AufaZanKi

My photo
Special Thought For The Super Special Persons In My Life

Friday, October 22, 2010

~*komputer barbie*~

alkisahnya
ada budak mengidam
mengalahkan mama dia yang mengandung
sejak dari bulan puasa yg lepas
selalunya tak macam nie
tapi kali nie
teruk jugalah mama&baba
nak memujuk
kadang2 sampai tertinggi juga nada suara
akibat geram
bila budak tu tak faham
atau buat2 tak faham


laptop nie dah rosak...huhu


kisahnya bermula
di suatu malam di bulan puasa
tatkala ingin membeli baju raya
maka
pergilah kami ke butik Baby Homes
nak cari baju princess
(permintaan budak tu juga)
sampai2 jer di sana
masing2 sgt teruja
termasuk mamanya
wah!
macam2 ada...
fokus budak2 tu sudah lari
no more baju princess!!
masing2 sudah teruja
dengan komputer (laptop) barbie
aduh!!!!
harga dalam 100++ 
kalau beli satu
confirm hari2 berebut n bergaduh
kalau beli dua
maka larilah budget hari raya kami
in conclusion
jgn beli!!!


 ala...ciannya dia...


keluar jer kedai
sorang dah menangis
nasib baik parked kereta betul2 depan kedai
masuk dalam kereta
dua2 meraung
'nak komputer barbie...nak komputer barbie'
sampai teresak2 menangis
kami betul2 terkejut
isshhh tak pernah2 diorg buat perangai macam nie
nak pujuk diorg
bawa pergi kedai satu lg
(lupa dah nama kedai)
pujuk diorg dgn beli sandal princess
huh!
barulah diorg diam
lega....


mengidam yea kakak...hehe


dah hampir 2 bulan berlalu
ingatkan dah lupa
sejak 2 minggu nie
hari2 ulang
'Aufa nak komputer barbie..mama beli'
'Baba..beli komputer barbie Aufa'
bila sorang dah menyebut
yang sorang lagi pun apalagi
'Adik nak komputer cinderella'

minggu lepas
lalu depan kedai Baby Homes tu
tragedi berulang kembali
sekali lagi budak tu buat perangai
ajak pergi kedai tu
sampai merajuk2
sampai termenung
sebab tak dapat apa yang dihajati
Allahu Rabbi...
sabar jelah!!

bukan taknak belikan
tapi
diorg nie dah banyak sangat mainan
apa yg takde...semuanya lengkap
buaian,gelongsor,basikal (ada 5!)
baby doll n teddy bear lagi la..
tak terkira
set thomas & friends
set strawberry shortcakes
barbie doll
buku2,pensil,pen,color,beg
isshhh penuh la satu bilik dengan mainan diorg
dari yang murah sampai yg mahal

sebelum nie
kalau kata tak boleh beli
faham & akur
kali nie
memang taknak faham
kalau dah nak tu
nakkkk jugak!!!!
no matter what!!!!
ikut perangai sapa la agaknya????

errrrr
saja abadikan kisah nie di sini
nanti
bia diorg dah besar
n belek2 blog nie
biar diorg tahu
perangai diorg kecik2
hehe

or
mana la tahu
ada yang sudi nak hadiahkan
komputer barbie tu pada diorg
bila dah baca kisah nie
lalalalala
hehehehe


 




Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

~*anugerah cinta*~

 9 Disember 2005 (Jumaat, 3 pm)
kami diijabkabulkan
memadu kasih menyemai benih
menyulam cinta bersemi bahagia
ANUGERAH CINTA terindah dari Ilahi






13 November 2006 (Isnin, 8:30 pm)
lahirlah ANUGERAH CINTA pertama
penyeri ikatan penyambung zuriat
syukur alhamdulillah
diberi nama seindah rupa
AUFA IRDINA
'penghargaan kami yang lebih sempurna'




sungguh bahagia & sempurna
dengan kehadiran ANUGERAH CINTA ini





12 Disember 2007 (Rabu, 5:28 am)
dikurniakan ANUGERAH CINTA kedua
penyeri hidup pendamai jiwa
AUFA QISTINA
'keadilan kami yang lebih sempurna'





membesar bersama
saling menemani







 saling menyayangi




:)




