AufaZanKi

My photo
Special Thought For The Super Special Persons In My Life

Thursday, December 31, 2009

*inshaAllah*

suka duka...pahit manis
terpahat

susah senang...pahit getir
tersemat

kasih sayang...rajuk rindu
terubat

**muhasabah diri 2009**


video

**ingin berhijrah**

-----------------------------------------------------------------

2010....insha Allah we'll find the way....

video


Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2

Insha Allah x3
Insya Allah we’ll find the way

***************************************************************
MA'AS SALAMAH 2009
AHLAN WA SAHLAN 2010

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Tuesday, December 29, 2009

*birthday gal II*

Juz wanna share some photos of birthday gal...Aufa Qistina. Disebabkan baba busy...birthday Qistina di sambut lewat...sorry yea adik manja!! Time tu kami ada di rumah mak melaka....





kakak yg beria2...;p
 





anugerah cinta

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Monday, December 28, 2009

*pengaruh*

Assalamualaikum...:))

Alhamdulillah...aku baru jer sihat dari demam selsema...mmg menyakitkan seluruh anggota badan...nasib baik hubby cuti time aku demam tu...coz aku mmg x blh bgn...moga Allah gugurkan daun2 dosa aku yg lalu...amiin...n a lots of thanx to my beloved darling for his concern...now tinggal batuk jer yg belum sembuh....


Orait...juz a 'lil bit introduction...n the topic that i wanna share with u is about *INFLUENCE* or in malay we said *PENGARUH*. Jom layan video ni dulu....



video
13/12/2009 @ pandan indah, kuala lumpur

Aku record video ni time diorg tgh khusyu' berdansa dgn lagu stacy ft adam...ntah apa tajuk lagu...dah lupa...Hmmmm apa yg kamu fikir or anggap bila tgk video ni?? Ehhh lupa pulak nak introduce penari2 tu...little prince tu namanya Ariff Fahmi (anak kakak)...little princess tu Aufa Irdina...n yg jd cik pacak tu Aufa Qistina.

To be frank...aku betul2 risau setiap kali tengok video ni. Hebat betul pengaruh media terhadap kanak2. Video tu hanyalah sekadar contoh untuk aku kaitkan tentang *PENGARUH*. Beruntungnya aku duduk di rumah 24-7 bersama Aufa2....meng'observe' setiap aktiviti mereka..apa yg mereka buat dan tonton di tv.  Tapi kadang2 terlepas pandang juga...tu yg menyebabkan kerisauan ni membuak2.

Pengaruh yg paling hampir dgn dunia kanak2 ada dua...pengaruh MEDIA dan pengaruh PERSEKITARAN. Dan pengaruh2 ini ada positif dan negatifnya.



1. PENGARUH MEDIA :

Fitrah kanak2 mmg akan mudah tertarik pd sesuatu yg menarik dan menonjol seperti hiburan or muzik. Since dalam rahim lg ibu2 digalakkan merangsang janin dgn muzik2 yg menenangkan. Bagi yg Muslim adalah lebih baik memperdengarkan  bacaan ayat2 suci al-Quran dan zikir kpd janin instead of music. Di peringkat perkembangan pesat minda kanak2...dalam usia 1-3 tahun...parents mmg kena lebih fokus n telus dlm mendidik..coz di peringkat ini mereka akan menerima pelbagai input...baik or buruk...DAN mereka tidak pandai menilai. So kitalah yg akan menilai bagi pihak mereka. 


Input yg baik....sila rangsang mereka dgn pelbagai aktiviti agar mereka faham boleh dijadikan habit. Tidak dinafikan...ada juga pengaruh media yg baik yg boleh kita serapkan ke dalam minda kanak2. Contohnya siri2 kartun di playhouse disney...like mickey mouse, barney...byk unsur2 education. Aufa2 belajar ABC n 123 daripada siri2 kartun tersebut...n Aufa Qistina yg baru berusia 2 tahun sudah pandai mengira 1-10 in malay n english tanpa bantuan. Aufa Irdina juga sudah mempelajari pelbagai vocabularies dan mempraktikkan dlm percakapan sehariannya. Unsur kasih sayang juga byk diterapkan dlm siri2 kartun ni...cuma kita perlu menerangkan kpd mereka agar mereka faham.


Begitu juga dgn unsur2 agama...kalau kita tgk rancangan "Mari Mengaji" di TV9...ustaz zamri menggunakan pendekatan "belajar sambil bermain". Anak2 sekarang mmg berbeza dgn anak2 dahulu..so we have to admit that. Macam tu juga la cara aku mengajar Aufa2 mengenal huruf2 hijaiyah...dgn cara nyanyian supaya mereka lebih cpt ingat.

Namun, hakikatnya media sekarang banyak juga menyajikan input yg kurang sesuai dgn norma dan life muslim. Itu yg harus kita pantau dan jaga...agar anak2 kita sentiasa berada di landasan sepertimana yg kita inginkan. Kadang2 kita tak perasan or terlepas pandang dgn "pelakon2" yg ada dlm siri2 kartun kanak2..eg kartun tigger & pooh...kan ada "piggy" n "puppy". Dalam kartun Barney pun selalu menggunakan anjing sebagai haiwan peliharaan dan kesayangan kanak2. Aufa Irdina pernah minta untuk sayang n hug dog...aku cepat2 explain pd dia yg kita x boleh sayang dog...bahaya...kita boleh sayang cat...huh...nasib baik la dia faham. Alhamdulillah sampai sekarang dia ingat apa yg aku ajar.

Begitu juga dgn hiburan2 yg disajikan...tgk saja video di atas. Hiburan utk org dewasa pun kanak2 sekarang dah pandai n faham nak tengok. Semuanya terpulang kpd corak dan cara didikan kita sbg ibu bapa. Zaman sekarang segala2nya perlukan pemantauan dan didikan yg betul...kalau tidak........."lu pikir la sendiri".....hehe....


