AufaZanKi

My photo
Special Thought For The Super Special Persons In My Life
Showing posts with label ZAKI*IZAN. Show all posts
Showing posts with label ZAKI*IZAN. Show all posts

Tuesday, October 14, 2014

Sempena ulangtahun kelahiranmu...


بسم الله الرحمن الرحيم

...السلام عليكم ورحمة الله وبركته



1 Oktober yang lalu...genap 33 tahun usia beliau. Syukur dilafazkan ke hadrat Ilahi di atas segala nikmat kurniaanNya...nikmat umur yang masih panjang, nikmat kesihatan, nikmat rezeki dan nikmat kasih sayang...tanpa izinNya tidaklah kami mampu mengecapi semua nikmat ini...


الحمدلله...الحمدلله...الحمدلله




Sebagai isteri, tiada lain selain doa dan harapan yang dapat dihadiahkan...agar seluruh kehidupan beliau dirahmati Allah Taala, agar setiap apa yang beliau lakukan mendapat ganjaran..bukan setakat ganjaran di dunia malah ganjaran di akhirat nanti...aameen. Tiada hari yang saya lalui tanpa mendoakan beliau. Kerana beliau adalah suami...maka itulah yang selayaknya beliau perolehi daripada saya sebagai isteri.

Semoga Allah memperkenankan segala doa yang terbaik untuk beliau...semoga Allah meredhai kami sebagai suami isteri...aameen Ya Rabbal 'Alameen..




Yang ini hadiah yang tak seberapa daripada saya untuk beliau. Nampak macam budak2 kan...buat kad bagai....terimbas pulak zaman bercinta dulu...memang selalu aje buat macam ni...hehee


Nak masak yg special pun tak sempat...sebab masa tu beliau terlalu sibuk dengan program universiti. Macam biasa la..isteri dituntut untuk bersabar dan mengalah...


Birthday kali ni...beliau dapat hadiah yang sangat beerti dalam sinopsis kerjaya beliau. Alhamdulillah, beliau berjaya merangkul anugerah Penasihat Kelab Terbaik sempena Hari Ko-Kurikulum UMP 2014.




 Memang berbaloi la menang...penasihat kepada lima buah kelab...n masa n tenaga memang banyak tercurah ke sana. Nak dibandingkan dengan kerjaya sebagai guru...dulu saya seorang guru..hehee....kerja di universiti ni luar biasa sibuknya. Siang malam penuh dengan aktiviti. Macam2 program...kadang2 memang tak tahan sangat sebab masa untuk kami banyak yang terkorban dek kerana program2 itu....nak buat guana...kena la hadap...


Kadang2 teringin gak nak join program2 tu...tapi....hurmm ada aje tapinya.....hahaa...dengan anak yang dah berderet2 empat orang ni...pulak tu tak boleh pulak Mama dia ni hilang dari pandangan mata...memang tak ke mana la jawabnya...


Aufas pun ada juga buatkan kad untuk Baba diorang...


Kad daripada Aufa Qistina

Kad daripada Aufa Irdina

Kad daripada Aufa Irdina lagi...


"Baba....di dunia ini kami tetap bersamamu...selagi Baba masih memerlukan kami dalam hidupmu...dan semoga Allah mengizinkan kami untuk terus bersamamu di dalam syurga nanti"

"Kasih,sayang,cinta dan rindu selamanya"

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Tuesday, July 22, 2014

Ramadhan kami...


...السلام عليكم ورحمة الله وبركته

Ramadhan kareem uols! 




Hari ke-24 barulah kita bertemu di sini kan...ok la tu...asalkan ada...hehe

Ok ke puasa tahun ni? Alhamdulillah...saya belum holiday lg...maybe dapat puasa penuh kot tahun ni...memandangkan dah setahun tak period gara2 implanon tu la...jangan risau yea ..its normal bagi pemakai implanon...jerawat tumbuh bak cendawan lepas hujan pun normal...badan makin lama makin mengembang pun normal...after all...rasa tension pun normal gak!!! Haih...



Nak muka nampak kurus dalam gambar...pose macam ni yea...hahahaha


Ramadhan tahun ni...banyak juga perkara2 best yang jadi..syukur Alhamdulillah...

First, saya dapat berpuasa penuh sampai ke hari ni walaupun masih lagi dalam tempoh menyusukan anak. Berbanding tahun2 lepas...memang banyak rongak la puasa saya ni...tak larat sangat..melepek aje sampai ke petang. Kali ni siap boleh masak lagi untuk berbuka puasa...rasa best sangat! Alhamdulillah...



Second, Aufa Qistina juga dikurniakan semangat dan kekuatan untuk berpuasa..tapi ada jg 2-3 hari yg kantoi...kes tak larat...takpe masih boleh dimaafkan sebab dalam proses pembelajaran lagi kan...Dan yang paling best...Qistina dah faham tentang tuntutan solat lima waktu..berkat bulan Ramadhan almubarak...sebelum2 ni dia memang agak liat sikit la nak solat...macam2 alasan dia bagi bila suruh solat..haii la budak sorang tu...memang rasa bersyukur sangat sebab memang saya dah berniat nak polish dia masa bulan Ramadhan...tup2 takyah susah2 saya nak brainwash...dia faham sendiri...tapi kadang2 tu datang juga liat nak solat tu esp time penat n tak larat..saya lebih tekankan solat dulu daripada puasa...selalu aje saya bagi ayat ni dekat Aufas kalau diorg liat nak solat..."nak buat puasa kalau taknak solat'...pastu mula la tazkirah saya...pasal rukun islam la biasanya...hehe...lepas gian nak praktikkan ilmu...dekat anak2 je pun... :p



Third, Aufa Irdina makin lancar bacaan al-Quran dia. Takde la banyak sangat tersangkut2, terhenti2, langgar tajwid...semuanya good improvement! Well done Aufa! Slow n steady...biar lambat asalkan selamat n smart! 