setia menemani




 berkongsi gembira




ANUGERAH CINTA








kini
tidak sabar menanti
kehadiran ANUGERAH CINTA ketiga


Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Wednesday, October 20, 2010

~*keluhan cik mata*~

dah jam 2 petang
tapi cik mata  sungguh tidak bermaya
seperti mahu berehat sepanjang hari
tanpa sebarang tugas

 haip!!!
mana boleh gitu cik mata
kalau kamu ingin berehat
kena la bertugas dulu
then berehatlah sepuas hati

semuanya kerana
cik mata tak cukup rehat di waktu malam
dah la siang tak rehat langsung
malam pulak jam 12 belum tentu direhatkan
sebab
cik puan mata kena tunggu anak2 dia tidur dulu
then
jam 3-4 pagi cik mata kembali melapur diri
lantaran cik puan mata akan terjaga
setiap kali tibanya waktu ini

haih
kesian cik mata 
kesian juga cik puan mata
apa nak buat
itulah antara ragam2 mengandung
yang harus dilalui

tapi
cik puan mata tak sia2kan peluang
bila cik mata melapur diri
terus cik puan mata bangun
dan mengambil wudhu
nak bagi cik mata segar 
so that cik puan mata boleh solat
solat tahajjud, solat taubat, solat hajat & solat witir
selalu juga cik mata diganggu
oleh makhluk yang sentiasa menggoda
namun
cik puan mata terus memberi semangat
agar cik mata terus berkhidmat
biarpun digoda


selepas cik puan mata solat subuh
cik mata semakin tidak bermaya
berkali2 meminta izin untuk berehat
nasib baik cik puan mata prihatin
maka
berehatlah mereka seawal pagi jam 7 
hingga selewat2nya jam 11 pagi
tapi
cik mata nie
macam tak cukup rehat jer
layu selayunya
cik mata...cik mata...
kesian kamu!




((apa yang aku mengarut nih????))


Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Sunday, October 17, 2010

~*3rd generation of AUFA*~


Alhamdulillah syukur sgt2
dapat juga menjenguk keadaan baby dalam rahim sy
di usia baby 24 minggu
di WY KO Specialist Maternity & Gynecology, Jalan Beserah Kuantan Pahang
dengan kos sebanyak RM145 (4D scan/detailed scan + consultation)

Betul apa kata orang
Dr Ko memang terbaik!
dan memahami apa yg kita mahukan
tanpa perlu banyak bertanya
walaupun sy memang suka bertanya
semua yg menjadi persoalan telah terjawab

tentang EDD sy yang berubah 
kata dr Ko
samada period sy tak stabil
ataupun sebab breastfeeding

period sy ok
sy memang breastfeed Aufa Qistina even dah pregnant pun
oooo patut la EDD tak ikut tarikh akhir period
persenyawaan lambat disebabkan breastfeeding
lega...terjawab sudah 
so sekarang nie EDD terkini sy
6 Feb 2011


baby tidur..cute kan!


nampaknya
bertambahlah seorang lg AUFA
dr Ko macam faham2 jer
bila nampak jer jantina baby
terus cakap macam nie
"sabar ya puan..nampaknya tak dapat apa yg dihajati"
sambil tersenyum
hahaha
yang paling gembira
sudah pasti baba AUFA
mama AUFA pun happy juga
rezeki Allah nak bagi
terima dengan penuh terbuka
:))))

Alhamdulillah
baby sihat dan sempurna
berat 600 gram
masa scan baby sedang tidur
Dr Ko sampai goyang2kan perut sy
suruh mengiring ke kiri & ke kanan
sebab nak suruh baby bangun
dan pandang ke atas
mula2 tu baby taknak bangun
juz gerakkan tangan n kaki jer
Dr Ko suruh rest dalam 10 minit
then scan lg
inilah hasilnya

 
suka sgt tengok klip nie
sebab baby senyum..hehe
ketap gigi sy tengok..geram!!!
tak sabar nak 'uli' baby


baby tidur
depan muka baby ada tali pusat..so tak clear sgt 


last question sy pd dr Ko
tentang prematured delivery
bcoz Aufa Qistina dulu deliver prem (35 week)
dr Ko advise sy banyakkan rest
bila dah sampai 30 minggu
bcoz ada kemungkinan kali nie akan lahir awal jg
so
sy kena banyak2 rest
hopefully everything will be fine
ameen
 

errmmm
best pulak menulis macam nie
macam tulis note
teringat zaman belajar dulu
tak payah nak meleret2
straight to the point
:)
bye
assalamualaikum...

