Alhamdulillah
Masih lagi diberi keizinan untuk menjadi tetamu Ramadhan 1434H
Ahlan wa sahlan ya Ramadhan al-mubarak
Bulan yang paling ditunggu2 oleh umat Islam selain Syawal
Salah satu sebabnya, kerana peluang untuk menambah pahala berganda2 terbentang luas pada bulan Ramadhan
Lebih2 lagi tanpa perlu berperang dengan godaan syaitan laknatullah 'alaih
Masa ni baru kita tahu sejauh mana kita telah tergoda dengan syaitan
Kan?
Moga sepanjang Ramadhan kali ini kita dapat memperbaiki segala kelemahan yang ada dan terus istiqamah dengan perubahan positif yang telah kita lakukan
Insha Allah..
Ramadhan kali ini
Saya masih lagi fokus kepada Aufa2
Masih lagi dalam proses memberi pendedahan kepada Aufa2 mengenai puasa dan amalan2 yang dilakukan sepanjang bulan Ramadhan
Dalam kita mendidik anak-anak untuk menjadi yang terbaik, sebenarnya kita juga sedang mendidik diri kita untuk menjadi ibu bapa yang terbaik
"What you give you'll get back"
Mudah-mudahan Allah perkenankan segala usaha kita...aameen
Alhamdulillah
Hari pertama berpuasa berjaya disempurnakan oleh Aufa Irdina & Aufa Qistina
Walaupun...macam biasa la..macam2 drama diorang buat
Kes tak larat n nak berbuka puasa awal
Qistina lagi la pulak...jenuh nak melayan soalan2 dia
Tapi..perubahan positif compared to last year..this time dah takde nak mengamuk sebab tak larat
Kali ni..Qistina cool ajer
Cuma..saya memang kena bersabar la nak menjawab persoalan2 dia yang kadang2 pelik la pulak!
"Mama..ada ke orang berbuka pukul empat? Mama..ada ke orang sahur waktu siang? Mama..ada ke orang sakit jari?"
Haih!
"Mama..Adik minum air la dulu"..masa tu dah pukul 7 petang!
Hahaa...pujuk punya pujuk berjaya juga sempurnakan puasa
Solat pun tak tinggal..kecuali solat Subuh
Nak bagi motivasi supaya dia bersemangat nak solat & puasa, saya cakap mcam ni dekat dia...
"Kalau Adik puasa, Adik kena solat..nanti Adik dapat banyak pahala. Allah pun sayang dekat Adik"
Senyum la dia bila dengar ada yang sayang dekat dia..anak manja la katakan...
Aufa Irdina pulak bersemangat nak solat terawih
Actually dia nak solat terawih di masjid
Tapi...keadaan tak mengizinkan lagi memandangkan Kashfina & Amnina masih kecil
Takpelah...kita solat dekat rumah jer dulu
Biar Mama yang jadi Imam
Bila jadi Imam ni..barulah rasa macam taknak mengelat or malas
Sebab kita ada pengikut or makmum
That's why macam yang saya kata awal2 tadi..kita mendidik anak2 secara tak langsung kita mendidik diri kita sendiri
Alhamdulillah 'ala kulli haal
Terawih hari kedua ni Aufa Qistina pun berminat nak jadi makmum
Sambil2 tu..dicuit2nya saya.."Mama..Adik dah penat la"
(^__^)
Sekarang ni tengah kejarkan Aufa untuk lancar membaca ayat2dalam kitab Furqan
Tak sabar nak mulakan Aufa mengaji al-Quran
Biar dia rasa sendiri bagaimana tenangnya bila membaca dan menghayati kalam Allah Taala
Beginilah besar dan berat tanggungjawab sebagai ibu bapa
Tugas mendidik jangan diserahkan bulat-bulat kepada cikgu di sekolah
Kerana pendidikan awal anak-anak adalah bermula di rumah
Sama-sama kita berusaha memberi yang terbaik untuk anak-anak kita yea!
3-4 tahun lagi..turn Kashfina & Amnina pulak nak belajar solat n puasa
Apa pulak cerita diorang ek?
Heheeee
Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?
No comments:
Post a Comment