AufaZanKi

My photo
Special Thought For The Super Special Persons In My Life
Showing posts with label FRIENDS. Show all posts
Showing posts with label FRIENDS. Show all posts

Wednesday, December 4, 2013

Cuti sekolah : Minggu 3 : Banjir!


Plan asal minggu ni la nak cabut lari dari bumi Kuantan

Nak balik Melaka dulu ziarah family Melaka

Mak Melaka asyik tak sihat jer...risau dibuatnya

Then, bila dah puas stay dekat Melaka...walaupun takkan pernah puas...kami akan bermusafir ke utara pula

Balik ziarah family Kedah pula..

Namun, perancangan kita adalah ketentuan Ilahi..


Hujan lebat yang turun mencurah-curah sejak hari Jumaat minggu lepas telah menyebabkan berlakunya bencana alam di bumi Kuantan

Banjiroooo....




Tengah malam hari Isnin lepas...tetiba air kat depan rumah naik hingga mencecah porch

Mau tak menggelabah!

Tapi takde la over menggelabah...juz risau dlm hati ajer...taknak tunjuk sangat depan Aufas..

Alhamdulillah...tak lama lepas tu surut sikit2...


Esoknya...hari Selasa...semalam laa...

Hujan masih belum berhenti..

Banyak tempat di sekitar Kuantan dah ditenggelami air

Yang kesiannya...bila kawasan yang tak pernah banjir sebelum ni turut terkesan

Ada juga dikalangan member2 saya yang jadi mangsa banjir...lagi la bertambah terusik hati ni...






Dan...gambar ini adalah bukti yang menunjukkan bahawa perancangan kami terpaksa ditangguhkan

Bukan sebab muka Baba yang  hensem...n bukan sebab Baba pakai spek macam orang tua....

Hahaaaa...

Sebabnya ada tertera di baju yang Baba pakai tu...

Kenal ke logo tu?

Itulah logo Jabatan Pertahanan Awam (JPAM)

Baba adalah sukarelawan JPAM

So...takkan takkan nak lepas tangan kan...

Saya pulak...takkan nak selfish pulak dalam situasi yang melibatkan kemanusiaan

Tak tergamak rasanya nak selfish...

Semalam saya dah call Mak...Alhamdulillah  Mak sangat memahami...


ni gambar hari ni..rasanya area Permatang Badak ni...masjid tepi jalan...Baba cuba menghulur bantuan...


gambar ni saya ambil dari facebook KUANTAN...teruk kan?


Katanya...banjir kali ni lagi teruk daripada banjir yg teruk  masa tahun 2001

Saya tak tahu pulak kisah 2001...agaknya masa tu tak ambil port...isshhhh apa la saya ni!

Kalau nak mengikuti perkembangan kisah banjir di Kuantan...silalah like page KUANTAN di facebook

Hopefully...semua mangsa banjir selamat dan dalam keadaan sihat walafiat

Kalau ada kudrat...memang saya nak turun membantu

Apakan daya..saya masih punya anak kecil...

Doa dan terus doa moga segalanya dalam lindungan Allah Taala

Ini adalah sedikit coretan saya di facebook...screenshot aje.. malas nak taip semula...










Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Thursday, February 28, 2013

Mama mana yang tak risau?

Selepas kes Aufa kena buli last 2 weeks, saya cuba usahakan solution untuk atasi masalah buli ni. Atas permintaan Aufa, saya contact guru kelas Aufa..ceritakan situasi Aufa yang sangat depress hinggakan semangat untuk ke sekolah makin hari makin pudar. Mama mana yang tak risau?



whatsapp dgn cikgu wanie...segalanya untukmu anakku...


Boleh dikatakan, Adibah adalah main subject or topic yang Aufa akan bercerita dengan saya. Hampir setiap hari hokey! Adibah suruh buatkan kerja sekolah la...Adibah tolak la..Adibah tarik tudung la...macam2! Saya......of course saya layankan ajer dia bercerita...maybe dengan bercerita, Aufa akan rasa lega. Cuma bila dah banyak sangat cerita tentang Adibah...saya memang yakin yang Aufa sangat depress dengan sikap Adibah. Kesian n sedih sangat bila Aufa diuji dengan masalah buli ni. So, Mama mana yang tak risau?


