AufaZanKi

My photo
Special Thought For The Super Special Persons In My Life

Tuesday, May 28, 2013

Kurang akal?

"Suami yang baik bukanlah suami yang menyerahkan apa adanya pada isterinya. Tetapi suami yang baik adalah suami yang 'Halim'. 'Halim' maknanya ialah "sabar", tidak cepat marah ketika isterinya kurang akal.

Bilakah seorang isteri kurang akal? Yakni ketika isterinya sedang marah. Lalu dia bersabar, maka itulah suami yang paling baik..." -Imam Al-Ghazali
 
 
______________________________________________________
 
 
OOOOOOOOOOOO
 
Patutlah...bila marah...
 
Cepat ajer nak fikir yang bukan-bukan
 
Cepat benor merajuknya!
 
Tapi..tak reti nak mengamuk!
 
Laju ajer air mata nak mengalir
 
Dan cepat pulak sejuk n reda 
 
 
`__*
 
 
OOOOOOOOOOOOO
 
Kurang akal rupanya saya ni...
 
 
*saya describe diri sendiri*hahaaa*


wajah seribu rahsia...rahsia apa? biarlah rahsia.... ;p


Iyerlah kan..

Memang tak boleh disangkal lagi akan kebenaran kata2 Imam al-Ghazali
 
*Ada yang nak sangkalkah?*
 
Huh...
 

Wanita...dengan berbekalkan akal nan satu

Mana bisa melayan karenah nafsu yg sembilan

Beruntunglah mana2 wanita yang berjaya menepis segala bentuk godaan nafsu

Dan syurgalah tempatnya sepertimana yang dijanjikan oleh Allah Taala

Ingat! Janji Allah itu pasti!



Bila ada perkara yang boleh membuatkan kita marah

Yang menjadi pendamping setia kita pada wktu itu adalah syaitan laknatullah 'alaih

Tak kira la lelaki atau wanita

Bila dah marah...

Boleh naik hantu!

Hahaaa...itu kata orang la kan...
 
 
 
 
 
Hmmm
 
Memang sangat beruntung dapat suami yang punya sifat 'halim' ni
 
Memang tenang, aman dan damai rumahtangga
 
Walaupun bergaduh...tetap maintain
 
Sebab...
 
Bila tengah marah...
 
Biasanya isteri memang susah nak kontrol emosi
 
Maklum la...kurang akal
 
Hehee
 
So, si suami yang banyak akal ni wajib la main peranan
 
Mana2 isteri pun...confirm akan cair dengan pujuk rayu suami sendiri
 
Jangan pulak dia pun sama2 'naik hantu'
 
Alamatnya...memang meletuplah! 

Dan biasanya...isteri akan jadi mangsa

Kurang akal kan....
 
 
 
Ehhh...tapi kan...
 
Baru2 ni kan ada cerita pasal suami isteri bergaduh
 
Anak yang jadi mangsa...
 
Gunting tertusuk di kepala anak yg baru berusia dua tahun
 
Astaghfirullahal'azeem 

Gara2 isteri yang kurang akal...yang gagal kawal emosi

Apa la yang suami dia buat sampai macam tu sekali mengamuknya?

Dan si suami ni pulak..kenapa dibiarkan isteri terus menerus marah?

Allahu Rabbi...takutnya...

Kesian anak-anak...



Actually...dalam hal menahan rasa marah ni

Yang perlu kita amalkan untuk meredakan rasa marah

Adalah..

Istighfar...Istighfar...Istighfar

Kalau rasa tak boleh juga..

Ambil wudhu...n solat...

Yang penting ikhtiar untuk redakan kemarahan



Ok?

Saya ni..nasihatkan diri sendiri juga ni

Saya hanya manusia biasa...






Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Sunday, May 26, 2013

Setahun tapi belum jalan...oh Amnina!

Assalamualaikum!

Asyik la bertangguh nak update blog!



SO, hari ni...

Nak cerita pasal  si kenit, si comel, si korean look

Siapa lagi...kalau bukan...Mak Jemah...

Ehhhh silap...hahaaaa poyos!

