AufaZanKi

My photo
Special Thought For The Super Special Persons In My Life

Friday, July 29, 2011

Azam saya sempena Ramadhan 1432H

Hari ni dah 28 Syaaban 1432 Hijriah. Lagi 2 hari akan tibanya bulan yang penuh barakah...Ramadhan al-Mubarak. Bulan Ramadhan ni special sikit becoz pada bulan ni kita semua bebas dari godaan Syaitan laknatullah 'alaih, dan di bulan ini juga pintu syurga akan sentiasa terbuka manakala pintu neraka akan ditutup. Maha Suci Allah yang amat mengasihani hamba2Nya...kita sentiasa diberi peluang demi peluang untuk menjadi hamba yang sebenar2 hamba..bukan hamba yang berlagak diva dengan yang telah mencipta kita...faham kan maksud saya? No need explanation on that.


Abu Hurairah R.A menyatakan, telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan". -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaq. 

Dah pasang azam? Azam untuk kumpul pahala sebanyak mungkin. Penting juga azam nie...umpama kita berniat la..kalau kita berniat nak buat kebaikan apatah lagi nak beribadat...awal2 lagi kita dah dapat advance...PAHALA. Sayangnya Allah pada kita kan...Terima kasih Tuhanku...

Azam saya sempena Ramadhan kali ni :
  1. Nak puasa penuh (penuh ala wanita) - for this time being, Kashfina still fully breastfeeding, kuat menyusu pulak tu! Badan besar...perlukan tenaga lebih kot...hopefully saya tak collapse nanti...
  2. Nak khatam al-Quran - last year tak sempat nak khatam...tinggal sikit jer lagi...aduh! sangat berharap tahun ni dapat khatam at least sekali...
  3. Nak makan kurma - last year hanya boleh makan beberapa biji saja. This year berazam nak makan 2 biji sehari..so sebulan dah 60 biji...banyak tu! ;)
  4. Nak slim - Alamak! boleh ker azam macam gini??? Heee boleh kot...niat baik tu...untuk suami tercinta...;p
  5. Nak kurangkan aktiviti lagha - errrrrr aktiviti lagha apakah yang dimaksudkan tu ye??? macam-macam...;p
  6. Nak cari ilmu sebanyak mungkin - kurangkan lagha lebihkan manfaat
  7. Nak ajar Aufa Irdina membaca - Kenyataannya Aufa Irdina banyak belajar sendiri. Ilmu yang dia ada pun lebih kurang sama dengan kanak2 sebaya dia yang dah pergi sekolah. Really..bukan nak puji, itulah hakikatnya. Saya kena bayar hutang tu pada Aufa..so termasuk la dalam azam Ramadhan tahun ni. Maafkan Mama&Baba ye Aufa...

Rasanya itu saja azam untuk Ramadhan nanti. Bulan2 lain pun berazam juga..tapi Ramadhan ni special sikit. Betul tak? Syaitan pun kena ikat...so kurang banyak la godaan dan gangguan. Yang ada cuma godaan nafsu sendiri yang perlu dikawal.

For every single one of you..readers dearly, moga hidup kita lebih diberkati, dilindungi, dikurniakan hidayah dan rezeki...oleh Yang Maha Satu...Allah SWT. Sama-sama kita saling memaafkan segala khilaf yang tidak disengajakan atau mungkin sengaja dicipta. Kita hanyalah insan biasa yang tidak sempurna..namun berusaha untuk menjadi lebih sempurna pada pandangan mata insan lain. 

One more, tolong doakan saya...6-7 Ogos nanti saya akan dinilai lagi dalam Pusat Penilaian JAKIM untuk jawatan Pegawai Hal Ehwal Islam. Tak pergi pun exam..tapi dipanggil untuk 2nd stage pulak...rezeki... Last year gagal...

-googled-

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

formspring.me

Ask me anything http://formspring.me/AufaZanKi

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Who's the coolest person you know?

Abah

Ask me anything

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

What was your favorite TV show as a child?

Moero Attack

Ask me anything

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Wednesday, July 27, 2011

laparnya bila bosan....

Bosan yang amat!!!!

Habis digodek apa yg terlintas di fikiran...click sana click sini...

Satu pun tak membantu menyingkirkan rasa bosan ni

Try update blog jap...

These photos also was taken while I'm gtting bored

But no so bored...at that time...

Bcoz time tu tengah layan Kashfina

Yang pasti...time tu...mesti rasa geram

Geram nak uli Kashfina yang dobot!!!!!

Dah la....

Moh kita layan foto2 nie....

