Imam al-Ghazali berkata :
- Yang paling DEKAT dengan kita adalah KEMATIAN.
 |
{ Setiap yang bernyawa akan menemui ajal, dan sesungguhnya akan disempurnakan ganjaran kamu pada hari kiamat. Sesiapa diselamatkan daripada neraka dan dimasukkan ke dalam jannah (taman/syurga), maka sesungguhnya dia telah beruntung. Dan kehidupan dunia tidak lain melainkan kesenangan yang memperdayakan. } ALI IMRAN : 185 |
- Yang paling JAUH dari kita adalah MASA LALU.
 |
Walau apa pun yang terjadi, kita tetap tidak mampu mengulang kembali masa lalu...NO U-TURN |
- Yang paling BESAR di dunia ini adalah HAWA NAFSU.
 |
Menurut Imam al-Ghazali, nafsu ada empat bahagian, iaitu 1.keserakahan nafsu terhadap harta benda. 2.nafsu amarah akan membakar dan membutakan hati, 3. kesenangan duniawi mendorong nafsu 4. nafsu syahwat.
|
- Yang paling BERAT di dunia ini adalah MEMEGANG AMANAH.
 |
{ Sesungguhnya kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesunguhnya tabiat kebaikan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan } AL-AHZAB : 72 |
- Yang paling RINGAN di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT.
 |
insaf... |
- Yang paling TAJAM di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA.
 |
Imam al-Ghazali berkata: “Ketahuilah bahawa bahaya lidah itu amat besar dan manusia tidak selamat daripada bahaya ini, melainkan mengucapkan tutur kata baik saja.”
|
Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?
No comments:
Post a Comment