AufaZanKi

My photo
Special Thought For The Super Special Persons In My Life

Monday, July 30, 2012

Pakai 'susuk'!

Hiasan kenangan...Aufas bersama Arissa, Haziq, Makanjang, Busu & Maksu



Finally

Tercapai hasrat saya nak pakai 'susuk'

Ala...tak lama pun pakai 'susuk' tu...

Valid 3 tahun jer...

:)




Semalam hari kejadian

Di tempat biasa kami

PRK MUIP

RM 450 harga 'susuk' tu



Meh la saya story serba sedikit yang saya tahu tentang 'susuk' yang saya pakai ni



'Susuk' bernama IMPLANON


Saya minta kat Doctor kotak ni...hehee..saja nak detail yg ada 

Implanon adalah salah satu cara untuk family planning

Keberkesanan Implanon hampir mencecah 100%

Akan tetapi...saya tetap percaya bahawa semuanya adalah ketentuan Ilahi

Kita hanya merancang, berusaha dan berdoa

Selebihnya...saya akur dengan takdir yang telah ditetapkan olehNya

Semoga Dia merestui niat dan usaha saya ini...aameen


Saya tak pasti samada ramai yang tahu tentang family planning jenis Implant ni

Seingat saya...first time saya tahu tentang wujudnya Implanon masa saya study di UIA dulu

Roomate saya, Syukartinie namanya...ohhh I miss her very much!!

Dia dah kahwin time tu...ada seorang anak lelaki...tahun 2004

So, untuk elakkan daripada mengandung lagi sebelum grad..dia pun pakai Implanon

Seorang lagi member se-UIA saya pun pakai Implanon

Fazila namanya...
 
:)



Implant bentuknya seperti batang lidi yang disuntik di bawah kulit lengan

Ia mengandungi hormon progesteron yang akan dirembes secara berterusan selama 3 tahun untuk menghalang pengeluaran telur dan menghalang sperma daripada memasuki rahim wanita

Bagaimana ianya tertanam di bawah kulit?

Saya tak boleh nak show off kat sini...

Aurat!




Di PRK MUIP hanya ada 2 doktor saja yg expert bab nak pasang Implant

Doktor Razak dan Doktor Kamarizan

Saya consult dengan Doc Razak...bagus betul Doc ni!

Implant dipasang semasa haid hari pertama hingga hari kelima

Tapi...semalam Doc Razak bagitau...Implant boleh dipasang bila-bila masa sahaja dengan syarat tidak mengandung.

Maybe..lebih afdhal pasang masa period kot! 

Memang sah-sah la time tu kita tak pregnant kan!



Sebelum Doc nak start the procedure

Doc check BP...120/80

Ada la juga dia explain tentang Implanon ni

Kena pulak dengan saya yang banyak question mark dalam kepala ni!

Hahaaaa...drag masa sikit!



**ehhh..kalau nak tahu the detail about Implanon..do google ya! Saya malas pulak hari ni...heee



Bila Doc minta saya baring

Aduhhh!!!  Done2 nervous!

Doc Razak pulak jenis yang 'macam cagih'...kata Aufa

Suka mengusik...agaknya taknak bagi saya pressure

Implanon di pasang di lengan kiri bahagian atas yang dekat dengan bahu

Mula-mula Doc bius lengan kiri saya

Sakit la juga bila kena jarum halus tu

After a few minutes later...barulah dimasukkan Implant 

Jarum untuk nak suntik Implant...mak aih! punya la besar!

Doc kata tak payah la tengok jarum tu kalau takut...tapi saya tengok jer 

Bila dah tengok...terus saya panggil Baba!

Takutnya!!!!



Nasib baik la ada bius kan...langsung tak rasa apa-apa time Doc masukkan jarum Implant 

Lega rasanya!

But then..boleh pulak Baba tanya...lepas suntik Implant tu akan rasa sakit susulan tak..

Doc Razak dah ketawa! *ketawa nak mengusik la tu!*

"Takpe...nanti saya bagi ubat tahan sakit...jangan risau"..he said

Aduiii...


Implanon card for reference


Last sekali...Doc Razak kata

"Haaa lupa pulak nak bagitau...kena tunggu 2 minggu barulah Implant ni effective. Jangan pulak ingat dah takde apa-apa...tup2 tengok dah mengandung lagi"


Hahahahahaha...nasib baik Doc bagitau...

