Hari ke-24 Ramadhan al-Mubarak 1434H
Masing-masing sudah tentu sedang mengejar pahala berganda-ganda
Sedang berpusu-pusu merealiasikan impian untuk bertemu dengan malam yang lebih baik daripada seribu bulan
Malam apakah?
Itulah dia...Malam Lailatul Qadar
Senang saja kalau nak faham tentang malam lailatul qadar ni
Juz baca surah al-qadr n fahamkan maksudnya
googled |
Personally...
Saya tak berharap untuk bertemu dengan malam lailatul qadar
Sebab...
Saya rasa saya sangat tidak layak
Saya masih belum cukup serba-serbi
Walaupun jauh di sudut hati...ada juga pengharapan
Siapalah yang taknak kan...
Tapi, saya sedar diri...
Saya akur dengan performance saya
Sepatutnya, kalau nak bertemu dengan malam Lailatul Qadar
Kenalah membuat persiapan rapi
Kena bermula sebelum tibanya bulan Ramadhan lagi
Kena menangkan diri dalam berjuang melawan godaan syaitan laknatullah 'alaih
Then, barulah kita berjuang habis-habisan dalam bulan Ramadhan
Saya belum buat lagi semua tu
Saya baru nak bermula pada bulan Ramadhan
Yang mana saya hanya perlu berjuang melawan nafsu sahaja
So, saya sedar diri dan ruang
Yang saya benar-benar belum layak
Insha Allah, saya akan berusaha untuk merealisasikan impian saya itu
Sudah tentu semua umat Islam mempunyai impian yang sama dengan saya
Cuma, sempena Ramadhan kali ini
Saya amat berharap agar saya istiqamah dalam membaca al-Quran
Means, bila dah habis bulan Ramadhan saya tetap punya keinginan untuk membaca al-Quran pada setiap waktu
Kena betul-betul kuatkan diri untuk melawan godaan syaitan
Aduh...baru kutahu betapa lemahnya diri ini
Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?
No comments:
Post a Comment