AufaZanKi

My photo
Special Thought For The Super Special Persons In My Life

Thursday, February 28, 2013

Mama mana yang tak risau?

Selepas kes Aufa kena buli last 2 weeks, saya cuba usahakan solution untuk atasi masalah buli ni. Atas permintaan Aufa, saya contact guru kelas Aufa..ceritakan situasi Aufa yang sangat depress hinggakan semangat untuk ke sekolah makin hari makin pudar. Mama mana yang tak risau?



whatsapp dgn cikgu wanie...segalanya untukmu anakku...


Boleh dikatakan, Adibah adalah main subject or topic yang Aufa akan bercerita dengan saya. Hampir setiap hari hokey! Adibah suruh buatkan kerja sekolah la...Adibah tolak la..Adibah tarik tudung la...macam2! Saya......of course saya layankan ajer dia bercerita...maybe dengan bercerita, Aufa akan rasa lega. Cuma bila dah banyak sangat cerita tentang Adibah...saya memang yakin yang Aufa sangat depress dengan sikap Adibah. Kesian n sedih sangat bila Aufa diuji dengan masalah buli ni. So, Mama mana yang tak risau?


This week...saya perhatikan keadaan Aufa makin teruk. Bila sebut pasal sekolah...mesti dia akan jadi muram. Dah dua hari dia buat ragam...taknak bangun tidur bila dikejut. Dalam mamai2 tu sempat lagi dia merengek n said.."Mama tau tak..kalau Mama takde dekat sekolah Aufa sedih"...pulak dah! Bila dah lewat bangun...solat subuh pun terlepas...haih! Mama mana yang tak risau?


"Mama..Aufa taknak sekolah..Aufa nak jaga Mama"...sambil driving saya kena la memujuk dia. "Aufa tak payah risau...Mama boleh jaga diri Mama...Aufa sekolah jer tau". Selang beberapa minit...dia bersuara lagi.."Mama...Aufa kena jaga diri sendiri ke dekat sekolah?". Aduhai...tak concentrate Mama nak dengar celoteh Johara Pagi ERA...heee. Kadang2 dia menangis sorang2...kesian memang la sangat kesian...dah darah daging kita kan...Dah nak sampai ke sekolah, Aufa bersuara lagi...hmmmm tak habis lagi sedihnya tu..."Mama doakan Aufa tau" sambil menangis...Haiiiiiiii...Mama mana yang tak risau?



Pagi tadi...meninjau dari luar pagar sekolah...tabahkan hatimu duhai buah hatiku...Aufa  baru lepas beratur n ambil beg untuk masuk ke kelas


Dah dua hari berturut2 saya terpaksa minta bantuan guru untuk menenangkan Aufa. Kalau tidak...dia taknak pergi beratur..dia nak ikut saya balik semula ke rumah. Parah! Dia nak saya tunggu dia dekat sekolah...dah tu...adik2 awak nak letak mana wahai Aufa Irdina??? Dia dah janji dengan saya taknak nangis bila sampai ke sekolah...tapi dia nangis juga. Dia rasa insecure bila saya takde dekat dengan dia. That's why saya minta bantuan cikgu...then baru la dia ok n boleh beratur. Ya Rabbi...hanya Dia Yang Maha Mengetahui betapa sebaknya hati saya melihat Aufa dalam keadaan macam tu. Awal2 masuk sekolah dulu dia la yang sangat excited..siap tak bagi Mama Baba tunggu dia dekat sekolah.


Hmmmmm.....sayalah Mama yang sangat risau! My dear friends...tolong doakan semoga semangat Aufa kembali pulih ya...syukran



I do always pray for you my dearest princess...please be strong and ignore all nonsenses ya...luv you!



Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Thursday, February 21, 2013

Mengantuk!

Pagi ni

Bukan setakat Aufa jer yang liat nak bangun tidur

Mama dia pun sama!

