AufaZanKi

My photo
Special Thought For The Super Special Persons In My Life
Showing posts with label CONTEST. Show all posts
Showing posts with label CONTEST. Show all posts

Sunday, June 19, 2011

wildcutecat 1st giveaway: your baby's laugh photo contest


CONTEST?????
YUPPP CONTEST!!!!!

:)

NAK JOIN.....KLIK PADA BANNER DI ATAS YA! 

****************

IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL...

****************

PHOTO YANG INGIN DI CONTEST KAN....

FINA GELAK SAKAN TENGOK KARTUN YEA... :)

AUFA KASHFINA BINTI MOHD ZAKI nama diberi

11 FEBRUARI 2011 menjenguk dunia

di usia 3 bulan 13 hari, pada tarikh 24 MEI 2011 photo diambil

mamanya bernama IZZAN

***********************



Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Saturday, November 6, 2010

~*BABY & TOYS CONTEST*~


Join contest nie...
BABY & TOYS CONTEST
anjuran blog http://feaza.blogspot.com

Ada banyak foto yang dirasakan layak, dan ini yang dirasakan paling sesuai....

baby doll baru beli...so masing2 berebut2 nak susukan baby...including their baba...;p
AUFA IRDINA BT MOHD ZAKI [13 NOVEMBER 2006]
AUFA QISTINA BT MOHD ZAKI [12 DISEMBER 2007]


Tentang gambar:

*baby doll tu sebenarnya milik Aufa Qistina..tapi kakak Aufa Irdina yang beria2...hehe, sebabnya mainan Strawberry Shortcake dia tak boleh buka di situ...banyak sangat aksesorinya...
*baby doll nie special...boleh minum susu (siap ada sound effect lg! ), boleh kencing bila dah minum susu, boleh nangis, boleh ketawa sambil gerak2kan tangan n kaki...hehe, tu yang tak sabar masing2 nak main...tak sempat balik rumah dulu! hehehe


Nak tag siapa ek????
Errmmm antara syarat contest nie kena tag  3 orang member...
So...dengan penuh rasa rendah hati...
Sy nak tag....





Member2 yang lain
Jom la join sekali
Yang takde anak lagi pun boleh join
Asalkan gambar yg korang ada tu berkaitan dengan contest
Okey la
Salam...
:)




Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

~*SHOPPING WITH KIDS CONTEST*~

Nak join contest...
SHOPPING WITH KIDS CONTEST
:)

Contest nie anjuran blog http://aiqhil.blogspot.com

Jika kamu semua berminat nak join contest nie...
Boleh klik di banner ini yea...
Jom la join...
:)



Gambar yang dirasakan layak untuk contest ini adalah.....


AUFA IRDINA BT MOHD ZAKI, 3 TAHUN
AUFA QISTINA BT MOHD ZAKI, 2 TAHUN


Tentang gambar:
*Candid photo sewaktu membawa Aufa2 shopping di Berjaya Megamall, Kuantan Pahang.
*Memang agenda pada hari tersebut adalah hari shopping Aufa2, so hanya membiarkan Aufa2 memilih apakah barang yang ingin dibeli tanpa sebarang sekatan....(time ada duit boleh la buat macam nie... ;D)
*Barang yang menjadi pilhan hati Aufa2 adalah aksesori2 seperti spek mata, klip rambut, cekak...yang dibeli di Sinma...(nasib baik murah! hahaha)
*Antara agenda wajib bila bertandang ke Megamall nie..adalah naik 'horse'...walaupun bukan horse...hehe...sekali naik kena bayar RM2...
*Disebabkan 'horse' nie teratak betul2 di hadapan restoran Kenny Rogers & Pizza Hutt...so memang kena isi perut juga la...
*As long as they're happy...we'll allow them to do whatever they wanna do...but everything is under supervision... :)


Okehhh
I'm done my part
So...kamu tunggu apa lagi...
Jom la...jom la...jom la...
JOM LA JOIN CONTEST NIE
Juz for fun...
:)


Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Sunday, March 21, 2010

Zaki & Izzan VS BroFramestone & Khaizarien

"Pertemuan sekali ini bagi diriku amat beerti...tetapi ku bimbang untuk menyatakan...bimbangkan berulang kesilapan" - Suratan atau Kebetulan

Begitulah boleh diungkapkan pertemuan antara Zaki dan Izzan. Masing2 masih dalam kebingungan kerana perlu bangkit dari kekecewaan masa lalu. Pertemuan bermula di dalam satu program anjuran Nadi al-lughah (Arabic Club) di UIA pada tahun 2002. Ketika itu Zaki bersama kumpulan nasyid Marjaan (popular di UIA) telah dijemput untuk memeriahkan majlis, sementara Izzan merupakan AJK untuk majlis tersebut. Maka bermulalah episod 'pandang2 jeling2'. Satu perasaan sudah mula berputik antara teruna dan dara ini...namun masih ingin disembunyikan atas dasar profesional...hikhik...Dan episod 'pandang2 jeling2' ini telah diwarnai dengan kemerduan suara Zaki yang mendendangkan lagu ini...
'Senyum seindah suria yang membawa cahaya...senyumlah dari hati duniamu berseri'
Hebat kan...ada lagu tema! Zaki merenung Izzan sambil menyanyikan lagu itu...seolah2 mengambil peluang untuk meluahkan rasa hati. Izzan merasakan yang dia perlu mengontrol keayuan...lalu tunduk menahan rasa malu. Macam drama pulak! Izzan sebenarnya tidak ingin mengharapkan apa2 daripada pertemuan itu..kerana bimbang akan berulang kesilapan. Namun Zaki telah memberi sedikit keyakinan dengan mendapatkan nombor telefon Izzan (macho la konon!)

