AufaZanKi

My photo
Special Thought For The Super Special Persons In My Life

Friday, August 26, 2011

Kuantan--Kuala Lumpur--Melaka


2 bag dah siap packing!
Dalam jam 12 tengah malam
Kami akan bergerak ke destinasi pertama
Kuala Lumpur 
Kakak saya nak join sekali
Balik kampung sesama

Maybe sampai Pandan Indah around 4 am
Errmmmm
Malam ni 27 Ramadhan
Takpelah...
Pandang langit...ucap syukur padaNya
 


Peti ais dah lengang
So goreng bihun je petang tadi
Juz letak kobis, carrot, fish cake & telur
Jadi la kan...
Tapi Baba tak suka sangat bihun
Takpe la...
Tengah malam nanti kita supper ei



Malam semalam
Lepas maghrib keluar nak pergi Megamall
Nak beli baju Kashfina
Mak aihhhh!!!
Punya la banyak kereta!!!!
Manusia pun tak seramai tu tau! 
At last
Kami melencong terus ke Baserah
Dan terus ke Teluk Cempedak
Dan
Plan asal nak beli baju Kashfina
Terus beli baju tidur anak dara dua orang ni
Murah jer
RM10 sehelai
Ada diskaun!


Oppppssss!!!!
Hampir terlupa nak cerita!
Esok kakak saya kerja half day
So planning nak gerak balik ke Melaka
Malam la kot
Siang confirm Baba tak larat tu
Dah la nak tempuh jammed ni
Fuhhhhh!!!!!
Masaklah kitorang atas jalan ni

By the way
Semoga perjalanan kita selamat
Tinggal 3/4 hari saja lagi Ramadhan
Manfaatkan ia sebaik mungkin
 
Doakan kami dan pengguna jalanraya yang lain
Selamat sampai ke destinasi masing-masing
 
RAMADHAN KAREEM
EID MUBARAK
1432H / 2011

With love&respect
AufaZanKi


Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Aufa3

AUFA IRDINA

  • Dah tak pakai diapers time tidur malam. Start hari Selasa lepas bila Mamanya yang terlalu penat hingga terlupa Aufa tidur tanpa memakai diapers PetPet size XL. Keesokan harinya, selepas solat Subuh baru teringat! Nasib baik tak kencing...kalau tidak..jenuh la nak menjemur tilam yang berat itu!.
  •  Susahnya nak ajar dia membaca...becoz dia dah kenal huruf. Berdasarkan tips yang saya baca, jika nak ajar anak kita membaca..jangan kenalkan anak dengan huruf. Habis tu...Aufa belajar sendiri...dia dah kenal huruf n boleh tulis dah huruf2 tu. Memang rumit sangat....kiranya kaedah ni sama dengan kaedah Iqra'..kenalkan bunyi huruf terlebih dahulu.

***di atas adalah entry semalam...di bawah adalah sambungannya. Macam ni la gaya orang yang malas tiba-tiba...;p

  • Antara dialog2 Aufa yang sangat menggeletek usus Mama dia ni adalah...."Ala..kesiannya dia merajuk da..bagilah dia minum air..dia haus"...kata Aufa kepada bunga lalang yang dah nak layu..petang semalam. Malam td dalm kereta ada anak lipas, Aufa pun tanya Mama.."Lipas suka duduk dalam kereta ke Ma?". Saya jawab.."Haah..dia nak duduk dalam aircond!". Aufa pun jawab.."Biarlah dia...dia panas...berpeluh...jangan bubuh dia!". On the way balik rumah malam td, saja bacakan doa tidur pada Aufa Kashfina...then Aufa pun menyampuk.."Mama...tak boleh baca doa tidur dalam kereta, berdosa tau! Kena baca dalam bilik jer"...Muahahahaha sumpah saya tak ajar! ;p
  • Aufa makin banyak vocab! Semuanya dia dapat daripada siri2 cartoon yang dia tengok. Light-sky-morning-night-house-car-cow-cat-finger-hand-hair-eyes-ears-nose-feet-dancing-story book-tree-noise...and many more. Ada juga statement2 yang dia tau...'wait for me'-'what are you doing'-'I don't know'-'where is...'It's gonna happen!'---n many more.

