AufaZanKi

My photo
Special Thought For The Super Special Persons In My Life

Tuesday, April 27, 2010

~*Ayat 1000 Dinar : Faham & Amal*~

      Surah at-Thalaaq: 2-3


PEMAHAMAN AYAT

** Barangsiapa yang takutkan Allah Taala dengan memelihara hukum2Nya nescaya Allah Taala akan mempermudahkan jalan penyelesaian bagi setiap masalah yang dihadapinya. Jua akan dikurniakan rezeki yang melimpah-ruah malah adakalanya seperti mendapat durian runtuh atau rezeki terpijak.
** Bagi sesiapa yang menyerahkan segala urusan hidupnya kepada Allah Taala setelah berusaha dan berikhtiar serta yakin dengan ketentuan Ilahi, nescaya Allah Taala akan memperlengkapkan keperluan dunia dan agamanya.
** Sesungguhnya Allah Taala Maha Mengetahui segala apa yang terjadi kepada hamba2Nya dan janji Allah Taala itu pasti. Seperti bait2 lagu nasyid ini :
"Kesenangan yang datang tak akan selamanya..Begitulah selepas susah ada kesenangan..Seperti selepas malam datangnya siang..Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan"

SEBAB AYAT DITURUNKAN

Menurut kata Mufassirin ( Ahli Tafsir ), sebab ayat 1000 dinar diturunkan Allah adalah kerana peristiwa berkaitan seorang sahabat Rasulullah SAW bernama Auf bin Malik al-Asyja’i yang mempunyai anak lelaki yang telah ditawan oleh kaum Musyrikin. Beliau mengadu perkara itu kepada Rasulullah SAW dan Baginda meminta Auf supaya bersabar sambil bersabda kepadanya yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah akan memberi jalan keluar kepadamu.” Baginda SAW meminta Auf dan isterinya memperbanyakkan bacaan:
" La haula walaa quwwata illa billaah"
Ternyata tidak lama selepas itu anaknya dilepaskan daripada tawanan pihak musuh dan dalam perjalanan ia terserempak seekor kambing kepunyaan musuh lalu dibawanya kambing itu kepada ayahnya. Kemudian turunlah ayat yang bermaksud: “Siapa yang bertakwa kepada Allah, Dia menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka dan tidak terfikir sebelumnya.”


MENGAPA DINAMAKAN AYAT 1000 DINAR?

Diceritakan bahawa seorang saudagar telah membayar sebanyak seribu dinar untuk mendapatkan ayat ini yang dikatakan fadhilatnya ialah mendapat menyelamatkan pembacanya dari malapetaka. Di dalam perjalanan pulang, kapal saudagar ini telah dipukul ombak dan beliau terus membaca ayat tersebut. Dengan izin Allah SWT, hanya beliau seorang saja yang terselamat dari bencana itu.
  

KELEBIHAN MEMBACA AYAT SERIBU DINAR

** Akan dipermudahkan jalan rezeki jika diamalkan membacanya setiap hari terutamanya selepas solat.
** Dibaca apabila kita hendak bertawakkal terhadap sesuatu perkara.
** Dapat menghilangkan kerisauan dan keresahan hati.
** Dibaca ketika hendak menaiki kenderaan.
** Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali dan diberi minum, insha Allah si pesakit akan sembuh.
** Dibaca ketika ditimpa sebarang musibah atau kecelakaan.


 Jika diperhatikan terdapat segelintir masyarakat Melayu Muslim yang menggantungkan atau menjadikan ayat 1000 dinar sebagai perhiasan di dinding rumah. Malah ada juga yang menganggap dengan menggantungkan ayat 1000 dinar di rumah, rezeki akan mudah masuk ke dalam rumah ( dalam erti kata lain, murah rezeki ). Ini adalah bidaah yang boleh membawa kepada khurafat dan akhirnya menjadi syirik. Kepercayaan yang sebegini amatlah merugikan diri sendiri. Boleh saja jika ingin menggantung ayat2 al-Quran di dinding rumah, namun niat itu perlu diperbetulkan. Rezeki tidak akan datang bergolek  tanpa usaha. Ayat2 al-Quran fungsinya adalah untuk dibaca dan difahami maksudnya lalu dijadikan amalan agar mendapat keberkatan. Dan sebanyak mana sekalipun ayat2 al-Quran dibaca, segal2nya terletak pada keizinan Allah Taala. Usaha+Ikhtiar....Tawakkal.

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Saturday, April 24, 2010

~Kau Yang Satu*~



Kaulah Yang Maha Esa
Kaulah Yang Maha Pengasih
Kaulah Yang Maha Penyayang
Tiada hidup tanpaMu

Kaulah Yang Maha Agung
Kaulah Yang Maha Mengetahui
Tuhan dunia akhirat
Tiada aku tanpaMu

Bilaku rasa pilu
Bilaku rasa resah
Bilaku kekosongan
Kau tempatku mengadu

Oh Tuhan yang satu
Engkaulah Tuhan yang satu

Segala puji-pujian
Kutujukan padaMu...padaMu
Dan hidup dan matiku
Hanyalah
UntukMu..untukMu...untukMu

Lagu&Lirik : M.Nasir
Artis : Ramli Sarip


**Lagu ini sungguh menyentuh qalbu...cubalah dengar dan hayati bait2 lirik lagu ini. Terasa ingin mengalir air mata keinsafan...bila mengenangkan betapa agungnya kasih sayang Yang Esa terhadap hamba2Nya, biarpun terlalu ramai yang murka dan mengingkari perintahNya.

