AufaZanKi

My photo
Special Thought For The Super Special Persons In My Life

Tuesday, July 13, 2010

~*trimester kedua kehamilan*~

Trimester Kedua


Minggu ke-13

Tahniah! Anda telah memasuki trimester ke-dua dimana pada mereka yang mengalami morning sickness mula berkurangan.

Pertumbuhan bayi pula sangat cepat ketika ini. Panjang bayi telah berganda daripada panjangnya di usia 7 minggu. Ianya berukuran lebih kurang 2½ hingga 3 inci panjang dan beratnya pula mencapai 13-20 gram dan secara kasarnya besarnya sebiji buah peach. Satu perubahan yang menarik adalah kepala bayi sama besar dengan badannya. Ini menunjukkan pertumbuhan otak bayi amat pesat waktu ini. 

Pada minggu ke-21 nanti, kepala bayi satu per tiga daripada badannya dan apabila lahir kelak kepala bayi satu per empat daripada badannya. Wajah bayi ketika ini hampir menyamai seorang manusia sekarang dimana matanya sudah mula membentuk dan wajahnya mula terbentuk. Genitalia luar pula membentuk dan ketika ini bayi boleh dibezakan samada lelaki atau perempuan. Peti suara bayi juga mula terhasil ketika ini. Tangan bayi juga mula membentuk struktur dimana 27 ketul tulang disatukan menjadi bentuk tangan. Bagitu juga dengan kaki bayi dan juga jari-jemari mula membentuk termasuk tumit bayi.


Minggu ke-14

Kini anda mula merasa bertenaga daripada minggu-minggu di trimester pertama. Trimester kedua adalah masa yang amat santai dan merasa lapang menikmati kehidupan kehamilan anda. Semoga rasa loya dan keletihan yang dilalui semasa trimester pertama menjadi satu kenangan dan inilah masa anda seronok menikmati kehamilan anda.

Di trimester pertama fokus adalah lebih kepada pertumbuhan kepada sistem-sistem badan janin yang pelbagai dan trimester kedua lebih memberi fokus kepada pertumbuhan janin. Proses pembentukan bayi akan menjadi lebih aktif pada ketika ini. Dalam satu bulan ini, bayi anda akan menggandakan panjangnya dan menggandakan sehingga empat kali ganda berat badannya. Telinga bayi telah berpindah daripada bahagian leher ke bahagian kepalanya. Matanya juga beransur-ansur berpindah kedudukannya daripada bahagian sebelah kepala ke bahagian hadapan muka bayi. Leher bayi mula panjang dari asalnya dan dagunya tidak lagi menyentuh dada. Seksual bayi juga berkembang. Ia menjadi lebih ketara bagi menceritakan samada bayi tersebut bayi lelaki atau perempuan.

Saiz bayi kini sebesar penumbuk anda pada kira-kira 4 inci atau 9cm panjang manakala beratnya pula mencecah 25 gram. Ada alat-alat khas yang boleh mendengarkan jantung bayi anda.


Minggu ke-15

Sekarang perut anda sudah mulai membuncit dan akan kelihatan seperti ibu-ibu hamil lain. Mungkin anda juga merasa kurang selesa dengan perubahan tersebut.

Bayi kini berukuran 4½ inci panjang dan beratnya pula kurang 2 auns. Kulit bayi ketika ini lutsinar dan ditutup dengan rambut lembut yang dipanggil lanugo. Bayi anda bergerak aktif tetapi anda masih belum merasai pergerakan tersebut sehingga beberapa minggu lagi. Pada masa ini bayi anda mungkin menhisap jarinya!

Matanya masih lagi dalam proses pergerakan ke bahagian tengah muka yang masih luas jaraknya. Cuping telinga mula membentuk dengan pesat. Tulang-tulang juga mula terbentuk. Jika satu sinar X dibuat, rangka bayi anda boleh kelihatan. Bayi anda akan menyamai rupa manusia dalam beberapa hari ini.


Minggu ke-16

Kini anda mungkin mula serius mencari pakaian hamil di pusat membeli-belah. Ketika ini juga adalah masa untuk anda membezakan pergerakan bayi ataupun angin di dalam perut anda. Anda juga mungkin tertanya-tanya tentang perubahan kulit dan rambut anda yang mengalami sedikit perubahan.

Bayi anda sedang berenag di dalam satu kolam kecil cecair amnion (Kira-kira satu cawan bendalir yang telah terkumpul pada peringkat ini). Bendalir ini memainkan satu peranan penting dalam pembentukan bayi anda iaitu untuk system pulmonari. Cecair amnion itu membolehkan bayi anda menghirup utero memasuki paru-paru bayi. Bendalir tersebut memberi perlindungan untuk bayi sebagai antiseptic untuk menyekat pertumbuhan bacteria. Oleh itu bayi dapat dilindungi sebelum ia dilahirkan. Tali pusat bayi terlekap di bahagian bawah badan bayi. Kakinya lebih panjang daripada tangan dan ini boleh dilihat di mesen pengimbas (ultrasound). Sesetengah wanita dapat merasakan pergerakan bayi pada ketika ini tetapi mungkin agak keliru dengan rasa angin dalam badan. Panjang bayi kini mencapai 11.5cm manakala beratnya 80gram.


Minggu ke-17

Sekarang anda sudah berada pada pertengahan trimester kedua. Anda mungkin mencari beberapa maklumat yang berkaitan dengan kehamilan seperti kaki kejang dan sebagainya. Ini adalah satu proses biasa semasa kehamilan. Anda juga mungkin merasakan sesak nafas dan sembelit dalam beberapa tempoh masa ini.

Bayi anda kini berukuran 11-12cm panjang dan beratnya mencecah 100gram. Anggaran besarnya sebesar tapak tangan. Lemak atau tisu adipos mula membentuk dalam permulaan minggu ini dan hingga ke beberapa hari berikutnya. Lemak adalah penting untuk pengeluaran haba dan metabolisme. Air dalam badan bayi kini sebanyak 89 gram. Jika bayi anda adalah bayi perempuan, tiub fallopian sedang terbentuk. Jika sesetengah daripada ibu hamil masih belum merasa pergerakan bayi, anda akan merasainya tidak lama lagi. Pergerakan ini mungkin tidak dirasai setiap hari tetapi semakin hari anda akan merasa kekerapan pergerakan tersebut.


Minggu ke-18

Kebanyakan wanita hamil tidak sabar-sabar untuk melakukan ultrasound bagi melihat perkembangan bayi anda. Sebaiknya kosongkan pundit kencing anda sebelum melakukan ultrasound bagi mendapatkan imej yang jelas kerana pundit kencing yg dipenuhi air memaparkan imej gelap dan kadang-kadang menghalang imej bayi.


Apa yang berlaku pada bayi anda?
Bayi anda kini memasuki 14cm panjang manakala beratnya pula kira-kira 150 gram. Bayi anda menyambung pertumbuhannya tetapi pertumbuhannya sedikit perlahan. Bayi kini mempunyai rupa bentuk manusia normal. Bulu badannya menjadi lebih kesat. Bulu matanya pula mula tumbuh pada kelopak mata bayi. Bibir mula terbentuk. Tunas rasa mula terbina. Tidak kira jantinanya, bayi kini mula membentuk puting pada bahagian atas dada. Ketebalan plasenta kini kira-kira setengah inci dan pada masa anda melahirkan bayi nanti ia akan menjadi 1½ inci tebal.

Apa yang berlaku pada anda?
Tambahan berat badan anda sepatutnya naik sekitar 4.5 – 5.8 kilogram. Bagaimanapun ianya berbeza dari individu kepada individu lain. Jika didapati berat badan anda tidak naik sperti julat tersebut, cepat-cepat lah rujuk kepada doktor anda. Anda masih ada separuh lagi masa kehamilan untuk berat badan meningkat naik. Pilihla makanan yang mengandungi nutrisi yang baik. Mungkin anda akan kerap merasa lapar daripada sebelum kehamilan. Dengan itu ambillah makanan ringan yang berkhasiat setiap 2-3 jam dimana ia mampu membekalkan makanan yang cukup untuk bayi anda.