This week...saya perhatikan keadaan Aufa makin teruk. Bila sebut pasal sekolah...mesti dia akan jadi muram. Dah dua hari dia buat ragam...taknak bangun tidur bila dikejut. Dalam mamai2 tu sempat lagi dia merengek n said.."Mama tau tak..kalau Mama takde dekat sekolah Aufa sedih"...pulak dah! Bila dah lewat bangun...solat subuh pun terlepas...haih! Mama mana yang tak risau?


"Mama..Aufa taknak sekolah..Aufa nak jaga Mama"...sambil driving saya kena la memujuk dia. "Aufa tak payah risau...Mama boleh jaga diri Mama...Aufa sekolah jer tau". Selang beberapa minit...dia bersuara lagi.."Mama...Aufa kena jaga diri sendiri ke dekat sekolah?". Aduhai...tak concentrate Mama nak dengar celoteh Johara Pagi ERA...heee. Kadang2 dia menangis sorang2...kesian memang la sangat kesian...dah darah daging kita kan...Dah nak sampai ke sekolah, Aufa bersuara lagi...hmmmm tak habis lagi sedihnya tu..."Mama doakan Aufa tau" sambil menangis...Haiiiiiiii...Mama mana yang tak risau?



Pagi tadi...meninjau dari luar pagar sekolah...tabahkan hatimu duhai buah hatiku...Aufa  baru lepas beratur n ambil beg untuk masuk ke kelas


Dah dua hari berturut2 saya terpaksa minta bantuan guru untuk menenangkan Aufa. Kalau tidak...dia taknak pergi beratur..dia nak ikut saya balik semula ke rumah. Parah! Dia nak saya tunggu dia dekat sekolah...dah tu...adik2 awak nak letak mana wahai Aufa Irdina??? Dia dah janji dengan saya taknak nangis bila sampai ke sekolah...tapi dia nangis juga. Dia rasa insecure bila saya takde dekat dengan dia. That's why saya minta bantuan cikgu...then baru la dia ok n boleh beratur. Ya Rabbi...hanya Dia Yang Maha Mengetahui betapa sebaknya hati saya melihat Aufa dalam keadaan macam tu. Awal2 masuk sekolah dulu dia la yang sangat excited..siap tak bagi Mama Baba tunggu dia dekat sekolah.


Hmmmmm.....sayalah Mama yang sangat risau! My dear friends...tolong doakan semoga semangat Aufa kembali pulih ya...syukran



I do always pray for you my dearest princess...please be strong and ignore all nonsenses ya...luv you!



Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Sunday, March 4, 2012

Saat yang memilukan...

Beberapa jam yg lalu...kami dikejutkan dengan berita kematian isteri kepada staff UMP yg juga merupakan member Baba. Selalu juga Baba bercerita tentang member dia ni...becoz anak dia seusia dengan Aufa Irdina. Bila ajal datang menjemput...tiada apa pun yang boleh menghalang kerana kita semua datangnya dari Dia dan kepada Dia juga tempat kita kembali. Al-fatihah...dan takziah buat keluarga Rizam.

Apa yang saya tahu..anak-anak mereka masih kecil lagi...Allahu Rabbi...bagaimanalah situasi anak-anak itu sekarang ye? Yang paling kecil berusia setahun...Ya Rabbana...bagai di siat-siat hati ini bila menerima SMS Baba sebentar tadi...menyatakan yang keempat-empat anak kecil itu tidur di tepi jenazah ibu mereka. Serta-merta air mata ini mengalir dan sukarnya untuk menahan rasa sebak atas apa yang telah menimpa mereka. Sesungguhnya mereka telah dipilih oleh Allah Taala untuk berhadapan dengan ujian kematian ibu di saat usia mereka masih baru di dunia ini. Dan ingatlah...Allah itu Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..dan Dia juga sehebat-hebat Perancang. Insha Allah...dengan izinNya semoga anak-anak itu dan juga bapanya cekal dan tabah dalam mengharungi dugaan hebat ini. Hikmahnya tidak kita ketahui melainkan dengan bersabar.

Saya secara jujurnya amat terkesan dengan berita begini. Serta-merta doa yang tidak putus-putus saya pohon dari Ilahi...agar dipanjangkan usia saya, Baba & Aufa4...moga Aufa4 diizinkan olehNya untuk mendapat kasih sayang dan didikan yang secukupnya daripada Mama&Baba mereka...sehingga mereka dewasa nanti. Ya Rahman Ya Raheem...Kau perkenankanlah permintaanku ini...ameen Ya Rabbal 'Alameen...

Ya Allah.....sedih dan sayunya hati ini bila mengenangkan anak-anak itu....

