AufaZanKi

My photo
Special Thought For The Super Special Persons In My Life

Saturday, January 16, 2010

*yang arif lagi memahami*

Kerinduan menggamit.....setiap kali menatap gambar dia aku jadi rindu....rindu-serindunya pada dia. Dia telah berjaya mencuri naluri keibuanku sejak dia melihat dunia. Dia bukanlah siapa-siapa...dia adalah darah daging aku...dia anak kakak aku....anak saudara aku...tapi aku anggapkan dia seperti anak sendiri...dia adalah ARIFF FAHMI....



Sejak dilahirkan pada 5 Oktober 2005, Ariffahmi dibesarkan dgn penuh kasih sayang oleh famili Che Mad dan famili Yusup. Sememangnya Ariffahmi terlalu istimewa dalam hati kami dan dia perlu mendapat kasih sayang sebanyak itu daripada mereka2 yang ikhlas menyayanginya. Dan sebenarnya Ariffahmi tidak pernah kenal siapa ayahnya malah langsung tidak pernah mendapat perhatian dan belaian daripada ayahnya sendiri. Itu yang amat mengharukan kami. Dan sebab itulah kami menggantikan apa yang tidak pernah dia perolehi dengan apa yang kami mampu beri...walaupun tidak sama namun ia amat mencukupi.

Tidak sukar untuk menjaga Ariffahmi. Inilah yang diakui oleh sesiapa saja yang pernah bersama dia. Cuma padanlah dengan anak lelaki...lasak dan aktif memang ada. Semasa aku mengandungkan Aufa Irdina...Ariffahmi selalu bersama aku. Itu yang menyebabkan ikatan dan naluri keibuan ini memang ada untuk dia. Dia terlalu istimewa dan tiada siapa yang sanggup melihat dia menangis. Ariffahmi tidak pernah bertanya siapa dan mana ayahnya...kami yang selalu bertanya pada dia. Setiap kali ditanya..jawapannya adalah..."Ayah adik Che Mad". Dan Che Mad itu adalah datuknya yang juga merupakan abah aku. Sangat menyentuh hati....

Sekarang Ariffahmi sudah berumur 4 tahun 3 bulan. Sudah mula berminat untuk pergi ke sekolah..itu perkembngan terbaik untuk dia. Dia seorang yang berdikari, bijak dan amat memahami biarpun dia masih kecil. Aku selalu terfikir...andainya suatu hari nanti dia ingin mengenali siapa ayahnya...bagaimanakah keadaannya nanti. Ayahnya masih ada cuma tidak pernah mengambil tahu hal anak sendiri. Zalim!!!! Kenangan paling pahit dalam hidup kakak aku....


Aku harap bila Ariffahmi sudah dewasa dan boleh berfikir secara rasional...entri ini dapat dibaca olehnya. Biar dia tahu betapa ramai yang sayang pada dia. Doa aku juga sentiasa ada untuk dia...agar dia berjaya dunia akhirat. Antara ayat2 dia yang tak boleh aku lupakan..."adik beradik-beradik dengan Aufa"...beradik2 tu maksudnya adik-beradik. Dan satu lagi ayat dia "nanti mama balik lagi tengok adik".....


Ariffahmi dan Aufa Irdina


Ariffahmi dan Aufa Qistina


"beradik-beradik"


Aiffahmi dan Ammar


Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...