AufaZanKi

My photo
Special Thought For The Super Special Persons In My Life

Tuesday, November 24, 2009

*Photogenic*

Antara hobi aku adalah menyibukkan diri dgn ape2 yg berkaitan dgn photo aka gambar...............:)))
Ntah la....rasa puas pulak bila tgk gambar2 ni...especially gambar2 yg ada connection dgn diri aku.................:)))

Yg tersebut di atas adalah sekadar introduction utk menyembunyikan rasa malu bila ada org menganggap aku suka menunjuk2 konon2nya "cantekkkk sgt la tu!!!".........:)))

Aku kini berada di hotel de palma, ampang......:)))
Di kesempatan yg tengah boring n tiada teman utk berbicara ni......(aufa2 selalu ajak berbual...tp dlm bentuk lakonan...aufa2 mmg suka sgt berlakon n sering mengheret aku ke ke kancah lakonan mereka)....kali ni aku malas nak menjadi "mom" or "mummy" dlm drama arahan aufa irdina.......:)))

Aku nak share dgn kamu gambar2 yg baru aku snap ptg td...masa dlm perjalanan ke kl.......:)))












*mentari petang*



*berarak...mendung kelabu..mengiringi langkahku*




*Aufa2 yg keletihan*





*mama izzan yg semakin chubby*


*baba zaki yg menahan mata namun ttp macho*


*sampai2 jer terus belajar..sambil tgk tv*



*aufa kata dia tgh lukis monkey*


*adik pun nak tiru mcm kakak*




In conclusion, aku mmg "hantu gambar"...bak kata org melaka...:)))) bye...
Assalamualaikum....:)))



Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Monday, November 23, 2009

*thank you friends*

video



*Bilakah masaku...rezekiku...peluangku...akan tiba???
*setia menanti*


Actually aku baru jer ber"sms" dgn Fazila..one of my best friend at uia dulu...lama x dgr cerita dia...since dia dpt baby bln jun lepas...pastu da x contact...busy kot dia...aku pun busy gak...dgn keja2 di rumah..dgn laptop aku ni..heeeeee

Zila nak sambung study...tgh tunggu offer letter from ukm...ohhh noooo....suddenly i feel jealous...so jealous..very jealous...haaaaa can u imagine how i'm feeling now??? nak nangis.....itu jer yg aku mampu buat utk redakan perasaan cemburu tahap melampau ni...

Aku pun create status kat facebook as above..yg ada symbol bunga2 tu...mcm tu la status aku...jelas menggambarkan jiwa yg sedang hampa, kecewa dan jeles...tp jeles ni dlm kategori jeles yg dimaafkan rite???...so maafkan aku dgn perasaan aku ini..aku tidak berdaya menghindar darinya...*wink2..tetibe teringat lagu broery marantika..{kan ku cari jalan yg pasti..utkku menghindar darinya...ku berjanji di dlm hati..takkan lg ku menjumpainya}...lagu ni xde kena mengena pun dgn emosi jealous aku...harap maklum...:))

Aku menunggu balasan motivasi daripada member2 fb...aku memerlukan sokongan moral pd ketika ini...finally i got a response..1st response was from azrin...


*Allah pasti bg apa yg tbaik utk hambaNya... mgkin kita mgharap sesuatu yg pd kita itulah yg tbaik tp Allah kurniakan yg lain kerana hanya DIA yg Maha Mengetahui itu yg tbaik bt hambaNya.. marilah kita belajar brsyukur dgn apa yg kita miliki.. manusia sering melihat apa yg ada ditgn org lain, namun terlepas pandang dgn apa yg ada ditangan sendiri *peringatan buat diri sendiri yg sering alpa n leka"*

Alamak!!!! what i'd done??? aku tersentak dgn words azrin..betul2 menikam jiwa yg sedang berserabut ni. Azrin telah menyelamatkan aku yg sedang lemas di lautan alpa ni. Izzan...knp x cuba utk menyelamatkan diri sendiri?? knp sentiasa mengharapkan org lain utk memberi kesedaran kpd kamu?? hatiku yg suci itu mencerca aku dlm diam....but i can hear it....dah hati sendiri..mmg la dgr..apa aar izzan ni....huh...alhamdulillah...thanx azrin krn telah menjadi org pertama yg meyedarkan diri yg sedang alpa ni...

Then aku dpt respon drpd ateh...my best friend jg...ateh kata...

*sabar ijan..ada hikmah disebalik semua ni...sabar ek...nk blaja???boleh je...*

Thanx a lot ateh...kamu mmg x pernah jemu memberi nasihat dan dorongan...itulah yg dinamakan teman sejati....percentage semangat aku makin bertambah...huh...itu yg aku maksudkan dlm entry aku yg bertajuk *Aku...Dia...Kamu*....sahabat2 adalah antara insan yg penting dlm hidup aku. Mereka mmg layak utk mendapat penghargaan...

Aku terus mendapat sokongan moral...kali ni daripada darah daging aku sendiri...sepupu aku...yg bernama Nurul Nalia Nawi...yg lebih glamor dgn panggilan along cumaiii...very cute name..hehe...along kata...


*lihatlah pd aku smula.. aku dulu suri juga sampai lahir anak ke-3... tp Allah tetap nk bg peluang pd kita tambahkan rezeki mgkn utk anak2 alhamdulillah aku terima juga w/pun banyak halangan. maklumlah dah cecah angka 30an baru nak memulakan langkah... sbg suri rumah banyak peluang yg ko ada... aku rasa ko boleh lbh dari apa yg kawan2 ko miliki hari ini sekalipun mereka tlh 5 thn jauh mendahului ko... yakin pd janji tuhan...:*)))*



Fuhhhh aku rasa lega sgt....mmg terasa sgt perubahan emosi aku ni. Isshhhh ni yg nak blame diri sendiri ni....kenapa la aku boleh biarkan emosi menguasai diri??? izzan..where is ur spirit...ur strength...ur possitive thought...where??? ntah...maybe belum bangun tido lg diorg tu...biarkan aku bangun sendirian...mana boleh..coz izzan amat memerlukan korang wahai spirit...strength n possitive thought. Luckily i have friends to wake them up...to motivate me...i'm not alone....:))))

And for those who not give any comments...i know they're also pray the best for me...juz a bit lazy to do fingers exercise or maybe they're busy doing job or maybe they're not online...never mind...i try to understand...thank you very much...:)) u're also my good friends...

Alhamdulillah...syukur...praise be to Allah the Almighthy...for all these feeling...n i'm feeling better now...alhamdulillah...to all my friends... i'll pray the best for u n i really hope that our relationship will never end...endless love...byeee

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Friday, November 20, 2009

*Aku...Dia...Kamu*

Aku sebagai hamba Rabb al-'alamin...