Buat puteri-puteri kesayangan dan kebanggaan Mama & Baba...selagi hayat dikandung badan selagi itulah yang terbaik sahaja akan kami persembahkan buat kalian. Yang paling utama...doa adalah senjata utuh buat kita...semoga Allah memberkati usia kita..dipanjangkan usia kita...supaya kita sama-sama dapat merasai kasih sayang yang secukupnya. Kepada Dialah tempat kita meminta...ameen...


Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Wednesday, June 30, 2010

~*khabar duka*~

Pagi2 lagi saya sudah mendapat perkhabaran duka..apatah lagi berkenaan perkara yang memang diharap2kan...dan lantaran diri ini jarang sekali menemui kegagalan...membuatkan ada rasa duka menyelubungi diri...namun saya tetap akur pada hakikat...dan rasional inilah yang membuatkan diri ini bangkit semula...disamping kata2 semangat daripada suami tersayang...
"life is a trial version...kenapa kecewa...syg mengharap sngt sebelum ni...Insya'Allah ada ditempat lain...ada hikmahnya...Allah x bagi kita duduk berjauhan lagi...at least rezeki kita buat masa ni kat sini...tp ada yg Allah kabulkan cepat...ada yang lambat..please jgn down...syg baca yassin skrg...pd ayat tngh yassin syg ulang 7 kali syg niat dlm hati knpa syg akan nangis n last ayat syg akan rasa ketenagan...smbhyg sunat taubat dulu"


Jua kata2 sokongan daripada sahabat2 yg sempat diambil di facebook sementara saya menulis entry ini...

"betul kata Z tu ijan.."Allah taknak Ijan berjauhan lg.."...mungkin itu yg terbaik utk ijan n famili...n mungkin rezeki utk ijan tu...Allah gantikan dengan kejayaan Z dlm kerjaya dia n anak2 yg berjaya dan comel...ijan boleh la blaja jahit menjahit ke.wat kek ke..watsoever la..boleh jugak wat bisnes dr umah..x lah terasa sgt...sesambil duduk ngan anak2 kan..insyaallah...Allah akn bg jalannya pd ijan nnti...jgn putus asa ek..
btw kan .... tak semua yg kita nk kita dpt...dan yg paling utama ialah mempunyai keluarga yg bahagia..itu matlamat utama..kita x tau kalo ijan dpt keje nnti katakan ada mslh lak dr segi pengurusan anak2..pendek kata n panjang kata..mmg ada banyak hikmah disebalik x dpt tu...kna byk2 sabar ea...chaiiiyookkk..blaja wat kek bess2..n baju cantik2..."

Takpe lah...maybe ada rezeki lain yang lebih bermakna untuk kami sekeluarga lepas nie...walaupun mata nie hampir2 nak bengkak sebab menangis (mula2 memang taknak nangis...tp bila suami dah bagi kata2 macam tu automatically mengalir jer...huhu)...moralnya jangan terlalu mengharap! terima dengan redha...

Inilah khabar duka yang saya maksudkan......

 
Dukacita anda TIDAK BERJAYA dalam Pusat Penilaian Jakim (PPJ) bagi Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41.

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Sunday, May 16, 2010

~*luka dilukai*~

Adakala luka yang kecil mampu meninggalkan parut yang kekal sekiranya tidak diubati. Hari ini aku terasa seolah2 ada luka di hati...aku cuba bersendirian untuk menenangkan diri sambil memuhasabah diri atas luka yang telah tercalit itu. Mungkinkah ianya atas salah silap aku sendiri atau mungkin aku perlu memaafkan dan membiarkan saja ia sembuh lalu meninggalkan parut..aku bingung seketika.


Lalu aku titipkan sesuatu di dalam facebook, dengan tujuan ada kata2 semangat yang akan aku perolehi daripada sahabat2...
"hari nie...hati ini amat terluka...SORRY SEEMS TO BE THE HARDEST WORD..."

Dan aku begitu tertarik dengan kata2 semangat atau motivasi yang dititipkan oleh Ahmad El-Muhammady, sahabat yang aku pernah kenal sejak belajar di UIA Gombak...tapi beliau tak kenal aku pun..., pada ketika itu beliau memang seorang mahasiswa yang dikagumi oleh ramai mahasiswa dengan karisma dan kebijaksanaan yang beliau miliki. Ahmad berjaya membuka minda aku untuk meneliti semula rasa luka yang aku alami dengan memberi pendapat yang sungguh bernas :

1. Luka mesti ada hikmahnya, kerana ia menyebabkan kita ingat kepada yang Esa. 

2. Kita akan menghargai kebahagiaan/kesenangan yang kita alami sekarang. Sekiranya tiada kesedihan kita tidak akan mengenali apa itu kebahagiaan. 

