Hmmmmmmmm
Patut la petang semalam tiba2 jer Aufa mengadu.."Mama..kalau Mama takde dekat sekolah..Aufa menangis..Aufa sedih la Mama takde"
Memang hairan la bila dia cakap macam tu
Then, saya tanya dia.."Aufa happy ke pergi sekolah?"
Dia jawab..."happy"
So, saya memang takde nak fikir yang negatif
And terus proceed ke soalan seterusnya...nasib awak la Aufa dapat Mama yg banyak soalan dalam kepala! ;p
Malam tadi...masa tengah santai2 sambil tengok TV...Aufa buka cerita...
"Ada sorang budak tu kan..dia baru pindah masuk kelas 1 Kreatif (kelas Aufa). Dia kan...suka buat (pukul/cubit) Aufa..dia suka buat orang lain jugak..nama dia Adibah. Aufa tak buat apa-apa pun dekat dia. Lepas tu...dia suka suruh Aufa buat kerja sekolah dia"
Allahu Rabbi...macam tu ke ceritanya...saya dah agak dah...mesti ada something bad happened at school
Kalau tidak...takkan la Aufa boleh terganggu perasaan bila saya takde dengan dia
Saya tanya Aufa..."Bila dia buat Aufa tu..Aufa balas balik ke? Aufa nangis tak?"
"Aufa nangis...tapi Aufa tak buat dia..kawan-kawan Aufa pun marah dengan dia"
Lepas tu Aufa cakap..."Masa beratur..Aufa nampak Mama dekat kereta..Aufa nangis..Aufa sedih Mama takde"
Aduiiii...Aufa...Aufa...jangan la keluarkan statement2 yang boleh meruntuhkan kekebalan jiwa Mama ni.......
Saya takut sangat kalau2 Aufa demotivated gara2 kes macam ni
So, saya cuba cari solution n said to her
"Esok..Aufa cakap dekat Adibah..tak baik buat orang...nanti Allah tak sayang. Kita belajar la sam-sama, kawan sama-sama, main sama-sama"
Pity you...Aufa Irdina...
inilah best friend Aufa Irdina...Syuhada...comel jer orangnya... |
Kebetulan..hari ni parent kena datang sekolah ambil duit bantuan persekolahan..so ada peluang la saya nak bertanya dengan cikgu Wani, guru kelas Aufa
Hmmmm...alkisahnya...budak tu kembar dari kelas 1 Inovatif. Cikgu Wani kata...si kembar ni suka usik orang, ambil barang orang. So, diasingkan kelas supaya benda ni tak berlaku lagi. Tapi..yang dipindahkan ke kelas 1 Kreatif masih dominan walaupun bersendirian. Adibah...Adibah..sedap nama kamu....moga tuannya berperibadi seindah namanya...aameen
Actually, bila cikgu dah tahu tentang perkara ni..saya takde la nak risau sangat
Inshaa Allah..cikgu sentiasa menjalankan amanah dan tanggungjawab..saya percaya n yakin Aufa Irdina dan rakan-rakan dia sentiasa dilindungi
Saya pun taknak lepas tangan...saya akan sentiasa pastikan Aufa sentiasa bersemangat n bermotivasi...so saya kena la banyak tanya...berguna juga tebiat suka bertanya saya ni...hahaa
Asam ragam alam persekolahan...lama-lama nanti ok la tu...
Be strong Aufa... |
Next week Aufa Irdina cuti seminggu sempena CNY
Excited dia kata..."Yeay! Aufa cuti lama...boleh la balik kmpung!"
Rindukan kampung halaman yea Aufa....Mama pun!
:(
Rezeki Aufa Irdina... |
Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?
1 comment:
Ganbare Aufa Irdina!!!
Keep calm, stand tall, be strong.
In some way, ignorant is bliss.
So, when the said "Adibah" is often ignored because of her mischief, she'll eventually be bored performing such mischief.
Post a Comment