Malam tadi saya tak boleh nak lena langsung

Rasanya dapat la lelap dalam 2 jam jer sepanjang tempoh 24 jam semalam
 
Anak-anak pun bukan main liat nak suruh tidur
 
Suruh berehat pun taknak...issshhhh! (*~*)
 
Alhamdulillah...saya terjaga pukul 6:30 pagi
 
Tersangatlah lewat!
 
 



Aufa pulak...merengek bila dikejut

Dah tu...pukul 12 tengah malam baru nak tidur..itu pun dipaksa...sudahnya all the way to school tidur je la dia...sampaikan saya terpaksa check nadi bila dah sampai sekolah dia...*over kan!*...sebabnya berkali-kali gerak takde respon! Haaaa panic la jg Mama dia ni! ;p



Sementara itu....





Lihatlah tiga beradik itu...

Kemain sedap diorang tidur kan!

Siap berselimut!

Hahaaa...macam gitu la hari-hari

Kesian anak-anak Mama...



Tadi...saya test drive dalam 60-70kmj

Fuhhh...memang layan sangat la...silap2 boleh lena...

Sangat bahaya!

Saya test drive dalam 80-90kmj
 
Segar la sikit mata saya...sebab kena fokus
 
Sebenarnya...cubalah elak-elakkan memandu dalam keadaan mengantuk
 
Pesanan untuk diri sendiri dn juga anda yang boleh memandu kenderaan
 
Sayangilah nyawa sendiri dan nyawa-nyawa yang lain
 
Moga kita sentiasa dilindungi...aameen
 
 

Jap lagi nak masak

Tapi..mata ni macam minta nak berehat jer

Hmmmmmmm

Tengok la macamana nanti yea

Sebab saya ni tak biasa tidur waktu siang
 
Begitulah kekdahnya....
 
 
 
 
 
Hasil lukisan dan nukilan Aufa Irdina di sekolah khas untuk tatapan Mama Baba. Makin cantik lukisannya..makin kemas tulisannya..makin tersusun ayatnya..cuma..tiada tanda bacaan..so kena baca tanpa perasaan yea! ;p

#good progress..Alhamdulillah 'ala kulli haal..
— with Mohd Zaki Ahmad.


*copy paste from facebook*
*mode malas daah datang*
*ok bai!*

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Monday, February 18, 2013

Aufa Kashfina : 2 tahun

Mengimbau saat2 bertarung nyawa untuk mengeluarkan Aufa Kashfina dari alam rahim ke alam dunia 

Waaaaa sangat mengerikan! Seriously!

Saya baru lepas baca entri tu...still lagi terasa kesakitan dan kepayahannya

Alhamdulillah..sudah 2 tahun berlalu

Dan Aufa Kashfina telahpun bergelar kakak di usia 2 tahun

Great achievement!

(^_*)




Melihat telatah Aufa Kashfina...memang sangat menghiburkan

Happy go lucky, easy going, independant, manja

Setakat usia 2 tahun ni...begitulah orangnya





Bangun jer tidur...kalau yang lain tak bangun lagi..

Dia layan blues sesorang

Menyanyi laa...apa lagi!

Lagu2 feveret Kashfina...Twinkle2 little star, I Love You Barney, Elmo's world

Hahaa...sangat happy go lucky kan!

Agak2 tekak dah kering...baru la datang dekat saya

"Ma...nak syusyu Ma"...dia akan ulang ayat ni sampai la sayaa bangun n berjalan pergi ke dapur...hehee

Walaupun Kashfina agak terserlah manjanya...dia jarang sangat nak merengek tanpa sebab

Or orang Kedah kata..'meghab'..orang Melaka kata..'encheh'


video



Semua kanak-kanak akan tertarik bila dengar muzik

So do her

Kecik2 ni biarkan ajer...dah besar nanti baru la kita explain kan...

Menyanyi, menari dan main alat muzik

Itulah antara kecenderungan Aufa Kashfina

Menari macam dah kurang sikit...malu kot!