2. PENGARUH PERSEKITARAN

 Apa yg aku perhatikan...anak2 ni sejak kecil lg amat memerlukan teman. Betul tak?? Teman bermain, teman bercakap, teman bergaduh...etc. (so sape2 yg baru ada sorang anak..sila berusaha utk menambah..;p). Bila bersama teman...anak2 ini akan cepat belajar dan menerima input. Ini menunjukkan persekitaran kanak2 jg amat mempengaruhi kehidupan mereka seharian. Contoh yg paling hampir pastinya Aufa2...bukan nak promote anak sendiri...tp aku mmg menggunakan mereka dlm research aku ni...hehehe...so jgn la fikir yg bukan2 yea...yg baik jadikan tauladan yg buruk sila betulkan dan jadikan sempadan...:))

Adakalanya persekitaran juga memberi pengaruh yg negatif kpd anak2. Yelah kan...anak2 ni cepat sgt meniru atau mengikut telatah dan percakapan kawan2 mereka. Dan sebagai ibu bapa, takkanlah kita nak menyekat kebebasan anak2 yg baru nak belajar berkawan. Memang sukar...dan serba salah jadinya. Pandai2lah kita memperbetulkan keadaan agar ianya tidak menjadi sebati di jiwa anak2. 


***********************************************************

Tugas mendidik bermula di rumah. Ibu bapa adalah insan yg utama bertanggungjawab mencorak kehidupan anak2 sepertimana yg diinginkan dan dituntut dalam Islam. Kini baru aku faham bagaimana yg mak aku rasa sewaktu ingin mencorak kehidupanku. Sukar utk dinyatakan perasaan itu....bercampur baur...tanggungjawab yg diamanahkan setelah merasa diri bersedia utk menggalasnya. Aku kini sedang mencorak kehidupan 2 puteri comel...Ada pepatah yg mengatakan.."membela sekandang kerbau lebih mudah daripada menjaga seorang anak perempuan". Dan aku memilki 2 puteri...Ya Rahman Ya Rahim...bantulah hambaMu ini dlm mendidik anugerah cinta ini...moga mereka menjadi puteri2 yg boleh diumpamakan seperti Saiditina Fatimah R.A...amiin...









Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Saturday, December 26, 2009

*can or cannot??*

 Assalamualaikum....:))


Actually aku tertanya2..bolehkah kita sebagai umat Islam meraikan perayaan Krismas...coz dah berlambak umat Islam di Malaysia yg dgn meriahnya meraikan perayaan tersebut. Aku mmg kurang arif bab ni..so aku pun mencari2 sumber yg blh memahamkan aku tentang "can or cannot" celebrate krismas ni...finally aku terjumpa link ni yg amat memuaskan hati aku dgn explanation yg diberikan.....


 info: http://ikutsukaatiaku.blogspot.com/



25 Disember amat sinonim dengan krismas. Disambut oleh orang Kristian sebagai hari kelahiran Nabi Isa AS. Maka timbul lah persoalan-persoalan di dalam diri kita yang berasal dari Negara Malaysia, masyarakat majmuk berbilang bangsa:
“Apakah boleh menyambut perayaan krismas?”
“Bolehkah bagi hadiah?”
“Boleh ke ucap Merry Christmas?”
Jeng jeng jeng….
Apa jawapannya?


Perbezaan pendapat ulama’
Amat sedikit yang berbicara berkenaan menyambut krismas sebenarnya. Semuanya apabila membincangkan perkara ini, akan menyatakan terus perkara ini secara umum di bawah tajuk:

“Hukum menyambut perayaan kaum lain”

Jadi, fatwa-fatwa mereka meliputi Tahun Baru, Thaipusam, Deepavali, Hari Raya Cina, dan seluruh perayaan kaum lain yang wujud di atas dunia ini, selain Islam.
Dalam perkara ini, terdapat dua pecahan pendapat ulama’.

Pertama – Yang Melarang, mengharamkan atas dalil-dalil tertentu.
Kedua – Yang Mengharuskan, membolehkan atas dalil-dalil terntentu.

Saya akan tunjukkan kedua-duanya sekali. Saya harap, janganlah terus dilihat kepada Yang Mengharuskanya terlebih dahulu ya. Saya hendak anda faham kenapa ada ulama’ menyatakannya sebagai haram agar ia masuk dalam konsiderasi kita. Bagi yang mengharuskan, saya hendak anda lihat kenapa mereka sampai boleh mengharuskan.
Selepas kedua pendapat ini saya terangkan, saya akan beri pendapat saya yang kerdil ini.


Pendapat Yang Melarang, Mengharamkan
Antara yang mengharamkan menyambut perayaan kaum lain adalah Muhammad Saleh Al-Munajjid, seorang ulama’ dan ahli majlis fatwa Arab Saudi.
Pendapat beliau berasaskan hadith yang bermaksud:
“Barangsiapa yaang meniru syiar sesuatu kaum(bukan islam) maka dia dari kalangan mereka” (Riwayat Abu Daud bilangan 4031. Musnad Ahmad ibn Hanbal, bilangan 5093)

Maka di sini, perayaaan-perayaan kaum lain adalah merupakan satu syiar bagi mereka. Muhammad Saleh Al-Munajjid bertegas atas hadith ini. Beliau juga menganggap bahawa, meraikan perayaan kaum lain sama dengan meredhai kekufuran yang sedang menyaluti diri mereka. Hal ini adalah tidak dibenarkan kerana orang Islam sepatutnya berkeras dalam hal ini. Dalilnya adalah:
“Muhammad itu Rasul Allah, dan mereka yang bersama dengannya amat keras terhadap golongan kuffar dan saling berkasih sayang pula sesama mereka(orang Islam)” Surah Al-Fath ayat 29.

