AufaZanKi

My photo
Special Thought For The Super Special Persons In My Life
Showing posts with label FAMILY. Show all posts
Showing posts with label FAMILY. Show all posts

Monday, July 7, 2014

Selamat Hari Lahir Mak!


6/7/1942 - 6/7/2014

Alhamdulillah..genap 72 tahun usianya

Insan yang masih lagi dikurniakan kesihatan yang baik oleh Allah Taala

Insan yang masih lagi diizinkan oleh Allah Taala untuk bernafas serta mendiami alam fana ini

Insan yang telah melahirkan sebelas orang anak dan membesarkan mereka dengan penuh kasih sayang

Insan yang telah banyak berkorban jiwa raga demi semua yang disayanginya

Insan yang telah banyak melalui susah payahnya kehidupan




Beliau ialah Hazizah binti Hashim

Beliau ialah emak yang amat saya sayangi dan hormati

Insan yang tiada duanya bagi saya dan anak2 yg lain...

Biarpun jarak dan masa makin memisahkan saya dan Mak...saya tetap akur dan bersyukur kerana rindu kami dipertemukan dalam doa.

Doa saya semoga Allah Taala merahmati kehidupan Mak, diampunkan segala dosa, dikurniakan umur yang panjang serta berkat, dan dipermudahkan segala urusan

Setiapkali saya telefon Mak...Mak mesti akan pujuk saya n mungkin Mak pujuk diri Mak juga kot dengan kata2 ini...

"Sabar banyak2...Mak sentiasa doakan kau....tak pernah putus!"

Allahu Akbar!!!

Saya sangat bersyukur kerana usia Mak Abah saya masih lagi panjang...dan kerana itu saya dan adik-beradik yang lain dapat menumpang doa dan restu Mak Abah...



Terima kasih Ilahi atas segala kurniaanMu...

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Thursday, May 23, 2013

Al-fatihah...

Assalamualaikum wbt

Sobahal khair!

Sebagai pengisian minda dan rohani di awal hari...bacalah hasil nukilan Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man

Dan..sama2 kita sedekahkan ayat2 suci al-Quran kepada ibu bapa kita sebagai tanda kasih sayang, hormat dan tanggungjawab kepada mereka

Teristimewa buat Mak Abah Melaka & Mak Abah Kedah

AL-FATIHAH...



Wahai anakku,
Seorang ibu adalah segalanya bagi anak. Ia mengatasi kasih sayangmu kepada ayahmu. Ia berada hanya dua langkah di belakang Allah dan Rasul. Ketahuilah bahawa Allah meredhaimu bilamana ibubapamu meredhaimu, dan Ia akan murka bilamana ibubapamu murka kepada-mu. Kerana itu, janganlah engkau memandang remeh terhadap kemarahan ibubapamu. Ketahuilah wahai anakku, cukuplah bagi seorang anak tidak dapat mengucap kalimah syahadah di saat nazaknya, hanya kerana ibunya berkecil hati dengannya.
 
 
Wahai anakku,
Aku sangat mengharap agar ibubapa sentiasa memaafkan kesalahan anak-anaknya, dan membuang jauh perasaan kecil hati terhadap kecuaian anak-anaknya. Untuk itu, sentiasalah engkau memohon kemaafan kepada keduanya, samada engkau bersalah atau tidak. Kemaafan terhadap ibubapa bukanlah kerana kesalahan dan dosamu kepada mereka, tetapi kerana kamu adalah anak dan mereka ibubapamu.
 
 
Wahai anakku,
Di saat kamu membesar dengan kenakalanmu, ibubapamu sentiasa mendoakan kejayaaanmu, sehingga ia sanggup berlapar demi kekenyangan-mu. Mereka sanggup berjaga malam dengan kesakitanmu dan mereka akan berusaha memenuhi kehendakmu. Alangkah besarnya pengorbanan mereka kepadamu. Mereka berkorban bukan mengharapkan balasan pemberianmu, atau menuntut sebarang balasan di waktu tua mereka. Kerana kamu akan memahami tanggungjawabmu terhadap mereka di saat itu.
 