Tapi...dia banyak terpengaruh dengan aaktiviti kakak2 Aufa

So, buku dan alat tulis juga kecendungan utama Aufa Kashfina

Hmmmm bukan setakat buku yang jadi bahan...habis dinding rumah jadi mangsa contengan Kashfina

Memang comot sangat rumah yang kami tinggal ni





Masa ikut Baba pergi studio muzik UMP

Ini yang menjadi tarikan Kashfina

Haaaaa sudah! Main sampai taknak berhenti




video

Sooooo comel la you Kashfina!!!



Satu lagi sikap Kashfina yang sangat sweet

Kashfina sangat tolerate..means mudah mengalah

Mengalah dengan kakak2 pulak tu!

Kalau berebut mainan...especially dengan Aufa Qistina...memang Kashfina la yang akan mengalah

Tapi..dia takkan memberontak..dia bagi or pulangkan semula mainan kakak dengan baik n manja

Dia suka panggil kakak dengan nada yang sangat manja...sambil lentokkan kepala

Alahai!



masa birthday Kashfina last week..kami celebrate di Blackstone beach...sambil makan daun saderi...ehhhhhh silap! hahaaa...sambil makan nasi beriyani! ;)


Amboi! Amboi! Amboi!

*bukan baby AA ok! *

Bukan main melambung tinggi menggunung puji anak sendiri kan!

Heheeeeeeeeeeeeeee

Adat la...nama pun anak...takkan nak kutuk pulak kan!

Lagipun..entri ni sempena birthday Aufa Kashfina

So, maafkan la saya yang dhaif ini

Marilah sama-sama kita puji memuji anak sendiri yea...

(*~*)



 Last but not least

Sempena birthday Aufa Kashfina

Marilah sama-sama kita doakan

Semoga Aufa Kashfina dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur, menjadi anak yang terbaik dunia akhirat

Aameen Aameen Aameen


Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Friday, February 8, 2013

Aufa kena buli?

Hmmmmmmmm

Patut la petang semalam tiba2 jer Aufa mengadu.."Mama..kalau Mama takde dekat sekolah..Aufa menangis..Aufa sedih la Mama takde"

Memang hairan la bila dia cakap macam tu

Then, saya tanya dia.."Aufa happy ke pergi sekolah?"

Dia jawab..."happy"

So, saya memang takde nak fikir yang negatif

And terus proceed ke soalan seterusnya...nasib awak la Aufa dapat Mama yg banyak soalan dalam kepala! ;p






Malam tadi...masa tengah santai2 sambil tengok TV...Aufa buka cerita...

"Ada sorang budak tu kan..dia baru pindah masuk kelas 1 Kreatif (kelas Aufa). Dia kan...suka buat (pukul/cubit) Aufa..dia suka buat orang lain jugak..nama dia Adibah. Aufa tak buat apa-apa pun dekat dia. Lepas tu...dia suka suruh Aufa buat kerja sekolah dia"


Allahu Rabbi...macam tu ke ceritanya...saya dah agak dah...mesti ada something bad happened at school

Kalau tidak...takkan la Aufa boleh terganggu perasaan bila saya takde dengan dia

Saya tanya Aufa..."Bila dia buat Aufa tu..Aufa balas balik ke? Aufa nangis tak?"

"Aufa nangis...tapi Aufa tak buat dia..kawan-kawan Aufa pun marah dengan dia"

Lepas tu Aufa cakap..."Masa beratur..Aufa nampak Mama dekat kereta..Aufa nangis..Aufa sedih Mama takde"


Aduiiii...Aufa...Aufa...jangan la keluarkan statement2 yang boleh meruntuhkan kekebalan jiwa Mama ni.......

Saya takut sangat kalau2 Aufa demotivated gara2 kes macam ni

So, saya cuba cari solution n said to her

"Esok..Aufa cakap dekat Adibah..tak baik buat orang...nanti Allah tak sayang. Kita belajar la sam-sama, kawan sama-sama, main sama-sama"


Pity you...Aufa Irdina...



inilah best friend Aufa Irdina...Syuhada...comel jer orangnya...