Kemudian, Sheikhul Islam Ibn Taimiyyah pula ada mengeluarkan fatwa, seperti berikut:
“Ikut merrayakan hari-hari besar mereka adalah tidak dibolehkan kerana dua alasan”

Alasan yang pertama adalah: Bahawa hal tersebut mengikuti ahli kitab, yang tidak ada dalam ajaran kita, dan tidak ada dalam kebiasaan salaf(yakni zaman Rasulullah, para sahabat dan tabi’in). Mengikutinya bererti mengandungi kerosakan da meinggalkannya terdapat maslahat membezakan kita dan mereka. Bahkan, seandainya kesamaan yang kita lakukan merupakan ketetapan semata, bukan kerana mengambilnya dari mereka, tentu yang disyariatkan adalah berbeza dengannya kerana dengan membezakannya terdapat maslahat seperti yang diisyaratkan tadi. Maka barangsiapa yang megikuti mereka, dia telah kehilangan maslahat ini sekalipun tidak melakukan kerosakkan apa pun. Terlebih lagi kalau dia yang melakukannya.

Alasan yang kedua adalah: Kerana hal itu adalah bid’ah yang diada-adakan. Alasan ini jelas menunjukkan bahawa perkara itu sangat dibenci hukumnya, kerana menyerupai mereka dalam hal itu.

Ibn Taimiyyah menyatakan lagi: “Tidak halal bagi kau muslimin bertasyabuh(menyerupai) mereka dalam hal-hal yang khusus bagi hari raya mereka, seperti makanan, pakaian, mandi, menyalakan lilin, memberikan cuti dari bekerja dan beribadah ataupun selainnya. Tidak halal mengadakan kenduri atau memberi hadiah atau menjual barang-barang yang diperlukan untuk hari raya tersebut.

Ringkasnya, tidak boleh sama sekali melakukan sesuatu yang menyamai ciri mereka dalam syiar mereka pada hari kebesaran mereka itu. (Dalam Iqtidha Siratul Mustaqim, ditahqiq oleh Dr Nahir Al-‘Aql 1/425-426)

Ada juga hadith yang menyatakan larangan ini secara jelasnya, di dalam riwayat Abu Daud dengan urutan sanadnya menepati ciri-ciri Haidth Sohih Bukhari dan Muslim.

Ada seorang lelaki yang datang kepada Rasulullah SAW untuk meminta pendappat kerana dia telah bernazar menyembelih haiwan di Buwanah(satu nama tempat). Maka Rasulullah SAW bertanya: “Apakah di sana(Buwainah) ada berhala, dari berhala-berhala yang disembah jahiliyyah?”
Lelaki itu menjawab: “Tiada”
Baginda bertanya lagi: “Apakah di sana merupakan tempat dilaksanakannya hari raya dari hari raya mereka?”
Dia menjawab: “Tidak”
Maka Nabi bersabda: “Tepatilah Nazarmu kerana sesungguhnya tidak boleh melaksanakan nazar dalam maksiat terhadap Allah dalam hal yang tidak dimiliki oleh anak adam”
Antara dalil-dalil Al-Quran pula adalah:
“Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu mentaati orang-orang kafir itu, nescaya mereka hanya akan mengembalikan kamu ke belakang(kekafiran), lalu jadilah kamu orang-orang yang merugi” Surah Ali-Imran ayat 149.
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang yahudi dan nasrani menjadi pemimpin-pemimpin, sebahagian mereka dalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Baragsiapa antara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orag itu termasuk dalam golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidakk memberikan petunjuk kepada orang-orang yang zalim” Surah Al-Maidah ayat 51.

Jadi di sini dapat kita lihat bagaimana mereka ini boleh mengeluarkan fatwa bahawa menyambut perayaan kaum lain adalah haram, dilarang dan tidak dibolehkan.


Pendapat Yang Megharuskan, Membolehkan
Antara yang mengharuskan, membolehkan adalah ulama’ yang tidak asing lagi di dunia kita hari ini, Dr Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi.
Dia mengeluarkan fatwa menyatakan bahawa adalah boleh bagi kita membalas ucapan selamat hari raya kepada kaum yang menyambut hari raya apabila mereka menyatakannya kepada kita. Dia menyatakan bahawa tindakan itu tidak lebih daripada sekadar bersimpati dan meraikan kebaikan yang orang lain telah lakukan kepada kita.

Bukanlah bermaksud kita mengikuti Aqidah mereka. Dia berkata:
“Ini adalah daripada hak-hak bersama. Jika seseorang ahli kitab datang dan menyampaikan tahniah dengan perayaan kamu(muslim) dan bersama dalam kesedihan dan musibah yang menimpa kamu, mengucapkan pula taakziah kepada kamu. Maka apaka pula larangan untuk kamu mengucapkan tahniah dengan perayaan mereka, dalam kegembiraan mereka, dan mengucapkan takziah dalam musibah yang menimpa mereka? Ini tidak bermakna kita menyambut perayaan itu bersama mereka, adapun ianya hanyalah ucap tahniah semata-mata, dan ini termasuk dalam berbuat baik dan adil yang datang bersama agama ini(Islam)”

Dr Sheikh Yussuf Al-Qaradhawi menukilkan satu ayat Al-Quran dalam ucapannya ini:
“Apabila kamu dihormati dengan satu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik, atau balaslah dengan yang serupa” Surah An-Nisa’ ayat 86.
Paksi kepada fatwa Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi ini adalah:
“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada mereka yang tidak memerangi kamu atas agama. Dan tidak pula mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil” Surah Al-Mumtahanah ayat 8.

Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi juga menyatakan bahawa bersama dengan orang bukan Islam dalam urusan teknikal, yakni yang bukan berkaitan dengan Aqidah, seperti bekerja, jamuan, ziarah menziarahi, dan sebagainya adalah dibenarkan. Hal ini kerana, Rasulullah SAW sendiri semasa peristiwa hijrah telah menggunakan khidmat Abdullah ibn Urayqit, seorang yahudi yang pakar dalam petunjuk jalan di padang pasir.

Seorang lagi ulama’ yang juga membenarkan adalah Syeikh Dr Mustafa Zarqa, dia adalah salah seorang dari 10 ulama’ terkenal dunia. Telah meninggal pada tahun 1999.

