Selepas kes Aufa kena buli last 2 weeks, saya cuba usahakan solution untuk atasi masalah buli ni. Atas permintaan Aufa, saya contact guru kelas Aufa..ceritakan situasi Aufa yang sangat depress hinggakan semangat untuk ke sekolah makin hari makin pudar. Mama mana yang tak risau?
whatsapp dgn cikgu wanie...segalanya untukmu anakku... |
Boleh dikatakan, Adibah adalah main subject or topic yang Aufa akan bercerita dengan saya. Hampir setiap hari hokey! Adibah suruh buatkan kerja sekolah la...Adibah tolak la..Adibah tarik tudung la...macam2! Saya......of course saya layankan ajer dia bercerita...maybe dengan bercerita, Aufa akan rasa lega. Cuma bila dah banyak sangat cerita tentang Adibah...saya memang yakin yang Aufa sangat depress dengan sikap Adibah. Kesian n sedih sangat bila Aufa diuji dengan masalah buli ni. So, Mama mana yang tak risau?
This week...saya perhatikan keadaan Aufa makin teruk. Bila sebut pasal sekolah...mesti dia akan jadi muram. Dah dua hari dia buat ragam...taknak bangun tidur bila dikejut. Dalam mamai2 tu sempat lagi dia merengek n said.."Mama tau tak..kalau Mama takde dekat sekolah Aufa sedih"...pulak dah! Bila dah lewat bangun...solat subuh pun terlepas...haih! Mama mana yang tak risau?
"Mama..Aufa taknak sekolah..Aufa nak jaga Mama"...sambil driving saya kena la memujuk dia. "Aufa tak payah risau...Mama boleh jaga diri Mama...Aufa sekolah jer tau". Selang beberapa minit...dia bersuara lagi.."Mama...Aufa kena jaga diri sendiri ke dekat sekolah?". Aduhai...tak concentrate Mama nak dengar celoteh Johara Pagi ERA...heee. Kadang2 dia menangis sorang2...kesian memang la sangat kesian...dah darah daging kita kan...Dah nak sampai ke sekolah, Aufa bersuara lagi...hmmmm tak habis lagi sedihnya tu..."Mama doakan Aufa tau" sambil menangis...Haiiiiiiii...Mama mana yang tak risau?
Pagi tadi...meninjau dari luar pagar sekolah...tabahkan hatimu duhai buah hatiku...Aufa baru lepas beratur n ambil beg untuk masuk ke kelas |
Dah dua hari berturut2 saya terpaksa minta bantuan guru untuk menenangkan Aufa. Kalau tidak...dia taknak pergi beratur..dia nak ikut saya balik semula ke rumah. Parah! Dia nak saya tunggu dia dekat sekolah...dah tu...adik2 awak nak letak mana wahai Aufa Irdina??? Dia dah janji dengan saya taknak nangis bila sampai ke sekolah...tapi dia nangis juga. Dia rasa insecure bila saya takde dekat dengan dia. That's why saya minta bantuan cikgu...then baru la dia ok n boleh beratur. Ya Rabbi...hanya Dia Yang Maha Mengetahui betapa sebaknya hati saya melihat Aufa dalam keadaan macam tu. Awal2 masuk sekolah dulu dia la yang sangat excited..siap tak bagi Mama Baba tunggu dia dekat sekolah.
Hmmmmm.....sayalah Mama yang sangat risau! My dear friends...tolong doakan semoga semangat Aufa kembali pulih ya...syukran
I do always pray for you my dearest princess...please be strong and ignore all nonsenses ya...luv you! |
Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?
No comments:
Post a Comment