Kebetulan..hari ni parent kena datang sekolah ambil duit bantuan persekolahan..so ada peluang la saya nak bertanya dengan cikgu Wani, guru kelas Aufa

Hmmmm...alkisahnya...budak tu kembar dari kelas 1 Inovatif. Cikgu Wani kata...si kembar ni suka usik orang, ambil barang orang. So, diasingkan kelas supaya benda ni tak berlaku lagi. Tapi..yang dipindahkan ke kelas 1 Kreatif masih dominan walaupun bersendirian. Adibah...Adibah..sedap nama kamu....moga tuannya berperibadi seindah namanya...aameen

Actually, bila cikgu dah tahu tentang perkara ni..saya takde la nak risau sangat

Inshaa Allah..cikgu sentiasa menjalankan amanah dan tanggungjawab..saya percaya n yakin Aufa Irdina dan rakan-rakan dia sentiasa dilindungi

Saya pun taknak lepas tangan...saya akan sentiasa pastikan Aufa sentiasa bersemangat n bermotivasi...so saya kena la banyak tanya...berguna juga tebiat suka bertanya saya ni...hahaa

Asam ragam alam persekolahan...lama-lama nanti ok la tu...


Be strong Aufa...

Next week Aufa Irdina cuti seminggu sempena CNY

Excited dia kata..."Yeay! Aufa cuti lama...boleh la balik kmpung!"

Rindukan kampung halaman yea Aufa....Mama pun!

:(



Rezeki Aufa Irdina...

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Thursday, February 7, 2013

Semalam dan hari ni...

Semalam...pagi semalam...

Ok jer Aufa Kashfina beriang ria dengan saya


pandai baca ke? hehee...ehhh saya ni memang suka snap gambar..dah beribu2 dalam phone..syg nak delete..


Sambil melayan mata yang mengantuk kesan daripada makan ubat selesema

Kashfina macam gitu la...sambil tengok tv...mulut menyanyi...bercakap...

Tengah malam pun sama ajer..suara tu kalau slow takpe...aduiii bikin malu jer dengan abang2 macho UMP...nasib baik cuti sem. sekarang ni...hehee

Memang best melayan dia...such a funny and cheeky girl

Kalau nak tahu..muka n karektor Kashfina memang sebijik sebotol macam kakak Aufa Irdina


video
macamana la 'saya' boleh bertukar jadi 'sayur' ni Kashfina...hahaa



Tup tup (maksudnya tiba-tiba).... (*~*)

Tengahari semalam...dia mengadu sakit perut

Alamak! chery-berry la pulak

Badan pun panas

Aduh!

Last week dah demam...takkan nak demam lagi...risau betul la..

Mula2 plan nak bawa dia ke klinik lepas fetch Aufa Irdina

Tapi...tak jadi...sebab...



tengok tu..punya la saya genggam steering...selalu pegang sebelah tangan jer...walaupun tak digalakkan...


Hujan lebat sangat semalam

Saya memang kalah kalau kena drive time hujan

But I have to...Baba takde since hari Isnin lagi..ada kursus music di Bently...Jumaat malam baru sampai rumah kot...insha Allah

Dah la hujan lebat...jalan pulak jenis yg menakung air...ntah la jalanraya di Kuantan ni...banyak sangat yg rosak..

Itu yang membuatkan saya menangis masa drive semalam...pergi dan baalik pulak tu...yg teruknya masa otw balik la...

Macam2 yg saya fikir...n macam2 doa sy baca...syukur sangaat semangat saya berjaya mengatasi ketakutan yg ada...lebih kurang macam fear factor la...so boleh jadi juara la kiranya kalau join fear factor...hahaaa statement tak boleh blah! ;p 





Menjelang maghrib, Kashfina makin lemah

Firstly sebab chery-berry, secondly sebab dia taknak makan n taknak minum susu

That's why badan dia lemah

Bila perut kosong...mula la muntah-muntah..

