AufaZanKi

My photo
Special Thought For The Super Special Persons In My Life

Wednesday, April 27, 2011

~*JoZan maharaja lawak*~


Korang layan Maharaja Lawak tak? Best la program tu...suka sangat!! Dan yang paling saya suka tengok adalah si JoZan. Since diorg jadi pengacara program Raja Lawak lagi saya dah follow lawak sengal diorg. Adoii memang tak menyangkainya pun diorg boleh buat lawak tak hengat punya...pun...alahai..cek mek molek...adoi!! haaa itu acai yg kata...hahahaha

Bagi saya, performance JoZan semasa minggu ke-4 adalah sangat cerdik dan paling kreatif...seperti yg dikatakan oleh Ahmad Idham. Diorg memang naturally kelakar...plus banyak idea...tu yg menjadi jer lawak diorg...tak pretentious. Dan yang paling penting JoZan amat serasi bersama...wah!  Lawak diorg seimbang...takde yg terkurang dan takde yg terlebih...saling melengkapi. That's why diorg boleh bertahan dengan branding yg diorg bawa since Raja Lawak. 

"saya punya ikhlas 30 jer cik..."

Personally saya lebih tertarik dengan lawak2 si Johan. Memang tak boleh blah punya lawak! Johan banyak idea dan pandai memeriahkan suasana. Si Zizan tu lebih kpd body language...kelakar la jugak! Antara Johan dengan Zizan...saya rasa Johan lagi best! hehehehe...tapi sebab Zizan hensem sikit dari Johan and Johan hensem banyak...hahahaha (rambut maggi!), plus si Zizan tu single lagi...that's why Zizan lagi famous.

zizan dah macam bangla dah aku tengok! ;p



Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Tuesday, April 26, 2011

~*2 and a half months old of Aufa Kashfina*~

I wanna write about the 'dobot cantik'..nickname from Uda Shida. Her age today is 2 months 15 days old. Compared to other baby, Kashfina's growth is a bit advance where her weight at 2  months is about 6.4kg. She's look like 5-6 months baby! Take a look at these pictures...

kepala besar...not 'besar kepala'...byk neuron nie...hehe

disebabkan byk neuron dlm otak..berfikir semasa tidur...;p

Orait! Berbelit dah lidah nie jadi oghang putih...hehe, Kashfina still breasfeeding in demand...belum makan or minum apa2 selain susu mama dia....air kosong pun tak pernah rasa lagi...huhu. Kalau ikut orang lama2 umur 2 bulan dah disuapnya nasi lenyek! Amat tidak sesuai untuk usus baby...menurut kata doktor la...saya hanya menurut perintah saja. Lagipun susu ibu memang sudah complete dgn pelbagai khasiat untuk baby o-6 bulan tanpa memerlukan makanan tambahan. Selepas 6 bulan barulah boleh diperkenalkan kepada baby makanan2 tambahan seperti bubur nasi, puri, jus buah dan yg sewaktu dengannya. DAN penyusuan susu ibu perlu diteruskan sehingga anak kita berusia 2 tahun...seperti yang tercatat dalam al-Quran. Aiyooo terbagi ceramah kesihatan la pulak! hahaha...takpelah yea..at least takde la kita berborak kosong....ehhh ke saya yg cakap sorang2??? adoyai! ke laut dah saya nie!!!!

budak dobot ini dah tidur dalam buaian...

eeeiii geram!!!
 
Kashfina dah pandai tengok TV...sekarang nie pun dia tengah layan kartun Jungle Junction. Agak2 dia dah boring memuncungkan mulut...(tak tahu la kenapa Kashfina buat gitu...geram tengok kartun tu bergerak2 kot!)....kejap lagi dia menjerit la tu..;p

Nah....layan la klip Kashfina yang bukan di agah oleh sapa2 pun..tapi oleh kipas! Apa yg menarik sgt kipas tu sampai galak sgt dia! :D

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Friday, April 22, 2011

~*sakit itu ujian*~

Hampir seminggu Aufa Irdina dan Aufa Qistina sakit. Sakit yang dimulai dengan demam, tiada selera makan, tumbuh ulcer dalam mulut dan tumbuh bintik2 merah di tapak tangan dan tapak kaki. Ingatkan demam biasa...rupa2nya mereka dijangkiti sakit tangan, kaki dan mulut atau Hand, Foot and Mouth Disease (HFMD)

Bagi sesiapa yang masih blur tentang penyakit ini silalah klik link di atas. Secara ringkasnya, HFMD adalah sejenis penyakit berjangkit yang dicetuskan oleh kumpulan virus jenis coxsackie A yang kebiasaannya menyerang kanak-kanak dan bayi. Antara simptom2 jangkitan virus HFMD ini adalah demam, timbul ruam dan lepuh di tapak tangan, tapak kaki dan di sekitar kawasan lampin, tumbuh ulcer di dalam mulut dan sakit tekak. Dalam keadaan ini, kanak-kanak akan menjadi lesu, hilang selera makan dan berasa tidak selesa. Penyakit ini amat mudah berjangkit bagi kanak-kanak di bawah usia 5 tahun. Ianya merebak melalui sentuhan atau kontak secara langsung dengan lelehan yang keluar dari hidung dan tekak atau najis mereka yang telah dijangkiti kuman ini. Penyakit ini amat mudah berjangkit pada minggu pertama pesakit menghidapinya. Penyakit tangan, kaki dan mulut tidak boleh merebak kepada atau daripada binatang peliharaan ataupun binatang-binatang lain.