Kalau tidak............................................



Sampai hari ni still rasa sengal-sengal lagi lengan saya ni

Lubang jarum implanon tu pun baru jer berhenti darahnya

Lebam la juga tempat tu

Masa suntik tu terkena urat 

Lama-lama hilang la kot kesan lebam tu


Moga dipermudah urusan saya

Aameen






Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Sunday, July 29, 2012

3 bulan usianya...

Budak comel

Budak rambut pacak


Tembam kan???? Geram!!!




video



25hb lepas genap 3 bulan usia Aufa Amnina

Nampak gayanya tumbesaran Amnina macam lebih kurang sama jer dengan kakak dia..Aufa Kashfina

Chubby she is!

Nak dukung lama-lama pun lenguh!



Makin geram tengok dia

Sebab Amnina dah pandai main

Suka ketawa...macam Mama dia

(^ム^)




Petang ni Amnina nak kena inject

2nd dose of DTaP vaccine

Tak sabar nak tau berat Amnina!

Rasanya macam dah cecah 7kg jer



Amnina dan Mama...

Amnina, Mama dan kakak Kashfina...





The latest progress of her

Dah lasak!

Cer tengok gambar kat atas tu haaa

Elok-elok jer terletak atas bantal

Tak lama lepas tu dah jadi macam gitu

:)



**updated on 30/07/2012**


muka lalok sebab mengantuk! and baru lepas kena inject..2nd dose of DTaP vaccine...berat badan terkini...6.9kg..errmmm patut la..... ;p



Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Friday, July 27, 2012

Bila mereka berpuasa : Solat dan Puasa




Perkara yang selalu saya titik beratkan kepada Aufa

"Kalau nak puasa...kena solat"

Biarpun kadang-kadang tu liat juga Aufa nak solat

Bila dah penat dan tak larat

Muka pun jadi tak ikhlas jer...

Saya pun...apa lagi...

Mula la berdrama..

"Kalau taknak solat...Aufa tak payah la puasa"

"Aufa kan anak yang baik..."

Cium sikit dekat ubun-ubun kepala dia...

Anak-anak ni...kalau kita puji or bagi galakan

Memang menjadi punyalah!

Aufa...bila dengar Mama puji dia

Senyum sampai ke telinga la dia!

Terus nak solat!

Insha Allah Aufa...you are always do...



Itulah yang selalu saya praktikkan kepada Aufa

Sebab...saya percaya...

KATA-KATA ADALAH DOA

Apa salahnya puji anak sendiri kan...

Bagi mereka galakan dan motivasi

Dalam masa yang sama...apa yang kita puji tu...niatkan untuk kebaikan

Bukan untuk menunjuk-nunjuk or riak

Samada disedari atau tidak...

*saja saya nak mention di sini..segala apa yang saya cerita tentang dunia saya bersama anak-anak saya adalah untuk kenangan anak-anak saya di masa hadapan, dan sekadar perkongsian...berharap agar tiada yang negatif dalam berprasangka*



Hari ketujuh berpuasa...


@ Pizza Hut ECM...layan selera orang yang baru nak belajar puasa...dapat la Mama menumpang dua kaki...bestnya cheesy bite!

Aufa Irdina...baru 2 hari kantoi. Aufa Qistina...mengamuk bila tak dapat makan! hahaa...sudahnya tak payah la puasa dik! you're not ready yet!

Menjenguk anak bulan Ramadhan di tepi pantai nan indah. Port biasa macam last year..hehee


Malam tadi Aufa Qistina tanya lagi...

"Mama...pahala tu ada dekat atas ei? (sambil tunjuk langit). Pahala tu bentuk dia star ke? (saya geleng kepala)...circle ke? (geleng kepala lagi)...ooo triangle ei? (then baru la saya jawab)..."pahala tu kita tak nampak...Allah jer tahu" (jawapan edisi mengantuk)





Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Wednesday, July 25, 2012

Bila mereka berpuasa : Tarbiyyah Ramadhan

Aufa Irdina berjaya melepasi cabaran semalam

Alhamdulillah...



Hari kelima sudah....

Rasa macam sekejap jer kan?

Hari ni bangun tidur jer Aufa Qistina terus makan chocolate

Hmmmm...malas nak bertikam lidah dengan dia

Biarkan ajer la...walaupun dia bangun sahur pagi tadi

0_0






Aufa Irdina tanya saya

"Mama...puasa tu untuk apa? Kenapa kita kena puasa?"