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Friday, October 15, 2010

~*jom layan sy sembang...*~

good evening kengkawan
sy tgh tak tahu nak buat apa
sedangkan baju dah menggunung tu
tp malas punya pasal
terus tak tahu nak buat apa
hehehe

lately emosi sy selalu jer terganggu
cepat nak terasa
cepat nak merajuk
cepat jg nak menangis
org kata...pembawakan mengandung
adik-beradik sy kata...sy memang mcm tu even tak mengandung pun
ada member2 kata..sy nie manja
entah la
yg pasti emosi ini memang susah nak jangka
n susah jg nak kontrol
nak2 time pregnant

semalam
en suami offer 
samada sy nak handphone
ataupun nak buat scan 4D
ataupun anything else?

sy pilih scan 4D
sebab... sy teramat teruja 
nak tengok perkembangan baby
sebab... sy teringin nak tahu
macamana la gayanya baby kami nie
hidup dalam rahim sy
sebab... sy tak sabar nak tahu jantina baby
;)

handphone bukan pilihan utama
bcoz handphone yg ada nie still elok lg
hadiah dari en suami 2 tahun lepas
Nokia N81
juz nak tukar housing jer
tp nak yg original set
hehehe

 sempat lg berposing dgn handphone tu!  :)
@ hotel equatorial, bangi

oh ya!
almost 3 weeks en suami busy
dgn program2 universiti
malam nie ada pesta tanglung di UMP
as the officer in charge
dia kena la attend
even sometimes its very hard to understand his job
sebab malam2 kami takut
lebih2 lg kalau hujan
awal2 sy dah standby nyala lilin
takut black out!
:D

en suami yang busy...raja bersiung! hahaha
@ McD wangsa maju 


hari2 sy mengadap laptop
website utama... facebook n blog
selalu jg search tentang pregnancy
saja nak tambah ilmu
pendek kata...errr panjang pun kata jg (hahahaha)
apa yg terlintas di fikiran
hingga menimbulkan persoalan
confirm sy akan search dalam internet
yg terkini sy search tentang solat wusta
coz abah kedah selalu pesan
seboleh2nya jaga solat wusta
solat wusta nie  byk pendapat mengatakan solat asar
so
jangan lupa solat asar ya!
n solat2 fardhu yg lain
nak buat jg satu entri 
tentang solat wusta
tunggu.....

oklah
sy nak iron baju en suami
untuk malam nie
seronok tak layan sy sembang?
hehehe
thanx ya
sudi luangkan masa
tata
:)


Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Thursday, October 14, 2010

~*kamu VIP di hati siapa?*~

nak lelapkan mata memang senang
nak lena tu yg susah
ianya akan terjadi
bila minda nie terlalu aktif
aktif berfikir

kalau kamu nak tahu
tiba2 sy terfikir
tentang siapa
yang menganggap sy
VIP DI HATINYA

yalah
yang sentiasa perlukan sy
yang selalu ingin sy ada
yang akan menganggap sy penting
paling penting dalam hidup

cepat saja sy bertemu jawapan
sebab sy yakin
tanpa was2
memang merekalah orangnya
yang memerlukan sy
yang menganggap sy penting
yang menjadikan sy
VIP DI HATI MEREKA


ada 3 orang
yang pertama
namanya AUFA IRDINA
yang kedua
namanya AUFA QISTINA
yang ketiga
BELUM ADA  NAMA LAGI
sebab masih ada dalam rahim sy

dah lama sy sedar
akan hal ini
dan dah lama juga
sy memohon doa
kepada Yang Berkuasa
moga dipanjangkan usia sy
agar mereka bertiga (mungkin akan bertambah bilangannya)
mendapat kasih sayang secukupnya
daripada VIP mereka
agar mereka mendapat didikan sewajarnya
daripada VIP mereka

kamu
dah baca part sy kan
so
sy ada permintaan nie
kalau boleh tunaikan la
yea???
sy nak tahu sangat
siapa yg kamu rasa
dia/mereka menganggap kamu
sebagai VIP di hatinya?
tolong share dengan sy
terima kasih