Kashfina tengah aim something
Tengok tangan dia...kuat betul
Macam nak merangkak dah



Apa la yang Kashfina tengok agaknya ya...
Nampak macam nak terkam jer



Aikk!!!!
Still tengok lagi!!!!
Dah macam penari ballet dah gayanya!
Moh kita tengok 
Apa yang Kashfina ralit sangat tu





Looorrrr
Ada Tweety, Nina (baby doll)..dan apa ntah..tak nampak
Kakak Aufa la yang susun tu...
Patut la Kashfina excited!


Errrrmmmmmmmmmmmmm

Bosan lagi....

Tapi percentage kurang la dari tadi

Apa nak buat lagi nie.....

Errrmmmmmmm

Makan la....mesti tak bosan kan....

Rasa macam pernah buat posting macam nie...

Jap...nak godek2 japp

Haah la...macam sama pulak dengan entri


Tapi..sekarang dah terbalik

LAPARNYA BILA BOSAN.....

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Tuesday, July 26, 2011

Aufa2 fanatic Barbie...Mamanya pun sama juga!

Semalam kan hari berjoli sakan 
Gaji day...
Bukan gaji saya
Saya hanya menumpang gaji orang
Malu tapi demi nak macam-macam
Kena la buang rasa malu tu
Kalau tak..........tak dapat la
Kan...kan...kan...

After office hour
Suami ajak keluar makan
Soalan dia (as usual)
"Sayang nak makan apa?"
And as usual
Saya mula la nak sorokkan muka
Taknak bagi suami nampak
And tak cakap apa2
(Malu......hahaha)

"Nak makan Kenny Rogers ke?"
Suami tanya
Jawapan saya ei...
"Eh takde la..ikut Abang la, sayang tak kisah"
Padahal.........

Suami pun dah masak ranum dengan perangai saya
"Jom la, kita makan di Kenny Rogers"

Actually
Masa tengah tak malu
(time sengal)
Cakap pada suami
Nak makan di Kenny Rogers
Dah lama sangat tak makan

At last
Dapat juga makan di Kenny Rogers, Berjaya Megamall Kuantan
"Thank you Abang...Lupa nak say thanks semalam...heeee"
 Sekali makan
Beratus gak terbang
Aduiiii
Lepas ni taknak la makan kat situ lagi
(Nak tengok sampai bila bertahan..;p)

Lepas makan
Kami pergi Giant
Dalam shopping mall tu juga
Beli keperluan yg sudah habis

Then
Round tepi Parkson
Coz dari jauh dah nampak
Errrrr nampak......
Barang2 Barbie!!!!

Sungguh la
Sungguh teruja & tergoda 
Geram sangat2 

Aufa2 apatah lagi
"Waa".."Wow".."Cantiknya".."Nak beli"
Semua pun keluar dari mulut diorang

Mahal la barang2 Barbie
Beg yg isi duit syiling tu pun dah berbelas ringgit
Kecil jer pun!
Aufa2 sebok nak beg sekolah Barbie
Errrmmmm
Tak boleh nak tunaikan permintaan diorang
Tunggu sekolah nanti ye
Lagipun
Aufa dah ada pun beg Barbie
Qistina dah ada beg Dora
Dua-dua original
Elok lagi
Guna jer apa yang ada

Untuk tidak menghampakan Aufa2
Belikan juga stationary Barbie
Masing-masing pilih sendiri

Posing menunjuk-nunjuk namanya....
Aufa Irdina memang fanatic Barbie

Aufa Qistina fanatic Cinderella...tapi layan juga Barbie
Aufa Kashfina jer baik...tak demand apa2 pun...tunggu la dia besar nanti...hehe

Saya pulak
Tengah aim 2 items
Jam tangan & Beg 
Dua-dua brand Barbie la
Nak beli
Tapi.....
Kalau saya beli
Adakah kekal menjadi milik saya nanti?
Saya taknak berebut
Tak suka berebut
Sebab
Saya tau saya yang akan mengalah
So
Saya la yang akan menang
Menang-gung kekecewaan
Errmmm
Takkan la
Nak
BERHENTI BERHARAP?



p/s:
today dapat baby girl baru...anak sulung kakak saya...berat baby 4.5kg...kusss semangat!!! Ada geng la Kasfina nanti...

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Monday, July 25, 2011

dah nak makan sangat!

Video di bawah dirakamkan pada 7 Julai 2011...lagi 4 hari genap 5 bulan. Time tu Aufa Kashfina dah mula menunjukkan tanda-tanda ingin makan...tapi masih tak berjaya nak lembutkan hati Mama...buat la muka kesian macamana pun! Errmmm actually bukan nak makan sangat pun...juz nak rasa jer...semua benda pun dia nak masukkan dalam mulut...

video
berusaha nak ambil roti dari tangan kakak...


