super Special Persons In My Life
Showing posts with label MEMORIES. Show all posts
Showing posts with label MEMORIES. Show all posts

Thursday, December 19, 2013

19/12 ...tahun 2004...


Saya tanya Baba.."ingat tak tarikh hari ni?"...bertuah sungguh dia tak ingat! saya kata kat dia..."dia yang cipta tarikh ni....dia pulak yg tak ingat ei"...hahaa...saya ni..semua tarikh yg berkaitan saya ingat! wanita......kannnn...lelaki...asal jadi sudah la...yg lain2 tu....tak penting pun...

Actually..takde apa pun...saja nak menyakat Baba...nak minta dia belanja Barbie Mariposa kejap lagi... ;)

Tarikh hari ni...19/12...masa tahun 2004...saya selamat bergelar tunangan orang...takde plan apa2...tetiba je nak datang meminang dalam tempoh seminggu...kelam kabut nak buat persiapan...

Masa tu belum kerja tetap lagi...baru grad..juz jadi guru ganti jer...Baba pulak..belum habis  study lagi...

Agaknya...Baba takut saya dipinang orang lain kot...hahaa...memang ada sorang brother tu nak masuk meminang...kalau saya bagi jawapan positif...issshhh...macamana saya nak kata "ya"...sedangkan hati saya dah tersangkut dekat Baba time tu... :p

Semuanya sudah termaktub kan...kita hanya jadi pelakon saja atas dunia ni...




Hahaaa...inilah gambarnya sebagai bukti...

Segala-galanya disponsor...

Baju...pinjam baju cousin...kebetulan dia belum pernah pakai baju tu...thanks ijal...besar jasamu..

Barang2 hantaran...sponsored by Kak Pah...dia belikan kemeja+neck tie, set tali pinggang+beg duit, sejadah, tuala mandi...heheee...sangat old school kan barang hantaran...

Nak dijadikan cerita...seminggu sebelum dipinang tu...saya ada mimpi ular...ular tu besar sangat2...n ular tu bawa cincin...cheeewahhh! agaknya kebetulan je kot.. takde la nak percaya sangat.. sikit2 tu ada la...hehee...tak semua mimpi itu mainan tidur...kan?


Oklah...nak cerita itu je...kisah daku dipinang oleh Baba.. hehee

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Monday, December 9, 2013

Hampir terlupa... 091213


Hurmmm...

Patut la tergerak hati nak buat kek coklat semalam...

Baba pulak tetiba je teringin  nak makan kek secret recipe pagi semalam...

Rupa-rupanya...ada special day hari ni

Hampir terlupa...

Lepas maghrib semalam baru teringat...

So...apa kait dengan kek???

Heheee...kek kan sinonim dengan celebration...begitulah kekdahnya...

Ok...tanya sendiri jawab sendiri...macam tak biasa...hahaaa


inilah kek itu...extra moist chocolate cake...fuhhh!!  melelehhh!!



Alhamdulillah 'ala kulli haal...

Dah lapan tahun kami menggalas amanah dan tanggungjawab sebagai suami isteri dan Baba Mama

Masih banyak yang perlu diperbaiki dan dipelajari

Suka duka silih berganti

Semua itu pelajaran dan  ada ibrah




Untuk Baba...

Perkahwinan kita adalah amanah dari Dia

Sama-sama kita jaga, sama-sama kita pelihara

Berilah rasa hormat kepada ikatan suci ini

Agar ianya sentiasa dilingkari oleh redha Yang Esa

Sama-sama kita wujudkan mawaddah dan rahmah dalam hubungan ini

Agar bahagianya melimpah ruah kepada anugerah cinta terindah milik kita

Terima kasih atas segalanya setakat lapan tahun bersama dan setakat sebelas tahun saling mengenali

Mohon kemaafan di atas segala khilaf

Semoga Allah meredhai kehidupan rumahtangga kita

Aameen Ya Rabbal 'alameen





Kebetulan juga...di facebook saya pagi ni...Ustaz Sarhan ada post tentang petua bagi pasangan yang berumahtangga

Sesuai sangat kan..