** Kau Yang Satu


Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Friday, April 23, 2010

~*ibu bapa idola anak-anak*~

Pagi tadi lepas solat Subuh saya terus sambung tidur...anak2 pun masih lena lagi. Yang sebetulnya, malam tadi saya sukar nak lena...badan rasa sakit2...maklumlah urat dah banyak putus...hehee. Tiba2 saya terjaga coz saya rasa ada orang usap kepala saya...terkejut la coz mr zorro kan ada di Kuantan. Bila saya buka mata, dia cepat2 bersuara..." Mama tidur yea...Aufa usap kepala mama". Huh! Aufa Irdina rupanya...di kampung Aufa memang akan bangun awal pagi...kadang2 tu pukul 7 pagi dah bangun tidur...tak dapat la mama nak sambung tidur lagi...:))

Aufa Irdina suka tiru apa yang saya buat. Dan memang lumrah kanak2 seusia dia..akan cepat mengikut perlakuan orang lain. Bila dia dah usap kepala saya dan siap suruh saya sambung tidur lagi tu...rasa segar sikit mata nie...Bukan setakat usap kepala, sekali dengan urut kaki. Macam faham jer yang mama nie tengah sakit2 badan...kemudian dia suruh saya ucap terima kasih pada dia...hehee sungguh comey budak itu!!!

 

Imam al-Ghazali pernah berkata:
"Anak2 adalah amanah ke atas ibu bapa, jika dia terbiasa dengan benda yang baik, dia akan membesar dalam kebaikan dan biasa dengan kebaikan itu. Dan jika anak2 dibesarkan dalam suasana yang tidak baik, maka menderitalah dia dan binasa."

Begitulah tanggungjawab ibu bapa dalam mencorak anak2 sedari dalam rahim lagi. Bahkan sebenarnya ia perlu bermula dari masa ibu dan bapa "bersama" iaitu  melakukan hubungan intim dengan berlandaskan adab dan sunnah Baginda SAW, bukan sekadar melepaskan nafsu di dada. Setiap perlakuan dan tingkah laku ibu bapa merupakan cermin kepada anak2, justeru ibu bapa perlu sedar dan berusaha untuk menjadi idola kepada anak2.

Untuk menjadi idola bukanlah satu perkara yang mudah namun tidaklah sesukar mana. Menjadi ibu bapa mempunyai banyak kelebihan dan keistimewaan. Seandainya bijak mengaplikasikan keistimewaan yang ada, maka mudahlah jalan untuk bergelar idola  kepada anak2. Antara keistimewaan2 itu adalah: 

  • Rezeki terbentang luas. Anak2 juga merupakan rezeki yang tidak ternilai harganya. Anak2 inilah yang akan menjaga dan membela nasib ibu bapa seandainya anak2 sentiasa dididik dan diberi contoh yang baik. Jika anda sudah mempunyai anak, saya yakin pasti anda akan menyaksikan perubahan demi perubahan kepada jalan rezeki anda sekeluarga. Dan perlu diingat bahawa rezeki tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit, ianya boleh dilihat dari segi corak kehidupan yang tenang dan bahagia. 
  • Tinggi martabat di sisi Allah Taala. Anak2 dilarang menderhaka kepada ibu bapa kerana keredhaan Allah Taala terhadap seorang anak terletak pada keredhaan ibu bapa. Manakala kemurkaan Allah Taala merupakan susulan daripada kemurkaan ibu bapa terhadap anak. Jadi, perasaan ibu bapa terlalu istimewa. Anak2 dilarang sama sekali menyakiti hati ibu bapa apatah lagi melakukan perkara2 yang boleh melukakan hati mereka. Allah juga mengangkat martabat ibu sehinggakan syurga seorang anak terletak di bawah tapak kaki ibu. 
  •  Mendapat pelbagai ganjaran dan kebaikan. Betapa istimewanya ibu bapa di sisi Allah Taala mahupun masyarakat. Lebih2 lagi sekiranya ibu bapa mengamalkan kehidupan yang positif hingga mampu melahirkan anak2 yang cemerlang dunia akhirat. Bukan saja mendapat tempat yang istimewa di dalam syurga, bahkan sentiasa dipandang mulia oleh masyarakat sekaligus menjadikan mereka idola.
Jadikanlah dunia sebagai ladang di mana tempat anda menyemai benih, menabur baja agar anda dapat menuai hasilnya di akhirat kelak. Jadilah idola terbaik buat anak2 anda kerana orang pertama yang akan diperhatikan dan ditiru oleh anak2 adalah ibu bapa. Jika baik akhlak dan perilaku yang dipamerkan, maka itulah yang akan terbias dalam diri anak2. Sepanjang hayat manusia akan melalui proses pembelajaran, setiap hari kita akan mempelajari perkara yang baru. Manfaatkan ia dengan sebaik2nya dengan belajar, menilai dan mengaplikasi. Mudah2an anda bakal menjadi idola kepada anak2 anda...

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Monday, April 19, 2010

~*@ Masjid Tanah, Melaka*~




Ariff Fahmi, Aufa Qistina, Aufa Irdina


kanak2 riang sedang bermain "jalan2 itik"..;D


dalam rumah pun sibuk nak pakai tudung


train hasil kreativiti Aufa Irdina


budak perasan comey!!!



ini rumah mak abah melaka


nie..........budak gemuk gebu.....;p


Kami masih berada di kampung halaman...di Jalan Sekolah Lama, Kg Air Limau, Masjid Tanah Melaka. Bermakna sudah 2 minggu kami tinggalkan bandar Kuantan buat seketika.

