AufaZanKi

My photo
Special Thought For The Super Special Persons In My Life

Tuesday, March 30, 2010

~*rezeki...rezeki...rezeki*~

Alhamdulillah baru lepas makan sup tulang...bila perut sudah kenyang mulalah nak jadi ular sawa! Kalau ikut petua selepas makan tak digalakkan baring atau tidur...nanti perut buncit! Minum air pun sepatutnya setengah jam selepas makan...ermmm kalau kita makan di restoran macamana yea?? Takkan nak tunggu selama itu? 


Sedar tak sedar...separa sedar la kiranya nie...dah sampai ke penghujung bulan Mac. Apa pencapaian terbaik anda setakat 3 bulan pertama  bagi tahun 2010 nie? Tentunya ada yang sudah melakar kejayaan sulung kan...tahniah diucapkan! Moga kejayaan pertama itu menjadi pembakar semangat untuk merentap (kasar sikit!) kejayaan demi kejayaan. Opppsss! ada yang sudah menemui jalan buntu? Jangan begitu...perjalanan baru jer bermula...baru suku jer nie...anda semestinya punya banyak simpang...sila pilih mana2 simpang yang ada...dan pastikan simpang yang dipilih bukan simpang yang membawa anda ke dalam gaung ok! (bersastera kita hari nie ya..hehe)


Bagi saya, permulaan yang agak baik dalam laluan rezeki kerjaya saya. Bermula dengan panggilan untuk menduduki peperiksaan khas Pegawai Hal Ehwal Islam (S41) pada 12 Januari lalu. Alhamdulillah saya berjaya melepasi peperiksaan tersebut dan dipanggil untuk mengikuti Program Penilaian JAKIM pada 10-11 April depan sebelum dipanggil untuk peringkat temuduga. Secara peribadi, saya berasa tidak yakin untuk mengikuti sesi penilaian ini. Namun, sedaya upaya untuk melawan dan membuang jauh2 perasaan gundah gulana ini agar semuanya berjalan lancar. Semalam saya telah menerima satu lagi panggilan untuk menduduki peperiksaan khas bagi jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (M41) dan Pegawai Pembangunan Masyarakat (S41). Akan tetapi....tarikhnya pula bertindan dengan tarikh penilaian JAKIM, iaitu pada 10 April depan. Aduhai...hajat di hati memang nak cuba semua namun saya harus membuat pilihan.

Harap2 peluang kerjaya saya terbuka luas untuk tahun 2010. Saya memang sudah bersedia untuk kembali menggalas tugas walaupun masih terdengar2 bisikan2 manja yang berkata.."sampai hati ker nak tinggalkan anak2?"..."duduk kat rumah kan bagus..dapat didik anak sendiri..dapat tengok anak membesar depan mata"..."bukankah cita2 asal nak jadi suri rumah sepenuh masa?"....huh! itulah antara godaan emosi yang kerap mengganggu gugat keputusan saya untuk kembali bekerja. Harap2 dapat bertahan....



Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Monday, March 29, 2010

~*anda romantik???*~

Romantik??? Wah! I like!!! weeee**

 Romantik merupakan gambaran menyeluruh tentang cara dan sikap individu dalam meluahkan perasaan kasih, sayang, cinta dan rindu terhadap individu lain. Cara dan sikap ini boleh diterjemahkan melalui perbuatan seperti ciuman, pelukan, belaian sebagainya. Ianya boleh juga ditamsilkan dalam bentuk perkataan atau ucapan seperti "Saya cintakan awak", "Saya rindukan awak", dan lain-lain.

So, adakah anda seorang yang berjiwa romantik? Adakah pasangan anda juga seorang yang romantik? Atau anda "geli" beraksi romantik? Saya yakin semua yang mempunyai rasa dan perasaan sudah pasti sukakan romantik, bezanya samada ianya jelas dipamerkan dalam bentuk perbuatan dan perkataan, atau hanya melalui perbuatan dan mungkin melalui percakapan sahaja. Atau lebih dahsyat lagi, sifat romantik ini hanya akan dipamerkan ketika hendak menggoda pasangan untuk "gitu-gitu"........oppppsss!

Orait!!! Mari kita check the list...jika anda selalu mengamalkan 13 perkara di bawah, bermakna anda sememangnya seorang yang romantik. Oh, bertuahnya pasangan anda! Hehehe....

1. Ucapkan “I Love U”, sekurang-kurangnya sekali sehari. Ketahuilah bahawa pasangan anda memang perlu mendengarnya selalu. 

2. Ciuman dan pelukan setiap kali ingin berpisah dan bertemu kembali. Hadiahkanlah si dia pelukan dan ciuman buat si dia ketika mahu ke tempat kerja dan setelah pulang ke rumah.

3. Layanilah pasangan anda seperti anda melayannya ketika sedang asyik bercinta dahulu. Perbetulkan kedudukan tali lehernya sebelum dia ke pejabat dan berpegangan tangan sentiasa walau ke mana pun anda berdua pergi.

4. Janganlah terlalu cerewet. Biarkan sahaja tabiat buruknya selagi tabiat tersebut tidak mengganggu hubungan anda berdua. Dari semasa ke semasa berusahalah untuk menghilangkan tabiat yang tidak anda gemari itu. Cubalah sedikit demi sedikit agar si dia tidak terasa. Berkat kesungguhan, kejayaan pasti menjadi milik anda.

5. Sentiasa berfikiran positif. Daripada terlalu memikirkan perkara-perkara remeh tentang si dia yang kurang anda gemari lebih baik anda tumpukan kepada kelebihan serta kebaikan si dia. Dengan cara ini, anda akan lebih menyayanginya adan begitu juga sebaliknya. 

6. Jika sedang marah, jangan sesekali cuba bercakap dengannya. Tinggalkan sebentar si dia sambil anda tenangkan fikiran. Berbincang ketika marah hanya akan memburukkan lagi keadaan. Oleh yang demikian, setiap kali anda rasa marah dengannya, ambil masa beberapa minit untuk keluar daripada perbincangan tersebut dan kembali setelah perasaan anda kembali tenang.

7. Jangan sesekali menggunakan kelemahannya sebagai senjata untuk menentang mereka. Hal ini akan membuatkan si dia tambah benci pada anda dan secara automatik kasih sayang antara anda berdua akan berkurangan dan lama-kelamaan akan hilang tanpa anda sedari.