Begitulah yang disahkan oleh doktor bila mengetahui simptom2 yg dialami oleh Aufa Qistina. Namun ianya masih di peringkat awal jangkitan. Demam yang tidak teruk, timbul bintik2 merah di tapak tangan dan tapak kaki...tapi tak banyak, ulcer dalam mulut hingga menyebabkan mereka hilang selera makan. Selama 3 hari hanya bergantung kpd air kosong sahaja...susu pun taknak juga. Betapa risaunya kami melihat keadaan Aufa Qistina...sehingga Baba mereka yg dalam perjalanan pulang ke Kuantan patah balik ke Melaka kerana teramat risau. Disebabkan trauma dengan sakit ulcer...Aufa2 tak bercakap...hanya menggunakan bahasa isyarat saja...nak minta apa2 pun juz tunjuk jer tanpa suara. Macamana la kami tak risau...tapi bila menangis ada pulak suaranya...kuat pulak tu! ;D Alhamdulillah selepas 3 hari barulah dia nak makan...dah terlalu lapar agaknya. Sambil makan dia menangis sebab sakit...aduhai...sayu hati ni...kesian sgt


menahan sakit...



  
bila dah tak tahan sakit...meraung la dia...poor of her...


Aufa Irdina juz tumbuh ulcer dalam mulut. Pasif jer dia...tak menangis bila sakit...diam jer. Kami yg risau bila tengok dia senyap...selalunya dia la yg paling 'becok'...semua benda nak tanya! hehehe...kata Baba... 'time Aufa banyak tanya..mama suruh diam..bila dia tak bercakap risau pulak".... :D Aufa pulak 4 hari taknak makan apa2...dah hampir seminggu baru la dia nak makan...dah lapar sgt agaknya...itupun nak makan bubur nasi dan biskut. Still trauma...kesian anak mama.... :(


terbaring lesu...


ceria la bila dah sihat...nampak susut...


Apa pun..rasa bersyukur sgt bila mereka menunjukkan perkembangan positif. Selagi mereka belum recover selagi itulah hati kami tak tenang. Walaupun HFMD merupakan penyakit berjangkit yg sederhana namun ianya boleh menyebabkan kematian. Setakat ini masih belum ada vaksin utk HFMD. Jangkitan ini akan menghasilkan daya tahan (imuniti) terhadap virus tertentu.


Sakit itu ujian dariNya...sebagai tanda kasih sayangNya...terima dengan redha...



Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Friday, April 15, 2011

~apa yang diharapkan memang susah nak dapat*~

Lumrah hidup manusia akan sentiasa berharap kepada sesuatu. Sentiasa menginginkan sesuatu menjadi miliknya atau mengharapkan sesuatu menjadi kenyataan. Dan menjadi lumrah juga apabila sesuatu yang diharapkan itu tidak berjaya dimiliki atau tidak menjadi kenyataan. Seperti mengharapkan daun menjadi duit....memang mustahil! Kecuali jika Allah yang berkehendak sedemikian rupa....errrr kalaulah daun boleh jadi duit....alamatnya....memang jadi padang jarak padang tekukur la dunia nie....semua pokok habis ditebang sebab nak ambil daun! :D

Di dalam situsi berharap, perkara paling penting yang perlu kita awasi adalah EMOSI/PERASAAN. Dan yang menjadi tunggak kepada situasi ini adalah REDHA. Emosi yang dimaksudkan adalah samada perasaan suka/gembira tatkala harapan kita tercapai atau perasaan duka/kecewa bila harapan kita hancur berkecai. Sebab itulah kita perlu pupukkan sifat redha dalam diri. Kita redha dengan apa yang telah ditentukan kerana kita hanya mampu berharap dan berusaha untuk merealisasikan harapan kita...namun hanya Dia yang Maha Layak menentukan segalanya. Bila kita redha dengan ketentuan Ilahi, kita dapat mengimbangi diri kita dalam apa jua situasi samada suka atau duka. Gembira bila apa yang diharapkan menjadi nyata...namun tidak sekali2 riak dan bermegah2. Kecewa bila harapan tidak tercapai...namun tidak menyalahkan sesiapa dan tidak melakukan perkara2 di luar batas akal.



Oleh yang demikian.....jadilah seorang yang POSITIF dalam apa jua keadaan. Positif dalam berfikir dan bertindak. Kita juga harus percaya kepada hikmah di sebalik kejadian. Jika apa yang kita harapkan tidak tercapai tentu ada hikmah yang kita sendiri tidak ketahui. Dan ingatlah bahawa itulah tandanya Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang dan Maha Berkehendak terhadap sesuatu.

Jangan putus harap. BERDOA-lah moga Allah berikan yang terbaik dalam hidup kita. Berdoalah moga Allah rawat hati kita yang kecewa itu dan gantikannya dengan kegembiraan2 lain. PERCAYA kepada hikmah Allah.


Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Friday, March 18, 2011

~*TrILoGi aUfA*~

hI eVeRy0nE


iT's Me
aUfA kAsHfInA

tOdAy
I'm A mOnTh n & 7 DaYs oLd

mY mAMa iS s0oOo0 nOuGhTy!!!!!

i HaTe wEaRiNg sUnGLaSs!!!!

 
"nAsIb BaIk i NaMpAk c0oL pLuS CuTe"
HeEeEeE 


tHiS iS mY LoVelY SiStAs


aUfA IrDiNa

sHe's vErY LoViNg & gEnIuS...

...LiKe 0uR mAmA - muahahahahaha

  


aUfA QiStInA
sHe's vErY PrEttY & sMaRt...

