AufaZanKi

My photo
Special Thought For The Super Special Persons In My Life

Sunday, July 14, 2013

Sahur di waktu imsak

Memang sangat menduga bila terjaga jam 5:15 pagi!

Menggelabah bangun n kejut Baba

Nasi dah siap masak malam tadi

Lauk aje yang belum masak!
 
Lauk malam tadi pun takde..sebab semalam saya masak dekat bazar.. ;p
 
Beli makanan yang sekadar cukup untuk berbuka puasa sahaja 
 


 
Waaaa nasib baik boleh control emosi!
 
Baba kata dah tak sempat masak sebab waktu Subuh jam 5:44 pagi
 
Saya...macam biasa la...degil! ehee...
 
Tetap nak masak juga..sebab masa tu saya rasa saya sempat nak masak n kami sempat nak sahur sebelum masuk waktu Subuh
 
Nasib baik daging dah dikeluarkan dari freezer sejak pukul satu malam tadi
*satu pagi kot!*

Haaa tengok! Macamana la nak bangun awal..tidur pun lewat!

Haih! macamana nak tidur..mata taknak rehat!

Issshhhh mata ni..memang nak kena! ;p

*salah sendiri tuding jari kat orang lain ek! jangan amalkan sikap macam ni yea*




Alhamdulillah..berkat doa semasa sahur

Sambil buat kerja, saya berdoa dalam hati semoga Allah izinkan kami bersahur

Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Daging goreng kicap siap dimasak jam 5:30 pagi

Itu ini..itu ini..5:35 pagi baru dapat bersahur dengan Baba

Tak kejutkan Aufa2 bangun bersahur..takut drag masa nanti terus tak sempat nak bersahur
 
Payah juga nak mengejut diorg bangun... ;p

Baba pulak tengah mendodoi Amnina yang kebetulan sama2 bangun masa 5:15 tadi
 
Bangun nak menyusu..tapi saya tak bagi pun..sorry Amnina..Baba gantikan dengan air kosong
 
Takpe..kalau Aufa2 rasa tak larat nak teruskan puasa..biarlah diorang berbuka awal..dimaafkan..lagipun diorang masih dalam proses belajar...taknak strict sangat..




Fuhhhh! lega rasanya....Alhamdulillah

Lepas selesai solat subuh n mengaji...terus mengadap cik lappy yg memang tak di shut down

Terus meng-google "hukum makan semasa waktu imsak"

Actually, sebelum2 ni saya memang tak berkira sangat dengan waktu imsak

Bukan tak ambil port..cuma saya berpendirian yang waktu imsak itu sekadar waktu untuk kita berjaga-jaga

Mana la tau tengah syok mengunyah, tetiba dengar azan Subuh

Kan kes naya tu! walaupun makanan ada dalam mulut..bila dah masuk waktu.. tak boleh nak telan dah makanan tu..kena keluarkan semula...dan kalau degil juga nak telan..maka batal lah puasa kita

Itulah hikmah di sebalik waktu imsak..sebagai langkah berjaga-jaga supaya kita bersedia untuk memulakan puasa

Jangan pula kita sangka puasa kita dah bermula pada waktu imsak...haaa salah tu!

Puasa kita akan bermula tatkala terbitnya fajar..iaitu bila masuk waktu Subuh
 




So, bila dah tanya pakcik google...memang ada persamaan la dengan apa yang saya faham n pegang selama ni

Ada beberapa web yang saya baca..maaf tak dapat nak link kan di sini

Cuma berterima kasih kepada pemilik web2 tersebut atas penerangan yang lengkap dengan dalil aqli n dalil naqli

Antara dalil dan keterangan yang saya cilok dari web2 yang ada :

Menurut Dr. Yusuf al-Qaradawi: Jika seseorang selalu mengamalkan puasanya bermula daripada waktu imsak, maka ia telah melakukan suatu keterlaluan dalam agama ini dan bertentangan dengan Sunnah nabi s.a.w. (Fatawa Mu`sirah, 1/313).
 
 
 Dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu cahaya siang dari kegelapan malam, iaitu waktu fajar, kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (al-Baqarah: 187)



Bagi sesiapa yang terkena kes yang sama dengan saya

Hopefully faham la yea...

N after this jangan buat lagi!

Heheeee
 
 
 
 
Rasa tak best pulak bila tak tepek gambar...sedangkan gambar adalah obsesiku...terus teringatkan gambar ini yg di mbil semasa petang 2 Ramadhan yang lepas...SUBHANALLAH! indah sungguh!
 


Selamat meneruskan puasa untuk hari kelima Ramadhan 1434H

Assalamualaikum!




Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...