AufaZanKi

My photo
Special Thought For The Super Special Persons In My Life

Sunday, January 29, 2012

Bila isteri mengandungkn zuriat suami


Adalah menjadi impian setiap wanita untuk memiliki suami yang dapat memahami mereka semasa mengandung. Hal ini kerana pada waktu ini, keadaan mereka tidak stabil dan memerlukan bantuan daripada orang lain terutamanya daripada suami. Tetapi mungkin ramai lagi suami yang di luar sana masih tidak lagi memahami situasi ini.
Apakah perkara yang perlu dilakukan suami semasa isteri mereka mengandung?
(1) Luangkan masa bersama isteri- Mungkin suami terlalu sibuk dengan pekerjaan yang perlu dilakukan. Tetapi mereka perlu berusaha untuk meluangkan masa bersama isteri. Ia kerana pada waktu ini isteri amat-amat memerlukan anda. Dengan hanya berada disamping isteri, ia dapat membantu untuk mengurangkan tekanan yang sedang ditanggung oleh mereka.
(2) Membantu pemakanan isteri- Seperti yang anda semua tahu, pada waktu ini isteri biasanya akan mengidam. Suami sepatutnya membantu untuk memenuhi kehendak mereka. Selain daripada itu, isteri juga memerlukan makanan yang berkhasiat. Sekiranya suami membelikan mereka yogurt, madu, buah-buahan atau makanan kesihatan yang lain adalah lebih baik.
(3) Perlahan-Suami perlu tahu bahawa semasa isteri mereka mengandung, segala pergerakan mereka akan menjadi perlahan. Apabila suami membawa isteri mereka untuk bersiar-siar, berjalanlah dengan perlahan untuk menunjukkan anda memahami situasi isteri anda. Tidak perlu untuk memarahi mereka disebabkan pergerakan mereka yang lambat.
(4) Tidak perlu bertanya, terus lakukan- Semasa isteri anda mengandung, tidak perlulah suami bertanyakan mengenai apa yang perlu dilakukan. Apabila melihat kain banyak tidak dibasuh, terus pergi untuk membasuhnya. Begitu juga terhadap kerja rumah yang lain. Ia adalah ciri seorang suami yang baik.
(5) Belajar- Semasa isteri anda mengandung, mereka akan mengalami perubahan yang besar di dalam aktiviti harian mereka. Suami seharusnya belajar mengenai tanda-tanda seperti ini. Ia akan membuatkan anda lebih bersedia sekiranya isteri anda marah-marah, terlalu sensitif, kuat merajuk dan sebagainya.
(6) Membantu menyiapkan hidangan makan- Sekiranya sebelum ini segala tugasan hanya dilakukan oleh isteri semata-mata untuk memastikan suami mereka kenyang, tidak salah sekiranya semasa isteri mengandung, suami pula melakukan tugasan yang sama.
(7) Membantu menjaga anak yang lain- Ini adalah peluang keemasan untuk suami menghabiskan banyak masa untuk anak mereka. Jangan sesekali melepaskan peluang ini. Ia adalah cara terbaik untuk mengeratkan lagi hubungan anda dan anak.
(8) Membawa isteri ke mana sahaja- Pada waktu ini, sebaiknya jangan biarkan isteri anda memandu seorang diri. Sekiranya anda mempunyai masa, bawalah mereka ke mana sahaja mereka ingin pergi.
(9) Pinjamkan tangan anda pada isteri- Apabila isteri ingin memakan ubat, pinjamkanlah tangan anda untuk pergi mengambil ubat. Kemudian pinjamkan tangan anda untuk pergi ambil air suam di dapur.


SOURCE : http://www.iluvislam.com

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Kata-kata selembut rasa cinta