Saya pun mula la explain...

"Kita kena puasa sebab kita kena belajar bersabar. Kalau puasa kita kan tak boleh makan tak boleh minum sampai  waktu Maghrib...kita kena sabar kan? Haaa...sebab tu kita kena puasa...supaya kita sabar"

"Masa puasa kita tak boleh marah..."

"Kalau kita puasa nanti kita dapat banyak pahala...nanti Allah sayang kita"



Bila Aufa dah faham...apa lagi...ada saja point dia nak kenakan saya semula

"Mama tak boleh marah tau! Mama kan puasa..."

*bertuah punya budak!*...dalam tonasi Kak Rose Upin Ipin... ;p



Dan....bila Aufa Irdina dah start bertanya....

"Mama...pahala tu shape dia macamana? Circle ke?"

Pulak dah!!!

"Pahala tu mana ada bentuk...kita tak boleh nampak pahala..."

Aufa Qistina pun mencelah....

"Oooo pahala tu ada kat atas ei?"...sambil tunjuk langit

Errrr...tolong jawabkan boleh? 

;D




"Mama...pahala Aufa dah ada berapa ye? Ada 40 ke?"

Pening saya nak cari jawapan...aduhai!

"Kita tak tahu...Allah jer yang tahu berapa banyak pahala kita"

"Oooooooooo"





Anak-anak yang lain macam ni ke haa?

I really wanna know...

Aufa2 ni laaaaa.....jenuh Mama nak menjawab soalan kamu!

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Tuesday, July 24, 2012

Bila mereka berpuasa : Episod Kantoi!

*sila baca tajuk di atas dalam tonasi Upin Ipin*

~>_<~


Kisah semalam la ni

Pasal budak bertuah berdua tu la

Hari ketiga berpuasa

Meaning to say...akan ada 30 cerita la ni

Adoiiii

*adakah anak anda juga begitu?*





AUFA QISTINA

Bila tiba waktu saya nak suap Aufa Kashfina makan...

Secara automatik Qistina akan berubah watak

Dari 'happy go lucky' menjadi 'happy go cranky'

"Adik taknak puasa la macam ni!"

"Laaa kenapa pulak?"...saya dah boleh agak dah ni

"Kakak tu...taknak main dengan Adik!"

Time tu Aufa Irdina tengah main game...of course la dia taknak!

Aufa Qistina pun mula la merengek..menangis..membentak

Aduhaiiii....jam pun dah pukul 2 petang

Bagi jer la dia berbuka puasa

Senyap terus!

Emosi pun serta merta bertukar!

**saqqqqitttt hati!!!!**

Baru jer plan nak drag sampai jam 3 or jam 4

Failed!

Anyway...congrats Adik!

Alhamdulillah...






AUFA IRDINA

Bila Adik dah dapat berbuka

Dia pulak buat muka

Terpaksa la saya gunakan ayat penawar ni...

"Aufa kan nak dapat banyak pahala...semalam Aufa dah dapat kan...hari ni kena la puasa penuh lagi"

Memang mujarab!

"Aufa dapat banyak pahala kan Ma...Adik dapat sikit jer"

"Ma...petang ni kita nak berbuka dekat mana pulak?"

Wah!..

Dalam jam 5 Aufa2 request nak main dekat luar rumah

Mula2 tu saya memang tak bagi...

Takut Aufa Irdina excited berlari-lari nanti...terus nak berbuka puasa pulak!

Aufa Irdina beria yakinkan saya yg perkara itu takkan terjadi

So...saya pun benarkan la diorang main

Tak lama lepas tu

Adik masuk nak minum air...

Aufa pun masuk sekali dan tanya

"Mama...pukul berapa kita nak berbuka ni? Aufa dah haus"

Kannn...instinct saya tak lagi fail setakat ni!

Jenuh pulak nak explain

"Mama...Aufa nak berbuka pukul 6 nanti tau..Aufa dah haus ni"

Terus saya ajak dia solat Asar

Saya pun time tu agak longlai juga la

Masing-masing dah brgelimpangan 

Telena la juga sekejap

Bila saya tersedar...saya tengok Aufa takde

Tengok jam dah pukul 6:15 

Saya terus bangun n pergi ke dapur

Kantoiiii!!!!

