AufaZanKi

My photo
Special Thought For The Super Special Persons In My Life

Thursday, December 19, 2013

19/12 ...tahun 2004...


Saya tanya Baba.."ingat tak tarikh hari ni?"...bertuah sungguh dia tak ingat! saya kata kat dia..."dia yang cipta tarikh ni....dia pulak yg tak ingat ei"...hahaa...saya ni..semua tarikh yg berkaitan saya ingat! wanita......kannnn...lelaki...asal jadi sudah la...yg lain2 tu....tak penting pun...

Actually..takde apa pun...saja nak menyakat Baba...nak minta dia belanja Barbie Mariposa kejap lagi... ;)

Tarikh hari ni...19/12...masa tahun 2004...saya selamat bergelar tunangan orang...takde plan apa2...tetiba je nak datang meminang dalam tempoh seminggu...kelam kabut nak buat persiapan...

Masa tu belum kerja tetap lagi...baru grad..juz jadi guru ganti jer...Baba pulak..belum habis  study lagi...

Agaknya...Baba takut saya dipinang orang lain kot...hahaa...memang ada sorang brother tu nak masuk meminang...kalau saya bagi jawapan positif...issshhh...macamana saya nak kata "ya"...sedangkan hati saya dah tersangkut dekat Baba time tu... :p

Semuanya sudah termaktub kan...kita hanya jadi pelakon saja atas dunia ni...




Hahaaa...inilah gambarnya sebagai bukti...

Segala-galanya disponsor...

Baju...pinjam baju cousin...kebetulan dia belum pernah pakai baju tu...thanks ijal...besar jasamu..

Barang2 hantaran...sponsored by Kak Pah...dia belikan kemeja+neck tie, set tali pinggang+beg duit, sejadah, tuala mandi...heheee...sangat old school kan barang hantaran...

Nak dijadikan cerita...seminggu sebelum dipinang tu...saya ada mimpi ular...ular tu besar sangat2...n ular tu bawa cincin...cheeewahhh! agaknya kebetulan je kot.. takde la nak percaya sangat.. sikit2 tu ada la...hehee...tak semua mimpi itu mainan tidur...kan?


Oklah...nak cerita itu je...kisah daku dipinang oleh Baba.. hehee

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Monday, December 16, 2013

Bila saya setia...


Pernah ada yang kurang senang...berdendam mungkin...atas kesetiaan saya pada cinta. 

Sesetia mana pun saya pada cinta...jika jodoh itu sudah termaktub milik saya...ia tetap milik saya. 

Dan sesetia mana pun saya...jika jodoh itu sudah ditentukan untuk kamu...ia tetap milik kamu...dan sudah pasti jodoh saya pada hati yang lain.

Kenapa perlu mempertikaikan sesuatu yang menjadi ketentuan? 

Kenapa perlu berdendam atas kesetiaan cinta orang lain...sedangkan kamu langsung tidak berbuat apa2 untuk mempertahankan kesetiaan kamu?

Saya sedih...saya kecewa...ada kamu kisahkan?

Kamu...tetap ingin mempertahankan apa yang kamu rasa dan apa yang kamu inginkan

Sedangkan kamu sudah temui jodoh kamu

Saya tidak pernah rasa menyesal dengan apa yang telah terjadi

Cuma...saya rasa dipergunakan dan dipersendakan

Kamu seolah-olah tidak menghormati perjalanan hidup saya

Kamu yang memulakan dan kamu juga yang menamatkan dengan membuang saya dari hidup kamu

Itupun saya tetap tidak kisah dan tidak menyesal

Kerana saya tahu dan faham..

Saya sedang berdepan dengan ujian hidup

Dan ujian itulah yang telah mentarbiyyah hati dan jiwa saya


Untuk kamu...terimalah hakikat dan hormatilah kehidupan insan lain

Terima kasih


Baba...terima kasih atas segalanya...semoga Allah merestui dan meredhai hubungan kita hingga ke syurga....aameen

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Sunday, December 15, 2013

Tentang nama


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh!

Tetiba rasa nak bercerita tentang nama

Baru2 ni tengok rancangan Primadona...terdengar kata2 sorang artis..."apa salahnya namakan anak mcm nama org putih...nama bukannya penting pun...yang penting agama"

Apa yang saya faham...kita sangat dituntut  untuk memberi nama yang baik kepada anak2...nama yang memberikan maksud yang baik kepada anak2...boleh mengambil nama dari pelbagai bahasa di dunia ni..tapi sangat digalakkan untuk memberi nama anak dari Bahasa Arab yang merupakan bahasa al-Quran. 

Nama yang mempunyai maksud yang baik umpama doa kita untuknya. So, adalah lebih baik kita memanggil anak kita dengan namanya sendiri bukan dengan gelaran.