ORS pun tak membantu untuk mengembalikan tenaga dia

Memang penat sangat semalam...tak menang tangan...mana nak layan Kashfina yg merengek sebab tak selesa..mana nak layan Amnina yg nak BF n tidur

Dah la saya tak ambil apa2 supplement

Dah 2 minggu tak makan apa2supplement...sejak spirulina elken dah habis..pastu tak beli2...terus tak makan apa2...LD Venus ada tapi takut nak makan..macam tak sesuai dengan badan sy

So, sekarang ni yg ada adalah semangat saya yg kental n kesihatan saya yg Alhamdulillah masih dilindungi daripada sebarang penyakit...moga terus dilindungi hendaknya...aameen






Sampai ke tengah malam Kashfina masih lagi tak selesa...muntah n chery-berry

Saya ni apa lagi yang ada selain air mata

Menangis aje la...risau punya pasal

Rasanya macam nak bawa aje Kashfinaa pergi klinik tengah malam semalam

Tapi...memikirkan jarak dan anak2 yg lain...n faktor keselamatan...tabahkan juga hati

Lepas dia muntah untuk kesekian kalinya tengah maalam tadi..saya buatkan dia susu

Ya Allah...punya la laju dia minum...haus n lapar sangat la tu...pity her

Lepas tu dia terus lena...

Saya...macam biasa laa...tak boleh nak lena...juz tidur2 ayam...kejap2 terjaga...



masih mampu tersenyum...



Hari ni...pagi tadi...

Lepas hantar Aufa Irdina ke sekolah

Saya terus bawa anak2 ke klinik al-Farabi di Jaya Gading

At first saya juz bagi mykid Aufa KAshfina saja

Tapi..lepas tu terfikir...better check Aufa Amnina juga

Becoz selesema dia still belum recover...plus dada yg berbunyi bila bernafas

Memang kekok sikit la...first time handle anak sorang2...syukur sangat masing2 sangat behave






Masuk bilik doktor...Amnina yg kena check dulu

Dah tak behave dah...sebab dah kenal orang..so takut la dia kn...

Doktor nak check jer dia nangis

Naik sikit suhu badan...maybe sebab terkejut n takut doktor tu makan dia...hahaa

Then, doktor tanya samada Amnina pernah kena athsma ke...issshhh takkan la kan...

Amnina tak pernah kena athsma...doctor said dari segi bunyi nafas tu macam nak kena atshma...tapi sikit jer...

So, doktor suggested untuk ambil nebulizer untuk legakan salur pernafasan Amnina

Hmmm...inshaa Allah saya yaakin Amnina bukan kena athsma

Doakan yeaa...



saja letak pic ni...nampak comel sangat Amnina tidur peluk teddy bear...ada la nampak girlish instead of boyish...hehee



Bila tiba turn Kashfina untuk di-check

Sama jer  anak2 saya ni...takut orang!

Tapi Kashfina tak nangis...dia juz peluk saya jer

Kashfina ok..tak kuat sangat chery-berry tu

Saya tanya juga pasal rotavirus

Doctor said...rotavirus tak merbahaya...dalam 2-3 hari boleh sembuh dngan rawatan

Tanya juga pasal pneomonia

Mana la tau kan...kita ni kalau boleh nak cegah awal2

Alhamdulillah..setakat ni belum ada tanda2 pd Kashfina n Amnina

Mudah-mudahan begitu la hendaknya...aameen




Anugerah Cinta Terindah...


Setakat tengahari ni...nampaknya Kashfina dah boleh minum susu, minum milo, main, lompat


So do Amnina..tapi dengan car dia laa..merangkak, berdiri, menjerit

Sekejap lagi makan ubat...

Ok bye!

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Tuesday, February 5, 2013

Sinar

tahi lalat bawah bibir makin jelas kelihatan...
 
