AufaZanKi

My photo
Special Thought For The Super Special Persons In My Life

Tuesday, March 26, 2013

Beberapa minit kemudian...

Semalam

Sebelum maghrib

OK lagi

Siap sergah2 orang

Sambil ketawa tak hengat donia!
 
 


video



Beberapa minit lepas tu

Nampak dia makin lemah

Macam mengantuk ajer
 
 

Actually sebelum bergelak sakan tu lagi dia dah mengantuk

Saja delay kan time tidur dia

Dah nak masuk waktu Maghrib time tu


Bila pegang badan dia

Isshhh macam panas jer ni

Rasa dahi dia
 
 

CONFIRM!
 
 

Demam la pulak....
 
 

Ni yang lemah ni...

Dah la kakak dia tak recover lagi
 
Macamana nak travel ni...
 
 
 
Nak balik Melaka jugakkkkkkkk
 
Dah tahap wajib balik ni tau!
 
 
 
 
<*____*>



Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Monday, March 25, 2013

Amnina @ 11 bulan

Sementara tengah malas nak masak, malas nak ampai baju

Dan sementara tengah rajin mengadap lappy

Rajinkan diri update blog

*____*
 

Cerita pasal si budak kecik ala2 anak bongsu tu...
 
 
 
 
 

Dah beranikan diri berdiri lepas tangan 

Means tak berpaut pada apa2...
 
Haruslah terer budak kecik ni! 
 
Baru la sama level dengan kakak2 dia dulu...genap setahun dah pandai jalan!

Heheeee




video





Amnina dah genap 11 bulan hari ni


Amnina dan menu hariannya...


Malam tadi...susah sangat Amnina nak tidur

Tidurkan dekat katil..taknak!

Masukkan dalam buai pun still bulat lagi mata dia

Gaya macam nak tidur...merengek bagai!

Dah la saya macam nak pengsan...langsung tak boleh nak buka mata
 
Lately memang macam gitu la...siang kemain aktif! Menjelang Maghrib...lemah longlai! Kena makan spirulina semula ni...

Nak minta tolong Baba...Baba mana la ada susu!

Hahahahaaaaaa

Haih! Menyirap limau juga darah malam tadi...
 
Hmmm...adakah Amnina lapar????
 
Menggagahkan diri untuk bangun dan cuba suapkan dia bubur
 
Time tu dah pukul 10 malam!
 
Fuhhhh! Ternyata Amnina lapar!
 
Kesiannya.....
 
 
ikhtiar nak turun dari sofa...sambil melayan cerita Alvin..
 
 
 
 



Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Apa plan?

School holiday yawww!

Melaka most wanted yawww!

Heheee...happy lorrr anak cuti

Boleh balik kampung!

Tapi...la ni ada di Kuantan lagi



Untuk menuetralkan rasa tak sabar nak sampai ke Melaka

Kami pun pergi menenangkan diri di Blackstone Beach

Ramai betul ummat Muhammad!

Kami malas nak ke Teluk Cempedak..sebab ramai orang menuju ke situ

Tapi nampaknya di Blackstone pun sama naik juga time cuti

Redah je la...

Janji dapat tengok laut!



gedeboshh! seronok tengok Amnina main air dengan kaki dia...next time guna tangan pulak yea...kita pergi pantai dekat Melaka pulak!

Geram jer memasing...nak mandi! kikiki

Masing2 dengan kegebuan yang tersendiri...hahaaa

My princess & I

Dekat sini pun awak nak melukis juga ke...Aufa Irdina?

Budak manja mau main air...

Budak cantik tengah kutip shell...



Oleh kerana Baba akan out station LAGI

This time Baba akan terbang ke Sarawak selama 4 hari

So, plan asal untuk balik ke Melaka pada hari Ahad ditunda ke hari esok, iaitu hari Selasa

Baba akan ke Sarawak dari Melaka...I mean pergi ke KLIA dari Melaka...tak payah nak naik dua flight kalau gerak dari Kuantan...so jimat la Novamin Baba....hahahaaa...dah selalu naik airplane pun mabuk lagi! Apa la Baba... ;p

Full of hope...jangan la di postpone lagi

Cuti sekolah seminggu aje!



Malam tadi cik Aufa Irdina demam la pulak!

Cepat sembuh yea Aufa...tak best la nak travel kalau Aufa demam

Sebab...Aufa suka muntah time demam...

Ditambah pulak naik kereta..lagi la berganda2 muntah dia nanti

 Syafahallah...aameen




Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Tuesday, March 19, 2013

Asap rokok vs Asthma

Bermula dengan selesema

Diikuti dengan ruam di seluruh badan termasuk di tapak tangan n tapak kaki

Mula-mula tu saya jangka Amnina was infected by HFM desease

But...still confusing

Becoz Amnina tak demam pun...
 
