AufaZanKi

My photo
Special Thought For The Super Special Persons In My Life

Friday, October 4, 2013

Pizza Lihatt! :p

Sempena birthday Baba hari tu

Saya buatkan pizza
 
Sebab Baba suka makan pizza..
 
Memandangkan Mak Kedah dah hadiahkan oven sempena birthday saya dulu...memang ada hidden agenda la tu..hehee
 
Mak Kedah tahu anak bongsu dia tu suka makan pizza...takkan nak tunggu balik Kedah baru nak dapat makan pizza hasil air tangan Mak Kedah kan...
 
Tu yang saya kena belajar juga masak pizza...

That was my first attempt at cooking pizza

Wahhh! terus speaking london ko! :p

Kengkononnya nak celebrate birthday Baba dengan pizza la kan...instead of cake

Bosan la makan kek...time tu la...hari ni terasa macam nak makan kek la pulak...red velvet cake...huuuu ternampak dekat secret recipe hari tu...sgt mengiurkan..

Inilah dia pizza yg first time saya buat tu...
 
PIZZA LIHATT
 
Baba yang bagi nama tu...
 
^___*

 

 
 
Saya buat pizza tuna dan pizza ayam
 
Yang saya kecewakan adalah doh pizza...macam tak masak sepenuhnya...pastu tak garing pun rotinya...
 
In conclusion...memang fail la dua2 jenis pizza tu
 
Frust sgt!!!
 
Menangis ko...senyap2 tanpa pengetahuan Baba...
 
Hahaaa...memang cengeng!



Esoknya...saya tekad nak buat semula

This time saya nak buat doh ikut intinct sendiri

Sebabnya...sebelum ni saya memang tiru bulat2 resepi yng saya salin dari website

Yang membuatkan doh pizza saya jadi lembik dan melekit2

Terlebih air la tu...hmmm 
 


Mula2 sekali...buatlah doh pizza dulu yea

Untuk doh pizza, inilah bahan2 dan sukatan yang saya guna :
 
 
2 sudu kecil yis (mauripan)
1 sudu kecil gula
 3-4 sudu besar air suam
1/2 sudu kecil garam
2 cawan tepung gandum
3 sudu besar olive oil 
Sedikit air suam 



Cara-caranya adalah :


1. Bacalah basmalah dulu...heee

2. Campurkan yis + gula + air suam berdasarkan sukatan yang saya bagi. Larutkan bahan2 itu dan biarkan sehingga berbuih. Lebih kurang 5 minit kot..

inilah dia campuran yis, gula dan air suam selepas dibiarkan lima minit


3. Gaulkan tepung gandum dengan garam. Saya guna garam bukit...so garam tu tak masin sgt..saya bubuh satu sudu kecil.




4. Bubuh olive oil dan campuran yis yang dah berbuih ke dalam tepung gandum. Gaulkan kesemua bahan2 itu hingga sebati.

sebelum digaul

campuran tepung sudah sebati...



5. Bubuh air suam sedikit demi sedikit ke dalam tepung sambil menguli hingga doh tidak melekat di tangan. Hati2 masa nak bubuh air tu...takut doh jadi lembik akibat terlebih air. Ambil pengajaran dari kes saya yea..hehee
 
6. Bila dah rasa puas hati menguli doh...sapukan sedikit olive oil di sekeliling permukaan loyang dan si seluruh permukaan doh...macam dalam gambar kat bawah ni...dan bersiap sedia untuk mengeramkan doh itu...kehkehkeh...eramkan ia selama 30 minit ataupun sehingga doh itu naik sekali ganda.

sebelum dieram..macam ayam lak! ;p

selepas dieram...kan naik sekali ganda tu...


7. Ucaplah hamdalah (Alhamdulillah)..sebab dah siap satu part... :)




Amboi..beria saya tulis tutorial nak buat doh pizza

Mengalahkan chef!

Padahal.....baru 3x buat pizza!

Hee...actually ada member2 di FB yang minta resepi

That's why la....

Kalau tidak...sogan den nak ajar2 orang ni!

Moga bermanfaat untuk semua yea...



gambar selingan...macho girl..hehee



Orait!!!!! Jom la kita ke tutorial seterusnya..

Sementara nak tunggu doh pizza tu menggebu

Jom la kita sediakan bahan2 untuk topping pizza

Actually, untuk topping pizza...terpulang kepada kreativiti masing2

Dan terpulang kepada bahan2 yang ada di dapur masing2

Macam saya ni...banyak yang takde daripada yang ada

So, apa yang ada jer la yea...
 
Sedap ajer walaupun takde bombastic seasoning macam oregano, italian herbs la..blablabla..saya takde semua tu...