    AUFA QISTINA

    • Makin manja dan mengada-ngada. Sikit2 nak merajuk...sikit2 nak merajuk! Lomah den! Ikut sapa la perangai kuat merajuk ni! Haih! ;p
    • Dah pandai tulis ABC...tapi tak semua la. Ada la improvement. Dan dah pandai meluahkan imaginasi melalui lukisan. Before this dia tak pandai sangat berimaginasi  melalui lukisan...good for her actually. Semuanya ikut kakak dia la tu...
    • Kadang2 suruh panggil 'kakak qistina'..kadang2 still mengaku yang dia tu adik!. Tapi kami still panggil dia adik...dah terbiasa.
    • Baru2 ni saya ada buat kuih gunting. Awal2 saya dah pesan pada Aufa2 yang diorg tak boleh minta dough kuih tu (coz diorg selalu minta kat saya time buat karipap..diorg ingat play dough ke hape!). Reason yang saya bagi..dough tu pedas..nanti sakit tangan. So, Aufa2 hanya mampu memandang sajalah...but then...tiba2 jer Aufa Qistina berdialog..."Mama...tangan adik kata...nak pedas..nak pedas...haaa tangan adik kata macam tu". Korang tengok la taktik dia nakkan dough tu...haahaha melampau laa kalau tangan boleh bercakap! ;p

    AUFA KASHFINA

    • Last 2 days bawa Kashfina pergi inject for 6 months at Al-Farabi. Before inject..kena timbang dulu. Berat Fina turun 0.2kg...dari 9kg. Tapi doktor tu cakap..walaupun berat dia turun..dia tetap besar! Sabar je la doktor ni...hahaha...Alhamdulillah Kashfina tak demam lepas tu...
    • Rasanya kan..Kashfina taknak dekat orang lain la...selain daripada kami yang dia nampak setiap hari. Iyelah kot...becoz bila dia tengok doktor dia nangis. Malam tadi...masa supper di McD...dia syok tenung sorang brother chinese ni...punya la lama dia tenung n brother tu pun agah2 la dia. Done2 Kashfina menangis! Tapi takpe...balik kg nanti kita tengok...dia nak ke taak kat orang lain. Kalau taknak...memang frust la Uda dia yang dah rindu sesangat dengan "dobot" dia ni....hehehehe
    • Sekarang ni Kashfina juz makan nestum beras merah jer. Ntah kenapa dia taknak makan sangat. Before this, dah macam2 jenis bubur & puri saya buat..semuanya dia kurang nak makan. Bila bgi dia nestum beras merah ni...banyak juga dia makan...n ada juga yang menumpang tu...hehe
    • For this time being, cartoon yang paling Kashfina suka tengok adalah Pororo The Little Penguin. Gambar kat atas tu time dia tengah sakan tengok aksi Pororo. Macam tu juga kalau tengok Babytv...kemain suka lg dia! ;p




    Oklah...nak sambung kemas rumah n packing baju.....nak balik kampung malam ni...tapi transit KL dulu...my sis nak balik sekali. Adoiii...kenapa la rasa macam malas jer nak raya....takde mood! Sebab sekarang ni badan saya sngat lesu. Penat sangat...macam takde stamina...

      Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

      Thursday, August 25, 2011

      "Adik takde ayah!!!"

      Ariff Fahmi...anak yang sangat bertuah. Siapakah Ariff Fahmi? Saya pernah ceritakan tentang Ariff Fahmi setahun yang lalu. Dan hari ini saya bertekad akan memasukkan dia dalam label blog ini...sebagai kenangan untuk dia kelak.

      Ariff Fahmi umpama abang kepada Aufa3, jua umpama abang kepada Nufail2 (anak Azwa..my cousin). Baru-baru ni kakak saya yang merupakan Ummi kepada Ariff Fahmi (Ummi Aufa3 jg...) telah mem-publish-kan status ini di facebook :

      Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

      Wednesday, August 24, 2011

      5 hari lagi....