"Selama 29 tahun aku dipinjamkan nafas dan roh..untuk aku menikmati keindahan dan kemewahan yg ada di alam fana ni. Aku sedar...hubungan aku dgn DIA tidaklah serapat isi dan kulit..jadi aku harus sedar ruang. Aku sering meminta daripada DIA...minta dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dijauhkan dari bala bencana, dikurniakan kesihatan yg baik....dan DIA sentiasa mendengar malah memakbulkan permintaan aku. Maka seharusnya aku bersikap adil dengan diriku sendiri. Jangan ketika susah barulah bersesak2 mencari DIA...bila senang dan tiada masalah DIA ditinggalkan jauh....walaupun DIA tidak pernah meninggalkan hamba2Nya. Aku harus berubah!!! Aku harus istiqamah!!! Aku harus beringat!!! Kerana usia semakin bertambah...adakah amalan aku juga bertambah? Kerana dunia semakin tua...adakah aku sudah layak bertemu DIA? Fikir2kan IZZAN...menyesal di kemudian hari tiada siapa yg akan membantu..."


Aku sebagai permata ayah bonda...

" Mak abah adalah permulaan aku. Selama-lamanya aku adalah milik mereka walaupun aku kini bergelar isteri. Yesss aku perlu mengutamakan suami kemudian barulah mak abah aku. Namun tidak sekali-kali aku akan mengabaikan mereka apatah lagi melupakan mereka. Tanggungjawab aku sebagai anak masih banyak yg tergendala. Selama hayat aku..tidak pernah mereka membiarkan aku terkapai2 tanpa arah..meskipun aku sudah mempunyai pelindung. Aku tidak pernah menghadapi saat2 kehilangan insan tersayang....andai ditakdirkan mereka pergi meninggalkan aku untuk selama2nya...bagaimana harus aku menerimanya dgn tabah?? Doa lah yg akan sentiasa aku kirimkan setiap kali selepas fatihah dlm solat...ini yg diajar oleh abah kedah...jgn lupa baca doa ibu bapa setiap kali lepas fatihah dlm solat. Dan aku akan sentiasa melakukannya...kerana aku tahu doa adalah penghubung yg erat antara anak dan ibu bapa. Mak abah...maafkan segala kesilapan anakmu ini..jua restuilah perjalanan hidupku..aku amat mengharapkan restu kalian.."


Aku sebagai sayap kiri suami...

" 9 Disember 2005...tarikh keramat yg telah menukarkan status aku kepada yg lebih besar erti dan tanggungjawabnya. ISTERI...aku sudah bergelar isteri dan sudah hampir 4 tahun aku menyandang gelaran itu. Bagaimana pula peranan aku sebagai sayap kiri suamiku?? Bagi isteri..syurga itu terletak di bawah tapak kaki suami...andai murka suami terhadap isteri...neraka yg menanti. Dalam tempoh 4 tahun..banyak yg aku perlu ubah dan perbaiki. Tutur kata...adakalanya kata2 aku telah melukakan hati suami. Tingkah laku...ada ketikanya aku berkasar dgn suami. Mmg tiada manusia yg sempurna dan tidak ada seorang pun yg akan lepas dari melakukan kesilapan. Namun...aku tidak berpegang pd kata2 itu. Bagi aku...perubahan itu perlu. Aku ingin berubah..aku ingin menjadi sayap yg sentiasa ada dan berguna untuk di bawa ke mana2...sayap yg sedia ada untuk membantu sayap kanan. Untuk suamiku...maafkan aku atas segala keterlanjuran kata dan tingkah laku yg kurang menyenangkan kamu. Aku ingin berubah...bantulah aku..bimbinglah aku. Aku sangat sayangkan kamu."

Aku sebagai ratu hati kepada puteri2ku...

" Anak adalah anugerah Allah yg tidak ternilai. Setiap insan yg mempunyai anak pastinya memiliki satu perasaan yg tidak dapat digambarkan dgn kata2. Anak ibarat nyawa dan nadi...yg perlu dipelihara dan dibelai dgn baik. Begitulah jua aku dan puteri2ku. Kami mmg tidak boleh dipisahkan...kerana naluri yg erat antara kami. Namun aku sedar dan akur..suatu hari nanti mereka bukan lg milikku sepenuhnya. Oleh itu aku ingin manfaatkan sebaik2nya masa yg ada ini dgn mencurahkan sepenuh kasih sayang dan tunjuk ajar aku terhadap puteri2ku. Aku ingin mendidik mereka sepertimana mak abah mendidik aku dahulu. Doa juga sentiasa mengiringi hidup mereka..kerana doa ibarat pedang yg akan melindungi  manusia sepanjang hayat. Untuk Aufa Irdina dan Aufa Qistina...kamu adalah mutiara hati mama...kamu jg lambang kasih sayang mama dan baba...kami berjanji akan menjaga dan mendidik kamu dgn seluruh qudrat yg dipinjamkan kpd kami...kamulah permata kami."

Aku sebagai insan yang kamu kenali...

" Aku ingin tahu apa pandangan kamu terhadap diriku. Aku juga ingin tahu sejauh mana kamu mengenali aku. Aku ingin kamu tahu yg aku amat menghargai kamu...baik yg sudah lama mengenali mahupun yg baru mengenali. Aku akan sentiasa ada bersama kamu di saat susah dan senang kamu...kongsilah apa saja dgnku. Cuma..andai ada yg pernah terluka dgnku...sila berterus terang..dan aku mohon ampun dan maaf atas kesilapan yg mungkin aku tidak sedar. Sahabat adalah antara insan2 penting dalam hidupku. Aku tidak pernah melupakan kamu yg telah menjadi sahabatku...terima kasih atas doa dan kebaikan kamu. Moga kehidupan kamu sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah...amiin...luv u alls." 

 
 

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Thursday, November 19, 2009

Wednesday, November 18, 2009

*sayup pandangan*



Hmmm dah 2 tahun lebih aku tinggalkan kareer aku sebagai guru. Malas dah nak cerita sebab musababnya...apa yg boleh aku katakan lagi...nasi yg kutanak akhirnya menjadi bubur..akibat tak pandai sukat air...:))) 

But now onwards...aku gembira dgn life yg begini. Jadi house manager..bukankah itu cita2mu izzan??? Hehehehe..itu mmg cita2ku...sejak di alam menengah lg...tp ada juga suara2 nakal yg telah dan akan berkata.."belajar tinggi2 sampai ke universiti..akhirnya ke ceruk dapur duduknya". Kadang2 aku terasa hati dgn org yg berkata sedemikian...kenapa mereka taknak letakkan diri mereka di tempat aku? dan kenapa mereka tidak boleh berfikiran seperti aku...frankly speaking..aku mmg sgt positive orangnya. And rajuk aku hanya sementara dan tiada dendam. Mereka berhak berkata dan menyuarakan pendapat...hanya aku yg akan menentukan jalan hidupku sendiri. 