Aufa Irdina tengah mengadap peti ais sambil pegang botol twister oren!

"Aufa dah minum ke?"

"Aufa haus...tak tahan..."

Selamba jer dia jawab...

Errmmmm takpelah gitu!

Nak buat macamana kan..

Hari ni...taknak bagi dia main dekat luar lagi!



Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Monday, July 23, 2012

Bila mereka berpuasa...




Hari pertama berpuasa

Setakat pukul 11 pagi jer

Itupun masing-masing dah buat muka

Itulah...kejutkan masa sahur taknak bangun!

TAPI

Saya tak paksa pun Aufa2 untuk memaksa diri mereka untuk berpuasa

Yang penting bagi saya...biarlah mereka kenal dulu apa itu Islam

Perkara pertama yang saya tekankan kepada mereka sejak awal lagi adalah solat

Semestinya saya amat berterima kasih kepada produksi Upin Ipin

Sebab...Aufa2 banyak belajar tentang banyak perkara termasuklah mengenai solat dan puasa

So...bertambah senang la tanggungjawab saya

TERIMA KASIH UPIN IPIN!

(*¯︶¯*)




Hari kedua berpuasa

Alhamdulillah...senang pulak kejutkan Aufa2

Tapi..makan sikit jer

Tak biasa lagi...it's okay...

Aufa Qistina terus tidur semula lepas sahur

Pening...katanya...

Aufa Irdina mula-mula tu nak tidur juga

Saya ajak dia solat Subuh sama-sama

Alhamdulillah...Allah permudahkan urusan saya pagi semalam

Allah bantu saya dengan melembutkan hati Aufa2

Terima kasih Ya Ilahi...



Menjelang tengahari...dah petang pun time tu

Around 2 pm

Ada orang mengamuk!


video


Dah tak tahan sangat la tu

Buatkan susu...suapkan nasi

Terus ceria dan segar!

CONGRATS AUFA QISTINA!

Mama allow it and appriciate your effort

Luv you!

♡♡♡


Sorang tengah makan...sorang lgi tengah bertahan...sambil tengok Barbie Thumbelina


Aufa Irdina cuba bertahan...

Eventhough ada juga minta nak minum susu

Cepat2 saya ingatkan..."Aufa kan puasa"...

Alhamdulillah...Allah grants her with strength and effort

I'M SO PROUD OF YOU MY DEAR AUFA IRDINA!

Aufa said..."Aufa dapat banyak pahala sebab Aufa puasa penuh"..

Pengaruh Upin Ipin betul!

Never mind...I'll allow it!


Spider in the house! Menu kami semalam...berbuka dan sahur...


Hari ketiga berpuasa

Sahur pagi tadi

Aduhhh!!!!!

Susah betul nak kejut Aufa Irdina

Dah habis ayat dah guna

"Aufa kata Aufa nak pahala banyak...kena la sahur kan.."

Baru la dia celik!

Tapi still taknak bangun...

Sampaikan saya bawa susu ke dalam bilik

Punya la nak suruh dia sahur

Then baru dia nak keluar

Fuhhh!!!!!!

Wajib bersabar!

Aufa Qistina steady...senang jer nak kejut dia


Muka kelat jer memasing...

Apa pulak la cerita hari ni yea????

Ada lagi 27 hari ni....

Moga dikurniakan kesabaran yang tinggi kepadaku...

Tahun kelima berpuasa dan menyusukan

Dengan keadaan rumah yang *taksanggupkumelihatnya*

Tension seyyy!!!

Family pulak jauh nun di Melaka

Bak kata Aufa Irdina..."Bila kita nak pindah Ma? Aufa dah lenguh duduk kat rumah ni"

Hehee...kalau Aufa dah lenguh...Mama ni dah nak pitam dah ni tau!

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Friday, July 20, 2012

1st night of Ramadhan

First night of the holy month

May Allah shower us with barakah and rahmah

May Allah grant us with forgiveness
 
Grab the chance

Ready to change

Stay steadfast




Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Thursday, July 19, 2012

Bercinta berkali-kali



Tertarik untuk berkongsi ilmu mengenai realiti alam rumahtangga hasil karya Pahrol Mohamad Juoi. Statement pertama saja sudah berjaya menarik perhatian saya untuk membaca sehingga perenggan akhir. Ada juga yg terkena pada batang hidung sendiri...part 'becok' tu la kan...hahaa...I admit it!