Siapa lagi kalau bukan cik adik manis Aufa Amnina


muka baru bangun tidur...bagus sungguh dia, bangun tidur tak menangis..tapi terus mengomel...hehee


Amnina dah genap usianya 13 bulan semalam

13 bulan sama dengan setahun sebulan...*bagi yg malas nak congak*

Dalam gambar nampak macam besar je...

Realitinya...Amnina ni sangat genit dan kenit

Ehhh...tak la kenit sangat...ala-ala jer...


tengok cerita apa ntah tu...samada upin ipin or barbie or Alvin...

muka sembab sebab baru bangun tidur...


Walaupun Amnina dalam kategori lincah dan berani

Tapi..sampai sekarang belum berani nak angkat kaki!

I mean...belum berani nak jalan!

Antara keempat-empat Aufas...Amnina paling lambat berjalan

Kakak2 dia..genap setahun dah boleh berlari....


sehari vs setahun



Tapi..bila diperhatikan...Amnina dah kurang merangkak sekarang ni

Amnina ambil inisiatif *bahasa tak menahan!* berjalan dengan berpaut pada dinding, pada kerusi, pada sofa dan apa2 jer la yg boleh dijadikan tempat berpaut

Kadang-kadang kesian pulak dekat Amnina...

Dia masih lagi takut n lack of confident

Hmmm biasa la...Mama over memang selalu macam ni

Anak lambat berjalan pun risau!

Nasib baik ada google!

Hahaaa...hilang sikit rasa risau



gambar banyak..so bercerita sambil melayan gambar Amnina ei! Yg ni...baru dapat lesen makan aiskrim..maklum la sebelum setahun..Mama ni banyak bebenor pantang larang..hehee...so Amnina merasmikan aiskrim feveret Mama for this time being...Magnum strawberry chocolate

 
Bila baca info hasil daripada google

Sangat tertarik dengan info yg ini

Rupa2nya..ramai aaje yg seangkatan dengan saya...

Hahaaa...

Info ni saya cilok dari blog milik seorang ABAH yang sangat prihatin tentang perkembangan anaknya


"Kalau anak anda lambat berjalan jangan risau coz sebenarnya kalau stage merangkak lebih lama maknanya perkembangan kemahiran motor dan pemikiran  anak anda semakin bagus. Sebenarnya banyak kelebihan merangkak berbanding dengan cepat berjalan. Antara kelebihannya ialah merangkak dan meniarap boleh memperkukuhkan lagi tulang belakang anak anda di mana tulang belakang terletak spinal card or saraf tunjang. Saraf ini menghubungkan saraf-saraf lain ke behagian otak. Apabila anak kita merangkak lebih lama, bermakna sistem saraf tunjangnya pun akan bertambah baik, ini akan mempercepatkan lagi proses penghantaran impuls dari bahagian tubuh ke otak dan seterusnya kebahagian tubuh semula. Kesimpulannya, kalau nak anak kita pandai, biarlah dia merangkak selama yang boleh. Kalau nak tahu, sekiranya anak kita ada masalah pembelajaran, salah satu cara untuk mengatasinya ialah dengan merangkak"


Betulkah begitu????

Lega sikit bila baca info ni..walaupun tak tahu betul ke tidak...hehee

Ala...sampai masa nanti berjalan la Amnina tu...betul tak?

Tapi...itu hanyalah ayat penyedap hati...

Haakikatnya...selagi Amnina tak jalan selagi tu saya risau...

Saya kan over...

Heh!


Ok..gambar seterusnya...







Kalau nak tengok Amnina propa...klik dekat SINI

Sangat propa!


Dan....gambar terakhir...



Kesian Amnina..kehilangan kuku jari manis

Jarinya tersepit di pintu...punya la banyak mainan..pintu juga jadi pilihan

So, sekarang ni kuku tu dah tercabut n belum tumbuh kuku baru lagi


Orait!

Amnina dah meragam

Nak tidur la tu..

Bye!

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Thursday, May 23, 2013

Introducing....si Robos! *bukan nama sebenar*

Introducing our new family member


Tadaaaaaaaaa





Hmmmmmm

Hamster lagi!

Dulu Comel & Comot

Sekarang.....ntah la...naama pun takde lagi ni

Comat....ok tak???