Pengambilan nutrisi anda.
Zat besi adalah penting semasa kehamilan. Kira-kira 30mg sehari zat besi diperlukan bagi memenuhi keperluan yang semakin bertambah disebabkan peningkatan isipadu darah dalam badan. Elakkan minum kopi, the atau coca-cola sewaktu mengambil makanan yang kaya dengan zat besi kerana ianya mampu menghalang badan daripada menyerap zat besi yang diperlukan. Jika anda merasa letih, kepeningan atau sembelit atau anda senang jatuh sakit, itu bermakna anda mungkin kekurangan zat besi. Satu cara mudah untuk mengenalpasti samada anda kekurangan zat besi atau tidak, cuba periksa bawah mata anda. Jika anda cukup zat besi, ianya patut bewarna merah muda gelap. Bahagian bawah pada kuku anda juga patutnya bewarna merah muda.

Biasanya hanya 10 – 15% zat besi yang anda makan akan diserap oleh badan. Zat besi diperlukan setiap hari bagi mengekalkan zat besi di dalam badan. Makanan yang kaya dengan zat besi termasuklah ayam, daging merah, organ dalaman haiwan (Hati, buah pinggang, jantung), kuning telur, bayam, kubis dan tauhu. Gabungan makanan zat besi bersama vitamin C mampu memastikan badan menyerap zat-zat tersebut dengan lebih baik. Contohnya gabungan makanan salad bayam dimakan bersama dengan jus oren. Jika anda mengambil makanan yang kaya dengan zat-zat anda tidak memerlukan ubat-ubatan sebagai makanan tambahan. Tetapi ianya harus berbincang dengan doktor supaya ia dapat mengimbangkan keperluan nutrisi badan.

Minggu ke-19

Anda mungkin telah biasa dengan perubahan bentuk tubuh badan baru. Namun mungkin ada yang merasa bimbang jika perut anda terlanggar dengan apa-apa objek sementara anda belajar untuk mengimbanginya. Jangan bimbang dengan bayi anda di dalam tubuh anda kerana ianya dilindungi terhadap perlanggaran atau lebam-lebam.

Apa yang berlaku pada bayi anda?
Bayi anda kini berukuran kira-kira 6 inci atau 15cm panjang dan berat kira-kira 200 gram. Pada peringkat ini, kalenjar minyak sedang mengeluarkan verniks iaitu satu lapisan putih yang mengelilingi badan bayi sebelum ia dilahirkan.


Apa yang berlaku pada anda?
Tambahan berat badan anda pada masa ini antara 3.6 – 6.3kg. Daripada berat ini, hanya 200 gram sahaja berat bayi anda. Selebihnya adalah plasenta kira-kira 170 gram, pundit amnion kira-kira 320 gram, berat uterus kira-kira 320 gram, berat buah dada anda lebih kurang 180 gram setiap satu. Selainnya adalah pertambahan darah di dalam badan anda. Jantung anda pula sedang bekerja dua kali ganda mengikut keperluan darah yang sedang meningkat. Uterus dan kulit anda memerlukan dua kali ganda darah daripada sebelum anda hamil dan keperluan untuk buah pinggang pula sekitar 25 peratus.

Pengambilan nutrisi anda – Penggunaan herba semasa kehamilan.
Mungkin sebelum ini anda pernah menggunakan herba-herba dan botanicals, pil-pil atau serbuk untuk merawat penyakit. Kini setelah anda hamil, langkah yang bijak ialah meninggalkan kesemua herba-herba tersebut tanpa nasihat doctor. Mungkin daripada anda percaya bahawa herba-herba adalah selamat dan oleh itu anda terus menggunakannya tetapi ia boleh mendatangkan bahaya pengambilan semasa hamil. Bebarapa herba boleh mengganggu usus-usus serta bayi. Oleh itu setiap pengambilan herba mestilah mendapat nasihat doctor terlebih dahulu.


Minggu ke-20

Tahniah! Anda telah memasuki separuh masa kehamilan! Keseluruhan kehamilan adalah 40 minggu. Kehamilan anda kini tidak boleh disorok lagi. Malah anda mungkin mendapat perhatian daripada orang awam jika anda ke bank, naik LRT atau sebagainya kerana mereka akan memberi laluan kepada wanita mengandung. Itupun jika mereka mempunyai perasaan sedemikian.

Apa yang berlaku pada bayi anda?
Bayi anda kini mempunyai panjang hampir 16cm dan beratnya pula dalam 260gram. Kulit pada badan bayi mulai tumbuh kepada dua lapisan epidermis dan dermis. Epidermis adalah lapisan kulit luar manakala dermis adalah lapisan kulit yang lebih dalam. Verniks pula memberi perlindungan pada bayi daripada cecair amnion dimana bayi anda akan berada disitu untuk beberapa bulan lagi. Rerambut pula akan mula tumbuh sekitar minggu 12-14 dan ianya tumbuh daripada epidermis. Rambut yang mula tumbuh adalah sekitar atas bibir dan kening bayi. Rerambut ini ada digantikan dengan rambut yang lebih tebal iaitu follicles yang baru. Bayi anda kini mampu membuat beberapa pergerakan dan mula menggengam tangannya, membuat geselan dan pelbagai pergerakan yang masih belum dapat dikawal oleh otaknya.

Apa yang berlaku pada anda?
Dibahagian abdomen anda mungkin terdapat garis gelap ‘linea nigra’ diantara pusat ke bahagian pubis anda. Ia biasanya memanjang keatas ekoran daripada pembesaran uterus anda. Garisan ini adalah disebabkan oleh perubahan hormone dan akan hilang selepas bersalin nanti. Perkembangan uterus anda menjadi tidak sekata pada waktu ini dan biasanya akan lebih nalar selepas minggu ke-20.

Pengambilan nutrisi anda – Pemanis buatan
Ada sesetengah wanita mengamalkan diet dengan mengambil pemanis buatan. Aspartame dan saccharin adalah pemanis buatan yang biasa digunakan di dalam makanan atau minuman.

Aspartame adalah kombinasi phenylalanine dan aspartic acid, kedua-duanya adalah asid amino. Kandungan itu mungkin boleh mengganggu keselamatan kandungan. Anda perlu bijak menggantikan makanan yang tidak mengandungi pemanis. Hadkan semua pemanis tiruan.

Saccarin pula tidak digunakan secara meluas sebelum ini. Bagaimanapun sesetengah makanan atau minuman mengandungi saccarin. Penggunaannya semasa kehamilan adalah tidak begitu selamat dan jalan yang terbaik adalah mengelak semua pemanis buatan.


Minggu ke-21

Apabila anda berada dalam separuh masa kedua kandungan, bolehlah anda travel kemana-mana yang anda suka sebelum bayi lahir.

Apa yang berlaku pada bayi anda?
Bayi anda kini berukuran 7½ inci panjang atau 18cm daripada kepala ke punggung dan 10 inci atau 25cm daripada kepala ke kaki. Beratnya pula sekitar 300gram. Dari takat ini, bayi akan mula menumpukan beratnya daripada saiz panjangnya. Bayi akan dua kali ganda lebih panjang nanti tetapi beratnya tetapi beratnya akan meningkat sehingga 12 kali ganda sebelum kelahiran. Bayi membesar dengan perlahan tetapi sistem-sistem organ bayi akan mula matang.

Pada masa ini, sistem penghadaman bayi sudah mampu untuk menelan cecair amnion. Setelah menelan, bayi akan menyerap banyak air dan lebihan air tersebut akan disalurkan ke usus besar. Para pengkaji percaya, dengan menelan cecair amnion tersebut kemungkinan dapat membantu dalam pertumbuhan dan pembangunan sistem penghadaman bayi untuk berfungsi dengan baik apabila kelahirannya kelak. Kajian menunjukkan bayi mungkin menelan cecair sebanyak 500ml dalam tempoh 24 jam. Nutrien penting yang terdapat dalam cecair amnion akan disalurkan kepada bayi.