Beliau menyatakan bolehnya kita mengucap Selamat Hari Raya Krismas kepada rakan Kristian kita. Hal ini kerana, ia termasuk dalam mujammalah(kecantikan, kesopanan) dan keelokan dalam pergaulan. Dia menyatakan bahawa, Islam tidak melarang perbuatan adab dan sopan ini.

Beliau menegaskan bahawa, mujammalah ini tiada kaitan dengan perincian aqidah Kristian terhadap Nabi Isa AS dan sikap keterlaluan orang Kristian dalam Aqidah mereka. Mujammalah ini juga, dikatakan termasuk dalam sikap tasammuh(toleransi) antara kita dengan orang yang bukan Islam.

Jadi di sini kita dapat melihat pendapat-pendapat yang mengharuskan, yang membolehkan. Saya tidak mahu anda berhenti membaca artikel ini setakat ini sahaja, dan terus mengambil pendapat yang mengharuskan ini. Saya mahu anda melihat pendapat saya.


Pendapat Saya
Ini bukan fatwa atau pendapat baru yang berlainan daripada dua pendapat yang dikeluarkan di atas. Ini hanya pendapat saya, yang saya keluarkan selepas saya memerhatikan dua jenis fatwa di atas.

Saya melihat, yang mengharamkan memegang dalil bahawa jika kita menyambut perayaan itu, maka kita sama dengan orang-orang kafir. Sememangnya, menyamai orang kafir, menyertai aqidah mereka adalah dilarang sama sekali di dalam Islam.
Saya melihat, yang mengharuskan pula memegang dalil tasammuh(toleransi) dan adab sopan sesama manusia.

Di sini pendapat saya bermula.
Pada saya, tidaklah merupakan satu kesalahan jika kita sekadar meraikan kenalan Kristian kita dalam hal Krismas ini. Saya tidak kata kita boleh menyambut krismas, yakni seperti menunggu hingga 12 malam kemudian menyanyi jinggle bell, jinggle bell bersama, kita pakai topi santa clause bersama mereka, kita pun berhibur dengan hiburan mereka dan sebagainya. Saya, tidak menyatakan itu boleh.

Tetapi saya menyatakan bahawa, tidak menjadi satu kesalahan jika kita sekadar meraikan kenalan Kristian kita dalam hal Krismas ini. Apakah maksud meraikan yang saya nyatakan ini?
 
Meraikan di sini adalah:
Apabila rakan Kristian kita mengajak kita ke jamuan makannya, dan dijamin bahawa makanan yang disediakan halal, tempatnya bersih, maka adalah tidak salah kita memenuhi jemputannya.

Tidak salah juga, semasa kita memenuhi jemputan itu, kita memberikannya hadiah.
Dalam hal pengucapan “Happy Merry Christmas”, saya lebih senang agar kita tidak menyebutkannya. Tetapi bukan dari satu kesalahan untuk kita membalas ucappan Happy Merry Christmas mereka dengan ucapan lain seperti: “Semoga kamu dirahmati juga” atau “May God Bless You” dan sebagainya, dan kita niatkan doa itu agar dia mendapat hidayah daripada Allah SWT.

Yang menjadi kesalahan pada pendapat saya adalah apabila, kita turut bersama mereka memakai pakaian santa clause, kita meniup wisel panjang berbelang itu bersama, Kita menyediakan juga pokok krismas di rumah kita, kita juga menyebut-nyebut kalaulah Santa hadir, kita juga memasak masakkan krismas dan sebagainya. Seakan-akan, itu hari raya kita. Maka itulah yang tidak dibolehkan. Seakan-akan, krismas itu adalah hari raya sebenar kita pula.

Kita kena faham, Krismas adalah hari raya orang lain. Maka, ibarat kita masuk rumah orang lain la. Walaupun tuan rumah kata: “Buatlah macam rumah sendiri” Tapi sebagai tetamu yang beradab, takkan kita nak buat macam rumah sendiri? Kita masih ada adab Islam kita.
Pandangan saya, kita hakikatnya tidak menyambut krismas. Kita hanya meraikan sahabat kenalan kita. Agar mereka menyenangi akhlak kita, tertarik dengan peribadi kita. Kita tidak hadir untuk menyambut krismas yang mereka sambut. Kita hadir untuk menawan hati mereka.

Maka adalah menjadi satu kekurangan apabila kita sendiri menyerupai mereka. Sedangkan sebagai seorag Muslim yang beriman kepada Allah SWT, kita sewajibnya mempunyai tamayyuz(perbezaan) antara peribadi kita dan mereka.

Adalah hakikatnya, cukup sekadar kita menghadiri jamuan yang dijemput, memberikan mereka hadiah ketika berziarah, dan membalas ucapan mereka dengan doa. Sekiranya majlis yang mereka sediakan disertai dengan hiburan yang melampau, percampuran yang bebas, ritual-ritual keagamaan, hendaklah kita menyisih dari tentatif-tentatif itu dengan keluar sebentar, atau sebagainya.


Penutup: Islam bukan agama racist, Islam agama toleransi
Saya tidak nampak pandangan Muhammad Saleh Al-Munajjid, dan Sheikhul Ibn Taimiyyah adalah keras. Dari satu segi, pandangan mereka tepat. Benar, kita tidak boleh menyerupai orang-orang bukan Islam.

Sebab itu, saya berpendapat, menyambut Christmas adalah haram. Saya ulang, menyambut Christmas. Menyambut. Saya ulang lagi, menyambut.

Saya juga tidak nampak pandangan Dr Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi dan Dr Sheikh Mustafa Zarqa itu satu kesalahan. Dari satu segi, pandangan mereka tepat. Benar, kita perlu bertoleransi dan menjaga hubungan baik kita dengan orang-orang bukan Islam. Untuk apa? Menawan hati mereka.