Actually aku takde idea nak update blog lately...so jadikan gambar sebagai penyelamat...hehehee





Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Friday, April 16, 2010

~*lawak sengal di alam perkahwinan*~

LAWAK SENGAL 1


Cerita Pengantin Malam Pertama untuk pengantin baru yang bernama Ramli. Dalam keheningam malam penuh syahdu, Ramli masuk kekamar kerana mengantuk.(kemungkinan ada juga rasa yang lain - paham-paham je lah..pengantin baru!)

Dilihat isterinya sudah berselimut dari hujung rambut ke hujung kaki.

"Malu agaknya. Maklumlah malam pertama..." bisik hati ramli.

Dimatikannya lampu dan dia pun berbaring di katil. Dicelah-celah suara kodok menyeru pasangannya, terdengar suara isteri berbisik, penuh romantis, "Buah papaya dah masak ranum, bila tupai nak datang merasa ?"

"Dah, apa cerita ni ?" tanya ramli dlm hati. Separuh malam dia berfikir. "Oh, agaknya isteri ku teringat kampung halaman.. Sian.. sampai mengigau ? Takpelah, biarlah dia tidur" bisik hatinya penuh understanding.

Malam kedua adegan yang sama cuma dialognya agak berbeza. bisik isteri "Sawah bendang dah siap dibajak, bila pak tani nak turun menyemai?" "kesiannya bini aku.. masih ngigau lagi.. aku mesti cari penawar !" ramli bertekad.

Esok harinya, ramli bercerita pada ayah yang kebetulan datang untuk bertanya khabar 'pengantin baru'. "Lah.." keluh ayah ramli, "aku hantar belajar sampai Universiti, benda macam ni pun kau tak paham?"

Ayahnya pun mula bercerita perihal adam & hawa, laila & majnun, romeo & juliet...(yang relevan untuk pegantin baru je!) Sepatah cakap orang putih "about the birds & the bees".

"oh. cam tu." sengih ramli, "baru saya paham. Taulah apa nak buat malam ni!"

Malam yang sangat ditunggu-tunggu ramli pun tiba...adegan sama dikamar tidur. cuma kali ini isterinya membisu seribu bahasa. "lah.. nape pulak senyap. takkan dia give up" tertanya-tanya si ramli. Setelah sekian lama tanpa suara dari isteri, ramli pun berkata, "Dah lapar betul rasanya perut, boleh tupai datang merasa?"

Malam dingin semakin sunyi.. tak jawab pun... "Kain pelikat dak disinsing rapi, boleh pak tani turun menyemai ?" pun..masih takde jawapan... ramli mencuba lagi. "Juruterbang dah siap sedia...boleh pesawat turun mendarat ?"

Sayu sekali jawapan si isteri dari bawah selimut, "Maaf tuan... Landasannya baru saje banjir...!"

Moral cerita: Pada kaum lelaki - Kalau nak naik pelamin, jangan tunggu sampai cukup bulan. Nanti dah datang bulan kan rugi sendiri..

 
LAWAK SENGAL 2

Surat Rasmi Nak Kahwin Lagi



Suami bin Lelaki
17, Jalan Angkasa
24300, Kemaman
Terengganu.


Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa
24300, Kemaman
Terengganu.

28 Ogos 2008


Puan,
PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI


Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Intan Baizura binti Mohd Haris yang merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan diisi di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.

 
4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.



Sekian, Terima Kasih.

BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA



Yang Ikhlas Memohon,

Suami bin Lelaki
 
 
LAWAK SENGAL 3
 
Di suatu malam yang dingin, di dalam sebuah bilik yang sederhana besar, di atas katil...... sepasang suami isteri yang telah lanjut usia baru masuk tidur.

Suaminya telah mula mengantuk tapi isterinya terbangkit perasaan ghairah malam itu....


Si isteri bersuara, "Dulu-dulu tu.... abang selalu pegang tangan saya bila kita nak tido." Suaminya dengan separuh sedar, menggenggam tangan isterinya, lepas tu mula mengantuk semula.

Beberapa ketika lepas tu, si isteri bersuara lagi, "Kemudian tu.... abang selalu cium saya." Si suami dengan rasa terganggu, mengangkat kepalanya dan menyentuh bibirnya ke pipi si isteri. Lepas tu sambung tido balik.

Selepas beberapa saat, si isteri bersuara lagi, "Kemudian tu.... abang selalu gigit-gigit leher saya......." Dengan perasaan marah dan geram, si suami melontar selimutnya dan bangun dari katil tu.

Si isteri bertanya, "Abang nak gi mana tu?" Dengan marah suaminya menjawab, "Nak gi amik gigi ...la ni"
 
 
 

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Tuesday, April 13, 2010

~*pengalaman berharga di PAC JAKIM*~

Alhamdulillah...akhirnya berjaya juga saya mengikuti Pusat Penilaian JAKIM, atau PAC JAKIM. Segala debaran, gusaran, 'nervous'an berjaya saya tamatkan dengan penuh tawakal. Usaha sudahpun dibuat...kini saya serahkan segalanya kepada penilaian pihak JAKIM. Andai sudah termaktub rezeki saya berada di JAKIM...saya terima dengan penuh kesyukuran. Dan andainya tiada rezeki bersama JAKIM...saya terima dengan penuh keredhaan. Hanya Dia yang Maha Mengetahui hakikat hidup hambaNya. Hanya doa yang sentiasa saya panjatkan agar dipermudahkan ruang rezeki untuk saya dan famili....amiin...