 
 
Selain berjiwa kental

Satu lagi motto hidup untuk 2013 adalah

"Alah bisa tegal biasa"
 
Poyo tak???
 
(*~*)
 
 
 
 
 


Bukanlah bermaksud sebelum ni jiwa saya lemah

Cuma saya rasa saya perlu perbaiki kondisi diri

Fizikal, mental & spiritual

Saya perlu menjejak dan menerjah sinar

Agar tidak tersasar

Agar tidak tertinggal





Langit awal pagi Jumaat...indah ciptaan Tuhan



Sepanjang masa saya berfikir

Bertelagah dengan diri sendiri

Mana yang perlu...mana yang baik

Untuk diri dan famili
 
 








Saya perlukan sinar yang terang

Buat penyuluh sepanjang jalan

Sinar itu sentiasa ada

Selagi saya percaya akan kewujudannya







 
Secerah langit membiru
 
Begitulah diharapkan hidup ini tercorak
 
Namun, siapa kita di sisi Dia?
 
Hanyalah hamba yang perlu meminta
 
Jadi..selayaknya kita dijui
 
 






Diuji ketika susah dan senang

Cukup menjadikan kita hamba
 
Namun, di setiap ujian yang menimpa
 
Sinar itu sentiasa ada
 
 
 
 
 
Biarpun di kala kelam

Sinar itu tetap menemani

Memimpin dan menuntun kita

Agar kita tetap setia

Berpaut pada sinar itu
 
 
 
 
bersama-sama menerjah sinar...
 



*kudambakan sinarMu Ya Ilahi...*


Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Saturday, February 2, 2013

Pencapaian sepanjang 9 bulan


 
25hb Januari dah genap 9 bulan

Haruslah ada pencapaian kan...

Dah boleh berdiri sendiri dengan berpaut pada meja, kerusi, sofa atau apa2 aje la yg sewaktu dengannya




So, memang 'selamat' segala apa yg ada atas meja esp laptop Mama..habis ditekan-tekannya!


Amnina baru pandai sebut...'Babababa'..."Mamamama'...but most of the time Amnina suka sebut 'Babababa'...jeles I tau!


Bila perut rasa lapar, mesti dia akan bagi hint...'Mammam..mammam'...berulang kali dia sebut hingga la dia nampak Mama bawa makanan...then dia akan buat bunyi macam orang tengah hisap something...hahaa clever girl!


Video kat bawah ni masa otw balik daripada ambil kakak Aufa di sekolah. Asyik diulang-ulang sebut 'mammam..mammam'...diselang-seli dengan rengekan manja...cehhh! Berhenti la sekejap dekat shell...belikan biskut yg sesuai untuk dia makan...suapkan dia makan...sampai dia dah tak sebut lagi 'mammam'...then baru la boleh teruskan perjalanan pulang ke rumah yg jauhnya lebih kurang 27km

 

video





Kesian Amnina...last week dia diserang virus demam, batuk n selesema

Memang dugaan sungguh la...sebab dia jarang sangat sakit

Dugaan sakit untuk Amnina...dugaan juga untuk Mama sebab tak cukup tidur...n finally Mama pun demam! Demi family...kugagahkan diri...

Bila asyik merengek jer..nakkan saya ada sebelah dia...nak buat kerja rumah pun terkejar2

Nak ajar Aufa Irdina pun terpaksa la bertemankan Amnina



Lali lepas makan ubat...


Satu lagi tabiat baru Amnina....




Maybe dia rasa dia dah besar...so dia tak boleh nak baring saja dalam car seat...dia usaha nak bangun n duduk...aduhaiii...kadang-kadang nak capaai semua benda yang ada dalam kereta...haaiii laa Amnina...babab kang!



Satu lagi video...Amnina dihiburkan oleh penghibur2 jalanan...kalau nak tahu...kat dalam video ni memang terserlah karektor setiap Aufa...ada 4 karektor dan ragam...



video



And finally....wajib interframe....well.... ;p


Aufa Amnina bersama insan yang melahirkannya...

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...