      ..but when Ramadhan is over..they will come back... ;(

      5 hari lagi...akan berakhirnya bulan maghfirah, bulan barakah, bulan yang diturunkan al-Quran, bulan yang terdapat pada salah satu malamnya malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Bulan yang diwajibkan berpuasa bagi yang melepasi syarat2 wajibnya...yang menjadi tunggak utama rukun Islam. Itulah dia bulan Ramadhan al-mubarak...bulan yang membezakan antara yang beriman dengan yang benar-benar beriman. Yang lebih istimewanya...di bulan Ramadhan kita semua bebas dari belenggu Syaitan laknatullah 'alaih....syok kan! Memang terasa kelainannya...

      Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

      Monday, August 22, 2011

      Bila mau berposing.....

      Sekarang ni kan
      Nak berposing-posing
      Nak bergambar sakan
      Amatlah payah!

      Banyak nooo gangguannya pun...

      Kalau nak bergambar dengan Baba
      Lagilah susah!
      Nak berdua-duaan apatah lagi
      Jap lagi ada la yang sound...

      Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

      Otak matematik

      Siapa minat Matematik???
      Sila angkat kening ala-ala Ziana Zain!!!!
      Heeeee

      Saya!!!
      Of course sangat minat subjek Matematik
      Since sekolah rendah
      Hinggalah ke sekolah menengah
      Matematik adalah subjek utama
      Untuk diulangkaji
      Dan rajin bebenor buat exercise

      Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

      Saturday, August 20, 2011

      Menu yang saya masak (2)

      Nak update menu

      Tetiba rajin....

      Saya memang suka masak

      Tapi kalau serba-serbi cukup

      Bahan-bahannya la...

      Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

      Friday, August 19, 2011

      Dalam hidup ini...

      Dalam hidup ini
      Kita kena selalu mengalah
      Sebab
      Bila kita asyik nak bela diri
      Kita yang akan dipersalahkan
      Walaupun
      Hakikatnya bukan begitu

      Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

      Thursday, August 18, 2011

      Today's mood

       
       Not so happy

      Not so sad

      Not so tired

      Not so sleepy

      Not so lazy

      Not so naughty

      So



      Today's mood is

      SO-SO laaaaa


      Errrmmmmmmmmmm

      I juz wanna tell you




      And for those who know my feeling

      I juz want to let you know

      That



      Photos by





      Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

      Wednesday, August 17, 2011

      McD lagi...Solat & Shopping di ECM

      PART 1

      Hari ni terlepas sahur. Terjaga jam 6.30 pagi...Alhamdulillah terjaga...kalau tidak...confirm terlepas Subuh...haih!

      Hari ni berbuka puasa dengan nescafe panas, then makan nasi berlaukkan ayam masak kurma. Lepas solat maghrib...minum horlicks pulak! Itu jer menu kami hari ni...plan nak beli kuih di bazar..tapi ntah la..dah sampai ke Jaya Gading...pusing semula n terus balik rumah..................

      Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

      Tuesday, August 16, 2011

      16 Ramadhan 1432H

      16 Ramadhan dah hari ni...semkin menghampiri 10 malam terakhir Ramadhan. Malam-malam terakhir ni la kita kena struggle beribadah. Bukan bermaksud malam-malam yg lain kita tak perlu struggle...tapi 10 malam terakhir Ramadhan sangat istimewa, yang mana terdapat satu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan....malam lailatul qadar.

      Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

      Monday, August 15, 2011

      Menu yang saya masak...

      Antara menu-menu yang saya masak
      Setakat 15 hari puasa
      Most of the time masak pd waktu malam
      Menu combine
      Berbuka&sahur

      Menu-menu nya adalah:





      Bihun goreng + Kuah kacang

      Sardin

      Mee hailam

      Ayam goreng kunyit

      Sayur campur


      Ayam masak merah

      Sup daging+fishball & sotong goreng tepung, KFC buat kat Teluk Cempdak! ;p

      Agar-agar milo pucat lesi, first time buat...sedap juga, satu tupperware saya sorang yg mengadap..

