!السلام عليكم ورحمة الله وبركته
Seminggu sudah berlalunya hari istimewaku...
Hari di mana aku selamat dilahirkan di dunia...
Ianya pada 34 tahun lalu...
Pada tarikh 10 Jun 1980 jam 9:15 malam...
Ianya pada malam ulangtahun bersejarah Isra' wa Mikraj...
Terima kasih yang tidak terhingga buat Mak yang telah bertarung nyawa ketika itu...dan terima kasih kepada Mak Abah yang telah membesarkan serta mendidik aku sehingga aku menjadi seorang insan seperti hari ini...
Alhamdulillah 'ala kulli haal...
HIDUP ADALAH BELAJAR!
Itulah frasa atau ungkapan yang paling memberi motivasi kepada aku setakat ini. Terima kasih kepada insan yang mencetuskan idea bernas ini. Sungguh! Ianya memberi impak maksima kepada aku!
Hidup aku yang sekarang, bukanlah sepertimana yang aku impikan. Aku pernah punya cita-cita...namun aku korbankan demi memenuhi kehendak kehidupan berkeluarga yang sempurna.
Aku pernah simpan impian, namun ianya tidaklah seindah yang aku impikan. Hanya cukup sekadar untuk meneruskan kehidupan tanpa perlu bersenang-lenang dan bermewah-mewah.
Aku pernah susun rancangan, namun ianya tidak menjadi seperti yang direncanakan. Aku hanya perlu mengikut dan akur.
Pernah aku menangis, terasa ingin memberontak demi kerana apa yang diimpikan dan apa yang dirancangkan tidak kesampaian.
Sedikit luahan penuh emosi daripada aku...tak perlu sinis tak perlu kritis....aku juga manusia biasa yang sentiasa diuji dengan emosi.
Bersyukur kerana aku masih lagi bergantung harap dengan Dia yang sedang menguji aku. Dialah Allah Yang Maha Esa. Di setiap ujian yang diberikan...adakah kita tidak bersyukur kerana kita sentiasa dalam perhatian Dia?
Di setiap ujian yang dicampakkan...apakah ganjaran yang bakal kita perolehi? Itulah dia ganjaran kesabaran...dan jua kebenaran. Sudah disebut dalam surah al-'asr..
Aku juga bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang sentiasa membuatkan aku berfikir dan bersabar tanpa beliau sendiri sedari. Beliaulah juga yang sebenarnya mengajar aku betapa perlunya redha dan bersyukur dengan setiap apa yang kita ada. Beliau yang sentiasa memanjakan aku dengan sikapnya yang penyayang. Beliaulah juga yang sentiasa mendidik aku untuk memaafkan dan melupakan yang pahit. Terima kasih suamiku sayang...
Kita tak pernah sedar bahawa insan2 di sekeliling kita sebenarnya yang banyak memberi pelajaran dan pengajaran. Walaupun mereka masih kecil, Aufas adalah insan terpenting dalam hidup saya yang telah berjaya mendidik saya untuk menjadi lebih baik hari demi hari. Dalam saya beremosi marah...Aufas la yang akan mengingatkan saya bahawa marah itu tidak baik. Dalam saya merungut dan mengeluh..Aufas juga la yang akan mengingatkan saya supaya sentiasa bersyukur. Dalam kita mendidik...kita sebenarnya turut terdidik! Jadi, nikmat TuhanMu yang manakah yang kamu dustakan? Dah termaktub dalam surah ar-Rahman...bersyukur sangat padaMu Ya Allah atas kurniaan anugerah cinta terindah dan terhebat dalam hidup kami...terima kasih puteri2 kesayanganku....
Mereka yang pernah mengecewakan aku...yang pernah menuduhku tanpa usul periksa...yang pernah menuding jari kepadaku seolah2 baru mengenaliku sehari dua...kesemuanya telah aku maafkan. Dan aku berharap agar aku juga diberi kemaafan sekiranya mereka merasakan akulah yang bersalah. Aku belajar kesemuanya...aku akur bahawa manusia sememangnya dikalangan makhluk yang suka membantah. Sudah termaktub dalam surah al-Kahfi...
Dengan apa yang aku ada sekarang, aku belajar....
Aku belajar dan berusaha untuk memperbaiki nilai diriku, belajar untuk mempersembahkan yang terbaik kepada mereka yang aku sayang, dan yang paling utama.. aku belajar dan berusaha menjadi seorang hamba Allah yang mendambakan syurga.
Segalanya dengan izinMu dan redhaMu....
Terima kasih Ilahi...
Aku di usia 34 tahun... |
Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?
No comments:
Post a Comment