AufaZanKi

My photo
Special Thought For The Super Special Persons In My Life

Thursday, June 28, 2012

Bila ajal datang menjemput

Baru sehari

Belum cukup 24 jam pun sebenarnya

Dah mati si ikan Alexa/Johan milik Aufa Qistina

Besar kemungkinan terlebih makan

Becoz...amoi jual ikan ni pesan bagi 2-3 biji jer makanan 

Sekali sehari

Tapi Baba bagi banyak pulak dah

*adakah salah Baba?*

Heheheeee

So sekarang ni...

Tinggallah si ikan Liana/Zizan seekor diri

Kesian......




Begitu jugalah lumrah kehidupan kita di alam fana ini

Tiada yang kekal melainkan Yang Maha Kekal...Allah Subhanahu wa Taala

Tiada juga milik kita melainkan ianya hanya pinjaman

Kita hanya meminjam daripada Yang Maha Memberi Pinjam...Allah Subhanahu wa Taala


Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

New pet

Introducing.......

New pet of Aufa Irdina & Aufa Qistina


Tadaaaaaaa.......





Okay la tu...

Daripada Aufa2 bela kucing yang masing2 takut nak pegang 

 Better bela ikan...kan kan kan! 

 *sambil angguk kepala*vengong mama!* 

 o_O 



 Nak pujuk Aufa Qistina la ni asal ceritanya 

 Takut sangat kedai or shopping complex tutup 

 So...kami pun janji nak bagi dia hadiah 

 Kalau dia benarkan kami pergi Giant 

 Sekarang ni...nak pergi mana...I mean mana2 kedai 

 Memang kena mengadap *tuanku tak berapa nak tuan* Aufa Qistina 

 Kalau dia tak bagi...memang kami takkan pergi 

 Kenapa????....nanti la saya cerita 

 Nak cerita kena ambil mood untuk mengemut! 

 Hahahahaha...sekali lagi...*vengong mama!*



 So...bila dia dah dengar kami nak bagi hadiah 

 Terus dia request nak bela ikan 

 Ingat pulak tu di Giant ada jual ikan! 

 Belikan la juga....hadiah sebab bagi kami pergi Giant 

 Aduiiiiiiiii.... *saqqqqitttt hati!!!!*




Mama namakan ikan2 ni dengan nama JOZAN 

 Yang oren tu Zizan...Aufa Irdina punya 

 Yang ada stripe tu Johan...Aufa Qistina punya 

 Macam takde nama lain kan???? 

 Biarkan!!! 

 Aufa2 nak bagi nama2 Barbie Diamond Castle

LIANA & ALEXA

 Mama nak jugak nama JOZAN! 

Takpe...tengok jer la nanti

Nama mana yang melekat dekat ikan tu!

Heeee




Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Tuesday, June 26, 2012

Aufa Amnina : 2 bulan

Syaaban sudah menjelma...bermakna sudah 2 bulan Aufa Amnina melihat dunia...

Amnina mula mengenal insan-insan yang sentiasa ada bersamanya...makin bijak berinteraksi mengikut tonasi sendiri...

Makin suka tersenyum...menampakkan kemanisan wajah yang berlesung pipit ala-ala Makanjang Sheila, beranak mata coklat hazel ala-ala Mama, berhidung mancung ala-ala Baba, berkulit cerah ala-ala kakak Qistina

Kadangkala sedaya upaya mengangkat kepala...tanda minta didukung

Sentiasa mahukan perhatian dan peneman dikala jaga...

Itulah dia si cantik manis...Mak Jemah...ehhh silap!

Aufa Amnina

:)


















Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Kelam

Umpama mentari senja....DIRIKU...kelam dan mahu tenggelam...namun tetap memberi sinar kepada mereka yang memerlukan



Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Saturday, June 23, 2012

Kognitif vs Kreatif

Anak-anak kita ni...makin meningkat usia...makin berkembang tahap kognitif (bahasa..tak menahan! ;p).  Dan semangat inkuiri mereka pun makin lama makin tinggi. Sebagai ibu dan bapa...kita perlu mengkreatifkan minda untuk membantu anak-anak kita memaksimakan tahap kognitif mereka. 

Orait! Introduction memang agak skema...hehee...dan tak larat nak teruskan mode skema itu...errmmm macam gitu la yang sedang berlaku kepada saya sekarang. Setiap hari ada saja soalan-soalan yang menuntut kepada kreativiti saya untuk memberi jawapan. Actually...soalan biasa jer pun...cuma jawapan tu adakalanya tak menepati piawaian umur mereka atau kalau jawab pun confirm mereka tak faham. So, untuk mengelakkan lebih banyak soalan...kita kreatifkan minda dan beri jawapan yang kita yakin ianya amat menapati piawaian mereka pulak kan...heee




Abang2 takde...Adik2 conquer..hehee..baru la best nak meround dengan basikal kan Aufa2 ku sayang...*non edit picture*


Antara hasil kognitif Aufa2 yang masih saya ingat beserta jawapan dalam kategori *kreatif-la-sangat* ...dan peserta2 nya adalah Aufa Irdina, Aufa Qistina dan saya..Aufa Kashfina belum boleh join sebab tak pandai cakap lagi...we wait and see what will be happened when she can talk! Aiyooo...sekarang ni pun dah ala2 burung nak pulang ke sarang..heeee bising!