Apabila Allah inginkan kebaikan kepada sebuah rumah tangga, maka dberikannya kelembutan dalam interaksi dan komunikasi sesama anggotanya. Itulah petanda yang sangat ketara dan dapat dirasai bukan sahaja oleh mereka tetapi bagi orang lain yang melihatnya.
Cinta dan kasih sayang umpama mentari, cahayanya boleh dilihat oleh sesiapa sahaja yang punya mata. Bersyukur jika kelembutan itu ada dalam rumah tangga kita, kerana itu petanda kebaikan berada bersama kita.
"Orang yang dijauhkan dari sifat lemah lembut, maka ia dijauhkan dari kebaikan." (HR. Muslim)
Malangnya, kini semakin sering terdengar betapa kelembutan itu semakin hilang. Tutur kata yang kasar, bahasa yang kesat dan suara yang tinggi sudah semakin lumrah di antara suami isteri.
Mengapa suami ku suka membentak? Mengapa sejak akhir-akhir ini isteri ku sudah mula menjerit-jerit? Suaranya menjadi tinggi, bahasanya menjadi kesat sekali, mengapa? Itulah antara keluhan yang samada diluahkan atau dipendamkan dalam sebuah rumah tangga.
Ah, betapa manusia semakin lupa bahawa sifat lemah-lembut itu bukan sahaja diperlukan di dunia, bahkan diperlukan di akhirat. Syurga itu disedikan untuk mereka yang lemah lembut dalam sikap dan tutur kata. Rasulullah saw telah bersabda:
"Mahukah aku kabarkan kepada kalian tentang orang yang diharamkan dari neraka atau neraka diharamkan atasnya? Yaitu atas setiap orang yang dekat (dengan manusia), lemah lembut, lagi memudahkan." (HR. Tirmidzi)
Mengapa frekuensi suara pasangan suami isteri boleh meninggi? Mana bisikan cinta dan luahan rasa yang mendayu-dayu seperti mula-mula dahulu?  Mengapa suara dinyaringkan padahal jarak fizikal antara mereka begitu hampir? Ya, mengapa perlu menjerit dan membentak pada hal mereka cuma duduk bersebelahan? Apakah telinga sudah tuli atau lidah kehilangan tenaga untuk berkata-kata?
Hati Telah Menjauh
Jawabnya mudah, itu semua kerana hati telah menjauh. Walaupun jasad masih dekat, jeritan, bentakan dan herdikan diperlukan apabila dua hati sudah menjarak. Justeru, hanya jeritan nyaring sahaja mampu merentasi jarak dua hati yang telah jauh itu!
Berbeza jika cinta masih ada dan menyala-nyala. Ketika itu dua hati masih berpadu. Satu bisikan sudah cukup untuk memperdengarkan dan didengari. Jarak cinta masih sangat hampir. Cuba bayangkan sepasang suami isteri yang asyik dilamun cinta, suara mereka berbicara hanya didengar oleh mereka berdua. Justeru 'alat komunikasi' yang sebenarnya bukan gajet-gajet teknologi tetapi hati.
Alat Komunikasi Alam Rumah Tangga
Hati adalah alat komunikasi yang sangat canggih dengan syarat hati itu bersih. Cuba lihat bagaimana cara orang-orang soleh berkomunikasi dengan Allah lewat doanya. Suaranya perlahan, lembut, mendayu-dayu, merayu-rayu, penuh rasa harap dan malu.
"Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. Dan janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi, sesudah (Allah) memperbaikinya dan berdoalah kepada-Nya dengan rasa takut (tidak akan diterima) dan harapan (akan dikabulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik." (Al-A'raf 55-56)
Dan itulah jua asas dan teras komunikasi Allah dengan hambaNya. Sabda Rasulullah s.a.w:  
"Sesungguhnya Allah adalah Dzat Yang Maha Lembut yang mencintai kelembutan dalam seluruh perkara." (HR. Al Bukhari dan Muslim).
Oleh kerana itulah nama-nama Tuhan sangat rapat dengan sifatNya yang Maha Lembut- Ar Rahman, Ar Rahim, Al Latif, Al A'fu, Al Ghafar dan lain-lain.
Komunikasi Memerlukan Mata & Hati
Perlu diingat, komunikasi bukan hanya menggunakan telinga dan mulut, tetapi menggunakan mata dan hati. Kita perlu memandang orang yang sedang berdepan dengan kita. Jangan hanya kata-kata kita tujukan kepadanya. Pandang dengan kasih sayang. Hati itu jendela bagi hati. Justeru, pertautan mata bermakna pertautan hati. Bahasa mata dan hati inilah yang dikenali sebagai bahawa rasa.  Itulah bahasa  sejagat yang  mempunyai nada dan melodi yang sangat harmoni.
Mata sangat diperlukan dalam komunikasi cinta. Oleh itu pandanglah mata pasangan kita, lalu berbicaralah dengan mata dan kata-kata, pasti hati kita dan dia akan bertaut... Ya, sekiranya di hati kita berdua masih ada cinta.
Namun, jika kita tidak mampu lagi merenung matanya,  dan bicara kita hanya dengan kata-kata dan telinga, itu petanda cinta sudah terguris.
"Sesungguhnya sifat lemah lembut itu tidak berada pada sesuatu melainkan dia akan menghiasinya (dengan kebaikan). Sebaliknya, tidaklah sifat itu dicabut dari sesuatu, melainkan dia akan membuatnya menjadi buruk." (HR. Muslim)
