AufaZanKi

My photo
Special Thought For The Super Special Persons In My Life

Friday, January 29, 2010

*~malu*~



Malu...

Setiap orang pasti mempunyai rasa malu...beza pada tebal dan nipis saja...kamu bagaimana? tebal atau nipis rasa malu yang ada dalam diri kamu? hehehe

Dari zaman kanak-kanak sehinggalah ke alam remaja, aku seorang yang pemalu. Sifat pemalu tu mungkin aku warisi daripada mak..coz mak memang seorang yang sangat pemalu...sampai sekarang pun mak masih lagi macam tu. Dulu...kalau ada tetamu datang rumah... aku cepat2 masuk bilik..sanggup berkurung dalam bilik disebabkan perasaan malu yg menebal. Ingat lagi...time tu sekolah rendah, aku terpaksa tolak tawaran cikgu untuk menyertai pertandingan bercerita...sebab aku malu!!!! Bila fikir2 semula...ruginya aku!!! Tapi time sekolah rendah aku sangat aktif bersukan...wakil sekolah dalam banyak acara..olahraga, bola jaring, bola baling, badminton.....macamana aku boleh takde rasa malu pulak yea???? hehehe agaknya disebabkan minat hilang rasa malu...;p

Bila masuk alam remaja...aku memang "control giler2" punyer...malulah konon..;p.....tapi memang aku teramat pemalu time sekolah menengah. Aduhai...kalau diingat2kan semula...kelakar pun ada. Time assembly  aku takkan beratur depan..malu nak berhadapan dengan ustaz2 n ustazah2. Macam tu jg bila dalam kelas...jangan harap aku nak volunteer jawab soalan ker..jadi presenter ker...seboleh2nya aku akan mengelak. Malunya aku nak angkat tangan then nak berdiri jawab soalan. Malunya aku nak berdiri sorang2 kat depan kelas..ohhh no!! Aku rasa time tu mmg aku nie lack of confident...disebabkan perasaan malu yg menebal. 

Alhamdulillah...aku banyak berubah bila aku berada di tingkatan lima. Aku taklah rasa malu sgt..beranilah juga nak jawab soalan, nak pergi jumpa guru...Then bila dah belajar di universiti..aku memang lebih rasa yakin, berani dan perasaan malu pun boleh kontrol. Buktinya...(siap sertakan bukti tu...;p) time belajar di matrikulasi uia..aku masuk pertandingan nasyid...jangan tak percaya...aku jadi vokalis!!! hehehehe..time tu mahallah khadijah (KC)  ada buat pertandingan kebudayaan antara bilik..ada macam2 jenis persembahan..lakonan, nasyid, tarian sufi, fesyen...bilik kami kena buat persembahan nasyid. So aku telah diberi kepercayaan utk lead persembahan tu...hahaha..kelakarnya time tu. Kami nyanyi lagu "damai yg hilang" by Nowseeheart, n lagu "Puteriku sayang" by Hijjaz. Disebabkan suara aku yg merdu bak buluh betung.......;p.....persembahan kami dapat tempat ke-2. Wahhh rasa macam tak percaya jer...tapi itulah hakikat berkat perubahan positif aku....(ye ker..)

 Bila aku melangkah masuk ke main campus...keyakinan diri semakin terbina. Walaupun adakalanya perasaan malu  datang membelenggu..aku cuba sedaya upaya untuk menghindar perasaan itu agar taklah ketara sangat. Maksud aku di sini bukanlah aku nak buang semua rasa malu yang ada...aku juz nak kontrol rasa itu agar tak menggangu perjalanan hidup aku sebagai mahasiswi. Lagipun..aku diberi amanah untuk menjadi Naqibah (leader) untuk program Halaqah di UIA..dan program tu pulak termasuk dalam subjek berkredit untuk student2 baru...so aku kena ubah sikap...baru boleh jadi model...(model????)...hehehe. Banyak juga program yang aku join...berbaloi la juga...n banyak benefits yang aku dapat.