      Ayam goreng tepung

      Ayam masak kar, first tme guna rempah kari Baba's..before this biasa guna rempah kari Adabi..errmmm Baba's much better
       
      Sambal sotong








      Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

      24082008 yang lalu `

      video

      Aufa Irdina kalau dengar zikir..macam tu la gaya dia...menghayati... :)
      Dah la tak pakai baju...montel!!!!!



      video

      Adik Qistina pun nak join kakaknya juga...




      video

      Time ni tengah tunggu Baba balik dari office..nak bawa kami keluar




      Dari pagi semalam upload these three videos...pagi ni baru settle! Punyalah lama...padahal network coverage ok jer...sabar jelah!

      Actually video2 ni Baba terjumpa dalam memory card lama...time tu kami menyewa di Taman Seri Mahkota Jaya, Jalan Gambang Kuantan...

      24 Ogos 2008...Aufa Irdina baru berusia setahun 9 bulan, Aufa Qistina belum mencecah usia setahun lagi...baru 8 bulan.

      Alahai...geram betul tengok Aufa2 masa kecik!!!!! Aufa Irdina punya la montel...berlenggeng saja dia! Ya..I still remember she didn't like wearing cloth...memanjang panas..hehehehe

      Si Adik Qistina pulak..lemah lembut je orangnya...tapi dah start lasak jg time tu...



      Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

      Sunday, August 14, 2011

      Berjangkit-jangkit!

      Mula-mula Aufa Irdina

      Selang sehari Aufa Kashfina

      Esoknya saya

      Hari ni Aufa Qistina
       

      kreatif kan?


      Berjangkit-jangkit!

      Aufa3 takpe la
       
      Boleh makan ubat
       
      Saya ni

      Kena la bertahan 

      Hingga Baba diorg balik

      Hari Selasa nanti

      Baba pergi Kelantan

      Shopping raya!

      Wah! Hehehehe

      Takde maknanya nak shopping raya di Klate

      Baik shopping di Melaka or KL



      Lagiiiiii best!!!!!!
       
      *Baba meeting MAKUM*


      Kami selsema.........

      Sakit satu badan!


      Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

      Friday, August 12, 2011

      Jalanan berduri...

      Lagu yang menjadi memori
      Suatu ketika dahulu
      Peneman di kala sepi
      Penyeri di kala lara

      Di saat mencari-cari
      Erti bahagia sebenar
      Erti jujur dan setia
      Erti menyayangi

      video

      Dan kini
      Lagu ini cukup memberi makna
      Menyuarakan isi hati terpendam


      DAN


      Kerana penyanyinya juga



      Saya peminat Siti Nurhaliza



      :)


      'Segala kepahitan kurasa...ku pendamkan...tak mungkin dapat ku meluahkan pedihnya...biarlah daku mengharunginya sendirian...waktu sakitnya daku rasakan derita...'-Jalanan Berduri


      Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

      What's your favorite scent?

      baby's scent! ;p natural fragrance...

      Ask me anything

      Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

      Sambungan entri semalam...

      Dah baca entri semalam?
      Ni nak sambung cerita
      Tentang Kashfina
      Yang dijangkiti kudis buta

      Fina ada sebelah saya ni..tengok la tu...sedang enak dibuai mimpi  indah...;p

      Awalnya
      Saya tak jangka yg anak2 (Aufa2 juga) akan dijangkiti kudis buta
      Becoz saya pun tak tau macamana rupanya kudis buta
      Hinggalah kami bawa Kashfina ke Klinik Pakar Kanak-kanak
      Doktor la yang sahkan
      Barulah saya tau serba sedikit tentang kudis buta
      Yang disebabkan oleh sejenis kutu/hama
      Parasit!!!!

      Aufa kashfina yang paling teruk
      Satu badan!
      Nasib baik tak berjangkit ke bahagian muka

      awal jangkitan
      bahagian kaki teruk

      Malam-malam tak lena tidur
      Becoz parasit2 tu shif malam
      Fina akan rasa gatal sangat
      Kesiannya laa....