... LiKe OuR mAmA tO0 - lalalalalalala


wE hAvE a Br0tHer

 
ArIff FaHmI

He LiKeS pLaYiNg BaRbIe
wItH sIsTa aUfAs

HeHeHe





p/s => AufaZanKi sedang mengalami masalah untuk menjana idea yg berlambak2 nie..maklum la...dalam pantang tak boleh fikir byk2...so posting pun yg sedang2 saja...cerita pasal anak2 je...hehehe sori ya....

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Tuesday, March 8, 2011

~*have you ever really loved a woman*~

"juz listen to the song...ignore the v.clip ok...;p"


To really love a woman
To understand her - you gotta know her deep inside
Hear every thought - see every dream
N' give her wings - if she wants to fly
Then when you find yourself lyin' helpless in her arms
You know you really love a woman

When you love a woman then tell her
that she's really wanted
When you love a woman then tell her that she's the one
'cause she needs somebody to tell her
that it's gonna last forever
So tell me have you ever really
- really really ever loved a woman?

To really love a woman
Let her hold you -
till you know how she needs to be touched
You've gotta breathe her - really taste her
Till you can feel her in your blood
N' when you can see your unborn children in her eyes
You know you really love a woman

When you love a woman
then tell her that she's really wanted
When you love a woman then tell her that she's the one
'cause she needs somebody to tell her
that you'll always be together
So tell me have you ever really -
really really ever loved a woman?

You got to give her some faith - hold her tight
A little tenderness - you gotta treat her right
She will be there for you, takin' good care of you
Ya really gotta love your woman...

Then when you find yourself lyin' helpless in her arms
You know you really love a woman
When you love a woman you tell her
that she's really wanted
When you love a woman you tell her that she's the one
she needs somebody to tell her
that it's gonna last forever
So tell me have you ever really
- really really ever loved a woman?

Just tell me have you ever really,
really, really, ever loved a woman? You got to tell me
Just tell me have you ever really,
really, really, ever loved a woman?

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Wednesday, March 2, 2011

~*@ 20th days : takde kerja cari kerja!*~

Hari nie sudah 20 hari usia Aufa Kashfina
Bermakna sudah 20 hari juga sy berpantang
Sy dah mula tak senang duduk...sebab tak dapat keluar rumah!
Aduhai...boring la weyyy!!!
Takpe...genap sebulan nanti kita pergi jalan2 yea Kashfina...
Kita pergi klinik....muahahaha...jalan juga kan...;p

budak tembam!

Hari nie tajuk aktiviti sy..."takde kerja cari kerja!"
Silalah layan klip ini jika anda memang sukakan bayi/kanak2...
Faham2 jer la kalau baby baru 20 hari
Apa lagi la yg dia boleh buat 
Selain hanya memandang dgn pandangan kosong, menangis & tidur...
Macam tu juga la Aufa Kashfina...


Good girl...senyap jer kan...pandang apa tu sayang?


Dah puas jadi good girl...haus sudah...
Baru 20 hari Kashfina dah pandai sebut..."nak..."
Hahahahaha


Baru lepas menyusu....tidur sekejap...
"Nak..." lagi...belum kenyang la Mama...


Kashfina suka lentok atas bahu...
Suka juga tidur atas pangku...huhuhu


At last...lena juga Aufa Kashfina
Yang sudah mula menunjukkan ciri2 manja melebihi kakak2nya



kami baru jer 20 hari...;p



Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Tuesday, March 1, 2011

~*we proud of you dear!*~

Dia hanya belajar sendiri
Tanpa bantuan Mama mahupun Baba
Hanya dengan bantuan laptop mainan miliknya
Sungguh tidak di sangka
Dia mampu mengenal huruf dengan belajar sendiri
Kagum dengan semangat dia
Moga dia kekal begitu
Berusaha sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang lain
Insha Allah bila Mama dah sihat nanti
Aufa boleh sekolah yea...
Aufa pernah cakap..."Aufa nak tunggu baby keluar dulu baru Aufa sekolah"
Kesian anak Mama...Thanks a lot kerana memahami

Mama dalam pantang..kamu bergumbira bersama Baba di Taman Buaya ya! ;D

♥AUFA IRDINA♥
CONGRATULATION DEAR!
WE PROUD OF YOU!


10 FEBRUARI 2011

10 FEBRUARI 2011

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Wednesday, February 16, 2011

~*AUFA KASHFINA BT MOHD ZAKI*~


Alhamdulillah syukur ke hadratNya...penantian selama 40 minggu 5 hari berakhir dengan penuh kelegaan. Tanggal 11 Februari 2011 bersamaan dengan 8 Rabiul Awal 1432H, pada jam 12.13am hari Jumaat...lahirlah puteri ketiga kami...generasi ketiga AUFA. Puteri ketiga kami namakan AUFA KASHFINA. AUFA maksudnya "yang lebih sempurna" atau "yang lebih setia". KASHFINA kami ambil daripada perkataan "kashaf" yang bermaksud "pembukaan kami". So AUFA KASHFINA kami definasikan sebagai "pembukaan kami yang lebih sempurna". Kiranya Kashfina menyempurnakan lagi generasi Aufa dalam famili kami la... :)


beberapa jam selepas menjenguk dunia...

Aufa Kashfina lahir dengan berat sebanyak 4KG. Kussss semangat!!!!! Sy memang terkejut bila tahu berat baby...paling berat setakat nie dalam family. Bila teringat detik2 dalam labour room...rasa ngeri sangat! Serius! ntahlah...memang lain betul pengalaman yang sy lalui berbanding 2 pengalaman yang lepas.