Sekarang nie..bila difikir2kan..aku rasa ada satu karakter yang membuatkan aku dapat mengatasi rasa malu tu...aku punya semangat juang yg tinggi.....cehhhh angkat bakul sendiri la pulak...tapi itu yg aku rasa. Sampai sekarang pun perasaan malu tu kadang2 datang juga...terutamanya kalau mr zorro out station lama...bila dia balik tetiba jer aku jadi malu pulak dengan dia....ahaks....malu untuk bertentang mata....;p

Malu perlu ada dalam diri kerana nilainya positif jika kita tahu di mana perlu diletakkan rasa malu. Lelaki mahupun wanita perlu rasa malu...kalau tiada rasa malu....jadilah seperti makhluk2 yang tiada akal.








Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Tuesday, January 26, 2010

~*ombak laut china selatan*~

video
Langit Petang by Broery Marantika


Aku masih sukar melenakan diri

Sudah jam 1:43 pagi

Ingatanku terbang ke Melaka

Mak abah di kampung

Harap2 lena tidur mereka

Jua mak abah di Kedah

Yang hanya tinggal berdua

Hanya doa yang mampu dikirimkan

Sebagai pengganti diri

Sebagai pengubat rindu

Moga mereka beroleh rahmat

Moga mereka beroleh sihat

Moga mereka beroleh berkat

********************************************************

Sebenarnya

Aku baru lepas menonton telefilem

"Ombak Laut China Selatan"

Lakonan mantap Eman Manan, Zulhuzaimi, Fauziah Nawi, Jalil Hamid

Dengan suasana hening malam

Diiringi lagu Langit Petang

Membuatkan rindu semakin dalam

Pada mereka

*********************************************************

Mak Abah

Anakmu amat merinduimu

Anakmu amat menyayangimu

Anakmu amat memerlukanmu

Anakmu amat mengasihimu

**********************************************************

~*terkesan dengan telefilem ini...amat terkesan...

~*aku bukan tulis sajak...harap maklum...







Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Friday, January 22, 2010

*tarbiyyah*



Semalam kami tengok telefilem di astro prima..tajuknya "denai berbisik". Cerita tu mmg sedih...kisah 2 beradik yg kehilangan mak disebabkan oleh kebakaran rumah. So si abang ni yg bertanggungjawab menjaga dan membesarkan si adik yang cacat mental. Aku mmg kalah dengan cerita2 sedih nie....kadang2 sampai teresak2 nangis...punyalah menghayati cerita...hehehe..tapi kalau ada orang...control n kalau boleh taknak nangis langsung...uishhh ego!!!

Nak dijadikan cerita...Aufa2 pun khusyu' menonton cerita tu sambil makan soto. Time scene sedih...dua2 concentrate..panggil pun tak dengar....lebih2 lagi Aufa Qistina. Puas aku panggil nak suap soto....no response!!! Aku pun try la nak usik2 dia.....hmmmmmmm......rupa2nya ada titisan air mata di pipi Aufa Qistina. Aduhai la anakku....dia pun dapat rasakan kesedihan cerita tu...umur baru jer 2 tahun sebulan...terharu pulak aku...

Dulu kakaknya pun mcm tu juga...ada iklan kanak2 perempuan yg dijangkiti HIV...dia pergi ke depan tv n cakap...."jangan nangis..."...sambil usap2 skrin tv...kononnya dia pujuk girl tu...huh...Sekarang bila dia dah 3 tahun....setiap kali nampak ambulans mesti cakap mcm nie..."mama...dia sakit...dia jatuh..doakan dia ma..".

Actually...jauh di sudut hati...aku sangat bersyukur ke hadratNya...~*ALHAMDULILLAH*~...apa yg aku cuba semaikan dalam diri Aufa2 menampakkan tunas, apa yang aku cuba pupuk dalam diri Aufa2 membuahkan hasil. Aku harap nilai2 yg ada dalam diri mereka terus berbunga sehingga mereka besar.  Moga Allah memperkenankan permintaan ini..begitu juga dengan anak2 yg lain..aku turut hadiahkan doa ini untuk mereka...amiin.

Aku tergerak hati nak bercerita tentang Aufa2 nie...bukan niat nak menunjuk2...na'uzubillahi min zalik...sebenarnya aku baru saja baca artikel dalam web Pa&Ma mengenai 5 tips mudah didik anak. Bila aku baca...aku bersyukur sangat2 coz kelima2 tips yang ada memang aku aplikasikan dalam mendidik Aufa2. Kiranya itulah antara bukti2 yang menunjukkan 5 tips tu memang boleh diguna pakai.