63 petua yang boleh diamalkan menurut Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah :


1. Doa yang berterusan.

2. Patuh ajaran agama.

3. Murah dengan pujian.

4. Murah dengan khidmat.

5. Murah dengan belaian kasih sayang.

6. Murah dengan sentuhan.

7. Mencari kebaikan pasangan.

8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.

9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.

10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.

11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.

12. Berfikiran terbuka – boleh tegur menegur.

13. Berani mengambil risiko emosi – tegur/perubahan/ berpisah sementara.

14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.

15. Tolak-ansur.

16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.

17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.

18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.

19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.

20. Sanggup berkorban buat pasangan.

21. Menghormati pasangan.

22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.

23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.

24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.

25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.

26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.

27. Meletakkan hak kepada pasangan.

28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.

29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.

30. Mengawal marah. Buat perjanjian.

31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.

32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.

33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.

34. Memahami peranan ‘pasangan’.

35. Hubungan perasaan sesama pasangan.

36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.

37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.

38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.

39. Tujuh kali puji dan satu teguran.

40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.

41. Banyakkan bergurau dan bermesra.

42. Sentiasa berterus terang.

43. Beri masa untuk perubahan berlaku – sabar.

44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.

45. Elakkan salah pasangan.

46. Cari titik pertemuan.

47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.

48. Lebih banyak memberi daripada menerima.

49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.

50. Sentiasa bersemangat – bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.

51. Seimbangkan hubungan dari segi:
Mental, pendidikan dan ilmu
EmosiFizikal dan ekonomiSosial
Spiritual

52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).

53. Tidak terlalu mengongkong.

54. Tidak bertindak bersendirian.

55. Memberi peluang untuk berbeza:
Pendapat atau pandangan
HobiKegemaran
MakananCita rasa
Warna pilihan dan pelbagai

56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.

57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.

58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).

59. Tidak meminta yang bukan-bukan.

60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.

61. Mencari kelainan dan perubahan positif.

62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.

63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.





Dear friends....please pray the  best for us okay...thank you... ;)

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Friday, September 20, 2013

Di sebalik nama 'AUFA'

Semalam...masa tengah mengaji..tetiba Aufa menyampuk...

"Ma...Aufa dengar Mama sebut nama Aufa..."

Sambil tersenyum...huuuu comel je Aufa ni tau!

Iye...memang ada nama Aufa dalam al-Quran

Sebab Mama dapat nama Aufa ni pun masa tengah mengaji la...masa mengandungkan Aufa dulu...

Masa tu dah berkenan dengan nama 'IRDINA'

Nyaris2 nak letak nama 'Nurin Irdina' or "Irdina Aisyah'

Ntah macamana...berkenan pulak dengan nama 'AUFA' bila terjumpa dalam ayat 77 surah Ali 'Imran






Kalau ikutkan ayat al-Quran tu...'AUFA' maksudnya 'yang lebih setia/menepati (janji)'

Kalau ada sesiapa yang belajar lughah...'AUFA' ni isim tafdhil

Or in english we call it superlative

Then, gigih pulak mencari maksud 'AUFA' dalam kamus kesayanganku

Pun ada gambar...jangan risau...hahaaa....buat kenang-kenangan di hari tua...mana la tahu kamus ni hilang or dah lupus akibat banjir...erkkk??

Sejarah kamus ni...hurrm...beli masa mula2 masuk matrik UIA di Petaling Jaya..tahun 1999



percaya atau tidak...saya ni study lughah...tapi saya cuma ada kamus ini sahaja...isshhh isshhh isshhh...*geleng kepala*..



Dan inilah yang termaktub dalam kamus tu...maksud 'AUFA'







Bila saya dah tahu....biasa la kan...mana boleh nak biasa2 jer...anak sulung tu....hehee

Saya berniat nak namakan 'AUFA' dengan maksud 'more complete of greater perfection, more adequate'

Dengan harapan...setiapkali saya sebut nama 'AUFA'..itulah doa saya untuk dia dan adik2nya...
 
Kata2 kan doa..dan nama juga adalah doa...
 
That's why kita sangat digalakkan memilih dan memberi nama yang baik/elok kepada anak2
 
And that's why saya tak suka bagi gelaran along/angah/achik or whatever nickname pd anak2...
 