Due date 6/2/2011...admit ward 7/2/2011...discharged 8/2/2011 sebab still takde contraction. Doctor bagi tempoh 5 hari...kalau still takde tanda2 nak bersalin sy akan di induced pd 13/2/2011.

Pagi Khamis (10/2/2011) sy dah rasa sakit..tapi still tak kuat. Tapi naluri nie begitu kuat menyatakan yg sy dah menghampiri saat2 nak melahirkan. So pagi2 tu sy pun exercise la sikit2...berjalan2 dalam rumah sampai Aufa pun naik hairan tengok gelagat mamanya...hehe. Dalam jam 12 tengahari ada bloody show tapi tak banyak n still tak rasa sakit kuat. Hati dah mula berdebar2...sms kakak sy sedang mengajar...huhu...nasib baik kakak ada coz en suami dah balik Kuantan. Dalam jam 1.30 tengahari kami pun pergi ke Hospital Besar Melaka. Sepanjang perjalanan macam2 doa n ayat yg sy baca...untuk menghilangkan rasa gementar, takut n yang paling penting agar dipermudahkan proses bersalin nanti.

Sampai di hospital sekitar jam 3 petang. Normal la...kalau dah namanya hospital kerajaan memang kena banyak bersabar coz patient memang sentiasa ramai...boleh dikatakan sepanjang tahun musim mengawan! hehehe...Jam 4 petang baru sampai turn sy...nurse buat prosedur biasa...check BP, urine, jantung baby n  VE (vaginal examination)...masa nie baru buka 2cm. Tak lama lepas tu  buat CTG (cardiotocograph). CTG nie untuk monitor heartbeat baby n contraction. Then kena tunggu turn untuk pemeriksaan doktor pulak...around jam 5 petang baru dapat jumpa doktor...lama betul menunggu..kena la bersabar...huhu. Bila jumpa doktor kena interview dulu...macam2 soalan doktor tanya. Time tu contraction makin kerap n kuat...aduhai! Doktor buat VE...dah buka 3cm.

Dah settle semua...menunggu lagi. This time tunggu report doktor then barulah transfer ke ward kalau tak sakit. Sambil2 menunggu sempat juga la berborak2 dengan patient lain...macam2 cerita ada. Tapi sy lebih suka duduk sorang2 sebab sy nak baca doa banyak2...hehe. Seriusly sy memang takut n berdebar even dah ada 2 pengalaman bersalin. Tapi orang kata pengalaman setiapkali bersalin tak sama. Keadaan memang tak selesa sangat...dahlah tengah menahan sakit contraction...kena duduk (yelah..mana ada katil pun nak baring!)...kena tunggu berjam2 untuk dapatkan report doktor.

Dalam jam 6 petang sy rasa contraction makin kerap n kuat...lima minit sekali rasa sakit. Sms kakak minta dia belikan air n roti...tenaga makin berkurangan. Penat menunggu kot! Sy memang pujuk diri sendiri supaya banyak2 bersabar...hati pun rasa sedih n sayu jer...en suami masih dalam perjalanan dari Kuantan, teringat pulak pada Aufa2...lagi la membuatkan air mata nie nak mengalir jer...tapi kuatkan semangat lawan juga perasaan tu.Jam 6.30 petang...sy bgtau nurse yang contraction makin kerap. Bila nurse buat VE...dah buka 5cm. Alahai...takutnya...kena refer doktor pulak...untuk confirmation. Dalam jam 7 doktor buat VE...confirm buka 5-6cm. Tunggu lagi.................report yg awal td pun tak siap lagi...ermmm what to do...patient ramai...memang kena tunggu n tunggu n tunggu........juz imagine dengan keadaan yang sungguh tak selesa n sakit...kena menunggu berjam2 lamanya...tanpa dapat baring...MEMANG KENA SABAR N SABAR N SABAR....

Jam 8.40 malam barulah sy dihantar ke labor room. Tak henti2 berdoa agar dipermudahkan urusan sy pd malam tu. Dalam jam 9 doktor pun tiba....aduhai...doktor lelaki lagi...lemah betul la! (dah la doktor tu encem...hahah). Jam 9.15 malam doktor pecahkan air ketuban...maka bermulalah saat2 yang amat menakutkan. Sejam pertama...rasa sakit yang masih boleh ditahan lagi. Sy request epidural..malangnya epidural hanya availabe during office hour jer...coz waktu malam takde person incharged. Doktor juz bagi injection...TAPI.....not so effective. Jam 10.30 malam sakit makin kuat...bagai nak tercabut besi katil sy tarik bila contraction menyerang. Sy tanya nurse samada en suami boleh masuk ke labor room...maybe en suami sy dah sampai dari Kuantan. Kesian kat kakak yg kena tunggu sorang2 sampai malam sementara nak tunggu en suami sy sampai. Dah la esoknya kakak nak mengajar..."thanks a lot kak pah..."