 
Wahai anakku,
Masa terus berlalu dan kamu dibesar dengan penuh kasih sayang, didikan dan harapan. Kenakalanmu sewaktu kecil mengundang rasa gembira mereka melihatmu, berjalan jatuh, berlatih, berlari-lari dan gelak ketawa. Alangkah indahnya di saat itu. Suasana itu akan hanya dirasai oleh kamu bilamana kamu mempunyai anak nanti. 

 
Wahai anakku,
Di saat kamu mulai mengenal dunia dan kawan-kawan, kamu bermain dan bergurau kamu dimarahi dan ditegur bahkan terkadang kamu dipukul. Sedarlah bahawa semua itu dibuat kerana sayangnya kedua ibubapamu kepadamu. Dia ingin kamu menjadi insan bertaqwa, beriman, berjaya dalam kehidupan sebagai hamba Allah. Engkau perlu belajar dan memahami bahawa betapa kemarahan dan teguran kedua ibubapamu kerana sayang mereka kepadamu. Jangan sesekali kamu memahami ia membencimu dengan kemarahan dan tegurannya.


Wahai anakku.
Kamu semakin dewasa menempuh alam yang penuh mencabar. Kamu membesar sebagai remaja yang mulai punya kenalan yang ramai, kawan pelbagai. Jenis dan perangai, bacaan yang pelbagai, dunia tanpa sempadan. Cabaranmu sangat menakutkan ibubapamu. Mereka bimbang engkau tersalah jalan hidup yang terus terjerumus ke lembah kerosakan, yang membawa engkau durhaka terhadap Allah. Mereka bimbang engkau mengabaikan sembahyang, mereka bimbang engkau terlibat dengan pergaulan bebas, mereka bimbang engkau terjerumus dengan dadah, dan seribu satu kebimbangan lagi. 


Lantaran itu, wahai anakku, ketiadaan kamu merungsingkan filiran mereka. Adanya kamu di hadapan mata mereka sangat menyenangkan mereka. Maaflah mereka seandainya kebimbang-an itu menyebabkan kamu tidak bebas, kamu rasa terkongkong, dan kamu rasa rimas. Nanti bilamana kamu ada anak, kamu akan merasainya.


Wahai anakku,
Hidup ini sangat singkat untuk kamu durhaka kepada Allah. Maka sentiasalah engkau memohon kekuatan dari Tuhanmu dalam menempuh hidup yang penuh mencabar ini.

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Thursday, April 4, 2013

Balik kampung!

Cuti sekolah baru2 ni kami sefamily pulang ke kampung halaman saya di Melaka

Terluah segala apa yang terpendam di lubuk hati yang paling dalam

Kami balik pun tak lama

Empat hari jer.....

Alhamdulillah...syukur sangat2 dapat balik



Baba tengah settlekan dokumen yang nak dibawa ke Sarawak sebelum kami bertolak



Kami sampai rumah Mak dah tengah malam

Boleh pulak berborak2 sampai pukul 2 pagi

Almaklum la...dah lama tak jumpa



Esoknya around 10:30 am gerak ke KLIA

Baba kan out station ke Sarawak sampai hari Ahad

Oleh kerana masing2 bizi dengan komitmen masing2...saya la yang hantar Baba

Mujur ada kakak yang volunteer nak teman

Aufa Irdina n Aufa Qistina tak ikut kami...diorang ikut Ummi diorang pergi jemput Kakak Baby di sekolah...(dah kakak..baby lagi! hahaaa...)...tahun ni ambil UPSR..so ada kelas tambahan la time cuti sekolah

So..kami bawa anak2 lelaki ajer...Kashfina n Amnina kecil lagi...kena la ikut Mama diorang



Sepanjang berada di kampung, Aufas memang tak menang tangan nak main n explore segala apa yang ada di kampung! Hahaaaaa
 
 
 
Aktiviti pagi ...indoor...pensil n buku memang jadi mainan...bersama Auni Mardhiah yang belum mandi...heheee...tapi Kashfina panggil dia Iesya...salah nama daaaa!
 
 
Video ni Kashfina tengah marahkan Amnina...hahaaa...lawak betul la Kashfina ni...
 
