Assalamualaikum...:))
Alhamdulillah...aku baru jer sihat dari demam selsema...mmg menyakitkan seluruh anggota badan...nasib baik hubby cuti time aku demam tu...coz aku mmg x blh bgn...moga Allah gugurkan daun2 dosa aku yg lalu...amiin...n a lots of thanx to my beloved darling for his concern...now tinggal batuk jer yg belum sembuh....
Orait...juz a 'lil bit introduction...n the topic that i wanna share with u is about *INFLUENCE* or in malay we said *PENGARUH*. Jom layan video ni dulu....
Aku record video ni time diorg tgh khusyu' berdansa dgn lagu stacy ft adam...ntah apa tajuk lagu...dah lupa...Hmmmm apa yg kamu fikir or anggap bila tgk video ni?? Ehhh lupa pulak nak introduce penari2 tu...little prince tu namanya Ariff Fahmi (anak kakak)...little princess tu Aufa Irdina...n yg jd cik pacak tu Aufa Qistina.
To be frank...aku betul2 risau setiap kali tengok video ni. Hebat betul pengaruh media terhadap kanak2. Video tu hanyalah sekadar contoh untuk aku kaitkan tentang *PENGARUH*. Beruntungnya aku duduk di rumah 24-7 bersama Aufa2....meng'observe' setiap aktiviti mereka..apa yg mereka buat dan tonton di tv. Tapi kadang2 terlepas pandang juga...tu yg menyebabkan kerisauan ni membuak2.
Pengaruh yg paling hampir dgn dunia kanak2 ada dua...pengaruh MEDIA dan pengaruh PERSEKITARAN. Dan pengaruh2 ini ada positif dan negatifnya.
1. PENGARUH MEDIA :
Fitrah kanak2 mmg akan mudah tertarik pd sesuatu yg menarik dan menonjol seperti hiburan or muzik. Since dalam rahim lg ibu2 digalakkan merangsang janin dgn muzik2 yg menenangkan. Bagi yg Muslim adalah lebih baik memperdengarkan bacaan ayat2 suci al-Quran dan zikir kpd janin instead of music. Di peringkat perkembangan pesat minda kanak2...dalam usia 1-3 tahun...parents mmg kena lebih fokus n telus dlm mendidik..coz di peringkat ini mereka akan menerima pelbagai input...baik or buruk...DAN mereka tidak pandai menilai. So kitalah yg akan menilai bagi pihak mereka.

Begitu juga dgn unsur2 agama...kalau kita tgk rancangan "Mari Mengaji" di TV9...ustaz zamri menggunakan pendekatan "belajar sambil bermain". Anak2 sekarang mmg berbeza dgn anak2 dahulu..so we have to admit that. Macam tu juga la cara aku mengajar Aufa2 mengenal huruf2 hijaiyah...dgn cara nyanyian supaya mereka lebih cpt ingat.

Begitu juga dgn hiburan2 yg disajikan...tgk saja video di atas. Hiburan utk org dewasa pun kanak2 sekarang dah pandai n faham nak tengok. Semuanya terpulang kpd corak dan cara didikan kita sbg ibu bapa. Zaman sekarang segala2nya perlukan pemantauan dan didikan yg betul...kalau tidak........."lu pikir la sendiri".....hehe....
2. PENGARUH PERSEKITARAN

Adakalanya persekitaran juga memberi pengaruh yg negatif kpd anak2. Yelah kan...anak2 ni cepat sgt meniru atau mengikut telatah dan percakapan kawan2 mereka. Dan sebagai ibu bapa, takkanlah kita nak menyekat kebebasan anak2 yg baru nak belajar berkawan. Memang sukar...dan serba salah jadinya. Pandai2lah kita memperbetulkan keadaan agar ianya tidak menjadi sebati di jiwa anak2.
***********************************************************
Tugas mendidik bermula di rumah. Ibu bapa adalah insan yg utama bertanggungjawab mencorak kehidupan anak2 sepertimana yg diinginkan dan dituntut dalam Islam. Kini baru aku faham bagaimana yg mak aku rasa sewaktu ingin mencorak kehidupanku. Sukar utk dinyatakan perasaan itu....bercampur baur...tanggungjawab yg diamanahkan setelah merasa diri bersedia utk menggalasnya. Aku kini sedang mencorak kehidupan 2 puteri comel...Ada pepatah yg mengatakan.."membela sekandang kerbau lebih mudah daripada menjaga seorang anak perempuan". Dan aku memilki 2 puteri...Ya Rahman Ya Rahim...bantulah hambaMu ini dlm mendidik anugerah cinta ini...moga mereka menjadi puteri2 yg boleh diumpamakan seperti Saiditina Fatimah R.A...amiin...Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?
2 comments:
yup, setuju... budak budak memang sangat cepat terpengaruh... sangat risau kan? sebab rasa cam its beyond our control... sumayyah kat umah baby sitter selalu disajikan dgn 'jgn lupa lirik' n 'sehati berdansa'.... rasa luluh hati bila dengar baby sitter memuji 'sumayyah ni, bukan main lagi, org nyanyi dlm lupa lirik, dia tak berkelip mata tengok.. org nari dlm sehati berdansa, dia pon sama naik dok goyang goyang.. pandai sumayyah ni...' memang frust... bila balik umah je, cepat cepat pasang ngaji or zikir sebab nak cuci otak sumayyah semula...
tp, bila pk, kita memang tak mampu nak kawal sebab kat umah sendiri pon, kadang kadang wan ngan aki pon tengok jugak jgn lupa lirik.... n mama sumayyah pon curik curik jugak tengok sehati berdansa... huhu.. *ketuk kepala sendirik*
btw, your both AUFA'S tersangat comel.... ni yang buat i teringin nak baby girl lagi nih...
betul la fidza...doa2 lah moga zuriat kita dilindungi dari pengaruh2 yg x elok...n kita didik mereka sebaik mungkin...
thanx for da compliment...:))
sumayyah pun apa kurangnya...cpt2 la bg sumayyah teman...hehe
Post a Comment