Tak lama lepas tu en suami pun sampai...lega sikit bila tengok dia. Rasa macam nak menangis...tapi kuatkan juga semangat nie...Dia pun rasa takut juga bila tengok sy menahan sakit contraction. Bila nurse masuk sy bgtau yg sy rasa sakit sgt...nurse buat VE. Katanya still 5-6cm. Aduh...sakit semakin kuat n kerap tapi kenapa still tak buka besar lg. Dah jam 11 malam...en suami masih lagi di sisi. Tiba2 rasa macam nak meneran...sakit sgt! Sy minta en suami panggil nurse...tapi nurse kata belum boleh teran lagi. Rasa nak menjerit jer....tapi sakit macamana pun sy takkan menjerit, menangis kuat2. Suara pun tak keluar...malu la...lg pun mcm tak sopan pulak nak menjerit2 kan...itu yg sy rasa...so menangis dalam hati or menangis senyap2 jer. Sy cakap pd en suami...kalau dah sakit macam nie...sy memang tak boleh tahan lg. Nak tau sy request apa....sy nak operate! Serious!! I can't stand it anymore! Sy pun makin takde tenaga dah...kebetulan ada nurse masuk dalam bilik, en suami pun cakap pd nurse situasi sy nie. Apa lagi..kena la dengar tazkirah ringkas dari nurse...hehehe. Sy tau dia pun kesiankan sy...then dia tanya samada sy nak recheck bukaan serviks...sy pun iyekan aje padahal baru setengah jam lepas dah check. Hmmm patutlah sy rasa sakit macam nak meneran...rupanya dah buka 8cm. Try juga meneran dengan bantuan nurse tapi tak boleh...kena tunggu lagi. Sakitnya...rasa macam nak patah pinggang nie, dengan rasa nak meneran...Allahu Rabbi...ngeri sangat bila teringat.

Jam dah hampir menunjukkan ke angka 12 malam. Sekali lagi contraction yang teramat kuat n dasyaaat menyerang. Sy minta en suami panggilkan nurse. Masa nie sy yakin memang dah sampai masanya...en suami pun memang dah cakap awal2 yg dia tak dapat nak temankan sy coz dia takut dia pengsan...yelah sy faham situasi dia. En suami keluar jer dari labor room sy pun start berjuang! Berkali2 meneran tapi masih tak berjaya. Dengan bantuan nurse2 yang ada...seorang tolong tekan perut, seorang lagi tolong adjust bukaan serviks...tak henti2 sy memohon bantuanNya...tenaga makin kurang tapi kerana semangat sy sangat kuat, akhirnya berjaya juga mengeluarkan kepala baby. Lega sangat! Even proses bersalin belum selesai lagi...bila kepala baby dah keluar takde la rasa sakit sgt.

Finally tepat jam 12.13 pagi Jumaat yang berkat, 11 Februari 2011...sy selamat melahirkan puteri ketiga kami. Mulut sy tidak berhenti bertasbih tanda syukur atas bantuan dariNya. Semua nurse kata baby tembam..ada yang menganggarkan berat baby dalam 3.8kg...bila dah dibersihkan n timbang...wow! berat baby 4kg! Terkejut sy...patut la susah sgt nak keluar yea...heheh...apepun syukur sangat2...ALHAMDULILLAH

Hari nie dah 6 hari berpantang...baby Kashfina pun sihat...takde jaundis. Hopefully takkan kena jaundis macam kakak2nya dulu. Sy pun belum start makan jamu lagi...tunggu minggu kedua nanti baru nak start makan tropical herbs Amway.

Sekian saja coretan pengalaman bersalin kali ketiga...hehehe. Berhari2 ambil masa nak siapkan entri nie...akhirnya siap juga. Penat juga...penat cari idea, susun ayat, recall memory sambil melayan baby Kashfina, Aufa Qistina n Aufa Irdina.

2nd day...boleh lagi nak bedung...


boleh bedung sekeap jer...pastu nangis...cuaca panas...kesian Kashfina

inilah gaya Kashfina bila dah lena...padahal baru 2 hari...;p


Aufa Kashfina with her Baba... :)

Aufa Kashfina with her lovely sister, Aufa Irdina

Aufa Kashfina with her lovely sister, Aufa Qistina...yg taknak tukar status 'adik'

hanya mampu memandang..tapi tak nampak apa2 lg...



Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Sunday, January 30, 2011

~*kami happy sangat!!*~


Sepanjang minggu nie

Saya...Aufa Irdina...Aufa Qistina

Happy sangat!!!

Rasa macam nak melompat2!!!

Tapi nasib baik tak boleh...hehehe

Tak pasal2 terberanak terus nanti!!!

Hati jer la yang melompat2 kegirangan...ahakz!



Kami happy sangat!!!

Sebab......

Cinta hati kami sentiasa ada bersama kami

Sepanjang minggu nie

Walaupun tak dapat keluar berjalan2

Dah 2 hari hujan tak berhenti2

Tapi.....

Kami tetap happy

Melompat2 tau happy!!!

Hahahaha

Kan best tiap2 hari boleh berkepit

Dah macam takde kerja lain pulak kan!

Alhamdulillah...inilah yang dinamakan anugerah 

Anugerah terindah buat kami...


Errmmm....

Tetiba lepas maghrib nie hujan dah berhenti pulak...

Ada chance la nak keluar nie....

Kaki dah 'gatal' jer nie...;p

Anyway...happy holiday to all my friends....
(bagi yang dah start bercuti la yea...)

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Wednesday, January 26, 2011

~*AUFA & 'SELEKOM'*~

Aufa Irdina kan.....

Selalu jer request from her mama....

"Mama...nanti belikan Aufa punya SELEKOM"

And her mama was very coriuos!!!!

"Benda alah apakah SELEKOM itu???"

Maka......

Aufa Irdina pun dengan penuh semangat

Give an explanation what is SELEKOM

"Mama belilah Aufa punya SELEKOM...nanti Aufa nak sembahyang sama dengan mama"


Ooooooohhhhhhh!!!!

Barulah mamanya faham......

Aufa nak TELEKUNG rupanya....

Hahahahahaha
 
alkisahnya...Aufa pernah tengok 'selekom' kanak2 dalam katalog...tu yg minta belikan tu...
 

Ingatkan dia nak telefon ker...