Masa mula2 mencari nama untuk anak yang first tujuh tahun lepas...memang  saya berniat untuk memberi nama yang memberi maksud yang baik kepada anak2 saya...n saya taknak bagi apa2 gelaran kpd anak2

Akan tetapi...terkandas juga dekat anak kedua kami...kami panggil beliau dengan gelaran "adik"...melekat sampai sekarang gelaran tu! patut la perangai makin lama makin macam adik...walhal dah ada dua orang adik! 

Fuhhh....kagum dengan penggunaan perkataan "walhal".....hahaaa

Ok...saya baru deal dengan Aufa Qistina untuk tidak memanggilnya dengan panggilan "adik" lagi..sebelum ni dia akan marah...alhamdulillah hari ni terus  deal...hikmah saya bercerita tentang nama ni kot! alhamdulillah...hopefully tak tersasul la lepas ni.. ;)

Sabda Rasulullah bermaksud: “Kamu sekalian pada hari kiamat akan dipanggil dengan nama kamu dan nama bapa kamu, maka hendaklah kamu memperelokkan nama kamu.” (Hadis riwayat Abu Daud).

Rasulullah pernah ditanya oleh seorang sahabat mengenai kewajipannya sebagai ayah. Lalu Rasulullah menjawab dengan sabda bermaksud:“Hendaklah kamu memperelokkan namanya, didik dan asuhlah dia serta letakkan dia di tempat sebaik-baiknya. ”(Hadis riwayat at-Tausi).

Pepatah (Arab) menyebut, ‘Kewajipan ayah terhadap anaknya ialah: memilih baginya ibu yang baik, memberinya nama yang baik, dan mengajarnya adab yang baik’.

Masa saya kecil dulu...pernah la juga merengek dekat Mak Abah...sebab nak tukar nama...hahaa..

Pastu...Abah kata...nama saya tu ada maksud..."cahaya cerdik dan pandai"...hehee...

Alhamdulillah...saya pun takde la nak beria sangat nak tukar nama...kalau  dah itu niat Mak Abah untuk nama saya...saya terima dengan penuh syukur

Nama saya yang sebenar... Nor Salfarizan

Tapi...saya ambil n improvise part yang ada maksud...

Izzan maksudnya Keberkatan

Safa maksudnya Kesucian

So, Izzan Safa bermaksud "keberkatan dan kesucian"

Wahh gitu...hehee


Kesimpulannya...

Nama mencerminkan peribadi

Nama yang baik umpama doa

Tunaikan amanah pertama kita kepada zuriat milik kita dengan memberikan nama yang mempunyai maksud yang baik

Mudah-mudahan kita semua diredhai Allah Taala...





Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Friday, December 13, 2013

121213


121213

HAPPY 6th BIRTHDAY TO AUFA QISTINA





Doa dan harapan Mama Baba

Semoga Aufa Qistina membesar dengan sempurna

Serta menjadi seorang yang terbaik di dunia dan di akhirat

Allahumma...aameen



Awal tahun depan dah mula bersekolah

Macam biasa...Mama dia yang over worried

May everything goes fine....hurmm...






Aufa Qistina...

Seindah namanya...begitu jugalah tuan empunya nama

Ramai yg berkenan dengan kecantikan dan kecomelan dia

Moga akhlak dan peribadi juga comel yea Adik...

Makin lama makin manja budak sorang ni...

Nak  dukung laa...nak duduk atas pangku laa...nak tidur sebelah Mama laa...

Isshhh...isshhh...issshhh

Padahal dah ada dua orang adik!

Heheheee....

Tapi...Mama Baba memang suka melayan kerenah dia

Lawak pun ada budak ni tau!






 Antara bakat Aufa Qistina yang menyerlah

Suka sangat  lukis gambar princess

Macam2 fesyen baju princess yang dilukisnya

Kreatif...


WE LOVE YOU SO MUCH ADIK!!!!


Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Wednesday, December 11, 2013

Siapa yang anda pilih?


Andai diberi pilihan

Dan harus memilih satu antara beribu

Siapa yang anda akan pilih?



Ada satu cerita di facebook Baba

Tersentap dan tersentuh hati ini bila membaca cerita tersebut

Ianya berkisar tentang pilihan

Begini ceritanya....



★★★★★★★

Seorang penceramah mengadakan permainan kecil kepada tetamu di dewan yang sudah berkeluarga dan meminta 1 orang datang ke depan. 

PENCERAMAH: ”Tulis 10 nama yang paling rapat dengan anda” Lalu lelaki tersebut menuliskan 10 nama, ada nama jiran, orang tua, teman kerja, sahabat, anak dan juga isterinya serta seterusnya. 

PENCERAMAH: "Sekarang sila pilih 7 di antaranya anda ingin hidup terus bersamanya"Lelaki itu memadam 3 nama yang ditulisnya tadi. 

