Bermula dengan selesema
Diikuti dengan ruam di seluruh badan termasuk di tapak tangan n tapak kaki
Mula-mula tu saya jangka Amnina was infected by HFM desease
But...still confusing
Becoz Amnina tak demam pun...
Ulcer pun takde...
Ceria ajer dia sepanjang hari kelmarin dan siang semalam
So, saya rumuskan yang Amnina terkena jangkitan virus
Saya tak bawa pun Amnina pergi klinik
Entah...sometimes saya rasa apa yang doktor advise tu semuanya saya dah sedia maklum
Macam membazir la pulak bila setiapkali pergi klinik doktor akan ulang perkara yang sama n bagi ubat yang sama
So, adalah lebih baik saya observe dulu perkembangan dia di rumah
Bila mana saya rasa Amnina perlu dirujuk kepada doktor, then barulah kami akan ke klinik
Dan...malam tadi Amnina tiba2 batuk
Bukan batuk yang biasa-biasa ni
Batuk yang menghasilkan bunyi seperti ada banyak lendir dalam tekak
Batuk ala-ala asthmatic person
Aduh!
Baba ada meeting pulak..
Nasib baik ada ubat batuk lelah yang doktor bagi masa last time Amnina dirujuk ke doktor atas kes yang sama
|
Lesu dan tidak bermaya... |
Tapi...saya jadi hairan la pulak...
Kenapa tiba-tiba jer boleh jadi macam tu...
Fikir punya fikir....
Terus saya teringat satu benda yang saya sangat yakin menjadi punca kepada penyakit Amnina
Alkisahnya...petang semalam...
Kami ikut Baba tengok student2 berjumpa dengan Indra, komposer terkenal dikalangan orang yng mengenali beliau...heheee
*katanya album sawo matang Noraniza Idris tu dialah yang jadi backbone*
Bila masuk jer di studio Indra...hidung saya dah mula mengesan satu bau
Bau yang saya sangat sensitif...yang membuatkan saya sentiasa membuang nafas saya...
Bau ASAP ROKOK!
Itu yang menyebabkan dengan tak semena2 saya tercegat dekat pintu
Sampai Baba tegur suruh saya duduk! Hahaaa...
Sepanjang lebih kurang 2 jam saya dan Aufas duduk dalam tu...kami memang dihidangkan dengan asap rokok
Dah la studio tu pasang aircond...selamba aje diorang merokok tanpa menghiraukan tetamu
Kalaupun taknak hiraukan saya...hiraukan la anak2 saya yang masih kecil
Apa yang menjadi kebimbangan saya semalam menjadi kenyataan
Dan itulah yang menjadi punca Amnina terkena asthma
Saya sangat yakin itulah penyebabnya
ASAP ROKOK!
Sepertimana yang pernah saya bebelkan dalam facebook baru-baru ni...
"jika tidak berasa berdosa kerana telah
memudharatkan orang lain...sekurang-kurangnya rasakan bahang dosa kerana
telah memudharatkan diri sendiri... berhentilah merokok! ︶︿︶ "
Tapi...ada ke diorang kesah?
Merokok untuk release tension katanya...
Huh! Jangan buat laka-laka boleh tak???
Banyak lagi cara lain yang boleh buat untuk release tension selain daripada memudharatkan diri sendiri dan orang lain!
Haaaa...marah ni tau!
Kesian Amnina...
Cepat sembuh yea sayang Mama...
|
tak terdaya nak mendongakkan kepala sepertimana biasa ketika menonton TV |
|
|
Amnina....jom pergi klinik!
Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?