8. Utamakan yang tersayang dalam apa-apa hal sekalipun. Misalnya jika anda perlukan teman untuk ke satu-satu tempat, ajaklah si dia dahulu sebelum anda mengajak rakan sepejabat. 

9. Hormatilah pasangan anda. Jangan sesekali bongkar kelemahan si dia kepada rakan-rakan walau pun kepada rakan karib anda. Setiap kali berbual-bual dengan rakan-rakan tentang pasangan, sentiasalah katakan si dia adalah pilihan terbaik anda dan anda berdua saling sayang-menyayangi.

10. Sentiasa cari masa untuk bersama. Pastikan anda ada masa untuk bersamanya setiap  hari. Lebih banyak masa dapat anda luangkan bersamanya, lebih erat hubungan anda berdua. 

11. “Maafkan saya.” Jika bersalah, janganlah teragak-agak untuk meminta maaf. Namun, setiap kali anda meminta maaf setelah melakukan kesilapan, sematkan dalam diri itulah kali terakhir anda melakukannya. Mintalah maaf dengan bersungguh-sungguh dan berjanjilah pada si dia yang anda tidak akan mengulangi kesilapan lalu. Ketika meminta maaf jangan sesekali gunakan perkataan ‘tapi’ misalnya, “Saya minta maaf tapi ...” Hal ini kerana perkataan ‘tapi’ hanya akan membuat si dia berfikir dua kali untuk memaafkan anda.

12. Pujilah si dia selalu. Manusia tidak kira tua ataupun muda memang suka dipuji. Kata-kata pujian pada pasangan akan membakar semangatnya untuk sentiasa bersama anda.

13. Ucap terima kasih. Jika anda sering mengucapkan terima kasih pada juruwang, pemandu teksi, pelayan restoran apa kata kalau anda teruskan amalan berterima kasih ini pada pasangan. Tentu si dia akan rasa anda lebih menghormatinya.


 Ok! Saya dah check tahap romantik saya....ehem2... :)
Sekarang giliran anda pula...kalau gagal, masih banyak masa untuk berubah...hidup perlukan perubahan ke arah yang lebih baik!!! Don't give up!!! Learn from mistakes!!! Sure u can!!! Chaiyok!!! weeweewee**

info : majalah Pa&Ma

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Saturday, March 27, 2010

~*siapa kita tanpa ibu bapa??*~

Rasulullah SAW bersabda : “Berbaktilah kepada orang tua kamu (ibu bapa), nescaya anak-anak kamu akan berbakti kepada kamu. Dan peliharalah kehormatan isteri-isteri orang lain, nescaya isteri-isteri kamu akan memelihara kehormatan mereka.”
Bohong kalau ada manusia yang mengaku dia tidak punya sesiapa pun di dunia ini. Jika dia tidak punya sesiapa, dari manakah asalnya dia? Adakah dia spesis jin? Atau dari planet Marikh? Sungguh tidak masuk akal! Setiap manusia pastinya berasal daripada benih ibu bapa mereka, kecuali Nabi Adam AS dan Hawa. Bermakna, setiap insan pasti mempunyai ibu bapa. Dan semulia2 insan di dunia ini adalah ibu bapa, sehinggakan Rasulullah SAW pernah bersabda yang membawa maksud :
"Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapa"
Begitulah besarnya pengaruh ibu bapa dalam kehidupan kita. Sekali kita melukakan hati mereka, jangan mengharapkan kehidupan yang tenang, jangan mengharapkan keredhaan Allah selagi mereka tidak mengampunkan kesalahan yang telah kita lakukan terhadap mereka. Masih ingat lagi dengan kisah Alqamah? Kisah ini berlaku pada zaman Rasulullah SAW. Alqamah adalah seorang yang sangat wara' yang mana beliau sungguh baik hati, rajin solat dan berpuasa, suka bersedekah dan membantu orang lain. Namun begitu, setelah berkahwin beliau telah melebihkan perhatiannya terhadap isteri berbanding ibu beliau. Ini menyebabkan ibunya amat berkecil hati dan bertekad tidak mahu memaafkan kesalahan Alqamah. Ketika Alqamah sedang naza' beliau tidak dapat mengucap kalimah syahadah biarpun telah diajar oleh sahabat2 termasuk Rasulullah SAW. Lalu Baginda memanggil ibu Alqamah untuk mengetahui perkara sebenar. Ibu Alqamah menceritakan perkara sebenar namun masih enggan memaafkan Alqamah. Rasulullah SAW mengambil keputusan untuk membakar Alqamah hidup2 jika ibunya masih enggan memaafkan beliau. Ibu mana yang sanggup melihat kesengsaraan anak sendiri apatah lagi melihat anak dibakar hidup2 di hadapan mata. Ibu Alqamah pun memaafkan segala kesalahan beliau dan akhirnya Alqamah dapat mengucap kalimah syahadah dengan sempurna sebelum menghembuskan nafas terakhirnya. Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Al-Hakim dalam hadis Baginda yang bermaksud :
"Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya, hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati"
Oleh itu, selagi ibu bapa kita masih hidup...hormatilah mereka, jaga dan belailah perasaan mereka sebagaimana mereka menjaga dan membelai perasaan kita sehingga kita meningkat dewasa dan berjaya. Berbaktilah kepada mereka dengan memberi khidmat selagi mampu. Khidmat yang dimaksudkan adalah dengan menjaga mereka jika mereka sudah tua dan sudah tidak mampu membuat sebarang kerja sendirian. Dan tanamkanlah sifat sabar dalam diri dalam menjaga karenah mereka kerana jika hendak dibandingkan jasa dan pengorbanan mereka terhadap kita, tiada apa nilai yang sama dan setara dengannya. Perlu diingat bahawa doa yang paling mustajab adalah doa kedua ibu bapa dan doa orang yang sakit. Jadi, dengan keadaan ibu bapa yang sudah tua lagi uzur, apa lagi yang hendak kita harapkan melainkan doa dan restu mereka untuk mengiringi layar kehidupan kita di dunia. Bagi yang hidup berjauhan dengan ibu bapa, sediakanlah masa khas untuk kita balik ke kampung halaman menziarahi mereka agar hubungan kekeluargaan sentiasa utuh. Dan yang paling penting, ibu bapa kita pasti gembira melihat anak2 pulang menziarahi mereka walaupun sekejap. Kebanyakan ibu bapa tidak mengharapkan apa2 balasan dalam bentuk wang daripada anak2, mereka cuma mengharapkan balasan kasih sayang dan perhatian kita sebagai anak2. 