PENCERAMAH: "Sekarang hapuskan 2 nama lagi, sehingga tinggal 5 nama sahaja di papan tersebut."

PENCERAMAH : “Hapus 2 nama lagi.” Maka tinggal 3 nama, iaitu nama orang tua, anak dan isterinya. Suasana dewan menjadi hening, mereka berfikir semua sudah selesai dan tak ada lagi yang harus dipilih.

Tiba-tiba PENCERAMAH berkata: “Silakan padam 1 nama lagi!” Lelaki itu dengan perlahan-lahan mengambil keputusan yang sulit dan menghapus nama orang tuanya.

PENCERAMAH : "Silakan pilih 1 nama lagi!"Lelaki tersebut menjadi bingung. Kemudian mengangkat kapur dan dengan berat hati mulai menghapus nama anaknya dan lelaki itu pun menangis. 

Setelah suasana tenang.

PENCERAMAH bertanya kepada lelaki itu, "kenapa kau tidak memilih orang tuamu yang telah melahirkan dan membesarkanmu, tidak juga memilih anak yang darah daging anda sendiri, sedangkan isteri itu dapat kau cari lagi?"

Semua orang di dalam dewan tersebut terpaku menunggu jawapan dari lelaki tersebut. 

Lalu lelaki itu menjawab: "Seiring waktu berlalu, orang tua saya akan pergi meninggalkan saya, manakala anak jika sudah dewasa akan berkahwin, dan juga pasti akan meninggalkan saya. Sedangkan yang benar-benar boleh menemani saya dalam hidup ini hanyalah ISTERI saya. Orang tua dan anak bukan saya yang memilih, tapi Tuhan yang menganugerahkannya. Sedangkan ISTERI, sayalah yang memilih dari sekian banyak wanita yang ada di dunia ini.” 

Semoga kita semua boleh mengambil hikmah dari cerita diatas. Sayangilah isteri2 anda.

★★★★★★★



Kalau saya....

Saya pilih....

Suami saya!

Oh Baba... I love you so much!!!




Alasan yang sama seperti dalam cerita...

Cuma alasan tambahan daripada saya...

Kerana syurga seorang isteri di tapak kaki suaminya



Tapi...bagaimana dengan suami???

Walaupun telah berkahwin...syurga tetap di telapak kaki ibu

Andai si suami memilih ibu...bagaimana dengan isteri?

Dalam cerita tu...suami memilih isteri...bukan ibu

Fuhhh....sukar sangat sukar...

Nasib baik ianya hanya cerita

Kalau taknak pilih pun takpe...

So, jangan risau yea...

Ini semua poyooooo!!!

Ehhh silap...ini semua sekadar andaian

Dan semuanya seolah-olah berantai dan saling kait mengait

Suami pilih ibunya

Isteri pilih suaminya

Anak pilih ibunya atau ayahnya

At the end...semuanya berkumpul bersama

See...indahnya ikatan kekeluargaan

Indahnya kasih sayang yang Allah kurniakan kepada insan

Oleh itu...bersyukurlah!

ALHAMDULILLAH 'ALA KULLI HAAL...



Baba beli kek chocolate fudge sempena wedding  anniversary kami..thanks a lot! ada lagi...siapa nak? hehe..kesian Baba..nampak sekerat je muka...Aufa yg tolong snap..terpaksa panjat kerusi n panjangkan tangan... :p












Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Monday, December 9, 2013

Hampir terlupa... 091213


Hurmmm...

Patut la tergerak hati nak buat kek coklat semalam...

Baba pulak tetiba je teringin  nak makan kek secret recipe pagi semalam...

Rupa-rupanya...ada special day hari ni

Hampir terlupa...

Lepas maghrib semalam baru teringat...

So...apa kait dengan kek???

Heheee...kek kan sinonim dengan celebration...begitulah kekdahnya...

Ok...tanya sendiri jawab sendiri...macam tak biasa...hahaaa


inilah kek itu...extra moist chocolate cake...fuhhh!!  melelehhh!!



Alhamdulillah 'ala kulli haal...

Dah lapan tahun kami menggalas amanah dan tanggungjawab sebagai suami isteri dan Baba Mama

Masih banyak yang perlu diperbaiki dan dipelajari

Suka duka silih berganti

Semua itu pelajaran dan  ada ibrah




Untuk Baba...

