Assalamualaikum
Moga hidupku, hidupmu dan insan di sekeliling kita sentiasa dalam rahmat dan redha Ilahi
Aameen Ya Rabbal 'Aalameen
view pagi Jumaat yang berkat...mentari jingga menerjah hening pagi.. |
Pagi ni...rasa sedih menerpa diri. Banyak perkara yang mengganggu benak fikiran sejak kebelakangan ini. Sukar untuk diluahkan. Sememangnya emosi yang terganggu sangat perit untuk dihadapi bilamana terpaksa berhadapan dengan ragam dan kerenah manusia yang hanya memikirkan kepentingan diri sendiri.
Semalam dapat berita dari kakak di kampung...katanya..Abah dah 3 hari tak sihat...demam dan sakit2 sendi...darah pun naik...Allahu Rabbi...berikanlah kesembuhan kepada Abahku...kurniakanlah kesihatan yang baik kepada Mak Abah...aameen
Yang sebenar2nya, yang paling mengganggu emosi saya adalah........saya masih lagi risaukan keadaan Aufa Irdina. Pagi ni dia menangis lagi...walaupun malam tadi dia dah janji dengan saya yang dia takkan menangis. Dan saya pun ala-ala mengugut juga...kalau dia nangis..saya taknak ambil dia balik sekolah nanti. Tapi..nampaknya Aufa tegas dengan prinsip AAK (ada aku kesah!)
Buntu memikirkan apa yang harus dilakukan. Doa...insha Allah takkan putus harap dengan meminta bantuan Dia.
Oh Tuhan Yang Maha Esa...ampunkan hambaMu ini...aameen
Sayu diwajahmu... |
Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?
No comments:
Post a Comment