Jua jangan putus mengirimkan doa buat mereka samada mereka masih hidup ataupun yang sudah tiada lagi, kerana hubungan yang tidak akan putus antara Bani Adam dengan yang Bani Adam yang telah meninggalkan dunia adalah dengan doa. Dan doa itu merupakan tanggungjawab setiap yang bergelar anak. Alangkah bahagianya ibu bapa yang mempunyai anak2 yang soleh dan solehah, yang sentiasa mengingati ibu bapa setiap kali berdoa. Alangkah beruntungnya ibu bapa yang mempunyai anak2 yang sentiasa mengenang setiap budi yang ditaburkan oleh ibu bapa kepada mereka. 

Sebagai perkongsian, bapa mertua saya ada memberi satu ilmu berkenaan doa kepada ibu bapa. Setiap kali selepas surah al-fatihah di setiap rakaat dalam solat, kita diharuskan untuk membaca doa ibu bapa. Jika diamalkan, bayangkanlah berapa kali kita mendoakan kesejahteraan ibu bapa kita dalam sehari. Jika solat wajib mempunyai 17 rakaat, ditambah dengan solat2 sunat, ditambah lagi dengan doa2 selepas solat...berapa banyak doa yang kita sedekahkan kepada ibu bapa kita? 

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Wednesday, March 24, 2010

~*hilang sakitku melihat telatahmu*~

Kepala rasa pening, tekak rasa perit & loya, badan rasa sengal n sakit

Kes berjangkit dengan Aufa2....diorang pun masih demam lagi...kesian

Tapi aku sebagai insan yang sedang mengalami jangkitan...wajib kuat dan tegar...melawan sang penjangkit!!!

That why i try my best creating this entry....walaupun dah banyak kali delete statement!! ntah...banyak mengarut la pulak...

Issshhhh makin layu pulak mata nie..........

Kamu tengok la clip nie yea...tapi sorry kalau lepas tengok tu leher jadi ter'.............' (lupa word tu)

Aufa Irdina suka ikut aksi mama dia time mengaji al-Quran. Since dia kecil lagi...clip nie direcord pd 18 Oktober 2008, jam 8:33 pm (masa nie umur dia hampir2 menjejak 2 tahun)



Gambar nie pulak di snap pd 16 Mac 2010...time tu aku sedang mengaji..kira meniru aksi mama la tu..tapi yang pasti mamanya pakai telekung (tutup aurat)...sedangkan Aufa masih dengan tabiat lama dia..tak suka pakai baju bila kat rumah. Pakai tudung sebab nak mengaji jer tu...hehehe








Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

~*facebook : apa jua tafsiran anda...let's be positive!*~

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pastinya kamu dah tengok image kat sebelah nie kan??? Hmmm itulah gambaran profile facebook aku...ada yang belum add aku? Silakanlah add yea...hehehe. Kali nie profile picture aku tempek sekali gambar anak2...biar orang tahu yang aku nie dah beranak-pinak..so takde la ada unsur2 mengayat or usha line kan...(bukan nak perasan tapi pernah terkena...silap aku juga...tempek gambar yang cun melecun...ahaks!!) Aku tahu ramai jer yang single-mingle cari pasangan via facebook nie..kalau dulu via chatting coz ramai jg member2 aku yang bertemu jodoh melalui chatting...alhamdulillah bahagia sampai sekarang....:))

Aku start layan facebook nie since last year...bulan Ogos kot! Time tu baru ada broadband disebabkan kebosanan tahap melampau!! So, inilah antara rutin harian aku...layan facebook. Setakat nie aku belum rasa bosan, meluat dan jemu lagi mengadap facebook. Menurut pendapat aku, facebook nie banyak kebaikannya jika betul niat, matlamat dan cara. Contohnya, NIAT  kita join facebook sebab nak contact sahabat2 lama. MATLAMATnya kita nak mengeratkan lagi silaturrahim yang telah terbina sejak bertahun2 malah  yang sudah terjalin selama berpuluh2 tahun. CARAnya dengan bertanya khabar, berkongsi pendapat dan pengalaman, memberi nasihat dan motivasi dan sebagainya. Melalui facebook juga kita akan dapat menambah kenalan baru. Macam aku kan, sejak join facebook nie..makin bertambah sahabat2 aku dan walaupun tak pernah bertemu...we can get along as a good friends.

Ada juga yang join facebook and then kemaruk nak main pelbagai jenis application yang ada especially game n quiz. Malah ada juga application yang berbentuk ramalan...juz for fun ok la...jangan sampai percaya dan bersandar harapan pulak dengan ramalan2 tu...kalaupun kena pada diri sendiri perlu diingat bahawa itu hanya satu kebetulan. Dan aku antara kelompok yang kurang menggemari application yang ada di facebook. Aku suka baca status or posting berkenaan idea, emosi, luahan sahabat2...dan aku suka komen! Hehehe....

Tapi kan...aku kurang bersetuju jika ada yang menganggap facebook nie tak bagus dan melalaikan. Sahih!!! Pastinya facebook nie akan membawa kita ke arah 'lagha' or kelalaian jika kita tidak bijak menguruskannya. Ada juga yang menganggap sahabat2 mereka join facebook kerana nak menunjuk2 kehebatan dan kegemilangan diri sendiri.  No!!!! Please don't ever judge a book from its cover!!! Belajarlah untuk menerima dan menghargai apa yang mereka buat. Kalau tak suka...juz ignore or tengok jer n jangan cakap apa2. kalau suka...juz click like button...n kalau berminat nak komen..juz do it. So simple!!! Setiap orang punya hak untuk buat apa yang mereka suka dan kita tiada hak untuk melarang or say no! Sahabat yang baik adalah sahabat yang sentiasa menghargai sahabat2 lain dan bersedia untuk menegur, menasihat dan memotivasi. Sekian...:))