Believe in Allah's wisdom....that's the key words. Let it be and let it go. Mula2 mmg kecewa sgt2...lama kelamaan perasaan itu bertukar menjadi redha dan akhirnya gembira dgn jalan yg dipilih. Itulah hikmah yg sebenarnya...yg menunjukkan Allah Taala sentiasa menunjukkan jalan penyelesaian kpd setiap masalah dlm hidup manusia.

"So..macamane dgn ilmu yg dah dipelajari?? Rugi la...menghabiskan duit mak abah jer...kalau dah tau nak jadi suri rumah..buat apa buang duit belajar tinggi2"...beginilah antara bentuk sindiran yg aku pernah terima...sungguh perit dan pahit kata2 itu..xde gula walaupun sedikit...Aku adalah graduan jurusan Bahasa Arab...anda fikirkanlah...apa kelebihan yg aku miliki dgn ilmu yg aku miliki ni...fikirkan...apa manfaatnya...huh...sekurang2nya ilmu aku akan membantu setiap kali aku solat, mengaji al-Quran...sekurang2nya aku telah mempelbagaikan kemahiran bahasa aku...dan yg penting aku dapat mendidik sendiri anak2 aku di peringkat penting perkembangan mereka..iaitu usia 1-3 tahun. Pada peringkat ini kanak2 melalui proses perkembangan otak yg sungguh pesat. Alhamdulillah...aku dpt melihat sendiri perkembangan anak2 aku dan mengajar mereka berbagai perkara. 

Kalau aku sendiri tidak bersikap positive...dan tidak mendapat sokongan dari yg tercinta...apa agaknya yg terjadi kan...aku bersyukur sgt2 dikurniakan suami yg sgt memahami dan byk membantu memulihkan semangatku...kini aku ingin bangkit dari kekecewaan lalu...aku ingin buktikan pd mereka bahawa aku bukan calang2 housewife...but i'm a house manager...hehehe...xpe la yer..motivate diri sendiri...kalau ada rezeki dan offer yg bersesuaian...InsyaAllah aku akan kerja...cuma buat masa sekarang aku ingin tumpukan sepenuh perhatian kapada puteri2 kesayangan aku tu...Aufa Irdina dan Aufa Qistina.








Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Monday, November 16, 2009

**NO TURNING BACK!!!**

Pagi2 lg aku sudah memberatkan fikiran dgn satu persoalan...*adakah aku sedang mengalami proses anjakan usia dan kematangan fikiran??..jika ya...aku harus bersedia utk berubah...demi kebaikan*

Itulah yg terlintas di fikiran waktu aku tgh masak td...aku rasa seolah2 aku sudah tiba di satu peringkat usia yg dikenali dgn nama "dewasa". Adakah aku sudah dewasa skrg? Adakah aku perlu berubah seiring dgn enjakan  usia aku? Adakah aku perlu berpuas hati dgn apa yg aku miliki dan apa yg aku jalani skrg? Hmmmm...think..think..think..

Mmg aku dpt rasakan perubahan itu...dan kdgkala aku agak keliru dgn perubahan diri sendiri. Aku mmg perlu berubah...perlu muhasabah diri...kerana manusia sifatnya alpa....akan hanyut dan akhirnya lemas andai diri sendiri tidak sedar. Allah Taala pun ada berfirman yg sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu sendiri yg mengubah nasib mereka. **Move forward Izzan..no turning back!!**


Apa yg aku harapkan perubahan yg aku inginkan mendapat sokongan dan motivasi daripada insan yg amat hampir dgn diri aku..dgn hati aku...siapa lagi kalau bukan suamiku tercinta...Aku mmg mengharapkan bimbingan dan nasihat daripada dia kerana kami akan hidup bersama..membesarkan anak2 bersama..membina kerjaya bersama..insyaAllah moga kekal hingga ke syurga..Amiin..

Aku harus berubah...aku perlu berubah...aku akan berubah.................demi kebaikan....:))


Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Saturday, November 14, 2009

**BiRtHdAy GaL**


Demi memenuhi impian little princess nie...baba belikan juga kek n topi birthday...but no more lilin...ingatkan dia lupa...tanya juga tu...

kami juz mkn 3 slices...selebihnya sedekah pd jiran...
 

                                  Yg sorang lg tu merajuk x dpt potong kek...






   
Hmmm....:)     

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

*FENOMENA AZAN*

video

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Friday, November 13, 2009

13112009


                            
Aufa Irdina bt Mohd Zaki genap usianya 3 tahun hari ni. Sungguh cpt masa berlalu...Aufa membesar di dalam jagaan dan belaian aku. Aku sentiasa mendoakan agar Aufa Irdina bakal menjadi seorang yg amat membanggakan kami...menjadi anak yg solehah, cerdik dan beradab.


Kebiasaannya...orang yg lahir pd bulan November adalah seorang yg amat aktif dan bercita2 tinggi. Seorang yg cemburu, penuh dgn simpati dan berimaginasi tinggi. That's Aufa Irdina....dari dlm rahim lg Aufa sgt aktif...hingga adakalanya aku merasakan seolah2 aku sedang mengandungkan baby boy. 





Malam td aku sajer2 tanya Aufa..."Esok birthday Aufa..." 
Dgn happy dia jwb..."yeay!!". "Aufa nak hadiah ape?"..." Aufa nak birthday..." itulah jawapan dia...
Aku faham apa yg dia nak...hmmm dia nak tiup lilin, nak pakai topi birthday, nak balloon...ala yg mcm org sekarang celebrate birthday tu...sumer tu dia tgk di tv...kuat betul pengaruh tv ni. Aku pernah tanya member2 tentang tiup lilin ni...diorg kata itu amalan org Yahudi...so aku takkan tunaikan permintaan dia nak tiup lilin. InsyaAllah dia akan faham...dulu dia pernah minta kat aku nak sayang dog (pengaruh tv)...aku explain kat dia n alhamdulillah dia faham...n sekarang kalau dia tgk dog dia akan kata..."x blh syg dog...nak syg cat"...coz aku gantikan dog dgn cat..hehe. Kena observe n alert semua aktiviti anak2..