Coz logo Celcom tu dia dah kenal n cam...

Kalau terjumpa di mana2 logo tu

Confirm dia akan cakap

"Mama...itu SELEKOM mama"

Coz mamanya pengguna Celcom!
 
Aduhai la anak.....hehehe
Aufa2 sedang solat Zuhur...;p
Lepas solat zuhur terus mengaji

Aufa2 nie suka ikut apa yg mama diorg buat

Itulah sebabnya.......

Sama la dengan kanak2 lain yg sedang giat meneroka




Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

~*setia*~


SETIA itu hanya bermakna pada mereka yang mengerti akan nilainya

SETIA itu hanya akan beerti pada mereka yang memahami akan kuasanya

SETIA itu hanya akan berfungsi pada mereka yang berjaya membuktikannya


~****~
 
Andai SETIA sudah tiada nilainya
 
Andai SETIA sudah hilang kuasanya
 
Andai SETIA sudah lenyap buktinya
 
Maka
 
...........
 
 
CURANG itulah gantinya
 

 

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Sunday, January 23, 2011

~*hujung minggu*~

Antara aktiviti hujung minggu bila en suami pulang ke kampung adalah membawa Aufas berjalan2, bersiar2 n bermain2....release tension setelah seminggu terperap di rumah. So mamanya pun tumpang dua belah kaki la...even tak larat sebenarnya nak berjalan2 nie....tapi kugagahkan jua....hehehe

Antara tempat2 yg menjadi pilihan Aufas jika berada di Melaka adalah Jusco baru yang terletak bersebelahan dgn Tesco. Di Jusco ada kid zone...RM8 per entry...tu yg diorg seronok sgt. Last week boleh dikatakan jenuh juga la nak menunggu diorg...bila dah puas main diorg painting pulak. Satu set painting tu RM12 ada..RM15 ada..Nasib baik babanya rajin melayan. Dah puas painting nak main lagi...nak ajak makan pun susah.

Kadang2 bawa Aufas pergi laut...tapi tak mandi la...santai2 jer di tepi pantai. Asalkan diorg happy...

Last week...after having fun at Jusco..bawa Aufas ke Taman Rempah. Before this kami dah pernah naik cruise...kali nie Aufas request nak naik cruise lg..tp mamanya dah tak larat. So biarkan mereka naik motor control jer la...so layan la klip nie yea.....


Aufa Irdina
Lawak la Aufa nie...penakut!


Aufa Qistina
Steady jer dia.... :)

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Saturday, January 22, 2011

~*38 minggu sudah...*~

Salam hujung minggu...hari nie kami berehat di rumah saja...takde transport la nak meround... Lagipun baba Aufa2 tak dapat balik...UMP ada program...

Pagi tadi ada rajin sikit...offer diri nak masak...selalunya kakak yg masak...hehehe, tp senang jer menu hari nie...sardin! Mak pulak buat pencuk...haaaa kamu pernah dengar tak menu tu??? Sy pun tak sure apa nama lain bg pencuk...nak buat pencuk sonang ajo...juz sediakan taugeh, timun (potong panjang2), tauhu...campurkan semua bahan2 tu n gaulkan dengan kuah lada. Macam tauhu sumbat tapi pencuk nie digaulkan semua sekali dalam satu bekas. Taugeh bagus untuk jantung tau...so makanlah taugeh banyak2 yea.... ;)

Shut up not shut up (diam tak diam)...dah 38 minggu usia kandungan sy nie...bermakna bila2 masa saja boleh deliver. Dalam tempoh menunggu masa jer....berbaur2 perasaan nie..takut ada...tak sabar pun ada. Tapi sentiasa berdoa moga semuanya selamat n dipermudahkan. Perut sy nie dah bulat macam buah tembikai...baby pun aktif jer...ok la tu kan...

Apa lg nak story ek...mood pun terumbang-ambing jer 2-3 hari nie...entahlah.....okay la..nak layan raja lawak...terhibur sikit hati nie layan lawak sengal Johan n Zizan...bye! :)


Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Wednesday, January 19, 2011

~*en suamiku yang berbakat*~

Tajuk entri yang tak boleh blah!!!! hahahaha
Bila lagi nak puji cinta hati....n sapa lagi yg nak puji kalau bukan isteri...tak gitu???

Tengoklah klip nie dulu...



17 Januari 2011 @ Selamat Pagi Malaysia RTM1
volume tak clear...ada klip yg dah diedit volumenya..tp cannot be uploaded...


Dah tengok ke klip kat atas tu??? 

Kalau belum tengok lagi...cepat tengok sekarang!!!!! :D (paksa nie...hehehe)

Itu adalah antara bakat 'terendam' en suamiku....yg saya pun actually macam tak percaya pulak dia mampu mendeklamasi puisi sehebat itu....

Eh!!! hebat apa...ala2 profesional gitu!!! "WAHAI ANAKKU..."

Invitation from RTM tu bersempena dengan program  Puisi Riong anjuran Universiti Malaysia Pahang (UMP). Kiranya promotion la tu....(agaknya). Itu jer yg boleh sy explain...nak tahu lebih lanjut silalah ke website UMP yea.... :)

Before this...en suami sy pernah jg masuk TV...masa tu dia MPP di UIA..tahun 2003 kalau tak silap sy... ada invitation utk program Bicara Siswa...di TV1 juga. Time tu kan belum halal lagi...so nak tengok pun malu2 jer...coz mak abah pun sama2 menonton bakal menantu mereka nie berhujah....hehehe

Masa first time kami kenal pun...masa tahun 2002...dia menyanyi...hehehe..."Senyum seindah suria yang membawa cahaya...Senyumlah dari hati duniamu berseri". Itulah lagu yg cinta hati sy nyanyikan dan jodoh kami bertemu pada hari itu...alhamdulillah... :)

Masa sekolah menengah dulu pun...berbakat dalam tilawah al-Quran...sampai peringkat negeri tu....hebat betul la! (berbakul2 puji2an nie!)