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Wednesday, October 13, 2010

~*gatal-gatal teruk semasa hamil*~

Satu lagi masalah yg melanda sy semasa mengandung yg ke-3 nie adalah gatal2. Rasanya gatal2 yg paling teruk yg pernah sy hidapi sepanjang 30 tahun. Seingat sy gatal2 nie bermula semasa bulan puasa tapi masa tu taklah teruk sgt. Masa tu sy baru jer nak masuk ke trimester kedua kehamilan. Kiranya sy masih boleh tahan lg. Selepas raya gatal2 tu makin teruk..malah habis berjangkit ke seluruh badan. Aduhai...tak dapat nak gambarkan kegatalan yg menyerang...n sy memang tak boleh nak tahan diri daripada menggaru. Kadang2 rasa dah macam monyet pulak asyik menggaru jer! Hehehe

Boleh dikatakan hampir setiap malam sy tak boleh tidur..badan rasa panas  terutama di bahagian pelipat. Dan boleh dikatakan tiap2 hari juga la sy menangis akibat tak tahan rasa gatal n pedih (kesan daripada garu yg terlampau). Dah macam2 ubat n krim sy guna...pun tak jalan juga. Seluruh badan jadi buruk sangat...bertanda sana sini...bahagian perut lagi la teruk...jadi mcm lebam jer. Nak tunjuk bukti tak boleh la kan...AURAT!. Nak bagi contoh pun tak boleh jg...coz ada masalah dgn network coverage, so tak boleh nak download dari internet. Ada satu tahap tu sampai sy berdoa minta Allah tarik semula penyakit yang dikirimkan kpd sy nie...sungguh! Sesiapa yg pernah merasainya...tau lah macamana nak gambarkan betapa peritnya nak lalui hari2 dengan aktiviti menggaru.

Hari2 sy dok surf di internet tentang gatal2 yang terjadi ketika hamil. Macam2 pendapat yang sy baca..x kurang juga fakta yang sedikit sebanyak memberi kefahaman kepada sy tentang masalah ini. Ada juga sy poskan permasalahan ini di page Hospital Bersalin di Facebook. Rupa2nya ramai jg yang mengalami masalah yg sama seperti sy...kamu boleh klik di sini jika ingin mengikuti perbincangan mengenai masalah gatal2 ketika hamil. Dan sy amat yakin sy nie mengalami masalah PUPPP (pruritic urticarial papules and plaques of pregnancy), jika kamu ingin mengetahui lebih lanjut tentang PUPPP boleh rujuk di sini

At last, after almost 1 month I'm suffering with this itchy pain, n en suami pun sudah free dari bebanan program di Universiti..kami pun pergi ke Hospital Bersalin Az-Zahrah (tempat yg dijangka sy akan deliver my baby di sana..Insha Allah). Kami pergi hari Ahad malam. Nasib baik la doctor in charge masa tu doktor perempuan, so taklah sy rasa malu nak tanya macam2 n nak tunjukkan kesan2 gatal yg buruk nie. Rupa2nya doktor tu (lupa nak tanya nama doc tu..hehe boleh gitu kan!) pun pernah mengalami gatal2 yg sama seperti sy during her last pregnancy. Wah! ini sudah bagus..(kata sy dalam hati jer..). Doc tu pun admit x boleh tahan dengan rasa gatal tu n dia pun tiap2 malam menangis...hehehe same like me!

Doc suggest untuk bagi sy low dose injection, special wash lotion (Esemtan skincare), ubat tahan gatal (Clarityne) n krim Elomet (tp krim nie kehabisan stok pulak di hospital). Mula2 kena inject tu..aduhai...sakitnya!!!! Kena inject di  butt..heheh. Nak jalan pun rasa sakit jer...tapi lama kelamaan hilanglah rasa sakit tu. Alhamdulillah memang berkurang sgt rasa gatal...sy pun dah kurang menggaru even ada lg rasa gatal tu..tp taklah seteruk dulu. Maybe sebab injection tu kot...Errmmm kos utk rawatan nie boleh tahan jg...cecah la seratus ringgit.