Ishhh berbaur emosi pulak entry nie kan...hehehe..aku belum pernah kena 'sound' lagi...tapi aku pernah terdengar n terbaca tentang anggapan sesetengah orang tentang facebook nie. Bagi aku, biaq pie kat depa la...asalkan depa tak buat salah...coz kadang2 aku pun buat juga...hehehe...bukan nak menunjuk2 or mempamerkan kehebatan, juz rasa macam nak share kegembiraan dengan sahabat2. Emosi nie tak kira emosi suka atau duka...kena luahkan. Betul tak??? Kamu rasa macamana??? Whatever it is...let's be positive..let's think positive..let's act positive.....:)))

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Sunday, March 21, 2010

Zaki & Izzan VS BroFramestone & Khaizarien

"Pertemuan sekali ini bagi diriku amat beerti...tetapi ku bimbang untuk menyatakan...bimbangkan berulang kesilapan" - Suratan atau Kebetulan

Begitulah boleh diungkapkan pertemuan antara Zaki dan Izzan. Masing2 masih dalam kebingungan kerana perlu bangkit dari kekecewaan masa lalu. Pertemuan bermula di dalam satu program anjuran Nadi al-lughah (Arabic Club) di UIA pada tahun 2002. Ketika itu Zaki bersama kumpulan nasyid Marjaan (popular di UIA) telah dijemput untuk memeriahkan majlis, sementara Izzan merupakan AJK untuk majlis tersebut. Maka bermulalah episod 'pandang2 jeling2'. Satu perasaan sudah mula berputik antara teruna dan dara ini...namun masih ingin disembunyikan atas dasar profesional...hikhik...Dan episod 'pandang2 jeling2' ini telah diwarnai dengan kemerduan suara Zaki yang mendendangkan lagu ini...
'Senyum seindah suria yang membawa cahaya...senyumlah dari hati duniamu berseri'
Hebat kan...ada lagu tema! Zaki merenung Izzan sambil menyanyikan lagu itu...seolah2 mengambil peluang untuk meluahkan rasa hati. Izzan merasakan yang dia perlu mengontrol keayuan...lalu tunduk menahan rasa malu. Macam drama pulak! Izzan sebenarnya tidak ingin mengharapkan apa2 daripada pertemuan itu..kerana bimbang akan berulang kesilapan. Namun Zaki telah memberi sedikit keyakinan dengan mendapatkan nombor telefon Izzan (macho la konon!)

Dan bermulalah episod 'tak kenal maka tak cinta'. Dalam episod ini mereka saling mengenali hati budi masing2 walaupun pernah satu ketika mereka tersilap umur. Huahuahua....Zaki menyangkakan Izzan seusia dengannya...realiti sebenar adalah umur Izzan terlebih satu angka (lebih tua dari Zaki!). Selama lebih 2 tahun menyemai benih menyulam rasa (benih cinta yea!)...mereka cukup tegar melawan, menepis, menangkis dan mengelak setiap onak dan duri yang merintangi perjalanan episod ini. Dan boleh juga ditamsilkan seperti lautan gamaknya...adakala tenang membuai rasa, adakala gelora menggegar dada. Namun begitu, Zaki dan Izzan merasakan mereka cukup serasi bersama dan tiada apa yang mampu memisahkan mereka lagi.

Pernah di suatu ketika, ada insan lain cuba untuk menyulam kata dan ingin meminang Izzan. Namun Zaki amat pantas merebut peluang dan akhirnya, pada 19 Disember 2004 keluarga Zaki bertandang ke Melaka untuk meminang Izzan. Alangkah gembiranya hati Izzan kerana ada juga yang sudi meminangnya..(sengal!). Episod 'darah manis' pun bertamu. Izzan merasakan wujudnya keserasian yang jitu antara dia dan Zaki kerana dua cintanya sebelum ini dia yang dengan beraninya memutuskan hubungan itu (dengan alasan...tidak serasi!..dan Zaki cintanya yang ke 3! ok tak? ). Zaki juga seorang yang sangat romantik dan penyayang...sehinggakan Izzan boleh 'lebur' dengan sikap semulajadi Zaki itu. (huahuahua!). Bila melihat Zaki, Izzan merasakan Zaki mempunyai satu karisma dan aura yang sukar untuk dicari pada mana2 lelaki. Mungkin sebab itulah dia menjadi kegilaan ramai semasa di Universiti. Dan Izzan sungguh berbangga dan bersyukur kerana dapat menakluk cinta Zaki biarpun berjuta dugaan dan rintangan yang terpaksa ditempuhi (serius! dugaan yang sungguh hebat!). Yang paling penting, Zaki dikatakan mampu membimbing Izzan dalam apa jua keadaan samada urusan dunia mahupun akhirat. Itu yang amat diperlukan oleh Izzan dalam hidupnya. Dan pastinya Izzan merasakan bahawa Zaki mempunyai pakej yang redup mata memandang...(kalau tak..takkanlah sampai sekarang pun ada yang masih minat pada dia! issshhh!!).


Setelah setahun berdarah manis...mereka diijabkabulkan menjadi 'kekasih halal' dengan cop JAIM pada 9 Disember 2005. Maka tamatlah sudah episod 'darah manis' dan bermula pula episod 'anugerah cinta'. Mereka berdua memadu kasih memetrai janji sebagai suami isteri sehingga ke hari ini. Pahit manis, suka duka semuanya dikongsi bersama. Berkat perkahwinan itu, mereka telah dihadiahkan dengan dua puteri comel yang menjadi penyeri kehidupan mereka setelah hampir lapan tahun menyulam kasih. Alhamdulillah...inilah yang dinamakan 'anugerah cinta'.....


~*TAMAT dan akan bersiaran secara langsung setiap hari tanpa SIARAN ULANGAN*~

Voila!!! Ada macam telenovela tak cerita kat atas tu??? Apa??? Tele-boleh-blah??? Hahahaha...actually aku join contest yang dianjurkan oleh Bro Framestone di blognya. Juz for fun n aku teringin nak memeriahkan suasana setelah mendapat 'green light' daripada mr zorro. Bro Framestone buat contest 'sweet couple' even aku rasakan kami bukanlah sweet sgt pun...kami hot!!!!weeeeee~~


Kalah menang bukan ukuran...sebab hadiah pun tak tau apa kan...terimalah slogan wajib untuk contest ini...