 

 
 
 
 

aktiviti petang...outdoor...yang besar2 pergi main bola sepak dekat padang..yang kecil n yg perempuan main badminton dekat depan rumah nenek...hmmm tengok la si Kashfina tu...macam la pandai main kan...ke jadi net??? ;p


All time activity...bangun jer tidur terus teringat dekat kucing...masa kecik2 dulu tak takut pun pegang kucing...sekarang ni langsung taknak dekat dengan kucing...Kashfina kata..."tak takut Ma...tak takut miow!"...dia cakap dia tak takut..tapi yang dimaksudkan adalah takut! ntah macamana balik kampung bertukar sudah vocab...


Balik kampung kali ni dapat la jumpa dengan Kakna...kakak saya yang tinggaal di Sabah

Best betul tengok dia...hari-hari outing...pergi sedekah duit dekat kedai2 terpilih

Heheeee...biasa la...orang berduit kan...dekat Sabah tak shopping..balik Semenanjung shopping sakan la

Yang bestnya...boleh mengendeng dekat dia!

Ehhhh lupa nak snap gambar Kakna...kalau ada boleh la diabadikan dekat sini...




Abah...sejak dah jual semua lembu...memang lekat dekat rumah je la...yang ni salah satu rutin harian Abah selain tengok tv...tidur...beribadat dan lain2 lagi...Abah tengah rest sambil layan Melaka.fm...layan lagu2 lama...no wonder la anak Abah suka muzik...mewarisi minat Abah rupanya saya ni...

Mak pulak...stylo tak? hahaa...mak memang suka duduk macam gitu...umur Mak dah 71 tahun..tapi masih aktif buat kerja rumah...saya tak mewarisi 'bakat' Mak yang ini...dapat dekat kakak saya...hehee


Inilah dia Ummi Aufas...Aufa Irdina yang start panggil Ummi masa dia baru2 nak belajar bercakap dulu...melekat sampai sekarang...

Amnina dengan Along Amir Izzudin...suka betul Amnina dekat Along

Inilah dia Ariff Fahmi yang dah berusia 8 tahun...anak Ummi...walaupun dia anak bongsu n manja..tapi dia sangat pandai jaga n layan adik2 dia...siapa lagi la adik2 dia kalau bukan Aufas berempat dan Auni...



Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Monday, March 18, 2013

Banyak hal betul la....hahaa!

Minggu ni last week Aufa bersekolah...sebelum bercuti selama seminggu.....suka la Aufa tu! Kalau tidak...hari2 tanya..."Mama...esok Aufa balik sekolah pukul berapa?"..."Mama...bila Aufa nak cuti?"....issshhh la budak sorang ni...

 
Cuti...memang la best! Cuma saya jer yg rasa tak best bila dicutikan daripada kerja mengambil Aufa di sekolah...hehee...dah jadi rutin...bila tak buat rasa tak complete hidupku pada hari itu. Makanya...petang ni saya tetap berkeras untuk menjemput Aufa walaupun Baba cuti hari ni...hmmmm...Baba tu cuti pun macam tak cuti jer...tak lekat dekat rumah juga...busy menguruskan macam2 hal kerja...bayak hal betul! Hahaaa....


melihat wajah mereka...teramat sayu rasa hati...Ya Allah...limpahkanlah ketenangan dan kesihatan yang baik buat kedua ibu bapaku...aameen



Cuti seminggu ni kami semua dah teruja nak balik Melaka.  Dalam keterujaan itu...terselit juga rasa sedih...sebab time tu juga la Baba takde! Baba pergi Thailand lagi....huwaaaaaaaa...geram pun ada! Macam takde tarikh lain jer kan...time anak2 cuti sekolah pulak sebok nak out station jejauh! Memang tak best la bila bila balik kampung Baba takde...


Baba takde tu satu hal...ada lagi hal lain...macamana pulak saya nak balik ke Melaka nanti???? Cuti sekolah of cozez start hari Jumaat selepas jam 12 tengahari. Baba bertolak ke Thailand hari Khamis, malam Jumaat. So, siapa yang nak drive???? Takkan Amnina pulak kan...hahaaa! Gelak memang boleh...tapi hati tengah panas ni! Pening mencari solution. Ehhh...actually solution dah ada...saya la yang akan drive...cuma...belum ada experience drive jejauh dengan anak2 tanpa Baba...itu jer. 