Melalui pengalaman, semakin meningkat usia perkahwinan perempuan jadi semakin becok tetapi lelaki sebaliknya jadi semakin pendiam. Watak wanita yang pemalu bertukar menjadi peleter kerana kerenah anak-anak dan urusan rumah tangga yang terus bertambah dan bertambah – perjuangan yang tidak selesai-selesai. Manakala lelaki yang dulunya, ceria dan banyak cakap, perlahan-lahan menjadi pendiam (ada kalanya muram) apabila beban penanggungan keluarga semakin bertambah.

Ya, jika tidak dikawal, ujian dan beban rumah tangga akan menyebabkan suami isteri menjadi semakin "bisu". Isteri mungkin sibuk bercakap itu dan ini dengan anak-anak tetapi kehilangan suara dan kata bila berdepan dengan suami. Suami apatah lagi, jika di luar rumah pun sudah semakin pendiam di dalam rumah lebih-lebih lagi. "Mati kutu" memanjang.

Alhamdulillah...setakat hari ni masih punya 'suara' bila berdepan dengan Baba n vice versa. Amat berharap agar suasana 'kaku lidah' tidak akan terjadi dalam keluarga kami...kecuali bila tengah merajuk! Heee...saya memang tak kuasa nak bercakap bila tengah merajuk. Tapi...Baba ni pulak jenis 'tak faham bahasa'! *sorry Baba*...merajuk ke tidak..tetap nak bertanya itu ini... 

Okay lah...teruskan membaca hasil karya yang sangat informatif ini. Amat bagus untuk dijadikan panduan dan ikhtibar.

Pernahkah kita kehilangan kata-kata apabila bertemu dengan isteri atau suami? Bukan hendak menyebut kata-kata sayang, cinta dan kasih lagi, malah sekadar untuk bertanya khabar pun sudah terlalu berat. Lidah jadi bungkam. Seolah-olah tidak ada apa-apa yang hendak diperkatakan lagi. Lalu rumah tangga menjadi sepi. Masing-masing leka dengan hal sendiri. Seolah-olah sudah tidak ada apa lagi yang boleh dikongsi.

Kekadang perasaan itu datang kerana kerap kali apabila suami bersuara hendak meluahkan masalah, isteri membalasnya dengan selamba. Ah, masalah aku lebih besar. Atau terdetik di hati, balik-balik yang itu juga. Bosan. Begitu juga bagi pihak suami, sudah lali mendengar "siaran ulangan" yang kerap diperdengarkan isteri. Masalah anak, masalah kesihatan, masalah wang... tidak ada cerita baru!

Ada kalanya duduknya rapat-rapat, tetapi sudah tidak bertemu lagi. Masing-masing menonton TV, dari awal rancangan hinggalah tamat siaran, tetapi tidak ada yang dibualkan. Tidak ada yang dapat dikongsikan. Boleh jadi dalam kereta, sisuami sibuk memandu, di sebelahnya isteri membisu. Muram tanpa reaksi atau respons. Mujur masih ada anak-anak yang menjadi "mediator" secara tidak rasmi, terhubung jugalah kata-kata atas apa yang ditimbulkannya. Bila anak tiada, keadaan pun menjadi sepi semula.

Oh, maaf... saya tidak bercakap tentang "orang baru" yang masih berbulan madu, ketika itu segala-galanya indah sahaja. Perkara yang kecilpun boleh menjadi topik perbualan yang berjela-jela. Sejak senja melabuh tirainya hingga terkuak mentari pagi, cerita tidak habis-habis lagi. Ini cerita orang lama. Apakah kehilangan kata-kata menunjukkan kehilangan cinta? Mana yang lebih tepat, cinta yang melahirkan kata-kata atau kata-kata yang melahirkan cinta?

Bagi saya, kedua-duanya betul dan patut dipraktikkan. Benar, sewaktu mula bercinta dahulu, cintalah yang melahirkan kata-kata, tetapi apabila cinta telah lama bermula dan ingin diperbaharui semula, kata-katalah yang perlu diluahkan untuk mengharumkan cinta. Ingat kita bercinta bukan hanya sekali tetapi kita perlu bercinta berkali-kali.