Inilah 5 tips mudah didik anak sebagaimana yang dinyatakan dalam web Pa&Ma :

1. Didikan
Anak-anak mempunyai potensi diri untuk berjaya. Mereka mulai belajar apa yang dikatakan perilaku yang betul atau sebaliknya. Misalnya jika mereka dididik bersikap sopan itu adalah baik, maka mereka akan bersikap begitu apabila berada dalam persekitaran orang ramai. Sebaliknya jika mereka dididik dengan nilai yang negatif apabila dewasa mereka akan menghadapi pelbagai masalah untuk bergaul dengan orang lain. Didikan yang baik akan mencerminkan sikapnya apabila dewasa nanti.

2. Dorongan
Kanak-kanak memerlukan dorongan, semangat dan pendedahan persekitaran sihat yang membantunya mempunyai daya kreativiti yang luas. Dengan didikan dan asuhan yang baik, potensi diri mereka akan mencapai suatu tahap yang memberangsangkan. Ini kerana keadaan persekitaran yang selesa, pemakanan seimbang dan kasih sayang mempengaruhi tumbesaran dan perkembangan minda mereka. Jadi dalam tempoh ini beri peluang kepadanya untuk meneroka alam sekeliling mereka. Malah ketika ini rasa ingin tahu pada kanak-kanak ini adalah lebih tinggi dan jika ibu bapa tidak memberi dorongan positif mereka akan menjadi seorang yang kurang kreatif dalam hidupnya.

3. Interaksi
Lebih awal ibu bapa berinteraksi dengan anak mereka lagi elok untuk perkembangan anak. Malah dikatakan ia adalah faktor utama untuk membantu melahirkan anak-anak pintar. Interaksi antara anak dan ibu bapa mampu meningkatkan dan merangsang semua aspek perkembangan anak terutama melibatkan keyakinan dalam dirinya. Semasa berinteraksi ibu bapa harus memberi sepenuh perhatian, sentuhan, belaian kasih sayang dan tunjuk ajar secukupnya supaya anak mereka diri mereka dihargai. Interaksi ketika usia seperti ini amat perlu disebabkan dia sudah mengerti persekitaran yang ada di sekitarannya.

4. Luahan perasaan
Anak anda semakin mengenali dirinya sendiri. Sebagai ibu bapa anda harus tahu keperluan anak anda. Rapatkan diri dengan anak, luahkan perasaan kepada mereka agar mereka juga belajar meluahkan perasaan kepada anda. Carilah peluang untuk menyatakan kasih sayang kepada anak-anak. Cara ini akan membuatkan anak merasa diri mereka disayangi dan dihargai. Luahan perasaan umpama ‘terapi’ buat anak yang ingin dirinya diberi perhatian selalu.

5. Berdikari
Menyediakan anak-anak yang bersikap berdikari, ibu bapa perlu memberi latihan, bimbingan dan pengawasan berterusan. Ia adalah usaha untuk menyemaikan tabiat dan nilai baik untuk menguruskan diri sendiri. Tanamkan keyakinan dalam dirinya bahawa dia boleh melakukannya tanpa bantuan orang lain. Berikan kata-kata semangat untuk sebagai dorongan kepadanya. Sikap berdikari ini mampu mengasah dirinya menjadi seorang berani dan yakin diri dalam melakukan sesuatu.

Aku rasa ramai juga yang aplikasikan 5 tips ni dalam  mendidik anak2. Dari hari pertama anak2 melihat dunia...kita perlu bersedia untuk mencorak mereka dengan didikan yang sempurna. Entri ni bukan untuk aku seorang...aku harap kamu juga dapat mengambil manfaat daripada ilmu yang aku perolehi pada hari ini. Alhamdulillah....:))

~~** Aufa Irdina sekarang dah pandai luahkan perasaan pada aku. "Mama...I love you"....dan aku wajib membalasnya..."I love you too"...time aku nak solat dia selalu pesan.."Mama doa Aufa tau...doa Adik..doa Baba....dan saper2 yg terlintas di fikirannya time tu. Aufa Qistina pun pandai juga luahkan perasaan...dia datang kat aku..hug aku..n suruh aku nyanyi lagu barney..."I love you..You love me..we're happy family..with a great big hug..and a kiss from me to you...won't you say you love me too".**~~ such a sweet things that i can't forget!!! Thank you Allah for the blessing...





Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Thursday, January 21, 2010

*lesung batu*

Alhamdulillah..kenyangnya makan soto ayam nasi impit nie..sedap juga la even x cukup bahan..boleh la kalau nak buat jual...hehehe

Masa aku tgh sibuk menumbuk bahan2 soto..suddenly aku terfikir..~kalau hari2 aku dok menumbuk guna lesung batu nie...boleh kurus ni~~*wink*

Cubalah kamu tenangkan diri dan bayangkan...aku tgh menumbuk ketumbar,jintan manis,serai,lengkuas,halia
,bawang.....sampai halus!! lenguh tangan kanan tukar tangan kiri...uishhhh berpeluh la jg sementara nak tunggu lumat bahan2 tu aku kerjakan!

Kamu pernah ker tumbuk bahan2 rempah guna lesung batu? sapa2 yg pernah merasa tu sure memahami apa yg aku rasa...tp kan seronok tau coz itu tandanya kita ni bukan mudah mengalah dan sanggup hadapi cabaran!!! hahahaha boleh gitu???

Aku ada satu lg pengalaman berharga berkenaan dgn lesung batu. Pada suatu hari, aku teringin sgt nak mkn rendang ayam. Bahan2 semuanya ada...cuma satu jer yg takde..kira penting jugalah benda tu...malas nak cakap apa bendanya..kamu teka sendiri yea...:))

Bila benda tu takde...dan tahap mengidam aku terhadap rendang ayam semakin membuak2..so aku pun tekad..aku tetap nak buat rendang ayam tanpa dia!!!

Aku pun ambil lesung batu dan tumbuk segala bahan2 yg diperlukan utk buat rendang. ~~FUHHH mula2 tu rasa mcm fed up sgt2 coz bahan2 x hancur..aku pun tumbuk jer sampai rasa mcm nak terbelah dua pulak lesung tu...tp still x lumat...mmg la cik izzan oii...lain la kalau ada benda tu...

Aku pun mengalah dan berhenti menumbuk. Aku kaut bahan2 tu letak dalam bekas, aku isi air, then aku perah2 mcm perah santan...pastu aku tapis. Aku juz ambil airnya sahaja..n finally masak juga rendang ayam yg aku idam2kan sgt tuh!!

Wa cakap sama lu...menjadi usaha aku tuh! rasa pun mmg rasa rendang tau...xde apa2 yg kurang pun...maybe aku perah bahan2 rempah tu dgn sekuat hati...sampai betul2 jadi hampas!

In conlusion, kalau nak seribu daya kita usahakan..kalau taknak seribu dalih kita utarakan..betul tak??
Aku nak ucapkan terima kasih byk2 kpd lesung batu yg byk berjasa pd aku....hahahahaha..tanpa dia tidak berseri dapur aku..tidak berirama rumah aku....

Untuk kamu...sekali sekala gunakanlah lesung batu yea....sure boleh kurus!!

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Tuesday, January 19, 2010

*9 vs 1*

Pagi tadi..aku terima sms daripada seorang teman yg bunyinya lebih kurang begini :
"org lelaki ni kalau bab gie keja, bab gie blajo ke, mmg selalu nak on time ke kak? zaki macam tu tak?"

Bila dpt sms mcm tu dari teman yg seorang nie...mmg aku dah boleh agak...nie mesti kes bertekak dgn suami nie. Aku pun layan la masalah yg dia hadapi tu..bagi moral support n advise selagi termampu. Bila member mengadu apa2 masalah..jgn sekali2 kita simbahkan minyak pada api yg sedia ada marak. Berusahalah utk menjadi air yg boleh memadamkan api. Kita sememangnya kenal rapat dgn member kita..tapi kita tidak boleh menerima bulat2 apa yg diceritakan coz kita belum tentu kenal dan faham perangai sebenar suami/isteri member kita. Adalah lebih baik kita berusaha utk menjernihkan keadaan...menenangkan hati orang yg tengah "panas"...dalam masa yg sama bantu menyelesaikan masalah dgn memberi sokongan dan nasihat. DAN yang paling penting...kita jangan sekali2 membuka aib pasangan dengan menceritakan masalah kita pula. Cukup sekadar kita mendengar masalah member dan membantu mereka. Mudah2an apa yg kita lakukan bermanfaat dan diberi ganjaran yg baik oleh Allah Taala...:))



