AufaZanKi

My photo
Special Thought For The Super Special Persons In My Life
Showing posts with label BIRTHDAY*ANNIVERSARY. Show all posts
Showing posts with label BIRTHDAY*ANNIVERSARY. Show all posts

Tuesday, October 14, 2014

Sempena ulangtahun kelahiranmu...


بسم الله الرحمن الرحيم

...السلام عليكم ورحمة الله وبركته



1 Oktober yang lalu...genap 33 tahun usia beliau. Syukur dilafazkan ke hadrat Ilahi di atas segala nikmat kurniaanNya...nikmat umur yang masih panjang, nikmat kesihatan, nikmat rezeki dan nikmat kasih sayang...tanpa izinNya tidaklah kami mampu mengecapi semua nikmat ini...


الحمدلله...الحمدلله...الحمدلله




Sebagai isteri, tiada lain selain doa dan harapan yang dapat dihadiahkan...agar seluruh kehidupan beliau dirahmati Allah Taala, agar setiap apa yang beliau lakukan mendapat ganjaran..bukan setakat ganjaran di dunia malah ganjaran di akhirat nanti...aameen. Tiada hari yang saya lalui tanpa mendoakan beliau. Kerana beliau adalah suami...maka itulah yang selayaknya beliau perolehi daripada saya sebagai isteri.

Semoga Allah memperkenankan segala doa yang terbaik untuk beliau...semoga Allah meredhai kami sebagai suami isteri...aameen Ya Rabbal 'Alameen..




Yang ini hadiah yang tak seberapa daripada saya untuk beliau. Nampak macam budak2 kan...buat kad bagai....terimbas pulak zaman bercinta dulu...memang selalu aje buat macam ni...hehee


Nak masak yg special pun tak sempat...sebab masa tu beliau terlalu sibuk dengan program universiti. Macam biasa la..isteri dituntut untuk bersabar dan mengalah...


Birthday kali ni...beliau dapat hadiah yang sangat beerti dalam sinopsis kerjaya beliau. Alhamdulillah, beliau berjaya merangkul anugerah Penasihat Kelab Terbaik sempena Hari Ko-Kurikulum UMP 2014.




 Memang berbaloi la menang...penasihat kepada lima buah kelab...n masa n tenaga memang banyak tercurah ke sana. Nak dibandingkan dengan kerjaya sebagai guru...dulu saya seorang guru..hehee....kerja di universiti ni luar biasa sibuknya. Siang malam penuh dengan aktiviti. Macam2 program...kadang2 memang tak tahan sangat sebab masa untuk kami banyak yang terkorban dek kerana program2 itu....nak buat guana...kena la hadap...


Kadang2 teringin gak nak join program2 tu...tapi....hurmm ada aje tapinya.....hahaa...dengan anak yang dah berderet2 empat orang ni...pulak tu tak boleh pulak Mama dia ni hilang dari pandangan mata...memang tak ke mana la jawabnya...


Aufas pun ada juga buatkan kad untuk Baba diorang...


Kad daripada Aufa Qistina

Kad daripada Aufa Irdina

Kad daripada Aufa Irdina lagi...


"Baba....di dunia ini kami tetap bersamamu...selagi Baba masih memerlukan kami dalam hidupmu...dan semoga Allah mengizinkan kami untuk terus bersamamu di dalam syurga nanti"

"Kasih,sayang,cinta dan rindu selamanya"

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Monday, July 7, 2014

Selamat Hari Lahir Mak!


6/7/1942 - 6/7/2014

Alhamdulillah..genap 72 tahun usianya

Insan yang masih lagi dikurniakan kesihatan yang baik oleh Allah Taala

Insan yang masih lagi diizinkan oleh Allah Taala untuk bernafas serta mendiami alam fana ini

Insan yang telah melahirkan sebelas orang anak dan membesarkan mereka dengan penuh kasih sayang

Insan yang telah banyak berkorban jiwa raga demi semua yang disayanginya

Insan yang telah banyak melalui susah payahnya kehidupan




Beliau ialah Hazizah binti Hashim

Beliau ialah emak yang amat saya sayangi dan hormati

Insan yang tiada duanya bagi saya dan anak2 yg lain...