Hari nie dah masuk hari ketiga selepas mendapat rawatan di hospital. Rasa gatal makin berkurang malah dah tak gatal sgt kot..sy pun dah tak mandi lebih dari 5 kali sehari. Kesan2 garu yg lebam di perut pun makin hilang. Alhamdulillah...memang lega sangat2.

Opppss satu lg kan...sepatutnya sy kena buat ujian OGTT/MGTT tau...tapi sy still belum buat lg. Hopefully tak kena bebel dgn doctor...tp masa pegi hospital hari tu ada check jg...doctor kata normal. So takde la nak risau sgt kan..tp sebenarnya memang kena buat ujian tu...huhu.






Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Tuesday, October 12, 2010

~*bagaimanakah solat kita?*~

Golongan 1

Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tak sembahyang, bahkan ramai juga yang tak tahu nak sembahyang.

Imam Malik kata jatuh kafir kalau tak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafie kata jatuh fasik (pun masuk nerakajuga) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.

Golongan 2

Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Belajar sembahyang maupun secara resmi atau tak resmi tak ada. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaaan derhaka kepada Allah Taala.

Golongan 3

Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang.Orang ini jatuh fasik.

Golongan 4

Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya,tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafasnya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca.Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang,orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang ini.

Golongan 5

Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.

Golongan 6

Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali didalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu didalam sembahyangnya, teruslah terbawa bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba tiba maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan didalam sembahyangnya.

Begitulah sehingga selesai sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah.Yang sedar dan khusyuk itu mudah mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada memberi kesan apa apa.Allah belum lagi cinta orang ini.

Golongan 7

Golongan yang mengerjakan sembahyangyang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz didalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya.

Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah didalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh / golongan abrar / ashabul yamin.

Golongan 8

Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia didalam sembahyangnya, malahan dia dapt menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya.

Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit . Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah )

Golongan 9

Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai didalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang. 
 
 Aufa2 baru belajar solat...


Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan didalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka didalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang makin lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya.

Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsung ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.

Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan 7, 8 dan 9 sahaja.

Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur fasik dan zalim. Jadi dimanakah tahap sembahyang kita ? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi.

Pertama-tama soalan yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat / sembahyang kita. Marilah bersama membaiki solat kita agar segera dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam.
 

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Friday, October 1, 2010

~*doaku di ulangtahun kelahiranmu*~




Doaku

Moga dirimu beroleh rahmat, restu & redha Ilahi

Moga dirimu beroleh apa yang diimpi

Moga dirimu beroleh kebahagiaan abadi

Duniawi & Ukhrawi


Doaku

Agar hubungan ini menuju syurga

Biar ombak badai melanda

Biar dugaan datang bertimpa-timpa

Cinta kita tetap setia

Kekal bersatu untuk selamanya


Doaku

Agar dirimu terus tabah

Agar dirimu tidak goyah

Dalam meneruskan langkah

Mengejar cita-cita yang tidak bernoktah


Doaku

Moga Dia merestui kita

Moga Dia merahmati zuriat-zuriat kita

Moga Dia melindungi keluarga kita

Moga Dia memberkati semua di keliling kita

Dialah tempat kita mengadu, meminta dan berserah

Moga doa ini diterima olehNya

Ameen..Ameen..Ameen 

Ya Rabbal 'Alameen



happy birthday darling...
moga cepat sembuh dari batuk...(jgn minum ais!)
nak hadiah!!!! hehehe









 

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Thursday, September 30, 2010

Tuesday, September 28, 2010

~*perut mengeras di usia 20-24 minggu kehamilan*~

Permasalahan ini sy ambil dari link ini :
A'kum kepada netters semua...

Saya nak mintak pendapat kengkawan yg telah berpengalaman..

Sekarang ni saya sedang mengandung anak ke 4.... dalam kiraan
kandungan sudah berusia 27 minggu..lagi seminggu nak masuk 7 bulan...

Lately saya sering merasa tak selesa...sebab kadang2 perut rasa sangat
tegang...dan keras....sedangkan sewaktu mengandung yang lepas2 saya
cuma merasa simptom ni ketika hendak melahirkan... risau
jugak..walaupun tidak ada pendarahan...

Kadang2 di pejabat...tiba2 perut ni rasa mengeras dan saya rasa
seperti sesak nafas.... tak tau lah kenapa.... Mudah2an tiada apa2...