Apa yang berlaku pada anda?
Dengan bertambahnya pertumbuhan uterus, bahagian lain dalam tubuh juga terus bertambah dan berubah. Anda mungkin mendapati kaki anda bengkak. Tambahan berat anda pula seharusnya dalam lingkungan 4.5kg – 6.3kg. Lilitan pinggang anda juga sudah membesar dan saat ini anda tidak berupaya menyembunyikan ’perut’ anda dari orang lain. Kadang-kadang anda mungkin merasa panas dari hari-hari biasa akibat perubahan metabolik dalam badan. Kerapkan mandi boleh mengurangkan rasa panas tersebut.

Pengambilan nutrisi anda – Mengidam
Sesetengah wanita mengalami keinginan sesuatu terhadap makanan – mengidam. Mengidam ini telah lama wujud dan ianya dianggap sebagai satu tanda yang tidak khusus/tidak wajib dalam kehamilan. Mengidam ini boleh jadi baik dan boleh jadi buruk. Jika makanan yang anda idamkan itu satu makanan yang berkahsiat, makan dalam kadar sederhana dan jika anda mengidam makanan berlemak, kandungan gula yang tinggi, makanan rapu, berhati-hatilah! Makan sedikit tetapi jangan terlalu membiarkan makanan itu masuk kedalam badan tanpa kawalan.

Cuba gantikannya dengan sesuatu yang lebih berkhasiat seperti buah-buahan dan cubalah melawan kehendak untuk makan yang tidak baik. Perubahan hormon dan perubahan emosional menyebabkan perasaan mengidam itu timbul. Kadang-kadang sesetengah makanan yang anda biasa makan sebelum hamil, menjadi tidak sesuai atau boleh membuatkan anda sakit perut. Keadaan ini adalah biasa. Hormon-hormon tersebut boleh menjejaskan saluran pencernaan yang boleh bertindak balas terhadap sesetengah makanan.


Minggu ke-22

Sebagaimana perut anda mengembang, fikiran anda juga tidak lari daripada memikirkan insiden-insiden seperti terjatuh dan sebagainya. Berhati-hatilah dalam setiap pergerakan anda sebelum sesuatu insiden buruk berlaku.

Apa yang berlaku pada bayi anda?
Bayi anda kini mempunyai berat kira-kira 350 gram dan panjangnya pula lebih kurang 7 inci panjang iaitu 19cm. Bayi terus berkembang. Kelopak mata dan keningnya membentuk dan kukunya juga dapat dilihat. Cecair amnion bertukar setiap hari di dalam badan atau sebenarnya tiga kali cecair tersebut ditukar setiap jam. Bayi anda akan menelan cecair amnion dan menyerap masuk ke dalam badan dan diserap keluar melalui tali pusat dan dan plasenta. Selebihnya bayi membuang air kecil ke dalam cecair amnion tersebut. Bayi menggunakan cecair amnion tersebut sebagai ‘air mandiannya’ dan sebagai minumannya. Sementara nutrisi diperolehi daripada cecair amnion tersebut, sebahagian besar nutrisi datang daripada plesenta.

Apa yang berlaku pada anda?
Proses pembesaran perut anda tidak menyukarkan anda ketika ini. Anda dapat duduk, berjalan dan membongkok tanpa rasa janggal. Minumlah lebih banyak air sepanjang kehamilan ini kerana ia dapat membantu badan anda yang memerlukan lebih cecair bagi membantu pengedaran darah. Jika anda melihat air kencing anda jernih, bermakna anda cukup minum air dan jika sebaliknya, minumlah air dengan lebih banyak lagi. Jika anda hendak tidur, berbaring secara latar akan membuatkan anda rasa pening disebabkan oleh berat uterus kepada arteri anda dan ia boleh menyebakan BP anda menurun. Bagi mengelakkannya, berbaringlah dengan cara mengiring ke kiri atau kanan dan gunakan kaedah mengiring ini ketika melakukan senaman di atas lantai. Elakkan berbaring secara mendatar atai meniarap semasa hamil.

Pengambilan nutrisi anda – Minum Air
Air sangat penting semasa hamil. Jangan mengabaikan kerana hakikatnya air membantu badan anda memproses nutrisi, membina sel-sel baru, menaikkan isipadu darah dan mengawal suhu badan. Kajian menunjukkan bahawa setiap 15 kalori dalam badan kita terbakar, badan memerlukan 1 sudu tambahan air. Untuk 2000 kalori yang terbakar, tubuh memerlukan lebih kurang 2 liter air. Peningkatan keperluan anda pada masa ini menjadikan anda memerlukan lebih banyak air.

Enam atau lapan gelas cawan sehari adalah baik untuk tubuh ketika ini tetapi ia tidak termasuk minuman ringan. Susu, jus sayuran serta buah-buahan dan juga teh herba adalah pilihan lain selair air kosong. Teh, kopi dan minuman bergas tidak dikira dan seharusnya anda perlu elak daripada minum minuman seperti itu. Natrium dan kafien di dalam kandungan minuman tersebut bersifat diuratik.

Air kencing anda adalah satu barometer yang bagus untuk memeriksa pengambilan air anda. Jika ia bewarna kuning yang lembut ke jernih, ia menunjukkan anda mengambil air yang mencukupi. Jika ia bewarna kuning tua, anda perlu menambahkan pengambilan air. Usah tunggu anda dahaga baru minum kerana pada waktu itu anda telah pun kehilangan 1% cecair dalam badan. Sebaiknya anda sentiasa minum sepanjang hari.


Minggu ke-23

Anda kini dapat merasakan pergerakan bayi dengan lebih jelas lagi berbanding sebelum ini. Kadang-kadang fokus anda terhadapat pertumbuhan bayi anda membuatkan anda lupa sebentar kepada kerja harian anda. Maklumlah, pertumbuhan bayi adalah sesuatu yang indah untuk dinikmati dan difahami.

Apa yang berlaku pada bayi anda?
Pada ketika ini berat bayi anda menjangkaui 455 gram dan kira-kira 8 inci panjang atau 20cm. Bayi anda kini seperti saiz anak patung kecil. Mata bayi lebih besar dan berbenjol pada peringkat ini. Ini kerana otot di sekitar muka belum lagi diisi dengan cukup. Bayi sedang mula menambahkan berat badannya serta otot mukanya. Apa yang mengangumkan adalah walaupun anda telah melalui separuh masa kehamilan, bayi masih lagi seberat 1 paun.

Apa yang berlaku pada anda?
Doktor akan memantau tambahan berat badan anda serta pertumbuhan janin setiap kali lawatan ke klinik. Setiap wanita mempunyai tahap perkembangan yang berbeza-beza antara wanita hamil dengan wanita hamil yang lain. Apa yang penting, setiap pertumbuhan dapat dilihat secara terus menerus mengikut waktunya. Ini termasuklah perubahan saiz bayi, cecair amnion, plasenta dan lain-lain. Anda mungkin akan mengalami sakit belakang, regangan di perut akibat otot-otot uterus yang mengembang semasa kehamilan. Ia adalah normal dan banyakkan berehat.


Minggu ke-24

Peringkat ini anda masih dalam peringkat yang baik di dalam kehamilan. Perut anda semakin kelihatan.

Apa yang berlaku pada bayi anda?
Bayi anda kini seberat 540 gram dan lebih kurang 8½ inci panjang atau 21cm. Menurut kajian penyelidikan, terdapat 124 juta saraf yang berhubung di dalam tisu otak ketika bayi masih berada di dalam 6 bulan kandungan. Ini menjadikan bayi anda seorang bayi yang sangat pintar di dalam tubuh anda. Berikannya makanan yang terbaik melalui pemakanan anda!

Apa yang berlaku pada anda?
Jantung anda kini sedang mengepam untuk dua orang dan ianya bekerja kuat sebelum anda hamil lagi. Untuk pengetahuan anda, kadar jantung anda meningkat lebih kurang 10 degupan setiap minit semasa kehamilan.