Biarpun jarak dan masa makin memisahkan saya dan Mak...saya tetap akur dan bersyukur kerana rindu kami dipertemukan dalam doa.

Doa saya semoga Allah Taala merahmati kehidupan Mak, diampunkan segala dosa, dikurniakan umur yang panjang serta berkat, dan dipermudahkan segala urusan

Setiapkali saya telefon Mak...Mak mesti akan pujuk saya n mungkin Mak pujuk diri Mak juga kot dengan kata2 ini...

"Sabar banyak2...Mak sentiasa doakan kau....tak pernah putus!"

Allahu Akbar!!!

Saya sangat bersyukur kerana usia Mak Abah saya masih lagi panjang...dan kerana itu saya dan adik-beradik yang lain dapat menumpang doa dan restu Mak Abah...



Terima kasih Ilahi atas segala kurniaanMu...

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Tuesday, June 17, 2014

34 tahun : Hidup adalah belajar!


!السلام عليكم ورحمة الله وبركته

Seminggu sudah berlalunya hari istimewaku...

Hari di mana aku selamat dilahirkan di dunia...

Ianya pada 34 tahun lalu...

Pada tarikh 10 Jun 1980 jam 9:15 malam...

Ianya pada malam ulangtahun bersejarah Isra' wa Mikraj...




Terima kasih yang tidak terhingga buat Mak yang telah bertarung nyawa ketika itu...dan terima kasih kepada Mak Abah yang telah membesarkan serta mendidik aku sehingga aku menjadi seorang insan seperti hari ini...

Alhamdulillah 'ala kulli haal...


HIDUP ADALAH BELAJAR!


Itulah frasa atau ungkapan yang paling memberi motivasi kepada aku setakat ini. Terima kasih kepada insan yang mencetuskan idea bernas ini. Sungguh! Ianya memberi impak maksima kepada aku!




Hidup aku yang sekarang, bukanlah sepertimana yang aku impikan. Aku pernah punya cita-cita...namun aku korbankan demi memenuhi kehendak kehidupan berkeluarga yang sempurna. 

Aku pernah simpan impian, namun ianya tidaklah seindah yang aku impikan. Hanya cukup sekadar untuk meneruskan kehidupan tanpa perlu bersenang-lenang dan bermewah-mewah.

Aku pernah susun rancangan, namun ianya tidak menjadi seperti yang direncanakan. Aku hanya perlu mengikut dan akur.

Pernah aku menangis, terasa ingin memberontak demi kerana apa yang diimpikan dan apa yang dirancangkan tidak kesampaian. 


Sedikit luahan penuh emosi daripada aku...tak perlu sinis tak perlu kritis....aku juga manusia biasa yang sentiasa diuji dengan emosi. 


Bersyukur kerana aku masih lagi bergantung harap dengan Dia yang sedang menguji aku. Dialah Allah Yang Maha Esa. Di setiap ujian yang diberikan...adakah kita tidak bersyukur kerana kita sentiasa dalam perhatian Dia? 

Di setiap ujian yang dicampakkan...apakah ganjaran yang bakal kita perolehi? Itulah dia ganjaran kesabaran...dan jua kebenaran. Sudah disebut dalam surah al-'asr..




Aku juga bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang sentiasa membuatkan aku berfikir dan bersabar tanpa beliau sendiri sedari. Beliaulah juga yang sebenarnya mengajar aku betapa perlunya redha dan bersyukur dengan setiap apa yang kita ada. Beliau yang sentiasa memanjakan aku dengan sikapnya yang penyayang. Beliaulah juga yang sentiasa mendidik aku untuk memaafkan  dan melupakan yang pahit. Terima kasih suamiku sayang...




Kita tak pernah sedar bahawa insan2 di sekeliling kita sebenarnya yang banyak memberi pelajaran dan pengajaran. Walaupun mereka masih kecil, Aufas adalah insan terpenting dalam hidup saya yang telah berjaya mendidik saya untuk menjadi lebih baik hari demi hari. Dalam saya beremosi marah...Aufas la yang akan mengingatkan saya bahawa marah itu tidak baik. Dalam saya merungut dan mengeluh..Aufas juga la yang akan mengingatkan saya supaya sentiasa bersyukur. Dalam kita mendidik...kita sebenarnya turut terdidik! Jadi, nikmat TuhanMu yang manakah yang kamu dustakan? Dah termaktub dalam surah ar-Rahman...bersyukur sangat padaMu Ya Allah atas kurniaan anugerah cinta terindah dan terhebat dalam hidup kami...terima kasih puteri2 kesayanganku....