Fourth, saya boleh masak untuk berbuka puasa n sahur! Yeay! Ntah apa2 kan...orang lain rasa biasa je...dia pulak lelebih...hahaa...maunya tak lelebih! Puasa sebelum ni saya melepek...tak larat...tahun ni Allah kurniakan kesihatan n extra energy dekat saya ni...masak pun takde la masterchef sangat...ala2 masterleceh je...heee...moh ler jamu mata...sebahagian daripada menu yg saya masak...ada jg yg tak snap..sebabnya malas! N takde mood...puasa kan...mood swing! Hahaa


Roti jala

Syurbah oat...sedap tau! Hari2 saya masak sebab ada orang nak makan benda ni time berbuka...layankan aje...cara masak sama macam masak sup ayam tu...last sekali baru masukkan oat n biarkan oat tu kembang baru la tutup api gas...

Chicken grill

Menu hari first berbuka puasa...kemain lg!

Mee kari

Popia goreng..gigih saya buat untuk makan sahur...feveret saya ni! 


Fifth, yang paling bermakna sekali untuk puasa kali ni...bilamana kami dapat berbuka puasa di tepi pantai yang sangat cantik...dan kami dapat solat maghrib di tepi pantai...heaven! Berbuka puasa tepi pantai memang dah bertahun2 kami buat...solat tepi pantai tu baru tahun ni terfikir...sama pulak tu idea saya dengan Baba...hurm sejiwa sangat kan...yeke....hahaa. Kalau di Blackstone beach kiblatnya membelakangkan laut, kalau di area belakang mini zoo taman teruntum tu kiblatnya mengadap laut...so saya suka yg mengadap laut tu..bestnya laaaaa...rasa macam hari2 nak duduk mengadap laut...tak puas pandang laut..tenang je rasa...


Blackstone beach

Makan yg simple2 je...

Belakang mini zoo taman teruntum..cantik kan???

Di blackstone beach...subhanallah!



Sixth, saya berjaya buat kuih raya!!! Yeay!!! Gedik! Hahaaa...haruslah gedik sebab dah berbelas tahun tak buat kuih raya...tapi baru satu jenis je...itupun dah nak habis...hahahaa...tak sempat nak tunggu raya gamaknya...saya buat kuih sarang semut...sedap woo kuih sarang semut..feveret saya sejak zaman sekolah menengah...



Sekali makan habis sebekas...dah tu camno nak simpan untuk raya??? Kena buat lagi ni...hehe



Persiapan untuk raya....takde la mewah sangat...biasa2 je...gembirakan hati anak2...itu yg penting ek...tapi gembirakan hati sendiri pun penting juga...hehee


Oklah...nak sambung tidur...sepanjang Ramadhan ni kena qadha tidur waktu pagi...malam asyik la tidur lewat...pukul 4 pagi nak kena bangun dah....so kena ambil masa waktu pagi la untuk tidur...wajib tidur! Kalau tak tidur mau pusing kepala gue!


Last but not least...terimalah video sengal daripada saya... hehe





Selamat beribadah uols! 

Bye...Assalamualaikum..

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Friday, June 27, 2014

Surat cinta daripada Aufa2


Saya rasa happy sangat setiapkali dapat surat/kad/memo atau apa2 sajalah daripada Aufas

Terasa diriku begitu berharga gitu! Hee....

Walaupun biasa2 je....guna kertas biasa je....saya tetap hargainya...dan bagi saya, that's the way how they wanna express their love n feelings towards me..

Alhamdulillah 'ala kulli haal...



Kad ni saya dapat daripada Aufa Qistina masa tengah malam kelmarin. Dia nak saya yg ambil dia n kakak dia masa balik sekolah..hahaa...ikut suka dia nak guna ayat macam gitu kan....jenuh Mama dia nak memahamkan... :p :p








Yang ini pulak coretan Aufa Irdina masa dekat sekolah td...katanya ada cikgu tak datang..so boleh buat kerja sendiri...hurmmm bergenang air mata baca coretan Aufa...walaupun struktur ayat agak 'ke laut cetek' sikit...ianya sampai...menusuk ke hati Mama...


Dan bila Aufa Qistina nampak kakak dia bagi buku ala2 diari tu...apa lagi...dia pun bagi satu lg kad dekat saya....hehee




Tqvm Aufa2 kesayangan Mama...

Nanti....lagi dua Aufa tu dah besar...mesti ikut rentak kakak2 ni...

Ohh I can't wait!!!

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Tuesday, June 17, 2014

34 tahun : Hidup adalah belajar!


!السلام عليكم ورحمة الله وبركته

Seminggu sudah berlalunya hari istimewaku...

Hari di mana aku selamat dilahirkan di dunia...

Ianya pada 34 tahun lalu...

Pada tarikh 10 Jun 1980 jam 9:15 malam...

Ianya pada malam ulangtahun bersejarah Isra' wa Mikraj...




Terima kasih yang tidak terhingga buat Mak yang telah bertarung nyawa ketika itu...dan terima kasih kepada Mak Abah yang telah membesarkan serta mendidik aku sehingga aku menjadi seorang insan seperti hari ini...