Dan bermulalah episod 'tak kenal maka tak cinta'. Dalam episod ini mereka saling mengenali hati budi masing2 walaupun pernah satu ketika mereka tersilap umur. Huahuahua....Zaki menyangkakan Izzan seusia dengannya...realiti sebenar adalah umur Izzan terlebih satu angka (lebih tua dari Zaki!). Selama lebih 2 tahun menyemai benih menyulam rasa (benih cinta yea!)...mereka cukup tegar melawan, menepis, menangkis dan mengelak setiap onak dan duri yang merintangi perjalanan episod ini. Dan boleh juga ditamsilkan seperti lautan gamaknya...adakala tenang membuai rasa, adakala gelora menggegar dada. Namun begitu, Zaki dan Izzan merasakan mereka cukup serasi bersama dan tiada apa yang mampu memisahkan mereka lagi.

Pernah di suatu ketika, ada insan lain cuba untuk menyulam kata dan ingin meminang Izzan. Namun Zaki amat pantas merebut peluang dan akhirnya, pada 19 Disember 2004 keluarga Zaki bertandang ke Melaka untuk meminang Izzan. Alangkah gembiranya hati Izzan kerana ada juga yang sudi meminangnya..(sengal!). Episod 'darah manis' pun bertamu. Izzan merasakan wujudnya keserasian yang jitu antara dia dan Zaki kerana dua cintanya sebelum ini dia yang dengan beraninya memutuskan hubungan itu (dengan alasan...tidak serasi!..dan Zaki cintanya yang ke 3! ok tak? ). Zaki juga seorang yang sangat romantik dan penyayang...sehinggakan Izzan boleh 'lebur' dengan sikap semulajadi Zaki itu. (huahuahua!). Bila melihat Zaki, Izzan merasakan Zaki mempunyai satu karisma dan aura yang sukar untuk dicari pada mana2 lelaki. Mungkin sebab itulah dia menjadi kegilaan ramai semasa di Universiti. Dan Izzan sungguh berbangga dan bersyukur kerana dapat menakluk cinta Zaki biarpun berjuta dugaan dan rintangan yang terpaksa ditempuhi (serius! dugaan yang sungguh hebat!). Yang paling penting, Zaki dikatakan mampu membimbing Izzan dalam apa jua keadaan samada urusan dunia mahupun akhirat. Itu yang amat diperlukan oleh Izzan dalam hidupnya. Dan pastinya Izzan merasakan bahawa Zaki mempunyai pakej yang redup mata memandang...(kalau tak..takkanlah sampai sekarang pun ada yang masih minat pada dia! issshhh!!).


Setelah setahun berdarah manis...mereka diijabkabulkan menjadi 'kekasih halal' dengan cop JAIM pada 9 Disember 2005. Maka tamatlah sudah episod 'darah manis' dan bermula pula episod 'anugerah cinta'. Mereka berdua memadu kasih memetrai janji sebagai suami isteri sehingga ke hari ini. Pahit manis, suka duka semuanya dikongsi bersama. Berkat perkahwinan itu, mereka telah dihadiahkan dengan dua puteri comel yang menjadi penyeri kehidupan mereka setelah hampir lapan tahun menyulam kasih. Alhamdulillah...inilah yang dinamakan 'anugerah cinta'.....


~*TAMAT dan akan bersiaran secara langsung setiap hari tanpa SIARAN ULANGAN*~

Voila!!! Ada macam telenovela tak cerita kat atas tu??? Apa??? Tele-boleh-blah??? Hahahaha...actually aku join contest yang dianjurkan oleh Bro Framestone di blognya. Juz for fun n aku teringin nak memeriahkan suasana setelah mendapat 'green light' daripada mr zorro. Bro Framestone buat contest 'sweet couple' even aku rasakan kami bukanlah sweet sgt pun...kami hot!!!!weeeeee~~


Kalah menang bukan ukuran...sebab hadiah pun tak tau apa kan...terimalah slogan wajib untuk contest ini...



BroFramestone & Khaizarien merupakan pasangan serasi yang sungguh sweet dan da boom! namun status masih 'pending' kerana belum diijabkabulkan, sedangkan kami sudah 4 tahun serasi dan hot menjadi kekasih halal dengan cop JAIM. Dan mereka tidak boleh mengalahkan pasangan Zaki & Izzan.
Dengan ini Kami ingin mengistiharkan perang ke atas pasangan BroFramestone & Khaizarien. Undilah kami pada 01 - 04 April 2010.


Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...