Mereka yang pernah mengecewakan aku...yang pernah menuduhku tanpa usul periksa...yang pernah menuding jari kepadaku seolah2 baru mengenaliku sehari dua...kesemuanya telah aku maafkan. Dan aku berharap agar aku juga diberi kemaafan sekiranya mereka merasakan akulah yang bersalah. Aku belajar kesemuanya...aku akur bahawa manusia sememangnya dikalangan makhluk yang suka membantah. Sudah termaktub dalam surah al-Kahfi...


Dengan apa yang aku ada sekarang, aku belajar....

Aku belajar dan berusaha untuk memperbaiki nilai diriku, belajar untuk mempersembahkan yang terbaik kepada mereka yang aku sayang, dan yang paling utama.. aku belajar dan berusaha menjadi seorang hamba Allah yang mendambakan syurga. 

Segalanya dengan izinMu dan redhaMu....

Terima kasih Ilahi...


Aku di usia 34 tahun...

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Monday, April 28, 2014

#throwback


Haih...asyik la bertangguh nak update blog! Ida berlambak2 semuanya dicurahkan di laman facebook..yg ini pun copy dari facebook...n paste dekat sini...hee


Amnina dilahirkan pada pukul 10:06 malam. Uniknya jam itu kerana sama pulak dgn tarikh lahir saya..10.06.  Kenangan manis tu.. 

Masuk labor room pukul 7:15 mlm...masa tu Baba n Aufas pun stay dekat ward...hehe...punyalah teringatkan Aufas bertiga...saya memang berdoa semoga Allah percepatkan proses bersalin dan permudahkannya. Apa yg saya amalkan adalah dgn membaca zikir Siti Fatimah...Subhanallah wa Alhamdulillah wa Lailahaillallah wa Allahu Akbar...kita kena yakin dengan setiap amalan kita...dan saya letakkan keyakinan saya di situ..memohon bantuan Yang Maha Esa. 

First time saya bersalin dan berpantang tanpa bantuan daripada Mak. Sedih la juga...tapi kena tawakkal n kuat semangat. Alhamdulillah...ujian dan dugaan tetap ada..kita cumalah hamba, namun segalanya ada jalan untuk dipermudahkan. Terima kasih Ilahi...

Kenangan pahit...hurmmm....ada...takkan lupa sampai bila2...masa tu tengah sarat mengandungkan Amnina. Ujian dan dugaan yg paling menghancurkan hati saya...tapi takpelah...semuanya telah pun berlalu...bila dah namanya kenangan...mana boleh lupa...kan?

Kerana kita adalah manusia...susah senangnya hidup akan menjadi guru buat kita. Bak kata owner page Sultan Melaka...yg ni kelakar sgt n ada unsur2 blue..tapi nak share juga...hahaa

Sultan Melaka (kononnya) kata..."hidup ini umpama suami isteri...kadangkala kita di atas, kadangkala kita dibawah"...haa nampak tak??? hahaha

*********

Sempena birthday Amnina yg kedua tahun, kami jenjalan dekat ECM je...kengkonon nak cari present for birthday girl...walaupun benda yg nak dicari tu yg diidam2kan oleh kakak..haha

Aufas dah bertahun2 nak khemah princess. Kami tak beli sebab macam takde ruang aje kat rumah nak letak khemah tu. Rumah tumpangan kami kecil je...

Cari dalam Parkson..tak jumpa. Aufas...dah nampak benda lain..rambang mata la jadinya. Sorang nak barbie, sorang nak monster high, sorang nak playdoh...haiii...bukannya sepuluh doploh ringgit harganya! Bila tak dapat...mula la nak buat muka...sabar je la! This time mmg tak dapat la nak tunaikan sebab nak janji nak beli khemah kan..hahaha kesiannn... :p

Perut dah berkeroncong...kami pun makan dulu di Pizza Hut. Dah lama tak makan pizza..sebab dah malas nak buat.Hee..tapi hari ni saya buat pizza..saja je...