Hehehe...inilah wajah 'gumuk' saya di awal pagi Ahad...sempat lagi nak bergambar tue...sepanjang program saya menderita sakit kaki...coz dah lama x pakai kasut sarung...fuhhh sampai bengkak kakiku!!! Kena naik turun tangga setiap kali habis aktiviti. Sampai hari nie masih terasa penat dan sakit...balik rumah pun nak kena tengok anak2 juga kan...Aufa2 pun rindukan mamanya yang 'gumuk' ini...hehehe

sepanjang 2 hari, namaku adalah 125... ;)


Pengalaman yang amat berharga telah diperolehi sepanjang 2 hari. Ada 9 aktiviti yang telah menilai keupayaan dan kekreatifan minda semua calon yang terlibat. Secara peribadi saya merasakan program ini telah berjaya menyuntik keyakinan diri saya dalam berhadapan dengan khalayak, menjadikan saya lebih bersedia dari segi fizikal, mental dan emosi serta dapat memperbaiki beberapa kelemahan yang ada dalam diri saya. 

AKTIVITI 1 (Penyelesaian masalah)

Setiap kumpulan dikehendaki berbincang dan bekerjasama untuk menyelesaikan masalah. Pertama sekali fasilitator minta kami masukkan lidi sate ke dalam belon yang telah ditiup dan lidi sate perlu menembusi belon tersebut (macam bentuk love yang kena panah tu...;p). Alhamdulillah kami berjaya melakukannya. 

Kemudian, kami diminta untuk menyelesaikan satu permasalahan yang tajuknya adalah "Suara dari kubur". Ceritanya adalah mengenai jenazah yang telah selamat dikebumikan, tiba2 ahli keluarga jenazah terdengar suara dari dalam kubur. Mereka sangat terkejut hingga timbulnya konflik. Isteri jenazah minta kubur digali semula. Anak yang pertama yang bekerja sebagai ahli geologi dan anak kedua yang bekerja sebagai pakar perubatan tidak memberi apa2 komen. Anak yang ketiga yang bekerja sebagai artis meminta untuk membuat liputan media, manakala anak yang keempat yang merupakan pegawai kanan polis meminta ditangguhkan penggalian dan anak kelima meminta seluruh ahli keluarga membaca yaasin dan membuat tahlil untuk jenazah. Jadi, tugas kami adalah untuk berbincang bersama ahli kumpulan untuk mencari penyelesaian terbaik bagi permasalahan itu dan membentangkan hasil perbincangan di hadapan semua. Jawapan kami....kubur tidak perlu digali. Apa pendapat anda?


AKTIVITI 2 ( Wacana Intelek )

Dalam aktiviti yang kedua ini, kami telah ditugaskan untuk  berbincang mengenai tajuk "Ikon Muslim Masa Kini". Masing2 dikehendaki memberi pandangan, idea, fakta berkenaan tajuk yang diberi. Bagi saya, Nabi Muhammad SAW adalah ikon Muslim sepanjang zaman hinggakan orang barat sendiri mengakui bahawa Nabi Muhammad SAW adalah individu yang berada di tempat pertama daripada 100 orang yang paling berpengaruh di dunia. Namun untuk mencari ikon Muslim di Malaysia memang susah. Saya sendiri tidak pasti siapa yang layak digelar ikon.


AKTIVITI 3 ( Pengucapan Umum Bahasa Melayu )

Aktiviti yang paling menyesakkan dada, menyerabutkan minda. Pengucapan awam BM ini adalah secara spontan, yang mana calon diminta untuk mencabut salah satu daripada 20 tajuk yang telah diberi awal. Persediaan yang diberikan hanya 5 minit, dan kemudian perlu memberi ucapan dalam masa 5 minit. Ini adalah 20 tajuk yang telah disenaraikan, dan saya telah tercabut tajuk "Dasar Penjimatan Negara". 



AKTIVITI 4 ( Ujian Qiraah al-Quran )

Setiap calon diminta untuk membaca ayat2 al-Quran mengikut fasahah dan tajwid. Ada juga calon yang diminta untuk menerangkan hukum tajwid. Apa yang saya perhatikan, ramai calon yang gagal membaca al-Quran mengikut fasahah tan tajwid yang betul. Ianya betul2 membimbangkan kerana calon2 yang ada begitu hebat memberi idea, berhujah dalam aktiviti2 lain, namun dalam sessi membaca ayat2 al-Quran mereka seolah2 menyerah kalah. Dalam kumpulan saya ada 15 calon dan saya dapati lebih daripada separuh yang gagal membaca al-Quran dengan baik, seperti sebutan huruf yang longgar...huruf qaaf yang sepatutnya tebal dinipiskan sehingga kedengaran seperti huruf kaaf, huruf haa' dan haa' simpul...ada beza dari segi sebutannya, huruf raa', 'ain, ghiin dan bayak huruf lagi lah. Semasa di universiti dulu ada satu subjek yang khas untuk sebutan arab iaitu arabic phonology dan ianya subjek wajib bagi pelajar jurusan bahasa arab. Alangkah beruntungnya saya...(time saya kena baca ustazah tak tegur apa2 pun...saya kira bacaan saya betul la kot...hehehe) kalau sekadar belajar tanpa praktik...ibarat pokok tanpa buah la kan...