Hari ni...23 Julai 2011..di saat usia kashfina 5 bulan 12 hari...dia telah berjaya melembutkan hati Mama dengan beberapa percubaan. Amboi...baby lg dah notti ei!! Babap kang!!!!!!!!!!!!!!!! Gerammmmmmmm betul la dengan ini budak! Hari-hari kena uli...heeeee.

Sepanjang hari ni...Kashfina banyak duduk dengan Baba. Baba rajin pegang & layan Kashfina sambil tengok TV. Time Baba makan dia pun sebok nak capai apa yang Baba makan. Banyak kali dah jadi gitu..tapi saya buat derk jer..kalau boleh nak start kenalkan dia dengan solid food masa umur dia 6 bulan nanti.

************************

Hari ni...25 Julai 2011..hari ketiga Kashfina akan diperkenalkan dengan makanan pejal (solid food). Actually posting nie berepisod...2 hari lepas tak sempat nak habiskan karangan posting nie..standard reason of me : "BUSY LAYAN ANAK2"...iyolah tu! ;p

First day bagi Kashfina makan..dah malam dah time tu. Mana taknya...seharian dok berebut roti dengan Baba. Petang tu kami makan roti..Kashfina tengok sambil jilat2 bibir...Baba kata.."bagilah dia rasa sikit..kesian". Yup..sangat kesian! Bila bagi dia rasa..memang dah macam nak makan sangat dah! Tak sanggup nak tunggu sampai 6 bulan! Macam tulah gayanya Kahsfina bila dapat rasa roti..juz letak kat  mulut dia then tarik semula...lepas maghrib pun sama juga..sampai nangis2 nak makan roti. Maka, saya pun masakkan juga bubur nasi tanpa letak apa2 bahan campuran..even garam pun tak letak lagi.

beginilah ghopenya bubur nasi Kashfina, Mama sgt malas nak blend..that's why ada sudu besar di stu...lenyek jer!

budak yg tak sabar nak makan!

lepas makan terus tidur...amboi!

Keesokan harinya, barulah saya masak bubur & blend it...senang Fina nak telan...this time masak lebih sikit coz ada la yang suka menumpang perut...;p

porridge blended

Fina makan suku jer...

Agak2nya berapa la berat Kashfina next month..skrg dah 8.3kg..tapi as long as Kashfina sihat, tak obes...Alhamdulillah syukur sangat! Juz kena tahan telinga la dengar komentar2 orang...buat masa sekarang...BERAT AUFA KAHSFINA ADALAH NORMAL...HARAP MAKLUM.


Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Friday, July 22, 2011

migraine...

semalam daku diserang migraine,teramat la sakit kepala sebelah kiri ni..rasa mcm nak ketuk dgn hammer..(refered to the pic)..pagi semalam ok jer..siap masak,makan n solat zuhur..time tu dah start sakit..nak tidur Aufa3 kacau..tapi dalam sakit2 tu sempat lg ajar Aufa2 tulis ABC n kenalkan dgn huruf kecil..bak kata Aufa..'ni masa dia (huruf) baby'..err saya iyekan aje..heee..then saya siap jemur baju,buang sampah..kesudahannya muntah coz terlalu sakit n tak reti2 nak duduk diam! Sampai ke malam still tak ok, so terpaksa ambil actifast..ya memang terpaksa coz saya tak amalkan makan ubat time migraine..alhamdulillah dalam jam 11 baru la beransur2 kebah..err punya la buang tebiat, tengah2 malam teringin nak minum laicikang..maka dgn penuh keikhlasan di hati dan wajah, en suami pun keluar mencari laicikang..unfortunately laicikang takde..lalu digantikan dgn jus tembikai n burger daging tanpa sos..terima kasih suamiku!

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Thursday, July 21, 2011

Aufa Qistina jatuh...

Petang semalam...Adik jatuh dalam bilik air. Saya tak nampak macamana dia jatuh bcoz Adik mandi dengn kakaknya, Aufa Irdina. Lepas mandi & pakai baju, dia duduk jer dalam bilik n terus tidur. Saya memang tak fikir apa2...sampai la lepas Asar, Baba diorg ajak keluar beli lauk. Saya tengok Adik lemah jer...menangis...saya dah mula risau...buatkan Milo untuk Adik...dia minum sikit jer...Baba balik pun dia tak excited nak sambut...macam selalu. Otak saya nie dah fikir macam2...alahai!

Dalam kereta, all the way saya tengok dia lemah jer. Bagitau Baba...bila Baba tanya dia menangis...sakit kepala, katanya. Kami mula risau...lepas beli lauk kami terus balik rumah. Adik dh boleh berlari2 dengan kakak, saya assumed it's gonna be ok la...bila saya tanya.."Adik, sakit lagi tak?"...terus dia menangis n cakap..sakit kepala. Tak lama lepas tu dia muntah. Kami dah berdebar...dan berdoa moga semuanya baik-baik saja.