Lepas makan pizza kami terus pergi ke Teluk Cempedak. Sebelum ni pernah nampak ada org jual khemah princess dekat tapak jualan kat sana. Malangnya  kedai berkenaan belum buka. Kami pulak nak rushing...Baba ada program malam tu. So, Baba pujuk diorg untuk beli mainan lain. Kalau boleh taknak hampakan anak2...betul tak???

Birthday girl relax je...maklum la belum pandai meminta2 lg...hehe..Kashfina dah pandai minta tapi dia sgt cool. Dari kecil dah terbiasa main mainan kakak aje..yg kakak2 dia pulak dari kecil dah terbiasa dapat apa yg diorg nak..sampai ke besar pun nak macam tu..susah nak mengalah dgn adik2 bila nakkan sesuatu barang...so hadap je la...

Makanya, dapat la mainan almari solek untuk kakak2 Aufa, playdoh untuk Kashfina dan Amnina...dia pilih blocks.









Amnina dah genap dua tahun...dia masih lg breastfeed on demand. Tak sampai hati nak  pecat dia..hahaa

Kakak2 dia dulu pun stop sendiri. Yg paling lama breastfeed adalah Aufa Qistina...sampai umur 3 tahun. Amnina tak tahu la mcmana....kadang2 rasa nak stop kan aje..tapi tu la...tak sampai hati sgt2...skrg ni pulak kalau nak menyusu...dah pandai nak selak sendiri baju Mama dia...hahaa...macam2 hal ...


Dah faham dah apa yg kita cakap n kalau kita minta tolong..dia dah boleh follow arahan kita. Ok la tu...good progress. Nak advance macamana lagi kan...mmg kita aje yg rasa betapa specialnya anak2 kita...tak usah nak compare dgn anak org lain...kan?


Alhamdulillah 'ala kulli haal...

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Friday, April 25, 2014

She turns 2


As time goes by, she turns two y.o today

HAPPY 2nd BIRTHDAY TO AUFA AMNINA

25.04.2012 - 25.04.2014



Bersempena berkatnya hari Jumaat yang mulia ini..semua doa yang indah dititipkan untuk kamu Aufa Amnina..semoga kamu bakal menjadi anak yang terbaik di dunia mahupun di akhirat. Semoga panjang umur..dikurniakan rezeki yang melimpah ruah..agar dengan rezeki itu kamu dapat memanfaatkannya dengan membantu insan lain. 

Allahumma...aameen aameen aameen

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Wednesday, February 12, 2014

The Adorable Aufa Kashfina : 3 y.o


!السلام عليكم ورحمة الله وبركته

11 Februari 2014

Genap 3 tahun usia Aufa Kashfina bt Mohd Zaki

Alhamdulillah...

Perit jerih semasa mengandungkan dan melahirkan Kashfina...Allah gantikan dengan jutaan hikmah dan hadiah.

Kashfina sangat mudah diuruskan. 

She is so adorable.

She is brilliant.

She is lovely.

She is my daughter! Of course! Heee

Tetiba speaking london pulak kannnnn...

Pastu puji melambung tinggi anak sendiri....kannnn...

Bukan apa...takkan kita nak kutuk, maki, keji anak kita sendiri...kannnn...anak orang pun kita tak buat macam tu...

Lagi pulak...kata2 itu kan ibarat doa...especially bila seorang Mama yg berkata2...moga mustajablah kata2 itu...aameen...

Pulak lagi...semalam kan birthday Kashfina...puji2an tu salah satu hadiah untuk Kashfina la kenkononnya....kann...

"Kann..Kann..Kann"...Kashfina mengejek kakak Qistina dia berlakon...hahaa..





Setakat tiga tahun ni...cakap dah lancar...dah faham la kalau dia bercerita...tapi dia suka ulang soalan sampai puas hati...kikiki...

"Terima kasih Mama..." bila dah dapat sesuatu yang diingini.

"Ok Mama..." bila disuruh buat sesuatu perkara.

"Sorry Mama.." bila dah buat silap.

"Mama ni sebok je!" bila Mama asyik menyakat dia..tapi kekadang tu tetiba je dia cakap macam tu...sebab dia pulak nak menyakat kita! Hahaa...