Kognitif vs Kreatif 1 : TRICKY COMPLIMENTARY


Aufa Irdina  : Mama...Aufa kena minum air ais...baru la Aufa boleh KURUS MACAM MAMA!
Mama           : *diam tandanya redha*....errr kreatif tak? hahaaa


Selepas dapat minum air ais...


Aufa Qistina  : Mama..tengok ni...KURUS TAK?
Mama        : *ketawa sambil berlari nak slam dunk Baba sebab ketawakan Mama juga!*




Kognitif vs Kreatif 2 : NIQAB




Kami duduk dalam kereta sementara menunggu Baba settlekan kerja...suddenly ternampak somebody wearing niqab...n of cozez la somebody tu muslimah solehah...kalau lelaki...with no doubt dia tu sememangnya ninja! ;p


Aufa Irdina   : Kenapa orang tu pakai macam tu?
Aufa Qistina  : Macamana dia nak jalan? Nanti terhantuk kepala tu...tak nampak...
Mama          : Orang tu pakai macam tu...sebab dia cantik...sebab tu kena tutup muka dia...
Aufa Irdina    : Mama tu...tak pakai pun!
Mama            : Mama tak cantik....*elehhhh humble sangattt*
Aufa Irdina    : Issshhh...Mama cantiklah! Kita semua cantik!
Mama           : *mode:terharu & perasan!*




Kognitif vs Kreatif 3 : SYURGA




Setiapkali Aufa2 tengok gambar-gambar lama kami...for sure mereka akan bertanya dimanakah mereka pada waktu tu...sebab takde dalam gambar. So, untuk memuaskan hati, saya juz jawab..."masa tu Aufa & Adik ada dekat syurga". *Sebenarnya kita tak tahu di manakah kita sebelum kita dijadikan...semuanya menjadi rahsia Allah Taala*.  Dengan jawapan yang saya bagi tu...makin bertambah pulak soalan...bermakna jawapan saya kurang menepati piawaian Aufa2...hahaaa...


Antara soalan yang lawak dari Aufa Irdina.."nanti Mama dengan Baba datang ambil Aufa dekat syurga naik kereta ke?" Saya jawab..."syurga tu dekat langit...". Aufa jadi curious.."Haaa??? dekat langit??? Kereta mana boleh pergi naik atas! Issshhhh Mama ni...tipu ajer!". 


Haaaa hambik!! Nak kreatif sangat...sekali kena reject daaaa jawapan...dalam cerita ni saya memang tak tau nak explain macamana lagi dah...bila bagitau mereka yang time tu mereka belum ada lagi...jawapan tu awal2 dah kena reject! Adoiii macam2 hal la...malas nak gaduh2 dengan Aufa2..ceritanya terbengkalai...moga2 bila Aufa2 dah besar n matang..mereka akan faham sendiri..*n jangan malu pulak bila baca kisah ni yea...Aufa2 ku sayang!*


Aufa Qistina pulak..bila bercakap tentang syurga...antara soalan2 dia..."dekat syurga ada fairy (pari2) tak?".."dekat syurga ada doktor tak?"




Kognitif vs Kreatif 4 : NO IDEA


Ada juga soalan2 mereka yang tak memerlukan saya untuk jawab panjang lebar..cukup hanya mengangguk kepala dan cakap 'ya'...sebab jawapan tu saya dah bagitau sekali..then mereka juz repeat apa yang saya dah cakap..siap menambah jawapan lagi tu...hehee


"Mama..kenapa asyik hujan jer?...bumi haus ker?..bumi nak minum? pokok nak minum?"


"Mama..kenapa sekejap malam sekejap siang?...sebab bumi berpusing ke Mama?...Aufa suka siang jer...Aufa tak suka malam"


Dan ada juga soalan yang susah betul saya nak menjawab...


"Mama...baby keluar ikut mana?"..."macamana baby boleh jadi?"..."Mama..nak ada baby kena kahwin dulu ke?"




I LOVE YOU BOTH VERY MUCH!












Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Friday, June 22, 2012

Kashfina & kitten



Excited sangat Kashfina bila jumpa kucing
For this time being berani lagi la dia..
Takut jadi macam kakak2 jer nanti
Kecik2 bukan main berani pegang kucing
Bila dah besar....'sebatu lari'... bak kata Baba
Errrrr lebih kurang sama dengan Mama la...
Heeee bukannya takut...geli jer.... ;P


Yang lawaknya
Kashfina buat kucing macam baby!
Nak dukung macam dukung baby doll!
Berani pulak tu cium/sayang kucing
Eeeeee kalau Mama la....
Meremang bulu roma!