Lepas maghrib, Adik muntah lagi lepas minum susu. Kami bergegas ke hospital...kendong la si kecik Aufa Kahsfina...kesian kat dia...n thanks a lot to their sister, Aufa Irdina for her understanding n concern...dia memang sgt bertanggungjawab...kecil lagi dah nampak sikap tanggungjawab..hopefully kekal begitu sampai bila-bila...
 
Di hospital, jalani prosedur biasa...masuk bilik saringan awal. Di soal siasat dulu...heee, nurse bertugas tu cakap..betul la tindakan kami...directly refered to hospital..bcoz kalau pergi ke klinik biasa pun takkan dapat membantu...n mcm tu la juga yg kami fikirkan. Lepas saringan...kena tunggu turn untuk jumpa Doktor. Sambil menunggu....

anak yg tahan lasak..tengah sakit tu...ada hati nak main...

budak kecik nie...jadi perhatian la pulak! comel sgt ke....hmmm

Itulah dia Aufa Qistina...tengah sakit pun still boleh gagahkan diri..nak main lagi tu...ada sorang makcik nie..siap belai2 Adik..hahaha...yang lawaknya makcik tu kata..."comelnya la dia..macam anak Indon!"...hahaha anak Indon...tak boleh blah! tp memang betul agaknya apa yg makcik tu cakap...Aufa Qistina nie lain macam sikit comelnya tu...ntah ikut sapa ntah...makcik tu cakap lg sambil usap2 kepala Adik.."ni kalau duduk dengan Tokmi (gelaran dia kot) ni memang Tokmi belai-belai dia". Tak sempat nak borak lama dengan makcik tu coz anak dia dah nak balik...makcik tu siap pesan.."tak payah la kerja..jaga anak2 jer..besar pahala tu". Errmmm terima kasih makcik...I'll take note! :)

Sampai turn jumpa doktor...soal selidik lagi...doktor bagitau, maybe ada gegaran pada otak Adik hingga menyebabkan dia muntah n jadi lemah. Menurut doktor, Adik tak menunjukkan simptom-simptom yg merunsingkan seperti sawan, tak boleh menggerakkan anggota badan n tak aktif...so kemungkinan besar Adik ok. So, kena buat x-ray dulu...nak tengok samada ada keretakan pada tempurung kepala atau tidak. 

Adik suka sangat gigit benda..takpun dia suka masukkan jari dalam mulut...I don't like la dik!!!!

tengok la...tak tahan nak duduk dalam stroller...sibuk nak turun..nak melompat2 lg! haih!!!

Result x-ray pun ok..takde retak apa2...juz tempurung kepala Adik belum bercantum...ntah...doktor kata dia kecik lg..so belum sempurna lg percantuman tempurung kepala dia..hmmmm nak kena google nie...so skrg nie Adik dalam observation la...so far ok jer dia...bangun tidur tadi saya tanya dia..."Adik ok tak? Sakit lg tak?" Dia angguk n jawab.."Adik dah sihat...". ALHAMDULILLAH...

MORAL OF THE STORY : Awasi anak-anak kita sepanjang masa....Jangan biarkan anak-anak berseronok main air tanpa pengawasan kita...IKHTIBAR UNTUK DIRI SENDIRI....

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Wednesday, July 20, 2011

Menghargai namun Tidak Dihargai

Nampak mudah

Ya, memang nampak remeh

Tapi....

Ia tidak seperti yang disangka

Errmmm

Takpelah.........

After this

No more.........

Enough is enough
 
Menghargai namun Tidak Dihargai
 


Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Tuesday, July 19, 2011

16/01/2006 yang lalu...

Tadi...selongkar beg lama..yg penuh dengan dokumen2 yang sepatutnya sudah dijatuhkan hukuman buang daerah ...terjumpa sekeping kertas yg dilipat empat, bertarikh 16/01/2006 hari Isnin. Imbas punya imbas...ohhhh pada tarikh ni saya sedang melapor diri di Institut Perguruan Islam (IPIS) Bangi...nak jadi guru j-QAF. Masa ni kami baru jer sebulan 7 hari bergelar suami dan isteri. Errmmm....patut la content surat ni berbaur emosi...............

memori yang akan kekal di sini...di blog AufaZanki...

