AufaZanKi

My photo
Special Thought For The Super Special Persons In My Life

Thursday, July 25, 2013

Hidup : Berkat dan Redha


Selalunya, time buat kerja macam2 idea yang keluar
 
Aktif betul otak ni berfikir
 
Lepas sahur tadi, masa tengah iron baju Baba n Aufa

Perkara yang terdetik dalam fikiran saya adalah tentang berkat dan redha
 
 
 
 
Dari manakah datangnya keberkatan hidup seorang insan di atas dunia ni?
 
Pernahkah kita teliti tentang perkara ini?
 
 
 
googled
 
 
 
Saya berpendapat
 
Berkat hidup seorang anak terletak pada redhanya ibu bapa kepada si anak
 
Berkat hidup seorang isteri lahirnya daripada redha suami kepadanya
 
Berkat hidup seorang suami mengalir daripada redha ibu kepadanya




Melalui sumber2 inilah Allah Taala mengurniakan keberkatanNya dan keredhaanNya kepada setiap hamba

Bermakna, tiada apa yang lebih penting untuk kita raih selain daripada berkat dan redha
 
 Dan penentu kejayaan dan kebahagiaan sebenarnya adalah daripada sejauh mana hidup kita diberkati dan diredhai
 
 
 
 
Pagi ni, saya terfikir...
 
Adakah hidup saya diberkati dan diredhai?
 
Dari kecil hinggalah saya berjaya bernamatkan pengajian diperingkat ijazah
 
Yang bertungkus lumus dan bersusah payah untuk itu semestinya Mak dan Abah

Terima kasih yang tak terhingga buat Mak Abah
 

Biasanya, bila dah ada ijazah..mestilah sinonim dengan kerjaya yang mantap
 
Agar dapat membalas segala penat lelah family yang telah banyak berhabis duit untuk kita
 
Dalam erti kata..membalas budi

Betul tak?
 
 
 
 
googled
 
 
 

Tapi..sayang seribu kali sayang
 
Selepas berkahwin dan memiliki seorang anak

Anak Mak Abah yang seorang ni memilih jalan untuk berhenti kerja

Dan menjadi suri rumah sepenuh masa
 
Kerana itulah salah satu cita-cita sejak zaman persekolahan lagi
 
*Ada ke yang sama cita-cita dengan saya?*

Maka, tiada lagi sumber pendapatan yang tetap untuk disedekahkan kepada Mak Abah sebagai tanda membalas budi yang hakikatnya budi itu takkan mampu dibalas
 
Bukanlah bermaksud langsung dah tak 'hulur'..cuma bila ada rezeki lebih, masa tu lah diberi kesempatan untuk 'menghulur'

Walaupun Mak Abah tak pernah minta, tapi kita memberi atas dasar tanggungjawab

Saya nak tanya..tapi rasa takut..takut Mak Abah tersinggung pulak
 
Saya mengharapkan Mak Abah redha dengan semua yang telah diberikan kepada saya
 
Redha dengan keputusan saya pada ketika itu
 
Cuma yang tak pernah putus daripada saya kepada Mak Abah adalah doa
 
Selagi bernyawa, selagi itulah doaku buat Mak Abah takkan terputus
 
Moga Mak Abah sentiasa dilidungi dan dirahmati Ilahi..aameen
 
Semoga Allah memakbulkan setiap doa saya untuk Mak Abah...aameen
 
Mak Abah...maafkan anakmu ini...dan redhailah anakmu ini...
 
 
 
Seterusnya
 
 
googled. Baba, jom buat macam ni...nak tengok siapa lagi bambam... :p
 
 
 
Bila dah bergelar isteri
 
Saya wajib meraih redha seorang suami
 
Jadi, saya sentiasa mengharapkan agar Baba meredhai saya sebagai isterinya
 
Semoga Baba dapat memaafkan setiap kesilapan yang saya lakukan setiap saat dan detik
 
Yelah kan...manusia ni sentiasa diuji
 
Kadangkala kita kalah dengan ujian yang akhirnya membuahkan dosa
 
Dan bila kita berdosa dengan suami
 
Selagi suami tidak memaafkan dan tidak redha
 
Selagi itulah kita sebagai isteri akan dilingkari dengan dosa
 
Tiada yang lebih bermakna dalam hidup isteri selain daripada redha suami

Baba...maafkan isterimu ini...
 
 
 
 
googled
 
 
Bila redha daripada sesama hamba sudah berjaya diraih
 
Tentunya Allah Taala juga dengan mudahnya memberikan redhaNya kepada kita
 
Malah memberkati kehidupan kita
 
Samada di dunia mahupun di akhirat
 
Dan itulah sebenarnya erti kehidupan

Yang didambakan oleh setiap insan yang mempunyai Allah dalam hatinya

Sentiasa mendambakan redha dan berkat




 
 
 
 
 
 
 
 


 
 






Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...