Alhamdulillah 'ala kulli haal...


HIDUP ADALAH BELAJAR!


Itulah frasa atau ungkapan yang paling memberi motivasi kepada aku setakat ini. Terima kasih kepada insan yang mencetuskan idea bernas ini. Sungguh! Ianya memberi impak maksima kepada aku!




Hidup aku yang sekarang, bukanlah sepertimana yang aku impikan. Aku pernah punya cita-cita...namun aku korbankan demi memenuhi kehendak kehidupan berkeluarga yang sempurna. 

Aku pernah simpan impian, namun ianya tidaklah seindah yang aku impikan. Hanya cukup sekadar untuk meneruskan kehidupan tanpa perlu bersenang-lenang dan bermewah-mewah.

Aku pernah susun rancangan, namun ianya tidak menjadi seperti yang direncanakan. Aku hanya perlu mengikut dan akur.

Pernah aku menangis, terasa ingin memberontak demi kerana apa yang diimpikan dan apa yang dirancangkan tidak kesampaian. 


Sedikit luahan penuh emosi daripada aku...tak perlu sinis tak perlu kritis....aku juga manusia biasa yang sentiasa diuji dengan emosi. 


Bersyukur kerana aku masih lagi bergantung harap dengan Dia yang sedang menguji aku. Dialah Allah Yang Maha Esa. Di setiap ujian yang diberikan...adakah kita tidak bersyukur kerana kita sentiasa dalam perhatian Dia? 

Di setiap ujian yang dicampakkan...apakah ganjaran yang bakal kita perolehi? Itulah dia ganjaran kesabaran...dan jua kebenaran. Sudah disebut dalam surah al-'asr..




Aku juga bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang sentiasa membuatkan aku berfikir dan bersabar tanpa beliau sendiri sedari. Beliaulah juga yang sebenarnya mengajar aku betapa perlunya redha dan bersyukur dengan setiap apa yang kita ada. Beliau yang sentiasa memanjakan aku dengan sikapnya yang penyayang. Beliaulah juga yang sentiasa mendidik aku untuk memaafkan  dan melupakan yang pahit. Terima kasih suamiku sayang...




Kita tak pernah sedar bahawa insan2 di sekeliling kita sebenarnya yang banyak memberi pelajaran dan pengajaran. Walaupun mereka masih kecil, Aufas adalah insan terpenting dalam hidup saya yang telah berjaya mendidik saya untuk menjadi lebih baik hari demi hari. Dalam saya beremosi marah...Aufas la yang akan mengingatkan saya bahawa marah itu tidak baik. Dalam saya merungut dan mengeluh..Aufas juga la yang akan mengingatkan saya supaya sentiasa bersyukur. Dalam kita mendidik...kita sebenarnya turut terdidik! Jadi, nikmat TuhanMu yang manakah yang kamu dustakan? Dah termaktub dalam surah ar-Rahman...bersyukur sangat padaMu Ya Allah atas kurniaan anugerah cinta terindah dan terhebat dalam hidup kami...terima kasih puteri2 kesayanganku....


Mereka yang pernah mengecewakan aku...yang pernah menuduhku tanpa usul periksa...yang pernah menuding jari kepadaku seolah2 baru mengenaliku sehari dua...kesemuanya telah aku maafkan. Dan aku berharap agar aku juga diberi kemaafan sekiranya mereka merasakan akulah yang bersalah. Aku belajar kesemuanya...aku akur bahawa manusia sememangnya dikalangan makhluk yang suka membantah. Sudah termaktub dalam surah al-Kahfi...


Dengan apa yang aku ada sekarang, aku belajar....

Aku belajar dan berusaha untuk memperbaiki nilai diriku, belajar untuk mempersembahkan yang terbaik kepada mereka yang aku sayang, dan yang paling utama.. aku belajar dan berusaha menjadi seorang hamba Allah yang mendambakan syurga. 

Segalanya dengan izinMu dan redhaMu....

Terima kasih Ilahi...


Aku di usia 34 tahun...

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Sunday, May 18, 2014

Hari ibu & Hari guru


Bulan Mei setiap tahun memang meriah...especially bagi kaum hawa la kan...

Ahad kedua bulan Mei adalah sambutan hari ibu sedunia. Actually, saya tak pernah celebrate n tak pernah wish dekat Mak or sesiapa saja yg bergelar Mak. Sejak ada facebook...glamour la mother's day ni ...kot kan?? Saya rasa la...kalau takde media sosial...siapa pun takkan glamour tak hengat dunia kalau dia bukan artis or ahli politik or ahli sukan. Kan kan kan???

Hurm..tahu ke kisah bermulanya sambutan hari ibu? Saya tahu! Heee...selepas saya googled! Salah satu upacara keagamaan bagi agama kristian dan terus diupgrade dan dijadikan hari untuk kita meraikan ibu kita. Ada khilaf tentang hukum meraikan hari ibu. Bagi saya, ini bukan fatwa yea..sekadar pandangan peribadi sahaja...selagi ianya tidak bertentangan dengan aqidah Islam, selagi sambutan itu tidak membabitkan perkara2 haram di sisi Islam...boleh je nak celebrate. Terpulanglah..


Video saja2 sempena Hari Ibu...


Aufas ada buatkan kad untuk saya...hehee...