AKTIVITI 5 ( Pengucapan Umum Bahasa Arab )

Tajuk untuk pengucapan awam bahasa Arab dan bahasa Inggeris telah diberikan awal semasa pendaftaran. Tapi kami hanya berkesempatan untuk merangka semua isi2 selepas 10 malam hari Sabtu. Saya telah mencabut tajuk "Al-'Ilmu nuur" atau maksudnya ilmu itu cahaya.


AKTIVITI 6 ( Pengucapan Umum Bahasa Inggeris )

Tajuk yang telah saya cabut adalah "Global Warming". Nasib baik saya bawa laptop..dapat juga cari info di internet.

AKTIVITI 7 ( Kendalian Mesyuarat )

Dalam aktiviti ini, setiap calon yang mengikut kumpulan masing2 perlu melakonkan watak seperti dalam mesyuarat. Setiap calon dikehendaki mencabut watak yang harus dilakonkan dan saya perlu melakonkan watak sebagai wakil daripada Jabatan Mufti. Mesyuarat yang diadakan adalah berkenaan budaya pengkid. Sebagai wakil daripada Jabatan Mufti, saya diminta untuk mengeluarkan fatwa berkenaan budaya pengkid dan memberi cadagan untuk mencegah budaya pengkid di Malaysia.


AKTIVITI 8 ( Debat Parlimen )

Aktiviti ini adalah aktiviti yang paling hangat sepanjang program berlangsung. Kami dikehendaki mewujudkan suasana dewan rakyat dengan membahaskan tajuk "Poligami dapat membentuk keluarga bahagia". Saya ditempatkan di pihak kerajaan sebagai pencadang. Aduhai...susah sungguh nak twisskan minda supaya bersetuju dengan poligami sekaligus membentangkan usul yang menyokong tajuk. Sampai sakit kepala dibuatnya...Seronok sangat dapat take part dalam debat nie...sampai terlupa yang kita sedang dinilai. Kadang2 nak ketawa pun ada bila melihat ada calon2 yang dah macam Yang Berhormat pulak!...Pengalaman yang sungguh berharga.

AKTIVITI 9 ( Terjemahan )

Kami diminta untuk menterjemah petikan dalam 3 bahasa..BM ke BI, BI ke BM, BM ke BA, BA ke BM...masa tengah translate BM ke BA..terlupa perkataan 'kulit' dalam bahasa arab...tinggalkan kosong jer la...hmmm

 
Itulah dia bentuk penilaian yang dibuat sepanjang 2 hari PAC JAKIM. Segala usaha yang telah dibuat...hanya perlu tawakal. Sentiasa percaya pada rezeki yang Allah Taala kurniakan...insha Allah moga Allah permudahkan segala urusan...

bersama Maria, roomate yang juga satu group public speaking








Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Friday, April 9, 2010

~*berilah peluang aku hidup*~



  Alhamdulillah...terubat juga rasa geram dan sakit hati atas "kehilangan" karangan entri yang telah dibuat semalam. Dan yang lebih membuatkan perasaan ini terubat adalah apabila teks khutbah Jumaat terbitan JAKIM ini hampir kebanyakannya sama dengan isi kandungan entri yang "hilang" itu....alhamdulillah syukur padaMu Ya Allah...mungkin inilah hikmah disebalik apa yang berlaku. Kini aku redha dengan 'kehilangan'nya....


" BERILAH PELUANG AKU HIDUP  "
( 9 April 2010 / 24 Rabiulakhir 1431H )



Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah,
Marilah kita sama-sama mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita berjaya menjadi insan yang berbahagia di dunia dan di akhirat. Mimbar yang mulia ini akan membincangkan tajuk " BERILAH PELUANG AKU HIDUP "

Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah,
Dunia ini pernah dicemarkan oleh sejarah hitam dalam tamadun manusia disebabkan ketiadaan aqidah dalam kehidupan. Masyarakat ketika itu hilang sifat kemanusiaan sehingga sanggup membunuh dengan menanam anak-anak terutama anak-anak perempuan hidup-hidup kononnya mempertahankan maruah diri, keluarga dan kabilah. Amalan  jahiliyah tersebut kini berulang lagi malah lebih dahsyat di mana sesetengah bayi dibuang di merata-rata tempat kerana malu kepada masyarakat. Tempat-tempat pembuangan ialah di belakang rumah, di tepi jalan, di tepi hospital, di masjid, di tepi sungai, dikedai, ditempat pembuangan sampah, dihentian bas, ditandas dan lain-lain lagi. 

Menurut statistik daripada pihak berkuasa di dapati jenayah membuang bayi terus meningkat dari tahun ketahun. Umpamanya pada tahun 2009 sebanyak 79 kes berbanding 76 kes pada 2007 di seluruh negara. Sepanjang tempoh 2004 sehingga 2009 sebanyak 485 kes . Sebilangan besar suspek tergolong dalam kumpulan umur 18 hingga 25 tahun

Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah,
Kepada kita dan remaja khasnya, mimbar ini ingin mengingatkan bahawa zina dan tindakan membuang bayi adalah merupakan perbuatan jenayah yang amat besar dosanya serta berat hukumannya di sisi Islam. Firman Allah SWT di dalam surah Al-Isra’ ayat 32:

 Maksudnya: " Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat." .

Manakala firman Allah SWT di dalam surah An-Nisa' ayat  93 pula ialah:

Maksudnya: " Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja maka balasannya ialah neraka jahanam,  kekal dia di dalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknatkannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar " .

Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah,
Mengikut kajian terdapat beberapa faktor menyebabkan berlakunya jenayah ini. Faktor terbesar ialah keterlanjuran dalam menjalin hubungan percintaan, pergaulan dan amalan seks bebas sebelum adanya ikatan perkahwinan yang sah mengikut hukum syarak, institusi keluarga yang bermasalah tiada persefahaman, bergaduh atau bercerai. Oleh itu setiap ibubapa perlu sedar bahawa masa hadapan anak-anak terletak kepada suasana tarbiyah dalam rumahtangga yang mereka bina. Jika suasana keimanan, keharmonian dan kasih sayang, nescaya Allah SWT akan mengurniakan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Firman Allah SWT di dalam surah At-Thuur ayat  21:

Maksudnya: " Dan orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, kami hubungkan dengan mereka zuriat mereka dan kami tidak mengurangi sedikit pun dari pahala amal-amal mereka tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya " .

Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah,
Selain itu,  faktor dalaman diri remaja juga merupakan punca kepada gejala ini. Kurang fahaman agama dan akhlak yang luhur menyebabkan mereka dikuasai oleh nafsu jahat sehingga berlakunya zina dan menyebabkan lahirnya anak luar nikah yang akhirnya dibuang kerana takut dan malu kepada keluarga serta masyarakat. 
Penayangan filem berunsur seks oleh media elektronik, ( VCD ) lucah serta gambar pornografi di dalam internet juga menjadi punca yang turut merangsang para remaja terjebak ke lembah perzinaan yang membawa kepada lahirnya anak luar nikah di samping berleluasanya program-program hiburan yang melampau dalam masyarakat.

Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah,
Perbuatan membuang bayi dimerata tempat dan terdedah kepada berbagai risiko termasuk kematian; di samping ada di antaranya menjadi mangsa binatang buas adalah satu jenayah yang amat zalim dan keji serta lebih hina tarafnya daripada haiwan. Malah haiwan lebih baik kerana mengasihani dan memelihara anak dan sanggup mati demi keselamatan anak-anak. Inilah implikasinya apabila rohani para remaja tidak di isi dengan ajaran agama. Renungilah amaran Allah SWT di dalam surah Al-A'raf ayat 179:
 
Maksudnya: " Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi) neraka jahanam kebanyakkan dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi ) tidak mahu memahami dengannya dan mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya dan mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya; mereka itu seperti binatang ternak bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai " .
         
Justeru itu, mimbar ini menyeru semua pihak di negara ini agar sama-sama memainkan peranan dalam menangani kemelut ini dengan mengambil langkah-langkah berikut :

Pertama   -  Menjadi masyarakat yang prihatin dengan situasi yang berlaku di sekeliling kita;
Kedua      -  Program-program dakwah perlulah dipertingkatkan dan digerakkan secara bersepadu;
Ketiga     -  Pihak yang bertanggungjawab perlulah mengawal pengedaran bahan-bahan lucah daripada tatapan anggota masyarakat terutama remaja;
Keempat  -   Program-program hiburan melampau yang merosakkan akhlak perlulah dikawal;
Kelima     -   Ibu bapa perlulah mengawal pergerakan anak-anak daripada terlibat dengan pergaulan bebas;
Keenam  -  Hukuman berat kepada mereka yang terlibat dalam melakukan jenayah pembuangan bayi perlulah diadakan;
Ketujuh   -   Bagi remaja yang terlanjur diinginkan janganlah membunuh bayi yang tidak berdosa. Berilah mereka peluang untuk hidup dan bersedialah untuk bertanggungjawab atas kesilapan diri bersama dengan pasangan masing-masing;
Kelapan   -    Masyarakat seterusnya tidak menghukum dan meminggir mereka yang tersilap malah memberi peluang kepada mereka kembali ke pangkal jalan.

Firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 104

Maksudnya: " Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru kepada kebajikan dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik serta melarang daripada segala yang salah. Dan mereka yang demikian ialah orang yang berjaya " . 










Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

~*bengang betul la!!!!!*~

Pagi2 lagi aku dah geram!!!! Rasa nak nangis pun ada nie!!! Adoooooooooooiiiiiiii!!!!! Geramnyaaaaa!!!!

Macamana la aku tak geram, semalam seharian aku perah otak nak siapkan entri tentang isu pembuangan bayi, sebagai rujukan aku untuk esok hasil daripada pembacaan dan pemahaman aku. Dengan gangguan Aufa2 yang sekejap menangis, sekejap nak susu, sekejap nak ajak tengok kucing...aku cuba juga nak hasilkan satu entri tentang isu semasa yg pada aku antara entri yang berkualiti setakat nie. Aku tengah nak siapkan isi terakhir tentang langkah2 mengatasi isu pembuangan bayi...seingat aku jam 12 tgh malam td aku terpaksa berhenti mengarang coz Aufa2 dah mengamuk nak tidur, so aku pun sign out la mcm biasa.....sebab sebelum2 nie time tgh mengarang draft akan autosaved. 

Pagi nie dengan yakinnya aku nak sambung mengarang.............tup tup aku tengok draft tu tinggal yang ini jer...
"Semakin maju sesebuah negara, semakin berkembang pesat kemungkaran...Begitulah yang sedang terjadi di negara aman damai, Malaysia. Isu"

Sakit betul hati nie!! Bengang betul la!!!!!