" Mama...jangan marah..." bila Mama dia dah start membebel...heee



Kashfina bersama Amnina


Apa pun...Mama sentiasa doakan kesejahteraan hidup Kashfina...semoga Kashfina sentiasa dilindungi Allah..semoga Kashfina bakal menjadi yang terbaik buat semua dunia akhirat...aameen


Semalam...jenuh brainstorm idea nak buat apa untuk raikan birthday girl...banyak bahan yang takde...tapi tetap nak raikan Kashfina...bukan selalu...setahun sekali je...

At last, dapat idea buat butter carrot cake...this time real homemade n handmade...gigih ko!




Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Thursday, December 19, 2013

19/12 ...tahun 2004...


Saya tanya Baba.."ingat tak tarikh hari ni?"...bertuah sungguh dia tak ingat! saya kata kat dia..."dia yang cipta tarikh ni....dia pulak yg tak ingat ei"...hahaa...saya ni..semua tarikh yg berkaitan saya ingat! wanita......kannnn...lelaki...asal jadi sudah la...yg lain2 tu....tak penting pun...

Actually..takde apa pun...saja nak menyakat Baba...nak minta dia belanja Barbie Mariposa kejap lagi... ;)

Tarikh hari ni...19/12...masa tahun 2004...saya selamat bergelar tunangan orang...takde plan apa2...tetiba je nak datang meminang dalam tempoh seminggu...kelam kabut nak buat persiapan...

Masa tu belum kerja tetap lagi...baru grad..juz jadi guru ganti jer...Baba pulak..belum habis  study lagi...

Agaknya...Baba takut saya dipinang orang lain kot...hahaa...memang ada sorang brother tu nak masuk meminang...kalau saya bagi jawapan positif...issshhh...macamana saya nak kata "ya"...sedangkan hati saya dah tersangkut dekat Baba time tu... :p

Semuanya sudah termaktub kan...kita hanya jadi pelakon saja atas dunia ni...




Hahaaa...inilah gambarnya sebagai bukti...

Segala-galanya disponsor...

Baju...pinjam baju cousin...kebetulan dia belum pernah pakai baju tu...thanks ijal...besar jasamu..

Barang2 hantaran...sponsored by Kak Pah...dia belikan kemeja+neck tie, set tali pinggang+beg duit, sejadah, tuala mandi...heheee...sangat old school kan barang hantaran...

Nak dijadikan cerita...seminggu sebelum dipinang tu...saya ada mimpi ular...ular tu besar sangat2...n ular tu bawa cincin...cheeewahhh! agaknya kebetulan je kot.. takde la nak percaya sangat.. sikit2 tu ada la...hehee...tak semua mimpi itu mainan tidur...kan?


Oklah...nak cerita itu je...kisah daku dipinang oleh Baba.. hehee

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Friday, December 13, 2013

121213


121213

HAPPY 6th BIRTHDAY TO AUFA QISTINA





Doa dan harapan Mama Baba

Semoga Aufa Qistina membesar dengan sempurna

Serta menjadi seorang yang terbaik di dunia dan di akhirat

Allahumma...aameen



Awal tahun depan dah mula bersekolah

Macam biasa...Mama dia yang over worried

May everything goes fine....hurmm...






Aufa Qistina...

Seindah namanya...begitu jugalah tuan empunya nama

Ramai yg berkenan dengan kecantikan dan kecomelan dia

Moga akhlak dan peribadi juga comel yea Adik...

Makin lama makin manja budak sorang ni...

Nak  dukung laa...nak duduk atas pangku laa...nak tidur sebelah Mama laa...

Isshhh...isshhh...issshhh

Padahal dah ada dua orang adik!

Heheheee....

Tapi...Mama Baba memang suka melayan kerenah dia

Lawak pun ada budak ni tau!






 Antara bakat Aufa Qistina yang menyerlah

Suka sangat  lukis gambar princess

Macam2 fesyen baju princess yang dilukisnya

Kreatif...


WE LOVE YOU SO MUCH ADIK!!!!


Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Wednesday, December 11, 2013

Siapa yang anda pilih?


Andai diberi pilihan

Dan harus memilih satu antara beribu

Siapa yang anda akan pilih?