16 Mei pulak sambutan Hari Guru di Malaysia. Pernah la merasa celebrate hari guru...best wooo!! Dapat banyak hadiah...masa birthday pun tak dapat banyak mcm tu...silap2 tak dapat satu hadiah pun! *Saya la tu...sobsobsob*

Dah lima tahun saya tinggalkan dunia pendidikan. Antara kenangan manis saya tu...bermula dengan guru ganti, guru sambilan, guru sandaran, pelatih j-QAF..dan akhirnya saya ditamatkan perkhidmatan kerana melanggar syarat. Syaratnya tak boleh mengandung. Saya pulak...dua kali mengandung! Hahaha...first time mengandung boleh excuse n extend, second time mengandung terus kena expel! Triple E....dah nasib...bukan tak merancang..cuma merancang untuk tidak berjauhan lagi dgn Baba...serik sgt time tu...lagu tema adalah My Heart ok! Jiwang kan! Ada hikmahnya...dan ada juga kos lepasnya....hati dan jiwa kena kental babe!

So, sekarang ni saya adalah fulltime housewife...24/7 working hours!




Berbalik kepada kisah hari guru. As usual, last minute preparation sokmo! Pergi ke Giant...sebab kat sana ada gift shop...sekali penuh daaa...dah la kedainya kecil! last year pergi kat TC jer ...kengkonon this year nak ubah selera la...sekali haaa....ingatkan kita je yg last minute... hahaaa


Saya suggest dekat Aufa nak beli brooch...sebab takde org pun kat kedai tu...n Aufa nak bagi dekat cikgu perempuan ajer...memula dia taknak...cerewet woo anak dara saya ni....agaknya dia pun tak sanggup nak tunggu lama...akhirnya dia pun bersetuju dgn cadangan Mama dia ni...hehee...Aufa Qistina ikut ajer...lagipun dia nak bagi dekat guru kelas..




Nasib baik Aufa Qistina ada beli pembalut hadiah kat kedai sekolah. So, guna je la yang dia dah beli tu untuk balut brooch. Dapat idea nak buat kad...mula2 tu juz nak guna kertas A4 putih je...*light bulb!*...ternampak pulak file Baba masa pergi kursus. Purple pulak tu...my fav color...so...apa lagi...potong la jadikan mini card. Yg lain2 tu serahkan kpd Aufas...nak tulis apa...nak lukis ke...biar diorg yg buat sendiri. Yg cover tu saya ikut semula tulisan diorg guna liquid paper...hahaaaa...dah takde bahan nak guna..semua dah habis dikerjakan oleh diorg! Saqqiittt hatii!!!


Bila anak2 happy....kita apatah lagi kan....rasa release sangat! 

Itulah kisah hari ibu dan hari guru. Isnin ni Aufas dah start exam...jenuh la Mama dia nak mengajar n buat revision...hehe...


Nota untuk Aufa Irdina

Nota untuk Aufa Qistina...nota yg bulat2 tu Aufa Amnina punya kerja..

Inilah kerja budak kenit ni....asyik menconteng badan sendiri! Grrrrr!!!!!

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Saturday, April 19, 2014

Menunggu...


Haih...bosan naw dah ni!

Aufas dah selamat tidur...yg paling last tidur adalah Amnina. Biasanya tukar2 batton dgn Kashfina. Kakak2 dia pukul 10 dah selamat...maklum la penat pergi sekolah...hahaa

Now, tengah menunggu Baba balik...

Malam ni ada program Maulid@Ikim.fm di UMP. Minggu ni mmg bizi aje Baba...every night keluar pergi studio n balik lewat malam. Esoknya kena bangun awal pagi...kesian kan...




Hensem tak????

Dari tadi kejap2 tengok gambar ni...nampak macam menggoda sangat pulak dia dalam gambar ni...hahhaa...


Kami macam biasa la...duduk rumah jer...makan, main, tengok tv, layan fb...itu saya la..hee




Malam ni menu kami adalah nasi goreng sardin. Memandangkan ada balance dua setengah ketul sardin dalam peti ais...balance buat roti sardin pagi td. Dan yang lebih dahsyat lagi...memandangkan Kashfina dalam senyap2 dia dok meratah sardin mentah...maka dengan sebab itulah saya dapat idea nak buat nasi goreng sardin.





Huh! Bertuah kan Aufa Kashfina! Patut la dari siang td dia kata kat saya..."Ma...tengok Ma...Sheena makan ikan"...dgn penuh excited. Then saya alihkan bekas isi sardin tu..letak tempat yg tersorok sikit dlm peti ais. Dapat juga dicapainya! Hai la anak...jangan la sakit perut nanti...


Dah pukul 1:30 am...bila Baba nak balik ni...tak pasal2 saya dah minum nescafe pulak dah...nak tahan mata kengkononnya..


Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Tuesday, February 18, 2014

Jika boleh dimanfaatkan...


 !السلام عليكم ورحمة الله وبركته

Pagi2 ni macam biasa la...lepas babai Aufa2 n Baba...agenda seterusnya adalah qadha tidur...heee...tapi lately macam susah pulak nak sambung tidur...sebabnya....samada Kashfina atau Amnina yang dah bangun...ataupun kedua2nya dah bangun...alamatnya....memang tak dapat qadha tidur la kan....


