Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh!
Tetiba rasa nak bercerita tentang nama
Baru2 ni tengok rancangan Primadona...terdengar kata2 sorang artis..."apa salahnya namakan anak mcm nama org putih...nama bukannya penting pun...yang penting agama"
Apa yang saya faham...kita sangat dituntut untuk memberi nama yang baik kepada anak2...nama yang memberikan maksud yang baik kepada anak2...boleh mengambil nama dari pelbagai bahasa di dunia ni..tapi sangat digalakkan untuk memberi nama anak dari Bahasa Arab yang merupakan bahasa al-Quran.
Nama yang mempunyai maksud yang baik umpama doa kita untuknya. So, adalah lebih baik kita memanggil anak kita dengan namanya sendiri bukan dengan gelaran.
Masa mula2 mencari nama untuk anak yang first tujuh tahun lepas...memang saya berniat untuk memberi nama yang memberi maksud yang baik kepada anak2 saya...n saya taknak bagi apa2 gelaran kpd anak2
Akan tetapi...terkandas juga dekat anak kedua kami...kami panggil beliau dengan gelaran "adik"...melekat sampai sekarang gelaran tu! patut la perangai makin lama makin macam adik...walhal dah ada dua orang adik!
Fuhhh....kagum dengan penggunaan perkataan "walhal".....hahaaa
Ok...saya baru deal dengan Aufa Qistina untuk tidak memanggilnya dengan panggilan "adik" lagi..sebelum ni dia akan marah...alhamdulillah hari ni terus deal...hikmah saya bercerita tentang nama ni kot! alhamdulillah...hopefully tak tersasul la lepas ni.. ;)
Sabda Rasulullah bermaksud: “Kamu sekalian pada hari kiamat akan dipanggil dengan nama kamu dan nama bapa kamu, maka hendaklah kamu memperelokkan nama kamu.” (Hadis riwayat Abu Daud).
Rasulullah pernah ditanya oleh seorang sahabat mengenai kewajipannya sebagai ayah. Lalu Rasulullah menjawab dengan sabda bermaksud:“Hendaklah kamu memperelokkan namanya, didik dan asuhlah dia serta letakkan dia di tempat sebaik-baiknya. ”(Hadis riwayat at-Tausi).
Pepatah (Arab) menyebut, ‘Kewajipan ayah terhadap anaknya ialah: memilih baginya ibu yang baik, memberinya nama yang baik, dan mengajarnya adab yang baik’.
Masa saya kecil dulu...pernah la juga merengek dekat Mak Abah...sebab nak tukar nama...hahaa..
Pastu...Abah kata...nama saya tu ada maksud..."cahaya cerdik dan pandai"...hehee...
Alhamdulillah...saya pun takde la nak beria sangat nak tukar nama...kalau dah itu niat Mak Abah untuk nama saya...saya terima dengan penuh syukur
Nama saya yang sebenar... Nor Salfarizan
Tapi...saya ambil n improvise part yang ada maksud...
Izzan maksudnya Keberkatan
Safa maksudnya Kesucian
So, Izzan Safa bermaksud "keberkatan dan kesucian"
Wahh gitu...hehee
Kesimpulannya...
Nama mencerminkan peribadi
Nama yang baik umpama doa
Tunaikan amanah pertama kita kepada zuriat milik kita dengan memberikan nama yang mempunyai maksud yang baik
Mudah-mudahan kita semua diredhai Allah Taala...
Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?
No comments:
Post a Comment