Ulcer pun takde...

Ceria ajer dia sepanjang hari kelmarin dan siang semalam
 
So, saya rumuskan yang Amnina terkena jangkitan virus



Saya tak bawa pun Amnina pergi klinik

Entah...sometimes saya rasa apa yang doktor advise tu semuanya saya dah sedia maklum

Macam membazir la pulak bila setiapkali pergi klinik doktor akan ulang perkara yang sama n bagi ubat yang sama

So, adalah lebih baik saya observe dulu perkembangan dia di rumah

Bila mana saya rasa Amnina perlu dirujuk kepada doktor, then barulah kami akan ke klinik



Dan...malam tadi Amnina tiba2 batuk 

Bukan batuk yang biasa-biasa ni
 
Batuk yang menghasilkan bunyi seperti ada banyak lendir dalam tekak
 
Batuk ala-ala asthmatic person
 
Aduh!
 
Baba ada meeting pulak..
 
Nasib baik ada ubat batuk lelah yang doktor bagi masa last time Amnina dirujuk ke doktor atas kes yang sama
 
 


Lesu dan tidak bermaya...



 Tapi...saya jadi hairan la pulak...

Kenapa tiba-tiba jer boleh jadi macam tu...

Fikir punya fikir....

Terus saya teringat satu benda yang saya sangat yakin menjadi punca kepada penyakit Amnina



Alkisahnya...petang semalam...

Kami ikut Baba tengok student2 berjumpa dengan Indra, komposer terkenal dikalangan orang yng mengenali beliau...heheee

*katanya album sawo matang Noraniza Idris tu dialah yang jadi backbone*

Bila masuk jer di studio Indra...hidung saya dah mula mengesan satu bau

Bau yang saya sangat sensitif...yang membuatkan saya sentiasa membuang nafas saya...

Bau ASAP ROKOK!

Itu yang menyebabkan dengan tak semena2 saya tercegat dekat pintu 

Sampai Baba tegur suruh saya duduk! Hahaaa...

 

 Sepanjang lebih kurang 2 jam saya dan Aufas duduk dalam tu...kami memang dihidangkan dengan asap rokok

Dah la studio tu pasang aircond...selamba aje diorang merokok tanpa menghiraukan tetamu 

Kalaupun taknak hiraukan saya...hiraukan la anak2 saya yang masih kecil 

Apa yang menjadi kebimbangan saya semalam menjadi kenyataan

Dan itulah yang menjadi punca Amnina terkena asthma

Saya sangat yakin itulah penyebabnya

 ASAP ROKOK!




 Sepertimana yang pernah saya bebelkan dalam facebook baru-baru ni...

"jika tidak berasa berdosa kerana telah memudharatkan orang lain...sekurang-kurangnya rasakan bahang dosa kerana telah memudharatkan diri sendiri... berhentilah merokok! ︶︿︶ "


Tapi...ada ke diorang kesah?

Merokok untuk release tension katanya...

Huh! Jangan buat laka-laka boleh tak???

Banyak lagi cara lain yang boleh buat untuk release tension selain daripada memudharatkan diri sendiri dan orang lain!

Haaaa...marah ni tau!



Kesian Amnina...

Cepat sembuh yea sayang Mama...




tak terdaya nak mendongakkan kepala sepertimana biasa ketika menonton TV




Amnina....jom pergi klinik!


Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Monday, March 18, 2013

Banyak hal betul la....hahaa!

Minggu ni last week Aufa bersekolah...sebelum bercuti selama seminggu.....suka la Aufa tu! Kalau tidak...hari2 tanya..."Mama...esok Aufa balik sekolah pukul berapa?"..."Mama...bila Aufa nak cuti?"....issshhh la budak sorang ni...

 
Cuti...memang la best! Cuma saya jer yg rasa tak best bila dicutikan daripada kerja mengambil Aufa di sekolah...hehee...dah jadi rutin...bila tak buat rasa tak complete hidupku pada hari itu. Makanya...petang ni saya tetap berkeras untuk menjemput Aufa walaupun Baba cuti hari ni...hmmmm...Baba tu cuti pun macam tak cuti jer...tak lekat dekat rumah juga...busy menguruskan macam2 hal kerja...bayak hal betul! Hahaaa....


melihat wajah mereka...teramat sayu rasa hati...Ya Allah...limpahkanlah ketenangan dan kesihatan yang baik buat kedua ibu bapaku...aameen



Cuti seminggu ni kami semua dah teruja nak balik Melaka.  Dalam keterujaan itu...terselit juga rasa sedih...sebab time tu juga la Baba takde! Baba pergi Thailand lagi....huwaaaaaaaa...geram pun ada! Macam takde tarikh lain jer kan...time anak2 cuti sekolah pulak sebok nak out station jejauh! Memang tak best la bila bila balik kampung Baba takde...