Pasti ada yang tidak kena di mana-mana. Cuba lihat orang yang berbohong, cuba amat-amati orang yang khianat, dan telitilah sikap orang yang benci, mereka tidak akan mampu menatap mata orang yang mereka bohongi, khianati dan benci. Maka begitulah bila mata tidak turut serta dalam komunikasi antara suami dan isteri, salah seorang atau keduanya, besar kemungkinan sudah terguris hatinya!
Cuba baca sejarah Rasulullah yang agung. Bagaimana baginda berbicara dengan sesiapa sahaja di hadapannya. Matanya, gerak tubuhnya, bahasanya begitu meyakinkan. Orang yang menjadi teman bicaranya rasa dihargai, disayangi dan diberi perhatian. Bila baginda berpaling, baginda memalingkan keseluruhan badannya (bukan hanya mukanya).
Nada suaranya lembut kecuali apabila menyampaikan nasihat tentang neraka dan ancaman-ancaman dosa. Matanya merenung penuh kasih. Baginda bukan hanya menghantar mesej pakej komunikasinya sepadu dengan rasa kasih-sayang, empati, dan cinta.
"Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka akan menjauhkan diri dari sekelilingmu." (QS. Ali Imran: 159)
Para suami dan isteri, contohilah hati Rasulullah yang penuh cinta, insyaAllah akan lembutlah suara dan harmonilah kata-kata. Meskipun peribadi baginda terlalu tinggi untuk didaki, tidak mengapa... jika kita sekadar mampu meniru 'di hujung kuku'.
Cuba hayati nasihat Rasulullah ini. Anggaplah Rasulullah sedang mengingatkan kita ketika baginda menasihati isterinya:
"Wahai Aisyah, sesungguhnya Allah itu Maha Lembut, Dia mencintai sikap lemah lembut. Allah memberikan pada sikap lemah lembut sesuatu yang tidak Dia berikan pada sikap yang keras dan juga akan memberikan apa-apa yang tidak diberikan pada sikap lainnya." (HR. Al-Bukhari)
Tidak ada insan lain yang paling berhak mendengar suara cinta dan bahasa kasih kita melainkan pasangan kita! Jangan berikan pada insan lain, sebelum kita berikan kepada suami atau isteri kita.     
Jika tidak, hati pasangan kita akan 'lari menjauh' walaupun mungkin tubuh badannya masih sebumbung dengan kita.
"Maka disebabkan rahmat dari Allah lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka, sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu." (Qs. Ali Imran: 159)
Bahasa Menggambarkan Jiwa
Janganlah memperdengarkan jeritan jika bisikan sudah mampu didengar. Bahasa adalah jiwa bangsa – maksudnya, bahasa itu boleh menggambarkan jiwa. Walaupun sifat hati tidak ketara tetapi kata-kata akan membuka rahsia. Jika hati baik, tutur kata menjadi lembut, bahasa menjadi indah dan nadanya menjadi merdu. Jika hati jahat, tutur kata menjadi keras, bahasa menjadi kasar dan nadanya menjadi celaru.
Kita hanya merosakan diri sendiri dengan bahasa yang kasar berbanding orang yang kita tujukan kata-kata itu. Bahasa yang kasar datang daripada kebencian. Sesungguhnya kebencian itu akan merosakkan diri  sendiri berbanding dengan orang yang kita bencikan. Sebaliknya jika bahasa kita baik, itu datang dari rasa cinta. Dan cinta akan memberi kebaikan kepada diri  sebanyak mana yang akan diterima oleh orang yang kita cintai!
Dalam Al-Quran ALLAH memerintahkan Nabi Musa dan Nabi Harun untuk berkata lembut kepada Firaun seperti mana firman-Nya dalam surah Thaha ayat 44:
"Berbicaralah kalian berdua kepadanya (Firaun) dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut".
Ya, para Rasul wajib menebarkan rasa kecintaan bukan kebencian.
Rasulullah saw telah bersabda: 
"Sesungguhnya Allah adalah Maha Lembut lagi mencintai kelembutan. Dia memberikan pada sifat kelembutan yang tidak diberikan kepada sifat kekerasan, dan tidak pula diberikan kepada sifat-sifat yang lainnya." (HR. Muslim)
Cinta mampu kembara merentasi ruang dan masa. Cinta adalah soal hati yang tidak mampu dipisahkan oleh jarak dan zaman. Cinta boleh melangkaui dimensi dan generasi. Justeru kita boleh mencintai Allah, yang tidak menyerupai sebarang makhlukNya. Kita boleh mencintai Rasulullah yang hidup ribuan tahun yang lalu. Kita boleh mencintai para sahabat dan para ulama silam yang tidak hidup sezaman dengan kita.
Mengapa Cinta Itu Ajaib?
Itulah ajaibnya cinta. Ia adalah satu kekuatan yang sangat luar biasa kerana ia bertapak di hati, yakni 'raja' dalam kerajaan diri manusia. Apabila ada cinta, kita boleh berkomunikasi dan berintraksi walaupun dengan alat-alat perhubungan yang terhad. Cinta menimbulkan kemahuan yang sangat kuat dan bertenaga.    
Namun, apabila tidak ada cinta... segalanya akan lesu dan kaku. Hati hilang keinginan, hasrat dan tenaga untuk  berkomunikasi dengan tulus, telus dan harmoni.
Bila kita kehilangan bahasa dalam bercinta, itulah petanda cinta itulah yang sebenar telah hilang! Tanpa cinta kita kehilangan makna, sedangkan makna itulah yang melahirkan bahasa... Bukankah makna cinta itu hadir dulu di dalam jiwa, kemudian barulah lahir ungkapan, aku cinta pada mu!