Tapi...Aufa2 tak suka pulak nama tu

Ngada la diorang ni...dah pandai memilih!

Dah besar la katakan...

Sabor je la Mama oii...hehee





Hamster yg kami beli di Giant semalam...*itu pun nak mention!*

Adalah dari spesis Roborovski Hamster
 
Amboi..kemain aktif lagi!
 
Tak reti dok diam..menggeletis aje!
 
Hahaaa...
 
Tapi..memang itulah salah satu ciri2 yg ada pada hamster jenis robos ni
 
N dia takkan membesar..I mean dari segi size
 
Dari segi umur..of cozez akan meningkat la..
 
Sekarang..umur si Robos ni around 2-3 months
 
Ehhh..best pulak nama robos!
 
Kena discuss dengan Aufas dulu...hehee
 
 
 
Aduhhhh...taa pasal2 dapat baby!
 
Apa la Baba ni...orang nak baby boy!
 
Bukan baby robos!
 
Heee..Baba...kena tunggu lagi 4-5-6-7 tahun lagi kan?
 
Biar Mama rest dulu.....
 
Tapi...geram n teruja sangat bila tengok baby Arrian!
 
 
 
 Ok...
 
*off topic jap*
 
Actually...family kami  baru jer terima kelahiran baby boy

Anak kepada adik kesayangan kami...Kudik & Iezan
 
 
Namanya MUHAMMAD ARRIAN ZAFFRAN, lahir pd 17 Mei 2013, tak sempat nak sama tarikh lahir dengan Papa dia semalam..hehee
 
Kami doakan semoga baby Arrian sentiasa membesar dengan sihat, semoga menjadi anak yg soleh dan terbaik di dunia dan akhirat...aameen


Orait...

*jom sambung cerita*


Dulu...masa zaman si Comel & Comot

Suka sangat tengok keterujaan Aufa Irdina & Aufa Qistina

Sekarang...beralih pula kepada Aufa Kashfina

Amboi...excited sangat dia melayan si Robos!

Sampaikan terjatuh sangkar n terkeluar dari sangkar

Nasib baik Baba ada...

Kalau Baba takde time tu...memang terjerit2 la kami anak beranak!

Hahaaaaa...saya memang geli nak pegang!

Yang lawaknya...Kashfina tetap panggil "miow-miow"


Ramai yg sangka Kashfina dah 3-4 tahun, tengok pada size badan n kematangan dia..memang pun! Hakikatnya Kashfina baru je 2 tahun... :)

Kalau nak tengok keterujaan Kashfina..sila jenguk di Keek saya

Tak reti pulak nak download dari sana






Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Al-fatihah...

Assalamualaikum wbt

Sobahal khair!

Sebagai pengisian minda dan rohani di awal hari...bacalah hasil nukilan Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man

Dan..sama2 kita sedekahkan ayat2 suci al-Quran kepada ibu bapa kita sebagai tanda kasih sayang, hormat dan tanggungjawab kepada mereka

Teristimewa buat Mak Abah Melaka & Mak Abah Kedah

AL-FATIHAH...



Wahai anakku,
Seorang ibu adalah segalanya bagi anak. Ia mengatasi kasih sayangmu kepada ayahmu. Ia berada hanya dua langkah di belakang Allah dan Rasul. Ketahuilah bahawa Allah meredhaimu bilamana ibubapamu meredhaimu, dan Ia akan murka bilamana ibubapamu murka kepada-mu. Kerana itu, janganlah engkau memandang remeh terhadap kemarahan ibubapamu. Ketahuilah wahai anakku, cukuplah bagi seorang anak tidak dapat mengucap kalimah syahadah di saat nazaknya, hanya kerana ibunya berkecil hati dengannya.
 
 
Wahai anakku,
Aku sangat mengharap agar ibubapa sentiasa memaafkan kesalahan anak-anaknya, dan membuang jauh perasaan kecil hati terhadap kecuaian anak-anaknya. Untuk itu, sentiasalah engkau memohon kemaafan kepada keduanya, samada engkau bersalah atau tidak. Kemaafan terhadap ibubapa bukanlah kerana kesalahan dan dosamu kepada mereka, tetapi kerana kamu adalah anak dan mereka ibubapamu.
 