Ada satu cerita di facebook Baba

Tersentap dan tersentuh hati ini bila membaca cerita tersebut

Ianya berkisar tentang pilihan

Begini ceritanya....



★★★★★★★

Seorang penceramah mengadakan permainan kecil kepada tetamu di dewan yang sudah berkeluarga dan meminta 1 orang datang ke depan. 

PENCERAMAH: ”Tulis 10 nama yang paling rapat dengan anda” Lalu lelaki tersebut menuliskan 10 nama, ada nama jiran, orang tua, teman kerja, sahabat, anak dan juga isterinya serta seterusnya. 

PENCERAMAH: "Sekarang sila pilih 7 di antaranya anda ingin hidup terus bersamanya"Lelaki itu memadam 3 nama yang ditulisnya tadi. 

PENCERAMAH: "Sekarang hapuskan 2 nama lagi, sehingga tinggal 5 nama sahaja di papan tersebut."

PENCERAMAH : “Hapus 2 nama lagi.” Maka tinggal 3 nama, iaitu nama orang tua, anak dan isterinya. Suasana dewan menjadi hening, mereka berfikir semua sudah selesai dan tak ada lagi yang harus dipilih.

Tiba-tiba PENCERAMAH berkata: “Silakan padam 1 nama lagi!” Lelaki itu dengan perlahan-lahan mengambil keputusan yang sulit dan menghapus nama orang tuanya.

PENCERAMAH : "Silakan pilih 1 nama lagi!"Lelaki tersebut menjadi bingung. Kemudian mengangkat kapur dan dengan berat hati mulai menghapus nama anaknya dan lelaki itu pun menangis. 

Setelah suasana tenang.

PENCERAMAH bertanya kepada lelaki itu, "kenapa kau tidak memilih orang tuamu yang telah melahirkan dan membesarkanmu, tidak juga memilih anak yang darah daging anda sendiri, sedangkan isteri itu dapat kau cari lagi?"

Semua orang di dalam dewan tersebut terpaku menunggu jawapan dari lelaki tersebut. 

Lalu lelaki itu menjawab: "Seiring waktu berlalu, orang tua saya akan pergi meninggalkan saya, manakala anak jika sudah dewasa akan berkahwin, dan juga pasti akan meninggalkan saya. Sedangkan yang benar-benar boleh menemani saya dalam hidup ini hanyalah ISTERI saya. Orang tua dan anak bukan saya yang memilih, tapi Tuhan yang menganugerahkannya. Sedangkan ISTERI, sayalah yang memilih dari sekian banyak wanita yang ada di dunia ini.” 

Semoga kita semua boleh mengambil hikmah dari cerita diatas. Sayangilah isteri2 anda.

★★★★★★★



Kalau saya....

Saya pilih....

Suami saya!

Oh Baba... I love you so much!!!




Alasan yang sama seperti dalam cerita...

Cuma alasan tambahan daripada saya...

Kerana syurga seorang isteri di tapak kaki suaminya



Tapi...bagaimana dengan suami???

Walaupun telah berkahwin...syurga tetap di telapak kaki ibu

Andai si suami memilih ibu...bagaimana dengan isteri?

Dalam cerita tu...suami memilih isteri...bukan ibu

Fuhhh....sukar sangat sukar...

Nasib baik ianya hanya cerita

Kalau taknak pilih pun takpe...

So, jangan risau yea...

Ini semua poyooooo!!!

Ehhh silap...ini semua sekadar andaian

Dan semuanya seolah-olah berantai dan saling kait mengait

Suami pilih ibunya

Isteri pilih suaminya

Anak pilih ibunya atau ayahnya

At the end...semuanya berkumpul bersama

See...indahnya ikatan kekeluargaan

Indahnya kasih sayang yang Allah kurniakan kepada insan

Oleh itu...bersyukurlah!

ALHAMDULILLAH 'ALA KULLI HAAL...



Baba beli kek chocolate fudge sempena wedding  anniversary kami..thanks a lot! ada lagi...siapa nak? hehe..kesian Baba..nampak sekerat je muka...Aufa yg tolong snap..terpaksa panjat kerusi n panjangkan tangan... :p












Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Monday, December 9, 2013

Hampir terlupa... 091213


Hurmmm...