Perkahwinan kita adalah amanah dari Dia

Sama-sama kita jaga, sama-sama kita pelihara

Berilah rasa hormat kepada ikatan suci ini

Agar ianya sentiasa dilingkari oleh redha Yang Esa

Sama-sama kita wujudkan mawaddah dan rahmah dalam hubungan ini

Agar bahagianya melimpah ruah kepada anugerah cinta terindah milik kita

Terima kasih atas segalanya setakat lapan tahun bersama dan setakat sebelas tahun saling mengenali

Mohon kemaafan di atas segala khilaf

Semoga Allah meredhai kehidupan rumahtangga kita

Aameen Ya Rabbal 'alameen





Kebetulan juga...di facebook saya pagi ni...Ustaz Sarhan ada post tentang petua bagi pasangan yang berumahtangga

Sesuai sangat kan..

63 petua yang boleh diamalkan menurut Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah :


1. Doa yang berterusan.

2. Patuh ajaran agama.

3. Murah dengan pujian.

4. Murah dengan khidmat.

5. Murah dengan belaian kasih sayang.

6. Murah dengan sentuhan.

7. Mencari kebaikan pasangan.

8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.

9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.

10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.

11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.

12. Berfikiran terbuka – boleh tegur menegur.

13. Berani mengambil risiko emosi – tegur/perubahan/ berpisah sementara.

14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.

15. Tolak-ansur.

16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.

17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.

18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.

19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.

20. Sanggup berkorban buat pasangan.

21. Menghormati pasangan.

22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.

23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.

24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.

25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.

26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.

27. Meletakkan hak kepada pasangan.

28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.

29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.

30. Mengawal marah. Buat perjanjian.

31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.

32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.

33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.

34. Memahami peranan ‘pasangan’.

35. Hubungan perasaan sesama pasangan.

36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.

37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.

38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.

39. Tujuh kali puji dan satu teguran.

40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.

41. Banyakkan bergurau dan bermesra.

42. Sentiasa berterus terang.

43. Beri masa untuk perubahan berlaku – sabar.

44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.

45. Elakkan salah pasangan.

46. Cari titik pertemuan.

47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.

48. Lebih banyak memberi daripada menerima.

49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.

50. Sentiasa bersemangat – bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.

51. Seimbangkan hubungan dari segi:
Mental, pendidikan dan ilmu
EmosiFizikal dan ekonomiSosial
Spiritual

52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).

53. Tidak terlalu mengongkong.

54. Tidak bertindak bersendirian.

55. Memberi peluang untuk berbeza:
Pendapat atau pandangan
HobiKegemaran
MakananCita rasa
Warna pilihan dan pelbagai

56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.

57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.

58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).

59. Tidak meminta yang bukan-bukan.

60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.

61. Mencari kelainan dan perubahan positif.

62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.

63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.





Dear friends....please pray the  best for us okay...thank you... ;)

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Wednesday, December 4, 2013

Cuti sekolah : Minggu 3 : Banjir!


Plan asal minggu ni la nak cabut lari dari bumi Kuantan

Nak balik Melaka dulu ziarah family Melaka

Mak Melaka asyik tak sihat jer...risau dibuatnya

Then, bila dah puas stay dekat Melaka...walaupun takkan pernah puas...kami akan bermusafir ke utara pula

Balik ziarah family Kedah pula..

Namun, perancangan kita adalah ketentuan Ilahi..


Hujan lebat yang turun mencurah-curah sejak hari Jumaat minggu lepas telah menyebabkan berlakunya bencana alam di bumi Kuantan

Banjiroooo....




Tengah malam hari Isnin lepas...tetiba air kat depan rumah naik hingga mencecah porch

Mau tak menggelabah!

Tapi takde la over menggelabah...juz risau dlm hati ajer...taknak tunjuk sangat depan Aufas..

Alhamdulillah...tak lama lepas tu surut sikit2...


Esoknya...hari Selasa...semalam laa...

Hujan masih belum berhenti..

Banyak tempat di sekitar Kuantan dah ditenggelami air

Yang kesiannya...bila kawasan yang tak pernah banjir sebelum ni turut terkesan

Ada juga dikalangan member2 saya yang jadi mangsa banjir...lagi la bertambah terusik hati ni...






Dan...gambar ini adalah bukti yang menunjukkan bahawa perancangan kami terpaksa ditangguhkan

Bukan sebab muka Baba yang  hensem...n bukan sebab Baba pakai spek macam orang tua....

Hahaaaa...

Sebabnya ada tertera di baju yang Baba pakai tu...

Kenal ke logo tu?

Itulah logo Jabatan Pertahanan Awam (JPAM)

Baba adalah sukarelawan JPAM

So...takkan takkan nak lepas tangan kan...

Saya pulak...takkan nak selfish pulak dalam situasi yang melibatkan kemanusiaan

Tak tergamak rasanya nak selfish...

Semalam saya dah call Mak...Alhamdulillah  Mak sangat memahami...


ni gambar hari ni..rasanya area Permatang Badak ni...masjid tepi jalan...Baba cuba menghulur bantuan...


gambar ni saya ambil dari facebook KUANTAN...teruk kan?