      Doktor bekalkan cream

      cream ni kena sapu sekali saja...seluruh badan kecuali muka
      Cream ni pulak sapu tiap2 hari...3x sehari

      Kena cuci n jemur semua yg bermaterial fabrik...ermmm tengok la tu..ada model tak berbayar menggayakan kasut kerja Baba

      yg ni lawak! lepas sapu cream kena pakaikan Fina mitten so that dia tak masukkan jari dalam mulut. Alkisahnya since dalam pantang Fina mmg tak pakai mitten, so ingatkan tak guna lg la kot..bagi la semua mitten pd kakak di kg yg dah pun bersalin bulan lepas. Yg tinggal cuma booties jer...tengok la si Fina tu...siap pose lg dgn booties di tangan! hahahah..sorry sayang!

      Kashfina rilex jer dia...tak meragam pun...I love you lah!!!

      Tapi
      Saya macam tak confident jer untuk terus sapukan cream Foban tu pd Kashfina
      Fina still baby...n cream tu confirm ada drug or whatsoever
      Macam tak bagus la pulak untuk baby 

      So
      Saya pun ambil alternatif
      Tukar kepada ini

      Minyak Kelapa Dara Dr Azimuth

      Alhamdulillah...its work!
      Tak sampai seminggu ruam2 banyak yg dah kering
      Masa saya kena alahan teruk time preganantkan Fina
      Perah juga guna VCO
      Brand Bio Sofea
      But VCO Dr Azimuth much better

      tinggal parut jer..alahai kesian puteri Mama...takpe..kita teruskan guna VCO nie

      Macam tu la penangan kudis buta
      Or in english we call it scabies
      Nak tau detailed tentang scabies
      Baca di SINI

      Cepat la sembuh anak2 sayang
      Kakak2 Aufa dah ok
      Tinggal sikit2 jer lagi


      Errrmmmmmmmmmmmmm
      Begitulah ceritanya.........

      Nak pergi buatkan susu Aufa Qistina
      Ayat dia nak minta saya buatkan susu:

      "Mama..basuh la botol susu Adik tu"
      Tak lama lepas tu dia cakap lagi:

      "Nanti Mama letak air dengan susu dalam botol Adik tau"

      Hahahahaha 
      Baik punya taktik!

      Kakak & Adik

      Si Kakak demam pulak malam tadi
      Saya punya berjaga malam setiap kali anak demam
      Sampai terlepas waktu sahur n waktu subuh
      Astaghfirullah....

      Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

      Thursday, August 11, 2011

      6 bulan pertama

      Aik!!! kenapa tutup muka ni sayang? Malu ke..?

      Hari ni genap usia Kashfina 6 bulan
      Alhamdulillah
      Anak yang baik, tak banyak ragam 
      Mudah untuk diuruskan
      Bak kata Baba
      "Buat la apa pun...dia redha jer"

      Aufa Kashfina
      Dia dah mula nak angkat badan
      Macam nak merangkak pun ada


      Dah bergolek-golek dah dia
      Kalau letak dia atas katil, kena buat kubu
      Kalau tak...jatuh la dia atas lantai
      Bahaya!
       
      Dah pandai merajuk
      That's why kami suka amboi-amboi kan dia
      Suka tengok dia menangis
      Haha

      Lagi...dah pandai nak mengikut
      Kalau Kashfina nampak saya dah bersiap2 pakai tudung
      Done2 ketawa...happy la tu dapat berjalan!
      Kadang2 menangis..takut kena tinggal kot!
      Takde maknanya Mama nak tinggalkan Fina...kita bukannya ada sedara mara kat sini...

      Dan lagi...dah pandai main cak-cak
      Kalau confuse dengan permainan cak-cak ni
      Jom kita tengok Fina main

      Bila kita sebut caaaaakkkk...Kashfina akan tutup muka dia
      Then, kita cak-kan la dia...gelak besar dia nanti...cutenya!!!!!
      Siapa nak main cak-cak dengan Fina????

