Kebaikan yg dilakukan dengan niat yang ikhlas (pada peringkat penilaian manusia) tidak memerlukan unsur-unsur negatif untuk menaunginya.
Bersabarlah...meskipun kebaikan itu dianggap seperti sampah...kerana natijah daripada kebaikan itu merupakan ganjaran terhebat buat kita...jika tidak di dunia ini...insha Allah di akhirat kelak.
ALLAH ITU MAHA ADIL.
Jangan sesekali rasa menyesal jika kebaikan yang kita lakukan itu disalah erti.
Beruntunglah...kerana kita masih mampu melindungi diri kita daripada sebarang penyakit-penyakit rohani yang membawa mudharat.
ALLAH ITU MAHA MENGETAHUI ATAS SEGALANYA.
Usah jemu membuat kebaikan sekalipun sentiasa berhadapan dengan halangan...kerana ujian dan dugaan itulah yang akan membantu kita menjadi lebih cekal dan tabah.
Bersyukurlah...kerana telah berjaya memupuk sifat-sifat mahmudah dalam diri.
Kasihanilah kepada mereka yang masih bergelumang dengan sifat-sifat mazmumah.
ALLAH ITU MAHA PENGASIH & MAHA PENYAYANG.
Berdoalah...semoga mereka dikurniakan hidayah untuk berubah ke arah yang lebih baik.
Berdoalah...semoga kita tetap istiqamah dalam melakukan kebaikan...hanya kerana inginkan ganjaran hebat di alam baqa' bukan di alam fana'.
*************************************************************
~ muhasabah diri sendiri...semoga sentiasa dalam lindungan Ilahi ~
Ameen
Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?
No comments:
Post a Comment