Pengambilan nutrisi anda – Pemilihan Makanan
Makanan memang menjadi satu isu besar pada wanita hamil. Ada yang makan makanan pelik seperti makanan eksotik dan sebagainya. Sesetengahnya mungkin OK untuk dimakan tetapi apa yang penting, makanan biasa iaitu ayam, sayuran, ikan, buah adalah pilihan yang terbaik. Elakkan memakan makanan yang pedas.

Elakkan makan makanan yang penuh dengan garam, kalori yang banyak, berlemak, makanan bergoreng, makanan rapu dan makanan yang bergula. Kadang-kadang amat susah untuk kita menjaga makanan kita apabila berada diluar rumah. Biasanya wanita bekerjaya jarang mengamalkan makanan berkhasiat apabila waktu kerja kerana kesukaran mendapatkan makanan yang betul-betul berkhasiat dan lebih kepada makan makanan segera. Kadang-kadang pemilihan makanan yang betul susah diamalkan apabila makan di gerai-gerai memandangkan mereka banyak menggunakan bahan perasa dan sebagainya. Cara terbaik adalah anda patut lebih memilih dan berhati-hati. Pastikan anda mengambil sayur dan buah-buahan dalam menu harian anda.


Minggu ke-25

Kehamilan kadang-kadang meletihkan, kadang-kadang mungkin kita mengeluh tetapi sesuatu yang pasti ia tidak akan menjemukan! Kerana selalu terdapat sesuatu yang baru untuk dipelajari, merasai dan mengalaminya.

Apa yang berlaku pada bayi anda?
Bayi anda sekarang meningkatkan kemahiran pernafasannya iaitu menarik dan menghembuskan cecair amnion. Latihan pernafasan ini hanya berjalan semasa bayi tidur dan tidak sepanjang saat-satnya berjaga. Kajian ada menunjukkan fetus menarik dan menghembus nafasnya sepanjang tidur.

Berat bayi kini kira-kira 700 gram dan panjangnya 9 inci iaitu kira-kira 22cm. Jika bayi dilahirkan sekarang, bayi anda mempunyai peluang untuk hidup. Dengan kaedah perubatan kini seperti alat bantuan udara, monitor dan ubat-ubatan bayi anda mampu untuk terus hidup. Tetapi disebabkan ianya lahir dangat kecil dan ringan kira-kira 2 paun, ia tidak boleh keluar daripada inkubator sehingga berbulan-bulan lamanya bagi mengelak sebarang jangkitan dan sebarang masalah lain.

Apa yang berlaku pada anda?
Keadaan fizikal anda sudah menunjukkan bahawa anda hamil dan tidak dapat disembunyikan lagi. Pada ketika ini uterus anda sudah sebesar bola sepak. Kadang-kadang merasa kebas dan kekejangan pada tangan dan kaki. Ini adalah kerana peningkatan cecair dalam badan anda dan memberi tekanan pada sistem saraf. Tidak perlu bimbang kerana ini bukanlah masalah yang serius. Ia akan hilang setelah melahirkan bayi nanti dan kadar cairan dalam badan akan berada pada tahap normal semula.

Pengambilan nutrisi anda – Makanan Seimbang
Keperluan makanan haruslah seimbang dengan makanan yang kita makan. Peringkat kehamilan ini memerlukan dos vitamin harian yang mencukupi. Sesetangah wanita memerlukan suppliment tambahan seperti hamil pada awal remaja yang badannya tidak cukup kuat untuk hamil, wanita yang kurang berat badan, wanita yang mempunyai satu diet yang kurang bagus sebelum hamil, wanita yang hamil kembar, vegetarian, mempunyai tabiat makan yang buruk, mereka yang mengambil ubat-ubatan tertentu, mereka yang tidak suka minum susu dan sebagainya sepatutnya mengambil supplimet bagi membantu penambahan keperluan kehamilan. Dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil apa-apa vitamin tambahan. Jangan mengambil mana-mana ubatan tambahan tanpa nasihat doktor. Gantikan sumber mineral dan vitamin yang diperlukan badan dengan mengambil makanan berzat.


Minggu ke-26

Pusat anda sedikit terjojol, mood anda pula selalu berubah-ubah dan tekanan waktu kehamilan adalah satu perubahan yang biasa sewaktu hamil.

Apa yang berlaku pada bayi anda?
Bayi anda kini mempunyai satu lapisan lemak khas yang bertindak seperti satu penebat haba dan akan melindungi bayi dari kesejukan apabila lahir kelak. Lemak ini dikenali sebagai ‘brown fat” kerana warna seperti ini dilihat di kawasan tengkuk, buah pinggang dan belakang tulang dada bayi. Ia adalah satu jenis lemak yang istimewa yang mampu melindungi bayi dan mengekalkan bayi dalam kepanasan dan ia dijumpai dalam bayi-bayi yang baru lahir.

Berat bayi kini adalah sekitar 2 paun atau 900 gram manakala panjangnya pula adalah 9¼ inci dimana lebih kurang 23cm.

Apa yang berlaku pada anda?
Perut anda akan membesar hampir setengah inci iaitu 1cm setiap minggu mulai sekarang. Dengan diet yang sihat, tambahan berat anda pula sekitar 7.2kg sehingga 9.9kg. Kini perut anda sudah lebih besar. Anda juga mengalami sakit belakang, kekejangan pada kaki dan sakit kepada. Anda telah melalui dua per tiga masa hamil anda dan akan mengakhiri semester kedua ini. Jika sblm ini pusat anda seperti biasa, tetapi sekarang ia mulai terkeluar tetapi apabila sudah melahirkan bayi kelak, keadaan pusat menjadi seperti biasa tetapi akan mendapati ianya sedikit meregang dan kurang kenyal berbanding sblm kehamilan.

Pengambilan nutrisi anda – Makan Ikan
Memakan ikan bagus terutamanya waktu hamil. Ibu-ibu yang mengamalkan pemakanan pelbagai jenis ikan akan melahirkan bayi yang sihat dan lebih berat. Keadaan ini adalah bagus kerana bayi yang mempunyai panjang yang lebih di dalam rahim, akan lebih sihat dan kuat apabila dilahirkan nanti. Asid lemak Omega-3 yang terdapat di dalam ikan memainkan peranan yang penting terutama mengurangkan kadar kelahiran pra-matang. Ia juga menghasilkan satu hormon yang membantu menghalang darah tinggi yang biasa berlaku pada wanita hamil. Ikan adalah pilihan yang tepat dalam pengambilan protein kerana ia selamat, rendah lemak dan tinggi vitamin B, zat besi, zink dan selenium. Makan dalam jumlah yang banyak juga tidak mendatangkan apa-apa kemudaratan.


Minggu ke-27

Minggu ini adalah minggu berakhirnya trimester kedua dimana anda akan melangkah ke trimester ke-tiga pada minggu hadapan. Dengan itu kelahiran bayi adalah menjadi focus utama anda pada waktu ini.

Apa yang berlaku pada bayi anda?
Pada umur ini, fetus mampu membezakan antara terang dan gelap. Penyelidikan menunjukkan bayi di dalam rahim mampu berpaling ke arah lain jika ada satu cahaya yang terang menyuluh pada perut ibu.

Bayi kini beratnya dalam 1kg dan panjangnya 15 inci atau 34cm.

INFO: http://viaemma.blogspot.com/

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Friday, July 9, 2010

Wednesday, July 7, 2010

~*silence is golden*~

When there's nothing interesting
No idea
No conversation
Feel so sleepy
or
Feel so bored


"saying nothing is preferable to speaking"

"SILENCE IS GOLDEN"



Get ready to turn ur head "teleng" 90º left or right
Aufa Qistina juz awaked...;p


Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Wednesday, June 30, 2010

~*khabar duka*~

Pagi2 lagi saya sudah mendapat perkhabaran duka..apatah lagi berkenaan perkara yang memang diharap2kan...dan lantaran diri ini jarang sekali menemui kegagalan...membuatkan ada rasa duka menyelubungi diri...namun saya tetap akur pada hakikat...dan rasional inilah yang membuatkan diri ini bangkit semula...disamping kata2 semangat daripada suami tersayang...
"life is a trial version...kenapa kecewa...syg mengharap sngt sebelum ni...Insya'Allah ada ditempat lain...ada hikmahnya...Allah x bagi kita duduk berjauhan lagi...at least rezeki kita buat masa ni kat sini...tp ada yg Allah kabulkan cepat...ada yang lambat..please jgn down...syg baca yassin skrg...pd ayat tngh yassin syg ulang 7 kali syg niat dlm hati knpa syg akan nangis n last ayat syg akan rasa ketenagan...smbhyg sunat taubat dulu"


Jua kata2 sokongan daripada sahabat2 yg sempat diambil di facebook sementara saya menulis entry ini...