Baba pulak...sepanjang bulan Februari ni every weekend out station...mula2 pergi Cherating, then pergi Mersing, this weekend pergi Cherating lagi, next week for the whole week akan ke KL. Fuhhhh!!! yang KL tu kami nak ikut!!! Nak kata apa katalah!!! Ada aku kesah...hahaa..seminggu tu...dah la takde transport nak hantar n ambil Aufa2...so...apa kejadahnya kami stay di Kuantan ni??? Sedara mara pun takde...kengkawan tu ada...tapi...segan ler kan nak bergantung harap pada kengkawan...Kalau Baba tak bawa kami ke KL...memang la Baba tu....sobsobsob...heee


Dah nak masuk lapan tahun saya lalui situasi kena tinggal dengan Baba...tapi masih lagi belum imune...rasa macam sedih, sebak, tension pun ada everytime dapat tahu Baba kena out station. That's why saya selalu je kata kat Baba...kan best kalau Baba jadi cikgu...sebok macamana pun...malam memang confirm ada kat rumah...huuu bukan nak berkepit jer dengan suami..cuma..cuma...ahhhh faham la sendiri ei...rasanya semua isteri ada rasa yang sama seperti saya....kankankan??? Heee


Ingat lagi zaman berjauhan masa mula2 kahwin...saya berkhidmat di Melaka...Baba berkhidmat di KL...every weekend kami bergilir...samada dia balik Melaka or saya yang drive ke KL. Then, bila Baba dapat kerja yang sekarang ie di Kuantan...Baba aje la yang berulang alik ke Melaka. Rasa macam hancur sangat hati everytime nak berpisah. Saya ingat lagi, sepanjang drive pergi n balik kerja..lagu yang sentiasa beekumandang dalam kereta saya adalah lagu My Heart...hahaaa syahdu giler! 


Di sini kau dan aku terbiasa bersama...Menjalani kasih sayang...Bahagia ku denganmu...Pernahkah kau menguntai hari paling indah...Ku ukir nama kita berdua...Di sini syurga kita...Bila kita mencintai yang lain...Mungkinkah hati ini akan tegar...Sebisa mungkin tak akan pernah sayangku akan hilang...If we love somebody could we be this strong...I will fight to win...Our love will conquer all...Wouldn't risk my love...Even juz one night...Our love will stay in my heart....MY HEART...♬


Rasa macam berkarat tak jiwang tu??? Kehekehkeh...jiwang dan muzik memang ibarat irama dan lagu...hehee


Anak pun rindukan Baba..apatah lagi Mama...hahaa 


Bila berjauhan ni...ada juga hikmah yang Allah kurniakan...setiap apa yang terjadi sudah ditentukan hikmahnya. Apa yang saya nampak...bila kami berjauhan...ada ruang untuk kami meluah isi hati...yang takkan pernah dapat buat setiapkali ada bersama...anak dah empat ko! Baru nak berdua-duan ada saja yang menyelit...So gunakanlah masa berjauhan ni untuk meluah segala rasa terpendam...kalau merajuk pun...ada ruang n masa untuk bersendiri...alaaa macam korang tak pernah merajuk kan...ke ada yang tak pernah merajuk? Ajar saya....plzzz...becoz saya ni boleh tahan juga kuat merajuk...kalau kecik2 dulu..asal merajuk jer menyorok bawah katil...hahaa...lawak giler...dah ada anak ni takde la nak merajuk sgt...katil kat sini pun katil moden..takde ruang nak menyorok...wakakaaa...belajar pujuk diri sendiri n fikir positif...makanya nak merajuk pun sekejap je la...


Last weekend...masa Baba ada program di Mersing...tetiba Baba wassapp benda ni....





Apa la saya ni kan...suami dah kata gitu...lagi mau persoalkan...heee..bukan apa....saya rasa masih belum layak untuk bergelar sedemikian walaupun itulah impian dan harapan seorang isteri. Apa pun saya berterima kasih kpd Baba atas penghargaan yang diberikan kpd saya. Saya anggap ianya sebagai pendorong dan doa untuk saya menjadi isteri yang lebih baik hari demi hari...mudah2an...insha Allah...


Actually, saya kongsikan benda ni untuk dimanfaatkan. Ambil yang positif yea...singkirkan segala anasir negatif..Saya ada kongsikan di facebook...malas nak taip semula...nak copy paste pun malas..saya screenshot je...




Kadang2...ada juga manusia yang fikir negatif kan...bukan nak serkap jarang...sebab dah terkena...dengan tak semena2...takde angin takde ribut tetiba nak hentam kita...bukan nak berlagak bagus pun...katanya saya ni nak meraih perhatian manusia...hurmm takpelah...only Allah knows the best...saya ni duduk di rumah...nak keluar cari ilmu tu memang susah la kan...so gunakan medium internet...n bila ada yang sudah dipelajari n diketahui...tak salah rasanya untuk saya berkongsi dengan sahabat2 di facebook...ilmu yang berkat adalah ilmu yang dimanfaatkan...setiap apa yang kita buat takde sebab lain selain inginkan ganjaran yang akan menjamin nasib kita di akhirat kelak. Ada manusia yang claim katanya facebook ni takde faedah...buang masa...tapi saya tengok sama naik je dia mengexplore facebook...hahaa...cakap selalu tak serupa bikin! please la manusia..think n act in a positive way...jangan cuba mencetuskan provokasi yang akhirnya akan membawa kepada terputus silaturrahim...



Oklah...saya pun malas dah nak ingat perkara2 yang mencuit emosi saya...biarlah orang dengan sikapnya yang negatif...moga lambat laun orang akan sedar n berubah. Saya pun...akan sentiasa perbaiki kelemahan diri saya. Tiada manusia yang sempurna...namun berusahalah untuk menjadi sesempurna mata dan hati yang memandang.




Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Tuesday, January 21, 2014

Suri rumah...


!السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pagi-pagi ni..apa lagi nak buat...lepas Aufa2 pergi sekolah n Baba pergi kerja..

