Apabila kita menegur kesilapan seseorang yg rapat dengan kita, semestinya teguran itu adalah ikhlas dari hati kita sendiri walaupun hanya Allah yg Maha Layak menghakimi sebuah keihkhlasan. Bagi peringkat kita sebagai hamba yg tidak sempurna, sudah tentu teguran yg dibuat adalah bersifat ikhlas tanpa niat untuk mengaibkan walau dalam apa cara sekalipun. Niat teguran dibuat adalah supaya dia menyedari kesilapan yg telah dilakukan yg mungkin dia sendiri tidak menyedarinya. Dalam masa yg sama, menyelamatkan diri individu itu daripada terus melakukan dosa.
Alhamdulillah, selepas teguran dibuat...dia telah berubah menjadi seorang yg lebih positif dan tidak lg mengulangi kesilapan yg pernah dilakukan walaupun bukanlah secara total. Namun sekurang-kurangnya dia telah sedar dan bersedia untuk berubah. Begitulah tugas kita sesama manusia...saling ingat mengingati antara satu sama lain. Janganlah tamak untuk masuk syurga sendirian hingga membiarkan orang lain dengan mudahnya terjun ke neraka. Biarlah kita sama-sama berusaha untuk melayakkan diri kita dalam senarai ahli jannah.
Yang menjadi isu terkilan di sini adalah hubungan antara yang menegur dan ditegur menjadi renggang selepas episod teguran dibuat. Hubungan silaturrahim antara kedua-dua individu menjadi suram...sehinggakan yg menegur menjadi bingung...adakah dia telah melakukan kesilapan dengan menegur ke arah kebaikan dan yang ditegur sudah berubah...lalu teguran itu merenggangkan hubungan silaturrahim yang terjalin.
Sehingga kini yang menegur tertanya-tanya...perlukah kita membiarkan orang yg rapat dengan kita terus-menerus mengekalkan sikap negatif dalam diri hingga akhirnya memakan diri sendiri?...dengan harapan hubungan silaturrahim tidak akan tercalar. Tetapi yang menegur punya niat yg baik...hanyalah untuk memberi kesedaran kepada yg ditegur...atas dasar silaturrahim dan atas dasar hukum Ilahi. Namun, sudah jelas ianya disalah ertikan oleh yg ditegur. Walaupun yg ditegur sudah berubah ke arah kebaikan, namun dia seolah-olah tidak dapat menerima dengan baik teguran yg dibuat. Mungkin yg ditegur itu menganggap yg menegur hanya ingin mencari kesilapan dia dan mengaibkannya. Dan sebenarnya...teguran itu dibuat secara personal...hanyalah antara pihak yg menegur dan ditegur sahaja...itu bukanlah satu agenda untuk mengaibkan.
Dan sesungguhnya yg menegur berasa bersyukur dengan perubahan yg ditegur. Namun dalam masa yg sama yg menegur berasa sangat terkilan dengan sikap yg ditegur kerana dalam diam merenggangkan hubungan silaturrahim ygt sedia terjalin. Biarpun tanpa ungkapan...cukuplah dengan tindak-tanduk yg mengungkap segalanya. Semoga yg ditegur itu menyedari apa yg dilakukan ini pada hakikatnya bukan tindakan yg tepat. Dan yg menegur pun sudah tidak mampu berbuat apa-apa melainkan mendoakan yg terbaik untuk yg ditegur. Jika ditegur sekali lg...mungkinkah akan terputus pula silaturrahim antara sesama saudara seislam? Maka...diamkan saja...moga doa yg menegur dimakbulkan olehNya...ameen
Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?
No comments:
Post a Comment