Kecuali Aufa Qistina...macamana la boleh terlekat gelaran 'adik' dekat dia
 
Susah betul nak ubah dah...huuu kesian Aufa Qistina...
 
 
 
 
Berbalik kepada kisah semalam
 
Dalam surah an-Najm ayat 41...ada mention nama 'AUFA'
 
 
 
 
 
 
Bila saya baca terjemahan ayat tu..
 
Oh..ada juga maksud yang saya pilih digunakan dalam al-Quran
 
AUFA = Yang lebih sempurna
 
Alhamdulillah 'ala kulli haal
 
 
 
Begitulah kisah di sebalik nama 'AUFA'

AUFA IRDINA

AUFA QISTINA

AUFA KASHFINA

AUFA AMNINA


Ada juga beberapa orang yang bertanya dan berseloroh...yang kelima nanti Aufa apa pulak?

Heeee....dengan berseloroh juga saya menjawab....

AUFA ARSYINA
 
Kalau ikut Baba dia..nak letak nama...AUFA NENEKNA...sempena nama dalam cerita Nek Nak kat Astro..siapa ingat n tahu??? hahaaa...seram betul nama tu! apa la Baba ni... :p

Tapi...tak tahu la bila kalanya...

Kalau dapat baby boy...pun dah ada nama standby...

ABDULLAH FAHEEM

Pun tak tahu bila kalanya nak dapat baby boy...

Semuanya dalam ketentuan Allah Taala

Kita hanya mampu merancang...

(^_______^)


 
 
wanita melayu terakhiir... :p
 

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Friday, April 12, 2013

Bila saya bersosial...

Dulu...zaman mula2 masuk UIA matric...tahun 1999...member2 ramai yang sebok berkecimpung dalam dunia mIRC..or internet chatting

Tapi...saya adalah antara insan2 yg buta IT time tu...tak reti langsung!

Member dah ajar pun..still terkial-kial nak explore...heheee

So, saya memang takde cerita mengenai mIRC...tapi ramai ajer member2 saya yang bertemu jodoh via mRIC...alhamdulillah kekal bahagia hingga sekarang...n moga jodoh mereka kekal hingga ke syurga...aameen
 





Zaman makin maju...makin berlambak la jaringan sosial yang ada
 
Saya start berjaringan sosial pada tahun 2009

Time tu saya baru tahun kedua bergelar suri rumah sepenuh masa

So, memang sesuai sangat la kan nak bersosial di laman maya

Hahaaaa....sesuai ke??? 

Isi masa lapang...katanya...di samping...menambah kenalan dan skandal...opppsss!!



Muka buku ku...


Bermula dengan facebook...

Setakat ni saya memang serasi dan setia bersosial di facebook
 
Then...mengembangkan lagi sayap bersosial (sosial sangat!!! ;D) ke dunia blog pada penghujug tahun 2009



Twitter..saya join gak! tahun 2010

Tapi..saya tak aktif bertweet2...saya suka baca tweet orang yang saya follow jer



Penghujung 2011..bila dah ada handphone yang canggih sikit

 Makin syok la bersosial
 
Tak perlu nak mengadap laptop lagi dah..semuanya boleh di akses via smart phone

Suka tak????

Hmmmm....saya sukaaaaaaa sangat!!!!

Tapi...kadang-kadang tu....saya jadi gerrraaaaammmm sangat!!!!

Bila segala yang memudahkan kita ni...disalahgunakan!!!
 
 
 
 
Whatsapp...saya pun suka gak!
 
So, sejak aktif ber-whatsapp..saya dah jarang sms..nak call orang pun malas...
 
Semuanya via whatsapp
 
Even dengan Baba pun kami lebih selesa menggunakan whatsapp n facebook
 
 
 
 

Ohhhh...ada satu lagi apps yang saya sangat suka!

Instagram!

Sebab...saya ni memang fanatik dengan gambar!

Thumbs up!




Bila dah ada banyak sangat social network...jadi macam semak la pulak!

Sampai tak tau mana satu yang nak difokuskan
 
Apa motifnya nak join semua social network yang ada!
 
Saya cakap diri saya sendiri laaa...

Yang banyak menambah ilmu saya setakat ni hanyalah facebook, twitter n blog

Yang lain tu...juz for fun only...tak join pun takpe sebenarnya

Tapi..kehendak manusia ni..mana la boleh ditahan-tahan...