Biasanya saya sambung tidur...memandangkan Aufa yang lagi dua org tu still belum bangun lagi..

Lagipun...saya kena cover tidur waktu malam yg selalu saja tak cukup 6-8 jam

Well...itulah untungnya jadi suri rumah ni...boleh qadha' tidur! Hahaa

Oh ya...bila sebut pasal suri rumah ni kan...saya teringat satu cerita...kisah saya sendiri...

Begini ceritanya...*ala2 story teller*... heh!

Masa raya puasa tahun lepas...lokasinya di kampung halaman saya di Melaka. Macam biasa...kami sekeluarga pergi berhari raya di rumah sedara mara terdekat..dekat sebuah rumah ni bercampur la semua suku sakat family belah Abah..ada seorang hamba Allah merangkap sepupu saya ni memulakan perbualan..hurmmm..harap maaf..penulisan saya agak skema pulak kali ni yea.. :p

"Awak tak kerja? Duduk rumah jaga anak je la? Isshhh..rugi la..belajar tinggi2 tapi tak kerja..baik awak kerja...rugi!"

Itu yang saya dapat masa tu...dia tanya saya jawab..cuma jawapan yang nak saya highlight bila dia kata rugi tak kerja sebab dah belajar tinggi2...belajar tinggi2 tu faham kan maksudnya...belajar sampai ke menara gading...err faham tak menara gading??? Maksudnya belajar sampai ke universiti....heee saja je banyak tanya...nak release rasa sentap dalam hati...

Bila dia cakap macam tu...hati saya rasa macam kena pegang...kena genggam..dari hati terus ke mata...selalunya dari mata turun ke hati kan...kali ni tidak! Hati yg tersentap dulu..terus pegi ke mata...bergenang air mata ko! Terus saya jawab...dengan tenang...dengan senyuman...seriously saya buat gitu..untuk melindungi kekusutan hati...saya jawab...

"Tak la kak...saya tak rasa rugi pun. Ilmu yg saya ada ni saya curahkan sikit2 dekat anak2 saya..."

Macam gitu la saya jawab..kalau ikutkan hati saya nak jawab panjang lebar...tapi saya bukan macam tu kot...terus hamba Allah tu senyap. 

Saya kenal dia...cuma saya tak rapat n dia bukan dari batch saya...maksudnya di kalangan sepupu...so background dia saya tak tahu...

Bila saya selidik...baru saya tahu...hamba Allah itu adalah sama statusnya dengan saya...belajar tinggi2 tapi terpelosok ceruk dapur!

Ohhh...dalam hati saya ni selalu aje berkata2...ala2 memujuk n mengingatkan...setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah n tujuan...saya fikir...kenapa dia cakap macam tu...sedangkan dia pun sama aje dengan aku...

Ya..mungkin bagi pihak dia...dia rasa sangat rugi

Bagi pihak saya...saya tak akan menganggap ianya satu kerugian...kerana secara hikmahnya...bila saya tak bekerja...saya dapat menumpukan 100% pada family...bukannya saya duduk rumah goyang kaki...macam2 kerja saya buat termasuklah menjadi guru kepada anak2 saya. 

Anak2 saya mula mengenal ABC, 123, ا ب ت...hasil dari tunjuk ajar saya sendiri...sekurang-kurangnya saya rasa puas hati...saya dapat lihat anak2 membesar depan mata saya sendiri...anak2 boleh membaca al-quran, boleh solat hasil didikan saya... walaupun banyak kekurangan..namun saya tetap berusaha untuk memberi yang terbaik...dan akan sentiasa berusaha tanpa kenal erti putus asa...

Apapun...saya tetap ingin berterima kasih kepada hamba Allah tersebut...kerana mengingatkan saya tentang keikhlasan dan niat sebenar dalam menuntut ilmu...


Teringat perkataan RUGI...saya jadi tak tenang juga sebenarnya. Yelah kan...insan yang berpenat lelah menyekolahkan saya...berhabis duit untuk saya belajar hingga ke universiti...takkan senang2 je saya nak biarkan macam tu...seolah-olah tak mengenang jasa pulak kan...


Tergerak hati saya nak bertanya pada Mak...adakah Mak rasa kecewa bila saya memilih jalan untuk tidak bekerja...Mak jawab...


"Itu memang tanggungjawab Mak...membesarkan kau...sekolahkan kau...sampai kau dah berjaya...Mak dah jalankan tanggungjawab Mak...kau nak kerja ke tidak...terpulang dekat kau"


Itulah jawapan Mak...Alhamdulillah...terima kasih Mak...moga Mak redha dengan segala apa yang curahkan pada saya...


Dan sebagai anak...walaupun telah berkahwin...saya takkan pernah lupa akan segala jasa Mak Abah...akan kubalas selagi terdaya..kalaupun bukan dengan wang ringgit...ada jalan lain...insha Allah..semoga Allah redha...


Itulah kisahnya...

Bukan mudah untuk hidup...dan jangan ambil mudah tentang hidup...berpada-padalah!






Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Saturday, January 4, 2014

Ada udang di sebalik batuuuuu....wuuuuu...





Semalam punya cerita ... 😼

Actually...tak pernah buat pun macam tu sebelum ni....

Takkan la suami tak sayang isteri yang dipilihnya sendiri kann.... 😝

Mula2 tu ingatkan nak berdrama swasta dengan Baba... 😺

Sekali.....Baba dah boleh agak daaaa... 😱

Potonggg betul la Baba ni!!!