 
Wahai anakku,
Di saat kamu membesar dengan kenakalanmu, ibubapamu sentiasa mendoakan kejayaaanmu, sehingga ia sanggup berlapar demi kekenyangan-mu. Mereka sanggup berjaga malam dengan kesakitanmu dan mereka akan berusaha memenuhi kehendakmu. Alangkah besarnya pengorbanan mereka kepadamu. Mereka berkorban bukan mengharapkan balasan pemberianmu, atau menuntut sebarang balasan di waktu tua mereka. Kerana kamu akan memahami tanggungjawabmu terhadap mereka di saat itu.
 
 
Wahai anakku,
Masa terus berlalu dan kamu dibesar dengan penuh kasih sayang, didikan dan harapan. Kenakalanmu sewaktu kecil mengundang rasa gembira mereka melihatmu, berjalan jatuh, berlatih, berlari-lari dan gelak ketawa. Alangkah indahnya di saat itu. Suasana itu akan hanya dirasai oleh kamu bilamana kamu mempunyai anak nanti. 

 
Wahai anakku,
Di saat kamu mulai mengenal dunia dan kawan-kawan, kamu bermain dan bergurau kamu dimarahi dan ditegur bahkan terkadang kamu dipukul. Sedarlah bahawa semua itu dibuat kerana sayangnya kedua ibubapamu kepadamu. Dia ingin kamu menjadi insan bertaqwa, beriman, berjaya dalam kehidupan sebagai hamba Allah. Engkau perlu belajar dan memahami bahawa betapa kemarahan dan teguran kedua ibubapamu kerana sayang mereka kepadamu. Jangan sesekali kamu memahami ia membencimu dengan kemarahan dan tegurannya.


Wahai anakku.
Kamu semakin dewasa menempuh alam yang penuh mencabar. Kamu membesar sebagai remaja yang mulai punya kenalan yang ramai, kawan pelbagai. Jenis dan perangai, bacaan yang pelbagai, dunia tanpa sempadan. Cabaranmu sangat menakutkan ibubapamu. Mereka bimbang engkau tersalah jalan hidup yang terus terjerumus ke lembah kerosakan, yang membawa engkau durhaka terhadap Allah. Mereka bimbang engkau mengabaikan sembahyang, mereka bimbang engkau terlibat dengan pergaulan bebas, mereka bimbang engkau terjerumus dengan dadah, dan seribu satu kebimbangan lagi. 


Lantaran itu, wahai anakku, ketiadaan kamu merungsingkan filiran mereka. Adanya kamu di hadapan mata mereka sangat menyenangkan mereka. Maaflah mereka seandainya kebimbang-an itu menyebabkan kamu tidak bebas, kamu rasa terkongkong, dan kamu rasa rimas. Nanti bilamana kamu ada anak, kamu akan merasainya.


Wahai anakku,
Hidup ini sangat singkat untuk kamu durhaka kepada Allah. Maka sentiasalah engkau memohon kekuatan dari Tuhanmu dalam menempuh hidup yang penuh mencabar ini.

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Sunday, May 12, 2013

Demam tonsil + Asthma wanna be

Dah empat hari Kashfina demam
 
Ingatkan demam biasa...
 
Rupa-rupanya demam tonsil
 
 
 
 
First time mengadap orang yg kena tonsil
 
Teruk jugak demam tonsil ni
 
Baru ku tahu.....
 
Yang paling menakutkan saya bila suhu badan Kashfina jadi tak menentu
 
N bila panas tu...rasa macam panas sangat badan dia

Tak sangka pulak suhu badan Kashfina boleh mencecah 40 *darjah* C...*ntah..tak tau kat mana letaknya simbol 'darjah' dekat keyboard*

Nasib baik masa tu ada dekat klinik...masa dalam bilik doktor langsung takde rasa panic

Doktor pulak yg panic!

Acah aje....hahaaa...I mean doktor cepat2 masukkan voren dalam b*tt Kashfina


Tapi...bila dah keluar dari bilik doktor...serta-merta rasa cemas tu datang!