BroFramestone & Khaizarien merupakan pasangan serasi yang sungguh sweet dan da boom! namun status masih 'pending' kerana belum diijabkabulkan, sedangkan kami sudah 4 tahun serasi dan hot menjadi kekasih halal dengan cop JAIM. Dan mereka tidak boleh mengalahkan pasangan Zaki & Izzan.
Dengan ini Kami ingin mengistiharkan perang ke atas pasangan BroFramestone & Khaizarien. Undilah kami pada 01 - 04 April 2010.


Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Thursday, March 18, 2010

~*nota untuk suami isteri*~

Entri ini diinspirasikan oleh siti hasliza a.k.a kak za. Beliau merupakan sahabat saya semasa di UIA. Terima kasih buat kak za di atas entri yang sungguh memberi kesan mendalam bagi sesiapa saja yang membaca entri ini. Antara petikan entri yang menarik perhatian saya adalah :
"Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan."

Ya, suami merupakan tunggak utama dan terpenting dalam rumahtangga. Suami perlu memikul tanggungjawab besar dalam membimbing isteri dan anak2 ke arah mencari restu dan redha Ilahi. Dalam masa yang sama suami wajib melaksanakan tanggungjawab terhadap ibu bapa. Suami perlu bijak menawan dan mengambil hati isteri dalam apa jua keadaan kerana hati wanita akan mudah tewas dengan pujukan dan belaian sang suami. Percayalah!!! (hehehe) Bak kata pepatah..“hati wanita sekeras kerak nasi, bila di sirami air, maka ia pasti lembut juga”. Sebenarnya, di saat kedua2 hati dengan rasminya disatukan menjadi suami isteri, secara automatik status suami/isteri akan bertambah menjadi sahabat, teman, kakak, abang, adik kepada pasangan masing2. Dan itulah sebenarnya fungsi suami dan isteri. Masing2 pasti ingin meluahkan perasaan samada marah, kecewa, sedih, gembira, teruja dan macam2 jenis perasaan. Maka, silalah jadi pendengar yang terbaik terutamanya suami...jadilah pendengar setia kepada isteri, kerana wanita secara semulajadi akan memerlukan seseorang untuk meluahkan perasaan mereka. Bila sudah berkahwin, sudah pasti wanita mendambakan suami yang sudi menjadi pendengar setia mereka.

Antara coretan kak za yang amat menarik perhatian aku lagi adalah :
"Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana . Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan."

Selalunya kekurangan yang ada begitu dominan sehinggakan ianya lebih menonjol menutupi segala kebaikan.  Walaupun kekurangan tidaklah banyak...tapi itu juga yang selalu menjadi isu sehingga menerbitkan rasa tidak puas hati, menjeruk rasa dan akhirnya pasti akan mengeruhkan keadaan. Dalam apa jua keadaan, suami isteri harus pandai memainkan peranan masing2. Saling bekerjasama, sedia bertoleransi, bijak berkomunikasi adalah ciri2 yang perlu ada dalam rumahangga. Dan yang paling penting, suami isteri menjaga hubungan dengan sang Pencipta dan hubungan sesama makhluk. 

Mudah untuk berkata2...perlu kuat untuk melaksanakannya...insha Allah rumahtangga pasti bahagia dan dalam redha Ilahi. Terima kasih kepada kak za sekali lagi di atas ilmu yang sangat berguna. Banyak pengajaran yang saya perolehi melalui entri tersebut.



Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Wednesday, March 17, 2010

~*aktiviti menge'tag'*~

Pagi nie aku berjaya masak awal2 pagi...pukul 9 aku dah siap masak sup ayam, sardin n hati+pedal ayam goreng berlada. Hehehe...3 jenis menu untuk 3 selera...sup ayam untuk Aufa2, sardin favorite mr zorro, hati+pedal is my favorite. Actually lately aku memang kena siapkan kerja2 rumah lebih hangat awal dari biasa coz keadaan Aufa Qistina masih belum stabil. Kalau dia dah bangun tidur...memang susah nak buat apa2 kerja. Kadang2 aku terpaksa dukung dia sambil masak....aku nie bukanlah bionic woman...so kena paksa diri untuk menjadi rajin....:))

Dan antara rutin harian aku adalah membaca blog2 favorite. Pagi nie....aku baca entri terkini blog fidza. Dia cerita tentang aktiviti menge'tag'...( actually aku tak familiar sgt dgn aktiviti nie n tak pernah buat pun )...seronok pulak aku baca cerita tag si fidza....ohhh lupa nak story...aku tak pernah jumpa pun dgn fidza  even kami (termasuk suami masing2) belajar di universiti yang sama (UIA). And tak pernah terserempak pun di mana2 shopping complex di Kuantan...kecuali ada satu ketika tu kami (refer to aku,mr zorro n Aufa2) terserempak dgn husband fidza di Kuantan Parade. Mr Zorro kenal+kawan dgn dia...tapi fidza takde bersama husband dia (pergi saloon katanya..;p)...so takde rezeki untuk bertemu...:)))

Okay...back to the main topic ya!!! Dengan tak semena2 aku telah di 'tag' oleh fidza di akhir entri. Alamak!!! Kenapa harus aku??? Cuba untuk mempersoalkan coz aku takut pecah tembelang!!!! Hahahaha...Yelah kan...cuba kamu baca dulu rules dalam aktiviti menge'tag' nie : 

1. Go to your photo files… select the 8th photo folder

2. Select the 8th photo in that folder

3. Post that photo along with the story behind it

4. Then challenge 8 blogging friends to do the same.

Juz imagine...kalaulah gambar yg ter'tag' tue gambar aku...n gambar tu mmg tak sepatutnya aku pamerkan di sini...kan kes naya tu!! Lagipun aku nie seorang insan yang jujur dan amanah....tak biasa la nak tipu2 nih! hehehe...Tapi nasib baiklah gambar ke lapan dalam folder ke lapan tu adalah gambar ini.....