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Saturday, January 28, 2012

CNY 2012 : KLCC

Tak plan pun sebenarnya. Time tu kami ikut Baba ke KL...Baba ada program di Bangi, so as usual kami transit di Pandan Indah la kan..rumah kakak. Baba habis program hari Ahad n dia janji dengan Aufa2 nak bawa diorang pergi KLCC. Aduhhhh!!!! Sy memang agak 'lemah' sikit dengan KLCC..bukan apa..since study lg memang sy tak suka ke sana...jiwaku bukan di sana...sungguh! 

Fikir punya fikir...kalau di KLCC...better pergi Aquaria. Kan???? Lagi pun Aufa beria2 nak pergi KLCC...selalu tengok dari kejauhan jer...everytime they see KLCC mesti statement macam ni akan terbit dari mulut diorang.."Eeeee KLCC...nak pergi Ma..Aufa nak pergi KLCC"..."Waaa KLCC...kenapa awan tu sebok dekat KLCC? Pergilah duduk dekat tempat lain kan Ma???"...ini statement Adik... ;p

Actually dah pernah pergi ke Aquaria sebelum ni...lupa dah tahun bila..tapi time tu Kashfina belum wujud lg. Time tu kan...Allahu Rabbi...Aufa punya la penakut! Sabar jelah kami ni haaa...bukannya takut dengan ikan2 kat situ...tapi takutkan sound effect guruh...sepanjang kat dalam tu berdukung je la dia...Baba la yg penat! Hmmm...spoil mood betul time tu...

Panjang pulak ceritanya ya...hehehe...tengah ada mood nak bercrita la ni..kalau tak memang nak letak gambar jer...biar gambar saja yg bercerita...

This time Aufa2 dah tak takut dah...malah excited sangat nak explore everything there. Start dari main entrance diorang dah excited...wah! ini sudah bagus! Juz kena tahan sikit la...banyak sangat soalan n kadang2 yang tak terjangkau dek akal nak menjawab soalan2 tu...Aufa...Aufa...