Katanya...banjir kali ni lagi teruk daripada banjir yg teruk  masa tahun 2001

Saya tak tahu pulak kisah 2001...agaknya masa tu tak ambil port...isshhhh apa la saya ni!

Kalau nak mengikuti perkembangan kisah banjir di Kuantan...silalah like page KUANTAN di facebook

Hopefully...semua mangsa banjir selamat dan dalam keadaan sihat walafiat

Kalau ada kudrat...memang saya nak turun membantu

Apakan daya..saya masih punya anak kecil...

Doa dan terus doa moga segalanya dalam lindungan Allah Taala

Ini adalah sedikit coretan saya di facebook...screenshot aje.. malas nak taip semula...










Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Friday, November 29, 2013

Tidak kusangka...


Last week, hari Jumaat

Tiba-tiba kepala ni rasa pusing...rasa  macam nak pitam

Alamak!!!

Risau sangat laa...

Saya  expect macam ada masalah dengan darah

Sebelum solat Jumaat Baba balik rumah jenguk saya

Baba ajak pergi klinik...saya pulak yang taknak

Ingatnya pening biasa je...

Saya pun ignore aje walaupun rasa pening, pusing, mual still on off

Sudahnya...sampai ke hari Isnin...masa tu dah pukul 11 malam...

Jengjengjeng!!!!!!!

Suspend la sangatttt!!!!

Tengah duduk berehat..tetiba rasa pening n pusing

Kalau berdiri time tu..mesti collapse kot!

Isshhh...tak boleh jadi ni...

Cuba makan jus kurma...minum air suam...

Alhamdulillah...awal Baba balik malam tu...pukul 11 kira awal la tu kalau tgh busy...biasanya akan cecah jam 12  tengah malam..

Oleh kerana risaukan keadaan diri...saya ajak Baba pergi klinik 24 jam di Indera Mahkota yg jauhnya 27km dari UMP

Payah betul hidup di bumi Gambang ni...serba serbi jauh...

Minggu ni Baba busy..so seboleh2nya kesihatan saya perlu stabil...demi Aufas...

Bersyukur juga sebab Aufas especially Kashfina & Amnina tak meragam pun...seolah-olah memahami...



Di klinik, saya hanya ditemani Aufa Qistina

Yang lain tunggu dalam kereta sebab Amnina sudah lena....

Dah tengah malam...patient pun takde

So, tanpa perlu menunggu lama...nama saya pun dipanggil

Bila nampak je wajah doktor lelaki ala2 foreigner yg tersenyum n say hi...

"Allah...doktor ni foreigner ke...apa aku nak goreng ni!" - cakap dalam hati je...

Cakap aje la apa yg terlintas di fikiran waktu tu...

"I got headache, I feel nauseous...for about 4 days..."

Sekali......doktor tu cakap...

"wow...lama tu 4 hari!"

Cehhh!!!! tipah tertipu!!! Spontan je saya cakap...

"ehhh boleh cakap Melayu...ingatkan foreigner"

Hahaaaa...kami pun ketawa secara berduet...kahkahkah...sengal!

Dan siasatan pun bermula..hahaa...betul la kan..doktor kan macam polis..kena tanya macam2 dulu..baru boleh buat solution

Check darah... 130/80

Tapi doktor kata normal...maybe masa tu kepala saya pening sket..n sedikit terganggu emosi...

Doktor tanya..ada rasa kebas tangan? yup memang ada...

Doktor tanya...ada minum kopi? yup saya penggemar tegar nescafe...

Doktor tanya...ada skip waktu makan? maksudnya makan tak ikut time? yup selalu sangat...

Okay! berdasarkan simptom2 yang saya alami...pening n pusing kepala, mual, rasa kebas tangan,  selalu sendawa

Itulah tandanya saya ni kena gastrik!!!


yg ni saya google



Fuhhh!!!  sungguh tidak kusangka...

Selama ni tak pernah ambil port pun pasal gastrik

Ingatkan gastrik tu juz sakit perut biasa jer...rupa2nya indah khabar dari rupa...

Teruk juga penangan gastrik ni...

Sampai ke hari ni saya masih belum stabil lagi...









Dua hari lepas...mata pulak buat hal

Kisahnya sebab masuk habuk

Jenuh nak keluarkan...so saya biarkan  ajer..biasanya dia akan keluar sendiri

Pandai masuk pandai la keluar...kekdahnya...hahaa

Sampai ke maghrib..habuk tu berpindah pulak ke bahagian atas mata yg membuatkan mata saya jadi tak selesa...pedih...n tak boleh buka lama2...

Saya gosok2 tenyeh2 mata...basuh dgn air banyak...masih degil nak  keluar si habuk ni

Sampaikan bengkak, merah menyala n kecil jadinya mata sebelah kanan ni...



tanpa sebarang mekap tanpa sebarang edit...inilah wajahku yg kusam...fokus pada mata kanan...time ni hari kedua..still bengkak n berair mata...