Baba takde tu satu hal...ada lagi hal lain...macamana pulak saya nak balik ke Melaka nanti???? Cuti sekolah of cozez start hari Jumaat selepas jam 12 tengahari. Baba bertolak ke Thailand hari Khamis, malam Jumaat. So, siapa yang nak drive???? Takkan Amnina pulak kan...hahaaa! Gelak memang boleh...tapi hati tengah panas ni! Pening mencari solution. Ehhh...actually solution dah ada...saya la yang akan drive...cuma...belum ada experience drive jejauh dengan anak2 tanpa Baba...itu jer. 



Apa pun...segalanya akan terjawab nanti. Ada la tu nanti...cuma sekarang ni memang la tertanya-tanya...benda belum jadi kan...biasa la tu...manusia macam saya ni mana la reti nak bersabar...hehee...terkutuk diri sendiri pulak... ^_^



suweeeeeeeet tak?  ^_*



To Baba...dah 11 tahun kita bersama...kenapa Baba asyik busy jer? Teringat dan terindu pulak zaman Baba jadi 'ustaz' dekat al-Amin dulu...indah jer rasa...so...jadi la cikgu Ba...tiap-tiap malam confirm Baba ada dekat rumah...bergurau senda dengan Aufas dan juga sayang....heheee...

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Sunday, March 17, 2013

Amnina kena campak?

garu jangan tak garu...


"Mama rasa Amnina kena campak la..."

Sebab...seluruh badan Amnina naik ruam sejak pagi tadi

Aufa Qistina terkejut...terus bertanya...

"Haaa!!! Amnina kena campak dekat mana Ma???"

Aufa Irdina pun mereka cerita..

"Semalam Aufa nampak Amnina tercampak dekat bawah almari solek.."


kecil lagi..boleh la tayang peha yang gebu itu...hehee...tapak kaki pun dah naik ruam...


Kakak2 Aufa ingat Amnina memang betul-betul kena campak kot!

Hahaaa...diorang tak faham lagi...

Kesian Amnina...tergaru-garu jer

Setakat ni suhu badan normal lagi

Cuma selesema la yang asyik  datang bertandang


Tahun ni kesihatan anak-anak agak teruk sikit

Sikit-sikit demam..sikit-sikit selesema

Ke manakah hilangnya antibodi anak-anak Mama yang kebal itu???



lately gambar2 Amnina semuanya dalam versi mendongak! dan kali ni sangat ayu bersimpuh...walaupun agak seksi! Tengah leka tengok Upin Ipin...hehee...si baby sorang lagi tengah lena tidur...bangun awal sangat pagi tadi...


Ehhh...kalau tak demam..still dikira demam campak ke?

Cadangnya esok pagi baru nak bawa Amnina pergi klinik

Doakan yang baik-baik saja




Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Saturday, March 16, 2013

Hafal dialog!

Peringkat umur 1-3 tahun mindanya umpama span

Absorb semua yang ada depan mata

Aufa Kashfina sedang melaluinya

Sangat comel!
 
 
 
 
 

Keletah dia mengingatkan kami kepada Aufa Irdina...masa dia seusia Kashfina

Rupa paras, keletah dan ragam memang sebijik sebotol mereka berdua ni

Aufa Amnina pulak macam Aufa Qistina

Macam berjanji pulak ye!



Sekarang ni Kashfina akan tiru segala aktiviti kakak2 Aufa 

Menulis, melukis, berlakon, menyanyi, solat, mengaji

Apa sajalah!

Kadang-kadang apa yang Mama Baba buat pun Kashfina ikut

Memang sangat melucukan!

Memang sangat teruja melayan anak dalam usia 1-3 tahun ni

Sebabnya..minda mereka baru nak berkembang

So, dalam proses nak belajar tu memang banyak la aksi2 lucu yang terhasil



Yang menarik perhatian saya...bila Kashfina imitate dialog n acting dalam cerita Upin Ipin

Walaupun butir percakapan tak clear lagi

Tapi..Kashfina sangat confident untuk imitate!

Hahaaa...good job Kashfina!


Jom layan video ni...


video





video



Kashfina...Kashfina...

You're so funny!!!

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Entah...

Lately...hati ni asyik rasa merajuk...terasing...benci pun ada kadang-kadang...

Rasa macam nak lari jauh-jauh...nak lari dari dunia realiti yang penuh dengan kepalsuan....

Oh dunia ini penuh kepalsuan...oh mungkinkah tiada keikhlasan..apakah ini suatu pembalasan...kusedar kebesaranMu Tuhan


Ternyanyi pulak.....





Entah...