Sejujurnya saya hampir2 lupa tentang memori yang sudah berlalu 5 tahun lamanya ...tapi bila baca surat ini sedikit sebanyak mengimbau kenangan2 lalu yang benar2 mengusik jiwa. Masa tu kami hanya PJJ (perkahwinan jarak jauh)...saya bertugas di Melaka, negeri kelahiran saya dan suami mencari rezeki di Kuala Lumpur. Berjumpa dan berkasih sayang hanya pada hujung minggu...samada saya speeding (120kmsj) ke KL or suami yang akan pulang ke Melaka. Walaupun tak sejauh mana...disebabkan gelodak jiwa...lebih2 lagi kami baru jer berkahwin...teramat pedih dan perit bila berjauhan.

Sekarang...2011...kami bersama2 mengharung suka duka...menjadi perantau mencari rezeki demi membesarkan anugerah cinta kami dan demi masa depan kami...kalau boleh tak mahu berjauhan lagi...tak mahu PJJ lagi...kami tak mampu dan tak setabah pasangan lain untuk berjauhan...that's all...

Untuk suamiku tercinta, Mohd Zaki bin Ahmad...
"Sekarang...tiada lagi kesamaran dalam menggapai cita2 dan masa depan Abang...kerana apa yang Abang inginkan sudahpun tercapai. Usah hiraukan bisikan2 yang mengganggu kerana sudah termaktub rezeki Abang di sini, buat masa ini. Terima dengan berlapang dada...teruskan dengan apa yang ada. Insha Allah...usaha dan doa adalah jalan terbaik jika ingin berubah dan berhijrah. Sayang tetap setia...seperti selalu...sentiasa ada untuk Abang. Ingat janji kita...ingat kenangan kita...betapa susahnya membina istana cinta yang sudah 9 tahun bertahta di hati masing-masing."

Sebak la pulak... tapi itulah hakikatnya dalam hubungan. Dugaan dan rintangan menjadi penambah perisa...kalau semuanya manis...dapat diebetes susah pulak kan....;p

Dan...gambar ini pun saya jumpa dalam beg tu...sehari selepas kami ijabkabulkan...errr cantik baju & color baju kami...turqouise color...sekarang boleh pakai lagi baju tapi teramat la fit...;p



Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Monday, July 18, 2011

*tak kuasa aku!*

My emotion now

Is like 'rojak'


 *bercelaru*

*berkecamuk*

*buntu*

*angin satu badan*

*lucu*

*bersyukur*

--------------------------------------------

I don't know why

Ohhhhhhh

Actually I do know the reason's'

However

I'm in the mode

*tak kuasa aku!*

So

*tak kuasa aku nak cerita!*

Haih!!


********************************

 Aufa2 dah hampir sejam dok berendam dalam bilik air, selagi tak kena sound selagi tu la diorang dok 'berlakon' sambil main air.

*tak kuasa aku!*

Ok

Nak tidur............



Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

takdo kojo....

Weekend yg baru berlalu

Kami tak ke mana-mana

Kalau keluar pun

Juz pergi dekat-dekat jer

Isi tank...

Segala jenis tank nak kena isi

*********************

So

Bila boring

Saya buat kerja ni

cinderella

bell

Tau tak????

Saya mewarna...........

Heeeeeeee

Habis buku mewarna Aufa2 saya kerjakan

Sampai sakit2 tangan

Coz color pencil tu bersegi2

Yang ini

Aurora

 Dah siap dah malam tadi

Sampai saya kenal sorang2 princess Disney

Aufa2 la punya pasal ni



*****************************

Actually

Bukannya takde kerja

Baju dah menggunung tak berlipat






M.A.L.A.S








Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

bingkisan Syaaban

Dari Abu Hurairah r.a dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : 
Telah datang Jibril a.s pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata: "Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilah dan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit!"
Kata saya (Nabi Muhammad SAW): "Hai Jibril, apakah erti malam ini ?"
Dia (Jibril) menjawab: "Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan/pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu."
Maka pergilah Nabi Muhammad SAW untuk mengerjakan sembahyang serta menangis di dalam sujudnya dengan membaca: "Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksaMu dan murka Mu dan aku tidak menghitung-hitung pujian kepadaMu, sebagaimana Engkau memuji kepadaMu sendiri, maka segala puji bagiMu sehingga Engkau redha.". Dipetik dari Kitab Zubdatul Wa'idzin.


Info & Foto :

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Sunday, July 17, 2011

saya semakin slim!

Lately...selalu jer baca posting tentang KURUS. Sana sini sibuk menguruskan badan. Dan posting2 yg berkaitan dengan aktiviti 'kurus-mengurus' of course la menarik perhatian saya............sebab saya pun dalam mode yg sama! Heeeeee.....Lebih2 lagi baru lepas bersalin...confirm badan nie still under contruction.....but available to be explored.......muahahahahaha....

Betul nie...tak tipu!!! Saya semakin kurus!!!! Belum betul2 kurus....tapi sudah nampak improvement....oh sukanya!!!!