Aku plan nak hadiahkan Aufa apa2 yg berkaitan dgn princess...panggilan dia utk barbie doll. Coz itu minat dia skrg...penyayang lah kata kan...;p. Sampaikan si adik pun terikut2 dgn minat dia. Actually dia suruh baba dia beli kucing...tp aku ni takut kucing...heh. Tp takpe..diorg dah ade 2 ekor anak patung kucing...putih n kelabu.

Hmmm bercerita ttg anak2 ni mmg xkan habis...ada jer yg membuatkan kita sentiasa ingat pd mereka. That's why anak ni umpama anugerah...amanah Allah yg asalnya putih, suci n bersih. Kita yg perlu mencorak mereka...fitrahnya kita mendambakan anak2 yg soleh dan baik...jika kita mengharapkan yg terbaik..kita harus menjadi yg terbaik. 

"Baby...jgn nangis...nanti kakak balik...baby tidur yer...nanti kakak balik". Itu adalah ayat rasmi Aufa bila nak pergi jalan2...bila kereta dah gerak dia akan cakap mcm tu..."baby" tu adalah anak2 patung dia...lawak betul la Aufa ni...tak habis2 berlakon!!

























Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Thursday, November 12, 2009

*luka yg tinggal*

"Wanita mudah memaafkan namun sukar melupakan"

Aku sudah memaafkan dia atas segala kesilapan yg sebenarnya dia sedari. Jika aku tidak memaafkan sudah tentu aku tidak akan menerimanya lagi..apatah lagi ingin berteman dgnnya. Aku mmg mudah memberi kemaafan kpd sesiapa saja..namun untuk melupakan sebuah kelukaan amat sukar dilakukan. Luka yg telah meninggalkan parut...parut yg amat besar.

Sebenarnya aku cuba melupakan kelukaan dan kepedihan itu...namun apakan daya. Memang aku telah bertemu bahagia...entah mengapa parut yg tinggal begitu mengusik jiwa. Hingga adakalanya aku ingin lari jauh dari parut yg ada...dan itu yg aku belum mampu lakukan...dan aku takkan boleh lakukan kerana dia sentiasa ada denganku...sentiasa bersama aku...mengiringi perjalanan hidupku.

Aku hanya mampu berdoa agar dia sentiasa diberi kesejahteraan hidup...dimurahkan rezeki dan bahagia bersama keluarganya. Dia sudah maklum yg aku telah memaafkan dia...sentiasa mendoakan dia...dan dia mungkin akur yg aku sukar melupakan luka yg dia tinggalkan...

Aku pasrah...aku redha...aku tabah...aku kuat...demi dia...maafkan aku...aku sudah lama memaafkan dia...cuma kesannya masih ada...

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Wednesday, November 11, 2009

*FITNAH AKHIR ZAMAN*

Ptg smlm ade member fb named "ladiey gege" tagged aku dlm note dia. Tajuk note tu "Pertubuhan Melayu Murtad telah diluluskan!!!". Dlm note tu ada citer ttg Azlina Jelani (lina joy) yg telah murtad dan memohon utk menggugurkan status islam di mykad. Bila aku google...aku tgk byk pulak note yg serupa dgn note member tu...hmm...maybe e-mail berantai. Actually before this i'd read some articles about apostacy in malaysia. Yg membuatkan aku tertanya2...bila dikatakan pertubuhan melayu murtad telah diluluskan oleh kerajaan Malaysia. Hmm...bab agama mmg isu sensatif...tp setiap muslim wajib mempertahankan kesucian agama Islam...lebih2 lg isu murtad ni...


Sedia maklum bahawa agama rasmi di Malaysia adalah Islam...tapi kenapa agaknya ajaran dan hukum hakam Islam tidak dpt diimplementasikan dgn baik. Bercakap ttg murtad...mengikut hukum dlm Islam..hukumannya adalah bunuh. Sebelum itu kita wajib menyuruh org yg murtad itu supaya bertaubat dan kembali kepada Islam. Kalau dia ingkar barulah dikenakan hukuman bunuh. Ini membuktikan bahawa Islam tidak sama dgn agama lain. Islam juga amat terpelihara kesuciannya. Aku tak mampu nak mengulas panjang ttg isu murtad ni...belum layak lg (ilmu masih kurang). Aku cuma kesal dan sedih dgn apa yg berlaku.

Aku sedar ini merupakan salah satu tanda akhir zaman yg semakin hampir. Justeru itu..marilah sama2 kita teguhkan benteng keimanan kita agar tidak terpedaya dgn fitnah dajjal laknatullah 'alaih.Fitnah dajjal ni mmg dahsyat. Sesiapa yg kurang amalannya mmg akan mudah terpedaya dgn tipu helah dajjal...dajjal akan mengaku dirinya sebagai tuhan dan Nabi dan menyeru manusia supaya menyembahnya. Na'uzubillahi min zalik...


