AufaZanKi

My photo
Special Thought For The Super Special Persons In My Life

Friday, December 21, 2012

TAHNIAH dan TAKZIAH

 
Dalam tempoh sehari..family kami telah diduga dengan perkhabaran tahniah dan takziah

Tiada yang mustahil jika Dia berkehendakkan yang demikian

Tugas kita sebagai hamba adalah sentiasa bersyukur dengan nikmat dan redha dengan ujian





Begini kisahnya....

Hari Rabu lepas...keputusan PMR telahpun keluar

Dalam family saya..ada 4 orang anak saudara yang ambil PMR

Keempat-empat mereka adalah lelaki

Dan keempat-empat mereka..nama mereka bermula dengan huruf A
 
Amir, Amin, Aziz & Asyraf

Alhamdulillah..

 Aziz cemerlang dengan 8A
 
Amin cemerlang dengan 7A..katanya menjadi pelajar terbaik sekolah

Amir dan Asyraf...alhamdulillah lulus walaupun tidak secemerlang sepupu2 diorg

Tahniah diucapkan kepada mereka

Jauh lagi perjalanan mereka...
 
Lepas ni fokus pada SPM pulak





Di hari yang sama juga

Kami dikejutkan dengan berita pemergian bapa saudara kami..yg kami gelarkan Pak Induk or Pak Uda

Didoakan semoga roh Pak Induk sentiasa dirahmati dan diredhai oleh Ilahi...semoga rohnya ditempatkan di kalangan hamba-hambaNya yang beriman...aameen

Mari sama-sama kita sedekahkan al-fatihah kepada semua insan yang kita sayang..,samada mereka masih hidup ataupun telah meninggal dunia

AL-FATIHAH






Di hari yang sama juga

Kami dikejutkan dengan berita kemalangan yang menimpa anak saudara saya, Asyraf dan juga bekas anak murid saya, Fateh
 
Masa tu diorang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas mengambil result PMR
 
Hmmmm malang tak berbau...tidak seperti durian
 
So..diorg sekarang dirawat di Hospital Melaka
 
Katanya teruk jg...Asyraf retak tempurung kepala, muka bengkak

Fateh pulak patah hidung..

Ya Rahman Ya Raheem...berikanlah kesembuhan kepada mereka berdua...lindungilah mereka...aameen






Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...