Wassalam...


w'salam,
Pada saya, lebih baik puan segera ke klinik check. Saya dulu pun pernah terjadi perkara yang sama macam puan. semasa saya mengandungkan anak sulung saya, perut saya mengeras kemudian ok, dalam seminggu. nak tido pun tak selesa. Sebab baru first time pregnant, so saya tak tau..ingatkan biasa sebab tak sakit..just mengeras n tegang. Akhirnya saya lahirkan anak saya tak cukup bulan, 6 bulan lebih. lebih kurang 6 hari saya alami cam tu..tup-tup pagi masa saya terkejut azan subuh, ader bleeding skit n sakit. terus pi hospital n dr seluk, dia cakap anak saya dah di pintu rahim. Dia memang nak keluar so dia tolak pi labour room n sekali teran je baby tu keluar. Tapi masa dr. seluk tu lagi dia dah cakap anak saya tak dapat diselamatkan, kecil lagi. Masa tu saya menangis dan rasa nak tolak balik baby tu ke dalam (masa tu belum bersalin lagi, sblm di tolak ke labour room). Dapatlah saya tengok n dengar suara dia sekejap n terus dihantar ke nursery. Anak saya sempat hidup 1 hari n saya namakan Aisyah Umairah. Sedih jangan cerita coz anak pertama. Tapi saya redha..ketentuan tuhan. Lepas je pantang saya terus mengandung semula dan alhamdulillah sekarang saya dah pun dapat seorang lagi cahaya mata yg comel. Saya namakan dia Aisyah Insyirah berumur 10 bulan. Saya percaya setiap apa yg berlaku ada hikmah disebaliknya. InsyaAllah..
Sorrylah ye..terpaksa baca panjang lebar lak citer saya ni..saya harap pun segera dapatkan rawatan..mungkin orang cakap biasa tapi setiap individu tu lain kekuatannya..tak sama.

Inilah yang sy alami sekarang...bila berjalan or berdiri jer mesti perut nie akan start mengeras. Kadang2 time tengah berehat pun jadi jg tu...biasanya perut mengeras nie terjadi bila dah sarat mengandung dalam 7-8 bulan n bila dah hampir2 nak bersalin.

Dugaan yang belum pernah sy alami semasa mengandungkan Aufa2. Puas sy cari info dalam internet..tp semuanya masih tak meleraikan kekusutan selagi belum berjumpa dengan doktor. Takut jg coz sy ada history bersalin anak pramatang...bersalinkan Aufa Qistina...

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Sunday, September 26, 2010

~*imaginasi Aufa2*~

 
Aufa Irdina binti Mohd Zaki

Sangat suka berimaginasi

Dapat pen, kertas/buku

Terus senyap dan hilang dalam imaginasi

Antara imaginasi2 Aufa Irdina yg menarik perhatian sy.....

Ini pokok

Ini adalah Mak 
Mak saudara Aufa sebelah babanya...

Ini powerpuff girl

Ini budak kecil...
Tak tahu la budak kecil mana yg Aufa maksudkan... ;D

 Ini adalah baba Aufa...En Zaki...
Hahaha...lawak!!!

Ini pula Aufa masa baby...
Jauh betul Aufa dengan katil...terawang2 gitu... ;p

Yang ini gambar adik dia...Aufa Qistina

Ini adalah Ibu...
Mak saudara Aufa sebelah babanya

 sedang khusyuk berimaginasi

 yg ini..hasil pembelajaran Aufa Irdina sendiri
tp urutannya terbalik...hehe...but she improved that...



Errrrrrr

Tapi.....

Ada sorang budak tu kan...

Mana boleh dok tengok jer...

Nak bersaing juga dengan kakaknya...

Siapa lagi...


Kalau bukan si comel n si manja...

Aufa Qistina binti Mohd Zaki

Jom kita saksikan imaginasi si comel ini...

 Ini tangga...hehehe
Yg bawah tu moon...katanya... ;p

Ini adalah nombor satu...

 bersaing secara sihat kan dik...
takpe..mama bagi full support... :)

Yang ini pun tangga jg...
Layan jer la kan... :)


Walau bagaimanapun..