      6 bulan
      Kashfina akan ambil suntikan Hepatitis B, 3rd dose
      Planning nak ambil pneumococcal vaccine
      Tapi kena discuss dengan Baba dulu
      Becoz kosnya agak mahal
      Kakak2nya dulu tak ambil pun vaccine nie

      Oh ya...
      Kashfina sedang diuji dengan sakit kudis buta
      Poor of her
      Gara2 pindah rumah...habuk banyak kan
      Rumah ni pulak bersilih ganti penghuninya
      Memang mudah la nak kena penyakit berjangkit nie

      Time awal2 kena jangkitan kudis buta..kesian Fina..menangis sambil menggaru..gatal la kot!

      Ermmmmmmm
      Rasanya nak stop kat sini dulu la
      Sambung cerita in the next posting
      Pening......

      Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

      If you were to have a theme song, what would it be?

      SUATU MASA BY M NASIR

      Ask me anything

      Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

      Tuesday, August 9, 2011

      Isteri umpama bidadari

      Tadi tengok ulangan program Semanis Kurma @ TV9. Tajuk kali ni "ISTERI UMPAMA BIDADARI". Banyak input yg dikongsikan oleh pasangan suami isteri, ustaz Wan Akashah dan Ustazah Siti Nurbahyah. Sweet jer tengok kemesraan ustaz & ustazah...pasangan contoh.

      Macam biasa...ustaz&ustazah mesti bagi pantun :
      "Minum kopi pekat-pekat, Isteri hebat suami terpikat"
      Walaupun kita tak pernah tengok bidadari, tapi kita telah diberi gambaran tentang rupa bentuk bidadari syurga. Menurut apa yg Ustazah kongsikan tadi, bidadari syurga ni sangat indah, wajahnya bercahaya, kulitnya putih bersih...dikatakan putihnya bidadari ni hingga menembusi 70 helai kain putih...(macam tu la kot yg ustazah cakap tadi)...Masha Allah! That's why selalu diumpamakan yg cantik dengan bidadari.

      Ada satu hadith yg ingin saya kongsikan di sini, ustazah pun ada cerita tentang hadith ni:
      Daripada Umm Salamah, isteri Nabi Muhammad SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang):
      Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”
      Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”
      Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”
      Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)
      *googled*

      Sebagai seorang wanita Muslimah, teruja sungguh bila membaca hadith ini. Mampukah diri ini menjadi isteri seperti bidadari...hanya saya sahaja yang mampu merealisasikannya (dengan bantuan & sokongan). Inilah yang dimaksudkan dengan Islam itu mudah. Mudah sungguh nak menjadi seperti itu...tak perlukan wang ringgit berjuta2, tak perlu memerah keringat dan tenaga...begitulah indahnya Islam. 

      Untuk saya, untuk puteri kesayangan...Aufa Irdina, Aufa Qistina, Aufa Kashfina...dan untuk semua yang bergelar wanita, didiklah diri kita semampu mungkin agar menjadi insan yang lebih baik...bukan untuk diri sendiri sahaja...malah untuk manfaat insan2 disekeliling kita. Moga kita mampu menjadi wanita seperti bidadari syurga.....ameen

      Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

      Sembang selepas sahur

      Waktu imsak dah sekarang...5:37 pagi.

      Pagi ni bangun tidur pukul 4:15 pagi...of course alarm handphone N81 yg jalankan tugasnya dengan baik. Tidur lena malam tadi...pulak tu ada orang puji2 saya sebelum tidur...memang confirm la lena-selena-selenanya....kan...

      Ala...yang puji tu bukanlah siapa-siapa....bukan Baba...kalau Baba yang puji2 time nak tidur....errrrrr macam lain macam la pulak kan! Hahaha....

      Yang puji tu Aufa Qistina...dia cakap gini..."telinga Mama cantik...mata Mama cantik...mulut Mama cantik...gigi Mama pun cantik". First time orang puji telinga saya..mau tak bangga! Yang lain tu memang dah biasa dah...n memang dah sedia maklum..................................uhuks!....................