Gambar ini telah di snap pada 22 Februari 2010, 7:13 pm
Lokasi adalah di dalam kereta
Di Jalan Jeniang, Gurun, Kedah Darul Aman
Ketika ini kami dalam perjalanan menuju ke pekan Gurun
untuk membeli susu Aufa Irdina 
Motif gambar di snap adalah untuk mememorikan 
Keindahan dan kesayuan pemandangan
GUNUNG JERAI
Yang menjadi tarikan pelancong
(hakikatnya aku memang suka snap gambar!)
Dan
Yang pastinya
Aku belum pernah 
Berkunjung ke sana
:(


Orait!!! Finally I've done my part....huh!! Harap2 fidza berpuas hati dengan hasil 'tag' ini....rules terakhir...challange 8 member blogging yea...hmmmm sapa la agak2nya yea...ala...aku tak ramai member kamcing dalam blog la...so sad...:(...so sapa2 yang rasa diri dia member aku...sila2lah buat aktiviti ini yea...okay.....tata...babai...assalamualaikum...:))

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Tuesday, March 16, 2010

~*antara tragedi dan fakta : suratan atau kebetulan*~


 Info ini saya ambil daripada diari lama saya...tahun 2003. Ianya berkenaan tragedi 11 September 2001 di World Trade centre (WTC) New York. Fakta ini ditemui oleh Dr Zaghlul Najjar, seorang ulama' Mesir yang bijak dan arif dalam bidang sains dan pernah mengajar di Amerika.Menurut kajian yang telah dibuat, beliau mendapati terdapat satu ayat di dalam al-Quran  yang seolah-olah memberi isyarat awal mengenai kejadian ini. Namun hanya Allah Taala yang Maha Mengetahui samada ianya memang benar2 tersurat atau hanya satu kebetulan. Maha Suci Allah....

Fakta Tradegi :
  • Ketinggian bangunan WTC : 110 tingkat
  • Hari  kejadian : 11 haribulan
  • Bulan kejadian : 9 (September) 
  • Tahun : 2001
Fakta al-Quran :
  • Ayat : 110
  • Juzu' : 11
  • Surah : 9 (surah at-taubah)
  • Huruf terakhir dalam ayat ini adalah huruf ke : 2001

Firman Allah Taala :
(Keruntuhan masjid) yang dibina oleh mereka yang munafik itu sentiasa menjadi penyakit syak dan keluh kesah (lebih daripada yang sedia ada) dalam hati mereka, (dan tidak akan habis) kecuali (apabila) hati mereka hancur-luluh (dalam tanah). Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Ini adalah satu perbandingan yang tepat. Tetapi sejauh mana persamaannya hanya Yang Maha Esa yang layak untuk menetapkan kesahihan perbandingan itu. Sebagai Muslim, kita wajib percaya dengan qada dan qadar Allah Taala. Apa pun yang berlaku pasti ada sebab dan hikmah yang tersembunyi. Sekiranya Dia mengkehendaki sesuatu perkara itu terjadi...tiada apa yang mampu menghalang dan menidakkan qudrat 'azza wa jalla...



Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Monday, March 15, 2010

~*trauma*~

Sudah empat hari berlalu...namun masih tiada riak perubahan. Hati semakin risau...jiwa makin tertekan. Kadangkala terbit rasa kesal dan kecewa...namun segalanya telah tersurat...aku harus terima dengan redha...dugaan itu adalah tarbiyah terbaik dalam menempuh kehidupan di dunia...
" Ya Rahman Ya Rahim...ampunkan segala dosa hambaMu ini..Bantulah daku...leraikanlah segala resah dan kerisauan ini. Ya 'Aziz Ya Jabbar...pulihkanlah semangat dia...kurniakanlah ketenangan dalam dirinya...tenangkanlah hatinya...aku memohon rahmat dan 'inayah Mu Tuhan..."

" Sayang...tolong kuat semangat ok...tolong mama...jangan takut sangat. Mama, baba dan kakak sentiasa ada dekat dengan sayang. Tiada apa yang perlu sayang takuti melainkan satu...kita semua kena takut pada Allah Taala. Sayang mama sebelum nie berani...malah lebih berani daripada kakak. Tolong bina semula keberanian itu sayang...mama risau sangat....setiap kali sayang menangis ketakutan...mama rasa menyesal sangat suruh uncle tu potong rumput di rumah kita. Mama tak sangka sayang jadi takut sampai macam nie sekali..sayang jadi trauma yea... maafkan mama. Semuanya silap mama...mama tak prihatin...mama lalai...mama leka. Mama janji mama akan ikhtiar untuk pulihkan semula semangat dan keberanian sayang...dengan izinNya...sekali lagi...maafkan mama..."


" Sayang...terima kasih mama ucapkan kerana menjadi puteri yang amat memahami keadaan mama dan adik. Mama bersyukur kerana sayang sentiasa memberi semangat kpd mama setiap kali mama bersedih melihat keadaan adik. Mama juga amat berbangga memiliki puteri yang sedia belajar untuk menjadi seorang kakak yang baik, membantu adik dan sentiasa melindungi adik. Mama amat terharu...setiap kali mama menangis...sayang akan memujuk mama, sayang akan memeluk mama seolah2 sayang memahaminya. Sayang...terima kasih yang tak terhingga. Mama minta maaf kerana mama lebih menumpukan perhatian kpd adik sejak kebelakangan nie...mama harap sayang faham. Kamu berdua adalah segala2nya..."


Sekadar meluahkan apa yang terbuku di hati...sukar untuk aku melelapkan mata apabila memikirkan keadaan Aufa Qistina. Kenapalah dia jadi trauma...sampaikan dengar enjin kereta pun jadi takut. Hebat betul penangan si pemotong rumput bertopeng perompak itu! Sampai trauma anak aku dibuatnya! Tapi aku tak salahkan dia...segalanya telah tersurat. Sekarang aku perlu berusaha untuk kembalikan keberanian dan memulihkan semangat buah hati pengarang jantung kami....

Kamu...doakan Aufa Qistina yea...doakan Aufa Irdina juga...terima kasih...






Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Thursday, March 11, 2010

~*sepi*~

Dari kejauhan

Di ruang paling kecil dalam hatiku

Biarpun sempit dan gelita

Aku akur

Aku sedar

Aku akui

Wujudnya ia

Bukan kerana aku seorang

Bukan jua kerna ditinggalkan

Jauh sekali dikecewakan

Mungkin

Di situlah asalnya

Di sanalah diamnya

SEPI


video
LAGU : SEPI
ARTIS: YUNI SHARA

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Tuesday, March 9, 2010

~*never had a dream come true*~




Everybody's got something they had to leave behind
One regret from yesterday that just seems to grow with time
There's no use looking back or wondering
How it could be now or neither been 
All this I know but still I can't find ways to let you go

I never had a dream come true
Till that day that I found you
Even though I pretend that I've moved on
You'll always be my baby
I never found the words to say
You're the one I think about each day
And I know no matter where love takes me to
A part of me will always be with you

Somewhere in my memory I lost all sense of time
And tomorrow can never be
'Cause yesterday is all that fills my mind
There's no use looking back or wondering
How it should be now or neither been 
Oh this I know but still I can't find ways to let you go


You'll always be the dream that fills my head
(Yes you will, say you will, you know you will, baby)
You'll always be the one I know 
There's no use looking back or wondering
Because love is a strange and funny thing
No matter how I try and try
I just can't say goodbye
No no no no


Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Monday, March 8, 2010

~*jangan selalu memijak kaki orang lain!!!*~

Semalam...ada banjir di mataku....oh!!!! Kenapa ek??? Kerana......aku sedih melihat kesusahan seseorang yang tidak perlu aku kenalkan dirinya...akibat bebanan yang terpaksa ditanggung demi memuaskan keinginan orang lain...dalam masa yang sama...seseorang yang memberi bebanan itu dalam sedar atau tidak (i don't know) telah membenankan dirinya sendiri...I DON'T LIKE THIS!!!
"Please be independant !! Yes!! i know that you really need _ _ _* at this time...but you have to understand that  _ _* has a priority more than yours!! And the priority is not juz for _ _ _* but for you also!! Please!! Don't create this burden!!! Don't be too selfish!!! Be strong!!! We're always with you...and please stop creating burden!!!"
tanda * adalah identiti yang terpaksa dirahsiakan atas nasihat doktor haiwan...;p

Sigh......aku memang tak boleh tengok situasi macam nie. Dan aku bukan seorang yang suka cakap or amalkan ayat nie....
"Lantak pi la kat hang!! bukan ada kena mengena dgn aku pun!! Yang susah bukannya aku!! Hang larat nak tanggung beban...hang cipta la beban berbukit-bukit!!"



No!!!! Aku bukan jenis yang macam tu...Aku seorang yang amat sensatif....jadi bila perkara2 yang tak sepatutnya terjadi...tapi diciptakan juga bagi jadi...aku amat kecewa!!!...namun aku masih tidak keberatan untuk membantu menyedarkan malah sanggup membebankan diri sendiri untuk membantu meleraikan bebanan itu. Tapi...jauh di sudut hati....ada kekesalan...ada kesedihan...ada kerisauan...dan...ada persoalan....kenapa dia sanggup membebani dan memberi beban???

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Saturday, March 6, 2010

~*ABC*~

wahhhh!!! colourful n tasteful!!!


Lately...aku asyik mengidam nak makan ABC
(i'm not preggy yet...)

 Rasanya dalam tempoh sebulan nie...
Every weekend forsure akan menikmati
Kelazatan ABC
Kalau bukan ABC "made in Restoran Irwan Syah, Pandan Indah"
(macam nama penyanyi seberang jer...;p)

Pastinya mr zorro akan beli ABC
"Made in Jaya Gading, Kuantan"
(tak tau nama kedai...lokasi depan Alfa Indah)

Kalau nak tau....
Sekarang nie....
Aku tengah layan ABC jaya gading
Weeeeeeeee~~

Tapi
ABC jaya gading agak manis
(oghe klate ghoyak...manis leting!)
Aku suka yang sedang-sedang saja
Macam ABC Irwan Syah

**Entri ini dibuat kerana terpengaruh dengan entri en jaz berkenaan cendol Ibrahim banting

Mana satu pilihan nafsu makan & minum kamu???
ABC atau Cendol???
:)

Okay la..
Aku nak kena minum air kosong nie...
Manis sesangat ABC nie...

(malam nie nak travel lagi...nak jumpa my newborn baby arissa sofea)
(esok mr zorro ada program di cyber jaya)

Assalamualaikum
Daaaa~~

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Friday, March 5, 2010

~*oh bulan*~


LAGU : OH BULAN
PENYANYI : YUNA JUNIOR
INSTRUMEN : GITAR HANGER

video

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

~*kontraksi**epidural**episiotomi*~

Pernah merasai pengalaman bersalin? Opppsss yang lelaki pastinya tidak pernah...mungkin hanya memerhati dari kejauhan...atau punya pengalaman menyaksikan/menemani isteri dalam labour room? Fuhhh!!! hebatnya wanita...Maha Suci Allah...perut/rahim yg asalkan flat,slim n steady boleh meregang, mengembang untuk menampung janin yang boleh mencapai berat lebih daripada 4kg. Laluan yang asalnya sempit, yang kurang daripada 1cm (agaknya...;p) boleh membuka sehingga 10cm demi untuk memberi laluan kepada janin yang telah bergelar juara. Hebatnya wanita kerana sanggup bertarung nyawa demi menyambung zuriat keturunan Bani Adam. BRAVO!!!!


4 tahun lepas...aku bertarung nyawa untuk melahirkan anugerah cinta yang sulung. Selama hampir 12 jam aku berperang dengan kontraksi yang berperingkat. Bermula pada jam 8:30 pagi berakhir pada jam 8:30 malam. Maklum sajalah...anak sulung...laluan belum ada...jadi ambil masa jugalah untuk kontraktor2 kontraksi untuk membina lebuhraya yang mantap dengan berlantaikan karpet merah (darah) bagi menyambut kemunculan puteri harapan bangsa....hehehe. Bercampur-baur perasaan aku masa tu...takut, sakit, cemas, risau, resah, gelisah...namun aku tenangkan dengan ayat2 cinta yang sentiasa menjadi penawar. Sakit yang sukar untuk digambarkan...atau aku boleh umpamakan sakitnya seperti sakit senggugut...tapi gandakan dengan 100 atau 1000. Bayangkan....betapa sakitnya kontraksi itu! Itu yang menyebabkan menjelang tengahari aku memohon daripada doktor untuk mengambil ubat tahan sakit yang bernama Epidural. Aku dapat tahu tentang ubat tahan sakit nie melalui pembacaan. Epidural ini melibatkan suntikan khas ubat bius setempat ke dalam lapisan lemak epidural (epidural space) yang mengelilingi cecair saraf tunjang (cereberospinal fluid) melalui celahan tulang belakang pada bahagian pinggang pesakit. Sejenis tiub halus turut dimasukkan ke dalam lapisan lemak epidural pesakit untuk memboleh ubat bius di masukkan secara berterusan ke sehinggalah ibu selesai bersalin. Ubat bius ini akan bertindak menghalang penghantaran isyarat kesakitan daripada bahagian rahim dan vagina daripada sampai ke otak. Kesannya ialah kesakitan di bahagian pinggang dan ke bawah tidak di rasai oleh pesakit.Ingin tahu lebih lanjut sila klik di sini. Dan alhamdulillah...derita kontraksi berkurang dengan adanya Epidural...tapi masih lagi sakit!!! Dalam masa menahan rasa sakit, aku terpaksa menebalkan muka untuk berdepan dengan doktor lelaki yang juga merupakan kawan mr zorro....aduhai...malunya aku...kenapalah dia diamanahkan untuk menguruskan proses bersalin aku...takkanlah takde doktor perempuan...malu!!!!! Tapi aku patut berterima kasih pada doktor Nik...disebabkan dia...akhirnya dapat jg mr zorro masuk ke labour room tanpa pernah memasuki apa2 kelas yang berkaitan. Kata kawan kan.....;p