Back to the main topic...apostacy. Rupa2nya dah byk kes murtad yg berlaku di negara kita ni. Dan yg lebih menyedihkan org yg murtad tu majotiti wanita...n ada juga anak orang yg alim. Adakah wanita sekarang terlalu lemah imannya...or x tahan godaan akhir zaman...takkan lah jejaka melayu dah x macho n hensem hingga sanggup bercinta dgn org yg bukan Islam n finally murtad...Ni aku nak share satu kisah murtad daripada email yg diterima oleh seorang blogger :
Pernah dengar cerita Aisyah Bukhari yang murtad tak lama dulu? Suratkhabar banyak menutup kes ini kononnya untuk menjaga perkauman, tak nak terjadi kacau bilau. Kes Aisyah yang murtad dan banyak kes murtad lain ditutup sedemikian rupa atas alasan bercinta, ikut boyfriend.
Cerita yang akan saya bawa ini agak panjang tetapi sekiranya kamu seorang Islam yang peka dan sayangkan agama kita Islam, buatlah sesuatu, paling kurang fowardkan email ni kepada saudara kita yang tak tahu menahu. Ataupun selemah-lemahnya, berdoa agar kita semua serta saudara-saudara kita terselamat daripada fitnah akhir zaman yang paling besar ini.
Ini bukan cerita rekaan saya tetapi hanya petikan dari ceramah yang saya dengar dari mulut peguambela kes ini Zulkifli Nordin di Madrasah Hidayah. Murtad dikalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita. Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan Tahun 1989 aje, 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas lasan keluar dari Islam.
Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya. Perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja. Tahun 1998 saja, 516 orang sudah murtad. Aisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu.
Setakat kes Aisyah, dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli Nordin. Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan system perundangan dan kehakiman kita sendiri.
Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut
1. Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad
2. Bagaimana orang kafir laknatullah boleh menggunakan sistem hakiman kita untuk merampas anak orang Islam untuk dimurtadkan?
Apa yang berlaku kepada Haji Bukhari setelah 25 tahun didik anak dengan pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang terawih di masjid tahun 1997 anak dia sedang dimurtadkan dirumah.
Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad. Dihantar ke sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat university Al Azhar kalau dia hendak . Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam Haji Tahir. Dia juga hafal surah Yasin. Dalam ertikata, tahu ayat apa, surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua dia tahu. Itu hebatnya Aisyah. Surah Sajadah pun dia hafal . Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible. Dari segi keterampilan, dia budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga. Takde apa yang pelik pada dia, duduk di lembah keramat AU5C.
Kakak dia pun macam itu juga keterampilannya. Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu. Hari terakhir dia telefon 19 Nov 997, “Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah Kristian.”
Bayangkan hati seorang bapa. Kita sendiri heran macamana dia boleh murtad. Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan begitu rupa boleh murtad. Apa yang Haji Bukhari boleh buat? Airmata sahaja modal dia. Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis apa yang dia boleh buat? Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk permohonan kafir laknatullah itu minta Aisyah dibebaskan untuk dimurtadkan .
Butir asal permohonan……
Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam Cina Kristian. (Baca Herbes Corpes bawah bab 36 Kanun Acara Jenayah). Tujuan untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara salah. Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan. Iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung soal kahwin timbul. Permohonan tu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28 November 1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah.
Sebab yang dia beri, “Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh Nur Aisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam.”
Perenggan 23: “Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa, abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik”.
Kita tak boleh buat apa-apa sebab Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18tahun) berhak mutlak menukar agamanya. Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957. Perlembagaan itulah juga yang menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syara’ dengan undang-undang sivil, undang-undang syara’ akan terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi…. semua tak termasuk.
Artikel 4 pula menyatakan: “Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah.” Ini termasuklah hukum syara’!
Contoh kes Hartina Haji Kamarudin.
Pada masa ceramah ini dibuat, Haji Kamarudin ada dalam lokap, didakwa mencederakan seorang Hindu kafir laknatullah kerana memurtadkan anaknya. Anak yang dibela selama 18 tahun dengan begitu susah payah datang ke rumah dalam keadaan Hindu.
Haji Kamarudian seorang penjual sate di Perak. Beliau lepaskan anaknya selepas 18 tahun ke KL untuk cari kerja. Tak terlintas langsung di kepalanya anaknya akan murtad. Tak sampai 9 bulan, Hartina balik ke restoran bapanya dalam keadaan Hindu dengan nandek kat dahi . Bukan itu saja. Anak yang dimanjakan begitu rupa balik mencabar bapanya, bawa boyfriend dan kawan-kawan boyfriendnya sambil berpeluk-peluk dalam keadaan dia pun dah Hindu dengan nandek. Haji Kamarudin takek si kafir tu kat tengkuk. Menggelupur dia depan kedai tu.
Haji Kamarudin juga dipelupur oleh kawan-kawan si Hindu tu sampai nak pengsan. Adik lelaki Kartina umur 16 tahun turut kena belasah kerana nak menyelamatkan akidah kakaknya depan kedai tempat bapanya meniaga.
Apa Hartina buat masa tu? Hartina papah kekasihnya dan biarkan bapanya menggelupur sendirian. Tak cukup dengan itu, dia pergi ke balai polis buat report bapak dia pukul boyfriend dia. 14 hari Haji Kamarudin dengan adik lelaki Hartina merengkok dalam lokap sebab report anak Kesayangannya yang mempertahankan kekasih Hindunya. Tak cukup dengan itu disaman pula bapanya 3 juta. Remuk hati seorang bapa yang diheret ke penjara kerana anak sendiri. Tak cukup lagi, dia telah menghina bapanya dengan menukar nama Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari. Nama Hindu.
Semasa masih terlantar kat hospital (akibat dipukul binatang Hindu laknatullah), Haji Kamarudin ditangkap polis semula sebab Hindu laknatullah ditembak oleh seorang yang tak dikenali. Jadi, Haji Kamarudin, anaknya dan anak saudaranya kena kurung masuk lokap kerana menjadi suspek utama kes tembakan tersebut. Anak yang ditatang begitu rupa akhirnya menyebabkan dia merana dalam keadaan hina di dalam negara yang negara Islam!! Haji Kamarudin juga dikenakan berbagai tuduhan. Setakat itu saja, 4 tuduhan.
Yusof Qardawi dalam kitabnya menyatakan hendaklah mempertahan akidah hatta dengan nyawa sekalipun. Itu yang Haji Kamarudin buat dalam mempertahankan hukum Allah, dilokap sedemikian rupa.

Terkedu bila baca kisah murtad ni. Kerana cinta...sanggup buang agama dan keluarga. Bayangkan bagaimana luluhnya hati seorang bapa bila mendengar sendiri pengakuan anak yg sudah murtad. Sebaknya aku...n tiba2 perasaan bimbang dan takut menguasai diri. Aku punya 2 org puteri...bagaimana pula zaman mereka nanti...semoga Allah melindungi mereka..amiin.

Nak tau kisah Azlina Jelani (lina joy)..ni aku copy daripada Anis.com...
Semua Umat Islam di Malaysia diseru bersolat hajat, bermunajat dan berdoa agar ibu Azlina Jelani (Lina Joy) iaitu Mak Som dapat bersama semula dengan Azlina dalam keadaan Azlina sedar dari pukauan orang yang memurtadkannya dan kembali memeluk agama Islam. Begitu juga kita doakan untuk keluarga Aisyah Bokhari, keluarga Hartina Kamaruddin dan ramai lagi yang anak mereka telah dimurtadkan dengan cara sebegini. Juga kita doakan agar anak-anak kita semua, terutama anak gadis kita tidak terpedaya dengan golongan yang ingin memurtadkan generasi muda anak Melayu , anak Islam kita di Malaysia ini

Saya sering tertanya-tanya, "tak kan lah ibu-bapa si Azlina ni langsung tak ambil peduli kisah anak perempuan mereka yang dah murtad dan sedang membuka pintu murtad secara bebas kepada umat Islam lain?" Tengahari tadi gejolak dalam jiwa saya itu terjawab apabila saya berkesempatan menziarahi keluarganya di USJ.