Sememangnya bukan mudah untuk menjadi wanita seperti yg dinyatakan dalam hadith di atas. Pelbagai ujian dan dugaan yg melingkar, menyusur dan menjalar... membuatkan adakalanya  matlamat itu tersasar. Sifat dan sikap manusia adalah kompleks. Tidak mungkin kita boleh mengenali isi hati suami/isteri dalam masa yang singkat...malah boleh dikatakan 10 tahun berkahwin pun belum tentu pasangan dapat mengenali diri masing2. Suami sebagai tunggak harus bijak membentuk rumahtangga menjadi sebuah keluarga yang bahagia. Wanita yg dibekalkan dengan 1 akal tidak mungkin dapat mengawal 9 nafsu yg membuak2...melainkan dengan panduan dan bimbingan suami yang bijak mengaplikasikan 9 akal yg ada.

Teringat pula dengan lagu P Ramlee yang aku baru jer dengar baru2 ni..."Sedangkan lidah lagi tergigit..apa pula suami isteri..buang yang keruh ambil yang jernih..baru teguh peribadi". Setakat nie aku belum pernah jumpa lagi pasangan yg tak pernah berselisih faham. Kadang2 perkara kecil pun boleh menjadi serius andai kedua2nya tegar mempertahankan ego masing2. Pada pendapat aku, adalah lebih baik sang suami yang terlebih dahulu mengalah atau cepat2 menjernihkan suasana. Bukanlah kerana wanita itu ego..ini adalah jalan yang paling selamat agar wanita tidak menyimpan dan memendam perasaan. Dengan berbekalkan 9 nafsu...mana mungkin wanita mampu untuk mengawal desakan perasaan yang bercampur baur ketika berbalah dengan suami. Maka sebab itulah aku sarankan agar suami memberi sedikit kelegaan buat isteri dengan mengalah. Mengalah bukan beerti kalah..malah satu kemenangan besar kerana berjaya menewaskan dorongan nafsu wanita yang kuat itu. Wanita pula..bila suami sudah mengalah dan memohon maaf...janganlah dipanjang2kan lagi masalah. Sama2 mengalah dan berusaha untuk menjernihkan semula keadaan yang keruh.

Aku sebenarnya sedang memuhasabah diri. Aku baru jer setahun jagung dalam dunia rumahtangga. Aku masih dalam proses pengenalan. Rajuk, rindu, tawa, tangis, suka, duka, pahit, manis...masih baru dalam dunia rumahtangga yang telah terbina selama 4 tahun 1 bulan ni. Banyak perkara yang harus aku pelajari...banyak perkara yang perlu aku perbaiki...aku masih belajar dan akan terus belajar. Aku harap andai dia baca entri nie...dapat sama2 berusaha memperbaiki kelemahan dan kekurangan yang ada.





Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Saturday, January 16, 2010

*yang arif lagi memahami*

Kerinduan menggamit.....setiap kali menatap gambar dia aku jadi rindu....rindu-serindunya pada dia. Dia telah berjaya mencuri naluri keibuanku sejak dia melihat dunia. Dia bukanlah siapa-siapa...dia adalah darah daging aku...dia anak kakak aku....anak saudara aku...tapi aku anggapkan dia seperti anak sendiri...dia adalah ARIFF FAHMI....



Sejak dilahirkan pada 5 Oktober 2005, Ariffahmi dibesarkan dgn penuh kasih sayang oleh famili Che Mad dan famili Yusup. Sememangnya Ariffahmi terlalu istimewa dalam hati kami dan dia perlu mendapat kasih sayang sebanyak itu daripada mereka2 yang ikhlas menyayanginya. Dan sebenarnya Ariffahmi tidak pernah kenal siapa ayahnya malah langsung tidak pernah mendapat perhatian dan belaian daripada ayahnya sendiri. Itu yang amat mengharukan kami. Dan sebab itulah kami menggantikan apa yang tidak pernah dia perolehi dengan apa yang kami mampu beri...walaupun tidak sama namun ia amat mencukupi.