Bila kita berbaik dengan orang...bila kita bersikap jujur...setiapkali kita cuba mencari titik keadilan bagi sebuah silaturrahim...pasti akan terselit ujian dan dugaan yang menyentap emosi

Terasa lemahnya iman tatkala gagal meneutralkan emosi...



Manusia...kenapa kamu begitu kejam?




Dan...yang sebenar-benarnya...

Aku juga manusia...



Entah....



Adakah aku juga dalam kelompok manusia kejam?

Kerana tidak melayan segala ego dan kepentingan manusia lain?









Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Tuesday, March 12, 2013

Kisah berkisah


Assalamualaikum...apa khabar sssemuaa??

Oh! Makin lama makin malas nak update blog..banyak cerita menarik tentang Aufas tak sempat diabadikan di sini...

Lagi pun..malas nak ngadap laptop..so download la semula firefox for andriod dekat S II ni...pssttt...baru nak masuk 2 tahun saya guna S II dah release S IV...cepat bebenor!


uniform yang asalnya purple in color bertukar jadi coklat...apa kes ni Aufa? ⊙﹏⊙

Alhamdulillah..Aufa dah kembali bermotivasi untuk ke sekolah setelah bercuti a.k.a memonteng 2 hari...ikut Baba pergi ke UUM Sintok...n balik ziarah Wan n Tok di Gurun, Kedah

15hb ni Aufa ada peperiksaan pertama. Kesian Aufa..dia tanya saya.."Mama..periksa tu apa?".Moga puteri Mama mendapat manfaat daripada ilmu-ilmu yang telah dipelajari..

Malam tadi...selepas baca buku..Aufa duduk dekat saya n said.."Kesian Mama...kaki Mama sakit..Mama dah tua...Nanti Mama dah takda...Aufa nak tinggal dengan siapa..siapa nak jaga Amnina?"..dan air mata dia dah bergenang...

Mula-mula tu saja jer saya mainkan lagi emosi dia..biasa la..Mama yg notty..hehee..bila nampak dia makin sedih..tapi tak mengaku!..saya pun bagi solution.."Aufa doakan Mama n Baba panjang umur..doakan adik-adik Aufa..setiap kali lepas solat"...hmmmm Mama pun sentiasa berdoa moga Allah memberi pinjam nyawa Mama n Baba n anak2 MamaBaba..agar Mama dapat terus mendidik dan membesarkan kalian dengan sesempurna yg mampu..insha Allah..aameen Ya Rabbal 'aalameen







Baba...bulan March ni every weekend travel n ada program. Hari ni pun Baba takde..ada urusan di Kuala Lumpur...cuti sekolah nanti Baba akan bermusafir ke Thailand..aduyai..macamana nak balik kampung ni...dah rindu teramat rindu dengan family...huwaaaa...moga dipermudahkan urusan Mama nak balik bercuti di kampung..Aufas pun dah rindu juga tu..
 
Ok la..nanti kita sambung cerita..nak masak jap..nak masak kari daging...yea tau..dah jam satu baru nak masak...hehee..saja masak lewat sebab sarapan ada lagi..kalau boleh nak elakkan pembaziran...orait! see ya!













Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Friday, March 1, 2013

1.3.13

Assalamualaikum

Moga hidupku, hidupmu dan insan di sekeliling kita sentiasa dalam rahmat dan redha Ilahi

Aameen Ya Rabbal 'Aalameen



view pagi Jumaat yang berkat...mentari jingga menerjah hening pagi..


Pagi ni...rasa sedih menerpa diri. Banyak perkara yang mengganggu benak fikiran sejak kebelakangan ini. Sukar untuk diluahkan. Sememangnya emosi yang terganggu sangat perit untuk dihadapi bilamana terpaksa berhadapan dengan ragam dan kerenah manusia yang hanya memikirkan kepentingan diri sendiri.


Semalam dapat berita dari kakak di kampung...katanya..Abah dah 3 hari tak sihat...demam dan sakit2 sendi...darah pun naik...Allahu Rabbi...berikanlah kesembuhan kepada Abahku...kurniakanlah kesihatan yang baik kepada Mak Abah...aameen


Yang sebenar2nya, yang paling mengganggu emosi saya adalah........saya masih lagi risaukan keadaan Aufa Irdina. Pagi ni dia menangis lagi...walaupun malam tadi dia dah janji dengan saya yang dia takkan menangis. Dan saya pun ala-ala mengugut juga...kalau dia nangis..saya taknak ambil dia balik sekolah nanti. Tapi..nampaknya Aufa tegas dengan prinsip AAK (ada aku kesah!)





Buntu memikirkan apa yang harus dilakukan. Doa...insha Allah takkan putus harap dengan meminta bantuan Dia.


Oh Tuhan Yang Maha Esa...ampunkan hambaMu ini...aameen



Sayu diwajahmu...

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...