"betul kata Z tu ijan.."Allah taknak Ijan berjauhan lg.."...mungkin itu yg terbaik utk ijan n famili...n mungkin rezeki utk ijan tu...Allah gantikan dengan kejayaan Z dlm kerjaya dia n anak2 yg berjaya dan comel...ijan boleh la blaja jahit menjahit ke.wat kek ke..watsoever la..boleh jugak wat bisnes dr umah..x lah terasa sgt...sesambil duduk ngan anak2 kan..insyaallah...Allah akn bg jalannya pd ijan nnti...jgn putus asa ek..
btw kan .... tak semua yg kita nk kita dpt...dan yg paling utama ialah mempunyai keluarga yg bahagia..itu matlamat utama..kita x tau kalo ijan dpt keje nnti katakan ada mslh lak dr segi pengurusan anak2..pendek kata n panjang kata..mmg ada banyak hikmah disebalik x dpt tu...kna byk2 sabar ea...chaiiiyookkk..blaja wat kek bess2..n baju cantik2..."

Takpe lah...maybe ada rezeki lain yang lebih bermakna untuk kami sekeluarga lepas nie...walaupun mata nie hampir2 nak bengkak sebab menangis (mula2 memang taknak nangis...tp bila suami dah bagi kata2 macam tu automatically mengalir jer...huhu)...moralnya jangan terlalu mengharap! terima dengan redha...

Inilah khabar duka yang saya maksudkan......

 
Dukacita anda TIDAK BERJAYA dalam Pusat Penilaian Jakim (PPJ) bagi Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41.

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Monday, June 28, 2010

~*kemalasan melanda vs telatah Aufas*~

Hari nie entah kenapa rasa mengantuk sangat..penat, letih, lesu n tak bersemangat nak buat kerja2 rumah. Tapi dalam keadaan yang tak bersemangat n malas nie kena la juga basuh tilam (toto) n cadar yg terkena kencing puteri2 bertuah tu...dalam rasa malas2 tu jg teringin sangat nak makan nasi lemak...adooiii macam2 hal...gagahkan juga diri nie bangun kemas dapur dulu..then tidur semula..hehehe..dah rasa ok sikit bangun semula masak nasi lemak....jam 10 baru siap...tapi sambal nasi lemak jam 12 baru mula nak buat...huh!! memang hari yang sungguh malas!!! Alhamdulillah masa menulis nie baru saja kekenyangan makan nasi lemak yang memang lemak! 
Bila disemak2 dalam web Pa&Ma barulah diketahui sebab musabab kenapa saya begitu letih dan kurang bersemangat hari nie...inilah jawapannya...
* Minggu 11
Bayi Anda
Di minggu ini, majoriti organ kandungan anda sudah terbentuk. Jadi, sesetengah kesakitan yang dialami akan berakhir pada penghujung minggu ini. Kini, fetus berada dalam zon selamat daripada sebarang ketidaknormalan pada janin dan jangkitan tertentu. Berat fetus pada minggu ini sepatutnya mencecah antara 10 gm dan panjangnya pula 5.5 sm.
Tubuh anda
Sebarang perubahan (kesakitan) yang dialami akan membuatkan anda mudah berasa letih. Jadi, anda perlu mengambil peluang merehatkan diri jika ada kesempatan. Selain itu, jika berasa khuatir dengan perubahan-perubahan yang berlaku, segeralah bertemu dengan doktor agar kemusykilan anda dapat dileraikan.

Ermmm patut la....so sepanjang minggu nie saya kena rest je la kan..tak perlu buat apa2 kerja..."Baba....plz take note...mama kena take a good rest...hehee"

Bila rasa macam nie...adakalanya rasa tu hilang bila tengok gelagat n telatah puteri2 berdua yg sungguh bertuah itu...adoiii lawak betul la...

1. Kamu pernah dengar n tahu tak lagu nie..."Nenek..nenek si bongkok tiga..siang malam asyik berjaga..mencari cucu di mana ada..cucuku kawin dengan anak raja". Lagu nie mmg popular sepanjang zaman..n bila Aufas nyanyi ikut versi masing2 memang terasa lucu sangat!
"Nenek..nenek si POKOK tiga..siang malam asyik berjaga..mencari cucu di mana AGA..NENEKKU kawin dengan anak raja" - versi Aufa Irdina
 "Nenek..nenek si POKONG tiga..siang malam ACI KEJAYA..nenek nenek si POKONG  tiga...siang malam ACI KEJAYA" - versi Aufa Qistina

comeyy nya!!!

2. Semasa sedang memasak, saya terdengar lakonan Aufa Irdina yang sedang menelefon 'kambing'....hahahaha gila lawak! Ikuti perbualannya dengan sang kambing ya!
"Hello kambing...kat mana tu?? Haaa kat kandang???" Then dia panggil adik.."dik..kambing nak cakap" tapi si adik taknak bersekongkol dalam lakonan tu...so Aufa pun cakap pada sang kambing.." kambing...adik taknak cakap..kambing kat mana nie?? haa kat sabah??? ok..bye kambing...waalaikumussalam..(konon2 sang kambing bagi salam kat dia la..) "


3. Bila Aufa Qistina mengira...
"1..2..3..4..5..6..7..8..9..SEPUNYOOH (SEPULUH)"
"1..2..3..4..5..6..SEVE-EN (7 & 8)..9..10"

4. Bila Aufa Irdina takut petir...saya akan ajar dia baca taawwuz n basmalah..then dia akan sambung baca doa makan...:D

5. Sekarang nie setiap hari akan ada soalan wajib daripada mereka berdua.."Mama..dalam perut mama ada baby ei...Aufa sukaaaa baby.." Teruja sgt nak jumpa baby..hari2 bercakap dengan baby...errmmm sabar2 la sayang ya...awal tahun depan insha Allah...
 

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

~* wanita penyeri dunia penghuni syurga*~

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.



11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Wednesday, June 23, 2010

~*trimester pertama : dari sebesar biji sawi hingga sebesar limau nipis*~

 Istimewa buat mama tersayang...
Pastinya mama teruja nak tahu bagaimana tumbesaran saya pada ketika ini kan...
Sekarang, usia saya masih lagi berada di trimester pertama kehamilan mama
Ikutilah perkembangan saya di awal usia 3 bulan di dalam rahim mama ya... :)



4 MINGGU
 > Hai mama...nama rasmi saya sekarang adalah EMBRIO... (dulu saya ZIGOT).
> Mama percaya tak? Panjang saya ketika ini hanyalah 1.5mm! Hanya sebesar biji sawi.
> Tapi awas! Sehingga minggu kesepuluh, saya akan berkembang dengan pesat sekali. Tunggu... :))



5 MINGGU
> Saya kini sepanjang 2.9mm, sangat kecil. Saya mula dikurniakan jantung, buah pinggang, paru2 dan perut.
> Adanya saya dalam rahim mama, buatkan hormon hCG dikesan. Dua garisan muncul pada kit pemeriksaan mengandung kepunyaan mama. Baba pasti gembira dengan berita ini kan! :))



6 MINGGU
> Mama, saiz saya kini 4-6mm seperti saiz sebutir lada hitam (Oh! lada hitam ini akan jadi teman setia nasi mama dalam pantang ya..)
> Mata, telinga, hidung, pipi dan dagu saya mula membentuk. Cepatkan! :))
> Jantung saya sudah mula berdegup. Dua kali ganda kencangnya berbanding jantung mama.