      Sahur tadi saya goreng ayam, buat kuah kicap & goreng sayur. Simple as usual. Buat Milo untuk Baba, nescafe untuk saya. Kejutkan Baba...dia macam liat jer nak bangun..."Baba taknak makan la"...dia cakap sambil jalan keluar bilik. "Eh..sedap la pulak"...bila tengok ada ayam goreng kot! Feveret dia la tu...macam Upin Ipin!

      Menu berbuka puaasa semalam...menu 'tunjuk' jer...kami jarang makan nasi time berbuka..makan kuih-muih jer

      Hajat di hati lepas sahur nak makan aiskrim...coz siang nanti mesti Aufa2 akan makan aiskrim...terliur kang...tapi tak boleh nak masuk la pulak...takpe la...minum horlicks jer la buat penutup sahur.

      Oh...azan subuh sudah berkumandang. Pagi ni saya tak solat sunat pun...penyakit "M" datang!! Oklah...nak ambil wudhu...nak solat dulu...then nak mengaji. Then nak iron baju kerja Baba...after that nak sambung tidur....heeeee

      sedapnya kek...malam td plan asal nak makan kat sini...tp cancel..makan kat Satay Zul...sedapnya satay perut! 10 cucuk saya sorang jer yang makan...Baba & Aufa2 makan satay ayam

      Alhamdulillah...Kashfina tidur lena malam tadi...


      Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

      Monday, August 8, 2011

      Sembang sahur

      Actually tengah masak untuk sahur...berhenti sekejap coz Aufa Kashfina nangis nak BF. Then...tertangguh lg coz tetiba rasa nak update blog...heee

      Nasi dah masak...ayam pun dah siap digaram-kunyitkan, sayur2 tak potong lg...bawang pun belum kupas! Nak masak ayam goreng kunyit jer pun...

      Tadi..around 1 am..Aufa Qistina minta nak makan nasi...opppsss jangan hairan ye...Aufa3 memang tidur lewat. Apa pun takde kat dapur (tak masak). Hari nie menu kami adalah KFC. As last year, port kami di tepi pantai...tapi ntah apa angin Aufa Qistina ni boleh pulak dia takut dengar bunyi burung kat situ...tak tau la spesis burung apa..kuat juga bunyinya. So, dalam keterpaksaan kami pun cari port baru...depan padang golf Taman Teruntum...nampak la juga laut...tapi sayup jer...

      Ok...ni dialog antara saya, Aufa Qistina & Aufa Irdina :

      AQ : Mama...Adik nak nasi...
      Mama : Ala..nasi takde la..
      AI : Tadi kat Giant Aufa nampak beras...kenapa tak beli? 

      **Ya, kami memang pergi Giant lepas Maghrib tadi....

      AQ : Jom la kita pergi Giant sekarang!
      Mama : Giant dah tutup la...
      AQ : Kita pergi Tunas Manja jer la! 

      **Tunas Manja adalah nama pasaraya di Kuantan, lebih kurang macam Giant jg..

      Mama : Tunas Manja pun dah tutup la..sekarang kan dah tengah malam...
      AI : Esok jer la kita makan kat kedai..
      AQ : Ok la..esok jer la kita makan kat kedai ei Mama...
      Mama : Iyelah!

      **Perbualan tamat.
      **In conclusion, Aufa2 ingat beras dah habis. Beras ada lagi...tapi belum dimasak menjadi nasi. Saya memang suka melayan Aufa2...saja nak tengok sejauh mana jangkauan pemikiran diorg. As usual, Aufa Irdina sentiasa menjadi penyelamat keadaan...kalau tak..Aufa Qistina tu menangis jer la kerjanya...dah ada adik pun tak habis2 lagi manjanya...

      Ok la..nak sambung masak. Then nak tidur...nak bangun semula jam 4.30 pagi...selamat bersahur semua...