Tidak sukar untuk menjaga Ariffahmi. Inilah yang diakui oleh sesiapa saja yang pernah bersama dia. Cuma padanlah dengan anak lelaki...lasak dan aktif memang ada. Semasa aku mengandungkan Aufa Irdina...Ariffahmi selalu bersama aku. Itu yang menyebabkan ikatan dan naluri keibuan ini memang ada untuk dia. Dia terlalu istimewa dan tiada siapa yang sanggup melihat dia menangis. Ariffahmi tidak pernah bertanya siapa dan mana ayahnya...kami yang selalu bertanya pada dia. Setiap kali ditanya..jawapannya adalah..."Ayah adik Che Mad". Dan Che Mad itu adalah datuknya yang juga merupakan abah aku. Sangat menyentuh hati....

Sekarang Ariffahmi sudah berumur 4 tahun 3 bulan. Sudah mula berminat untuk pergi ke sekolah..itu perkembngan terbaik untuk dia. Dia seorang yang berdikari, bijak dan amat memahami biarpun dia masih kecil. Aku selalu terfikir...andainya suatu hari nanti dia ingin mengenali siapa ayahnya...bagaimanakah keadaannya nanti. Ayahnya masih ada cuma tidak pernah mengambil tahu hal anak sendiri. Zalim!!!! Kenangan paling pahit dalam hidup kakak aku....


Aku harap bila Ariffahmi sudah dewasa dan boleh berfikir secara rasional...entri ini dapat dibaca olehnya. Biar dia tahu betapa ramai yang sayang pada dia. Doa aku juga sentiasa ada untuk dia...agar dia berjaya dunia akhirat. Antara ayat2 dia yang tak boleh aku lupakan..."adik beradik-beradik dengan Aufa"...beradik2 tu maksudnya adik-beradik. Dan satu lagi ayat dia "nanti mama balik lagi tengok adik".....


Ariffahmi dan Aufa Irdina


Ariffahmi dan Aufa Qistina


"beradik-beradik"


Aiffahmi dan Ammar


Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Wednesday, January 6, 2010

*sweet memory 091205*

Ehem2...hahahahaha....hehehehehe....huhuhuhuhu....

Ehhh awat aku ketawa bagai nak "rak" nih?????

Hmmmmmm layan jer la foto2 di bawah....4 tahun lepas....:)))






















Atas permintaan sahabat baik...Rose...aku tunaikan walaupun gambar kurang memuaskan...snap guna camera handphone dari album....Rose...tengok la gambar2 yg tak seberapa cantik ni......:))

Kamu pun boleh tumpang 2 kaki....hehe


 

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Friday, January 1, 2010

*fresh*

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...Allah masih izinkan kita berkelana dan mengecap nikmat hidup di alam fana ini bg tahun 2010. Moga perjalanan kita sepanjang ta
hun ini mendapat hidayah dan inayah Yg Maha Esa...amiin...

Anyway...cantik tak theme baru blog ni?? Tapi i'm still not satisfied la dgn theme baru ni...tak menepati piawaian aku sbg insan yg
sukakan kelainan...but its not a big deal...ada masa nanti aku tukar theme lain...

Petang nanti kami nak balik melaka...esok kak shida (my sis) nak bertunang. And i'm so glad to hear that..n x sabar nak tunggu hari esok. Syukur sgt2..finally sampai juga jodoh dia pd umur yg dah nak mencecah 32 tahun.


kak shida...yg paling rajin dlm family
yg sebelah dia tu la bakal tunang dia

Juz tinggal seorang lg kakak yg belum bertemu jodoh. Kalau ikut adat kiranya aku ni langkah bendul la.....2 bendul pulak tu!!!! "gatai nak menikah".......................hehehe. And kak shida pun kira langkah bendul jg la..coz kak sheila lg tua dari dia. Kak Sheila dah nak masuk 33 tahun....katanya nak kumpul duit byk2...taknak kahwin...;p....dia mmg mata duitan....hahahaha

inilah kak sheila...
kat mata dia ada "duit"...;p



Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...