Ada yang kata  kena sakit mata

Tapi...takde pulak rasa berdenyut2 or tertarik2 urat mata

Hari ni dah tak bengkak...dah tak merah...tapi habuk tu macam masih ada dalam mata...

Huh! apasal degil sangat nak keluar ni!



Ehhh...rupa-rupanya stress pun boleh menyebabkan gastrik!

Tak percaya cer baca ni...




So...marilah sama2 kita utamakan kesihatan diri kita




Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Monday, November 25, 2013

Cuti sekolah : Minggu 1-2




Dah seminggu bercuti dari uruskan Aufa Irdina ke sekolah

Cuti akhir tahun kan...

Bestnya!!!!

Tapi...kami juz duduk rumah jer...

Sebab Baba tengah busy dengan pilihanraya kampus UMP

Minggu ni settle...yeay!!!


Sementara Baba busy n sementara kami belum start round utara selatan...

Adalah lebih baik masa yg ada ni diisi dengan mengulangkaji pelajaran

Hurmm...sangat skema kata-kataku!!

~^O^~


Aufa Qistina belum pandai baca!!!  aduiii...memang kena all out cuti ni. Aufa Irdina pulak...Alhamdulillah...english n malay dah lulus dari segi bacaan. So, tgh polish bacaan Jawi sekarang ni...

Antara subjek wajib kat rumah...mengaji! Aufa Irdina baca juzu' 'amma dulu...biar dia polishkan bacaan dulu..baca biar lancar...Alhamdulillah...very good progress...well done Aufa!!!  hurmm...tengok tu...Amnina pun sebok nak ajar kakak dia...hehee

Aufa Qistina...macam biasa la...disebabkan dia suka mengelat...makanya  memang lambat la...baru buku 2 kitab Furqan. Dah masuk huruf bersambubg...

Buku Bacalah Anakku dah nak masuk buku 5. Well done dik!!! Tolong jangan buat Mama risau yea...teruskan usahamu sayang...

Aufa yg berdua tu...sebok nak main play-doh...sementara kakak Aufa yg berdua study


Selain study...apa lagi yg Aufas nak buat...

Selain daripada main..

Birthday Aufa Irdina hari tu dia nak hadiah  Barbie

Ada rezeki lebih...dapatlah beli untuk adik2 dia sekali

Hari2 main benda alah tu...ingatkan makin besar dah tak suka dengan Barbie...hurmm..




port Amnina setiapkali masuk bilik study...kalau dia senyap tu..dah tau la dia ada kat mana...

Aufa Kashfina dah lama ikut jejak langkah kakak2...senang...empat Aufa memang berkongsi minat yg sama...so segala jenis barang memang boleh diwarisi..hehee

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Saturday, November 23, 2013

Sabsuka sangattt!!!


Sabsuka???

Ingatkan menu org Jepun...

Rupa-rupanya menu Arab daaa...

Nama tu lebih kurang macam Sizuka jer....hahaa


Fisrt time tahu pasal menu ni bila tengok Siti Nurhaliza kesayanganku post video kat instagram

Dah lama dah...ada la dalam sebulan or dua bulan lepas...

Nampak macam sedap la pulak kan...

Lagipun...menu macam ni memang jadi all time favorito!

Apa lagi....pakcik google kan ada...search ajer resepi...

Hurmmm...

Setelah sekian lama menggoogle..baru pagi tadi terbuka hati nak buat!

Punya laaa...hahaaa

Pastu...time hati berkobar-kobar nak buat...time tu juga la barang2 kat dapur out of stock!

Hujung bulan katanya....

Dan perangai saya yg tak sudah2 ni...tetap berdegil...nak  buat  jugakkk!!!

Guna jer barang yg ada...memang selalu macam tu untuk apa2 menu sekalipun...sebabnya unplanned menu...




Oklah...

Punyalah panjang introduction...

Inilah sabsuka yang saya dah tukar bahan-bahannya mengikut apa yg ada kat dapur





Dan disebabkan banyak bahan yang telah ditukar...makanya...tak layak untuk dinamakan Sabsuka

Saya namakan menu ni...

'Sesuka-Hati-Saya'

~@^_^@~


Saya ambil konsepnya saja...

Bahan utama Sabsuka adalah daging cincang...saya guna daging ayam yang saya cincang sendiri...gigih tak??? ^O^

Sabsuka menggunakan tomato puree...saya guna sos cili dan sos tomato...lebihkan sos tomato untuk rasa masam ala2 jer...

Banyak lagi bahan yg saya takde...tapi dalam takde bahan...rasanya tetap terangkatt!!!