3. Luka menyebabkan kita mengenali diri kita dgn lebih mendalam, kelebihan dan kekurangannya. 

4. Luka menyebabkan kita mengenali siapa sahabat yang sejati.

5. Luka mengajar kita supaya tidak melukai orang lain. 

6. Luka menyebabkan kita insaf sekejap dan mengenang kenikmatan yang kita kecapi sebelum itu. 

7. Luka itu bukti kita sebagai insan yang sejati, bukan seorang yang keras hatinya. 


Terima kasih yang tidak terhingga kepada Ahmad El-Muhammady yang sudi berkongsi ilmu dengan kata2 yang sungguh bermotivasi. 

Ya...aku benar2 akur dengan ketentuanNya. Setiap apa yang aku alami, pasti ada hikmah yang tersembunyi yang mungkin ingin mengingatkan aku, menegur sikap aku atau mungkin juga ingin menguji kesabaran aku. Aku bersyukur padaMu Tuhan kerana aku masih lagi disayangi...alhamdulillah...

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Friday, April 2, 2010

~*Din Beramboi yang ku kenali...*~

Sebetulnya aku hanya mengenali Din melalui media. Dan sudah berbelas2 tahun aku tahu kewujudan Din dipersada seni sebagai pelawak atau aku kategorikan Din sebagai penghibur. Aku cukup terhibur dengan aksi dan butir2 lawak yang terbit dari kreativiti humor beliau. Din merupakan penghibur dan pelawak yang paling aku minati selain JOZAN, Afdlin Shauki, Jalil Hamid, Sabri Yunus dan Harun Salim Bachik. 

Mengimbau kembali sepanjang jalan kenangan antara aku dan Din Beramboi adalah pada tahun 1996. Pada ketika itu Din menjadi deejay di stesen radio THR. Setiap hari sampai saja di rumah (dari sekolah ) aku akan cepat2 on radio. Ini semua gara2 nak dengar celotah Din yang pada ketika itu menggunakan nama Din Highway. Memang kelakar tak hengat!!! Aku cukup suka kalau dia buat watak Shasha...memang boleh senak perut dibuatnya! hahaha...tapi itu semua hanya tinggal kenangan...huuu sedih la pulak...

Ada lagi kenangan aku dengan arwah Din Beramboi. Disebabkan beliau, aku suka sangat baca komik Ujang yang begitu popular pada era 90an sebab dalam komik tu ada karakter Pakcik Din yang sungguh mengharu-birukan. Dan aku ingatkan karakter dan karya Pakcik Din tu dicipta oleh Din Beramboi sendiri...rupanya ia adalah karya kartunis Ujang. Whatever it is, aku rasa Pakcik Din memang sesuai dan secocok dengan Din Beramboi...sempoi habis!!

inilah Pakcik Din Beramboi yang senget & sengal


Anda pernah dengar drama sebabak dan sawancara di Era.fm?? Aduhaiii kelakar tak hengat punya!! Idea dan kreativiti dua insan seni yang berjaya mencuit hati ramai rakyat Malaysia setiap hari. Anda pernah tengok program Spontan di Astro Warna?? Kalau anda nak tahu...aku berjaya memujuk my hubby untuk langgan Astro Warna disebabkan aku nak tengok gelagat Din Beramboi dalam program Spontan. Dan rupa2nya kakak aku pun turut terpengaruh dengan aku...sanggup langgan Astro Warna kerana nak tengok Din beraksi dalam Spontan. Bila Din takde dalam beberapa siri Spontan, aku jadi bosan...rasa macam takde mood nak layan program tu dan akhirnya aku batalkan langganan untuk Astro Warna. 

Namun, segala2nya hanya tinggal memori. Din Beramboi telah dipanggil pulang mengadap Yang Maha Esa pada hari Jumaat, 2 April 2010 jam 12:30am kerana demam denggi berdarah. Memang sedih namun segalanya sudah tersurat dan perlu diredhai pemergiannya. Moga roh Din Beramboi atau nama sebenar beliau, Mior Ahmad Fuad Mior Badri diberkati Ilahi. Marilah kita sama2 sedekahkan al-fatihah buat arwah kerana itulah penghubung yang tidak akan putus antara yang masih hidup dengan yang telah meninggal dunia. Al-fatihah....