Itu semua anugerah Tuhan buat cinta hati sy...bakat yang ada yang dimanfaatkan sebaiknya. Sy pun takde bakat macam tu...tahniah la diucapkan...tak semua orang dianugerahkan bakat dan kelebihan sepertimana dia...

Yang paling penting bagi sy...dia mampu menjadi Imam kepada saya dan anak2...itu sudah cukup dan yang terbaik! 


**Petang semalam...cinta hati sy a.k.a en suami balik semula ke Kuantan setelah mengambi cuti rehat pd hari sehari. Hari nie rasa sedih n sayu tu lebih sikit...sampai tak tertahan air mata nie. Kalau boleh sy nak dia sentiasa dengan kami...kerana dialah sumber kekuatan dan semangat kami. Apakan daya...ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan...tanggungjawab terhadap kerjaya. Yang menjadi penyebab air mata nie mengalir...bila Adik Aufa Qistina berkata begini bila melihat kereta baba mereka berlalu pergi....
"Adik rindu baba...baba tak payah balik"...slow jer kata2 tu keluar dari mulut mungil dia...dalam nada sedih pulak tu...

Then kakak Aufa Irdina pun ulang ayat yang sama macam adiknya. Allahu Rabbi....sayu sangat...Aufa2 memang rapat dengan baba mereka...coz baba mereka sangat sporting n sangat penyayang...(compared to their mama..;p). Sambil mengarang nie pun rasa sedih tu stil tak hilang...n setiapkali teringat pasti akan menangis dibuatnya....WE MISS U A LOT BABA!!!!!!!!

Perpisahan itu amat menyakitkan..walaupun sementara...

MY ALL

**Hari nie...Adik Aufa Qistina pulak demam....agaknya rindukan baba kot....kesian....


cepat sembuh yea sayang....

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Friday, January 14, 2011

~*imaginasi Aufa2*~

Nak bercerita tentang Aufa2...
As other children...Aufa2 pun punya macam2 imaginasi yang kadang2 sangatlah melucukan...
Sebagai mama...saya layankan aje...;p
 

agak2nya apa imaginasi Aufa2 tentang gambar ini???

Gambar di atas adalah gambar kami zaman muda2 dulu....that's why nampak ada shape lg muka masing2...;p
Baru2 nie Aufa2 tengok gambar nie...dan drama pun bermula...
Aufa Irdina: Mama n Baba kat mana nie?
Mama: Kat dalam kereta....
Aufa Irdina: Aufa ikut tak?
Mama: Ermmm Aufa takde lagi masa nie....
Aufa Irdina: Aufa ada...Aufa duduk belakang
Aufa Qistina: Adik pun ada...Adik duduk belakang Mama...Adik tengah merajuk kan? Kakak duduk belakang Baba...
(Dalam terpaksa...Mama pun mengiyakan saja...maka drama pun tamat. Kalau tak diiyakan...akan bermula pula drama air mata!)
-----------------------------------------------------------

Hujung minggu lepas, saya membantu abang mencabut bulu ayam kampung peliharaan mak yang baru disembelih. Dah lama tak buat aktiviti nie....dulu2 kalau nak makan ayam, kena sembelih n proses sendiri. Sekarang nie semuanya dah siap. Aufa Qistina pun menyibukkan diri untuk melihat kami mencabut bulu ayam kampung itu....Selang beberapa hari, Aufa Qistina pun memulakan dramanya...
"Mama...kenapa Mama cabut bulu ayam? Nanti ayam  takde bulu...."

Alahai...jenuh nak explain....;D

--------------------------------------------------------------


Aufa Irdina kata...belon nie ada dua...macam Mama & Baba....;p



 

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

~*aku...kau...berbeza, aku...kau...istimewa*~

LELAKI BUJANG (BELUM BERKAHWIN) akan menanggung dosanya sendiri apabila sudah baligh.
 
 
PEREMPUAN BUJANG (BELUM BERKAHWIN)..dosanya akan ditanggung oeh bapanya.


LELAKI BERKAHWIN akan menanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.
 

ANAK LELAKI wajib bertanggungjawab terhadap ibunya terutama anak lelaki yang sulung.
 
PEREMPUAN hanya perlu taat kepada suaminya. Sekiranya isteri berbuat baik kepada suami maka dia akan mendapat pahala, sekiranya isteri berbuat tidak baik maka dosanya akan ditanggung oleh suaminya.
 
 
 


Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Sunday, January 9, 2011

~*R.I.N.D.U*~

"ku ada kamu"

Sesungguhnya rasa ini

Rasa yang sungguh menyakitkan

Rasa yang membuatkan diri ini terasa kehilangan

Rasa yang menyebabkan air mata ini mengalir tanpa sedar



Aku rindu.................

Rindukan semua yang ada pada dirinya

Sentuhannya, belaiannya, kasih sayangnya

Rindukan kemeriahan dan kegembiraan

Tatkala bersamanya dan anugerah cinta kami

much love!!!!!