Apa pun...segalanya akan terjawab nanti. Ada la tu nanti...cuma sekarang ni memang la tertanya-tanya...benda belum jadi kan...biasa la tu...manusia macam saya ni mana la reti nak bersabar...hehee...terkutuk diri sendiri pulak... ^_^



suweeeeeeeet tak?  ^_*



To Baba...dah 11 tahun kita bersama...kenapa Baba asyik busy jer? Teringat dan terindu pulak zaman Baba jadi 'ustaz' dekat al-Amin dulu...indah jer rasa...so...jadi la cikgu Ba...tiap-tiap malam confirm Baba ada dekat rumah...bergurau senda dengan Aufas dan juga sayang....heheee...

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Tuesday, March 12, 2013

Kisah berkisah


Assalamualaikum...apa khabar sssemuaa??

Oh! Makin lama makin malas nak update blog..banyak cerita menarik tentang Aufas tak sempat diabadikan di sini...

Lagi pun..malas nak ngadap laptop..so download la semula firefox for andriod dekat S II ni...pssttt...baru nak masuk 2 tahun saya guna S II dah release S IV...cepat bebenor!


uniform yang asalnya purple in color bertukar jadi coklat...apa kes ni Aufa? ⊙﹏⊙

Alhamdulillah..Aufa dah kembali bermotivasi untuk ke sekolah setelah bercuti a.k.a memonteng 2 hari...ikut Baba pergi ke UUM Sintok...n balik ziarah Wan n Tok di Gurun, Kedah

15hb ni Aufa ada peperiksaan pertama. Kesian Aufa..dia tanya saya.."Mama..periksa tu apa?".Moga puteri Mama mendapat manfaat daripada ilmu-ilmu yang telah dipelajari..

Malam tadi...selepas baca buku..Aufa duduk dekat saya n said.."Kesian Mama...kaki Mama sakit..Mama dah tua...Nanti Mama dah takda...Aufa nak tinggal dengan siapa..siapa nak jaga Amnina?"..dan air mata dia dah bergenang...

Mula-mula tu saja jer saya mainkan lagi emosi dia..biasa la..Mama yg notty..hehee..bila nampak dia makin sedih..tapi tak mengaku!..saya pun bagi solution.."Aufa doakan Mama n Baba panjang umur..doakan adik-adik Aufa..setiap kali lepas solat"...hmmmm Mama pun sentiasa berdoa moga Allah memberi pinjam nyawa Mama n Baba n anak2 MamaBaba..agar Mama dapat terus mendidik dan membesarkan kalian dengan sesempurna yg mampu..insha Allah..aameen Ya Rabbal 'aalameen







Baba...bulan March ni every weekend travel n ada program. Hari ni pun Baba takde..ada urusan di Kuala Lumpur...cuti sekolah nanti Baba akan bermusafir ke Thailand..aduyai..macamana nak balik kampung ni...dah rindu teramat rindu dengan family...huwaaaa...moga dipermudahkan urusan Mama nak balik bercuti di kampung..Aufas pun dah rindu juga tu..
 
Ok la..nanti kita sambung cerita..nak masak jap..nak masak kari daging...yea tau..dah jam satu baru nak masak...hehee..saja masak lewat sebab sarapan ada lagi..kalau boleh nak elakkan pembaziran...orait! see ya!













Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Friday, December 21, 2012

TAHNIAH dan TAKZIAH

 
Dalam tempoh sehari..family kami telah diduga dengan perkhabaran tahniah dan takziah

Tiada yang mustahil jika Dia berkehendakkan yang demikian

Tugas kita sebagai hamba adalah sentiasa bersyukur dengan nikmat dan redha dengan ujian





Begini kisahnya....

Hari Rabu lepas...keputusan PMR telahpun keluar

Dalam family saya..ada 4 orang anak saudara yang ambil PMR

Keempat-empat mereka adalah lelaki

Dan keempat-empat mereka..nama mereka bermula dengan huruf A
 
Amir, Amin, Aziz & Asyraf

Alhamdulillah..

 Aziz cemerlang dengan 8A
 
Amin cemerlang dengan 7A..katanya menjadi pelajar terbaik sekolah

Amir dan Asyraf...alhamdulillah lulus walaupun tidak secemerlang sepupu2 diorg

Tahniah diucapkan kepada mereka

Jauh lagi perjalanan mereka...
 