Pantang ajer kan...semua nak try!

Heheheeee


 
Keek pun saya dah join...hahaaa..tapi tak aktif pun!
 
Haaa...tau tak Keek tu apa???
 
Keek ni macam youtube juga la..
 
 
 
WeChat...saya baru join last week
 
Itupun lepas kakak saya tanya...saya ni kalau takde yang war2kan..memang tak tau la jawabnya...
 
Bila dah join WeChat...profile picture pulak...ala2 gadis ayu gitu kan...hahaaaa minah perasan!
 
Ramai la pulak 'lelaki ini' yang add!
 
Aduhhhhh!!!
 
Bila bagitau Baba...Baba kata...WeChat ni lebih menjurus kepada maksiat...so Baba advise supaya saya tak join WeChat
 
Ok...saya yang patuh...uninstall WeChat...
 
Tapi...disebabkan isteri Baba ni agak 'ketegaq' orangnya...
 
Reinstall WeChat!
 
Hahaaaa..sorry Baba...tapi dah bagitau Baba dah... ;p
 
Bukan apa..saya saja nak test...
 
Kalau saya tukar profile pic...letak gambar anak...ada tak yang add saya jadi member WeChat dia...
 
So, saya letak la gambar si kecil molek Aufa Amnina
 
Wah! Takde sorang pun yang nak add!
 
Amboi-amboi....memang nampak sangat la kan...join WeChat ni sebab nak cari jodoh!
 
Hehee...ok la tu...bagi sesiapa yang masih belum ketemu jodoh
 
Bagi yang ingin menambah bilangan jodoh...memang sangat sesuatu!!
 
Jujurlah kamu selagi mampu ya!
 
 So..WeChat saya pun still tak aktif
 
N tak sesuai untuk saya kot!
 
 
 
My S II homescreen
 
 
 
Ehhhhhh....apa motif sebenar dok bercerita pasal bersosial di alam maya ni????


Takde motif pun...tetiba jadi teruja nak bercerita

N antara rutin harian saya selaama beberapa tahun ni adalah bersosial!

Hehee



Apapun...perlu ada had dan batas!

Ingat siapa kita...pendirian kita...maruah diri kita..pegangan hidup kita

Jangan diikutkan sangat nafsu yang ada...

Kelak akan binasa hidup kita


Bersederhanalah!
 
 Anda mampu mengubahnya...cehhh! ;p







Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Thursday, July 5, 2012

Sepetang di Taman Ilmu & Budi

Seriously kami rindu teramat rindu 

Tempat yang lain daripada yang lain

Tempat yang tidak akan pernah dilupakan

Kepada sesiapa yang pernah menjejak kaki ke sana

TAMAN ILMU & BUDI

Itulah dia...UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA


snap dari dalam kereta..heee...

Plan asal nak pergi makan dekat "kubur" - restoran yg berhampiran dgn kubur dekat dengan UIA

As usual...yang di plan tak menjadi..yang tak plan itulah yang selalunya jadi!

Finally...sampai jg kami ke tempat kenangan kami yang kami cintai

Teruja seyyyy!!!!

Terus saya berdoa moga one day kami akan menjadi warga UIA lagi

Samada sebagai student

Atau sebagai kaki dan tangan

Yea....we wish we will be there...soon


Makan time...itu agenda pertama sebelum meround...at HS Cafe

Masing-masing tak ready...but it's okay...janji ada gambar kenangan...kakakaka

2005 Grad...2012 dah ada 4 anak...isteri baru seorang! *ada hati nak menambah ke*... Itulah dia Baba Mohd Zaki bin Ahmad... next time kalau datang UIA lagi Mama pulak bergambar depan Arabic Language Deparment...time tu anak still 4 tapi semua dah besar...heee 

Kashfina tak larat nak daki bukit...hahaa

Kenapa Baba jalan macam..........awwww???? siap bawa handbag lagi tu!

Mama bergambar dalam kereta jer la...snap sendiri...;p

Masa nak makan di HS Cafe

Terserempak dengan Ustaz Ismail....yang handle program2 Usrah, Halaqah

Masa Taaruf Week pun Ustaz Ismail ada...