Bapanya yang berasala dari Kancong Darat sudah lama meninggal dunia. Yang menyambut rombongan kami seramai 10 orang terdiri dari pegawai2 dari MAIS, Dr. Zaleha Kamaruddin dari UIA, Hj Walid (my batch/my ofis mate) adalah ibunya, kakak, bapa saudara, ibu saudara, adik lelaki dan jirannya yang juga baru mendapat tahu bahawa Azlina yang sensasi tu adalah anak jirannya. Ibunya, Mak Som kelihatan sugul sepanjang perbualan. Dapat saya rasai beban perasaan yang ditanggungnya selama 10 tahun ini terutama sekali apabila beliau mengenangkan pesanan arwah suaminya supaya memberikan perhatian kepada perlakuan Azlina ketika beliau di penghujung usia. Dari pemerhatian saya, keluarga Azlina ni adalah keluarga yang beragama, Mak som bertudung sempurna, kakaknya letak tudung atas kepala, tapi rambut covered (I take it positifly coz dalam rumah).

Nampak sejadah tergantung di dua tempat berasingan, ayat2 al quran dan gambar besar kaabah terbentang di ruang tamu, (semua nicircumstancial evidence for my conclusion) Kata Mak Som, mereka mendidik Lin ( Azlina) sebagaimana orang lain, pendidikan agama setakat yang diberikan di sekolah ( Sri Aman- PJ) balik sekolah dia dihantar untuk mengaji al Quran di Sg Way, rumah ustaz. Beliau juga menunaikan solat dengan sempurna.

Namun kejadian kemalangan jalanraya lebih 10 tahun lalu di kampong mereka di Banting telah membawa kecelakaan kepada keluarga tersebut. Seorang lelaki India bernama Johnson yang terlibat dalam kemalangan tersebut telah secara tiba-tiba muncul dalam kehidupan Azlina.

Beliau terlalu baik dan bersikap lemah lembut dan sopan santun terhadap keluarga ini selepas kemalangan tersebut sehingga apabilakereta Azlina terlantar di workshop beberapa minggu si Johnsoninilah yang menjemput dan menghantarnya. Rupanya kebaikan si Johnson ni ada makna! Mak Som telah beberapa kali mengingatkan Johnson, kalau betul-betul minat, masuk Islam lah, tapi kata Johnson beliau belum bersedia.

Diam-tak diam si Azlina tu yang di baptize kan. Rupa-rupanya bapanya orang kuat church! Paderi ke apa saya tak tau.Apabila diconfranted beberapa kali, Azlina keluar dari rumah dan pindah rumah, tapi masih berkunjung ke rumah keluarganya. She's willing to talk to the family but not on that sensitive issue. Dia akan merajuk, 2-3 minggu tak muncul atau call. Mak Som pernah gunakan khidmat Datuk Ishak Baharom untuk dialog dengannya, tapi tak jalan. Hujahnya simple, "saya tak kacau orang".

Kata kakaknya, Azlina ni very vocal, firm, English speaking dan agak dominant dalam keluarganya. She's now 42, according to the family dia belum kahwin dengan Johnson tu dan sedang tunggu outcome of this case.

Tapi ada riwayat yang sampai kepada saya kata dah kahwin di church tapi x leh daftar sebab ada perkataan Islam on her mykad. Ibunya yang nampak sangat lemah dan kecewa itu sangat-sangat berharap untuk mengembalikan anaknya itu kepangkuan keluarganya dalam keadaan Islam dan beriman.

Dia agak kecewa kerana ada beberapa individu dan pertubuhan yang menziarahinya dan cuba berusaha untuk membantunya tapi tak berjaya even untukberkomunikasi pun dengan si Lin tu.

ALKIS bercadang untuk membawa Mak Som berserta keluarganya ke Majlis Forum ALKIS pada 5 Ogos nanti di Pusat Islam untuk membri peluang kepada keluarga ini menyatakan harapan mereka supaya Lin dikembali kepangkuan keluarganya dan agamanya. Semuga episode Azlina Jelani ini akan memberikan kesan positif kepada umat Islam, kita doakan beliau diberi hidayah untuk kembali ke jalan Allah.
 Moga Allah memelihara kita semua...aku ingat lg semasa aku belajar di Matrikulasi UIA, PJ...tahun 1999...aku selalu jalan2 di Central Market. Ada la satu hari ni aku nak buat call di sebuah public phone. Tau tak apa yg aku jumpa...hmmm....sebuah nota yg padat berisi kata2 bible...time tu mmg kecoh pasal org kristian nak memurtadkan org Islam. Bagi aku...kalau sesiapa yg tak familiar dgn ayat n makna2 surah al-Quran...or senang kata jarang baca al-Quran..mmg akan terkeliru. Aku ambil nota bible tu..tp dah lupa kat mana aku simpan. Kalau kita tgk di hotel2 pun akan sediakan kitab bible selain tafsir al-Quran. Gerakan Kristian ni mmg aktif...semua kena alert dan berhati2.

Ada satu lagi kisah berdasarkan pengalaman aku. Masa tu aku dah 3rd year di UIA. Aku ada ikuti program bakti siswa di perkampungan orang asli Cameron Highlands. Kiranya misi dakwah jugak la...Kami ditugaskan utk mengambil hati penduduk kg org asli sambil menyampaikan misi dakwah. Kebetulan kumpulan aku kena entertain org asli yg kristian. So kami pun tanya la..kenapa taknak memilih agama Islam. Mereka kata...org Islam ni hanya pd nama sj...tp x sembahyang pun (mereka refer pd kaum org asli). Tok batin mereka Islam tp  tak pergi surau sedangkan rumah tok batin sebelah surau. Aduhh terkedu kami dgr luahan mereka. Lagipun penggiat kristian mmg setiap hari Ahad akan dtg ke kg mereka...umpan mereka dgn hadiah dan hiburan. Tiada siapa yg x sukakan hadiah dan hiburan kan...

Iman tidak dapat diwarisi...yg diwarisi adalah agama. Walaupun ibu bapa dari golongan alim ulama...andai hati dan aqidah sudah dipengaruhi...diri sendiri yg harus sedar. Org lain hanya mampu berdoa agar terus diberi hidayah. Yg paling penting..bijak memilih kawan dan bijak menyesuaikan diri. Tidak salah berkawan dgn org yg bukan Islam..cuma kena tahu had dan batasan. Islam adalah agama yg suci..jangan dicemari kesuciannya..maka ketika itulah bala Allah akan turun.  


"ISLAM IS THE WAY OF LIFE"



 
 

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Monday, November 9, 2009

*Adam & Hawa*

Insan atau manusia dicipta berpasangan...adam dan hawa...untuk saling melengkapi. Antara lelaki dan wanita ada banyak perbezaan. Namun perbezaan itulah yg akan melengkapi kehidupan masing2. 