Patut la tergerak hati nak buat kek coklat semalam...

Baba pulak tetiba je teringin  nak makan kek secret recipe pagi semalam...

Rupa-rupanya...ada special day hari ni

Hampir terlupa...

Lepas maghrib semalam baru teringat...

So...apa kait dengan kek???

Heheee...kek kan sinonim dengan celebration...begitulah kekdahnya...

Ok...tanya sendiri jawab sendiri...macam tak biasa...hahaaa


inilah kek itu...extra moist chocolate cake...fuhhh!!  melelehhh!!



Alhamdulillah 'ala kulli haal...

Dah lapan tahun kami menggalas amanah dan tanggungjawab sebagai suami isteri dan Baba Mama

Masih banyak yang perlu diperbaiki dan dipelajari

Suka duka silih berganti

Semua itu pelajaran dan  ada ibrah




Untuk Baba...

Perkahwinan kita adalah amanah dari Dia

Sama-sama kita jaga, sama-sama kita pelihara

Berilah rasa hormat kepada ikatan suci ini

Agar ianya sentiasa dilingkari oleh redha Yang Esa

Sama-sama kita wujudkan mawaddah dan rahmah dalam hubungan ini

Agar bahagianya melimpah ruah kepada anugerah cinta terindah milik kita

Terima kasih atas segalanya setakat lapan tahun bersama dan setakat sebelas tahun saling mengenali

Mohon kemaafan di atas segala khilaf

Semoga Allah meredhai kehidupan rumahtangga kita

Aameen Ya Rabbal 'alameen





Kebetulan juga...di facebook saya pagi ni...Ustaz Sarhan ada post tentang petua bagi pasangan yang berumahtangga

Sesuai sangat kan..

63 petua yang boleh diamalkan menurut Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah :


1. Doa yang berterusan.

2. Patuh ajaran agama.

3. Murah dengan pujian.

4. Murah dengan khidmat.

5. Murah dengan belaian kasih sayang.

6. Murah dengan sentuhan.

7. Mencari kebaikan pasangan.

8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.

9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.

10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.

11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.

12. Berfikiran terbuka – boleh tegur menegur.

13. Berani mengambil risiko emosi – tegur/perubahan/ berpisah sementara.

14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.

15. Tolak-ansur.

16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.

17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.

18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.

19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.

20. Sanggup berkorban buat pasangan.

21. Menghormati pasangan.

22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.

23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.

24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.

25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.

26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.

27. Meletakkan hak kepada pasangan.

28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.

29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.

30. Mengawal marah. Buat perjanjian.

31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.

32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.

33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.

34. Memahami peranan ‘pasangan’.

35. Hubungan perasaan sesama pasangan.

36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.

37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.

38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.

39. Tujuh kali puji dan satu teguran.

40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.

41. Banyakkan bergurau dan bermesra.

42. Sentiasa berterus terang.

43. Beri masa untuk perubahan berlaku – sabar.

44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.

45. Elakkan salah pasangan.

46. Cari titik pertemuan.

47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.

48. Lebih banyak memberi daripada menerima.

49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.

50. Sentiasa bersemangat – bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.

51. Seimbangkan hubungan dari segi:
Mental, pendidikan dan ilmu
EmosiFizikal dan ekonomiSosial
Spiritual

52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).

53. Tidak terlalu mengongkong.

54. Tidak bertindak bersendirian.

55. Memberi peluang untuk berbeza:
Pendapat atau pandangan
HobiKegemaran
MakananCita rasa
Warna pilihan dan pelbagai

56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.

57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.

58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).

59. Tidak meminta yang bukan-bukan.

60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.

61. Mencari kelainan dan perubahan positif.

62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.

63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.





Dear friends....please pray the  best for us okay...thank you... ;)

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Friday, November 22, 2013

Tarikh cantik!





13.11.13

Cantik kan tarikh tu...