Sebab itu, saya berpendapat, meraikan rakan kita yang menyambut Christmas adalah boleh. Saya ulang, meraikan rakan kita yang menyambut Christmas. Meraikan rakan kita. Saya ulang lagi, meraikan rakan kita.

Kita tidak menyambut Krismas. Kita sekadar meraikan rakan-rakan kita. Ini satu dakwah secara halus yang perlu kita jalankan dengan halus juga. Kita tetap perlu memegang disiplin mu’min dalam diri kita. Kita hadiri majlis mereka dengan prinsip kita yang tidak tergugah. Adab kita masih kita jaga, kekemasan pakaian kita masih kita jaga, kebersihan akhlak kita masih kita jaga. Aqidah kita masih kita jaga.

Saya ulang, kita tidak menyambut krismas. Kita tidak hias rumah kita pada Krismas. Kita juga tidak menanam pokok krismas untuk krismas. Kita tidak buat kek krismas untuk krismas. Kita tidak menanti Santa Clause mahupun mempercayainya. Kita juga tidak pantas menyebut Merry Christmas itu, Merry Christmas ini. Kita juga tidak berdoa dengan doa mereka, kita tidak menyertai aqidah mereka, jauh sekali mempercayai apa yang mereka percaya.

Kita hanya meraikan rakan kita yang menyambut krismas. Kita hanya datang ke jamuan krismas bila dijemput rakan. Hanya makan apabila makanan yang disediakan halal. Hanya memberi hadiah ketika berziarah apabila menerima jemputan. Kita membalas ucapan mereka dengan ucapan kita yang lebih baik(hidayah Allah, apakah yang lebih baik dari hidayah Allah? Kita telah memenuhi ayat An-Nisa’ 86 tadi).

Moga-moga, dengan toleransi penuh berprinsip kita tadi, rakan-rakan Kristian kita tertarik dengan Islam yang kita bawa ke mana-mana, hatta ke dalam majlis mereka.

Apakah di dalam fikiran mereka apabila melihat kita yang amat kemas tadi?
“Wah, orang Islam ini amat berdisiplin ya. Kemas. Akhlak banyak baik”
Itu satu panahan kita terhadap mereka.
Panahan halus, yang kita harap menyentuh jiwa mereka.
Jadi di sini penyelesaian daripada saya dalam masalah menyambut Krismas.

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Thursday, December 24, 2009

*AlpalupA*

Apabila dia menerjah...
Pantas engkau tersentak dari lautan duniamu...
Tatkala dia mula menusuk...
Segera engkau mengeluh menyesali nasibmu...

Sedangkan...
Yang mencipta tidak pernah menyesal...
Di waktu ingin mencipta engkau...
Yang belum tentu taat dan setia kepadaNya...
Yang belum tentu sujud dan ingat kepadaNya...

Sedangkan...
Yang engkau hidapi datangnya dari Dia...
Yang inginkan engkau mengingatiNya...
Yang ingin menggugurkan daun-daun dosa...
Yang telah engkau himpun sepanjang usia...

Wahai sang alpa...
Bangkitlah engkau dari lamunan...
Sedarlah engkau dari anganan...
Engkau hanya sementara...
Engkau hanya seorang hamba...
Engkau tiada apa...
Hanya meminjam, menumpang dan meminta...

DIA...
Selalu ada...
Walau di mana engkau berada...
Sentiasa sedia...
Walau apa keadaannya...

Engkau saja yang sering lupa...
Tatkala dilimpahi nikmat dunia...
Engkau saja yang sentiasa alpa...
Pabila dikurnia pangkat dan harta...
Engkau memang dalam kerugian!!!

Engkau zalim!!!
Engkau lupa daratan!!!
Sedangkan engkau tahu dan maklum...
Semua yang ada milik DIA...
Semua yang engkau hadap dan hidap...
Datangnya daripada DIA...

Sedar!! Bangkit!! wahai manusia yang lupa, alpa dan rugi!!


*INGAT LIMA PERKARA SEBELUM LIMA PERKARA*
  1. SIHAT sebelum SAKIT
  2. MUDA sebelum TUA
  3. KAYA sebelum MISKIN
  4. LAPANG sebelum SEMPIT
  5. HIDUP sebelum MATI














Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Tuesday, December 22, 2009

*IZZAN MAJU 2010*

video

AKU WANITA BIASA

Aku ini wanita biasa
Bisa sakit luka karena cinta
Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga

Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana

[chorus1]
Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih hatiku

Kekasih hatiku maafkan aku
Aku wanita biasa

Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga

Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana

[chorus2]
Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih
Hatiku… maafkan aku..

************************************************************
Ulasan:

  • Lagu ini tiada connection langsung dgn emosi aku ketika ini....
  • Aku ingatkan sapa la yg nyanyi lagu ni...rupa2nya kris dayanti...lain betul suara dia nyanyi lagu ni...
  • Aku suka melodi lagu ni...sama gak dgn lagu "menghitung hari"...
  • Aku dah lama x dgr radio...so aku kurang pasti samada lagu ni lagu baru or dah nak jd retro..;p
  • Yg paling penting...apa yg aku lakukan ini??? useful or useless???
  • AKU BOSAN HIDUP DI SINI............di mana???..........DI SINI LA........aku ingin berHIJRAH....aku ingin berPINDAH...aku ingin berUBAH...
  • aku selalu tgk slogan "KEDAH MAJU 2010"...."MELAKA MAJU 2010"......aku rasa nak tiru slogan tu dan tujukan utk diri aku......"IZZAN MAJU 2010"....*bi iznillah..amiin*
  • kamu...tolong doakan pintu rezeki sy terbuka luas tahun 2010 nanti yea....sy akan doakan itu utk kamu juga....:))

