AufaZanKi

My photo
Special Thought For The Super Special Persons In My Life

Sunday, May 16, 2010

~*luka dilukai*~

Adakala luka yang kecil mampu meninggalkan parut yang kekal sekiranya tidak diubati. Hari ini aku terasa seolah2 ada luka di hati...aku cuba bersendirian untuk menenangkan diri sambil memuhasabah diri atas luka yang telah tercalit itu. Mungkinkah ianya atas salah silap aku sendiri atau mungkin aku perlu memaafkan dan membiarkan saja ia sembuh lalu meninggalkan parut..aku bingung seketika.


Lalu aku titipkan sesuatu di dalam facebook, dengan tujuan ada kata2 semangat yang akan aku perolehi daripada sahabat2...
"hari nie...hati ini amat terluka...SORRY SEEMS TO BE THE HARDEST WORD..."

Dan aku begitu tertarik dengan kata2 semangat atau motivasi yang dititipkan oleh Ahmad El-Muhammady, sahabat yang aku pernah kenal sejak belajar di UIA Gombak...tapi beliau tak kenal aku pun..., pada ketika itu beliau memang seorang mahasiswa yang dikagumi oleh ramai mahasiswa dengan karisma dan kebijaksanaan yang beliau miliki. Ahmad berjaya membuka minda aku untuk meneliti semula rasa luka yang aku alami dengan memberi pendapat yang sungguh bernas :

1. Luka mesti ada hikmahnya, kerana ia menyebabkan kita ingat kepada yang Esa. 

2. Kita akan menghargai kebahagiaan/kesenangan yang kita alami sekarang. Sekiranya tiada kesedihan kita tidak akan mengenali apa itu kebahagiaan. 

3. Luka menyebabkan kita mengenali diri kita dgn lebih mendalam, kelebihan dan kekurangannya. 

4. Luka menyebabkan kita mengenali siapa sahabat yang sejati.

5. Luka mengajar kita supaya tidak melukai orang lain. 

6. Luka menyebabkan kita insaf sekejap dan mengenang kenikmatan yang kita kecapi sebelum itu. 

7. Luka itu bukti kita sebagai insan yang sejati, bukan seorang yang keras hatinya. 


Terima kasih yang tidak terhingga kepada Ahmad El-Muhammady yang sudi berkongsi ilmu dengan kata2 yang sungguh bermotivasi. 

Ya...aku benar2 akur dengan ketentuanNya. Setiap apa yang aku alami, pasti ada hikmah yang tersembunyi yang mungkin ingin mengingatkan aku, menegur sikap aku atau mungkin juga ingin menguji kesabaran aku. Aku bersyukur padaMu Tuhan kerana aku masih lagi disayangi...alhamdulillah...

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

5 comments:

desperate mama said...

memang sedih bila hati terluka... rasa macam "nape la hati ni... itupon nak terluka"... ataupon, bisik kat diri sendiri.. "jgn sedih... jgn sedih.. jangan sedih..." beratus ratus kali.. dan selawat banyak banyak.... sambil menangis... dalam bilik air..

suri cahaya cinta said...

ADEH TERLUKA..CPRLAH CARI PENAWARNYA..BERSENDIRIN JUGA PERLU UTK MENCARI KETENANGAN..

dekatkan diri padaNYA..

muhasabah diri mungkin kita akan menjumpai titik pertemuna yang di cari selama ini.

jganlah bersedih sb kita di cipta utk cekal dlm sebuh khdupan.kuatkan smgat sb kak msh di sekeliling kak mash ada yang memerlukan kash sayng drmu.

suri cahaya cinta said...

ADEH TERLUKA..CPRLAH CARI PENAWARNYA..BERSENDIRIN JUGA PERLU UTK MENCARI KETENANGAN..

dekatkan diri padaNYA..

muhasabah diri mungkin kita akan menjumpai titik pertemuna yang di cari selama ini.

jganlah bersedih sb kita di cipta utk cekal dlm sebuh khdupan.kuatkan smgat sb kak msh di sekeliling kak mash ada yang memerlukan kash sayng drmu.

suri said...

salam ..
kak okey ke skrg ni? diam sahaja..huhuhu

AufaZanKi said...

wsalam suri..i'm okay alhamdulillah..,akak still di kampung buat persiapan utk majlis nikah kakak bulan 6 nie..tu yg diam jer.. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...