Mereka berdua ibarat isi dan kuku

Bagai aur dengan tebing

Sukar untuk dipisahkan

Ke mana2 pasti ingin berdua




Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Friday, September 24, 2010

~*keliru : 20 atau 24??*~

Last Monday sy pegi Klinik al-Farabi di Jaya Gading untuk monthly check up (minggu ke-23). Klinik nie waktu malam pun still ramai orang...jenuh juga la nak tunggu turn. Kadang2 kesian dengan Aufa2...gelisah jer sebab tunggu lama sgt..suruh tunggu dalam kereta tak nak pulak tu...katanya nak tengok baby. 


GLUKOS lagi...
Alhamdulillah darah ok..berat pun naik sekilo...jer...yea la last month dah turun 2kg kan. Protein dalam urine ok...yang tak ok...ada glucose lg dalam urine...sama mcm last month. Berdebarnya hati masa tu...doktor nak confirmkan lg then check darah pulak. Resultnya 6.6. Normal...tp doktor  minta sy buat ujian MGTT...kena minum air gula...oh tidakkkk!!!! Memandangkan suamiku teramat busy minggu nie..makanya ujian MGTT dipostpone ke minggu hadapan. Doktor pun tak kisah sebab result darah normal. Harap2 janganlah sy muntah bila minum air glukos tu...isshhh


EDD berubah...
Tiba masa untuk scan baby. Yang excited nak tengok baby...siapa lg kalau bukan Aufa2. Siap tarik tangan baba diorang lg...sebok sgt! Hehehe. Ini pun satu masalah jg...EDD berubah sebab saiz baby kecil.

nampak tak? hehehe..sj nak jadikan bahan bukti walaupun x clear...
yg sebelah kanan tu kepala baby... 
yg sebelah kiri tulang peha baby...
tarikh scan: 20/09/2010

Umur baby boleh diketahui melalui scan; dengan mengukur saiz kepala n panjang tulang peha baby. Berdasarkan result scan di atas, saiz kepala baby atau BPD (biparietal diameter) adalah 43.6mm. So umur baby dianggarkan dalam 19 minggu 1 hari. Manakala saiz tulang peha baby atau FL (femur length) adalah 33.2mm. Umur baby dianggarkan dalam 20 minggu 3 hari. 

Berdasarkan kedua2 saiz yg telah diukur, EDD (estimated due date) adalah pada 8 Februari 2011. Alhamdulillah perkembangan baby pada bulan nie positif..cuma yang membimbangkan sy adalah perbezaan EDD. Jika berdasarkan EDD tarikh akhir period adalah pada 16 Januari 2011. Kebiasaannya beza antara kedua2 EDD (scan & period) adalah sekitar1-2 minggu sahaja. Tapi perbezaan EDD period sy n EDD scan menjangkau 3 minggu! Kalaulah sy menghidap diabetes semasa hamil...baby sy mesti besar. Doktor advise...jgn risau apa2 selagi perkembangan baby positif. Tapi sy confuse berapa sebenarnya usia kandungan nie...20 minggu atau 24 minggu? 5 bulan atau 6 bulan? Hari2 sy dok search info...selagi tak dapat jawapan yg betul2 memuaskan hati. Bukan apa..risau jg bila mengenangkan penerangan pakar sakit puan, Dr Hamid Arshat sepertimana yg pernah sy ceritakan dalam entri ini. Tambahan pula skrg sy sedang mengambil produk Salindah...jika diikutkan sy perlu bertukar kepada botol  kedua (B2) yg diambil ketika kandungan berusia 24 minggu atau 6 bulan.


DETAILED SCAN... 
Sy bercadang ingin membuat detailed scan bagi meleraikan segala kekusutan. Alhamdulillah cadangan sy diterima baik oleh kesayanganku en Siput Sedut (nickname di FB). Insha Allah by next week dia free..boleh a kami pergi jumpa pakar. Kos utk detailed scan agak mahal..harap2 ianya tidak sia2. Jika ada yg masih belum jelas tentang detailed scan, bolehlah refer di portal kehamilan malaysia


DOAKAN SY... 
Of course sy risau selagi kekusutan ini tak terlerai. Setiap saat setiap detik sy berdoa moga segala2nya dalam keadaan baik dan selamat. Kamu jg...tolong doakan sy yea. Terima kasih.... :)
 

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...