"Ya Allah...Kau kurniakanlah kesejahteraan kepada isteri dan anak2 ku...ameen, abang baru sampai, baru lepas solat, menitis air mata abang...teringat sayang n anak2...R.I.N.D.U..." - 8.00 pm/ahad/9 Januari 2011




Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Friday, January 7, 2011

~*menghitung hari*~

diriku yg sedang sarat mengandung...pucat jer kan...kali nie malas nak berhias2...

my baby @ 34 weeks...so chubby!! muncung lg tu!!! ;D

Hari nie usia kandungan saya adalah 35 minggu 5 hari. Sekarang nie dalam tempoh menghitung detik dan hari...semoga semuanya akan selamat dan dipermudahkan...itulah yang sentiasa saya doakan...

Last week, 30.12.2010 saya 'dipaksa' oleh pihak klinik kesihatan Masjid Tanah untuk melakukan ujian diebetes (MGTT)...sebab mak saya ada diebetes. So prosedur klinik kerajaan memang begitu..akan buat MGTT pada ibu mengandung ketika usia kandungan 16 minggu dan 28 minggu. Ingatkan dah terlepas coz semasa check up di klinik swasta..mereka refer pd previuos pregnancy history..kalau tak pernah ada kes...n darah pun ok...diorg tak buat ujian MGTT. So, pagi2 lg saya dah tercegat di klinik...registration caunter pun tak buka lg time tu...hehe

Mula2...nurse ambil darah setelah saya berpuasa bermula jam10 malam sebelumnya. After that, saya kena minum air gula yg teramatlah manis!!! N kena tunggu selama 2 jam then baru ambil darah lagi. Kiranya 2 kali la ambil darah. Selama 2 jam tu saya n sesiapa yg senasib dengan saya dilarang keras untuk makan dan minum...kiranya belum boleh berbuka puasa la...nasib baik ada my cousin, Azwa. Kebetulan dia nak bawa anak dia untuk monthly check up...so takdelah rasa apa2 sebab khusyuk berborak...dah lama tak jumpa macam2 cerita la kan...;p

Selepas ambil darah kali kedua...kena tunggu lg...kali nie tunggu result pulak. Tapi takdelah rasa boring n stress sebab dah boleh makan! Hehehe....lapar seyyyy!! Result MGTT saya...jeng3...hahahha..macam la suprise sangat! Dah basi pun...;D
Sebelum minum air gula : 4.2 mmol/L (3.0 mmol/L - 5.5 mmol/L) 
Selepas 2 jam : 6.8 mmol/L ( less than 7.8 mmol/L)

Alhamdulillah...terlepas dari penyakit diebetes semasa hamil.

Within this week...ada juga rasa contraction...tapi taklah kuat sangat...juz braxton hicks contraction. 

Cuma...dah 2 hari kena leg cramps. Aduhai...sakitnya bila nak berjalan. Maybe sebab sejuk n saya tak pakai stokin...tu yang sakit tu. Malam nie kena pakai stokin...wajib!!! Tapi saya jenis cepat rimas...dalam pantang pun tak disiplin..esp waktu siang...selalu jer tak pakai stokin...for the first 2 weeks jer berdisiplin..lepas tu...hmmmm faham2 jer la....;p

Tapi kali nie berazam nak berdisplin...nak jaga betul2 masa dalam pantang...hopefully takde apa2 halangan dan rintangan.

please pray for me ya! thanx....
With love!

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Wednesday, January 5, 2011

~*memori di Pusat Matrikulasi UIA, PJ*~

Bagi sesiapa yang meminati nasyid, lagu ini maungkin sudah biasa n tidak asing lg. Lagu 'Puteriku Sayang' dendangan Kumpulan Hijjaz...sungguh merdu n puitis.

Lagu ini sebenarnya ada kaitan dengan saya....amboi...statement!!! hehehe

Actually...semasa belajar di Pusat Matrikulasi UIA, Petaling Jaya....tahun 1999 (kalau tak silap)...sy pernah menyanyikan lagu ini...masa tu hostel tempat saya menginap...Khadijah College...ada menganjurkan pertandingan kesenian. Ada macam2 persembahan yang dipertandingkan seperti lakonan, pertunjukan fesyen, tarian sufi, nasyid dan....ntah tak ingat dah....;D

Oklah...cuba dengar lagu nie dulu....


lagu ini dinyanyikan semula oleh kumpulan mestikal

Then...cuba tengok gambar nie.....

yg mana satukah saya??? heeeeeeee


Gambar tak clear la...takde scanner...juz snap guna handphone...tapi sebab nak jadikan sebagai bahan bukti...."ada aku kisah???".....hehehehe

Yang pegang microphone tu.....saya la.....masa tu sy jadi solo nyanyikan lagu 'Puteriku Sayang' dan  "pergi Tak Kembali'...Hehehe...daripada seorang gadis yang pemalu yang amat...boleh naik stage n jadi solo lagi tu!! Saya nie semangat jer yg kuat...yg lain2 sebab penakut n pemalu jer....walaupun banyak bakat terpendam n terendam nie....;D

Rasa macam tak percaya jer bila kumpulan kami berjaya memenangi tempat kedua dari banyak2 persembahan yang ada. Tempat pertama dimenangi oleh kumpuan tarian sufi. Kalau tak percaya...cuba tengok gambar ini pulak...walaupun tak clear...;p

yg belakang..kiri sekali..itulah saya...


Kiranya....merdu juga suara saya kan???? Yelah...sampai dapat tempat kedua....boleh jadi artis nie....hahaha.....usah bermimpi di siang hari! ;D

Dah lebih 10 tahun berlalu....suara pun dah tak semerdu dulu...ehhh...yeke....or maybe bertambah merdu???? ;D

Oklah.....nak makan tengahari.....bye!!!! :)


Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...