Lepas ni fokus pada SPM pulak





Di hari yang sama juga

Kami dikejutkan dengan berita pemergian bapa saudara kami..yg kami gelarkan Pak Induk or Pak Uda

Didoakan semoga roh Pak Induk sentiasa dirahmati dan diredhai oleh Ilahi...semoga rohnya ditempatkan di kalangan hamba-hambaNya yang beriman...aameen

Mari sama-sama kita sedekahkan al-fatihah kepada semua insan yang kita sayang..,samada mereka masih hidup ataupun telah meninggal dunia

AL-FATIHAH






Di hari yang sama juga

Kami dikejutkan dengan berita kemalangan yang menimpa anak saudara saya, Asyraf dan juga bekas anak murid saya, Fateh
 
Masa tu diorang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas mengambil result PMR
 
Hmmmm malang tak berbau...tidak seperti durian
 
So..diorg sekarang dirawat di Hospital Melaka
 
Katanya teruk jg...Asyraf retak tempurung kepala, muka bengkak

Fateh pulak patah hidung..

Ya Rahman Ya Raheem...berikanlah kesembuhan kepada mereka berdua...lindungilah mereka...aameen






Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Sunday, April 22, 2012

Prihatin

Sudah hampir seminggu kereta kami terbengkalai di 'ward'. Barang yang rosak takde pulak spare part...susah nak cari...sabar jelah...

So, buat sementara waktu ni terpaksa la Baba menyewa kereta kancil student UMP. Sehari RM70...now dah hampir menjejak seminggu...terbang RM500 juz untuk sewa kereta sahaja...nasib baik la kancil ni bodynya slim n comel...so minyak pun takde la banyak mana pun luak...tapi still terbang juga duit!

Hmmm...dalam keadaan financial yang terumbang-ambing sekarang ni...sangat menduga kami. Dah la saya sekarang tengah menunggu masa nak bersalin...jadi pulak macam-macam...fuhhhh!!!! Air mata ni tak usah cakap la...kalau tiba waktu sayu tu...berbaldi-baldi jg air mata ni...tapi tak pernah nangis depan Baba....malu! heheee....

Walau bagaimanapun, saya sentiasa mengingatkan diri sendiri agar redha dan sabar dengan apa yg telah pun berlaku. Sabar...memang tak semudah apa yang dikata...tapi kita sendiri yang kena kuat dan didik diri supaya lebih sabar disamping mendapat sokongan dan dorongan daripada insan-insan yang mengenali kita. 

Saya sebenarnya rasa bersyukur sangat...(1000x sangat!)...dugaan dan ujian yang menimpa kami sebenarnya tak seberat mana pun..tapi bila ianya berkaitan dengan duit...memang akan nampak berat! Am I right? Yelah kan...dunia sekarang ni semuanya mesti ada duit...

Apa yang menyebabkan kami bersyukur? Bila ditimpa dugaan dan ujian, kami sebenarnya tak pernah bersendirian mengahadapinya. Kami sangat beruntung kerana dikurniakan family yang tidak pernah walau sekali meninggalkan kami di saat suka ataupun duka. Mereka sentiasa ada bersama kami menghulur bantuan tanpa berbelah bagi, menyuntik kata-kata semangat agar kami lebih cekal dan sentiasa bertanya khabar kami tanpa rasa jemu. Malah mereka sanggup berikhtiar untuk membebankan ringan kami dengan relahati. Di mana lagi kami nak temui semua itu...jika tidak dari family sendiri? 

Yang lebih membuatkan saya terharu...apabila Kakcik dan Bangcik kami yang tinggal di Batu Pahat sanggup meng-offer kami untuk menggunakan kereta mereka (mereka ada 2 kereta) sementara menunggu kereta kami siap...dan sanggup pulak tu nak hantar kereta tu ke Kuantan dan pulang semula ke Batu Pahat dengan menaiki bas. Mulianya hati mereka! Kakak saya yang di KL tu pun offer juga kereta dia...sementara dia belum confident nak drive sendiri..hehehehe...baru dapat lesen....