Alkisahnya, balik jer dari Melaka awal bulan Mei lepas...terus selongkar semua baju2 yg dipakai sebelum pregnant dulu. Saja nak tengok...muat lagi tak...hmmmm kecewa juga la time tu coz banyak baju yg dah tak muat...muat sebenarnya tapi kalau pakai juga jadi fit la...so akan nampak la semua benjolan2 yg ada di tubuhku ini....kan tak elok di pandangan mata tu....adoiiii sadisssss!!!!

3 bulan lepas...saya try pakai jeans nie...tak muat!!!! Tang pinggang tak boleh nak button!!! Puas kempiskan perut still tak boleh. Kecewanya la time tu...baru admit yang saya semakin kembang....huwaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!! [sebelum nie perasan slim la tu...padan muka!!!]

Selang 2-3 hari, saya try pakai lagi jeans nie...perkara yang sama berulang lagi...still tak boleh nak button. Dia ingat tanpa buat apa2 boleh slim la dalam tempoh 2-3 hari! Forget it!. Masalah saya nie....tak sabar2 plus tak menyempat2...usaha habuk pun tarak...sebok nak menerai jeans yang sah2 dah tak muat! Aduh!!! 


Selepas sebulan berlalu...bulan lepas...try lagi sarung jeans nie. Kecewa lagi..... :( Terasa mau nyanyi lagu Berhenti Berharap....;p


Petang tadi....tetiba jer terasa ingin mencuba sarung jeans itu....saya memang seorang yang tak pernah serik...ok...dengan penuh debaran menyarung jeans BUM itu...sengal jer kan!...

Hah!!!! Dah boleh button??? Ohhh saya dah kurus!!!! Terasa mau melompat2 macam kanak2 ribena!!! Terus bagitau dia...."Baba..Mama dah kurus!  Dah boleh pakai jeans ni"....Dia senyum jer...issshhhh jeles la tu...cakap dalam hati....;p

Dalam kereta tak puas hati, cakap lagi.."Syg dah kurus..."...mengharapkan respon positif dia. Senyum lagi....arggghhhh!!!! Anggapkan saja dia jeles sebab dia belum kurus!!! Hahahah sorry Baba....

Baru lepas tanya dia, again....(tak puas hati selagi dia tak kata YA)..."Bang, syg kurus tak?" Dia senyum...saya tanya lagi..."Bang...syg kurus tak?"...sambil senyum dia jawab.."kurus...kurus tang muka"...SEE!!!! obvious sgt tahap jeles dia uolzzz!!!!! {takpe la abg...memang betul pun..kalau syg kurus memang nampak tang muka...baru la nampak dagu syg yg berlekuk nie...kannnnnnnnnn}

Sebetulnya, Kashfina yang banyak membantu Mamanya untuk slim. Yelah...dia memang kuat breastfeeed...kerap pulak tu...badan dia kan kusss semangat...that's why dia lebih kerap bf....well done Kashfina!!! Keep up your very good work to make your Mama slim like princess! ;)

sempat jeling lagi tu...comel!!!!

p/s : 'ter'panjang pulak posting ni...asalnya nak citer sikit jer...meleret2 pulak! Heeee

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Friday, July 15, 2011

errrrkkkk!!!!!!

errrmmmm

nothing much to say

juz wondering





*?????????????????*

"Baba suka ker Mama macam ni?"

*^^^^^^^^^^^^^^^^*

[nyampah aku tengok  hyppo debab nih!!!!]

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Thursday, July 14, 2011

Aufa Kashfina 5 bulan

Genap usianya 5 bulan 11 Julai lepas...sama pulak dengan birthday Atuk Melaka...happy belated birthday to Atuk! Untuk Nenek juga...birthday Nenek 6 Julai. Moga kesemuanya beroleh rahmat dan redha Ilahi...ameen.

Hari ni baru berkesempatan bawa Kashfina ke klinik al-Farabi, Jaya Gading for routine check up. Klinik al-Farabi nie sentiasa ramai umat walaupun klinik swasta. Luckily hari ni turn kami cepat...taklah menunggu lama...Kasfina pun dah resah gelisah nak bf n nak tidur...tapi kalau kena tunggu lama sikit pun takpe coz aircond baru servis kot...sejuk jer tadi....;p

Berat badan Kashfina sekarang 8.3kg...kussss semangat!!!! Tapi still normal...tak obes pun...rangka dia besar...no wonder la berat Fina macm tu...Alhamdulillah yang penting Kashfina sihat walafiat dan positif. Then, it's time to take the last jab of DTaP vaccine. Orang Melayu panggil..'tiga serangkai'...