7 MINGGU
> Wah! Dua kali ganda saiz minggu lepas, kini saya 7-9mm panjang. Seperti saiz biji kopi.
> 100 sel otak baru setiap minit! Sungguh pantas! (Jangan lupa asid folik ya mama..)
> Tangan dan kaki saya juga sudah tidak melekat lagi ke badan kerana saya kini sudah ada sendi..(tak sabar saya nak bermain2 dengan mama..)



8 MINGGU
> Saya membesar 1mm setiap hari! Minggu ini saya sudah 8-11mm, dan berat saya pula lebih kurang 1.9 gram (Oh! berat mama itu bukan hanya datang daripada saya. Air ketuban dan uri juga menambah berat mama).. :))
> Saya juga kerap menggerakkan kaki dan tangan saya (sekarang mama belum dapat merasainya lagi. Mama sabar ya..) 



9 MINGGU
> Yeay! Saya sekarang sudah bertukar status. Saya kini adalah JANIN. Saya sudah mula kelihatan comel... :))
> Saya juga semakin panjang, 13-17mm! Saiz sebiji anggur. Mama boleh membayangkan saiz dan berat saya saperti cincin perkahwinan pemberian baba... :))
> Jika mama membuat pemeriksaan bulanan, mama mungkin dapat dengar degupan jantung saya. Tentu mama teruja kan!..:))


10 MINGGU
> Mama letih ya?? Sabar ya...hanya 2 minggu sebelum mama masuk fasa bulan madu.
> Minggu ini saya semakin membesar dalam rahim mama. Panjang saya lebih kurang 3cm. Berat saya pula seperti 4 klip kertas.
> Oh ya! saya juga sudah ada jari kaki dan kuku. Dan yang paling menyeronokkan sekali, ekor saya sudah hilang! :))


11 MINGGU
> Panjang saya kini 4cm, dan berat saya pula 7 gram.
> Minggu ini, selain daripada mendapat sepasang anak mata, saya juga ada hobi baru-menendang dan mengeliat! Saya juga sudah mula tersedu! tapi mama belum perasan perubahan ini... :))


12 MINGGU
> Panjang saya kini lebih 7cm, dan berat saya pula 14 gram!
> Ya! Kini saya sebesar limau nipis (Oh ya! mama tidak perlukan banyak limau nipis untuk melegakan mabuk hamil lagi kerana minggu ini ia akan beransur hilang)
> Nisbah panjang kepala saya dan bahagian badan lain adalah sama. Agak pelik sedikit. Tapi struktur otak saya sudah sempurna walaupun ia belum lagi mencapai saiz seperti masa lahir nanti... :))



Orait mama...
Begitulah ceritanya perkembangan saya untuk 3 bulan pertama nie...
Harap mama banyak bersabar...
Makan makanan yang berkhasiat...
Jangan tinggal solat, doa dan baca al-Quran...
Dan jangan lupa sedekahkan pada saya ya...
Sampaikan salam saya pada kakak2 Aufa dan baba...
Assalamualaikum mama... :))



Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Monday, June 21, 2010

~*khabar gumbira*~

Assalamualaikum sahabat2 sekalian...dah lama saya tak update blog...sebelum nie sibuk dengan majlis perkahwinan kakak. Pastinya entri ini berkisahkan tentang 2 khabar gumbira yang ingin saya kongsikan dengan kamu...harap sudi bergumbira juga dengan khabar gumbira ini...hehehe

Khabar gumbira yang pertama sudah semestinya MAJLIS PERKAHWINAN NOR SUHAIDA & MEAYZAL, kakak saya yang usianya akan menjangkau 32 tahun 23 Jun ini. Alhamdulillah selamat semuanya. Semoga ikatan perkahwinan mereka kekal bahagia hingga ke syurga..ameen. So, inilah antara hasil tangkapan cameraman tak bertauliah yang saya upah pada hari tersebut...

menanti dengan penuh debar

abah tak tahan nak ketawa...coz dah 4x tak sah2 lagi..;p

jumaat malam..pengantin malu2 nak pose...;p

bergambar kenangan dengan mak abah...

Khabar gumbira yang kedua.............................jeng jeng jeng................Cuba kamu perhatikan gambar ini dan fahami sendiri ya! :)



baby???? :)))

3rd baby??? :)

Alhamdulillah...syukur ke hadrat Ilahi. Moga semuanya sihat sejahtera....doa2kan kami ya!


Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Thursday, June 3, 2010

~*babak demi babak*~

Tenang lagi mendamaikan

Pada suatu hari, ketika jam menunjukkan pukul 5 petang, Aufa Qistina dengan girangnya berkata.."Eeeee dah siang!". 

Ketika aku sedang merehatkan diri sambil berbaring, Aufa Irdina mengusap kepalaku sambil bertanya.."Mama kenapa?". Aku pun memulakan drama sebabak..."Mama demam..". Dengan penuh rasa belas kasihan Aufa Irdina berkata.."Tulah..kenapa Mama main panas2..Mama tidur tau, Allah ada".

"Mama...Aufa nak susu". Lalu aku berkata.."Mama tengah susukan adik..Aufa minta tolong Nenek ya". Dengan pantas Aufa menjawab.."Suruh Nenek buat?..Mama malas ei?". 

Setiap hari Atuk akan keluar untuk menjaga lembu. Nak dijadikan cerita, ada satu hari tu..Atuk nak bawa buah epal sebagai bekalan semasa menjaga lembu. Aufa Irdina pun dengan rasa tak malunya minta sedikit buah epal tu daripada Atuk. Tapi sebenarnya dia tak makan pun, sebab epal hijau! Lalu aku pun memujuk Aufa Irdina supaya memberi semula epal hijau itu kepada Atuk. Selepas itu dia pun memulakan bebelannya dan mangsanya adalah aku.."Mama..Atuk nak makan buah dengan lembu ei...lembu lapar ei..dia nak makan nasi??".

Anugerah cinta

Setiap kali Aufa Qistina kena marah, dia akan mengulang2 ayat ini..."Mama jangan marah Adik! Nanti cikgu marah!". Pastu dia sambung lagi.."Aiyooo Mama tak sayang Adik...tak tau...".

"Mama..tadi Aufa nampak toyol...". Dalam hati aku berbisik.."Biar betul! Takkanlah..". Takut la juga kan...tapi selepas tu Aufa sambung cerita dalam nada serius.."Toyol tu naik motor...".




Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Tuesday, May 25, 2010

~*blank!*~


Aku tenang di sini






Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Sunday, May 16, 2010

~*luka dilukai*~

Adakala luka yang kecil mampu meninggalkan parut yang kekal sekiranya tidak diubati. Hari ini aku terasa seolah2 ada luka di hati...aku cuba bersendirian untuk menenangkan diri sambil memuhasabah diri atas luka yang telah tercalit itu. Mungkinkah ianya atas salah silap aku sendiri atau mungkin aku perlu memaafkan dan membiarkan saja ia sembuh lalu meninggalkan parut..aku bingung seketika.


Lalu aku titipkan sesuatu di dalam facebook, dengan tujuan ada kata2 semangat yang akan aku perolehi daripada sahabat2...
"hari nie...hati ini amat terluka...SORRY SEEMS TO BE THE HARDEST WORD..."

Dan aku begitu tertarik dengan kata2 semangat atau motivasi yang dititipkan oleh Ahmad El-Muhammady, sahabat yang aku pernah kenal sejak belajar di UIA Gombak...tapi beliau tak kenal aku pun..., pada ketika itu beliau memang seorang mahasiswa yang dikagumi oleh ramai mahasiswa dengan karisma dan kebijaksanaan yang beliau miliki. Ahmad berjaya membuka minda aku untuk meneliti semula rasa luka yang aku alami dengan memberi pendapat yang sungguh bernas :

1. Luka mesti ada hikmahnya, kerana ia menyebabkan kita ingat kepada yang Esa. 

2. Kita akan menghargai kebahagiaan/kesenangan yang kita alami sekarang. Sekiranya tiada kesedihan kita tidak akan mengenali apa itu kebahagiaan. 