Sepatutnya hari ni la Bangcik datang hantar kereta...tapi..ada lagi insan yang amat prihatin, iaitu Mak Abah Kedah...yang dah pos kereta kelisa yg suatu masa dulu milik Baba...tapi sekarang tidak lagi...hmmm. So tengah malam or awal pagi esok Baba akan ambil kereta tu di Muazzam Shah...kebetulan pak sedara on the way balik ke Endau Mersing dari Kedah...so dia tolong la sekali...kerana itulah kita harus yakin dengan hikmah...hikmah di setiap ujian dan duagaan yng menimpa kita...pasti ada kemanisannya tanpa kita sedari. Dan inilah bahagian kami...di sebalik ujian dan dugaan yang diberikan olehNya...Alhamdulillah 'ala kulli haal...

Ya Rahman Ya Rahim....tidak pernah sekali Engkau membiarkan kami terumbang-ambing dengan ujian dan dugaanMu...amat terasa kasih sayang yang Engkau curahkan kepada kami...terima kasih Ya Allah...semoga kami sentiasa dalam golongan hamba-hambaMu yang bersyukur....aameen...

Kepada insan-insan yang prihatin tentang susah dan senang kami di sini...hanya doa yang paling berhak dan berharga yang mampu kami berikan...semoga Allah mengurniakan kehidupan yang lebih bahagia, lebih berkat dan lebih tenang kepada kalian. Semoga Allah memperkenankan setiap doa kami kepada kalian....JAZAKUMULLAH KHAIRAL JAZAA'...AAMEEN...

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Saturday, February 4, 2012

Itu ini begitu begini

ECZEMA?


Mula2 tumbuh kat pipi kiri jer...
Tak lama lepas tu...naik pulak ke pipi kanan...
 Time tu Kashfina nampak sangat comot
Kesiannya laaa
Time tu just sapukan minyak kelapa dara
Tapi still tak ok

Sampailah ada satu hari tu..
Kami jalan2 di Alamanda Putrajaya
Terjumpa dengan cream ni


Dah lama tahu pasal cream ni
Tapi bila dah ada depan mata
Tergerak hati nak try
Mana la tahu Kashfina pipi Kashfina akan ok nanti



Alhamdulillah
Lepas beberapa kali sy sapukan cream buds di pipi Kashfina
Makin lama makin hilang ruam merah  tu
Dan sekarang pipi Kashfina kembali licin n gebu
Syukur sangat
N cream buds tu sy bagi Auni (anak  kakak) guna
Kesian dia


LIGAMEN KOYAK
(16/12/2011)

Baba ada show silat time tu di Pasir Gudang
Sempena Festkum (Festival MAKUM)
Tengah syok2 bersilat
Sampai terjatuh dari stage
Lutut terhentak di lantai
Mula2 Baba ingatkan takde apa2
Esoknya boleh drive lagi dari Pasir Gudang ke Melaka
Sampai jer rumah terus collapse
Esoknya saya ajak dia buat x-ray
Kami terus refer ke orthopedic doctor at Hospital Pantai for advise
Bila doktor check...katanya no need for x-ray
Becoz problem hanya pada ligament
Ligament lutut kanan Baba koyak!






kesian Baba...bertongkat dah...
 Doktor bagitau...it will take times to recover
Maybe dalam sebulan...or 2 bulan...or even a year
Untuk pulihkan ligament yang dah terkoyak tu


Sekarang...dah sebulaan lebih
Baba still tak boleh nak lipat kaki kanan
Solat pun duduk atas kerusi
Rasanya macam nak kena buat MRI scan la
Takut ada problem lain yang kita tak tahu
Sebab tak nampak kan...
Hmmm


FIRST TIME KE SALOON
(18/12/2011)

Saja nak ubah selera
Asyik potong sendiri jer kan
At first diorang takut sebenarnya
Especially Aufa Irdina
Takut auntie tu terpotong telinga ke.....?
;p
Aufa Qistina steady jer..
Dia pulak yg lebih berani compared to her sister
So, dia dulu yg potong rambut



Baba tak bagi Adik potong rambut sebenarnya...
Becoz rambut Adik agak cantik la juga
Kalau dibiarkan panjang lagi cantik, katanya...
Tapi
Kakak & Adik mesti nak sama-sama
Ikutkan aje la...
Lagipun diorang kan nak sekolah dah..
Senang sikit nak urus kalau rambut pendek


After that turn Aufa Irdina pulak
Takde la takut2 lagi
Bila dia tengok Adik tak kena potong telinga kot!
Kikikiki...sorry Aufa...just joking!
;p


rambut Aufa tebal sikit n more curly
Ok, dah siap potong rambut
 Tadaaaaa

tak berkenan dengan rambut depan Adik ni...pendek sgt Auntie tu potong...but she still look cute & sweet...bak kata Makanjang dia..."Adik potong rambut macam ni memang nampak sgt mcm princess"...haaa ye la tu... ;p
Aufa new look...auntie tu kata rambut Aufa cantik..macam Barbie doll bila potong layer...suka la dia!