get ready Fina...dalam kereta otw ke klinik...duduk di seat jer skrg...Mama nak bersenang-lenang...;p
Fuhhh, cayalah Kashfina!!!! Tak menangis pun time kena inject...meronta2 jer coz kena pegang dengan kuat oleh Mamanya...teringat kata2 doctor masa nak inject Fina masa dia 4 bulan (2nd jap of DTaP vaccine)..macam nie la lebih kurang ayat doctor tu..."Amboi...peha gebu...tak rasa bersalah la kalau nak inject pun"...dengan loghat Pahang yg pekat...;p...Dan teringat juga time kakak Aufa Irdina nak kena inject masa dia baby...Mama yg nangis dulu...hahaha...first baby la katakan...anak nangis kita pun nangis sekali...kesiaaaaannnn...;p

lepas kena inject...bf...dan terus tidur...'terponyot'...balik rumah kena bagi ubat demam...doctor kata takut demam kena jarum...tp saya suka if doc said...vaccine DTaP nie boleh menyebabkan demam (ini fakta)...so bagilah ubat demam...

Perkembangan Kashfina...bila meniarap dia dah pandai pusing semula (baring). So sekarang nie merata2 dah dia menjelajah ruang tamu...dah boleh ke depan...sikit la...dan dah jadi joyah juga tu...tapi taklah se'joyah' kakak2 dia...hahaha

video
Kashfina baru bangun tidur...terus meniarap...sambil menunggu Mama datang..nak breakfast...;p

gadis melayu...bunga kebangsaan yg kakak2nya asyik petik kat luar rumah

muslimah comel

tengok cermin...angkat kening...

baru celik...mata bulat!!! dobottttttt

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Sunday, July 10, 2011

bila Aufa berlakon...part 2

Video nie Aufa berlakon ala2 bercerita...ala2 pengacara pun ada gak! tapi kena faham2 sendiri la yea coz time nie Aufa speaking London tapi bunyi cina....Tengok jer la kalau nak tau apa yg Aufa buat... ;p

video


Next, Aufa jadi duta BabyTV.com...heheheeeee. Good training for her,  to built her self confidence. Kami sentiasa menggalakkan anak2 untuk explore apa yg mereka minat but still under our observations.

video


Di sebalik apa yg telah saya ceritakan di blog ini, terutamanya berkenaan anak2...hanyalah ingin berkongsi pengalaman mendidik dan membesarkan anak2...cabaran dan dugaannya. Malah ingin berkongsi betapa seronoknya melihat anak2 mmbesar di depan mata...(pujuk diri sendiri yg kepingin bekerja..huhu). Inilah kelebihan yang saya miliki berbanding ibu2 lain yg bekerja.

Ingin saya kongsikan 5 tips mudah dalam mmendidik anak2, yang saya perolehi di laman web Pa&Ma :

1. Didikan

Anak-anak mempunyai potensi diri untuk berjaya. Mereka mulai belajar apa yang dikatakan perilaku yang betul atau sebaliknya. Misalnya jika mereka dididik bersikap sopan itu adalah baik, maka mereka akan bersikap begitu apabila berada dalam persekitaran orang ramai. Sebaliknya jika mereka dididik dengan nilai yang negatif apabila dewasa mereka akan menghadapi pelbagai masalah untuk bergaul dengan orang lain. Didikan yang baik akan mencerminkan sikapnya apabila dewasa nanti.

2. Dorongan 

Kanak-kanak memerlukan dorongan, semangat dan pendedahan persekitaran sihat yang membantunya mempunyai daya kreativiti yang luas. Dengan didikan dan asuhan yang baik, potensi diri mereka akan mencapai suatu tahap yang memberangsangkan. Ini kerana keadaan persekitaran yang selesa, pemakanan seimbang dan kasih sayang mempengaruhi tumbesaran dan perkembangan minda mereka. Jadi dalam tempoh ini beri peluang kepadanya untuk meneroka alam sekeliling mereka. Malah ketika ini rasa ingin tahu pada kanak-kanak ini adalah lebih tinggi dan jika ibu bapa tidak memberi dorongan positif mereka akan menjadi seorang yang kurang kreatif dalam hidupnya. 

3. Interaksi 

Lebih awal ibu bapa berinteraksi dengan anak mereka lagi elok untuk perkembangan anak. Malah dikatakan ia adalah faktor utama untuk membantu melahirkan anak-anak pintar. Interaksi antara anak dan ibu bapa mampu meningkatkan dan merangsang semua aspek perkembangan anak terutama melibatkan keyakinan dalam dirinya. Semasa berinteraksi ibu bapa harus memberi sepenuh perhatian, sentuhan, belaian kasih sayang dan tunjuk ajar secukupnya supaya anak mereka diri mereka dihargai. Interaksi ketika usia seperti ini amat perlu disebabkan dia sudah mengerti persekitaran yang ada di sekitarannya.