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Tuesday, April 6, 2010

~*ingin kuluahkan rasa ini...*~

Huh! dah pukul 2 pagi dan aku masih sukar melelapkan mata....actually hari nie aku rasa tension sikit...bukan ada masalah dengan mr zorro...tapi masalah nak pergi assessment JAKIM hari Sabtu dan Ahad depan. Aduhai...inilah susah dan payahnya dengan orang yg mengada2, manja, cengeng...macam aku!!! Kadang2 aku geram juga dengan perangai sendiri...isshhhh!

Macam nie ceritanya...hari Sabtu dan Ahad, bersamaan dengan 10-11 April 2010 nanti...aku akan menghadiri sessi penilaian JAKIM di ILIM, Bangi. Sepatutnya mr zorro dah post aku dan Aufa2 balik Melaka semalam..tapi aku yang minta dipostponekan tarikh itu...berserabut fikiran aku tau...macam2 perkara nak kena fikir...

 "Rabbana 'alaika tawakkalna wa ilaika anabna wa ilaka al-maseer"

1. Aku belum ada transport lagi nak pergi ILIM...semua orang nak guna kereta...memang boleh kalau nak minta tolong kakak hantar...tapi kalau boleh aku nak pergi sendiri...coz aku nak bawa bahan2 rujukan seperti kamus2...buku2...nanti malu la nak bawa turun banyak2 beg...macam bagus jer kan!!!

2. Mr Zorro pulak busy dengan konsert amal matahari UMP...that's why dia hantar aku balik melaka awal...adoiii lemah betul la...i really need him to support me...tapi apakan daya...pulak tu next week dia kena pergi ke perkampungan orang asli selama seminggu. So, aku memang akan jadi tensen setiap kali aku tahu yang mr zorro akan kena out station...seminggu pulak tu! :(

3. Aku kena tinggalkan Aufa2 dengan mak dan kakak di kampung selama dua hari. Aku pun tak pasti samada Aufa2 nie boleh bertahan atau tidak tanpa mama diorg selama 2 hari. Baba diorg pun busy...tak dapat nak bersama dengan diorg sepanjang aku takde...huh! memang dugaan...Aufa Irdina maybe boleh bertahan...Aufa Qistina yang bermasalah...aku belum pernah tinggalkan dia dengan siapa2 sekalipun dengan mr zorro (i mean bermalam)...coz Aufa Qistina still breastfeeding even dah nak masuk 3 tahun by the end of this year. I really hope everything will be fine...

4. Of course aku rasa nervous sangat2 nak attend assessment. Perkara yang paling aku risaukan adalah public speaking. Menurut sumber2 yang boleh dipercayai...assessment JAKIM nie akan ada public speaking in malay, english and arabic...debat parlimen...terjemahan dalam 3 bahasa...al-Quran dan tajwid. Hari nie barulah aku terhegeh2 nak buat revision tentang isu2 semasa...yang aku dah baca adalah tentang hukum sebatan mengikut syariah, fatwa yoga, isu kalimah Allah...dan aku baca juga tentang bidang tugas bahagian agama...minta kerja bidang nie kenalah faham bidan tugas kan...

Ya Allah..permudahkanlah urusan hambaMu ini...amiin

Insha Allah esok mr zorro akan hantar aku balik melaka...aku harap semangat dan keyakinan diri semakin bertambah...aku harap segala permasalahan yang sebenarnya kecil  tidak aku perbesar2kan lagi...coz hari nie aku dah menangis disebabkan tension dengan perkara2 yang aku sebutkan tadi. Nasib baik la ada orang tu pandai pujuk aku...nak tolong bacakan untuk aku...nak tolong tengok aku buat public speaking...tapi aku tak buat pun depan dia...malu...hehehe...rasa lega sangat sekarang bila segala2nya terluah...alhamdulillah syukur....

At the same time...tak sabar nak jumpa mak abah! rindu... ;)

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Friday, April 2, 2010

~*Din Beramboi yang ku kenali...*~

Sebetulnya aku hanya mengenali Din melalui media. Dan sudah berbelas2 tahun aku tahu kewujudan Din dipersada seni sebagai pelawak atau aku kategorikan Din sebagai penghibur. Aku cukup terhibur dengan aksi dan butir2 lawak yang terbit dari kreativiti humor beliau. Din merupakan penghibur dan pelawak yang paling aku minati selain JOZAN, Afdlin Shauki, Jalil Hamid, Sabri Yunus dan Harun Salim Bachik. 

Mengimbau kembali sepanjang jalan kenangan antara aku dan Din Beramboi adalah pada tahun 1996. Pada ketika itu Din menjadi deejay di stesen radio THR. Setiap hari sampai saja di rumah (dari sekolah ) aku akan cepat2 on radio. Ini semua gara2 nak dengar celotah Din yang pada ketika itu menggunakan nama Din Highway. Memang kelakar tak hengat!!! Aku cukup suka kalau dia buat watak Shasha...memang boleh senak perut dibuatnya! hahaha...tapi itu semua hanya tinggal kenangan...huuu sedih la pulak...

