AufaZanKi

My photo
Special Thought For The Super Special Persons In My Life
Showing posts with label ARIFF FAHMI. Show all posts
Showing posts with label ARIFF FAHMI. Show all posts

Thursday, April 4, 2013

Balik kampung!

Cuti sekolah baru2 ni kami sefamily pulang ke kampung halaman saya di Melaka

Terluah segala apa yang terpendam di lubuk hati yang paling dalam

Kami balik pun tak lama

Empat hari jer.....

Alhamdulillah...syukur sangat2 dapat balik



Baba tengah settlekan dokumen yang nak dibawa ke Sarawak sebelum kami bertolak



Kami sampai rumah Mak dah tengah malam

Boleh pulak berborak2 sampai pukul 2 pagi

Almaklum la...dah lama tak jumpa



Esoknya around 10:30 am gerak ke KLIA

Baba kan out station ke Sarawak sampai hari Ahad

Oleh kerana masing2 bizi dengan komitmen masing2...saya la yang hantar Baba

Mujur ada kakak yang volunteer nak teman

Aufa Irdina n Aufa Qistina tak ikut kami...diorang ikut Ummi diorang pergi jemput Kakak Baby di sekolah...(dah kakak..baby lagi! hahaaa...)...tahun ni ambil UPSR..so ada kelas tambahan la time cuti sekolah

So..kami bawa anak2 lelaki ajer...Kashfina n Amnina kecil lagi...kena la ikut Mama diorang



Sepanjang berada di kampung, Aufas memang tak menang tangan nak main n explore segala apa yang ada di kampung! Hahaaaaa
 
 
 
Aktiviti pagi ...indoor...pensil n buku memang jadi mainan...bersama Auni Mardhiah yang belum mandi...heheee...tapi Kashfina panggil dia Iesya...salah nama daaaa!
 
 
Video ni Kashfina tengah marahkan Amnina...hahaaa...lawak betul la Kashfina ni...
 
 

 
 
 
 

aktiviti petang...outdoor...yang besar2 pergi main bola sepak dekat padang..yang kecil n yg perempuan main badminton dekat depan rumah nenek...hmmm tengok la si Kashfina tu...macam la pandai main kan...ke jadi net??? ;p


All time activity...bangun jer tidur terus teringat dekat kucing...masa kecik2 dulu tak takut pun pegang kucing...sekarang ni langsung taknak dekat dengan kucing...Kashfina kata..."tak takut Ma...tak takut miow!"...dia cakap dia tak takut..tapi yang dimaksudkan adalah takut! ntah macamana balik kampung bertukar sudah vocab...


Balik kampung kali ni dapat la jumpa dengan Kakna...kakak saya yang tinggaal di Sabah

Best betul tengok dia...hari-hari outing...pergi sedekah duit dekat kedai2 terpilih

Heheeee...biasa la...orang berduit kan...dekat Sabah tak shopping..balik Semenanjung shopping sakan la

Yang bestnya...boleh mengendeng dekat dia!

Ehhhh lupa nak snap gambar Kakna...kalau ada boleh la diabadikan dekat sini...




Abah...sejak dah jual semua lembu...memang lekat dekat rumah je la...yang ni salah satu rutin harian Abah selain tengok tv...tidur...beribadat dan lain2 lagi...Abah tengah rest sambil layan Melaka.fm...layan lagu2 lama...no wonder la anak Abah suka muzik...mewarisi minat Abah rupanya saya ni...

Mak pulak...stylo tak? hahaa...mak memang suka duduk macam gitu...umur Mak dah 71 tahun..tapi masih aktif buat kerja rumah...saya tak mewarisi 'bakat' Mak yang ini...dapat dekat kakak saya...hehee


Inilah dia Ummi Aufas...Aufa Irdina yang start panggil Ummi masa dia baru2 nak belajar bercakap dulu...melekat sampai sekarang...