Sabda Rasulullah SAW :
“Sesiapa yang meninggal dunia pada hari Jumaat atau malamnya, nescaya dituliskan oleh Allah baginya pahala syahid, dipelihara daripada seksa kubur, dengan syarat dia beriman.”


Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Thursday, April 1, 2010

~*kali pertama dan kali terakhir*~

Kali pertama aku mampu miliki kenderaan sendiri adalah pada 18 Julai 2005. Dan yang lebih membanggakan ianya hasil titik peluh aku sendiri yang pada ketika itu aku menggalas tugas sebagai guru. Sebelum ada kereta, jam 6:30 pagi dah kena bersiap2 ke sekolah coz aku naik van yang kebetulan disewa khas untuk menghantar anak2 sedara aku yang bersekolah ditempat aku mengajar. Then, balik sekolah aku dan sepupu akan berdua2an untuk naik bas. Fuhhh dibawah panas terik...serik la juga kan...itu yang menyebabkan aku tekad nak beli kereta. Yang lucunya lesen belum dapat lagi time aku beli kereta. Seminggu lepas tu barulah aku layak memandu kereta sendiri. Time tu plan nak beli Perodua Myvi coz model tu yang terbaru dari Perodua...tapi kena order n tunggu selama 8 bulan baru boleh dapat, so terpaksa dicancelkan niat tu. At last aku pun beli model proton iaitu Iswara aeroback 1.3S warna biru gelap dengan down payment sebanyak RM1250 dan monthly installment sebanyak RM404 selama 9 tahun. Banyak jasa 'kereta kebal" tu pada aku dan family. Tapi tahun lepas mr zorro sudah pun men'trade in' kan kereta pertama aku itu dengan model Nissan. Selamat tinggal Iswara NBQ 9269....dikau selamanya dalam memori....

 bersama 2 model tidak berbayar...hehe


Kali terakhir aku bertemu dengan seorang sahabat ini adalah pada tahun 1997. Sahabat yang dimaksudkan ialah Mohd Fairuz bin Hamid. Dia lebih dikenali dengan nama Joe di kalangan rakan2 yang lain coz giginya agak jongang...tapi aku baik...still panggil dia Fairuz. Aku dan dia tidaklah sekamcing mana...cuma kami ada memori indah yang terakhir. Pada tahun 1997 kami berada di tingkatan 4 dan kelas kami adalah di dalam makmal...(kelas tak cukup). Kenangan berlangsung pada hari Jumaat...aku dengan tanpa perasan dan perasaan telah merenung tepat ke arah Fairuz yang sedang 'melepak' di bahagian depan makmal...maklum sajalah time tu cikgu tak masuk kelas...so berpesta la...hehehe. Aku pun tak sengaja nak merenung dia dengan penuh pandangan makrifat...biasa la tu kan...takde niat apa2 pun...tiba2 dia dah tersipu2 pulak! hahaha...then dia datang ke tempat aku n kami pun berbual2 bersama sahabat2 yang ada bersama aku ketika itu. Sayangnya, kami tiada gambar kenangan..kalau ada pun ianya tiada dalam simpanan aku. Itulah kali terakhir aku bertemu dan bercakap dengan Fairuz kerana dua hari selepas itu iaitu pada hari Ahad dia ditemui mati lemas di Pantai Tanjung Bidara. Sekolah kami terletak berhampiran dengan dengan pantai dan Fairuz menginap di asrama. Memang sedih sangat2 bila dapat tahu yang kami telah kehilangan seorang sahabat yang baik. Moga roh arwah Fairuz ditempatkan bersama dengan para syuhada' dan orang2 yang soleh...amin. Alfatihah....

Itulah kenangan "kali pertama dan kali terakhir" yang kekal dalam memori aku. Bagaimana pula dengan kamu? Pastinya lebih menarik memorinya kan....care to share with me...:))

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Monday, November 23, 2009

*thank you friends*





*Bilakah masaku...rezekiku...peluangku...akan tiba???
*setia menanti*


Actually aku baru jer ber"sms" dgn Fazila..one of my best friend at uia dulu...lama x dgr cerita dia...since dia dpt baby bln jun lepas...pastu da x contact...busy kot dia...aku pun busy gak...dgn keja2 di rumah..dgn laptop aku ni..heeeeee

Zila nak sambung study...tgh tunggu offer letter from ukm...ohhh noooo....suddenly i feel jealous...so jealous..very jealous...haaaaa can u imagine how i'm feeling now??? nak nangis.....itu jer yg aku mampu buat utk redakan perasaan cemburu tahap melampau ni...