Saya terus bawa Kashfina ke toilet n basahkan badan n kepala dia

Saya tahu Baba pun macam panic jer...tapi sebab dia lelaki...kena la kontrol macho...hmmm machokah??? ;p

Sudahnya...semalaman kami berjaga n tidur2 ayam...sebab risaukan Kashfina

Psssttt....ayam tidur macamana ek? *kahkahkah*



Esoknya...semalam la...pagi n tengahari bukan main lagi Kashfina main n melompat...macam orang dah sihat!

But I thaught so...

Tup-tup...menjelang pukul lima...saya tengok dia dah lemah

Rasa kepala n badan dia...panas!

Allahu Rabbi...cepat2 bagi dia ubat

Lap seluruh badan Kashfina


Then..saya tengok Amnina pun macam dah berjangkit je

Merengek aje...

Aduh! lagi la membuatkan saya panic!

Rasa macam nak hire doktor jer...hahaaa macam apa je kan!

Tapi memang saya rasa doktor memang sangat memainkan peranan dlam mengawal emosi pesakit dan juga keluarga pesakit

Apa kata kita syorkan...satu rumah satu doktor...apa kata survey???

Hahaaaa...siapa nak bayar gaji??? ;p
 

Ditambah pula dengan komen dalam FB...lagi la merisaukan saya

Better bertindak awal daripada kita menyesal kerana silap kita sendiri

Makanya...malam tadi berkampung la kami di HTAA

Seriously...lemah selemahnya nak deal dengan hospital

Lama!!!!!!!!!!


*actually...nak say sorry to Baba..sebab mengganggu kerja beliau semalam..malam semalam ada tayangan teater under Unit Budaya UMP...saya serba salah sebenarnya nak bagitau Baba..tapi rasa risau dan cemas la yg terlalu mendesak untuk saya bagitahu Baba yg saya nak bawa Kashfina n Amnina ke hospital...tapi kalau Baba kata dia nak settlekan kerja dia dulu..saya boleh bertahan lagi kot..tup-tup Baba suruh bersiap...ntah...serba salah dibuatnya...antara kerjaya dan anak...maybe itu yg Baba fikirkan...sekali lg sayang minta maaf yea Baba?*



Di hospital...lain pulak ceritanya

Kashfina yang saya risaukan sangat tu...bukan main lg dia...segar bugar!

Oooo...dah bagi dia makan ubat kan petang tu...
 
Lagipun demam tonsil memang macam gitu gayanya
 
Suhu badan tak menentu

Yang bermasalah...Amnina la pulak!

Dua kali kena ambil nebulizer


Saya pelik...dah beberapaa orang doktor yang saya consult...semuanya kata Amnina bukan kena asthma...cuma ada jangkitan pada sauran pernafasan

Tapi...saya tengok...cara Amnina bernafas masa tu memang macam org asthma

tapi...minta dielakkan la terkena penyakit asthma
 
 Setakat ni dah dua kali Amnina jadi macam ni
 
Yang saya panggil...Asthma wanna be
 
 


 
 

Alhamdulillah...Amnina makin sembuh nampaknya

Cuma selera makan masih terganggu

N setiapkali breastfeed Amnina akan muntah!
 
So, Amnina bergantung harap pada bubur n air kosong aje la
 
ORS pun bagi juga..untuk tenaga 
 
 
Kashfina pulak...masih lagi on off
 
Sekarang ni panas semula badan dia
 
Nak tunggu jam 11..baru boleh bagi ubat
 
 
 
Cepat sembuh duhai puteri-puteri kesayangan Mama Baba n Kakak

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Tuesday, April 16, 2013

Takut Qiamat...

Malam tadi...saya melayan video tentang gambaran hari Qiamat 

Sorang2 jer...dalam bilik...layan blues la konon...sebab sebelum tu layan lagu dulu... *~*

But then..macam biasa laa..Mama mana la boleh hilang dari pandangan mata anak-anak
 
 
 
Aufa Irdina yang masih tak hilang lagi manjanya...
 

Aufa Irdina masuk bilik...konon2 nak jenguk saya tengah buat apa...

