Bila anak tu lebih menguasai english vocab
Memang susah sikit la nak faham ayat2 dalam bahasa melayu
Itulah pengaruh yang paling kuat bila selalu sangat tengok siri kartun dalam english
Apa taknya...dari kecik dok mengadap playhouse disney
Nasib baik la kawan2 di sekolah semuanya bercakap dalam bahasa melayu
Kalau dekat international school...kompom langsung tak pandai bahasa melayu kot!
Itulah kisahnya anak saya yang sulung ni
Aufa Irdina...
Lawak la pulak bila dia tak faham perkataan dalam BM
Alhamdulillah...sekarang ni dah banyak improvement
Sejak dia bergaul dengan kawan2 dekat sekolah
Tapi...masih ada lagi melayu yg berbelit2 lidah dia nak menyebut
Aufa tak reti sebut 'perpustakaan'...tapi dia sebut 'library'
Kalau dia tak faham...memang dia akan bertanya la..jenuh nak menjawab!
Sama juga dengan Aufa Qistina...
Ikut aje perangai kakak dia!
"Mama..kedut tu apa? Mama..ganggu tu apa? Mama...lembik tu apa?"
Huh...
Ada satu hari tu...Aufa suruh saya eja perkataan 'PETRONAS'
Saya pun eja la...P.E.T...R.O....N.A.S
Sekali dia cakap..."Isshhh Mama ni...PET tu kan haiwan yang kita bela"
Tu yang malas tu!
Kita disalahkannya...padahal dia yang suruh eja... :p
Hari ni....lagi lawak la budak sorang ni!
Saya suruh dia solat asar...dia kata dia nak solat dengan saya
Saya jawab..."Aufa solat la sendiri..Mama tak boleh solat"
Aufa jawab "Ala...kenapa Mama tak boleh solat?"
Aduhhh...macamana nak explain ni...Aufa belum pernah tahu lagi pasal darah haid
Tapi...saya cuba juga nak jawab dengan jujur..."Mama tak boleh solat sebab Mama keluar darah haid"
"Haaa...darah marah?" - Aufa tanya saya semula
Saya memang tak faham lagi maksud Aufa...saya pun tanya la kenapa pulak dia kata 'darah marah' ???
Aufa jawab macam ni... "ye la...HATE kan marah"
Pulak dahh!! pada pemahaman dia..marah tu kira macam benci la..sebab dia tak pernah sebut perkataan 'benci'...sah2 dia tak tahu apa maksud 'benci'... hahaaa...boleh? gelakkan anak sendiri?? ;p
Memang tak terdaya saya gelakkan Aufa...adoyai!!!!! macam-macam hal tau!
First time saya jumpa budak macam gini...anak sendiri pulak tu!
Lepas tu jenuh la saya kena bebel dengan Aufa..gara2 taknak solat...n as usual..Aufa Qistina pun akan 'tambah lauk'...
"Oooo...Mama taknak solat ei...sebab ada darah marah..patut la Mama selalu marah kitorang bila kitorang buat sepah! Biar Mama berdosa!"
"Bila darah marah dah keluar...mestilah darah baik masuk...haaa boleh la solat...nanti Mama tak solat Maghrib, tak mengaji...nanti Alllah tak sayang Mama!"
Aduhhh...pedih telingaku!
Aufa Qistina kata..."Kalau darah marah tu keluar..mesti ada jin!"
Hahaaaaa....
Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?
No comments:
Post a Comment