Saya n Baba biasa dengan Ustaz Ismail ni sebab beliau handle Nuqaba' training course


Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Tuesday, April 10, 2012

Senyum seindah suria!

Assalamualaikum & Selamat Pagi



Senyumlah...seperti indahnya mentari pagi yang memberi cahaya kepada alam semesta



Senyumlah...seikhlas dan setulus hati agar serinya terpancar di riak wajah



Senyumlah...agar beroleh keriangan dan ketenangan sepanjang hidup



Kerana



Dengan senyuman...terjalinlah ikatan


**************************************************************


Pagi2 dah update blog...tiba2 dalam hati dok nyanyi lagu 'senyum seindah suria yang membawa cahaya'...ingat lagi tak lagu fofular tu? hehehehehehee

Itulah lagu pertama yang mempertemukan dua insan...kikikiki...segalanya adalah kenangan terindah

Anyway...selamat menjalankan apa jua aktiviti untuk hari ini...moga segala2nya berjalan dengan baik...apa jua yang berlaku pada hari ini...hadapi ia dengan senyuman...



yang ini...senyum nak tayang gigi namanya.... ;p

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Saturday, February 4, 2012

Itu ini begitu begini

ECZEMA?


Mula2 tumbuh kat pipi kiri jer...
Tak lama lepas tu...naik pulak ke pipi kanan...
 Time tu Kashfina nampak sangat comot
Kesiannya laaa
Time tu just sapukan minyak kelapa dara
Tapi still tak ok

Sampailah ada satu hari tu..
Kami jalan2 di Alamanda Putrajaya
Terjumpa dengan cream ni


Dah lama tahu pasal cream ni
Tapi bila dah ada depan mata
Tergerak hati nak try
Mana la tahu Kashfina pipi Kashfina akan ok nanti



Alhamdulillah
Lepas beberapa kali sy sapukan cream buds di pipi Kashfina
Makin lama makin hilang ruam merah  tu
Dan sekarang pipi Kashfina kembali licin n gebu
Syukur sangat
N cream buds tu sy bagi Auni (anak  kakak) guna
Kesian dia


LIGAMEN KOYAK
(16/12/2011)

Baba ada show silat time tu di Pasir Gudang
Sempena Festkum (Festival MAKUM)
Tengah syok2 bersilat
Sampai terjatuh dari stage
Lutut terhentak di lantai
Mula2 Baba ingatkan takde apa2
Esoknya boleh drive lagi dari Pasir Gudang ke Melaka
Sampai jer rumah terus collapse
Esoknya saya ajak dia buat x-ray
Kami terus refer ke orthopedic doctor at Hospital Pantai for advise
Bila doktor check...katanya no need for x-ray
Becoz problem hanya pada ligament
Ligament lutut kanan Baba koyak!






kesian Baba...bertongkat dah...
 Doktor bagitau...it will take times to recover
Maybe dalam sebulan...or 2 bulan...or even a year
Untuk pulihkan ligament yang dah terkoyak tu


Sekarang...dah sebulaan lebih
Baba still tak boleh nak lipat kaki kanan
Solat pun duduk atas kerusi
Rasanya macam nak kena buat MRI scan la
Takut ada problem lain yang kita tak tahu
Sebab tak nampak kan...
Hmmm


FIRST TIME KE SALOON
(18/12/2011)

Saja nak ubah selera
Asyik potong sendiri jer kan
At first diorang takut sebenarnya
Especially Aufa Irdina
Takut auntie tu terpotong telinga ke.....?
;p
Aufa Qistina steady jer..
Dia pulak yg lebih berani compared to her sister
So, dia dulu yg potong rambut



Baba tak bagi Adik potong rambut sebenarnya...
Becoz rambut Adik agak cantik la juga
Kalau dibiarkan panjang lagi cantik, katanya...
Tapi
Kakak & Adik mesti nak sama-sama
Ikutkan aje la...
Lagipun diorang kan nak sekolah dah..
Senang sikit nak urus kalau rambut pendek


After that turn Aufa Irdina pulak
Takde la takut2 lagi
Bila dia tengok Adik tak kena potong telinga kot!
Kikikiki...sorry Aufa...just joking!
;p


rambut Aufa tebal sikit n more curly
Ok, dah siap potong rambut
 Tadaaaaa

tak berkenan dengan rambut depan Adik ni...pendek sgt Auntie tu potong...but she still look cute & sweet...bak kata Makanjang dia..."Adik potong rambut macam ni memang nampak sgt mcm princess"...haaa ye la tu... ;p
Aufa new look...auntie tu kata rambut Aufa cantik..macam Barbie doll bila potong layer...suka la dia!