Mula-mula tu rasa macam taknak bagi Aufa tengok video tu

Tapi..dia pun macam takde rasa apa-apa jer...saya pun ok jer lah!

Huh...tak lama lepas tu Aufa tanya... "Ma..ni apa ni Ma?"
 
Saya dah agak dia mesti akan bertanya..."Ni video tantang hari Qiamat"
 
Dan saya notice muka dia dah berubah...dan bermulalah ledakan emosi...
 
"Ma..dekat sini ada tak hari Qiamat?"..." Alaaa...Aufa taknak la hari Qiamat...Aufa takut"... "Hari Qiamat tu ada tak dekat sini...dekat tempat yang kita tinggal ni?"

Done2 dia menangis!



Alaaaaaaaaaaaaaaahaiiiiiiiiiiiiiiii !!!!!!!

Itu yaang melemahkan saya tu!

Jenuh nak meneutralkan semula emosi Aufa

Saya cakap..."Hari Qiamat memang akan ada...seluruh dunia akan kena.."

Waaaaaaa..lagi kuat dia menangis!
 
 
 
 
Time tu Aufa Qistina pulak masuk bilik...
 
Dia join tengok video tu...

Saya pun cakap lagi..."Jangan la takut...Allah kan ada...Allah jaga kita...lepas hari Qiamat kita semua akan masuk syurga...dekat syurga nanti apa yang Aufa nak semua akan dapat...dah! jangan nangis lagi!"

Aufa tanya lagi... "Hari Qiamat tu jadi hari apa?"

"Hari Jumaat"..saya jawab

"Haaa...alaaaaa...taknak la Ma...Aufa takuttt"

Nangis lagi...



Saya nak emo la juga bila dia still takut...

Nampaknya memang sangat berkesan la video tu...saya pun takut juga bila tengok

Itu baru gambaran...macamana agaknya yang real?

Allahu Rabbi...moga kita semua tergolong dalam golongan yang mendapat syafaat...aameen



Saya teringat yang Aufa dah belajar tentang Rukun Iman

Hmmmm...apa lagi...jadikan modal la...hehee...untuk kebaikan...

"Haaaa...Aufa dah belajar tentang Rukun Iman kan...kena percaya kepada hari........?

Aufa pun jawab..."Percaya kepada hari Qiamat"...sambil tersenyum...

Agaknya dia dah rasa lega la tu...
 
"Aufa kena ingat...apa yang berlaku..semuanya kuasa Allah..kita tak tahu bila akan berlaku hari Qiamat...kita jangan takut...sebab Allah jaga kita...lepas hari Qiamat kita semua akan masuk syurga...ok?"

"Ma...dekat syurga tu semua ada ke?"... Aufa tanya...lagi...

Seee! Kan dah jenuh Mama dia nak menjawab!





Tetiba Aufa Qistina pulak menyampuk...

 "Ma...Adik taknak la kena bom...nanti rambut Adik jadi tajam"
 
 Hahaaa...sememangnya Qistina memang lawak!
 
 


Kisah bersambung di ruang tamu...

Masa ni Baba pun ada sekali...so memang masak la Aufa2 kena sakat!

Nasib laa dapat Baba yang suka bebenor menyakat anak!
 
Baba cakap..."Siapa nak masuk syurga kena dengar cakap Mama Baba, kena jadi baik, kena solat...blablabla...."...tak ingat dah apa yang Baba cakap
 
Dan diselang-seli dengan mengusik dan menyakat!
 
Geram tau!



Lepas tu masing-masing nampaknya macam dah insaf

Hahaaa....
 
Bagus la macam gitu...ada juga kisah yang akan membuatkan mereka berfikir
 
Lepas ni...memang diorang akan sentiasa bertanya tentang hari Qiamat...
 
Get ready dengan  jawapan2 laa saya ni...
 
 
 

Aufa Qistina yang sebelum ni liat nak solat...tetiba jer nak solat...padahal dah mengantuk dah time tu...

"Adik nak solat dulu la...Adik nak masuk syurga..."

"Ma...syurga tu dekat langit kan...kita nak pergi syurga naik apa?...naik kapal terbang ei?"