Apa maksudnya? Maksudnya, kita perlu bercinta berkali-kali dengan orang yang sama (isteri kita). Cinta itu perlu diperbaharui. Perbaharuilah cinta dengan luahan kata-kata yang baik. Jangan membisu, jangan menjadi tuli. Sentiasa jadi lidah yang menuturkan kata-kata yang baik dan telinga yang sentiasa terbuka mendengarnya.
Kata bijak pandai, the first duty of love is to hear – tugas cinta yang pertama ialah untuk mendengar. Itu betul, tetapi jika tidak ada apa yang hendak diperkatakan apa pula yang hendak kita dengarkan? Jadi untuk menjadi pendengar, mesti ada "penuturnya". Kata-kata yang baik umpama sedekah, kita mesti ringan mulut untuk memulakannya. Ada kalanya berdiam diri tidak terpuji, apatah lagi jika sudah ke tahap menimbulkan sangsi.

Ada orang yang petah dan becok bercakap dengan orang lain di tempat kerja, tetapi bertukar jadi pendiam di dalam keluarga sendiri. Sikap peramahnya boleh bertukar jadi pemarah bila di rumah. Marah yang tertahan itulah kekadang menimbulkan diam yang panjang. Lama-kelamaan, jika tidak diuruskan baik, marah terpendam akan menjadi dendam. Dendam itulah yang akan mewujudkan diam yang panjang!

 
Di dalam ilmu pengurusan komunikasi ada hukum yang dinamakan "hukum 24 jam". Hukum ini menyatakan jangan dibiarkan krisis yang berlaku antara rakan sekerja melepasi temph 24 jam. Mesti ada di antara mereka (seelok-eloknya kedua-duanya) bertindak memecahkan kebuntuan itu dengan mengambil inisiatif menegur, memandang atau memberikan sebarang reaksi atau petunjuk ingin berbaik-baik semula.

Jangan malu alah untuk memulakan. Justeru, jika tempoh 24 jam sudah berlalu, dan tidak ada sebarang inisiatif dilakukan, maka peluang untuk berbaik-baik semula akan menjadi lebih sukar. Maka begitulah dalam sebuah rumah tangga, teguran dan percakapan yang pertama untuk mengujudkan kemesraan semula setelah lama membisu adalah sangat mahal harganya. Percayalah inilah termasuk dalam tuntutan menghubung silaturahim yang sangat besar pahalanya di sisi Islam. Dalam Islam, siapa yang memulakan langkah untuk memberi satu kebaikan sesungguhnya mendapat ganjaran yang lebih besar daripada pihak yang menerimanya. Sebab itu, orang yang datang berziarah lebih tinggi kedudukannya daripada orang yang diziarahi.

Maka begitulah dalam rumah tangga. Untuk bercinta lagi, luahkanlah kata-kata yang baik untuk mencairkan prasangka, meleburkan curiga dan memadamkan dendam. Cari-carilah topik yang menarik untuk diperbualkan. Antara kaedahnya ialah:

• Berdoa untuk Allah ilhamkan kata-kata yang baik dan menarik semasa memulakan perbualan.
• Menerima dan berkongsi hobi dengan pasangan.
• Ulas apa yang anda dengar, lihat atau baca dengan pasangan serta kaitkan dengan situasi terkini dalam rumah tangga.
• Sekali-sekala masak bersama resipi kesukaannya.
• Jangan prasangka dan curiga dengan selalu memaafkan selagi pasangan tidak melanggar syariat.
• Amalkan peraturan 24 jam. Jangan biarkan "gencatan suara" melebihi masa 24 jam. Mujahadahlah untuk meminta maaf secara resmi atau tidak resmi.
• Tempoh-tempoh yang dirasakan sukar dalam perhubungan hendaklah diisi dengan amalan habluminallah seperti solat, munajat dan taubat. Jangan selesaikan masalah dengan satu masalah lain.

Pernah satu ketika seorang Sahabat memberitahu Rasulullah s.a.w. akan rasa sayangnya kepada seorang sahabatnya yang lain. Rasulullah pun bertanya semula, apakah dia telah memberitahu sahabatnya itu tentang rasa kasihnya. Sahabat itu menjawab bahawa dia belum berbuat demikian. Lantas, Rasulullah pun berkata, "Pergilah kamu kepadanya dan nyatakanlah bahawa kamu mengasihinya."