Amnina dengan Along Amir Izzudin...suka betul Amnina dekat Along

Inilah dia Ariff Fahmi yang dah berusia 8 tahun...anak Ummi...walaupun dia anak bongsu n manja..tapi dia sangat pandai jaga n layan adik2 dia...siapa lagi la adik2 dia kalau bukan Aufas berempat dan Auni...



Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Tuesday, September 6, 2011

Syawal 1432H - Aufa2 kata.."Best lah raya..."

Sebelum raya
Saya perhatikan Aufa2 macm dah faham sikit2 apa tu RAYA
Bila ada iklan raya di TV
Masing-masing fokus
Muka bercahaya jer
Happy la kot!
;p

Masing-masing dah pandai request
Nak beli baju raya
Nak beli kasut raya
Nak beli tudung raya
Sehari selepas sampai di Kuantan
Aufa2 cakap
"Mama...bestlah raya"

Awal2 puasa lepas
Bila saya tanya Aufa
"Raya tu apa?"
Aufa jawab
"RAYA TU MALAYSIA, ADA MOON, ADA MASJID.."
Baru kejap tadi
Saya tanya Aufa lagi
"Raya tu apa?"
Dua kali saya tanya
Dan jawapannya adalah sama

Kata Aufa
"RAYA TU AMBIL GAMBAR..."
Second time saya tanya ada penambahan dalam jawapan dia
"KAN TADI DAH CAKAP...BERAPA KALI NAK CAKAP LAGI...RAYA TU AMBIL GAMBAR.."

Hahahahahhahah
Ampun Aufa.......Marah Mama ke.......;p

Memang pun!!!!
Tak sah kalau tak ambil gambar time raya kan???
Kalau dulu guna kamera yang ada filem
Leceh la sikit
Nak kena hantar kedai...nak cuci bagai...
Kalau nasib baik...gambar cantik jer
Nasib tak baik...filem terbakar...filem kena air
Dah takde gambar kenangan

Sekarang
Kamera yg guna filem dah takde dah!
(Tapi saya still simpan kamera tu...)
Kalau ada yg still guna kamera tu
Confirm orang sekeliling akan pandang sinis jer kan
Hahahaha
Aduiii Aufa
Jawapan kamu sungguh sinis
Mentang2 la Mama kamu ni suka ambil gambar
Tapi yang untungnya kamu la....
Berlambak2 gambar kenangan
Memori untuk masa depan kamu

Ingatkan taknak upload gambar raya di FB
Nak terus upload di blog jer
Tapi
Idea nak menulis takde la pulak siang tadi
So
Dah upload pun gambar2 raya di FB
Niat nak menunjuk2 tu takde....
Niat nak share dengan family jer ada...
Sebab dah sampai Kuantan kan
Terus mode homesick activated!
Adoiiiiii
Ghinduuuuuuuuuuuuu!!!!!!
Kat kampung tak heran nak layan FB mahupun blog
Sampai jer Kuantan
Mengadap jer la


Errmmmm Next entry la baru post gambar raya
Malas la pulak
Banyak gambr nak post ni
Of course gambar budak bertuah bertiga tu la
Happy betul diorang
Yang lawaknya
Bila dapat banyak duit raya
Diorang pergi sedekah kat orang
Hahaha
Saya tak melarang pun...
Biarlah...itu duit diorang...
So yang untung abang diorang laa
Ariff Fahmi
Sokmo dapat duit dari Aufa2

Ariff Fahmi pulak
"Mata duitan"
Setiapkali nenek bagi duit raya kat tetamu
Done2 dia pun minta duit raya lagi!
Bertuah betul budak tu!
;p
Kalau dapat seringgit
Dia akan cakap
"Seringgit jer?"
Hahahaha

Baru lepas tanya Aufa
"Raya tu apa?"
Tak puas hati ni..heheheh
Ni jawapan dia
"RAYA TU AMBIL GAMBAR, PERGI RUMAH ORANG...LEPAS TU BALIK. LEPAS TU TUKAR BAJU PERGI RUMAH PAKCIK LIM"

Dah la...
Malas nak tanya lagi...
;p

budak bertuah bertiga...