Oh ya...tiket untuk kami beerempat jer berharga RM108!! Kashfina pulak free...supposed Kashfina la yg kena bayar becoz menyesakkan laluan dgn stroller dia..hahahaa joking! Tak boleh ker murahkan lg harga tiket tu ek...bukan luak pun tengok ikan tu...n hari2 memang ada jer visitors...bagilah murah2 sikit apalah salahnya.................kannnnn.....hehehee....(sapa suruh beranak ramai2...kikiki...rezeki tu...rezeki besar...)

Layan la video ni yer...




Ikan yg paling dinanti2kan oleh Aufa..siap tanya.."ma..shark takde ke?"...sampaikan replika gigi shark yg dipamer kat dinding aquaria tu pun dia tahu..."ma..ini gigi shark tau!"..hehe fanatik shark sungguh! ;-*

Ikan paling besar rasanya dalam aquaria...from amazon..arapaima nama dia..di restoran terapung di masjid tanah ada ikan ni...mula2 tu takut gak..besar sgt! berapa agaknya haarga seekor arapaima ni kan?

Keluar dari Aquaria masing2 kepenatan..tp tak la lapar sangat pun...Aufa2 mcm biasa la bila nampak aiskrim...tak pernah yg taknak...3 batang aiskrim kon ni saja berharga RM20.70...garu kepala makcik! ala2 baskin robin la pulak!

Kebetulan di KLCC ada show tarian singa sempena CNY...dapat la juga tengok...even dari kejauhan. Terror betul diorang melompat2 dengan costume singa..risau gak takut tersalah lompat..jatuh pulak kang! Sebok je kan nak risau2...diorang kan terlatih...apa la... ;p Aufa2 mula2 ok jer...bila dah rancak diorg menari...Adik jadi takut..puas pujuk tak jalan gak...maybe dia takut bunyi gendang yg kuat tu agaknya...n gaya singa yg ala2 garang tu...seram la jugak...ada jg anak2 orang lain yg takut.so Baba terpaksa bawa Adik jauh dari show tu...sementara sy kena melayan kehendak Aufa yang nak tengok show tu sampai habis. Anak...anak...tempat yg paling strategik adalah di KFC...memang tak dengar pun bunyi gendang2 tu...lg pun maybe sebab time tu dah habis kot show tu...that's why tak dengar! heheheheee...dan kami pun terus berehat n makan di situ....

inilah dia mak buyung yg bermata layu kerana kepenatan...tengok tu...ada jer yg enterframe...nyebok jer adik ni..jeles la tu Baba nak snap gambar Mama! ;p

Ntah la tiba2 kami ada anak lelaki...dah besar pulak tu! Aduhhhhhhhaiiii...lawak betul time ni...semua dah get ready nak bergambar...tetiba jer boboy ni enterframe...sy pulak terus snap! HAhahaha...that's why Baba gelak besar dalam gambar ni...spoil jer! ;p ...di Tesco Ampang..balik dari KLCC singgah Tesco dulu...


Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Wednesday, January 18, 2012

Coming soon....

2 bulan selepas akad nikah...6 tahun lalu...soooo loving kan..kan..kan...sekarang ni susah sgt nak pose manja mcm ni...ada jer yg jelous...

Sehebat mana manusia merancang dan mengatur kehidupan mereka, namun masih tidak mampu menandingi kehebatan Yang Maha Merancang iaitu Allah Taala. Begitulah adanya kami. Selepas melahirkan Aufa Kashfina, perasaan serik dan trauma masih menebal dalam diri untuk mengandung dan melahirkan. Dengan pengalaman ngeri apabila diduga dengan gatal2 teruk semasa mengandungkan Kashfina serta peritnya rasa masa nak keluarkan Kashfina yg seberat n sebesar 4kg secara normal...membuatkan saya rasa sangat serik.

Namun apakan daya...kuasa Allah melebihi segalanya. Siapa kami untuk menidakkan rezeki yang telah dikurniakan kepada kami? Dengan penuh rasa kehambaan...kami terima rezeki itu. Alhamdulillah syukur dan tahmid hanya padaNya. Tak lama lagi Aufa Kashfina nak jadi kakak la yea...hehehe...sama macam Aufa Irdina dulu...beza setahun jer dengan Aufa Qistina. Selepas 4 tahun..baru dapat Aufa Kashfina. Then...this year seorang lg bakal lahir ke dunia. Masing2 dah excited...tak sabar nak sambut baby baru. Bertambah lagi la orang yg manja dalam family kami...hehehe...kasih sayang diberi sama rata...tiada yg terkurang, tiada yg terlebih...Alhamdulillah.