Terima Kasih Ummi bawa kami pergi saloon


DAGU TERBELAH!
(18/12/2011)

Alkisahnya
Niat baik...nak panggil Abang Ariff Fahmi masuk rumah
Sebab dah maghrib
Tapi malang tak berbau...
N biasalah...maghrib2 ni kan syaitan banyak berkeliaran
(Bila2 waktu pun memang berkeliaran ajer makhluk Allah ni)

"Adik nak pergi panggil Abg...dah Maghrib...mana boleh main kat luar lagi"

Time tu saya tengah makan tomyam
Melompat dari kerusi bila tengok dia masuk rumah dengan darah mengalir....banyak pulak tu!
Cemas seyyy!!!
Panic pun iye jugak!
Nasib baik ada Ummi (kakak sy yg Aufa3 panggil Ummi...ummi abg Ariff)
Ummi yg tolong bersihkan darah
Mula2 tu sapukan minyak gamat untuk berhentikan aliran darah dr keluar


Ummi kata dagu Adik terbelah
Aduhai...dah la Baba takde time tu
Baba pegi cari guard untuk lutut dia
So, terus minta Baba belikan plaster
Sebelum bawa dia ke klinik

Hari Ahad pulak time tu
Hampir semua klinik tutup
Nasib baik la adaa satu jer klinik yg buka di Pekan Masjid Tanah
Polikilinik Masjid Tanah
Kami tak pernah lagi pergi situ
Emergency punya pasal...redah jer la

Mula2 doktor kata kena jahit
Tapi takut Adik tak tahan sakit pulak karang...
So doktor just plaster jer
tengok dalam tempoh tiga hari
Kalau tak bercantum baru fikir alternatif lain

Berjanggut la Adik...
Dah la plaster tu tak boleh kena air
Nak gosokkan gigi dia pun kena hati2

the next day...baru bangun tidur...belum tercabut lagi plaster tu

menjelang waktu petang...plaster ni dah tercabut! Adoi la Adik...lasak betul! Tak padan yg kecik pun...

Disebabkan Adik ni lasak
Sy juzt pakaikan hansaplast yg jenis transparent tu ajer
Sakit...sakit juga...kecaantikaan harus maintain!
Hahahaha..tak boleh blah
Tak bawa pun dia ke klinik semula
SEbab dalam tempoh 3 hari luka dah bercantum
So..takde problem la kot
Alhaamdulillah sekarang just tinggal parut jer

lihat daguku...ada parut kan! huahuahua

KOLEKSI BARBIE/PRINCESS AUFAs


Sepanjang bulan November-Disember 2011
Inilah dia koleksi Aufas

From France...Snow White & Aurora Baba beli...Corrine & Pony org France bagi

Barbie..Cinderella..Barbie..Barbie...dan baby Barbie

Beg Barbie...katanya nak pergi airport! ;p, laptop Barbie...baru beli dah hang! ada org pijak...sapalah yg pijak tu kan...aduiii 100++ Baba beli tu...boleh guna adapter tp bei belum carri lg...next tea set princess...mini laptop & telephone tu Kashfina punya...

Kalau di totalkan semua koleksi2 Aufa ni
Errmmmmmmmmmmmm
Boleh cecah ribuan ringgit!
Dah sekolah ni
Stop la beli benda2 ni semua
Dah takde budget untuk itu...
Sorry yea sayang2ku 

