AufaZanKi

My photo
Special Thought For The Super Special Persons In My Life

Thursday, October 30, 2014

Jeruk epal asam boi


بسم الله الرحمن الرحيم
!السلام عليكم ورحمة الله وبركته


Semalam saya buat jeruk asam boi uols!
Yeah!!!!
Tengah in sekarang ni jeruk asam boi
Kemain meriah kat fb gambar2 jeruk ni
Majoriti yang saya tengok diorang buat jeruk mangga asam boi
Yang jual online pun sama naik!
Senang betul sekarang kan...semua benda kita boleh order n keluarkan duit je...tak perlu kerah tenaga lagi


Saya....mana boleh tengok saja!
Hati ni meronta2 nak buat juga
So, semalamlah hari bersejarah itu..
Bersejarahlah sangattttt...


Tadaaaaa........



JERUK EPAL ASAM BOI


Memandangkan saya tak nampak pun orang jual mangga..so saya gantikan dengan epal

Resepinya sama saja...buah ajer boleh tukar2 ikut selera masing2


RESEPI :

Buah - mangga/epal hijau/jambu/lai
Asam boi
Serbuk asam
Gula - 6-7 sudu
Garam - secubit sahaja
Cili padi/akar - 3-4 biji


Sukatan - ikut rasa n citarasa sendiri ok...


Mula2 sekali basuh la buah yang dipilih tu...then kupas kulitnya




Saya guna buah epal hijau...so memang wajib la dikupas kulitnya dulu

Sebab???

Cer tengok video ni....

video

Actually, bila kita kikis kulit epal tu akan keluar lapisan lilin yg disapu diseluruh permukaan buah untuk mengekalkan kesegarannya. Ada yg guna lilin yg khas untuk buah n boleh dimakan...tapi mana kita nak tahu kan?? Saya dah rendam dgn air garam pun still ada lg lapisan lilin tu...

Orait! Dah siap kupas kulit epal...cuci la sikit n potong nipis2

Masukkan dalam bekas, campurkan gula dan garam. Gula tu....kalau taknak manis sgt bubuh aje 2-3 sudu kalau buahnya dalam 3-4 biji. Kalau suka manis bubuh la lebih gula. Gitu la kekdahnya..hehe

Campurkan pula asam boi....rasanya sepeket dah cukup kot...lebih kurang 6-7 biji. Saya ni tak makan asam jenis gitu...so bubuh pun sekadar hiasan je kot..nama pun dah jeruk asam boi...kalau tak bubuh memang bukan jeruk asam boi nama dia....kan???

Then, bubuh la cili. Kalau rasa2 tak tahan pedas..bubuh sebiji je dah cukup...buat rasa je...saya mmg insaf sgt...saya bubuh empat biji cili...sudahnya berapi2 mulut ni..berair mata menahan pedas! Fuhhhh...lepas ni mmg nak bubuh sebiji je kot...tak pun tak payah bubub langsung...potong stim betul! Saya memang tak tahan pedas...

Serbuk asam tu boleh bubuh masa nak peram or boleh bubuh masa nak makan nanti. Terpulang.

Saya bubuh sedikit masa nak peram. So, bila dah bubuh semua bahan2...tutup bekas n shake la sekejap...bagi rata n sebati semuanya...takyah beria sangat nak shake tu yea...hahahaha

Last step before ngap!...peram la semalaman...saya peram lima jam je....kes tak sabar nak makan! Heee....



Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Tuesday, October 14, 2014

Sempena ulangtahun kelahiranmu...


بسم الله الرحمن الرحيم

...السلام عليكم ورحمة الله وبركته



1 Oktober yang lalu...genap 33 tahun usia beliau. Syukur dilafazkan ke hadrat Ilahi di atas segala nikmat kurniaanNya...nikmat umur yang masih panjang, nikmat kesihatan, nikmat rezeki dan nikmat kasih sayang...tanpa izinNya tidaklah kami mampu mengecapi semua nikmat ini...


الحمدلله...الحمدلله...الحمدلله




Sebagai isteri, tiada lain selain doa dan harapan yang dapat dihadiahkan...agar seluruh kehidupan beliau dirahmati Allah Taala, agar setiap apa yang beliau lakukan mendapat ganjaran..bukan setakat ganjaran di dunia malah ganjaran di akhirat nanti...aameen. Tiada hari yang saya lalui tanpa mendoakan beliau. Kerana beliau adalah suami...maka itulah yang selayaknya beliau perolehi daripada saya sebagai isteri.

Semoga Allah memperkenankan segala doa yang terbaik untuk beliau...semoga Allah meredhai kami sebagai suami isteri...aameen Ya Rabbal 'Alameen..




Yang ini hadiah yang tak seberapa daripada saya untuk beliau. Nampak macam budak2 kan...buat kad bagai....terimbas pulak zaman bercinta dulu...memang selalu aje buat macam ni...hehee


Nak masak yg special pun tak sempat...sebab masa tu beliau terlalu sibuk dengan program universiti. Macam biasa la..isteri dituntut untuk bersabar dan mengalah...


Birthday kali ni...beliau dapat hadiah yang sangat beerti dalam sinopsis kerjaya beliau. Alhamdulillah, beliau berjaya merangkul anugerah Penasihat Kelab Terbaik sempena Hari Ko-Kurikulum UMP 2014.




 Memang berbaloi la menang...penasihat kepada lima buah kelab...n masa n tenaga memang banyak tercurah ke sana. Nak dibandingkan dengan kerjaya sebagai guru...dulu saya seorang guru..hehee....kerja di universiti ni luar biasa sibuknya. Siang malam penuh dengan aktiviti. Macam2 program...kadang2 memang tak tahan sangat sebab masa untuk kami banyak yang terkorban dek kerana program2 itu....nak buat guana...kena la hadap...


Kadang2 teringin gak nak join program2 tu...tapi....hurmm ada aje tapinya.....hahaa...dengan anak yang dah berderet2 empat orang ni...pulak tu tak boleh pulak Mama dia ni hilang dari pandangan mata...memang tak ke mana la jawabnya...


Aufas pun ada juga buatkan kad untuk Baba diorang...


Kad daripada Aufa Qistina

Kad daripada Aufa Irdina

Kad daripada Aufa Irdina lagi...


"Baba....di dunia ini kami tetap bersamamu...selagi Baba masih memerlukan kami dalam hidupmu...dan semoga Allah mengizinkan kami untuk terus bersamamu di dalam syurga nanti"

"Kasih,sayang,cinta dan rindu selamanya"

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...