Lelaki dikurniakan 9 akal...sedangkan wanita hanya memiliki 1 akal. Lelaki dikurniakan 1 nafsu...sedangkan wanita memiliki 9 nafsu. Gabungan akal dan nafsu antara lelaki dan wanita akan menjadikan kehidupan manusia seolah2 sempurna...kerana akal lelaki mampu mengawal nafsu wanita dan akal wanita mampu meredakan nafsu lelaki. 

Asal kejadian wanita adalah daripada rusuk kiri lelaki...kerana Hawa telah dicipta daripada tulang rusuk kiri Nabi Adam 'alaihissalam dan ianya amat hampir dengan hati. Hawa dicipta oleh Allah Taala untuk menemani Nabi Adam a.s yang kesunyian... jua sebagai tempat untuk meluahkan rasa kasih dan sayang. Maka benarlah wanita memang dicipta untuk menjadi peneman kepada lelaki...kerana lelaki akan sunyi tanpa wanita di sisi...dan wanita akan merasa terancam tanpa lelaki sebagai pelindung. 

Rusuk kiri...sifatnya adalah bengkok dan rapuh. Begitulah juga sifat wanita...akan  selama2nya bengkok andai tiada siapa yang mampu meluruskannya. Andai dikasari hatinya yang rapuh...akan hancur berderai umpama kaca yang terhempas. Lelaki lah yang bertanggungjawab meluruskan rusuk yang bengkok itu...dan perlu berhati2 kerana ianya agak rapuh...perlu diperkuatkan dengan limpahan ilmu dan iman.

Manusia pertama yang dicipta oleh Allah Taala adalah dari golongan lelaki.  Yang pertama akan menjadi ketua, pembimbing dan pelindung. Wanita adalah golongan manusia yang kedua telah Allah ciptakan. Yang kedua pula akan menjadi pembantu, pengikut dan peneman kepada yang pertama. Jelas sekali menunjukkan lelaki dan wanita perlu seiring dan sejalan kerana fitrahnya begitu. 

Antara lelaki dan wanita tidak perlu dibanding2kan...kerana kedua2nya akan bergabung membentuk satu jalan dan acuan. Jika hilang salah seorang daripadanya akan pincanglah jalan yang ada...akan rosaklah acuan yang direka. Lelaki umpama perwira...wanita adalah sayap kirinya...sayap kanannya adalah gabungan ilmu dan iman. Jika tiada sayap kanan...akan patahlah sayap kiri kerana tidak mampu terbang sendirian. Jika tiada sayap kiri...akan lemahlah sayap kanan kerana tiada pembantu dan peneman.


Hebat sungguh ciptaan Ilahi. Kerana itulah tiada manusia yang sempurna...perlukan kpd pendukung dan peneman. Lelaki sebagai pendukung...wanita sebagai peneman. Tiada yang kurang dan tiada yang lebih...masing2 perlu melengkapi dan menutupi... :)

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Thursday, November 5, 2009

**SECRET & CONFIDENTIAL**

Assalamualaikum...:)
Now i'm in pandan indah, kuala lumpur...my 2nd hometown...hehehe...juz arrived from kuantan at 1 am...still tired but eager to write sumthing here...a lil' bit update...a lil' bit story...about what i'd read yesterday...:)

Actually..i received 1 e-mail from my friend...a secret n confidential e-mail...hehehe..dia ckp mcm tu...it's all about DAJJAL LAKNATULLAH 'ALAIH...hmmm a lots of things we never know n discover about dajjal n qiamat. 

Bercampur baur perasaan bila baca e-mail tu n rasa teramat takut coz rupa2nya pelbagai tanda2 semakin hampirnya qiamat yg kita sendiri alpa dan leka. Byk dalil ttg tanda2 kecil qiamat ni dah berlaku dlm negara kita sendiri. Antaranya **manusia bermegah2 dlm mendirikan masjid**. Hmmmm tgk sj di malaysia skrg...masjid umpama mahligai tp cuma gah pd rupa bentuk...yg dtg mengimarahkan masjid xlah seramai mane pun...kos pembinaan masjid perlu dikurangkan sebenarnya...Islam sendiri menggalakkan kita bersikap wasatiah atau bersederhana dalam segala segi...nowadays ramai yg mengejar nama dan populariti...sehingga sanggup mempertaruhkan masjid yg merupakan simbol kesucian Islam. Yg terkini...masjid besi di putrajaya...fikir2kan...


Lagi dalil yg sy nak kongsi di sini adalah **ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan**. Sy mmg setuju sgt hal ni...coz kdg2 sy juga rasa mcm tu...belajar sampai ke menara gading coz nak ada kerjaya yg mantap dan kalau blh nak memegang jawatan yg tinggi dlm organisasi. And semua org pun akan berimpian begitu kan...hmmm rupa2nya itu adalah salah satu tanda kecil qiamat. Takutnya......


**Alat2 muzik bermaharajalela dan penyanyi2 wanita semakin bersepah2**. Memang betul pun...tanpa muzik manusia akan sepi dan seolah2 x bertenaga. That's why macam2 jenis program hiburan yg dianjurkan...invite international artist..n yg lebih dahsyat semakin ramai pulak anak2 yg menyimpan cita2 nak jadi penyanyi. Sy mmg terlalu risau hal ni coz sy punya anak...dan anak sy dua2 perempuan. Ya Allah..lindungilah kami dan anak2 kami dari fitnah dajjal..amiin.


Ada byk lg tanda2 kecil yg semakin jelas dan kita tak sedar langsung. Sy pun belum habis baca lg article tu...ratusan mukasurat..x larat nak baca dlm masa sehari. Gempa bumi yg kerap berlaku skrg pun antara tanda2 hampirnya qiamat. Sambil menaip ni pun sy rasa mcm nk nangis...terasa ketakutannya...terasa amalan masih terlalu kurang...Allahu akbar...

Actually ada satu content yg amat menyentuh hati sy...iaitu khutbah Rasulullah SAW tentang dajjal laknatullah 'alaih. Sabda Rasulullah SAW :


"Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang
diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia
datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin"


Sy betul2 tersentuh bila baca khutbah Nabi ni...terasa sgt kasih syg Baginda pd umat. Selawat dan salam ke atas junjungan besar lagi mulia Nabi Muhammad SAW...kami semua mengharapkan syafaat daripadamu di akhirat nanti...Dan ada sebuah lagu nasyid yg menceritakan saat2 kematian Rasulullah SAW...pun amat menyentuh hati sy...lagu PEMERGIANMU by inteam...cubalah dgr lagu tu...sedihnya...