Bermula dengan kontraksi 1:10...sebutannya (one in ten)...maksudnya sekali kontraksi dalam masa 10 minit. Masa tu laluan baru membuka 3cm. Kontraksi pun tak kuat n sakit...juz rasa sengal2 jer. Best juga mengira kontraksi nie...aku bekerjasama dengan nurse mengira kontraksi sambil menemuramah dia. Hahaha...sempat lagi kan...tapi berbaloi la juga usaha temuramah aku tu...lupa sekejap rasa sakit n dapat macam2 info kesihatan. Bila laluan membuka 5-6cm,  kontraksi  menjadi 4:10....dalam masa 10 minit lebih kurang 4 kali kontraksi menyerang. Walaupun aku mengambil Epidural...kontraksi yang dialami amat menyengalkan. Aku tak dapat bayangkan orang yang tak ambil apa2 ubat tahan sakit...ohhhh kiranya aku nie tak aci la ek....time nie mr zorro dibenarkan masuk menemani aku. Aku ingat lagi macamana kuatnya aku genggam tangan dia bila kontraksi mencengkam...nasib baik tulang tangan dia tak remuk!! Bila laluan sudah membuka 10cm...doktor Nik n beberapa orang nurse  sudah mengelilingi aku...mr zorro berada dekat di sebelah aku...aku diminta untuk menarik nafas n push!! Mula2 tu macam tak berapa pandai nak push..takut benda lain pulak yang keluar nanti! Hehehe...usaha pertama tak berhasil. Aku tarik nafas dan push sekali lagi...masih tidak berhasil. Lalu aku nampak nurse dah ambil gunting untuk melakukan episiotomi atau dalam bahasa kampungnya kita sebut 'gunting'. Aku rasa episiotomi dilakukan coz baby aku besar or cuba baca di sini

Lepas tu baru aku rasa mudah jer nak push...terus keluar kepala baby. Nurse tak bagi push lagi coz nak betulkan kedudukan kepala baby. Then bila kedudukan kepala baby dah ready...baru boleh push for the last. Time nie baby meluncur keluar dengan mudahnya...ALHAMDULILLAH...aku tak tahu berapa puluh or ratus ucapan syukur itu aku lafazkan bila semuanya selesai...maksud aku bila baby selamat dilahirkan. Gembira dan amat terharu!! Mr zorro yg juga gembira dan teruja sampai tersasul diazan dan diiqamatkan puteri sulung kami...hahaha...sepatutnya iqamat saja kan...tapi takpe...at least puteri itu awal2 lagi dah dengar azan.Jam 8:30 malam Aufa Irdina selamat dilahirkan. Proses menjahit luka episiotomi pun bermula..opppss sebelum tu nurse bersihkan rahim dulu...takut ada sisa2 yang tertinggal yang boleh membawa maut! Then baru boleh jahit tanpa rasa sakit pun...lupa ker...kan aku ambil epidural...hehehe. Bila selesai proses jahitan dan pembersihan...doktor Nik datang lagi untuk memeriksa tahap kesihatan aku. Arggghhhh...aku tak boleh nak pandang dia time tu...malu yang teramat malu!!! Yealah kan...kawan suami sendiri tu....then dia nak cabut semula epidural...lega rasanya...dalam jam 10 malam selesai urusan di labour room. Aku dan Aufa dimasukkan semula ke ward.

1st day of her born...lovely!

Sujud dan tahmid hanya layak diucapkan Pada Yang Maha Esa. Pengalaman yang amat berharga dalam hidup aku selepas 26 tahun. Aku bercerita tentang pengalaman bersalin nie...coz adik ipar aku sekarang ni sedang bertarung nyawa untuk melahirkan baby sulung. Tu yang teringat pengalaman sendiri...mula2 rasa taknak mengandung n bersalin lagi...serik rasanya...tup tap tup tap...keluar lagi yang kedua. Tapi pengalaman kedua agak berbeza dengan pengalaman pertama. Ada rezeki, ada ketika...insha Allah akan dikongsikan pengalaman itu.

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Monday, March 1, 2010

~*headache*~

Pada waktu ini..aku sedang menunggu mesej daripada mr zorro yg dalam penerbangan pulang dari Pulau Langkawi. Sepatutnya dalam jam 9 malam dia sudah tiba di stesen Bandar Tasik Selatan...tapi semestinya flight delay nie...oppppsss...baru jer terima mesej daripada dia...."tengah tunggu train, 19 minit lagi train sampai"...bermakna dalam jam 10.30 nanti barulah dia akan sampai ke stesen BTS. Aku pulak tengah menahan sakit kepala sejak petang tadi. Aku memang jarang makan ubat tahan sakit...petang tadi aku makan juga Uphamol sebab aku dah rasa macam nak muntah. Tapi sampai sekarang still rasa bagai nak pecah kepala nie!!!! 

I LOVE U....kata monkey kpd mr zorro...;p

Sekejap lagi aku nak memandu...dengan kepala yang masih berdenyut2...dengan mata yang agak tak tahan silau...aku harap aku akan selamat sampai ke stesen LRT Bandar Tasik Selatan untuk menjemput pulang si dia yang kutunggu2...forsure mula2 jumpa aku akan malu2 kucing!!! hehehe....

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...