3. Luka menyebabkan kita mengenali diri kita dgn lebih mendalam, kelebihan dan kekurangannya. 

4. Luka menyebabkan kita mengenali siapa sahabat yang sejati.

5. Luka mengajar kita supaya tidak melukai orang lain. 

6. Luka menyebabkan kita insaf sekejap dan mengenang kenikmatan yang kita kecapi sebelum itu. 

7. Luka itu bukti kita sebagai insan yang sejati, bukan seorang yang keras hatinya. 


Terima kasih yang tidak terhingga kepada Ahmad El-Muhammady yang sudi berkongsi ilmu dengan kata2 yang sungguh bermotivasi. 

Ya...aku benar2 akur dengan ketentuanNya. Setiap apa yang aku alami, pasti ada hikmah yang tersembunyi yang mungkin ingin mengingatkan aku, menegur sikap aku atau mungkin juga ingin menguji kesabaran aku. Aku bersyukur padaMu Tuhan kerana aku masih lagi disayangi...alhamdulillah...

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Saturday, May 15, 2010

~*errrmmm*~

Assalamualaikum dan salam penuh ceria...

Mood untuk mengarang dan memerah idea sungguh tidak ada semenjak berada di kampung. Ditambah pula dengan line broadband yang makin teruk...mcm siput! agaknya di kampung nie banyak pokok2 yang tinggi  dan rendang, mengganggu signal coverage...pandai2 buat andaian sendiri! hehee. Kampung saya nie bukanlah kawasan pedalaman, lebih kurang 5 minit dah sampai Pekan Masjid Tanah. Saya akan berada di kampung sehingga pertengahan bulan Jun untuk membantu apa2 yang patut sempena perkahwinan kakak pada 12 Jun nanti..insha Allah. Ya...saya langkah bendul bak kata orang dulu2...bukan satu bendul yang saya langkah, dua bendul!!! Tapi itu hanyalah adat dan kepercayaan orang dulu2...jika mengikut syariat Islam, tiada masalah atau tiada istilah langkah bendul nie. 

Huh!! Semasa saya sedang mengarang entri ini, saya amat terkejut dan sedih dengan kematian kucing yang selalu menceriakan suasana rumah di kampung. Kucing nie asyik bergaduh dengan kawan2 dia..mungkin berebut awek kot! hehe...tu yang sampai luka2 n jatuh sakit. Saya berhenti mengarang untuk membantu mr zaki "kebumikan" arwah kucing di bawah rimbunan pokok pisang di belakang rumah mak. Yang lucunya, anak2 siap suruh letak bunga n bacakan doa macam baca talkin tu. Untuk tidak menghampakan mereka, saya sedekahkan juga al-Fatihah buat 'arwah' di depan 'pusara'nya. Errrmmm...

 'manja' gelaran yang diberikan oleh Aufa 

teman sepermainan


Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Friday, May 7, 2010

~*mak saya*~


Masa saya kecil2 dulu, mak saya garang dan suka berleter. Pantang silap sikit memang akan kena marah, kalau nasib malang akan ada bonus...cubit pastu kena leter. Mak seorang yang cukup berdisiplin, tepati masa, pembersih dan rajin. Kalau tak percaya..kamu datang la kampung saya,  tanya jiran2 merangkap sedara mara saya. Hehehe..betul...saya tak tipu dan yang amat saya kagumi, sampai sekarang mak saya masih begitu..tidak berubah! Tabik spring kat mak!!

mak sedang kacau dodol

Errrmm meh saya sertakan bukti. Setiap hari mak akan bangun tidur seawal jam 5 pagi...sampai sekarang. Mak akan masak air, buat lempeng (menu wajib setiap hari sepanjang tahun...hinggakan Aufa2 pun dah pandai minta lempeng!). Lempeng mak buat memang sedap..kalau tak takkanlah arwah Pak Anjang sanggup datang rumah mak pagi2 sebab nak makan lempeng yang mak buat. (Al-Fatihah buat arwah Pak Anjang...). Sambil2 tu mak akan kemas dapur, kemudian mandi dan tunggu azan Subuh dan solat. Setiap hari mak akan tunaikan solat sebaik saja azan berkumandang di radio, 5 waktu sehari semalam..serius! Sekarang nie, bila balik kampung saya perhatikan mak ada rutin tambahan. Selepas solat Subuh, sambil masak lempeng mak akan dengar tazkirah di TV9 dalam slot "Tanyalah Ustaz". Sambil2 tu mak akan minum kopi..haaa kalau nak tahu, kopi yang mak saya buat pun lain..dan minuman rasmi mak setiap hari sepanjang tahun. Lebih kurang dalam jam 6:30 pagi, mak akan buka semua tingkap. Agaknya mak masih percaya pada petua dulu2...yang mana rezeki mudah masuk. Itulah rutin awal pagi mak setiap hari. Sungguh berdisiplin...puntual...susah betul saya nak ikut perangai mak. Mak pernah cerita...masa kami adik-beradik kecil2 dulu...kami akan mandi, makan dan tidur pada masa yang sama setiap hari. Dan saya perhatikan, mak buat perkara yang sama pada cucu2 yang mak pernah jaga.

Mak seorang yang sangat rajin dan pembersih. Daripada cerita di atas nie pun sudah terserlah kerajinan mak. Saya nak buktikan lagi kenapa saya katakan mak saya sangat rajin dan pembersih. Bila hari dah siang, mak akan sapu sampah dalam rumah, kemas yang mana patut, kemudian sapu sampah kelilling rumah, buang sampah dan bakar. Setiap hari begitu tanpa penat dan jemu. Mak tak boleh tengok rumah bersepah dan kotor...nanti mak akan cakap macam nie " berdurik kaki elah pijak simen (lantai) nie, tak sapu ker??"...dalam nada orang Melaka area pantai. Tak pasal2 kena leter nanti...Oppsss 'elah' adalah ganti nama yang mak guna untuk diri mak, tak tahu mana dapat nama tu sebab nama sebenar mak adalah 'Hazizah'...ada antara cucu2 mak yang mamanggil mak dengan panggilan 'nenek elah'. Sekarang nie saya perhatikan mak akan tadah air basuhan baju untuk membasuh lantai koridor. Kalau kamu nak tahu...mak saya akan basuh lantai koridor setiap hari atau dua hari sekali. Pembersih kan???

Kalau jiran2 ada buat kenduri, sesudah Subuh mak akan pergi ke rumah jiran tu untuk membantu apa2 yang patut. Dan takkan balik rumah selagi kerja tak habis (maksudnya mak bukan jenis yang suka cengelat!). Setiap petang mak akan tolong abah di kandang lembu (itupun kalau abg lim ( abg saya) ada urusan lain di sekolah. Mak akan tolong bersihkan kandang dan sediakan makanan dan minuman lembu sementara abah membawa lembu2 pergi bersiar2 (hahahaha...lembu moden macam tu la kan...). Mak kata...mak jarang tidur pada waktu siang kecuali kalau terlalu penat.

Selepas solat maghrib secara berjemaah dengan Abah, mak akan baring depan TV sambil nak tunggu waktu Isya'. Bila dah selesai solat Isya', mak akan makan malam..mak makan tak banyak..sekadar alas perut. Kemudian mak tonton TV sampailah jam menunjukkan pukul 9:30 atau 10 malam. Waktu macam tu mak akan masuk tidur dan akan bangun pada jam 5 keesokan harinya.

Demikianlah rutin harian mak saya...yang saya tahu sejak kecil lagi begitu, tdak berubah tapi ada penambahan. Dalam usia mak sekarang...68 tahun...mak masih kuat dan gagah melaksanakan semua kerja2 yang telah saya sebutkan di atas tanpa jemu. Biarpun tangan kiri mak sakit akibat jatuh, namun mak sentiasa menafikan malah masih mahu mengangkat barang yang berat2.