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Sunday, January 29, 2012

CNY 2012 : I-CITY Shah Alam

Satu lagi tempat yg tak plan pun nak pergi sempena cuti CNY 2012. Actually sepanjang hari tu sy collapse...terbaring jer atas katil. Tak tau la kenapa...rasa pening ada...mual ada...sepatutnya kami balik Kuantan dah hari tu. Disebabkan keadaan kesihatan yg tidak mengizinkan..Baba terpaksa ambil cuti. Bila tiba waktu malam...masing2 dah resah gelisah. Dan dengan tak semena2...atas suggestion adik ipar...kami pun bersetuju nak pergi ke I-City...dalam keadaan sy yg taak sihat tu...can you imagine? Bak kata adik saya.."Kak Ijan kena berjalan..baru la sihat"...ooooo macam tu ek???? ;p

So, around 9.30 pm..sewaktu orang lain sedang bersiap sedia nak landing atas tilam..kami bersiap2 nak ke I-City. Time tu..berbelah bagi sebenarnya bila memikirkan kesihatan yg agak terganggu...at the same time mengenangkan Aufa2 yg selalu teringin nak pergi ke tempat yg ada snow a.k.a salji. Nak bawa diorang holiday ke tempat2 yg ada salji..of course la over the sea tempat2 macam tu...bajet lari....n kalau tak pergi this time.mana la tau snow world di I-City tu dah ditutup...kan kempunan namanya...so redah jelah!

Kami sampai di I-City around 11 pm...masha Allah...ramainya ummat Muhammad yg belum tidur rupa2nya. Kami menuju ke snow world dulu...unfortunately Kashfina tak boleh masuk sebab tak cukup umur...takpelah...dia pun tengah tidur time tu...sy pulak tengah ting tong lg...plus kaki kiri sakit akibat kejang...sy stay kat luar jer la...harga tiket untuk 3 orang RM65...RM25 untuk dewasa..RM20 untuk kanak2.

"waaa...ada fairy's wheel...nak naik! nak naik!"...macam la dapat naik..hehe..mama tgh pening ni...

cantik...

ramai kan pengunjung even dah tengah malam...memasing jadi pungguk! ;p

pose dulu sebelum masuk snow world
lena Kashfina tidur...

while waiting...snap gambar sendiri...heee

Seterusnya..jom layan gambar2 yg lain...semasa Baba n Aufa2 berada dalam snow world...Baba kata sejukkk sgt macam kat Belgium..ye la..orang pernah pergi obersee kan...

sejukkkk


Adik suka sgt pose mcm tu...

comelnya la dia!

Aufa tak tahan sejuk!

Time ni Aufa pakai diaper..hehe...

tak mampu berposing sakan dalam ni ei...

Adik memang berani! selamba jer pegang ais tu...

Aufa snap gambar ni...tak menjadi pulak sebab kejap2 orang lalu..mengganggu betul

Mama & anugerah cinta terindah

Seterusnya moh layan gambar lg....

Aufa Irdina yg semakin membesar sebagai juara...

tak boleh duduk kat situ sebenarnya..tp dah Adik nak duduk sgt...bagikan aje...kikiki

pegang apa tu???


eeee geram tengok budak ni!!!!


berposing sakan masing2



Lepas ke snow world...turun ke bahagian mainan pulak...nak naik train...



Kat situ ada jual makanan...kami pun beli la apa yg berkenan...nak gelak pun ada bila beli keropok lekor 3 keping RM1...mak aihhh!!! betul2 nak untung peniaga ni...geleng kepala...baru2 ni di pasar Jaya Gading, Kuantan...keropok lekor seringgit dapat 9 keping. Sy tanya.."kenapa tak genapkan 10?"...senyum aje peniaga tu...macam2...

Next, kami pergi ke bahagian pokok2 lampu..hehehe..tak tau nak panggil apa. Letihnya berjalan...dah la tak makan dari pagi.

kami park kat sini...duduk sambil makan keropok lekor & jagung 

syukur sgt...Kashfina sgt behave..sepanjang kami bawa dia berjalan2 tak pernah lg dia meragam..even mengantuk pun takde nak mengamuk or meragam...thank you sayang...

bersama balloon angry bird

Add caption

time snap gambar ni..sy kena cubit dgn Aufa2...punya la diorg tak bagi kami bergambar berdua...aiyooo

Actually kami tak habis berjalan dalam I-City tu...gara2 sy dah tak larat sgt! Next time boleh pergi lg...

Sekian saja laporan bergambar dari I-City Shah Alam...tepat jam 12.30 malam kami pun pulang....masing2 dah kepenatan....

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...