Salah satu perkara yang selalu saya ingatkan Aufa2 a.k.a membebel
Kutip or simpan segala jenis objek yang mempunyai potensi untuk dimasukkan ke dalam mulut
Sebab...adik comel mereka yang sorang tu sangat suka mengutip!
Apa saja yang dia jumpa...yang nampak sedap pada pandangan mata...dia akan kutip dan terus masukkan dalam mulut
Pernah terjadi...dia kutip tahi cicak yang ada dekat tingkap!
Nasib baik saya alert masa tu..kalau tidak...selamatlah tahi cicak tu ditelannya!
Alaaaaahaiiiiii!!!!!
Inilah dia si kenit yang suka mengutip!
Amat tak sesuai...muka comel tapi kuat mengutip!
Kan???
Tapi, kes semalam memang sangat mencemaskan
Akibat suka sangat mengutip
Amnina tercekik!
Masa tu saya baru selesai solat Asar
Tengah melipat telekung, terdengar Baba yang tengah mengemas dekat dapur berkecoh-kecoh dengan Aufa
Suruh check apa yang ada dalam mulut Amnina
Tetiba Baba panggil saya sebab Amnina termuntah
Keadaannya macam tercekik gitu
Allahu Rabbi, memang cemas betul!
Sebab tak tahu apa yang Amnina dah telan
Saya berlari bawa Amnina masuk dalam bilik air n mula menepuk2 belakang Amnina
Amnina masih lagi dalam keadaan tercekik
Meleleh-leleh air liur...sambil menangis kesakitan
Saya tekad..saya masukkan jari dalam mulut Amnina hingga dia muntah
Sekali...yang keluar bersama lendir dan sedikit darah adalah...
photo by google |
Amnina sudah tercekik duit syiling 10 sen daaaa!!!
Sampai luka tekak!
Heyyy laaa Amnina...bertuah sunngguh!
Saya ni masih lagi trauma....yang Amnina pulak...bila syiling tu dah keluar dari tekak dia...dia rasa lega...tak sampai lima minit emosi dia bertukar
Bukan main riang lagi...bergelak ketawa dalam bilik air...sebab dapat mandi!
Anak bertuah! ;p
Hmmm lepas kejadian tu...teruk la Aufa2 kena bebel berdas2...
Baba pun berduet dengan saya..membebel..hahaaa
Masing2 diarahkan mengemas semua barang yang dah disepahkan
Especially barang or objek yang kecil
Bukan apa...Aufa2 ni suka sangat keluarkan syiling dalam tabung
Konon2 nak kira la tu...
Tapi masing2 careless...kadang2 bersepah duit syiling atas lantai
Memang benda yang saya takutkan selama ni dah terjadi semalam
Rupa-rupanya sebelum tu Qistina tengah mengira duit dalm tabung
Patut la......issshhhh!
Saya pun dah terkena tengah malam semalam
Tapi bukan tercekik la...
Otw nak ke dapur terpijak mainan yg kecil
Luka juga la tapak kaki!
Semoga kes semalam jadi pengajaran buat kami dan kamu
Sangat bahaya!
Alhamdulillah, setakat ni Amnina nampak sihat dan ceria
Luka di tekak tu tak tahu la macamana nak buat
Amnina macam takde masalah nak menelan
Hopefully everything is fine
Anak Mama sorang ni laa...dah sama naik dengan kakak! Apa yang kakak buat dia pun nak buat! |
Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?
No comments:
Post a Comment