4. Luahan perasaan

Anak anda semakin mengenali dirinya sendiri. Sebagai ibu bapa anda harus tahu keperluan anak anda. Rapatkan diri dengan anak, luahkan perasaan kepada mereka agar mereka juga belajar meluahkan perasaan kepada anda. Carilah peluang untuk menyatakan kasih sayang kepada anak-anak. Cara ini akan membuatkan anak merasa diri mereka disayangi dan dihargai. Luahan perasaan umpama ‘terapi’ buat anak yang ingin dirinya diberi perhatian selalu. 

5. Berdikari

Menyediakan anak-anak yang bersikap berdikari, ibu bapa perlu memberi latihan, bimbingan dan pengawasan berterusan. Ia adalah usaha untuk menyemaikan tabiat dan nilai baik untuk menguruskan diri sendiri. Tanamkan keyakinan dalam dirinya bahawa dia boleh melakukannya tanpa bantuan orang lain. Berikan kata-kata semangat untuk sebagai dorongan kepadanya. Sikap berdikari ini mampu mengasah dirinya menjadi seorang berani dan yakin diri dalam melakukan sesuatu.



Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

bila Aufa berlakon...part 1

Malam semalam, kami ke studio tari UMP...ikut Baba tengok student UMP training nasyid. Ada la sorang budak kecik tu...yg selalu memperasankan diri dia sebagai princess...berlakon la pulak! Meh kita layan sesama...meh!


video

Tak tertahan rasa nak ketawa bila dengar dia bercerita. Macam rojak jadinya..semua pun nak cerita...minda aktif la katakan...adoiiii!!!! Puas tahan akhirnya terlepas juga gelak! bila Aufa cakap..."aircond rosak..jangan kejap tutup kejap bukak"....hahahaha itu statement Mama tu Aufa!!! ;p

Video seterusnya bertajuk 'SIAPA YANG TAK CERITA'...coz itulah statement wajib dalam cerita nie...heeeee. Video kali nie sarat dengan mesej2 berguna daripada Aufa. Mesej tentang pergi sekolah, beli basikal dan siapa yang tak cerita.....jenuh nak suruh dia stop berlakon. Sebagai Mama yang dedikasi dan sporting lagi garang...layankan aje...asalkan dia puas hati.


video


Seharian meng-upload video2 nie....jenuh!!!

To be continued....




Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Friday, July 8, 2011

ada budak tu..bila mengamuk....

video

Macam nie la ghopenya
Bila Aufa Kashfina dah bengang
Bila dia dah geram

" Kenapa la Mama nie tak faham2!
Kan Kashfina taknak baring!
Kashfina nak dukung!
Kashfina dah boring asyik baring jer! "

Agaknya itulah yang Kashfina nak cakap
Tapi tak sampai mesej tu..
Hahaha

Sambil menangis
Sempat lagi jeling TV
Tengok movie Tangled
:p

Fina buat muka! ;p
Kakak Aufa yg penyayang

Fina nampak lebih 'gebu' dari kakak Qistina

manja Baba...
kesayangan Mama...

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Wednesday, July 6, 2011

pesanan Imam al-Ghazali

Imam al-Ghazali berkata :
  • Yang paling DEKAT dengan kita adalah KEMATIAN.

{ Setiap yang bernyawa akan menemui ajal, dan sesungguhnya akan disempurnakan ganjaran kamu pada hari kiamat. Sesiapa diselamatkan daripada neraka dan dimasukkan ke dalam jannah (taman/syurga), maka sesungguhnya dia telah beruntung. Dan kehidupan dunia tidak lain melainkan kesenangan yang memperdayakan. } ALI IMRAN : 185

  • Yang paling JAUH dari kita adalah MASA LALU.
Walau apa pun yang terjadi, kita tetap tidak mampu mengulang kembali masa lalu...NO U-TURN

  •   Yang paling BESAR di dunia ini adalah HAWA NAFSU.
Menurut Imam al-Ghazali, nafsu ada empat bahagian, iaitu
1.keserakahan nafsu terhadap harta benda.
2.nafsu amarah akan membakar dan membutakan hati,
3. kesenangan duniawi mendorong nafsu
4. nafsu syahwat.

  •  Yang paling BERAT di dunia ini adalah MEMEGANG AMANAH.
{ Sesungguhnya kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesunguhnya tabiat kebaikan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan } AL-AHZAB : 72

  • Yang paling RINGAN di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT.
insaf...

  • Yang paling TAJAM di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA.
Imam al-Ghazali berkata: “Ketahuilah bahawa bahaya lidah itu amat besar dan manusia tidak selamat daripada bahaya ini, melainkan mengucapkan tutur kata baik saja.”

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...