Suka hati awak la Dik!!!



Dan...inilah video itu...

Semoga bermanfaat...

Ohhh...lupa nak cakap...

Apa yang saya explain pada Aufa2...sekadar untuk meneutralkan emosi mereka sahaja

Soal syurga atau neraka..semuanya di bawah kekuasan Allah Taala

Kita sebagai hamba..hanya perlu berusaha untuk meraih syurgaNya

MOga..bila Aufa2 dah besar nanti..mereka akan faham...





Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Friday, April 12, 2013

Bila saya bersosial...

Dulu...zaman mula2 masuk UIA matric...tahun 1999...member2 ramai yang sebok berkecimpung dalam dunia mIRC..or internet chatting

Tapi...saya adalah antara insan2 yg buta IT time tu...tak reti langsung!

Member dah ajar pun..still terkial-kial nak explore...heheee

So, saya memang takde cerita mengenai mIRC...tapi ramai ajer member2 saya yang bertemu jodoh via mRIC...alhamdulillah kekal bahagia hingga sekarang...n moga jodoh mereka kekal hingga ke syurga...aameen
 





Zaman makin maju...makin berlambak la jaringan sosial yang ada
 
Saya start berjaringan sosial pada tahun 2009

Time tu saya baru tahun kedua bergelar suri rumah sepenuh masa

So, memang sesuai sangat la kan nak bersosial di laman maya

Hahaaaa....sesuai ke??? 

Isi masa lapang...katanya...di samping...menambah kenalan dan skandal...opppsss!!



Muka buku ku...


Bermula dengan facebook...

Setakat ni saya memang serasi dan setia bersosial di facebook
 
Then...mengembangkan lagi sayap bersosial (sosial sangat!!! ;D) ke dunia blog pada penghujug tahun 2009



Twitter..saya join gak! tahun 2010

Tapi..saya tak aktif bertweet2...saya suka baca tweet orang yang saya follow jer



Penghujung 2011..bila dah ada handphone yang canggih sikit

 Makin syok la bersosial
 
Tak perlu nak mengadap laptop lagi dah..semuanya boleh di akses via smart phone

Suka tak????

Hmmmm....saya sukaaaaaaa sangat!!!!

Tapi...kadang-kadang tu....saya jadi gerrraaaaammmm sangat!!!!

Bila segala yang memudahkan kita ni...disalahgunakan!!!
 
 
 
 
Whatsapp...saya pun suka gak!
 
So, sejak aktif ber-whatsapp..saya dah jarang sms..nak call orang pun malas...
 
Semuanya via whatsapp
 
Even dengan Baba pun kami lebih selesa menggunakan whatsapp n facebook
 
 
 
 

Ohhhh...ada satu lagi apps yang saya sangat suka!

Instagram!

Sebab...saya ni memang fanatik dengan gambar!

Thumbs up!




Bila dah ada banyak sangat social network...jadi macam semak la pulak!

Sampai tak tau mana satu yang nak difokuskan
 
Apa motifnya nak join semua social network yang ada!
 
Saya cakap diri saya sendiri laaa...

Yang banyak menambah ilmu saya setakat ni hanyalah facebook, twitter n blog

Yang lain tu...juz for fun only...tak join pun takpe sebenarnya

Tapi..kehendak manusia ni..mana la boleh ditahan-tahan...

Pantang ajer kan...semua nak try!

Heheheeee


 
Keek pun saya dah join...hahaaa..tapi tak aktif pun!
 
Haaa...tau tak Keek tu apa???
 
Keek ni macam youtube juga la..
 
 
 
WeChat...saya baru join last week
 
Itupun lepas kakak saya tanya...saya ni kalau takde yang war2kan..memang tak tau la jawabnya...
 
Bila dah join WeChat...profile picture pulak...ala2 gadis ayu gitu kan...hahaaaa minah perasan!
 
Ramai la pulak 'lelaki ini' yang add!
 
Aduhhhhh!!!
 
Bila bagitau Baba...Baba kata...WeChat ni lebih menjurus kepada maksiat...so Baba advise supaya saya tak join WeChat
 
Ok...saya yang patuh...uninstall WeChat...
 