Dan yang paling mengharukan saya, mak masih melayan dan memanjakan saya seolah2 saya masih kecil dan belum berkahwin. Malah ada ketikanya saya rasakan ianya lebih special. Itu yang menyebabkan saya selalu terfikir...bagaimanalah keadaan saya jika Allah ingin mengambil semula mak pulang ke pangkuanNya. Bagaimana saya akan hadapi situasi itu kerana saya belum ada pengalaman berhadapan dengan kehilangan orang2 yang paling saya sayang.

Saya sentiasa merasakan doa yang mak sering panjatkan seolah2 sampai kepada saya. Saya rasakan seolah2 diri ini sentiasa dirahmati dan direstui...dan saya yakin itu adalah berkat doa yang mak saya kirimkan buat saya. Sebab itulah saya sedaya upaya untuk membalas kembali doa2 mak saya dengan menitipnya kembali setiap kali solat mahupun setiap ketika. Saya ingin mak saya juga turut marasai apa yang saya rasa bila ada doa yang dikirimkan.
mak bersama Aufa2 & Ariff Fahmi

Ya Rahman Ya Rahim...tolong restui mak dan abah saya. Tolong panjangkan umur mereka dan berkatilah kehidupan mereka..di sini dan di sana. Amin Ya Rabbal 'alamin...


SELAMAT HARI IBU MAK....

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Thursday, May 6, 2010

~*imaginasi lucu Aufa2*~

Ada sekumpulan cicak sedang bermain2 di dinding kedai di stesen minyak Shell. Aku pun mengajak Aufa2 melihat n memerhati aksi cicak2 itu. Tiba2 Aufa Irdina berkata: "Ma..tengok tu Ma! Cicak tu nak jumpa cikgu dia. Dia nak peluk cikgu dia!". Sambil menahan rasa ingin ketawa, aku pun mula melayan imaginasi Aufa dan berkata : "yeke..mana?". Jawab Aufa: "tu..." sambil menunjuk ke arah cicak2 tersebut. Aku pun kongsikan kisah lucu ini di facebook. Wah! kawan2 di facebook pun sama macam aku...siap suruh tanya guru besar cicak ada tak...hahaha. Aku pun saja nak uji Aufa dan bertanya : "Aufa, cikgu besar cicak ada tak tadi?"..(kalau aku cakap guru besar confirm dia tak tau).Nak tau apa Aufa jawab???? "Cikgu besar takde..dia pegi isi minyak".selamba jer dia jawab macam tu, aku nie sakit perut menahan gelak coz kalau boleh taknak la tunjuk depan Aufa yang aku sedang ketawakan dia..nanti dia rasa tak yakin pulak! Kemudian aku tanya lagi, cicak tu bawa kereta apa. Dia jawab "cicak tu bawa kereta ummi". (Ummi tu kakak aku, dia bawa kereta persona). Haaaa cuba kamu bayangkan macamana cicak tu drive...sepanjang jalan malam tadi aku dok bayangkan macamana la cicak nak drive...steering pun berganda2 besar dari size badan cicak! hahahaaa lawak betul!!!!

Boboi adalah nama yang diberikan kepada anak kura2 peliharaan kami. Malangnya umur Boboi tak panjang, Jumaat lepas ia mati. Lalu Mr Zorro pun nak tanamkan Boboi di belakang rumah Mak Melaka. Sebelum itu Mr Zorro memanggil Aufa Irdina untuk bersama2 mengiringi upacara pengebumian jenazah Boboi dan melihat Boboi buat kali terakhir..;D. Aufa Qistina tidur..jadi tidak sempat memberi penghormatan terakhir kepada Boboi. Tiba2 Aufa Irdina meminta dari Mr Zorro untuk bersalaman dengan Boboi sebelum jasad Boboi disemadikan. Opppsss!!!!


 Lembu2 atuk nak masuk kandang...

Ketika sedang beristirehat di petang hari, aku sengaja mengusik Aufa Qistina, "Adik, itu nenek siapa?". Aufa Qistina yang selalu perasan yang dia masih baby dan selalu mengaku yang dia tu baby pun menjawab. "tu nenek Adik!". Boleh dikatakan semua orang dia yang punya...Mama dia, Baba Aufa. Uda dia, Ummi Aufa. Pandai pulak nak bahagi2kan orang...isshh macam2 hal kan..seronok melayan diorg nie..Kemudian aku tanya lagi, "Tu atuk siapa?". Aufa Qistina jawab, "tu atuk lembu". Hahahaha..tau tak kenapa dia cakap macam tu??? Errrmmm sebab atuk dia bela lembu...n setiap kali nampak lembu mesti akan dikaitkan dengan atuk diorg! ;))


 Hamster kesayangan Aufa2..yg putih tu comel, yg tompok2 tu comot





Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Wednesday, May 5, 2010

~*penyeri dunia penghuni syurga*~

Sempena Hari Ibu yang akan disambut pada 9 Mei ini, marilah kita sama2 menghayati beberapa keistimewaan wanita/isteri/ibu yang akan menjadi bekal di akhirat kelak:



1. Seorang wanita yang sudah bergelar isteri sekiranya dia meninggal dunia dalam keadaan suaminya masih redha terhadapnya, maka akan masuk syurga wanita tersebut. Sebab itulah dikatakan bahawa wanita ini sungguh mudah laluannya samada laluan ke syurga atau ke neraka. Dan ianya bergantung kepada ketaatan dan kepatuhan wanita terhadap suaminya.

Di sini saya ingin kongsikan sebuah cerita berkenaan redha suami terhadap isteri. Di saat kematian isterinya, semua kaum kerabat dan ahli keluarga berkumpul di rumah sang suami kerana ingin memberi ucapan takziah serta memberi kata2 semangat kepadanya di atas pemergian isterinya ke rahmatullah. Akan tetapi sang suami segera berkata kepada mereka :
"Demi Allah yang tiada Allah yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu. Maha Suci Allah, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana dia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga telah mendidik anak-anakku dengan sempurna. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi SAW :
"Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redha kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."
Sebelum meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: "Wahai Allah, Aku sesungguhnya redha kepadanya, maka redhailah dia." Ku ulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku. Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat kugambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang kurasakan ini. Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan takziah kepadaku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redha kepadanya.. Semoga Allah menerima isteriku dengan keredhaan-Nya. "

2. Seorang wanita yang memandang suaminya dengan pandangan yang harmonis, penuh kasih sayang, tanpa sebarang prasangka dan curiga, maka pahalanya adalah seperti berzikir kepada Allah.

3. Seorang isteri seandainya dia memelihara anak2 dengan baik maka ia akan menjadi benteng terhadap api neraka. Sepertimana yang dinyatakan oleh Imam al-Ghazali dalam kata2nya :
"Anak2 adalah amanah atas ibu bapa. Jika dia terbiasa dengan benda yang baik, dia akan membesar dalam kebaikan dan biasa dengannya. Dan jika dia dibesarkan dalam suasana yang tidak baik, maka menderitalah dia dan binasa."

4. Seorang isteri sekiranya dia mandi junub kerana bersetubuh dengan suaminya, maka pahalanya seperti bersedekah 1000 ekor kambing kepada fakir miskin.

5. Seorang isteri yang hamilkan zuriat dari suaminya, maka sepanjang tempoh hamil selama 9 bulan itu dikira sebagai berjuang di jalan Allah. Dan sekiranya isteri meninggal dunia semasa hamil, matinya itu dikira seperti mati syahid di jalan Allah.

6. Doa seorang ibu merupakan antara doa yang mustajab di sisi Allah. Kata2 seorang ibu juga merupakan doa. Oleh itu wanita yang sudah bergelar ibu perlu menjaga setiap baris ayat yang ingin dikatakan kepada anak2nya walaupun pada ketika marah.

7. Seorang isteri yang meredhakan suaminya melakukan kebaikan seperti bersedekah, membantu orang yang dalam kesusahan maka dia juga akan memperolehi pahala atas keredhaannya itu.

**Info utama dalam entri ini saya perolehi daripada siri ceramah yang saya dengar  di saluran radio Melaka.fm dalam slot Permata Hati.  














Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...