Terima Kasih Ummi bawa kami pergi saloon


DAGU TERBELAH!
(18/12/2011)

Alkisahnya
Niat baik...nak panggil Abang Ariff Fahmi masuk rumah
Sebab dah maghrib
Tapi malang tak berbau...
N biasalah...maghrib2 ni kan syaitan banyak berkeliaran
(Bila2 waktu pun memang berkeliaran ajer makhluk Allah ni)

"Adik nak pergi panggil Abg...dah Maghrib...mana boleh main kat luar lagi"

Time tu saya tengah makan tomyam
Melompat dari kerusi bila tengok dia masuk rumah dengan darah mengalir....banyak pulak tu!
Cemas seyyy!!!
Panic pun iye jugak!
Nasib baik ada Ummi (kakak sy yg Aufa3 panggil Ummi...ummi abg Ariff)
Ummi yg tolong bersihkan darah
Mula2 tu sapukan minyak gamat untuk berhentikan aliran darah dr keluar


Ummi kata dagu Adik terbelah
Aduhai...dah la Baba takde time tu
Baba pegi cari guard untuk lutut dia
So, terus minta Baba belikan plaster
Sebelum bawa dia ke klinik

Hari Ahad pulak time tu
Hampir semua klinik tutup
Nasib baik la adaa satu jer klinik yg buka di Pekan Masjid Tanah
Polikilinik Masjid Tanah
Kami tak pernah lagi pergi situ
Emergency punya pasal...redah jer la

Mula2 doktor kata kena jahit
Tapi takut Adik tak tahan sakit pulak karang...
So doktor just plaster jer
tengok dalam tempoh tiga hari
Kalau tak bercantum baru fikir alternatif lain

Berjanggut la Adik...
Dah la plaster tu tak boleh kena air
Nak gosokkan gigi dia pun kena hati2

the next day...baru bangun tidur...belum tercabut lagi plaster tu

menjelang waktu petang...plaster ni dah tercabut! Adoi la Adik...lasak betul! Tak padan yg kecik pun...

Disebabkan Adik ni lasak
Sy juzt pakaikan hansaplast yg jenis transparent tu ajer
Sakit...sakit juga...kecaantikaan harus maintain!
Hahahaha..tak boleh blah
Tak bawa pun dia ke klinik semula
SEbab dalam tempoh 3 hari luka dah bercantum
So..takde problem la kot
Alhaamdulillah sekarang just tinggal parut jer

lihat daguku...ada parut kan! huahuahua

KOLEKSI BARBIE/PRINCESS AUFAs


Sepanjang bulan November-Disember 2011
Inilah dia koleksi Aufas

From France...Snow White & Aurora Baba beli...Corrine & Pony org France bagi

Barbie..Cinderella..Barbie..Barbie...dan baby Barbie

Beg Barbie...katanya nak pergi airport! ;p, laptop Barbie...baru beli dah hang! ada org pijak...sapalah yg pijak tu kan...aduiii 100++ Baba beli tu...boleh guna adapter tp bei belum carri lg...next tea set princess...mini laptop & telephone tu Kashfina punya...

Kalau di totalkan semua koleksi2 Aufa ni
Errmmmmmmmmmmmm
Boleh cecah ribuan ringgit!
Dah sekolah ni
Stop la beli benda2 ni semua
Dah takde budget untuk itu...
Sorry yea sayang2ku 