Sama2lah kita saling mengingatkan tentang betapa pentingnya kita mengumpul amalan2 untuk bekalan kita di padang mahsyar nanti. Masih terlalu kurang amalan2 yg akan menjadi bekalan sy...semoga Allah meniupkan cahaya hidayahNya ke dalam hati kita agar tidak terus leka dgn cabaran dan godaan alam fana ni...


Apa yg baik ambillah ikhtibar ok....sapa2 yg terasa nak baca e-mail tu juz inform me..insyaAllah member sy ni minta sy forwardkan e-mail rahsia ni pd org yg benar2 sealiran...so anybody yg rasa diri tu sealiran boleh la bgtau sy...:)


Assalamualaikum....:)








Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Tuesday, November 3, 2009

*All About Me*

Now the time is 3:30am...i still can't sleep. Sometimes its gonna be like this...:(
 
Apa nak tulis ni...hmmm actually aku bukanlah dlm golongan yg suka meluahkan. Aku lebih suka mendengar...aku start blogging ni pun coz aku teringin nak ada blog..hehe...best juga luah meluahkan ni...tp luahan aku still general...aku mmg akan fikir sedalam2nya every single word yg aku nak tulis n luahkan. That's y aku akan ambil masa yg lama utk 1 entry...ntah apa yg rahsia x tau la...:) 
 
Now 3:56am...aku baru tulis yg ni jer...hmmm...mcm tu la aku...actually aku da tulis ada la dlm 1 paragraph..tp aku delete...coz tetiba rasa x sesuai utk diceritakan kpd umum. Look!! mana la x ambil masa yg lama....i told u...aku hanya layak mendengar daripada meluahkan. Hubby pun ckp aku ni suka pendam...hmmm. Sifat suka memendam ni bahaya juga ek...insyaAllah yg penting kita kena pandai control diri...yg baiknya sifat aku suka memendam ni...ishh angkat bakul sendiri jap...aku sentiasa muhasabah diri...memang aku didik diri utk memuhasabah diri all the time...setiap apa yg berlaku n apa yg aku lakukan...perlu melalui proses muhasabah. Kita ni hidup dikelilingi dgn pelbagai godaan syaitan laknatullah...sekali kita goyah dan terpengaruh...memang sukar utk kita berundur...na'uzubillahi min zaalik...

Apa yg aku ceritakan dlm blog ni bukan utk menunjuk2 atau membangga diri atau memperlekehkan sesiapa...hanya utk ingatan kita bersama. Yg mana baik...yg boleh diteladani...silakan...amalkannya. Yg mana buruk...yg perlu dihindari...silakan...utk menegur dan memperbetulkan. Semuanya daripada Allah...cuma kita yg mencoraknya berlandaskan akal bukan nafsu.

Akhirnya...aku telah memberi sedikit ceramah motivasi...hehehehe...sapa yg kenal rapat dgn aku...dah sedia maklum kan...;) 

Actually nak tanya kpd sesiapa yg rajin tulis blog...anda tulis content dulu or tulis tajuk? Coz aku akan tulis content dulu...baru tulis tajuk entry....adakah aku berbeza atau sama dgn anda? Eager nak tau ni...

Okay la...da pukul 4:16am...nak tidur la yer..harap2 dgr la alarm subuh nanti...

Wassalam...:)

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Monday, November 2, 2009

* IBTILAA' *

Assalamualaikum...entry kali ni adalah mengenai my hubby....:)


Selalunya lps hubby gie keja..around 7:45am aku da tercongok dpn laptop...AUFA2 mmg bgn lewat...hari ni lepas mengiringi keberangkatan hubby ke tempat keja aku sambung tido...ngantuk sgt2...terjaga jam 10:15am...itupun aufa yg kejut mama...hehe. Buat susu aufa...buka tv channel 613...aku pun terus menerjah laptop...buka fb...terus terpandang status my hubby...dia jarang create status... 

" LIMA kali kita cermerlang,tp klu hanya SEKALI terlingkup..yg sekali tulah akan dibantai habis-habisan.org yg menanti aku buat silap,sila lah buat kenduri mengutuk"

Terus segar mata yg layu ni...ishh kenapa pulak hubby ni..sebelum ni mmg hubby ade citer ttg masalah keja dia. Maybe hari ni dia tension...hmmm. Aku pun mula meligatkan fikiran dgn pelbagai andaian. At first...aku mmg xnak ganggu hubby coz i know him very much. Dia perlukan masa utk bersendiri...muhasabah diri kot...aku juz comment status dia je la..

" abg..knp ni? syg br jer online.. "bala tentera x cukup..dah nak suruh pegi berperang, bila kalah kena maki hamun"
 
Aku rasa maybe pasal konvokesyen student ump...coz hubby mmg pegang bahagian persembahan. Kata hubby ada yg tak puas hati ttg lagu yg dipasang semasa konvo berlangsung. Memang la hubby yg pilih lagu n dah present dlm meeting...xde pulak yg membantah. Bila tiba hari kejadian..macam2 masalah. Tulah...hubby kata muzik ni subjective...susah nak puaskan hati semua pihak. Aku tunggu comment hubby...xde pun...so aku beranikan diri call hubby. Manalah tau he needs my support...huh...i called him and he said..."nanti balik rumah abg citer...abg nak tenangkan diri jap..nak buat keja"...hmmm kan aku da ckp...dia x nak diganggu oleh sesiapa..padan muka aku...x sabar lg!!
 
"Aku...bila dia ada masalah...aku akan bermasalah...aku...bila dia sedih...aku pun akan bersedih...begitulah aku bila dia begitu" 

Lalu aku pun create status spt yg tertera di atas. Memang semua isteri akan jd mcm tu bila suami ada masalah...including me. Tak cukup dgn itu..aku pun comment lg kat status hubby...

" hmmm whatever happened...plz don't give up, bear in ur mind that we have HE to refer to...and u have me also...:) i love u more than others..."
 
Sebagai isteri..itu jer yg mampu aku lakukan...keluarkan segala kata2 azimat agar dia x rasa sendiri. Aku kesian betul kat hubby...dia adalah Pegawai Kebudayaan di sebuah universiti...kena handle macam2 program student, staff n universiti. And my hubby hanya ade seorg staff (b4 this ade 2 staff...sorang da dipindahkan ke unit lain). Bayangkanlah how he handled all those programs with 1 staff?? Dialah pegawai..dialah technician..dialah kerani..dialah kuli. Setiap kali hubby citer ttg keja dia..perkara nilah yg aku akan bebelkan. Yelah kan...nak buat macam2 program...tp staff xde...mau pengsan mcm tu...ntah la..aku tgk hubby asyik stress dgn keja...hmmm kalau aku pun sure lg stress...

" ALLAH TAALA IS THE BEST REFERENCE "



Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...