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Monday, December 14, 2009

12122009



Inilah AUFA QISTINA yg tidak sabar2 ingin menjenguk dunia...lahir ketika usia baru menjangkau 8 bulan di dalam rahimku. Dengan berat ketika lahir hanya 1.9kg...selamat dilahirkan pd 12 Disember 2007, jam 5:28am di Hospital Besar Melaka. Azan subuh yg mengiringi kelahiran Qistina sebelum dia dimasukkan ke dalam inkubator...baba hanya dapat iqamatkan Qistina pd waktu tengahari. Alhamdulillah...Qistina tidak mengalami apa2 masalah kesihatan...juz ada jaundis (kuning)...tapi alhamdulillah dia cpt sembuh...:))



 Mula2 nak pegang Qistina rasa kekok sgt...coz dia kecil...baju2 yg ada pun semua bkn size dia even yg newborn...boleh dikatakan semua brg2 bukan size dia...dua kali ganda kakaknya dulu waktu lahir. Syukur alhamdulillah...Qistina membesar tanpa sebarang masalah...alhamdulillah...makin lama makin tembam n gebu. Dan dia tak seaktif kakaknya...kiranya Aufa Qistina ni dlm kategori lemah lembut la orangnya....;p


6 months 


7 months



8 months



9 months


10 months


11 months



Age 1


 Sejak dilahirkan hingga sekarang...Aufa Qistina mmg dibesarkan oleh aku...coz aku mmg dah jd fully house manager time ngandungkan dia lagi. So...Qistina mmg teramat manja dgn aku...sampai sekarang still breastfeed...sdg dlm usaha utk memisahkan dia dgn breastfeed. Walaupun dia bersize kecil..tp dia suka makan...hehe...







Inilah wajah Qistina di malam hari lahirnya...HAPPY 2nd BIRTHDAY SAYANG...SEMOGA SAYANG SENTIASA DALAM LINDUNGAN DAN RAHMAT ILAHI...MAMA BABA KAKAK SENTIASA DOAKAN SAYANG BERJAYA DAN BAHAGIA DALAM HIDUP...LUV U SO MUCH....

Actually...Qistina demam...kesian dia...siang tadi da bawa dia gie klinik idzham di pandan indah ni...ok la sket lepas makan ubat. Syafahallah syifaan 'ajiila...amiin...nasib baik la Qistina tak byk ragam dan kerenah...


InsyaAllah bila babanya balik dari program nanti...baru boleh celebrate birthday Qistina + our anniversary....Qistina pun belum faham lg...so dia tak minta pun nak celebrate mcm kakak Aufa Irdina last month...:))



*control ayu*



*si kecil ni mmg suka pakai tudung*



 
*dahi tu mcm siti nurhaliza tak??? ;p



demam pun aktif...di rumah makanjang@pandan indah



Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Tuesday, December 8, 2009

*what u give...u get back*

Asslamualaikum dan salam sejahtera semua.....:))

Bersempena dgn berulangnya tarikh 9 december pd esok hari...maka genaplah 4 tahun usia perkahwinan kami. Alhamdulillah...itulah selayak2nya ucapan yg harus aku utamakan...kerana dgn izin dan kuasa Dia lah kami terus kekal bersatu...bersama seiring sejalan menempuh onak ranjau kehidupan...berdua berganding bahu membesarkan 2 puteri hasil cinta kami.

" Ya Allah Yg Maha Pengasih lagi Maha Pemurah...kami amat bersyukur atas nikmat kurniaanMu...kami sungguh terharu atas perasaan yg Engkau pinjamkan ini...hubungan ini Engkau restui...syukur kami tidak terhingga kerana kami kekal bersatu selama 4 tahun...dgn izinMu...alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah "

Ya Mujib ad-du'aa'...kami memohon ke hadratMu...bantulah kami agar kami dapat memelihara ikatan suci ini hingga kami ditempatkan di syurgaMu...peliharalah kami daripada hasutan dan godaan syaitan yg inginkan keruntuhan rumahtangga kami...bimbinglah kami ke jalan yg Engkau redhai...tiadalah kami di sini tanpa rahmat dan redhaMU...subhanallah...subhanallah...subhanallah "

" Ya Maghfir az-zanbi...kami bersujud kepadaMU...ampunkan segala dosa2 kami...ampunkan segala keterlanjuaran kata2ku, perbuatanku terhadap suamiku...ampunkan segala dosa suamiku...berikanlah kami kesempatan umur untuk kami terus bertaubat dan beribadat kepadaMu...kurniakanlah kami kesihatan yg baik, rezeki yg halal...agar kami dapat membesarkan anugerah kami dgn sebaik2nya...sesungguhnya kepada Engkaulah tempat kami kembali dan mendamba kasih...astaghfirullah...astaghfirullah...astaghfirullah " 

" Terima kasih Tuhan atas rasa cinta, kasih dan sayang yg bersemi antara kami...Terima kasih Tuhan atas rasa sabar, tabah dan cekal dalam mendepani setiap ujian dariMu...itulah tarbiyah yg terbaik untuk kami mengenali, memahami dan mendekati antara satu sama lain...Terima kasih Tuhan atas rezeki2 yg telah diberikan...nikmat2 yg telah dihamparkan...perlindungan2 yg telah diiringkan...moga kami sentiasa dalam golongan orang yg bersyukur "

Untuk kamu yg sudi membaca entry ini...aku hanya mengharapkan agar kamu sudi menghadiahkan kalungan doa buat kami...agar cahaya cinta kami sentiasa bersinar, direstui Ilahi dan kekal hingga ke syurga. Andai kamu sudi mendoakan kami...alfu syukran 'alaik...jazakallah khairal jazaa'....aku jua doakan semoga kamu mendapat keberkatan, kebahagiaan dan kesenangan hidup di dunia dan di akhirat...amiin


Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

*cAHaYa cInTa*




*CAHAYA CINTA*

Dia telah telah menentukannya
Kita bertemu dan bercinta
Inilah oh takdirnya
Bukan kerana harta
Inilah citra cahaya cinta
Pintu hatiku telah kau buka
Tak mampu ku menafikannya
Kejujuran diberi
Kasih takkan terhenti
Ini bahagia yang ku cari
Sayangi daku
Peluklah daku
Janji dengan ku
Semai cinta nan satu
Tuhan menguji
Takkan berhenti
Hanya ku pinta
Sama setia menjaga
Hingga ke alam syurga


