9 Disember 2012
Genap 7 tahun saya memegang amanah dan tanggungjawab sebagai seorang isteri
Masih baru...
Tapi bukan pengantin baru la kan...of cozez!
AufaZanKi at 7th years journey of marriage |
Banyak yang telah saya pelajari
Banyak juga yang telah saya lalui
Banyak lagi yang perlu diperbaiki
Banyak lagi yang perlu diterokai
Untuk tahun ini..terlalu banyak dugaan yang terpaksa saya hadap
Ya...memang semuanya adalah TERPAKSA
Saya paksa diri saya untuk tabah dan sabar mengharunginya
Walaupun..terkadang memang goyah sangat
Belum cukup kuat untuk berdiri tegak dan gagah
Perkahwinan bukanlah sekadar perkahwinan
Ianya lebih daripada apa yang sepatutnya kita fikirkan
Ia memerlukan kepada perlaksanaan
Ia menuntut kepada sebuah kejujuran, kesetiaan dan tanggungjawab
Bilamana aqad sudah termetri
Terpikul satu amanah yang paling besar dalam hidup
Bukan untuk dikhianati
Bukan untuk dimungkiri
Bukan untuk dicemari
Untuk kamu...suamiku...
Terima kasih di atas apa yang telah diberikan selama 7 tahun ikatan halal ini terjalin
Teruskan meneroka ilmu rumahtangga dan praktikkan
Mohon dimaafkan atas segala kesilapan dan kekhilafan isterimu
Isterimu ini masih dan sentiasa mengharapkan bimbingan kamu...
Sama-sama kita hargai ikatan halal ini
Fokus pada keutamaan keluarga
Moga syurga menanti kita...
As you said...I'M YOUR LOVE FOREVER
And I wanna tell you that...
YOU'RE MY HEART FOREVER
Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?
No comments:
Post a Comment