Tapi...disebabkan isteri Baba ni agak 'ketegaq' orangnya...
 
Reinstall WeChat!
 
Hahaaaa..sorry Baba...tapi dah bagitau Baba dah... ;p
 
Bukan apa..saya saja nak test...
 
Kalau saya tukar profile pic...letak gambar anak...ada tak yang add saya jadi member WeChat dia...
 
So, saya letak la gambar si kecil molek Aufa Amnina
 
Wah! Takde sorang pun yang nak add!
 
Amboi-amboi....memang nampak sangat la kan...join WeChat ni sebab nak cari jodoh!
 
Hehee...ok la tu...bagi sesiapa yang masih belum ketemu jodoh
 
Bagi yang ingin menambah bilangan jodoh...memang sangat sesuatu!!
 
Jujurlah kamu selagi mampu ya!
 
 So..WeChat saya pun still tak aktif
 
N tak sesuai untuk saya kot!
 
 
 
My S II homescreen
 
 
 
Ehhhhhh....apa motif sebenar dok bercerita pasal bersosial di alam maya ni????


Takde motif pun...tetiba jadi teruja nak bercerita

N antara rutin harian saya selaama beberapa tahun ni adalah bersosial!

Hehee



Apapun...perlu ada had dan batas!

Ingat siapa kita...pendirian kita...maruah diri kita..pegangan hidup kita

Jangan diikutkan sangat nafsu yang ada...

Kelak akan binasa hidup kita


Bersederhanalah!
 
 Anda mampu mengubahnya...cehhh! ;p







Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Wednesday, April 10, 2013

Lasak!

Antara keempat2 puteri milik kami

Aufa Amnina yang dirasakan paling lasak setakat ni

Fuhhhhh!

Tak padan dengan kecik!!!




Wajah memang nampak anggun, ayu dan menawan

*puji anak sendiri..maafkan saya*

Tapi...tahap kelasakan dia mengalahkan kakak2 dia

Adakah kerana Mama dia yang mengidamkan anak lelaki masa mengandungkan dia?

*jangan salahkan diriku*

Errrrmmmm. banyaknya perkataan 'dia'... ;p

 
Mula dari bangun tidur

Amnina tak menangis pun...bangun waktu pagi la..kalau tengah malam...memang meraung la dia kalau Mamanya tak terjaga...hehee

Kaki, tangan, mulut aktif...bantal pun boleh jadi bahan mainan dia

Kadang2..sedar2 jer dia dah ada dekat bawah..tak tahu la macamana gaya dia turun dari katil...nasib baik ada lagi tilam tebal kat bawah...so takde la dia terjun terus ke lantai

Agak2 macam dah lama sangat...tekak pun dah kering...baru la dia merengek mencari Mama



kena 'amboi'....


Yang paling saya tak tahan dengan habit2 terkini Amnina adalah...


SUKA MENGUTIP
 
Pantang nampak objek kecil atas lantai..semuanya nak masukkan dalam mulut
 
Siap kunyah lagi tu!
 
Dah la kakak2 dia suka sepahkan barang
 
Mama pulak malas nak mengemas
 
Memang syok arr Amnina mengutip
 
Aduiiii....
 
 
 
MASUK BILIK AIR

Saya tahu..Amnina macam terpengaruh dengan kakak2 dia yang suka sangat main air bila mandi

Agaknya dia tak dapat nak join...dalam diam2...bila orang tak nampak...n pintu bilik air pulak masing2 lupa nak kunci...apa lagi.........

That's why sekarang ni saya bagi dia chance main air bila nak mandi

Biarkan dia rasa sendiri betapa syoknya dapat main air!

Heheheeee






MEMANJAT
 



Dah pandai panjat slide

Tengok la gaya dia

Kemain lagi buat muka macam gitu!

Cubit kang!





Semalam dah berani panjat sampai atas

Kita yang seriau tengok...takut dia jatuh

Lepas tu pandaai pulak dia menggelongsor turun

Semuanya pengaruh kakak2!



Bukan setakat slide je yang Amnina nak panjat

Meja, sofa, katil, n kalau boleh kerusi tu pun dia nak panjat

Budak bertuah!




Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...