Untuk tutorial ini, saya buat pizza tomyam yea

Bahan-bahannya adalah :
 

Daging ayam / Daging lembu
Bawang putih
Bawang besar
Tomato
Garam
Pes tomyam
Lada sulah
Mayonis
Keju ceddar/mozarella



Dan cara-caranya adalah :



1. Baca basmalah dulu...first time nak buat kan...heee
 

2. Cincang daging yang dipilih..samada ayam atau daging. kalau daging..better guna daging cincang yang ready made tu..beli saja! Kalau daging ayam..better cincang sendiri. Saya cincang guna lesung batu...heee
 
Guna blender pun boleh..cuma nanti leceh sikit la time nak cuci blender..dgn bau ayam yg melekt kat blender..tak best la pulak kan..guna saja lesung batu..nak cuci pun senang! :p
 

2. Kupas bawang besar dan bawang putih. 
 
3. Bawang putih dicincang halus. Tomato dipotong dadu. Bawang besar pulak..terpulang kpd citarasa masing2...nak potong dadu boleh..nak hiris memanjang pun boleh...kalau hiris tu bermakna guna sikit je la. Kalau didadu..guna stengah pun dah cukup rasanya.




4. Panaskan kuali. Bubuh sedikit olive oil. Minyak masak biasa pun boleh... Minyak dah panas...masukkan bawang putih. Bila dah kekuningan masukkan ayam dan tomato. Kacau rata. Masukkan sedikit garam dan lada sulah. Goreng sehingga agak garing..ataupun shingga air ayam tu kering. Then masukkan satu sudu pes tomyam. Kacau rata hinggalah rasa puas hati dan rasa macam dah masak. Padam api gas. 





Tanpa berlengah lagi, jom kita menopping pizza...hahaa bahasa baru..menopping! ;p


Sebelum nak mula menopping..panaskan oven selama 10 minit dengan suhu 200 degree



1. Baca basmalah lagi... :)
 

2. Doh yang dah naik menggebu tadi...tumbuk2 dengan tangan untuk mengeluarkan angin...huuu doh pun berangin juga...kahkahkah...then terus leperkan doh mengikut acuan. Saya kan..sebenarnya..gunakan semula loyang yg saya gunaa untuk bancuh dan uli tepung tadi..sonang! takyah nak banyak2 bekas n takyah nak penat2 cuci banyak bekas..hee. Kalau masa uli tu guna bekas or mangkuk...sediakan loyang yang sudah disapu dgn butter/marjerin..kalau takde boleh sapu dgn minyak..then angkat je doh tu n letak dalam loyang yg akan digunakan untuk masak pizza. Leperkan saja...




3. Bila dah leperkan doh, cucukkan doh dengan garfu untuk membuang saki baki angin yang terperangkap. 





4. Sapukan permukaan doh dengan mayonis. Kalau tak suka mayonis tak payah la sapu...okay? :)




5. Bubuh ayam yg dah dimasak tadi..dan ratakan ia. Jangan la sampai penuh satu permukaan doh tu yea..tinggalkan ruang sikit dekat hujung tu supaya bahan2 itu tak terkena loyang..ataupun supaya nampak la sikit roti pizza tu..dia pun nak menonjol gak! :p




6. Taburkan bawang besar yang sudah dihiris..ikut suka hati nak bubuh banyak mana...n kalau nak taburkan bahan2 lain seperti sosej, filamen crab,mushroom, capsicum...pun sgt dialu-alukan..tp akan nampak sarat barat la pizza tu nanti...heheee...last sekali..taburkan keju. Saya guna 3 keping keju cheddar. kalau nak rasa bergetah..gunalah keju mozarella. Keju tu..nak sagat boleh..nak potong boleh..nak gunting pun boleh...ikut mana2 alatan yg ada di rumah. saya guntingkan ajer keju tu...

beginilah ghopenya pizza tomyam saya...actually saya terlupa nak tabur bawang..tu yg nampak bawang atas keju..hehee



7. Berdoalah...moga2 pizza yg dibuat menjadi. Saya macam gitu la...tak confident sgt..minta bantuan Allah...kita hamba kan..kepada siapa lagi tempat kita meminta pertolongan...sedikit tazkirah dar saya...heee


8. Bolehlah dimasukkan ke dalam oven untuk dibakar dengan suhu 200 degree selama 20 minit.




9. Selepas 20 minit, oven pun akan berdenting..menandakan pizza sudah masak! Apa lagi...keluarkanlah dari oven! Heheee...

10. Ucaplah Alhamdulillah... :)
 
 
 
Tadaaaaaaaaaaaaaa.........
 
 





Pizza ayam perisa tomyam sudah ready untuk dihidangkan.

Saya sukalah dengan perisa tomyam ni...best sgt!

Potonglah pizza tu dan hidangkan untuk orang tersayang...

:)






Actually, pizza ayam tomyam ni adalah pizza ketiga yg saya buat atas permintaan Baba

Hari2 nak makan pizza la pulak!
 
Gomok kang!

Tapi..lepas ni hold la dulu buat pizza sebab bahan2 pun dah habis...

Saya nak try buat egg tart sebenarnya..

Dah lama terpendam ni...
 
 
 
Kepada sesiapa yang mencari2 resepi pizza, hopefully tutorial ini boleh membantu...
 
Selamat mencuba!


Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...