Jom kita layan video yang saya record malam tadi
Anak kucing siapa agaknya...
Bulu bersih jer...muka pun tak comot
Mengiow jer dia malam tadi
Sedekahkan nasi dengan ikan bilis
Pastu mengiow lagi
Nak masuk dalam rumah pulak!
Kashfina...bila dengar suara kucing tu mengiow
Tak senang duduk la dia
Kakak2 pun sama juga...walaupun penakut!



video


Video yang satu lagi ni
Pagi tadi punya cerita
Masa Baba nak pergi kerja
Baba takut dia tidur dekat tayar kereta
So..Baba pun seru la si anak kucing yang comel itu
*macam seru roh pulak kan!*
Terus jer anak kucing tu berlari...nak masuk rumah
Haip!! Cannot! Cannot!
Nanti karang...satu rumah bertempik
Takutkan kucing...padahal anak kucing jer pun!
Hehehee

Nak tau apa yang berlaku pada Kashfina
Saksikanlah........*dalam nada lagu dangdut Iwan*hahahhaha*


video


Adoi la Kashfina sayang!
Nanti bila Kashfina n kakak2 dah besar
N boleh handle kes2 yg related to cat
Mama & Baba belikan satu kandang kucing
Yea sayang-sayang ku sekalian....
Hehehehe


buat sementara ni...bela dulu kucing mainan ni yea, rm10 satu...heee

berani punya  budak...

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Wednesday, June 20, 2012

Yang terindah...


Suasana mentari petang di bumi UMP Gambang

SUBHANALLAH








Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Monday, June 18, 2012

Rutin harianku

Inilah rutin harian saya

Snap gambar anak

Bukan satu...dua..atau tiga

Tapi boleh jadi berbelas or berpuluh2 or beratus2...opppsss itu kira melampau la kan!

Dalam satu masa

Selagi tak berpuas hati selagi tuuuuuuu la!


makin hari makin dobot! nak challange kakak kashfina lettewwww...


mata lalat! ;p


Kadang-kadang saya record aksi Aufa4

Saja........................takde apa pun

Jarang sekali saya snap gambar sendiri

Untuk apa ek...takde pekdah! ;p

Gambar Baba pun dah jarang saya snap

Baba macam tak suka jer...

Ellehhhh Baba...saja la tu...

Baba memang selalu macam gitu...suka memoyokan diri!

Heeeeee

Mama cabut 'uban' Baba...Baba pecahkan 'belon' kat tangan Aufa


Actually....

Nak release tension pun iye juga

Ntah...tak tau la pulak kalau orang lain macamana rasanya

Bila kita takde tempat mengadu, takde teman nak bersembang, takde jiran

Jiran ada...tapi semuanya terdiri daripada "lelaki-lelaki ini"

And diorang dah start bercuti pun sekarang....3 bulan lagi tu...

Tempat mengadu & teman bersembang pun ada

Of cozez la Baba & Aufa4

Tapi....korang pun mesti faham kan

Manusia ni mana la pernah cukup

Heeee


Bila saya tengok video2 yang saya record

N dengar semula suara sendiri

Eeeeeeeeeeeeeeeeeee

Geli mak!

Kenapa suara saya macam tu ek????

I mean...intonasi suara saya

Patut la Baba selalu jer tiru dalam nada nak mengejek

Macam mengada-ngada pun ada juga

Hahahahahahaha

Kritik diri sendiri

Memang macam gitu la nada suara saya

Bila berborak dengan Aufa4

Macam 'cagih'!!!!

Nak tengok & nak dengar tak?



video


video


Dan nak tunjuk bukti

Berpuluh2 gambar yg saya dah snap

Dalam satu masa...

Kikikiki

Kashfina...Kashfina...atas bertutup litup...bawah terbuka sakan ya! lawak la awak ni! ;p


Gambar yang berikutnya ni masa Kashfina tengah sebok nak main mekap kakak2

Untuk tidak mengahmapakan dia, saya pakaikan la sikit2 

Suka!





Amnina cayang!


Yang lebih pasti

Bukannya auto captured

Semuanya saya yg capture sendiri

Manually

Heeeeee

Memang kellllassss kau jan!!!!!



Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Sunday, June 10, 2012

Layar hidup ke-32




Hari ni genap 32 tahun usia saya

Belum tua....dewasa baru! 

Sujud syukur pada Yang Maha Berhak kerana dengan izin dan kasih sayang Dia, saya masih berpeluang menjadi pelayar di lautan dunia yang fana ini

ALHAMDULILLAH 'ALA KULLI HAL




Umpama lautan...begitulah adanya kehidupan saya

Walau apa pun yang mendatang...sekurang-kurangnya saya masih punya SESEORANG

Iaitu DIRI SAYA SENDIRI

Kerana tiada siapa pun yang tahu layar hidup saya yang sebenar

Sukar untuk meluahkan..."bimbang ada yang terluka dan bimbang tidak sudi mendengar"





Terima kasih Ya Allah atas kurniaanMu

Mereka adalah ANUGERAH CINTA TERINDAH saya

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...