Aku pun create status kat facebook as above..yg ada symbol bunga2 tu...mcm tu la status aku...jelas menggambarkan jiwa yg sedang hampa, kecewa dan jeles...tp jeles ni dlm kategori jeles yg dimaafkan rite???...so maafkan aku dgn perasaan aku ini..aku tidak berdaya menghindar darinya...*wink2..tetibe teringat lagu broery marantika..{kan ku cari jalan yg pasti..utkku menghindar darinya...ku berjanji di dlm hati..takkan lg ku menjumpainya}...lagu ni xde kena mengena pun dgn emosi jealous aku...harap maklum...:))

Aku menunggu balasan motivasi daripada member2 fb...aku memerlukan sokongan moral pd ketika ini...finally i got a response..1st response was from azrin...


*Allah pasti bg apa yg tbaik utk hambaNya... mgkin kita mgharap sesuatu yg pd kita itulah yg tbaik tp Allah kurniakan yg lain kerana hanya DIA yg Maha Mengetahui itu yg tbaik bt hambaNya.. marilah kita belajar brsyukur dgn apa yg kita miliki.. manusia sering melihat apa yg ada ditgn org lain, namun terlepas pandang dgn apa yg ada ditangan sendiri *peringatan buat diri sendiri yg sering alpa n leka"*

Alamak!!!! what i'd done??? aku tersentak dgn words azrin..betul2 menikam jiwa yg sedang berserabut ni. Azrin telah menyelamatkan aku yg sedang lemas di lautan alpa ni. Izzan...knp x cuba utk menyelamatkan diri sendiri?? knp sentiasa mengharapkan org lain utk memberi kesedaran kpd kamu?? hatiku yg suci itu mencerca aku dlm diam....but i can hear it....dah hati sendiri..mmg la dgr..apa aar izzan ni....huh...alhamdulillah...thanx azrin krn telah menjadi org pertama yg meyedarkan diri yg sedang alpa ni...

Then aku dpt respon drpd ateh...my best friend jg...ateh kata...

*sabar ijan..ada hikmah disebalik semua ni...sabar ek...nk blaja???boleh je...*

Thanx a lot ateh...kamu mmg x pernah jemu memberi nasihat dan dorongan...itulah yg dinamakan teman sejati....percentage semangat aku makin bertambah...huh...itu yg aku maksudkan dlm entry aku yg bertajuk *Aku...Dia...Kamu*....sahabat2 adalah antara insan yg penting dlm hidup aku. Mereka mmg layak utk mendapat penghargaan...

Aku terus mendapat sokongan moral...kali ni daripada darah daging aku sendiri...sepupu aku...yg bernama Nurul Nalia Nawi...yg lebih glamor dgn panggilan along cumaiii...very cute name..hehe...along kata...


*lihatlah pd aku smula.. aku dulu suri juga sampai lahir anak ke-3... tp Allah tetap nk bg peluang pd kita tambahkan rezeki mgkn utk anak2 alhamdulillah aku terima juga w/pun banyak halangan. maklumlah dah cecah angka 30an baru nak memulakan langkah... sbg suri rumah banyak peluang yg ko ada... aku rasa ko boleh lbh dari apa yg kawan2 ko miliki hari ini sekalipun mereka tlh 5 thn jauh mendahului ko... yakin pd janji tuhan...:*)))*



Fuhhhh aku rasa lega sgt....mmg terasa sgt perubahan emosi aku ni. Isshhhh ni yg nak blame diri sendiri ni....kenapa la aku boleh biarkan emosi menguasai diri??? izzan..where is ur spirit...ur strength...ur possitive thought...where??? ntah...maybe belum bangun tido lg diorg tu...biarkan aku bangun sendirian...mana boleh..coz izzan amat memerlukan korang wahai spirit...strength n possitive thought. Luckily i have friends to wake them up...to motivate me...i'm not alone....:))))

And for those who not give any comments...i know they're also pray the best for me...juz a bit lazy to do fingers exercise or maybe they're busy doing job or maybe they're not online...never mind...i try to understand...thank you very much...:)) u're also my good friends...

Alhamdulillah...syukur...praise be to Allah the Almighthy...for all these feeling...n i'm feeling better now...alhamdulillah...to all my friends... i'll pray the best for u n i really hope that our relationship will never end...endless love...byeee

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...