Allah...termasuk dalam bakul n angkat sendiri la pulakk....hahaa

Baba kata boleh buat lagi lepas ni...tapi Baba tak bagi letak roti...

Menu asal memang tak lapik dengan roti...tapi saya tengok Siti letak roti saya ikut la....hehee..


Orait! Inilah resepi 'sesuka-hati-saya' :

Bahan asas:

Daging ayam yang dicincang (nak senang beli yg readymade)

2 ulas bawang putih
3-5 ulas bawang merah (kalau ada bawang besar..guna bawang besar saja...sebiji)

Sos cili
Sos tomato
Garam
Lada sulah
Italian herbs
Telur 2-3 biji
Sedikit minyak masak


Cara-cara :

Bawang putih cincang halus
Bawang merah/besar potong dadu

Panaskan minyak masak dalam kuali, tumis kedua-dua jenis bawang sehingga naik bau

Masukkan ayam cincang...gaul sebati

Masukkan garam, lada sulah, italian herbs, sos cili, sos tomato

Kesemua bahan di atas masukkan ikut rasa hati...tiada sukatan spesifik...hehee

Kalau nak rasa manis...letaklah gula sekilo...ehhh sekilo lakk...hahaa..letak la sikit...buat rasa manis2 buah cukup la...tapi saya  tak letak gula...

Agak-agak macam dah masak...tutup  la api gas...

Ok...panaskan oven dengan suhu 180° selama 10  minit

Sapu loyang/bekas dengan marjerin

Roti yang dipotong dua...susun dalam loyang rapat2

Sapu marjerin atas roti

Letakkan ayam yg dimasak tadi atas roti dan ratakan

Kalau ada sosej...letak la...kalau taknak letak pun takpe...tak akan didakwa...hahaabiji

Pastu, pecahkan telur kat mana2 tempat yg anda suka...tak kisah berapa biji telur nak letak...tapi biarlah berpada-pada yea...

Lastly, tabur cheese berbedah...mozarella cheese yg best...tapi yg saya ada hanyalah cheddar cheese...

Dah siap...masukkan dalam oven

Biarkan ia terbakar selama 15-20  minit


Fuhhh....terasa nak buat lagi jer...

Sedap sangattt!!

Selamat mencuba bagi yg berminat nak mencuba resepi 'sesuka-hati-saya' ni....

(~O~)zZ

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Friday, November 22, 2013

Tarikh cantik!





13.11.13

Cantik kan tarikh tu...

Tahun ni rezeki Aufa Irdina dapat tarikh cantik time birthday yang  ke-7

Last year, 12.12.12 ...birthday Aufa Qistina yang ke-5

Last two years, 11.02.11 ... Aufa Kashfina lahir

10.06.10 ...birthday saya yg ke-30

01.10.10 ...birthday Baba yang ke-29

Kesian Aufa Amnina...lahir hujung bulan...takde chance nak dapat tarikh cantik...takpe la...yg pentingnya orangnya sangat comel! hehee



Ini yang saya titipkan buat Aufa Irdina semasa ulangtahun kelahirannya di facebook

Kata-kata berbentuk doa...dengan harapan semoga sahabat2 juga mendoakan Aufa dan meng-aameen-kan doa saya

Moga Allah memperkenankan setiap permintaan kita

Terima kasih buat sahabat2 yg sudi mendoakan Aufa Irdina...





Alhamdulillah...

Alhamdulillah 'ala kulli haal

Umur Aufa dah tujuh tahun...

Dah tamat sekolah tahun satu di SK Gambang, Kuantan, Pahang

Pencapaian selama setahun????

Alhamdulillah 'ala kulli haal

Berdasarkan penilaian guru2..inilah pencapaian Aufa Irdina




Personally, saya tak suka sgt result  ikut PBS ni

Lebih suka ikut format yg lama...yg ada exam n markah tu...pastu ada nombor

Barulah ada semangat nak bersaing...betul tak?

Over all...masih banyak yg Aufa perlu belajar dan perbaiki

Especially bab communication n  social skills

Cikgu kata...Aufa ni masih malu2 lg...bila ditanya tu susah sikit nak respon...hurmm

All the best Aufa Irdina!!

We love you soooo much!!!!

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Friday, November 1, 2013

Setahun setengah...


kecik2 memang suka buku n pensil..dah besar nanti macamana??? Hopefully suka juga la....tambah ilmu...



Dah besar ke???

Not yet lorrr...

Baru setahun 6 bulan...

Tapi...besar la sikit daripada baby dulu

Heeeeeee




video



Antara kebolehan Aufa Amnina

Bergalak sakan!

Hahaaaa..

Amnina jadi suka sangat tu sebab nampak shadow dari flash camera

Tu yang beria sangat tu!






Budak kenit ni kan....