HAPPY ANNIVERSARY TO *ZAKI IZAN*

( 9 DECEMBER 2005 - 9 DECEMBER 2009 )
 

"ALLAH'S BLESS..LAST FOREVER..LOVE REMAINS"




 

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Saturday, December 5, 2009

*Mak.....*

" Gen, tau kan tangan mak kena simen malam tadi" - sheila, 4.12.09 , 10:18 am

Seriously n frankly aku tak tau apa2...sampai la si kakak aku ni sms aku. Agak sedih dan terkilan dan agak merajuk juga la dgn abg2 dan kakak2 di kampung...macam ni la bila hidup merantau dan berjauhan dgn family...agak 'tertinggal'...BUT...i admitted....its all my fault....tak call kampung....ishhhh...malam semalam aku dah pegang phone hubby...dah tergerak nak call kak shida yg tinggal dgn mak...tapi ntah kenapa aku tak call pun...n dalam pukul 4 pagi...aku terjaga...terus cari phone hubby....pun tak call juga...**pengajaran buat aku**. 
   
Kronologi malang yg menimpa mak (kesian mak...):

Pada subuh aidil adha...mak dgn rela hati ( walaupun dihalang) nak pegi ke belakang rumah kak nyah (sebelah rumah jer)....bagi menunaikan permintaan kakpah yg nak guna daun kari (lupa nak tanya kakpah nak buat apa dgn daun kari tu..;p). Tup2 mak balik dgn keadaan yg basah dan kotor...."mak jatuh..." kata mak to kakpah. Sekarang kan musim hujan...so licin agaknya ditambah dgn keadaan gelap subuh...
Dahi mak benjol...tangan kiri mak terseliuh. Pagi2 lagi adik cepat2 bawa mak ke rumah makcik maimun yg menjadi tukang urut rasmi family kami...time tu aku berada di kedah...beraya di rumah mak abah kedah. Bila bercakap dgn mak di phone...mak tak bercerita pun ttg kes jatuh tu. Yg pasti...mak mesti akan menangis setiap kali bercakap dgn aku dlm phone...mungkin sebab aku jauh dari mak..menyebabkan mak rasa sedih. Hmmm...mak nangis n nak tau mak cakap apa kat aku???
 " mak tak boleh lupakan kau...24 jam mak terbayang2 kan kau...mak doakan kau bahagia...telefon la mak sebulan sekali pun takpe...jgn minta macam2 kat zaki"
 Aku hanya diam...sambil menahan air mata. Aku taknak  nangis..coz nanti susah nak reda...aku mmg cengeng...but at last aku x mampu nak menahan rasa sebak bila mak ckp mcm tu. Tapi aku taknak mak tau...aku terus ubah topik. Then bila berbual dgn kakpah...baru aku tau cerita sebenar. Hmmm patut la mak sedih semacam...i mean lain dari biasa. Tapi kan...bila mak pesan.."jangan minta macam2 kat zaki"...aku rasa mcm nak ketawa pulak. Hanya mak yg tau perangai anak dia ni..hehe..tapi aku rasa aku dah berubah. Aku dah tak minta macam2 kat sesiapa even pd zaki (my hubby)...sedar diri dan ruang...
 Aku update tahap kesihatan mak setiap hari. Puas adik-beradik pujuk mak nak bawa ke klinik...mak taknak. Mak hanya makan ubat tahan sakit n ubat surut bengkak. Seminggu berlalu...tangan kiri mak still bengkak. Alhamdulillah...semalam abg lim berjaya pujuk mak utk bawa mak ke hospital alor gajah. UNfortunately....rupa2nya tangan mak PATAH....setelah di x-ray. Mak diarahkan utk refer ke hospital besar melaka. Tangan mak disimen...mak di tahan ward.
 Sepanjang berada di ward..kak shida yg jaga mak. Aku mmg salute dgn kak shida...sentiasa ada dalam apa jua situasi. I'm proud of her...dulu masa abah operate mata pun..kak shida juga yg berkorban masa dan kerja..hmmm. 
 Hari ni...mak kena buka semula simen di tangan...coz x-ray yg dibuat di hospital alor gajah tak clear...so kena buat semula. Nak operate...tak sesuai dgn usia mak sekarang...so kena simen je la.

Itulah kronologi setakat hari ni. Kesian mak...macamana la keadaan mak masa jatuh tu...sampai boleh patah tangan...dari kejauhan aku hanya mampu sedekahkan doa agar mak mak terus kuat dan tabah melawan kesakitan. Kesedihan ni tak tergambar...bercampur baur dgn rindu dah 2 bulan tak jumpa mak abah...

InsyaAllah...esok kami akan balik ke melaka...terus ke hospital...kamu semua....doakan mak cepat sembuh yea....thanks a lot pada member2 yg bagi support...i appriciate every single word of yours...**kata2 adalah doa**

Assalamualaikum...:))

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Friday, December 4, 2009

*memorable gift*


Assalamualaikum...

Juz wanna say a lot of thanks to sis Yanti Suhaini (wife hazamin inteam....promote skett...*wink) for her memorable gift to my daughter, Aufa Irdina....


*cd nadamurni tu utk saya kan aini??* ;))


Eventhough we juz being friend for about a half year...and we never see each other yet...we're seem to be closed to each other...

May our ukhwah will be blessed by The Almighthy...amiiin...

Thank you very much aini...:))



Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Thursday, December 3, 2009

*DUMA@DOA*

Assalamualaikum....:))
 
DOA...itulah yg sedang bermain di benakku ketika ini. Mungkin kesan daripada kes "doa" yg sedang hangat diperkatakan sekarang..membuatkan aku berfikir mengenai doa. Aku tidak ingin bercerita tentang kes itu...coz i know nothing...takut tersilap fakta...x pasal2 dapat dosa nanti...

