6/7/1942 - 6/7/2014
Alhamdulillah..genap 72 tahun usianya
Insan yang masih lagi dikurniakan kesihatan yang baik oleh Allah Taala
Insan yang masih lagi diizinkan oleh Allah Taala untuk bernafas serta mendiami alam fana ini
Insan yang telah melahirkan sebelas orang anak dan membesarkan mereka dengan penuh kasih sayang
Insan yang telah banyak berkorban jiwa raga demi semua yang disayanginya
Insan yang telah banyak melalui susah payahnya kehidupan
Beliau ialah Hazizah binti Hashim
Beliau ialah emak yang amat saya sayangi dan hormati
Insan yang tiada duanya bagi saya dan anak2 yg lain...
Biarpun jarak dan masa makin memisahkan saya dan Mak...saya tetap akur dan bersyukur kerana rindu kami dipertemukan dalam doa.
Doa saya semoga Allah Taala merahmati kehidupan Mak, diampunkan segala dosa, dikurniakan umur yang panjang serta berkat, dan dipermudahkan segala urusan
Setiapkali saya telefon Mak...Mak mesti akan pujuk saya n mungkin Mak pujuk diri Mak juga kot dengan kata2 ini...
"Sabar banyak2...Mak sentiasa doakan kau....tak pernah putus!"
Allahu Akbar!!!
Saya sangat bersyukur kerana usia Mak Abah saya masih lagi panjang...dan kerana itu saya dan adik-beradik yang lain dapat menumpang doa dan restu Mak Abah...
Terima kasih Ilahi atas segala kurniaanMu...
Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?
2 comments:
as salam
ohh rupanya blog ini masih on lagi patut banyak link sangkut dekat blog cahayacinta heee
Wsalam..apa maksudnya tu? Tak faham...hee
Post a Comment