Hmmmmmmmmmmmmmm

Takde apalah!

Tak tau nak cerita apa...

Hahaaa

Layan video ni dulu....



video



Hmmmmmmmm

Budak kenit yang comel ni kan...

Sebenarnya...

Dah pandai berebut handpone dengan kakak2 dia

Alahaiiiiii....

Saya memang lomah betul bila diorang ni berebut handphone

Riuh rendah jadinya!

Boleh menangis kalau tak dapat main handphone tau!

Issshhhhh...tak suka la!







Sekarang ni...kalau nak beli aiskrim...

Kena beli 4 untuk 4 orang

Memang la kan!!

Tapi..dulu...kami hanya beli 3 aiskrim untuk 4 orang

At that time Amnina masih boleh berkongsi

Sekarang...no more sharing!

Kena beli satu untuk dia

Sebabnya dia nak makan sendiri...

Daripada saya kena layan dia menangis guling2

Better saya ikutkan kehendak dia

Kan???



video



Yang terkini lagi sensasi!

Amnina dah susah nak tidur di siang hari

Kadang2 tu saya masukkan ajer dia dalam buaian

Dengan harapan...dengan ayunan yang melalikan serta alunan zikir yang menenangkan

Boleh la dia lena....

Hmmmm jangan harap!

Atau...berhenti berharap!

Amnina dah pandai decide samada nak tidur atau tidak

Bila saya ajak dia tidur..dia akan lari jauh dari saya

Heheee

Dan yang lebih sensasi...

Amnina dah expert keluar dari buaian!

Senyap2 jer dia dah join kakak2 dia tengok TV

Istighfar saya dibuatnya tau!



inilah reaksi anak yang dipaksa tidur...



video



Amnina...

memang tak padan dengan kenit!

Berbeza sungguh dengan kakak2 dia yang bertiga tu

Kakak2 dia ada la juga sisi penakutnya

Amnina ni...main redah aje!

Kena keep on eye on her

Kalau tidak....ada la benda2 yang dia buat!

Macam kisah semalam....

Saya tengah fokus nak potong rambut Kashfina dalam bilik air

Tapi, saya dah pesan awal2 dengan Aufa n Qistina supaya tengok2 kan Amnina

Rupa2nya....

Dalam diam...masa kakak Aufa dia tengah angkat baju dekat ampaian

*rajin Aufa tolong Mama..thanks dear!*

Dan masa kakak Qistina dia tengah khusyuk tengok TV

Amnina pergi ke dapur n panjat kerusi n main sambal!

Fuhhhhh!!!!

Patut la saya tengok dekat leher dia macam ada kesan merah2...saya ingatkan dia main glitter glue kakak dia

Membebel juga la semalam...tapi..time tu belum tahu lagi yang Amnina dah main sambal kat dapur...sebab saya baru siap potongkan rambut Kashfina

Tak lama lepas tu..bila saya pergi ke dapur..saya tengok sambal dah bertepek2 atas lantai n atas kabinet

Ya Rabbiiiiii....mau tak seriau!

Kalau dia gosok2 mata dia dengan sambal tu...naya!

Haihh!







Satay adalah makanan kegemaran Amnina

Suka tengok dia makan satay

Hehee

Masa pergi pasar malam baru2 ni...nampak satay..meronta2 nak ambil satu cucuk!

:p



video
Happy..baru lepas makan satay...




Upin was staring at you..Amnina..hehee...masa ni dekat Kedai Makan Upin Ipin di Taman Melati KL...otw nak balik Kuantan




video
Antara video yang saya suka tengok...comel sangat la dia borak gitu dengan saya! hahaa




Beriang ria bersama kaum kerabat di kampung...


Kecik2 ni kan...Amnina macam banyak cakap tau

Macam kecoh aje...

Walaupun tak tau apa yang dia cakap sebab dia still guna bahas alien.. ;p

Tapi..mulut Amnina ni asyik berceloteh aje

Pastu suka cakap dekat telefon!

Hahaaaa...



video
Kecoh!!!





di pantai Pengkalan Balak, Melaka



video



Kalau dah terer maain telefon...

Touch sana tekan sini...

Takkan benda2 lain tak pandai kan!

Amnina dah terer main ipad!

Nak cancel pun dah pandai

Kemain lgi ek!

Generasi Y la katakan....

Mama dulu...nak pegang gagang telefon pun takut2...

;p




wajah semalam...baru potong rambut..




video




Huh!

Panjang entri kali ni

Sarat dengan gambar n video

Malas nak update blog sekarang ni...

Kena betul2 ada mood...baru boleh update



Amnina....Mama Baba sentiasa sayangkan kamu dan kakak2 kamu...

Ingat tu!

Sayang yang membawa beribu pengertian..ok!

Much love!

MMuuuuahh!

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...