Tahun ni rezeki Aufa Irdina dapat tarikh cantik time birthday yang  ke-7

Last year, 12.12.12 ...birthday Aufa Qistina yang ke-5

Last two years, 11.02.11 ... Aufa Kashfina lahir

10.06.10 ...birthday saya yg ke-30

01.10.10 ...birthday Baba yang ke-29

Kesian Aufa Amnina...lahir hujung bulan...takde chance nak dapat tarikh cantik...takpe la...yg pentingnya orangnya sangat comel! hehee



Ini yang saya titipkan buat Aufa Irdina semasa ulangtahun kelahirannya di facebook

Kata-kata berbentuk doa...dengan harapan semoga sahabat2 juga mendoakan Aufa dan meng-aameen-kan doa saya

Moga Allah memperkenankan setiap permintaan kita

Terima kasih buat sahabat2 yg sudi mendoakan Aufa Irdina...





Alhamdulillah...

Alhamdulillah 'ala kulli haal

Umur Aufa dah tujuh tahun...

Dah tamat sekolah tahun satu di SK Gambang, Kuantan, Pahang

Pencapaian selama setahun????

Alhamdulillah 'ala kulli haal

Berdasarkan penilaian guru2..inilah pencapaian Aufa Irdina




Personally, saya tak suka sgt result  ikut PBS ni

Lebih suka ikut format yg lama...yg ada exam n markah tu...pastu ada nombor

Barulah ada semangat nak bersaing...betul tak?

Over all...masih banyak yg Aufa perlu belajar dan perbaiki

Especially bab communication n  social skills

Cikgu kata...Aufa ni masih malu2 lg...bila ditanya tu susah sikit nak respon...hurmm

All the best Aufa Irdina!!

We love you soooo much!!!!

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Tuesday, October 1, 2013

32 tahun usianya..


my baby boy... ;p

Jom nyanyi!!!!



HAPPY BIRTHDAY TO YOU

HAPPY BIRTHDAY TO YOU

HAPPY BIRTHDAY TO BABA

HAPPY BIRTHDAY TO YOU...
 



Alhamdulillah...genap sudah usia Baba 32 tahun

Libra vs Gemini

"Kalau tak serasi takkan bersama"

Hehee...saja jer nak alih angin

Selalu orang quote "serasi bersama ' kannn...




video ni dirakam sehari sebelum birthday Baba...comel je! hahaa..


 
Untuk kali ketiga hari ini wish happy birthday kat Baba
 
Di blog kesayanganku ini...
 
Over kannn!!!
 
Mula2 tu of cozez la masa genap2 je jam 12 tengah malam
 
Anak2 pun tak tidur lagi...jeles aje la bila kita hug n kiss Baba diorg!
 
Yang lawaknya..boleh je Baba request hadiah ni....nak baby boy!
 
Hahaaaaa...saya tahu Baba pun melawak aje tu...
 
Moga perancangan kami mendapat restu yang Esa...aameen
 
Ehhh...sorry la yea..kalau korang baca blog ni banyak sangat doa...
 
Doa ni macam dah jadi habit pulak...sorry yea..
 
Kalau sudi..aameen kan la doa2 ku itu..okay! :)



Second time...wish birthday Baba via facebook

Isshhh...zaman ler ni..rasa tak complete pulak bila tak wish kat FB

Jangan pandang sinis tau...salah satu medium untuk mengeratkan kasih sayang suami isteri tu..

To me..takde apa2 masalah pun..buatlah apa nak buat..asalkan tahu had dan batas...orait!

Dan..inilah yg saya wish di FB...






Saya memang takde bagi apa2 hadiah pun dekat Baba

Rasanya..sejak takde income sendiri memang Baba tak pernah dapat hadiah dari saya

Kesian kan!

Nak buat guana...isterinya tak bekerja..so nak beli apa2 memang guna duit Baba la...

Huuuu...tapi takpe...Baba tak kisah pun...


Bila dah tak dapat nak bagi hadiah...saya cuba la masak apa2 yg menjadi kegemaran Baba

Hari ni saya try masak pizza

Nak kata jadi...macam tak jadi sangat la...

Next time boleh perbaiki lagi...



PIZZA LIHAT..bak kata baba..bukannya pizza hutt... ;p



Baba sekarang ni tengah busy dengan urusan konvokesyen UMP

Nak celebrate pun tak sempat...

Takpe.....
 
Hurmmm memang semuanya takpe sekarang ni

Kalau dulu...takpe juga..tapi lain intonasinya...

Hahaa...



Baba sebagai sukarelawan JPAM...smart je pkai uniform!



Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...