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Sunday, January 29, 2012

CNY 2012 : I-CITY Shah Alam

Satu lagi tempat yg tak plan pun nak pergi sempena cuti CNY 2012. Actually sepanjang hari tu sy collapse...terbaring jer atas katil. Tak tau la kenapa...rasa pening ada...mual ada...sepatutnya kami balik Kuantan dah hari tu. Disebabkan keadaan kesihatan yg tidak mengizinkan..Baba terpaksa ambil cuti. Bila tiba waktu malam...masing2 dah resah gelisah. Dan dengan tak semena2...atas suggestion adik ipar...kami pun bersetuju nak pergi ke I-City...dalam keadaan sy yg taak sihat tu...can you imagine? Bak kata adik saya.."Kak Ijan kena berjalan..baru la sihat"...ooooo macam tu ek???? ;p

So, around 9.30 pm..sewaktu orang lain sedang bersiap sedia nak landing atas tilam..kami bersiap2 nak ke I-City. Time tu..berbelah bagi sebenarnya bila memikirkan kesihatan yg agak terganggu...at the same time mengenangkan Aufa2 yg selalu teringin nak pergi ke tempat yg ada snow a.k.a salji. Nak bawa diorang holiday ke tempat2 yg ada salji..of course la over the sea tempat2 macam tu...bajet lari....n kalau tak pergi this time.mana la tau snow world di I-City tu dah ditutup...kan kempunan namanya...so redah jelah!

Kami sampai di I-City around 11 pm...masha Allah...ramainya ummat Muhammad yg belum tidur rupa2nya. Kami menuju ke snow world dulu...unfortunately Kashfina tak boleh masuk sebab tak cukup umur...takpelah...dia pun tengah tidur time tu...sy pulak tengah ting tong lg...plus kaki kiri sakit akibat kejang...sy stay kat luar jer la...harga tiket untuk 3 orang RM65...RM25 untuk dewasa..RM20 untuk kanak2.

"waaa...ada fairy's wheel...nak naik! nak naik!"...macam la dapat naik..hehe..mama tgh pening ni...

cantik...

ramai kan pengunjung even dah tengah malam...memasing jadi pungguk! ;p

pose dulu sebelum masuk snow world
lena Kashfina tidur...

while waiting...snap gambar sendiri...heee

Seterusnya..jom layan gambar2 yg lain...semasa Baba n Aufa2 berada dalam snow world...Baba kata sejukkk sgt macam kat Belgium..ye la..orang pernah pergi obersee kan...

sejukkkk


Adik suka sgt pose mcm tu...

comelnya la dia!

Aufa tak tahan sejuk!

Time ni Aufa pakai diaper..hehe...

tak mampu berposing sakan dalam ni ei...

Adik memang berani! selamba jer pegang ais tu...

Aufa snap gambar ni...tak menjadi pulak sebab kejap2 orang lalu..mengganggu betul

Mama & anugerah cinta terindah

Seterusnya moh layan gambar lg....

Aufa Irdina yg semakin membesar sebagai juara...

tak boleh duduk kat situ sebenarnya..tp dah Adik nak duduk sgt...bagikan aje...kikiki

pegang apa tu???


eeee geram tengok budak ni!!!!


berposing sakan masing2



Lepas ke snow world...turun ke bahagian mainan pulak...nak naik train...



Kat situ ada jual makanan...kami pun beli la apa yg berkenan...nak gelak pun ada bila beli keropok lekor 3 keping RM1...mak aihhh!!! betul2 nak untung peniaga ni...geleng kepala...baru2 ni di pasar Jaya Gading, Kuantan...keropok lekor seringgit dapat 9 keping. Sy tanya.."kenapa tak genapkan 10?"...senyum aje peniaga tu...macam2...

Next, kami pergi ke bahagian pokok2 lampu..hehehe..tak tau nak panggil apa. Letihnya berjalan...dah la tak makan dari pagi.

kami park kat sini...duduk sambil makan keropok lekor & jagung 

syukur sgt...Kashfina sgt behave..sepanjang kami bawa dia berjalan2 tak pernah lg dia meragam..even mengantuk pun takde nak mengamuk or meragam...thank you sayang...

bersama balloon angry bird

Add caption

time snap gambar ni..sy kena cubit dgn Aufa2...punya la diorg tak bagi kami bergambar berdua...aiyooo

Actually kami tak habis berjalan dalam I-City tu...gara2 sy dah tak larat sgt! Next time boleh pergi lg...

Sekian saja laporan bergambar dari I-City Shah Alam...tepat jam 12.30 malam kami pun pulang....masing2 dah kepenatan....

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...