Jika anda menyayangi seseorang, nyatakanlah. Dalam rumah tangga, seorang suami harus menyatakan kasih sayang kepada isterinya. Begitulah sebaliknya. Tetapi saya kurang setuju jika perkataan "sayang" itu diluahkan berulang-ulang. Pernah saya terdengar seorang suami memarahi isterinya dengan perkataan sayang. "Yang, dah berapa kali saya bagi tahu jangan buat macam ni. Kenapa awak degil lagi?" Begitulah herdik sisuami sambil menjegilkan mata dan meninggikan suara. Bagaimana? Apakah panggilan sayang sebegitu masih romantik lagi?

Kasih sayang ini boleh dinyatakan dengan pelbagai cara mengikut kesesuaian keadaan dan masa. Pertama, secara tindakan, kedua secara lisan. Sayang yang dilahirkan dalam bentuk tindakan itu lebih besar impaknya berbanding secara lisan. Jangan menanam tebu di mulut tetapi menyembunyikan racun di hati. Buktikan sayang, dengan perbuatan kerana cinta itu perbuatan (love is a verb) bukan perkataan. Namun, alangkah indahnya jika perbuatan yang baik diiringi juga dengan perkataan yang baik.

Sayangnya, ramai suami atau isteri telah melakukan kesilapan. Kesilapan mereka bukannya tidak menyayangi pasangan, tetapi tidak ataupun semakin kurang meluahkan rasa sayang itu dalam bentuk perbuatan ataupun kata-kata. Kita tersilap kalau beranggapan sekali bercinta, tetap cinta selamanya. Yang sebenarnya, cinta yang kekal abadi ialah cinta yang dibuat berkali-kali. Berkali-kali bercinta, baru cinta itu abadi. Bukankah bijak pandai mengingatkan bahawa satu kebaikan (termasuk cinta) perlu dimulakan berkali-kali.

Benar, setelah usia perkahwinan meningkat, kalimat-kalimat cinta seperti "I love you" atau "Saya sayangkan awak" sudah semakin kurang kedengaran. Ramai beranggapan, mereka sudah terlalu tua untuk mengucapkan kalimat-kalimat yang lazimnya diucapkan sewaktu mula-mula berkahwin dahulu. Tetapi apakah kita sudah terlalu tua untuk menyatakan cinta dalam bentuk tindakan dan percakapan?
 
Sebenarnya, banyak perkataan yang boleh masih boleh dipilih untuk menggantikan kalimat-kalimat romantik yang susah dirasakan malu dan segan untuk diucapkan sewaktu usia tua. Mungkin perkataan itu biasa-biasa sahaja tetapi intonasi dan bahasa badan yang mengiringinya mampu mencipta kesan yang luar biasa.

Kata-kata baik wajar diiringi oleh belaian fizikal. Katakanlah isteri kita membuat sesuatu perkara yang baik, maka kita pun membelai rambutnya atau menepuk bahunya sebagai tanda sokongan dan penghargaan. Ini adalah salah satu bentuk sentuhan fizikal yang sering diabaikan terutamanya oleh pasangan suami isteri yang berusia 40 tahun ke atas. Sedangkan, semakin bertambah usia perkahwinan, sewajarnya semakin banyak belaian fizikal yang tidak dibauri oleh keinginan seks.

Selain daripada itu, kasih sayang juga mesti dibuktikan dalam bentuk tindakan pembelaan. Katakanlah isteri menghadapi krisis dengan keluarganya atau kawan-kawan di tempat kerja, maka kita sebagai suami perlu membelanya. Membela di sini bukan bermaksud membenarkan sahaja sikap isteri walaupun kita tahu dia bersalah. Tetapi membela dalam ertikata bersimpati dan empati terhadap krisis yang mereka alami.

Juga dengan memberi jalan penyelesaian ataupun panduan-panduan untuk mereka bertindak dalam menyelesaikan sebarang persengketaan peribadi tersebut. Jangan sekali-kali kita menempelak, menyindir atau membiarkan mereka keseorangan. Buktikan, kita sentiasa di sisi isteri ketika dia menghadapi "serangan" orang lain. Walaupun ada kalanya (menerusi penilaian kita) dia yang bersalah... jangan dipersalahkan, cuma perbetulkan sahaja!

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Sehari sebelum Ramadhan

Alhamdulillah

Sehingga pagi ini kita masih berpeluang menjadi penghuni dunia

Penghujung Syaaban

Sehari sebelum Ramadhan




Ada orang...mula la nak makan macam-macam...sebab bulan puasa nanti tak dapat makan...katanya...