**Entry ini adalah untuk memotivasikan diri sendiri, mengingatkan diri sendiri......agar sentiasa berdoa...setiap ketika...UNTUK KAMU.......ambillah ikhtibar jika perlu**


Dalam kehidupan aku sehari2...aku amat memerlukan bantuan. Tanpa bantuan itu aku  rasa seolah2 tiada siapa yg sudi membantu dan menemani aku sepanjang waktu. Bantuan yg aku maksudkan adalah DOA. Aku amat tertarik dgn satu komen daripada rakan facebook mengenai doa...komen drpd *Fadzrul Amry* : 
 
D= Dgn Nama dan KuasaNya kita memohon
O= Org senang ke susah ke..sakit @chat ke mmg kena mohon padaNYa saja
A=Allahu akbar itulaah laungan kita dengar stp hari... SOLAT laah doanya..maka bersolatlaah kita wahai ummat Islam seluruhnya...
 
So impressive....dengan hanya tiga huruf D-O-A dapat diungkaikan pengertiannya secara detail. Sebagai manusia especially muslim...kita diwajibkan berdoa..sebagai tanda kita memohon bantuan daripada Allah Taala. Tiada kuasa lain yg mampu membantu kita selain daripada Qudrat dan Iradat Ilahi. Berdoa...janganlah diwaktu susah atau sakit...berdoalah sepanjang masa. Kadang2 apa yg kita niatkan dalam hati juga merupakan doa..bagi perkara2 yg baik sajalah...n jika niat kita baik ganjaran pahala yg menanti.

Ada pelbagai jenis doa yg boleh kita amalkan dlm kehidupan seharian. As for me...ada byk doa yg menjadi amalan aku. Ada juga doa2 tak rasmi yg turut menjadi amalan aku...tak rasmi?? apakah???...nanti aku cerita okay...:)))

  • Doa ibu bapa - { Rabbi ighfirli wa li walidayya warhamhuma kama rabbayani saghira } I'm very sure semua muslim akan membaca doa ini setiap kali berdoa kan...me too...salah satu cara nak balas jasa ibu bapa adalah dgn berdoa. And abah kedah ada ajar aku...supaya baca doa ibu bapa ni selepas alfatihah di setiap rakaat dalam solat. Abah kedah mmg amalkan sejak dia masih muda lagi...ajaran tuan2 guru abah kedah...alhamdulillah aku amalkan juga doa ni dalam solat. Kamu pun boleh amalkannya...:))
  • Doa Nabi Musa a.s (surah taha:25-29) - { Rabbi isyrah li sadri wa yassirli amri wahlul 'uqdatan min lisani yafqahu qauli...waj'alli waziran min ahli } Aku baca doa ni selepas tahiyyat akhir solat.  Abah kedah juga yg ajar...supaya dipermudahkan jalan dalam bekerja atau apa jua urusan seharian.
  • Doa Nabi Ibrahim a.s (surah almumtahinah:4) - { Rabbana 'alaika tawakkalna wa ilaika anabna wa ilaika al-masir } Doa ni abah kedah yg ajar....aku baca setiap kali lepas solat, setiap kali aku dilanda masalah atau setiap kali insan2 yg hampir dgn aku menghadapi kesukaran..aku akan sedekahkan doa ini kpd mereka. Alhamdulillah doa ini amat mustajab jika diamalkan selalu. 
  • Surah as-syura:19 - { Allahu latifun bi 'ibaadihi yarzuqu man yasyaa' wahuwa al-qawiy al-'aziz } Doa ni aku baca dan tiupkan di ubun2 anak..agar anak2 lembut hati dan berjaya dalam hidupnya. Abah kedah juga yg bagi doa ni....:))
  • Selawat syifa - { Allahumma solli 'ala sayyidina muhammad thibbi al-qulub bidawaaiha wa 'aafiati ajsaadi wa syifaaiha wa nuur al-absaari wa dhiyaaiha wa 'ala aalihi wa sahbihi wa sallim } Aku baca selawat syifa ni selepas solat dan setiap kali anak2 demam or ditimpa apa2 kesakitan..
  • Doa - { Allahumma ij'alli wa zauji wa bintaani wa usrati najihina fi ikhtibarihim wa hayatihim ar-rafahiyyah fi ad-dunya wa al-akhirat } Doa ni aku dapat daripada abah kedah lagi...abah kedah mmg dlm golongan yg arif dlm bidang agama ni...mmg boleh dijadikan sumber rujukan. Doa ni maksudnya - Ya Allah Kau jadikanlah aku,suamiku, anak2ku dan keluargaku berjaya dalam setiap ujian dan permasalahan serta mendapat ketenangan di dunia dan di akhirat..amiin.

Itu adalah antara doa2 yg menjadi amalan aku. Doa yg tak rasmi tu...doa yg selalu aku baca dalam hati...doa secara senyap..hehe. Doa untuk diri sendiri, untuk suami, anak2, ibu bapa, keluarga, saudara mara, kawan2. Biasanya kalau aku tgk sesuatu perkara yg buruk...contoh nya...perangai2 buruk anak2 muda zaman sekarang...aku jadi takut...secara senyap aku berdoa dalam hati agar anak2 aku ditetapkan dan dikuatkan iman agar tidak mudah terpengaruh.  Bila travel...secara senyap aku akan berdoa dalam hati agar perjalanan kami  dan pengguna jalanraya yg lain sentiasa selamat..berulang2 kali aku berdoa dalam hati. Hmmm itulah yg aku maksudkan doa tak rasmi...

Kata-kata juga merupakan doa. Especially yg sudah bergelar ibu atau bapa. Jika kita inginkan kehidupan yg baik...berkatalah yg baik2 saja..jangan byk memperkatakan tentang hal orang lain...takut2 akan terjadi pada diri sendiri.

Aku doakan kita semua sentiasa beroleh keberkatan dan rahmat Yang Maha Esa..amiin...

 
I care about you...i share it with you...if u care...share it with others...because sharing is caring...with luv...:))











Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...