Ada lagi kenangan aku dengan arwah Din Beramboi. Disebabkan beliau, aku suka sangat baca komik Ujang yang begitu popular pada era 90an sebab dalam komik tu ada karakter Pakcik Din yang sungguh mengharu-birukan. Dan aku ingatkan karakter dan karya Pakcik Din tu dicipta oleh Din Beramboi sendiri...rupanya ia adalah karya kartunis Ujang. Whatever it is, aku rasa Pakcik Din memang sesuai dan secocok dengan Din Beramboi...sempoi habis!!

inilah Pakcik Din Beramboi yang senget & sengal


Anda pernah dengar drama sebabak dan sawancara di Era.fm?? Aduhaiii kelakar tak hengat punya!! Idea dan kreativiti dua insan seni yang berjaya mencuit hati ramai rakyat Malaysia setiap hari. Anda pernah tengok program Spontan di Astro Warna?? Kalau anda nak tahu...aku berjaya memujuk my hubby untuk langgan Astro Warna disebabkan aku nak tengok gelagat Din Beramboi dalam program Spontan. Dan rupa2nya kakak aku pun turut terpengaruh dengan aku...sanggup langgan Astro Warna kerana nak tengok Din beraksi dalam Spontan. Bila Din takde dalam beberapa siri Spontan, aku jadi bosan...rasa macam takde mood nak layan program tu dan akhirnya aku batalkan langganan untuk Astro Warna. 

Namun, segala2nya hanya tinggal memori. Din Beramboi telah dipanggil pulang mengadap Yang Maha Esa pada hari Jumaat, 2 April 2010 jam 12:30am kerana demam denggi berdarah. Memang sedih namun segalanya sudah tersurat dan perlu diredhai pemergiannya. Moga roh Din Beramboi atau nama sebenar beliau, Mior Ahmad Fuad Mior Badri diberkati Ilahi. Marilah kita sama2 sedekahkan al-fatihah buat arwah kerana itulah penghubung yang tidak akan putus antara yang masih hidup dengan yang telah meninggal dunia. Al-fatihah....

Sabda Rasulullah SAW :
“Sesiapa yang meninggal dunia pada hari Jumaat atau malamnya, nescaya dituliskan oleh Allah baginya pahala syahid, dipelihara daripada seksa kubur, dengan syarat dia beriman.”


Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Thursday, April 1, 2010

~*kali pertama dan kali terakhir*~

Kali pertama aku mampu miliki kenderaan sendiri adalah pada 18 Julai 2005. Dan yang lebih membanggakan ianya hasil titik peluh aku sendiri yang pada ketika itu aku menggalas tugas sebagai guru. Sebelum ada kereta, jam 6:30 pagi dah kena bersiap2 ke sekolah coz aku naik van yang kebetulan disewa khas untuk menghantar anak2 sedara aku yang bersekolah ditempat aku mengajar. Then, balik sekolah aku dan sepupu akan berdua2an untuk naik bas. Fuhhh dibawah panas terik...serik la juga kan...itu yang menyebabkan aku tekad nak beli kereta. Yang lucunya lesen belum dapat lagi time aku beli kereta. Seminggu lepas tu barulah aku layak memandu kereta sendiri. Time tu plan nak beli Perodua Myvi coz model tu yang terbaru dari Perodua...tapi kena order n tunggu selama 8 bulan baru boleh dapat, so terpaksa dicancelkan niat tu. At last aku pun beli model proton iaitu Iswara aeroback 1.3S warna biru gelap dengan down payment sebanyak RM1250 dan monthly installment sebanyak RM404 selama 9 tahun. Banyak jasa 'kereta kebal" tu pada aku dan family. Tapi tahun lepas mr zorro sudah pun men'trade in' kan kereta pertama aku itu dengan model Nissan. Selamat tinggal Iswara NBQ 9269....dikau selamanya dalam memori....

 bersama 2 model tidak berbayar...hehe


Kali terakhir aku bertemu dengan seorang sahabat ini adalah pada tahun 1997. Sahabat yang dimaksudkan ialah Mohd Fairuz bin Hamid. Dia lebih dikenali dengan nama Joe di kalangan rakan2 yang lain coz giginya agak jongang...tapi aku baik...still panggil dia Fairuz. Aku dan dia tidaklah sekamcing mana...cuma kami ada memori indah yang terakhir. Pada tahun 1997 kami berada di tingkatan 4 dan kelas kami adalah di dalam makmal...(kelas tak cukup). Kenangan berlangsung pada hari Jumaat...aku dengan tanpa perasan dan perasaan telah merenung tepat ke arah Fairuz yang sedang 'melepak' di bahagian depan makmal...maklum sajalah time tu cikgu tak masuk kelas...so berpesta la...hehehe. Aku pun tak sengaja nak merenung dia dengan penuh pandangan makrifat...biasa la tu kan...takde niat apa2 pun...tiba2 dia dah tersipu2 pulak! hahaha...then dia datang ke tempat aku n kami pun berbual2 bersama sahabat2 yang ada bersama aku ketika itu. Sayangnya, kami tiada gambar kenangan..kalau ada pun ianya tiada dalam simpanan aku. Itulah kali terakhir aku bertemu dan bercakap dengan Fairuz kerana dua hari selepas itu iaitu pada hari Ahad dia ditemui mati lemas di Pantai Tanjung Bidara. Sekolah kami terletak berhampiran dengan dengan pantai dan Fairuz menginap di asrama. Memang sedih sangat2 bila dapat tahu yang kami telah kehilangan seorang sahabat yang baik. Moga roh arwah Fairuz ditempatkan bersama dengan para syuhada' dan orang2 yang soleh...amin. Alfatihah....

Itulah kenangan "kali pertama dan kali terakhir" yang kekal dalam memori aku. Bagaimana pula dengan kamu? Pastinya lebih menarik memorinya kan....care to share with me...:))

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...