Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Hai! =D
Alhamdulillah...subur bumi Ilahi dengan turunnya hujan petang ni
Setelah beberapa hari..cuaca main sorok-sorok
Sekejap mendung...sekejap panas...pastu mendung semula...pastu panas...sampailah ke malam..setitik hujan pun tak turun
Yang saya cerita ni keadaan cuaca di UMP, Gambang, Kuantan, Pahang Darul Makmur
Tak sama macam di Melaka...asal petang aje...hujaaaannnn
Tak dapat pergi pantai!
Last week...seminggu kami sefamily menumpang di rumah Mak Abah Melaka
Baba ada program di UTHM, Batu Pahat n di Felda Tebing Tinggi, Segamat
So, selama seminggu itu Aufa Irdina dengan riang rianya bercuti
Tak ponteng yea...sebab dah bagi surat n minta homework lagi dekat cikgunya
Punya la happy memasing nak balik kampung!
Sampai masa nak balik semula ke Kuantan...jenuh nak memujuk!
Macam gitulah karenah Aufa Irdina & Aufa Qistina bila dah balik kampung
Diorang lebih sukakan suasana di kampung berbanding di UMP ni
Di UMP...sunyi sepi...takde geng...jiran pun takde!
Yang ada pun student lelaki...itupun memang tak boleh nak buat jiran...aduiii
***************************************************
Bersambung lagi hari ni...
Entry yg sudah bertangguh since last week!
Malasnya nak menulis sekarang ni
Dah dua hari hujan tak turun...
Ehhh..apasal asyik cerita pasal hujan je ni!
Hahaaa...macam dah takde cerita lain pulak kan!
model hiasan blog AufaZanKi... :p |
Saya lebih banyak habiskan masa di facebook
Dekat FB je la tempat saya bersosial
Nak berborak dengan member2, nak melepas rindu dengan family pun dekat FB
Saya memang sentiasa positif dengan FB
Cuma, adakalanya kurang berkenan dengan seorang-dua warga FB
Suka sangat serkap jarang!
Kadang-kadang tu yang berkaitan pun main nak komen je...bosan!
Setakat ni saya belum pernah nak cari pasal dengan orang lagi
Tapi..ada juga insan2 yang suka mencucuk2 saya...sakit la juga..nak timbulkan provokasi...for what?? untuk kepuasan diri sendiri...agaknya la kan...
Rasa riang sangat hati tu kalau dapat sakitkan hati orang lain
Seeloknya, perkara yang kita tak tahu tentang peribadi orang lain..jangan suka ambil tahu, unless if the person tells the story to you..then boleh la nak nasihat or bagi support
Doakan yang terbaik untuk semua sahabat FB kita..kan lebih baik untuk kesihatan? Kannn???
Hurrmmm, hakikatnya..semua yaang berlaku adalah lumrah dan ujian selagi kita bergelar insan
Memaafkan adalah yang paling bagus
Itulah cara saya memujuk diri sendiri...maafkan saja insan2 yang cuba mengganggu ketenteraman hidup kita
Doakan mereka juga beroleh ketenangan...so that taklah mereka mengganggu kita lagi
Satu lagi kan...
Pasal ex GF/BF
Korang rasa sesuai ke nak beramah mesra semula di FB?
Walaupun sekadar teman biasa...tapi auranya lain tau!
Lebih2 lagi kalau jenis yang susah nak lupa
Lagi la kannnn....
To me, silalah hormati hati dan perasaan pasangan masing2 dan juga pasangan pihak yang satu lagi
Faktanya, hal ni sangat sensitif!
Kalau rasa2 tak boleh nak kontrol emosi..better tak payah contact each other
Entah...saya cukup tak gemar nak melayan hal2 macam ni
MAsing2 dah dewasa pun...
Takkan nak diajar itu dan ini...
Pandai-pandailah fikir dan berkelakuan seperti orang dewasa yang ironinya punya akal yang waras dan matang
Saya bercerita in general yea...
Karang ada pulak yang sebok2 nak mengaitkan dengan saya
Positif la sikit!
Wah! ada bau "emotional distraction" dalam entri ni kan??
Takpe la..once in a blue moon...omputih kata..
Peace!
Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?
No comments:
Post a Comment