AufaZanKi

My photo
Special Thought For The Super Special Persons In My Life

Wednesday, April 10, 2013

Lasak!

Antara keempat2 puteri milik kami

Aufa Amnina yang dirasakan paling lasak setakat ni

Fuhhhhh!

Tak padan dengan kecik!!!




Wajah memang nampak anggun, ayu dan menawan

*puji anak sendiri..maafkan saya*

Tapi...tahap kelasakan dia mengalahkan kakak2 dia

Adakah kerana Mama dia yang mengidamkan anak lelaki masa mengandungkan dia?

*jangan salahkan diriku*

Errrrmmmm. banyaknya perkataan 'dia'... ;p

 
Mula dari bangun tidur

Amnina tak menangis pun...bangun waktu pagi la..kalau tengah malam...memang meraung la dia kalau Mamanya tak terjaga...hehee

Kaki, tangan, mulut aktif...bantal pun boleh jadi bahan mainan dia

Kadang2..sedar2 jer dia dah ada dekat bawah..tak tahu la macamana gaya dia turun dari katil...nasib baik ada lagi tilam tebal kat bawah...so takde la dia terjun terus ke lantai

Agak2 macam dah lama sangat...tekak pun dah kering...baru la dia merengek mencari Mama



kena 'amboi'....


Yang paling saya tak tahan dengan habit2 terkini Amnina adalah...


SUKA MENGUTIP
 
Pantang nampak objek kecil atas lantai..semuanya nak masukkan dalam mulut
 
Siap kunyah lagi tu!
 
Dah la kakak2 dia suka sepahkan barang
 
Mama pulak malas nak mengemas
 
Memang syok arr Amnina mengutip
 
Aduiiii....
 
 
 
MASUK BILIK AIR

Saya tahu..Amnina macam terpengaruh dengan kakak2 dia yang suka sangat main air bila mandi

Agaknya dia tak dapat nak join...dalam diam2...bila orang tak nampak...n pintu bilik air pulak masing2 lupa nak kunci...apa lagi.........

That's why sekarang ni saya bagi dia chance main air bila nak mandi

Biarkan dia rasa sendiri betapa syoknya dapat main air!

Heheheeee






MEMANJAT
 



Dah pandai panjat slide

Tengok la gaya dia

Kemain lagi buat muka macam gitu!

Cubit kang!





Semalam dah berani panjat sampai atas

Kita yang seriau tengok...takut dia jatuh

Lepas tu pandaai pulak dia menggelongsor turun

Semuanya pengaruh kakak2!



Bukan setakat slide je yang Amnina nak panjat

Meja, sofa, katil, n kalau boleh kerusi tu pun dia nak panjat

Budak bertuah!




Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...