      Aufa2 baru jer mengepau Baba..koleksi buku cerita princess2 disney kesayangan diorg la tu...Aufa buat peace 3 tu maksudnya buku ni kena share 3 org...dengan Qistina & Kashfina..nak beli sorang satu memang 'kopak' la...RM54.90...Aufa suka princess Bell (dress kuning), Qistina suka princess Cinderella (dress biru), Kashfina suka semua...Aurora, Ariel, Cinderella, Bell...




      Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

      Thursday, August 4, 2011

      Tragedi semalam...*destinasi kabur*

      It's already 4th Ramadhan 1432H
      How the time flies away...
      Without waiting for anyone

      *w.h.o..a.r.e..w.e.?.?*

      Alhamdulillah
      4 hari puasa penuh (budak kecik ke..?)
      Berbekal beberapa ibadat lain
      Moga2 ianya diterima olehNya
      Ameen

      Semalam
      As usual during Ramadhan
      Saya tak masak
      (Masak la juga..kadang-kadang je)
      So around 6 pm
      Kami pun 'berdedai' la keluar mencari rezeki
       
      Destinasi?
      *destinasi kabur*
       
      Mula2 kami pergi sini

      cari benda tersembunyi...;p

      Kebetulan
      Ada flight juz landed
      Standard mode of me & Aufas
      Bila nampak aeroplane
      *OVER EXCITED*
      So, Baba pun terus la ke airport
      Takpe la
      Layan jer la dulu
      Sambil menikmati indahnya sunset


      Then around 6.30 pm
      Jalan lagi
      *destinasi kabur*
      Again...
      Singgah di Shell
      Beli air sedap!

      7 pm
      Keluar dari Shell
      Baba cakap something wrong happened
      Tayar kereta buat hal kot
      Supposed dah kena tukar
      Tapi tertangguh atas beberapa alasan
      That cannot be published
      (Poyo!)

      Jalan lagi...slow & errr not steady..but suspended
      Uppppssss!!!!!
      Tayar sudah bocor...kata Aufa
      Aduhhhhh!!!!!
      Mana nak cari kedai tayar maghrib2 nih!

      Baba try nak tukar sendiri
      Tak boleh...ketat noooo screw nya pun!
      Takut pulak berhenti tepi jalan
      Kereta, motor, lori macam kapal terbang nak take off
      Laju!!!!!

      Berbuka puasa tepi jalan
      Juz minum twister orange & ribena

      About 5km
      Barulah jumpa bengkel yg masih di buka
      Minta brother tu tukarkan tayar
      Guna tayar spare dulu
      Kena 10 hengget
      Thanks bro!

      Then terus ke Jaya Gading
      Kat situ ada kedai tayar
      Kat sana
      Baba tukar terus dua-dua tayar belakang
      Dua-dua pun dah botak!

      Beginilah suasana semalam
      Di kedai tayar

      kereta oh kereta!

      tengoklah budak Aufa berdua tu..sibuk nak posing! Kereta dah nak di operate

      aduiii lawak betul la korang nie!!! sebok nak bergambar time gini..nasib baik Mama sporting time nie...

       kita pun dia suruh posing! Mama senyum kelat! Asyik2 pakai tudung tu...takde tudung lain ke??? ;p

      Tuan kereta cekak pinggang....sabar naaaa...nanti kita kasi tukar...

      ketea nie jangka hayatnya dah lebih 10 tahun..kira dah jadi atok @ moyang nie...;p

      Alhamdulillah
      Selamat tukar tayar kereta
      'Terbang' 600 hengget! untuk 2 biji tayar!
      Dalam hati Mama terdetik
      'Duit nak beli baju raya ada lagi tak ni????'
      Hahaha..sempat lg tu...
      Yela...kami belum beli lg ni baju raya
      Ermmm ada rezeki tu...
      Insha Allah...

      Finally
      *Destinasi dah tak kabur*
      Berhenti makan di restoran feveret kami
      Tepi jalan jer..tapi sedap!
      Around 9 pm la juga
      Baru dapat makan

      *maghrib pun terbang gara2 tayar*

      Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...