Sekarang ni saya sendiri pun dah confuse...berapa sebenarnya usia kandungan saya ni...bcoz setiap kali scan EDD mesti berubah. Baru2 ni saja buat scan 4D...time tu kalau ikut kiraan period...usia baby around 25 weeks. So, bila doc pakar scan...due date berubah lg...supposed 3 April 2012...REDD 25 April...doc pakar scan jadi 8 Mei. Ntahlah kenapa agaknya...baby's growth ok jer...so next month kena fix semula the exact date of delivery. Ya Rahman Ya Rahim...permudahkanlah urusanku...ameen...

Introducing....the next generation of.............Aufa lagi ke???? Not confirmed yet...nak scan sekali lagi...then baru boleh announce... :)

**Time ni...position baby is breech (songsang)...so agak pening juga la nak tengok baby time doc scan. Ini pun ada yg saya rotate...for easy viewing...

view dari atas...nampak kepala, mata yg ala2 tertutup n hidung baby

side view

side view

moga baby sihat di dalam sana...

nampak macam tidur jer...



Actually...kami tak satisfied dengan hasil scan 4D di klinik ni. Tak sama macam di klinik Dr Ko masa scan Kashfina...di usia yg sama. Next month kami akan ke klinik Ko la gamaknya...bayaran pun lebih kurang sama jer...

Oh ya!!! At first kami plan taknak la annouce tentang pregnant ni...kononnya nak suprise la kan...tapi makin lama makin tak boleh nak sorok bcoz ada yg dah tau n dok bagi hint macam2...so yg tau of course la akan curious kan...hehehe...lagi pun bila ramai yg ah tau...sedikit sebanyak mreka boleh mendoakan saya n baby....jadi saya terhutang budi di situ...terima kasih kpd semua yg mendoakan saya n baby....

Supplement yg saya makan sekarang ni adalah...spirulina elken 5 biji sehari...biasanya saya makan waktu pagi sebelum breakfast. Then saya makan Iberet Folic n Neurogain...saya makan waktu malam. Iberet Folic tu doc yg suggest...bcoz saya kerap mengandung...katanya...Neurogain pulak saya pernah makan masa mengandungkan Kashfina dulu...sejenis fish oil.

That's all for this time. Will update another story later...tomorow ke...insha Allah...

Aufa Kashfina happy nak dapat geng! Geram sgt tengok dia...dengan aksi2 dia yg manja tu...it so make my heart melt!!!
Aufa Irdina & Aufa Qistina memang geng! Ke mana pergi pun mesti berdua...pun manja juga Aufa2 berdua ni...


" RABBI HABLI MIN LADUNKA ZURRIYYATAN THOYYIBATAN WA SOLIHATAN INNAKAS SAMEE'UD-DU'AA' "...AMEEN 

" RABBANA HABLANA MIN AZWAJINA WA ZURRIYATINA QURRATA A'AYUN WAJ'ALNA LIL MUTTAQEENA IMAMA "...AMEEN

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Thursday, January 12, 2012

Aufa Qistina 4



Cerita birthday Aufa Qistina....yg berlaku pd 12.12.2011 yg lalu...amatlah dah ketinggalan...sorry sgt2 ye Adik...lately Mama mmg makin malas update blog even banyak stiry nak diabadikan di sini.

Time birthday Adik...share dgn anak kakak...sama tarikh...so celebrate sama2 la...time cuti sekolah pulak tu...meriah la sambutannya

Belikan indulgance cake di secret recipe..n sate kajang yg dijual di Masjid Tanah...seronok sgt la masing2...tapi this time tak dapat celebrate dgn Baba bcoz Baba berada di Johor. Hadiah pun takde bcoz sebelum tu Adik dah dapat macam2 hadiah.

Yg specialnya malam tu...abang2 sedara Adik buatkan tahlil sebelum potong kek...n ada suprise lg tu! Ada special present...hehehe...malu2 kucing pulak dia! n of course la ada yg merajuk....errrr sapa la agaknya tu kan....selalu sama2 dapat hadiah...




Doa Mama & Baba...semoga Adik terus membesar dengan sihat...jadi anak yg terbaik dunia akhirat...ameen..we always love you....

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...