😻😽😝😄😊

Ehhh apasal banyak emoticon ni????

Nak menunjuk...baru update go keyboard...

👍👌✌👏👀



Tiga hari lepas...peti ais kat rumah ni buat hal...😠

Ntah angin apa...tetiba je jadi tak sejuk...sampaikan semut pun boleh bermaharajalela dalam peti ais...🙎

Ayam dan daging untuk stok 2-3 hari pun habis berbau...buang macam gitu jer...takkan nak masak juga...isshhh  teringat kes kat Sg. Petani...takut lak nak masak ayam n daging yg dah berbau ni...👎

Dah la malam tu saya teringin nak makan kek...Baba bawa pergi Secret Recipe n saya beli 5 jenis kek... slice ajer yea.. 🍰🎂

Choc fudge untuk Baba, Choc indulgence untuk Aufa Qistina, Oreo cheese cake untuk Aufa Irdina, White choc macadamia untuk saya, turkish indulgence untuk saya lagi...heee

Masa nak simpan kek ni dalam peti ais baru perasan...peti ais langsung tak sejuk...n semut dah mula bawa geng...haih!

Faham jer la kek SR kalau tak disimpan dalam tempat sejuk...segala jenis krim jadi cair....naik geli pulak nak makan...makan juga la sikit2..selebihnya buang!

See....betapa banyaknya kerugian yang kami terpaksa tanggung!

Dan petang semalam...tetiba jer peti ais tu kembali sejuk membeku!

Syukur alhamdulillah...jimat kos...tak payah susah2 nak hantar repair

Haaaaa...panjangkan jalan ceritanya... 👀✌

Itulah puncanya saya nak repeat makan kek SR...

Baba ni...memang susah nak mengelat dengan dia...tahu aje isi hati isteri dia ni...pastu sporting...turutkan juga kehendak saya...thank you Baa ... 😻

Tapi....saya ni tengok juga keadaannya macamana...kalau keadaan kewangan mengizinkan...time tu la saya request macam2...biasanya request nak makan n beli supplement or beli barang2 maybelline je...compact powder n BB cream je..yg lain saya tak guna...

Lepas isyak semalam...rasa macam taknak makan kek...actually saya teringin sangat nak makan red velvet...tak pernah makan lg...takde pulak dekat SR hari tu...

Saya ubah plan...nak beli KFC laa...boleh tahan sampai le sarapan n lunch hari ni...hahaaa...nampak tak permainan dia...memang betul2 ada udang disebalik batu...sambil menyelam minum air... 😝

Malas nak masakkkk...since bahan mentah pun takde...hari ni la top up semula bahan2 dalam peti ais...

Oklah..nak mandi..nak solat...nak bersiap2 nak outing...

💑👻🍴🕑🏧🐱🐸☀💋👣👋✋✌✊👊

Orang ada emoticon.....




Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Thursday, December 19, 2013

19/12 ...tahun 2004...


Saya tanya Baba.."ingat tak tarikh hari ni?"...bertuah sungguh dia tak ingat! saya kata kat dia..."dia yang cipta tarikh ni....dia pulak yg tak ingat ei"...hahaa...saya ni..semua tarikh yg berkaitan saya ingat! wanita......kannnn...lelaki...asal jadi sudah la...yg lain2 tu....tak penting pun...

Actually..takde apa pun...saja nak menyakat Baba...nak minta dia belanja Barbie Mariposa kejap lagi... ;)

Tarikh hari ni...19/12...masa tahun 2004...saya selamat bergelar tunangan orang...takde plan apa2...tetiba je nak datang meminang dalam tempoh seminggu...kelam kabut nak buat persiapan...

Masa tu belum kerja tetap lagi...baru grad..juz jadi guru ganti jer...Baba pulak..belum habis  study lagi...

Agaknya...Baba takut saya dipinang orang lain kot...hahaa...memang ada sorang brother tu nak masuk meminang...kalau saya bagi jawapan positif...issshhh...macamana saya nak kata "ya"...sedangkan hati saya dah tersangkut dekat Baba time tu... :p

Semuanya sudah termaktub kan...kita hanya jadi pelakon saja atas dunia ni...




Hahaaa...inilah gambarnya sebagai bukti...

Segala-galanya disponsor...

Baju...pinjam baju cousin...kebetulan dia belum pernah pakai baju tu...thanks ijal...besar jasamu..

Barang2 hantaran...sponsored by Kak Pah...dia belikan kemeja+neck tie, set tali pinggang+beg duit, sejadah, tuala mandi...heheee...sangat old school kan barang hantaran...

Nak dijadikan cerita...seminggu sebelum dipinang tu...saya ada mimpi ular...ular tu besar sangat2...n ular tu bawa cincin...cheeewahhh! agaknya kebetulan je kot.. takde la nak percaya sangat.. sikit2 tu ada la...hehee...tak semua mimpi itu mainan tidur...kan?


Oklah...nak cerita itu je...kisah daku dipinang oleh Baba.. hehee

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Monday, December 16, 2013

Bila saya setia...


Pernah ada yang kurang senang...berdendam mungkin...atas kesetiaan saya pada cinta. 

Sesetia mana pun saya pada cinta...jika jodoh itu sudah termaktub milik saya...ia tetap milik saya. 

Dan sesetia mana pun saya...jika jodoh itu sudah ditentukan untuk kamu...ia tetap milik kamu...dan sudah pasti jodoh saya pada hati yang lain.

Kenapa perlu mempertikaikan sesuatu yang menjadi ketentuan? 