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Thursday, August 25, 2011

"Adik takde ayah!!!"

Ariff Fahmi...anak yang sangat bertuah. Siapakah Ariff Fahmi? Saya pernah ceritakan tentang Ariff Fahmi setahun yang lalu. Dan hari ini saya bertekad akan memasukkan dia dalam label blog ini...sebagai kenangan untuk dia kelak.

Ariff Fahmi umpama abang kepada Aufa3, jua umpama abang kepada Nufail2 (anak Azwa..my cousin). Baru-baru ni kakak saya yang merupakan Ummi kepada Ariff Fahmi (Ummi Aufa3 jg...) telah mem-publish-kan status ini di facebook :

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Saturday, January 16, 2010

*yang arif lagi memahami*

Kerinduan menggamit.....setiap kali menatap gambar dia aku jadi rindu....rindu-serindunya pada dia. Dia telah berjaya mencuri naluri keibuanku sejak dia melihat dunia. Dia bukanlah siapa-siapa...dia adalah darah daging aku...dia anak kakak aku....anak saudara aku...tapi aku anggapkan dia seperti anak sendiri...dia adalah ARIFF FAHMI....



Sejak dilahirkan pada 5 Oktober 2005, Ariffahmi dibesarkan dgn penuh kasih sayang oleh famili Che Mad dan famili Yusup. Sememangnya Ariffahmi terlalu istimewa dalam hati kami dan dia perlu mendapat kasih sayang sebanyak itu daripada mereka2 yang ikhlas menyayanginya. Dan sebenarnya Ariffahmi tidak pernah kenal siapa ayahnya malah langsung tidak pernah mendapat perhatian dan belaian daripada ayahnya sendiri. Itu yang amat mengharukan kami. Dan sebab itulah kami menggantikan apa yang tidak pernah dia perolehi dengan apa yang kami mampu beri...walaupun tidak sama namun ia amat mencukupi.

Tidak sukar untuk menjaga Ariffahmi. Inilah yang diakui oleh sesiapa saja yang pernah bersama dia. Cuma padanlah dengan anak lelaki...lasak dan aktif memang ada. Semasa aku mengandungkan Aufa Irdina...Ariffahmi selalu bersama aku. Itu yang menyebabkan ikatan dan naluri keibuan ini memang ada untuk dia. Dia terlalu istimewa dan tiada siapa yang sanggup melihat dia menangis. Ariffahmi tidak pernah bertanya siapa dan mana ayahnya...kami yang selalu bertanya pada dia. Setiap kali ditanya..jawapannya adalah..."Ayah adik Che Mad". Dan Che Mad itu adalah datuknya yang juga merupakan abah aku. Sangat menyentuh hati....

Sekarang Ariffahmi sudah berumur 4 tahun 3 bulan. Sudah mula berminat untuk pergi ke sekolah..itu perkembngan terbaik untuk dia. Dia seorang yang berdikari, bijak dan amat memahami biarpun dia masih kecil. Aku selalu terfikir...andainya suatu hari nanti dia ingin mengenali siapa ayahnya...bagaimanakah keadaannya nanti. Ayahnya masih ada cuma tidak pernah mengambil tahu hal anak sendiri. Zalim!!!! Kenangan paling pahit dalam hidup kakak aku....


Aku harap bila Ariffahmi sudah dewasa dan boleh berfikir secara rasional...entri ini dapat dibaca olehnya. Biar dia tahu betapa ramai yang sayang pada dia. Doa aku juga sentiasa ada untuk dia...agar dia berjaya dunia akhirat. Antara ayat2 dia yang tak boleh aku lupakan..."adik beradik-beradik dengan Aufa"...beradik2 tu maksudnya adik-beradik. Dan satu lagi ayat dia "nanti mama balik lagi tengok adik".....


Ariffahmi dan Aufa Irdina


Ariffahmi dan Aufa Qistina


"beradik-beradik"


Aiffahmi dan Ammar


Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...