Bulan November lepas 3 minggu kami berkampung di rumah Mak Melaka...balik Kuantan sehari and then ke KL semula selama 5 hari. Stay diKuantan 5 hari..kami pun travel lg...Last week.hari Rabu...kami ke Parit Raja, Batu Pahat...Baba ada meeting di UTM...kebetulan family Kedah gather di rumah Kak Chik di Parit Raja...so sambil menyelam minum air la kira2nya...dapatti la kami berjumpa dgn Mak Abah Kedah n semua adik-beradik sebelah Baba...
Kami balik dari Batu Pahat Sabtu lepas...tapi tak terus balik Kuantan...Aufa2 pulak sebok nak tidur di hotel...so bermalam la kami di Residence Hotel @ Uniten...dekat sikit nak shopping di Alamanda...heheee
Ahad malam around 11 pm baru kami sampai di bumi UMP Kuantan...hujan lebat sepanjang perjalanan...rupa2nya bandar Kuantan dah banjir...hmmmm setakat 4 tahun kami bermastautin di sini belum pernah lg area rumah kami banjir...
Insha Allah minggu ni nak travel lg...Baba hantar kami balik Melaka then Baba terus ke JB selama 10 hari...kerja dan kerja....
Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?
No comments:
Post a Comment