Apa...bulan Ramadhan kena puasa sampai ke malam ke?


Tapi...itu dulu-dulu punya pemikiran...zaman saya kecik-kecik dulu macam gitu la gayanya

Bila dikenang-kenang kembali...terasa getaran lawaknya

Sebab sekarang ni pagi..malas nak ketawa...boleh?

└(^o^)┘


Ada lagi ke yang berfikiran macam tu sekarang?

KALAU ADA................*nakkenasekolahbalikni!*






Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Wednesday, July 18, 2012

Videos of AUFAs

GAMBAR HIASAN...Pemandangan indah di UMP kampus Pekan


Berikut adalah antara video yang ada dalam phone

Sebelum ianya terhapus dengan sendirinya...better saya abadikan dalam blog yg dah berusia 3 tahun...masih 'budak' lagi blog saya ni...hehee

At first saya dah update via phone

Lately..terasa malas nak mengadap lappy

Tapi..kalau nak update blog via phone..amat memerlukan kesabaran tahap dewa!

Bukan apa...macam2 kerenah...n biasanya saya guna firefox...paling user friendly setakat ni compared to browser n blogger apps

Ada tak application lain yang lebih mudah untuk update blog via mobile? Kalau sesiapa yang terbaca entri ni n ada info...bagitau la saya yea...thank you in advance.... :)

Hari ni...disebabkan nak upload banyak video..saya kena guna lappy untuk memudahkan dan mempercepatkan proses update blog

so...moh la kita layan video yang saya dah upload ni...



video
Aufa Kashfina tengah berlakon telefon Baba...




video
Aufa Irdina berlakon speaking london




video
Ini budak rajin belajar




video
Tengah berlakon...pengaruh kakak la ni! Actually dah lama Kashfina berlakon..tak tau la drama apa..siap nangis2 tipu lagi tu..hahaa





video
Tengah sedap2 breastfeed tetiba pulak nangis...mengantuk agaknya





video
Proses cuba meluahkan dan cuba memahami... ;p





video
Last week Aufa Kashfina sangat cranky...mood swing...puncanya tak dapat dikenalpasti. Masa ni nampak dia happy..itupun sebab excited tengok flash camera. Bila habis jer record..mula la merengek...aduhaiiii





video
Mari baca doa sebelum makan...

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Friday, July 13, 2012

Bonus Ramadhan

Assalamualaikum

Tinggal lebih kurang seminggu saja lagi kita akan tinggalkan bulan Syaaban

Dan yang pastinya...Ramadhan al-mubarak akan bertamu

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan




Apa lagi yang kita inginkan?

Apa lagi yang ingin kita pertikaikan?

Bulan Ramadhan umpama bonus buat kita

Umpama hadiah buat kita daripada Dia Yang Maha Esa

Kita bebas merebut pelbagai ganjaran tanpa gangguan dan bisikan daripada makhluk laknatullah 'alaih...iaitu Iblis

Sepanjang 30 hari kita hanya perlu berhadapan dengan gelodak nafsu yang telah kita corakkan sendiri

Jua nafsu manusia lain yang mampu menggugat kita

Yang perlu kita pertahankan dan perkuatkan adalah IMAN DAN AQAL

Manfaatkanlah sebaik-baiknya peluang yang sekali lagi diberikan oleh Allah Taala kepada kita

Peluang untuk memperbaiki diri

Peluang untuk memperkasakan iman

Peluang untuk menajamkan aqal

Peluang segala peluang

Yang boleh kita ambil sempena bulan Ramadhan


Ayuh sahabat!

Sama-sama kita transform diri kita  ke arah yang lebih baik

Yang lebih diredhai Allah

Tidak salah mengejar dunia jika kita tidak pernah melupakan akhirat



Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Thursday, July 12, 2012

Selamat pagi!

Assalamualaikum...





Selamat pagi dunia....


video


Bila tunjukkan video ni pada Aufa Amnina

Tersenyum-senyum dia!

Pandai dah bagi feedback

Tengok TV pun dah pandai sekarang

Ini pun kena suakan handphone depan mata dia sambil menaip

Kalau tidak...menangis! 

Aduiiii...lenguh tangan ni haaaa




Macam gitu la muka Amnina bila nangis

Hehee...

Takpe....sekejap lagi confirm akan tidur




Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...