Kenapa perlu berdendam atas kesetiaan cinta orang lain...sedangkan kamu langsung tidak berbuat apa2 untuk mempertahankan kesetiaan kamu?

Saya sedih...saya kecewa...ada kamu kisahkan?

Kamu...tetap ingin mempertahankan apa yang kamu rasa dan apa yang kamu inginkan

Sedangkan kamu sudah temui jodoh kamu

Saya tidak pernah rasa menyesal dengan apa yang telah terjadi

Cuma...saya rasa dipergunakan dan dipersendakan

Kamu seolah-olah tidak menghormati perjalanan hidup saya

Kamu yang memulakan dan kamu juga yang menamatkan dengan membuang saya dari hidup kamu

Itupun saya tetap tidak kisah dan tidak menyesal

Kerana saya tahu dan faham..

Saya sedang berdepan dengan ujian hidup

Dan ujian itulah yang telah mentarbiyyah hati dan jiwa saya


Untuk kamu...terimalah hakikat dan hormatilah kehidupan insan lain

Terima kasih


Baba...terima kasih atas segalanya...semoga Allah merestui dan meredhai hubungan kita hingga ke syurga....aameen

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Wednesday, December 11, 2013

Siapa yang anda pilih?


Andai diberi pilihan

Dan harus memilih satu antara beribu

Siapa yang anda akan pilih?



Ada satu cerita di facebook Baba

Tersentap dan tersentuh hati ini bila membaca cerita tersebut

Ianya berkisar tentang pilihan

Begini ceritanya....



★★★★★★★

Seorang penceramah mengadakan permainan kecil kepada tetamu di dewan yang sudah berkeluarga dan meminta 1 orang datang ke depan. 

PENCERAMAH: ”Tulis 10 nama yang paling rapat dengan anda” Lalu lelaki tersebut menuliskan 10 nama, ada nama jiran, orang tua, teman kerja, sahabat, anak dan juga isterinya serta seterusnya. 

PENCERAMAH: "Sekarang sila pilih 7 di antaranya anda ingin hidup terus bersamanya"Lelaki itu memadam 3 nama yang ditulisnya tadi. 

PENCERAMAH: "Sekarang hapuskan 2 nama lagi, sehingga tinggal 5 nama sahaja di papan tersebut."

PENCERAMAH : “Hapus 2 nama lagi.” Maka tinggal 3 nama, iaitu nama orang tua, anak dan isterinya. Suasana dewan menjadi hening, mereka berfikir semua sudah selesai dan tak ada lagi yang harus dipilih.

Tiba-tiba PENCERAMAH berkata: “Silakan padam 1 nama lagi!” Lelaki itu dengan perlahan-lahan mengambil keputusan yang sulit dan menghapus nama orang tuanya.

PENCERAMAH : "Silakan pilih 1 nama lagi!"Lelaki tersebut menjadi bingung. Kemudian mengangkat kapur dan dengan berat hati mulai menghapus nama anaknya dan lelaki itu pun menangis. 

Setelah suasana tenang.

PENCERAMAH bertanya kepada lelaki itu, "kenapa kau tidak memilih orang tuamu yang telah melahirkan dan membesarkanmu, tidak juga memilih anak yang darah daging anda sendiri, sedangkan isteri itu dapat kau cari lagi?"

Semua orang di dalam dewan tersebut terpaku menunggu jawapan dari lelaki tersebut. 

Lalu lelaki itu menjawab: "Seiring waktu berlalu, orang tua saya akan pergi meninggalkan saya, manakala anak jika sudah dewasa akan berkahwin, dan juga pasti akan meninggalkan saya. Sedangkan yang benar-benar boleh menemani saya dalam hidup ini hanyalah ISTERI saya. Orang tua dan anak bukan saya yang memilih, tapi Tuhan yang menganugerahkannya. Sedangkan ISTERI, sayalah yang memilih dari sekian banyak wanita yang ada di dunia ini.” 

Semoga kita semua boleh mengambil hikmah dari cerita diatas. Sayangilah isteri2 anda.

★★★★★★★



Kalau saya....

Saya pilih....

Suami saya!

Oh Baba... I love you so much!!!




Alasan yang sama seperti dalam cerita...

Cuma alasan tambahan daripada saya...

Kerana syurga seorang isteri di tapak kaki suaminya



Tapi...bagaimana dengan suami???

Walaupun telah berkahwin...syurga tetap di telapak kaki ibu

Andai si suami memilih ibu...bagaimana dengan isteri?

Dalam cerita tu...suami memilih isteri...bukan ibu

Fuhhh....sukar sangat sukar...

Nasib baik ianya hanya cerita

Kalau taknak pilih pun takpe...

So, jangan risau yea...

Ini semua poyooooo!!!

Ehhh silap...ini semua sekadar andaian

Dan semuanya seolah-olah berantai dan saling kait mengait

Suami pilih ibunya

Isteri pilih suaminya

Anak pilih ibunya atau ayahnya

At the end...semuanya berkumpul bersama

See...indahnya ikatan kekeluargaan

Indahnya kasih sayang yang Allah kurniakan kepada insan

Oleh itu...bersyukurlah!

ALHAMDULILLAH 'ALA KULLI HAAL...



Baba beli kek chocolate fudge sempena wedding  anniversary kami..thanks a lot! ada lagi...siapa nak? hehe..kesian Baba..nampak sekerat je muka...Aufa yg tolong snap..terpaksa panjat kerusi n panjangkan tangan... :p












Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...